Rakan Muda Masjid Sungai Abong

Generasi pelapis mengurus masjid bermula di sini

04/09/2024

MSA TAK SAMBUT MAULID KE?

Ehhh mestilah sambut, pihak masjid sentiasa peka dengan tarikh-tarikh kebesaran islam, lagi-lagi bila sampai bulan Rabiul Awal yang mana sedia maklum orang johor memang gahhh dengan sambutan maulidnya.

Mauludan, maulud, maulid, macam-macam sebutan orang johor sebut bila tiba musim sambutan maulidur rasul, orang johor sayang nabi dan mesti sambut maulidur rasul S.A.W.

Jadi pihak Masjid takkan lepaskan peluang untuk sama-sama mengadakan sambutan maulid di masjid sungai abong, Insha Allah.

Siapa tetamu jemputan?

Korang share ramai-ramai dulu nanti min update siapa tetamu jemputan istimewa untuk sambutan kali ni, orang inggeris kata "MUANTOP MUANTOP TETAMUNYA".

p/s: saja min berahsia bio korang tak sabo nak sama-sama sambut maulid dengan MSA 😁😁😁

06/07/2024
Photos from Masjid Sungai Abong, Muar, Johor's post 06/07/2024
Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 20/03/2024

Salam 9 ramadhan

Tadarus duluuu sebelum tunggu berbuka...

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 13/03/2024

Sementara tunggu buka guys.

Salam ramadhan Almubarak semua✌🏻

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 12/03/2024

Tadarus duluuuuuu gang sementara tunggu buka

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 29/01/2024

KEM JATI DIRI RAKAN MUDA MSA

26 & 27 Januari 2024, Alhamdulillah pihak Masjid Sungai Abong, Muar, Johor berjaya melaksanakan satu program untuk membentuk generasi muda yang bakal memimpin kita semua satu hari nanti.

Pelbagai aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung antaranya ialah :
1. tazkirah asar
2. tahlil dan tazkirah ringkas
3. bacaan maulid
4. qiamullail
5. riadah subuh
6. mandi kolam
7. kursus pengurusan jenazah

semua program yang dijalankan seratus peratus telah dikendalikan dengan baik oleh ahli rakan muda sendiri termasuk solat 5 waktu berjemaah, dari kalangan ahli rakan muda sendiri yang memimpin solat berjemaah tersebut.

Terima kasih pihak Masjid Sungai Abong, Muar, Johor dan para penyumbang yang sama-sama telah menjayakan program yang baik ini, semoga anak-anak ini menjadi contoh yang baik dan pelapis di masa akan datang, insha Allah.

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 19/01/2024

MABIT DAN IKTIKAF DI MASJID

Alhamdulillah, anak remaja kita di bawah bimbingan Rakan Muda Masjid Sungai Abong telah bermalam dan beriktikaf di Masjid Sungai Abong, Muar, Johor sempena program Semarak Subuh pagi ini.

Sebelum itu, anak-anak muda ini turut sama-sama bekerjasama dalam menjayakan ceramah solidariti Palestin dan persiapan untuk program semarak subuh.

Teruskan usaha mu anak muda, lembutkan hati dan jiwa mu dengan masjid, tanamkan dalam dirimu untuk terus berbakti dan bersama-sama mengimarahkan masjid.

Semoga Allah ikat hati kita semua dengan masjid, InsyaAllah.

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 13/01/2024

Aktiviti selepas solat jumaat

Imam memberi sedikit taklimat berkenaan dengan adab² dan etika di dalam Masjid Sungai Abong, Muar, Johor

13/01/2024

Jom layan geng subuh macam jumaat kat Masjid Sungai Abong, Muar, Johor

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 05/01/2024

RONDA RONDA TAHLIL RAKAN MUDA

Alhamdulillah selesai program tahlil rakan muda rumah ke rumah ahli rakan muda.

Rumah ketiga dan kami ronda adalah rumah tuan lokman sempena hari jadi ali imran dan adiknya berkhatan

Program tahlil ini sepenuhnya akan dipimpin sendiri oleh ahli kelab rakan muda.

Semoga usaha yang sedikit ini Allah akan mengangkat darjat mereka semua dan menjadikan mereka orang2 baik dan soleh yang akan memimpin masyarakat kelak.

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 31/12/2023

ANAK MUDA GENG KITA

Alhamdulillah, pada hari rabu 27hb Disember yang lalu telah berlangsung pertandingan Futsal Tertutup Masjid Sungai Abong, Muar, Johor . Sebanyak 8 pasukan telah turut serta dalam perlawanan kalah mati.

Perlawanan yang bermula jam 9 pagi ini telah diadili oleh Pengadil Futsal dari Muar FA. Dalam pertandingan ini, pasukan Menon telah menjadi juara dan membawa pulang wang tunai RM 500 dan Pasukan Rakuzen menjadi naib juara dan membawa pulang wang tunai RM 300.

