Nafaz Archery Club

archery

16/08/2024

Jagalah adab-adabmu wahai anak ketika bersama gurumu. Jagalah lisanmu dan kelakuanmu ketika menuntut ilmu.

Kehebatan seorang murid itu,
datang dari berkatnya ilmu.
Manakala berkatnya ilmu itu datangnya dari redhanya guru.
Dan redhanya guru itu datang dari kesenangan hatinya kepada murid.
Kesenangan hatinya kepada murid itu datang dari akhlak murid kepada guru.

Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu🏹🤗

21/07/2024

Selamat berjuang buat pemanah Nafaz yang telah terpilih mewakili Daerah Muar & Sekolah masing-masing.

Photos from Nafaz Archery Club's post 12/07/2024

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

🏆Laporan Kelab Memanah SK Parit Setongkat🏆

🎯Perkara : Kejohanan Memanah MSSD 2024
📆Tarikh : 9 - 11 Julai 2024
📍Tempat : SMKA Maahad Muar

Seramai 8 orang atlet memanah SePakat telah mewakili sekolah dan mengharumkan nama SK Parit Setongkat dengan meraih sebanyak 9🥈Perak

Lelaki 12

1. MUHAMMAD HABIB AL FATAH BIN MUHD. NAZRI
🥈Berkumpulan recurve lelaki bawah 12 tempat Ke-2
🥈Keseluruhan lelaki bawah 12 tempat ke-2
🥈Jarak 30M tempat ke-2
🥈Jarak 20M tempat ke-2

2. ANAS AYYASH BIN HERRY
🥈Berkumpulan recurve lelaki bawah 12 tempat ke-2
🏹Keseluruhan lelaki bawah 12 tempat ke-14
🏹Jarak 30M tempat ke-6
🏹Jarak 20M tempat ke-14

3. MUHAMMAD HARRAZ AL HAQ
🥈Berkumpulan recurve lelaki bawah 12 tempat ke-2
🏹Keseluruhan lelaki bawah 12 tempat ke-20
🏹Jarak 30M tempat ke-21
🏹Jarak 20M tempat ke-20

4. KHAIRUL ADZFAR bin KHAIRUL AZMI
🏹Keseluruhan lelaki bawah 12 tempat ke-25
🏹Jarak 30M tempat ke-25
🏹Jarak 10M tempat ke-25

🧑‍🤝‍🧑Jumlah Peserta : 44 orang

Perempuan 12

1. NUR AFIEYA HUSNA binti ZULKAFLI
🥈Berkumpulan recurve perempuan bawah 12 tempat ke-2
🏹Keseluruhan perempuan bawah 12 tempat ke-8
🏹Jarak 30M tempat ke-8
🏹Jarak 20M tempat ke-8

2. NUR AMANI NAJIHA binti SUHAIMI
🥈Berkumpulan recurve perempuan bawah 12 tempat ke-2
🏹Keseluruhan perempuan bawah 12 tempat ke-9
🏹Jarak 30M tempat ke-10
🏹Jarak 20M tempat ke-9

3. NUR IMANDA binti ZAHIRIN
🥈Berkumpulan recurve perempuan bawah 12 tempat ke-2
🏹Keseluruhan perempuan bawah 12 tempat ke-26
🏹Jarak 30M tempat ke-25
🏹Jarak 20M tempat ke-23

4. NUR LU'LU' SAFIYAH binti MOHD HARIZ
🏹Keseluruhan perempuan bawah 12 tempat ke-27
🏹Jarak 30M tempat ke-26
🏹Jarak 20M tempat ke-27

👨‍💼🧕🏻Guru Pembimbing..

