Pagoh Education Hub
Pagoh Higher Education Hub is located in Pagoh, Johor, Malaysia. It is the first and largest public
✍🏻MAKLUMAN
📚WAKTU PENGOPERASIAN PERPUSTAKAAN GUNASAMA HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH 📚
⏰AHAD-RABU : 8:30 PAGI - 6.00 PETANG
⏰KHAMIS: 8:30 PAGI - 4:30 PETANG
15 & 16 JULAI 2024
KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM DI SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (SPK HPTP)
Ribuan terima kasih diucapkan atas kesudian Ketua Cawangan SPRM Batu Pahat, PPj. Mohd Fauzi bin Shadollah bersama Ketua Cawangan SPRM Kluang, En. Huzaire bin ishak selaku penceramah jemputan yang berkongsi input serta pengalaman yang sangat berguna kepada warga kerja SPK HPTP.
Kursus ini bertujuan untuk mengukuhkan nilai integriti dalam diri supaya tidak terjebak ke dalam kancah rasuah yang mana setiap dari kita terdedah kepada risikonya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Peserta juga diberi penekanan terhadap usaha memerangi rasuah dan membudayakan nilai integriti dalam tugas di jabatan.
Dalam pada itu, peserta juga didedahkan kepada akta-akta yang berkaitan serta kajian kes dan tindakan serta hukuman yang dikenakan kepada pesalah rasuah. Pihak SPRM juga berkongsi kaedah menyalurkan maklumat yang betul dan berkualiti dalam pencegahan rasuah.
Kursus diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata penghargaan oleh Pengarah SPK HPTP, Encik Huzaimi Amir bin Zainudin kepada penceramah dan sesi bergambar peserta bersama penceramah.
SALAM MAAL HIJRAH 1446H/2024
Semoga tahun ini kita dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan amal ibadah serta perbuatan baik yang disenangi oleh Allah SWT.
KHAMIS | 4 JULAI 2024
MESYUARAT JAWATANKUASA RUNDINGAN HARGA KERJA TAMBAHAN (JH-KT) BAGI PERJANJIAN KONSESI PEMBANGUNAN HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH, POLITEKNIK TUN SYED NASIR DAN KEMUDAHAN GUNASAMA
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Setiausaha Bahagian (Pembangunan) KPT, Puan Azlinda binti Azman yang sudi hadir ke Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) serta mempengerusikan mesyuarat tersebut. Turut hadir ialah Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Pembangunan) KPT, En. Muhammad Faizaruddin bin Jamaludin; Pengarah SPK HPTP En. Huzaimi Amir bin Zainudin dan timbalanya, Pn. Ismalaila binti Ismauddin serta Ketua Jabatan Kejuruteraan Petrokimia PTSN, En. Azmir Iqbal bin Ibrahim.
Mesyuarat membincangkan tentang perancangan kerja tambahan untuk pembangunan di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) yang akan memberi manfaat kepada seluruh warganya yang terdiri daripada 3 buah universiti awam iaitu UTM, IIUM, UTHM dan Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN). Dalam pada itu, bagi Kemudahan Gunasama p**a manfaatnya boleh sama dinikmati oleh agensi luar kerana fasiliti ruang dan sukannya dibuka untuk tempahan dengan kadar sewaan yang telah ditetapkan.
Turut hadir ialah Pengurus Besar Sime Darby Property Selatan (SDPS), En. Wan Azli bin Wan Mohamed Ali; Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti, En. Norazmi bin Hamzah dan Ketua Jabatan Pengurusan Operasi, En. Mahput bin Sairan.
RABU | 26 JUN 2024
MESYUARAT INTERVENSI HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (HPTP) BIL.1/2024
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah SPK HPTP, En. Huzaimi Amir bin Zainudin, dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Pn. Ismalaila binti Ismauddin, serta pegawai-pegawai SPK HPTP.
Hadir sama ialah Provost Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Prof. Madya Dr. Afandi bin Ahmad; Dekan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Azrul Azlen bin Abd. Hamid; Timbalan Pendaftar UTM Pagoh, En. Mohd Farid bin Rahmat; Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), Ts. Hamdan bin Samdin; serta pegawai-pegawai dari institusi masing-masing.