Ketika sesi penyampaian hadiah, Tuan Pengerusi Masjid, Ustaz Arif Hamzah telah memberikan sedikit tazkirah dan menyentuh berkaitan hati anak muda yang terikat dengan masjid dan mengimarahkan dengan solat berjemaah.

Sabda Rasulullah SAW;

“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Pemimpin yang adil, pemuda yang menyibukkan dirinya beribadah kepada Allah SWT, seorang yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisahnya kerana Allah, seseorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik, lalu ia menolaknya sambil berkata ‘aku takut kepada Allah’. Seseorang yang bersedekah dengan secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta seorang yang berzikir mengingati Allah dikala sendiri hingga mengalir air matanya.” (Sahih Bukhari, Hadis No 620).

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 14/12/2023

Aktiviti malam jumaat minggu kedua ✌🏻

Kami rakan muda masjid membantu menyediakn makanan berdulang kepada jemaah yang hadir bersempena majlis bacaan yassin dan tahlil pada setiap khamis malam jumaat

Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki kepada para penyumbang yang memberikan sumbangan kepada pihak masjid 😊

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 24/11/2023

Aktiviti selepas solat jumaat

Bacaan yassin dan tahlil di kediaman tuan haji syukri

23/11/2023
Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 18/11/2023

“Mam, kitorang nak main bola mam.”

“Nanti tanya dengan bang wan.”

Bang wan terus buka shope beli gol murah2 dengan bola futsal.

Petang ni terus on diorang main bola dalam kawasan masjid…sikit masa lagi kalau imam punye kepala masuk air nanti die mohon buat court futsal sebijik dekat kawasan masjid…baru syok.

Seronok depa dok main futsal street mcm ni…yg penting asar tu diorang berjemaah lepas asar terus on futsal street 👍

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 17/11/2023

RONDA RONDA TAHLIL RAKAN MUDA

Alhamdulillah selesai program tahlil rakan muda rumah ke rumah ahli rakan muda.

Rumah pertama dan pemula kami ronda adalah rumah SIR A Rahim Abdullah yang baru kehilangan bonda kesayangannya tempoh hari, Sir merupakan orang kuat rakan muda yang banyak membantu memudahkan urusan ahli kelab rakan muda Masjid Sungai Abong, Muar, Johor.

Program tahlil ini sepenuhnya akan dipimpin sendiri oleh ahli kelab rakan muda. Ini sebagai latihan untuk mereka bagi mempersiapkan diri mereka nanti bila bermasyarakat.

Semoga usaha yang sedikit ini Allah akan mengangkat darjat mereka semua dan menjadikan mereka orang2 baik dan soleh yang akan memimpin masyarakat kelak.

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 04/11/2023

RIADAH RAKAN MUDA

Hari-hari dok meratib nak main memanah bebudak ni,
Hari ni kita suruh diorang ni semua datang pepagi kalau nak main memanah,Alhamdulillah muncul pepagi datang Masjid Sungai Abong dan kita bagi diorang puas main

Bebudak ni kita kena layan mereka dan kena ada tarik tali untuk dapatkan hati mereka untuk bantu petugas masjid menjayakan sesatu majlis.Alhamdulillah bebudak rakan muda ni semua bagus dan anak yang soleh.

Tuan puan semua doakan mereka ya terus terpaut hati mereka dengan masjid dan sayang masjid agar nanti adalah jiwa jiwa besar yang akan jaga masjid ni

Insha Allah masjid tak lama lagi nak buka kelas memanah, nanti kita buka ya untuk semua.

Satu lagi jangan lupa ya, hehehe meh laa sumbang dekat tabung masjid sungai abong…tabung ada banyak kami sediakan di masjid, kalau nak online pun boleh kami ada letak di page rasmi Masjid Sungai Abong, Muar, Johor

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 03/11/2023

LEPAK SANTAI SELEPAS SOLAT JUMAAT

Tautan silaturrahim bersama ahli rakan muda yang banyak membantu memudahkan urusan petugas masjid jika ada majlis2 rasmi

Semoga anak muda sentiasa dekat dengan masjid walau dicampak mana sekalipun tetap hati mereka berpaut dengan masjid

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 26/10/2023

PROGRAM MALAM JUMAAT

Ahli Rakan Muda Masjid menjadi sukarelawan menyediakan makanan berdulang setiap Khamis minggu ke 4.

Budaya “ANGKAT DULANG” akan kami cuba terapkan kepada mereka agar sentiasa subur di jiwa mereka untuk berkhidmat dengan masjid

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 06/10/2023

Budak-budak ni waktu aktif mereka malam…jadi malam-malam gini kita suruh diorang semua testing memanah…

Esok ada program maulidur rasul di masjid sungai abong…banyak aktiviti kita buat dari pagi sampailah ke malam aktivitinya…

Ajomlaaa datang beramai-ramai…nanti boleh try FUN SHOOT memanah dekat masjid ni.