1. CIKGU NORHASIDAH BINTI DAUD
2. IZZUDDIN SHAH BIN MUZAFFAR SHAH
3. CIKGU RIDZWAN SHAHMI BIN RAMLI

Photos from Nafaz Archery Club's post 12/07/2024

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

🏆Laporan Kelab Memanah Tun Perak🏆

🎯Perkara : Kejohanan Memanah MSSD 2024
📆Tarikh : 9 - 11 Julai 2024
📍Tempat : SMKA Maahad Muar

Seramai 11 orang atlet memanah semarak telah mewakili sekolah dan mengharumkan nama SMK Tun Perak dengan meraih sebanyak 3 Emas 5 Perak dan 1 Gangsa 🥇🥈🥉🏆

Lelaki 15
1. MOHAMMAD IRFAN BIN IRWAN ROBIANTO
🥇Berkumpulan recurve lelaki bawah 15 tempat pertama
🥈Keseluruhan lelaki bawah 15 tempat ke 2
🥈Jarak 60m tempat ke 2
🥉Jarak 40m tempat ke 3

2. ADAM FAKHRULLAH BIN HALIS
🥇Berkumpulan recurve lelaki bawah 15 tempat pertama

3. MUHAMMAD SYIHAM BIN MOHD HUSNI
🥇Berkumpulan recurve lelaki bawah 15 tempat pertama

Perempuan 15
1. AULIA MARYAM BINTI RBEAHYER
🥇Berkumpulan recurve perempuan bawah 15 tempat pertama
🏅Keseluruhan perempuan bawah 15 tempat ke 4
🏅Jarak 60m tempat ke 4

2. NUR SABREENA BINTI MOHD SABRI
🥇Berkumpulan recurve perempuan bawah 15 tempat pertama

3. SOFIYAH BINTI JAMALUDDIN
🥇Berkumpulan recurve perempuan bawah 15 tempat pertama
🥉Jarak 40m tempat ke 3

Perempuan 18
1. NUR SAFI ADILAH BINTI AZAHARI
🥈Berkumpulan recurve perempuan bawah 18 tempat ke 2
🥈Keseluruhan perempuan bawah 18 tempat ke 2
🥈Jarak 70m tempat ke 2
🥇Jarak 50m tempat ke 1

2. NUR AINI SYAKIRA BINTI ABDULLAH
🥈Berkumpulan recurve perempuan bawah 18 tempat ke 2

👨‍💼🧕🏻 Guru Pembimbing :
1. Cikgu Noor Fuaidi Bin Jaafar
2. Cikgu Nordiyana Binti Daud
3. Cikgu Nor Aisyah Hafiza Binti Tazudin
4. Cikgu Nur Iffah Syahirah Binti Indra

07/07/2024

Crongratulations!!
Haddad Alwi and SSMP Recurve Team.
Thank you Coach SSMP & Parents.
Gold Medal Recurve Team Event🥇

Temenggong Ibrahim Prestige Sport (TIPS) Archery International Tournament Piala
Pengarah 2024

26/06/2024
Photos from Nafaz Archery Club's post 26/06/2024

Jutaan Terima Kasih kami ucapkan kepada Dato' Hj Hassan Bin Johari diatas sumbangan 3 buah khemah pada hari ini. Semoga Dato dan keluarga selalu dilimpahi dengan kebaikan dunia dan akhirat. Aamiin..aamiin..aamiin..🤲🏻😊

26/06/2024

Untuk warga Muar, Jom sertai untuk memberi ilmu dan pengalaman untuk anak-anak anda.

PRA PENDAFTARAN KLAS RENANG FASA 2 TAHUN 2024 KINI DIBUKA, TEMPAT ADALAH TERHAD! 🔥⚡️

Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) 🏊

Bagi edisi 2024 di Johor bagi 3 daerah program ini terbuka kepada:

✅ : Kanak-kanak daripada keluarga B40 berumur 6 hingga 12 tahun ( KLUANG & MUAR)

✅ : Kanak-kanak dan remaja OKU berumur 6 hingga 15 tahun (JOHOR BAHRU)

Silaklik pautan pendaftaran untuk mendaftar atau mendapatkan senarai lokasi dan maklumat lanjut 📋

Tempat adalah TERHAD tau! (pautan pra pendaftaran akan ditutup setelah slot dipenuhi) 🏁

🗓️ : Bulan Julai - September 2024
🎟️ : Penyertaan PERCUMA
🔗 : Pendaftaran secara dalam talian melalui pautan

https://forms.gle/XWKGvXT1rcTKgJ26A

Membina keyakinan dan kemahiran, JBSN bersama 💪🏻



P/s Tertakluk kepada syarat dan kelayakan penyertaan yang mana peserta yang berjaya akan dihubungi oleh urus setia bagi penyelarasan lanjut 🙌🏻

18/06/2024

Bahang kehangatan Kejohanan Memanah MSSD 2024 kian dirasai.