Objektif mesyuarat ini adalah untuk mengenal pasti masalah dan keperluan bagi menangani isu-isu yang memerlukan perhatian segera atau tindakan kolektif. Mesyuarat ini juga bertujuan menyediakan platform untuk berkomunikasi, berkolaborasi, dan menyelaras tindakan berkaitan pelarasan bersama Universiti Awam dan Politeknik di HPTP.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan menjayakan mesyuarat ini.
AHAD | 23 JUN 2024
MESYUARAT PENGARAH SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (SPK HPTP) BERSAMA PIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (HPTP) TAHUN 2024
Satu mesyuarat antara Pengarah SPK HPTP bersama Pimpinan MPP HPTP tahun 2024 telah selesai dengan jayanya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah SPK HPTP, En.Huzaimi Amir bin Zainudin dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Pn. Ismalaila binti Ismauddin serta pegawai-pegawai SPK HPTP. Turut melengkapkan kehadiran ialah wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi setiap institusi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) cawangan Pagoh serta Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN).
Mesyuarat ini bertujuan memberikan pencerahan dan sesi perkongsian maklumat serta mendapatkan komen, pandangan dan cadangan daripada suara pelajar bagi memantapkan lagi pengoperasian dan pengurusan Kemudahan Gunasama disamping dapat merapatkan hubungan antara pihak pengurusan HPTP dengan pimpinan MPP di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
Terima kasih kepada semua pimpinan MPP yang telah menyuarakan pelbagai pandangan dan cadangan. Suara anda akan diteliti dan akan dipertimbangkan sewajarnya untuk kebaikan bersama kelak.
[MAKLUMAN]
📚PELANJUTAN WAKTU PENGOPERASIAN PERPUSTAKAAN GUNASAMA HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH 📚
⌛️BERMULA 18 JUN 2024 HINGGA 24 JULAI 2024
⏰AHAD-RABU : 8:30 PAGI - 9:00 MALAM
⏰KHAMIS: 8:30 PAGI - 4:30 PETANG
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
Pada hari yang mulia ini, mari kita renungkan makna pengorbanan dan kesetiaan Nabi Ibrahim AS. Semoga kita mampu meneladani semangat pengorbanan baginda dalam kehidupan kita.
Ikhlas daripada :
PENGARAH &
WARGA KERJA SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH
11 – 12 JUN 2024 I KURSUS PENGURUSAN PROTOKOL, ETIKET SOSIAL DAN PENGURUSAN MAJLIS DI SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (SPK HPTP)
Unit Khidmat Pengurusan di Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) telah komited menganjurkan Kursus Pengurusan Protokol, Etiket Sosial, dan Pengurusan Majlis yang telah berlangsung pada 11 dan 12 Jun 2024 di Ruang Legar Aras 3, Perpustakaan Gunasama, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam mengaplikasikan aspek protokol serta pengurusan majlis rasmi kerajaan. Peserta juga mempelajari cara menguruskan majlis besar atau kecil dalam jabatan, memahami susunan kedudukan dan panggilan hormat dengan betul, serta mengetahui tugas dan tanggungjawab urusetia seperti pegawai protokol dan penyambut tetamu dalam mengendalikan majlis rasmi.
Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial bagi meningkatkan kemahiran diri dalam pengendalian pelbagai jenis majlis.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada En. Azri Noor bin Mohd Arif dan En. Mohd Yazid bin Ghazali dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Pendidikan Tinggi, kerana sudi menjadi penceramah jemputan dan memberikan input serta pengalaman yang sangat berguna kepada warga SPK HPTP.
Kursus diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata kepada penceramah dan sesi bergambar peserta bersama penceramah
[HEBAHAN SEMULA]
Assalamualaikum W.B.T
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (SPK HPTP)
Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) ingin mempelawa calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan (Personel MySTEP) seperti yang dinyatakan di lampiran.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 13 JUN 2024 (KHAMIS)
Sekian, terima kasih.
[HEBAHAN]
Assalamualaikum W.B.T
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (SPK HPTP)
Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) ingin mempelawa calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan (Personel MySTEP) seperti yang dinyatakan di lampiran.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 4 JUN 2024 (SELASA)
Sekian, terima kasih.
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 3 Jun 2024 bersamaan 25 Zulkaedah 1445H.
Sembah takzim daripada,
Pengarah & warga kerja Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh
Menjunjung kasih Tuanku.