Jom dtg ramai-ramai

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 08/09/2023

PROGRAM USRAH NURANI DI ANTARA RAKAN MUDA MASJID SUNGAI ABONG DAN KEMAS

7 September 2023 Khamis

Alhamdulillah selesai program bersama JABATAN KEMAS di Masjid Sungai abong.

Pengisian yang disampaikan oleh Imam Muhammad Hafiz bin Hashim. Banyak perkongsian dan manfaat yang kami dapat daripada beliau antara pesanannya adalah ;
- Perlunya kanak- kanak atau orang muda mengimarahkan masjid dan memenuhkan masjid
- Yang menguruskan masjid mestilah mempunyai jiwa masjid dalam dirinya barulah dia dapat menguruskan masjid dengan baik
- Jadikan masjid ini sebagai MADRASAH TIDAK FORMAL untuk mengajar anak-anak muda yang datang ke masjid.
- Jangan simpan duit masjid akan tetapi gunakanlah duit masjid dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan kerana duit masjid bukanlah duit AJK ataupun Imam bilal, akan tetapi duit orang ramai yang menyumbang yang menginginkan pahala sumbangan mereka berterusan.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak KEMAS yang sudi bersama kami dalam menarik minat anak muda ke masjid.

Semoga usaha kita membina genserasi muda cinta masjid ini diberkati dan diredhai oleh Allah dan dalam masa yang sama dapat melahirkan generasi muda yang berpegang teguh pada agamanya.

11/08/2023

Anak-anak ahli kariah digalakkan untuk memohon.

01 Kekosongan sahaja.

11/08/2023
Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 10/08/2023

11 Ogos 2023 / Khamis

Alhamdulillah…Selesai aktiviti malam tadi bersama ahli rakan muda masjid sungai abong.

Aktiviti BBQ dan sedikit perkongsian santai bersama dengan mereka.

Semoga mereka ini semua menjadi ahli syurga dan sentiasa dekat hati mereka dengan masjid.

😊😊😊

Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 20/07/2023

PROGRAM 1 JAM RAKAN MUDA

20 Julai 2023, biro Imarah dan rakan muda telah mengadakan satu program santai ilmiah dengan mendedahkan kepada gang muda masjid ini tentang MANDI WAJIB.

Semoga mereka ini semua akan menjadi anak muda yang terus cintakan masjid walau di manapun mereka berada.

12/07/2023
Photos from Rakan Muda Masjid Sungai Abong's post 07/07/2023

7 Julai 2023 jumaat

Majlis Pendaftaran dan Taklimat Kelas Azan Bertaranum Dan Mengaji Alquran.

23/06/2023

Selawat Tafrijiyyah selepas futsal

Sollu alannabiy
Sentiasa mengambil peluang hari jumaat utk berselawat ke atas baginda nabi

Semoga mereka ini menjadi penyambung warisan nabi Muhammad S.A.W.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Jalan Sungai Abong
Muar
84000

Other Community Centers in Muar (show all)
Muar Bikers Community 2022 Muar Bikers Community 2022
Muar, 84000

MrBC #We Ride Together

Pusat Aktiviti Warga Emas, Bukit Pasir, Muar Pusat Aktiviti Warga Emas, Bukit Pasir, Muar
NO. 37, Jalan TAMPOI, BUKIT PASIR
Muar, 84300

NO. 37, JALAN TAMPOI, BUKIT PASIR, 84300 MUAR NO. PENDAFTARAN: PPM 005-01-25022018

Muo People's Muo People's
Muar

Let's talk about Muar !

Laman Wanita - LAWA Muar Laman Wanita - LAWA Muar
PSJJ11, Parit Keroma, Jalan Junid
Muar

Merupakan Pusat Komuniti Wanita daerah Muar di bawah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor. Menyantuni komuniti khususnya wanita. Menyediakan sewaan dewan dan penganjuran pel...

JPKK Bukit Bakri 吧口新村乡委会 JPKK Bukit Bakri 吧口新村乡委会
Bukit Bakri
Muar, 84200

Rakan Digital PEDi Kampung Raja Rakan Digital PEDi Kampung Raja
KT 83 Kampung Raja Bukit Kepong
Muar, 84030

Memperkasakan perniagaan daripada usahawan kecil ke Digital Platform

KRT Jalan Hospital Besar KRT Jalan Hospital Besar
No. 4, Taman Desa Wisma, Jalan Sakeh
Muar, 84000

Kampungku Telok Rimba Kampungku Telok Rimba
KAMPUNG TELOK RIMBA
Muar, 84410

News, Activity, and Program Kg. Telok Rimba

Wisma Mulia Muar Wisma Mulia Muar
155 Jalan Junid Dalam
Muar, 84000

Centre for the Arts, Sports, Culture and Administration

Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Parit Unas Muar Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Parit Unas Muar
Lot 1197, Parit Unas, Jalan Abdul Rahman
Muar, 84000