PKMD MUAR

WISMA KEBAJIKAN, JALAN OTHMAN, 84000 , MUAR , JOHOR

Photos from Pejabat Daerah Muar's post 01/09/2024
25/08/2024

25 Ogos 2024

YB Puan Hajah Khairin Nisa binti Ismail On, EXCO Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor menyantuni mangsa OKU di Hospital Sultanah Fatimah Muar (HSFM). Mangsa adalah seorang OKU (pembelajaran) yang ditemui masih hidup dalam kejadian menyayat hati penemuan dua beranak dipercayai sudah meninggal dunia di Sungai Abong, Muar

Turut bersama adalah Tuan Pathmanathan a/l R. Nalasamy, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dan Ahli Majlis, Puan Gan . Turut serta Penghulu Bandar, Tok Firdaus (wakil dari Pejabat Daerah)

JKM melalui PKMD Muar juga telah menyerahkan kit makanan kepada mangsa OKU yang sedang mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian tersebut, seorang warga emas dan seorang OKU ditemui telah meninggal dunia manakala seorang lagi OKU ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dalam kediaman mereka di Sungai Abong, Muar.

Khairin-Nisa Ismail
JKM Negeri Johor - JKMNJ
Pejabat Daerah Muar

Photos from Polis Daerah Muar's post 10/08/2024
Photos from PKMD MUAR's post 09/08/2024

9 Ogos 2024 - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni waris mangsa kebakaran Kg Paya Redan. Tragedi tersebut telah meragut tiga nyawa manakala seorang mangsa yang terselamat masih menerima rawatan di hospital.

JKM melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Muar telah menyerahkan Tabung Bantuan Segera berjumlah RM300.00 kepada waris beserta bantuan keperluan asas seperti toto,tilam, tikar, kain pelikat, kain batik, bantal, selimut, refreshment kit, kit kebersihan diri, kain pelekat, telekung dan makanan retort.

Bantuan diserahkan ketika lawatan bersama Yang Berbahagia Tuan Hasrin Kamal Hashim, Pegawai Daerah Muar ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah bagi menyantuni waris mangsa pada jam 3.30 petang.

Semoga keluarga mangsa tabah dalam menghadapi ujian ini.

Khairin-Nisa Ismail
JKM Negeri Johor - JKMNJ
Pejabat Daerah Muar

09/08/2024

KENYATAAN MEDIA YDH ACP RAIZ MUKHLIZ BIN AZMAN AZIZ, Ketua Polis Daerah Muar berkaitan kes kebakaran melibatkan 3 maut di Pagoh Muar.

06/08/2024

PEMAKLUMAN PERPINDAHAN & PERTUKARAN ALAMAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

Dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor telah berpindah ke pejabat baharu yang beralamat seperti berikut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor
Aras 4 & 5
Kompleks Peyayang Kempas
Lot 131200, Kempas Baru
81200 Johor Bahru, Johor

No Tel: 07-2330400
Emel: [email protected]

Pathmanathan Nalasamy
Khairin-Nisa Ismail
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Photos from PKMD MUAR's post 04/08/2024

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah Muar (JPWED) Bilangan 1 Tahun 2024

Tarikh : 4 Ogos 2024 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Daerah Muar

Penglibatan :
1. Tuan Mohd Fairul bin Surian - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah Muar
2. Ahli Jawatankuasa
- Majlis Perbandaran Muar
- IPD Muar
- Pejabat Khadi Daerah Muar
- Pejabat Kesihatan Daerah Muar
- Majlis Agama Islam Muar
- Pejabat Perpaduan Daerah Muar
- Pejabat KEMAS Daerah Muar
- Pejabat Tenaga Kerja Daerah Muar
- Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Muar/Tangkak
- PERKESO Muar
- PAWE Bukit Pasir
- PAWE Pt. Keroma

Urusetia:
1. Pn. Noor Azliza binti Ismail - PKMD Muar
2. Pn. Mahanim binti Mansor - Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Kanan (Ketua Unit OKU & WE PKMD Muar)
3. En. Shamsul bin - YaƔkub Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Penyelaras WE PKMD Muar)
4. En. Muhammad Mahanirol bin Mahat - Pemandu