Photos from Nafaz Archery Club's post 28/04/2024

Tahniah Nur Aisyah kerana memenangi hadiah misteri dari pihak MACE MSN semperna Karnival Pendidikan Atlet 4.0

Photos from Nafaz Archery Club's post 28/04/2024

Kelab Memanah Nafaz ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet Para Negeri Johor Darul Takzim En. Muhammmad Nazri Bin Ariffin yang telah berjaya mendapat tempat ke 2 didalam acara Compound Man di Kejohanan Sirkit-1 Kebangsaan Para Memanah yang telah berlangsung di MSN Bukit Jalil.

Dan tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada Volunteer Nafaz yang juga turut membantu dalam menyantuni dan membantu atlet-atlet para dalam melancarkan urusan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada semua pemenang dan atlet yang telah berjaya.

Teruskan usaha dan berlatih jumpa lagi di Siri 2 yang akan datang.

18/04/2024

Program Inspire iTalent 2024 Peringkat Negeri Johor

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan akan menganjurkan Program Inspire iTalent Peringkat Negeri Johor 2024 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 4 dan 24 Mei 2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor

Berminat untuk menjadi atlet Paralimpik Negeri Johor? Jom sertai pencarian bakat yang akan diadakan. Imbas kod QR untuk pendaftaran .

11/03/2024

Marhaban ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan.

Selamat berpuasa, semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kemudahan dalam menjalankan ibadah ini hingga datang Hari Kemenangan..Aamiin.Aamiin..Amiin🤲🤗

Photos from SAW Muo Archery Range's post 26/02/2024
13/02/2024

Jutaan Terima Kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang telah mendaftar penyertaan Kejohanan Memanah Pembangunan & Terbuka Muar 2024.

Untuk penyertaan U21 masih dibuka lagi sehingga penuh penyertaan. Tarikh akhir pendaftran pada 15hb Februari 2024, Jom!! Daftar segera☺️

24/01/2024

=============================
KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN DAN
TERBUKA MUAR 2024
=============================
🏹 ANJURAN
KELAB MEMANAH NAFAZ

DENGAN KERJASAMA
MAJLIS SUKAN DAERAH MUAR
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR.
KELAB MEMANAH SA'D ABI WAQQAS
KELAB MEMANAH SEMARAK

PENYERTAAN TERBUKA KEPADA SEMUA
YANG BERMINAT.

Tarikh akhir pendaftaran pada 10 Feb 2024

⚠️Untuk maklumat pertandingan & Link Penyertaan
https://forms.gle/kH8T6z7vtLJb2GXo9

⚠️ Link Whssp untuk sebarang pertanyaan👇

https://wa.link/04ugjr

https://wa.link/jey4yb

Photos from Nafaz Archery Club's post 24/01/2024

MENCARI BAKAT BARU U12

24 Jan - Pagi ini kami telah mengadakan satu program (TID) bagi mengenal pasti bakat-bakat atlet yang bakal memasuki persekolahan di sesi 2024.Selain tu, program ini merupakan anjuran bersama Kelab Memanah SKPS.Semoga program yang dijalankan ini dapat menyuntik semangat atlet-atlet untuk menunjukkan bakat yang dimiliki seterusnya menjadi atlet memanah yang berpotensi tinggi untuk Daerah Muar dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

TikTok · nafazarchery 16/01/2024

You're never as good as everyone tells you when you win, and you're never as bad as they say when you lose☺️

TikTok · nafazarchery Check out nafazarchery's video.

12/01/2024

Alhamdulillah Latihan Memanah dan kelas Al Quran Nafaz pada hari ini berjalan seperti biasa.

Imam Syafi’i RA dalam Manakib Syafi’i, 2/139 menjelaskan :


من اراد الدنيا فعليه بالعلم ومن اراد األخرة فعليه بالعلم


Barangsiapa yang menginginkan (kebahagiaan) dunia, maka hendaknya dengan Ilmu. Dan barang siapa yang menginginkan (kebahagiaan) akhirat, maka hendaknya dengan Ilmu.

Salam Jumaat buat semua..