16 - 18 MEI 2024 I KURSUS ASAS RENANG DAN KESELAMATAN AIR
Satu Kursus Asas Renang dan Keselamatan Air telah diadakan di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang, Johor, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan individu terhadap bahaya, bencana dan kecemasan di lingkungan air, memberikan pendedahan dan pengetahuan asas mengenai kemahiran berenang dan teknik penyelamatan serta mewujudkan individu berkompetensi bagi mengurangkan risiko kemalangan di air.
Kursus Asas Renang dan Keselamatan Air ini melibatkan seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan daripada Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP), Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh dan Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN).
Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini turut dimuatkan dengan pengisian Modul Abseiling yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan menghadapi ketinggian serta mengatasi ketakutan. Selain itu, Modul Confined Space turut diadakan sebagai pendedahan kepada peserta mengenai situasi menyelamat di dalam ruangan terhad. Seterusnya, Modul Latihan Renang memberi pendedahan kepada peserta berkenaan langkah keselamatan di air, teknik pernafasan dan apungan serta teknik renangan. Di hari terakhir kursus, peserta turut mempelajari modul menyelamat tanpa renangan dan teknik bantuan kecemasan, CPR.
Kursus diakhiri dengan Majlis Penutup Kursus Asas Renang dan Keselamatan Air dan sesi bergambar peserta bersama jurulatih PULAPAS.
SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK
kepada semua penganut agama Buddha
Ikhlas daripada :
PENGARAH &
WARGA KERJA SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH
✍🏻MAKLUMAN
📚PELANJUTAN WAKTU PENGOPERASIAN PERPUSTAKAAN GUNASAMA HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH 📚
⏰AHAD-RABU : 8:30 PAGI - 9:00 MALAM
⏰KHAMIS: 8:30 PAGI - 4:30 PETANG
⌛️BERMULA 19 MEI 2024 HINGGA 12 JUN 2024
16 Mei 2024 I Selamat Hari Guru
Ke perpustakaan meminjam buku
Buku dipinjam bersama rakan
Banyak jasamu wahai guruku
Terima kasih kami sampaikan 💝
Ikhlas daripada :
PENGARAH &
WARGA KERJA SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH
Kasihnya Ibu, adalah cinta yang abadi.
Sebuah cinta yang luar biasa.
Kasihnya ibu tiada galang gantinya.
Selamat Hari Ibu!💖
Ikhlas daripada :
PENGARAH &
WARGA KERJA SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH
RABU | 8 MEI 2024
LAWATAN KERJA KE TAPAK SISTEM PENYEJUKAN BERKELOMPOK JANA DSTRICT COOLING SYSTEM SDN. BHD. DI NUSAJAYA, ISKANDAR PUTERI, JOHOR
Lawatan kerja ke tapak Sistem Penyejukan Berkelompok District Cooling System (DCS) yang diuruskan oleh Pendinginan Jana Sdn Bhd telah diketuai oleh Pengarah SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, En.Huzaimi Amir bin Zainudin, Timbalan Pengarah, Pn. Ismalaila binti Ismauddin serta pegawai-pegawai SPK HPTP.
Delegasi HPTP disambut oleh Pengarah Urusan, YBhg. Dato' Abdul Rahim Dato' Ismail dan pasukan JANA DCS Sdn. Bhd.
JANA DCS Sdn. Bhd. merupakan pengendali pertama Sistem Pendingin Hawa Berpusat di Iskandar Malaysia, dengan keupayaan Penyimpanan Tenaga Terma, yang menghasilkan dan membekalkan beban penyejukan bagi tujuan penyaman udara ke kompleks Kerajaan Negeri Johor di Kota Iskandar; dan kepada pelbagai pembangunan sektor swasta di Puteri Harbour, Johor.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat pengoperasian sistem penyejukan berkelompok yang diuruskan oleh pihak JANA DCS Sdn. Bhd. sejak tahun 2009. Lawatan ini juga bagi perkongsian ilmu antara pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jana DCS terhadap pengurusan Sistem Pendinginan Pusat yang efektif dan memastikan teknologi ini terus dibangun dan digunakan selaras dengan agenda pembangunan hijau dan mampan dan juga dapat memberi kebaikan kepada kerajaan.
[HEBAHAN]
Assalamualaikum W.B.T
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (SPK HPTP)
Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) ingin mempelawa calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan (Personel MySTEP) seperti yang dinyatakan lampiran.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 8 MEI 2024.
Sekian, terima kasih.