Agenda mesyuarat:
1. Perutusan Pengerusi
2. Taklimat Mekanisme Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas ( Pn. Noor Azliza binti Ismail - PKMD Muar selaku Urusetia JPWED)
3. Taklimat Pencalonan Anugerah dan Penghargaan Sempena Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan dan Edaran Borang Pencalonan
4. Lantikan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah Muar
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan, sesi bergambar
7. Bersurai

Khairin-Nisa Ismail
JKM Negeri Johor - JKMNJ
Bahagian Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor

Photos from Pejabat Kebajikan Masyarakat - JKM Kulai's post 04/08/2024
Photos from PKMD MUAR's post 29/07/2024

Program Ziarah Sentuhan Kasih Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, YB Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md. On ke Daerah Muar.

Tarikh : 21 Julai 2024 (Ahad)
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Kawasan : DUN Sungai Balang

Penglibatan :
1. Yang Berhormat Puan Hajah Khairin-Nisa Binti Ismail @ Md.On
2. Yang Berhormat Tuan Haji Selamat bin Takim - ADUN Sungai Balang
3. Pn. Noor Azliza binti Ismail - PKMD Muar
4. En. Md Taufik b. Md Zain - Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Kanan
5. En. Mohd Zaki Bin Mazlan Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan
6. En. Saiful Bin Ahmad - Pemandu

Pengisian program:
Yang Berhormat Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md. On bersama Yang Berhormat Tuan Haji Selamat bin Takim menyantuni 5 orang klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan menyerahkan surat kelulusan permohonan bantuan kewangan bulanan JKM serta kit makanan. Klien adalah dari merupakan penerima bantuan kewangan bulanan JKM yang terdiri daripada skim Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya & Bantuan OKU Tidak Berupaya Berkerja

Photos from PKMD MUAR's post 29/07/2024

Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah Muar ke PAWE Parit Keroma Muar.

Tarikh : 28 Julai 2024 (Ahad)
Masa : 4.00 petang - 6.30 petang
Kawasan : PAWE Parit Keroma

Penglibatan :
1. Tuan Mohd Fairul bin Surian - Pengerusi JPWED Muar
2. Pn. Noor Azliza binti Ismail - PKMD Muar
3. Pn. Mahanim Binti Mansor - Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Kanan (Unit OKUWE)
4. En. Shamsul Bin Ya'akub Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Unit WE)
5. Puan Hajjah Zaidah binti Omar - Pengerusi PAWE Parit Keroma, AJK Dan Penyelia PAWE Parit Keroma Muar
6. En. Saiful Bin Ahmad - Pemandu

Pengisian program:
Tuan Mohd Fairul bin Surian - Pengerusi JPWED Muar membuat lawatan ke PAWE Pt.Keroma bagi sesi berkenalan serta membincangkan perancangan pembangunan Warga Emas. Selain itu beliau turut mengenalpasti dan membincangkan isu-isu berkaitan khususnya di PAWE

Perbincangan ringkas antara Pengerusi JPWED Dan PKMD turut diadakan bagi perancangan Mesyuarat JPWED Muar yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Khairin-Nisa Ismail
JKM Negeri Johor - JKMNJ

Photos from PKMD MUAR's post 24/07/2024

Mesyuarat Penyelarasan Pertubuhan Kebajikan PDK Peringkat Daerah Muar Tahun 2024
14 Julai 2024
Bilik Mesyuarat PKMD Muar
Penglibatan:
1. Pengerusi, Penyelia & Petugas PKPDK Daerah Muar (9 PKPDK)
2. PKMD Muar
3. Penyelaras Unit OKU Daerah Muar
Agenda :
1. Sesi suai kenal PKMD bersama Pengerusi PKPDK Daerah Muar
2. Taklimat Pengurusan Permohonan Bantuan Kewangan 2025 Dan Perancangan Pelaksanaan Prog/Aktiviti PDK bagi lebihan Bantuan Kewangan 2024
3. Hal-hal lain
Mesy ditangguhkan pada jam 11.55 pagi
JKM Negeri Johor - JKMNJ

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


WISMA KEBAJIKAN, Jalan OTHMAN
Muar
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Other Government Officials in Muar (show all)
Pusat Koreksional Muar Pusat Koreksional Muar
Jalan Salleh
Muar, 84000