Photos from Akademi Kejurulatihan Kebangsaan's post 11/01/2024
10/01/2024

Tarikh-Tarikh Penting Temasya dan Acara bagi tahun 2024🔥🇲🇾

Selamat berjuang!

Jangan lupa ‘save the date’ dan tunjukkan sokongan anda buat semua atlet yang bakal bertanding pada temasya tahun ini. 💪🏻

10/01/2024

Innalillahi wainnailaihirojiun.
Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga.

Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Mohad Nanzeri Md Karim telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.20 petang tadi.

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) menzahirkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Cikgu Mohad Nanzeri Md Karim.

Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya. Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

Aamiin Allahumma..Aamiin Ya Mujib...

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Jagalah adab-adabmu wahai anak ketika bersama gurumu. Jagalah lisanmu dan kelakuanmu ketika menuntut ilmu.Kehebatan seor...
Crongratulations!!Haddad Alwi and SSMP Recurve Team. Thank you Coach SSMP & Parents. Gold Medal Recurve Team Event🥇Temen...
Bahang kehangatan Kejohanan Memanah MSSD 2024 kian dirasai.#mssdmuar
Marhaban ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang,...
Jutaan Terima Kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang telah mendaftar penyertaan Kejohanan Memanah Pembangunan & Te...
Mari bersama memeriahkan acara semperna cuti sekolah bersama keluarga.
Alhamdulillah Latihan Memanah dan kelas Al Quran Nafaz pada hari ini berjalan seperti biasa.Imam Syafi’i RA dalam Manaki...
Breathe.Believe.One Reality
New Student Intake 2024
PENGAMBILAN PELAJAR BARU BAGI SESI 2024Anda tidak pandai memanah, tetapi berminat untuk belajar? Jangan risau! Kini kami...
Tahniah kepada 3 peserta dari Nafaz Archery yang telah terpilih bagi mewakili Daerah Muar di Kejohanan Memanah Riseup Go...

Category

Website

Address


Jalan Salleh
Muar
84000

Opening Hours

Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Other Sports in Muar (show all)
XD Sports XD Sports
NO. 2 BAWAH, TAMAN MAWAR, Jalan ABDUL RAHMAN
Muar, 84000

A shop always provide a good price and high quality product � �Accessories �Racket �Shoes

Mm554store Mm554store
Jalan Junid, Taman Sri Tanjung
Muar, 84000

VAXE VAXE
88 Jalan Abdul Rahman, Kampung Baharu
Muar, 84000

A badminton brand will be launched in 2023🔥

Al-Ikhsan Sports Warehouse Muar Al-Ikhsan Sports Warehouse Muar
No 92& 94 Jalan Ali
Muar, 84000

CALL OR WHATSAPP : 012-7884374 OPERATION HOURS MON- SUN: 10AM - 10PM

Muar Star Badminton Centre Muar Star Badminton Centre
No. 145, Jalan Ismail
Muar, 84000

We setup a new badminton centre in the Muar Town. To provide a comfortable place for the sport people

Akademi seni bela diri singa emas hitam Akademi seni bela diri singa emas hitam
Jalan Kim Kee
Muar

kelas Muay Thai sport setiap Isnin & selasa kelas Muay Boran setiap hari Jumaat kelas silat kanak

Sports Live Tv Sports Live Tv
182 Jalan Murni 10
Muar, 84100

যে কোনো খেলা লাইভ দেখতে পেইজটি ফলো করে রাখুন ধন্যবাদ

Sawah Padi Glow Night Run Sawah Padi Glow Night Run
Landmark Sawah Sungai Balang
Muar, 83600

SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

DUNIA Petanque DUNIA Petanque
144-A Jalan SALLEH
Muar, 84000

kami telah berkecimpung dalam sukan petanque dari 1992, pengalaman yg luas dalam sukan Petanque adal

Maxx Sports HQ Maxx Sports HQ
K62 Jalan Perindustrian 5 Kawasan Perindustrian Tanjung Agas
Muar, 84000

MAXX SPORTS SDN BHD (1040917-X) "UNLEASH YOUR MAXXIMUM" SINCE 2013

Ultra Marathon Muar Ultra Marathon Muar
Muar, 84000

坚持

Bukit Gambir Badminton Kaki Bukit Gambir Badminton Kaki
Bukit Gambir
Muar, 84800