30 April 2024, Selasa | Sekitar program sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2024. Beberapa program telah dilaksanakan antaranya Speed Reading, Jom Baca bersama 10 Minit dan Read & Relax Edisi Khas. Terima kasih kepada semua staf dan pelajar Hab Pendidikan Tinggi Pagoh atas penyertaan dalam program ini di Perpustakaan Gunasama HPTP
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2024
"Pekerja Kesuma Bangsa"
Ikhlas daripada :
PENGARAH & Warga Kerja
SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH
[HEBAHAN]
Tidak ketinggalan juga, program Read & Relax Edisi Khas bersempena dengan Jom Baca bersama 10 Minit akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 30 April 2024 (Selasa)
Masa: 11.10 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Aras 2, Perpustakaan Gunasama HPTP
Semua dijemput hadir.
[HEBAHAN]
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024 PERINGKAT HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH
Seluruh warga HPTP dijemput untuk menyertai program Jom Baca bersama 10 Minit anjuran Perpustakaan Gunasama HPTP seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 30 April 2024 (Selasa)
Masa: 11.00 pagi - 11.10 pagi
Tempat: Aras 2, Perpustakaan Gunasama HPTP
Ayuh luangkan masa selama 10 minit untuk membaca bagi menyemarakkan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
[HEBAHAN]
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM SPEED READING ANJURAN PERPUSTAKAAN GUNASAMA HPTP
Seluruh warga HPTP dijemput untuk menyertai program Speed Reading bersempena dengan Program Jom Baca bersama 10 Minit 2024 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 30 April 2024 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Aras 3, Perpustakaan Gunasama HPTP
Terhad kepada 40 peserta sahaja.
Daftar sekarang: https://bit.ly/speedreadingHPTP
Pendaftaran adalah PERCUMA
✅ sarapan disediakan
✅ e-Sijil penyertaan disediakan
[HEBAHAN]
PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKU & HAK CIPTA TAHUN 2024 ANJURAN PERPUSTAKAAN GUNASAMA HPTP
Perpustakaan Gunasama HPTP akan menganjurkan program Sambutan Hari Buku & Hak Cipta Tahun 2024. Butiran program seperti ketetapan berikut:
🗓 Tarikh: 29 & 30 April 2024
🕰 Masa: 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
📍Lokasi: Aras 2, Perpustakaan Gunasama HPTP
Aktiviti yang dijalankan :
📋29 April 2024
1. Book Face
2. Book Tower
3. Treasure Hunt
Hadiah akan disediakan kepada para pemenang
📋30 April 2024
1. Speed Reading
2. 10 Minit Membaca
3. Book Review
Sehubungan itu, kami berbesar hati menjemput seluruh warga HPTP untuk hadir dalam program ini bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pihak kami juga akan menyediakan sijil kepada para peserta. Ayuh, sama-sama kita jayakannya.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Tuan/ Puan,
Di kesempatan ini, Warga Kerja Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh,
Bahagian Pembangunan,
Kementerian Pendidikan Tinggi mengucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 | 1445 H, Maaf Zahir dan Batin
Video Ucapan & Parodi (Alamak Raya) Hari Raya:
https://youtu.be/VNScSmuPIDk?si=RwUxID4Zo-ibo3GZ
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh
Bahagian Pembangunan
Kementerian Pendidikan Tinggi
www.hptp.edu.my
Jangan Lupa Untuk FOLLOW, LIKE, SHARE & COMMENTS
FACEBOOK :
https://www.facebook.com/pagoheduhub
INSTAGRAM :
https://www.instagram.com/pagoheduhub/?hl=en
X:
https://twitter.com/PagohEduHub
*PROGRAM _HUMAN LIBRARY_ ANJURAN PERPUSTAKAAN GUNASAMA HPTP*
Perpustakaan Gunasama HPTP akan menganjurkan program _Human Library_ Siri 1 Tahun 2024 dengan tajuk " Menghadapi Cabaran Generasi Pada Masa Kini". Butiran program seperti ketetapan berikut:
🗓 Tarikh: 20 Mac 2024, Rabu
🕰 Masa: 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
📍Lokasi: Ruang Legar, Aras 3, Perpustakaan Gunasama HPTP
Sehubungan itu, kami berbesar hati menjemput seluruh warga HPTP untuk hadir dalam program ini bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ayuh, sama-sama kita jayakannya.
Sekian, terima kasih.
✍🏻*MAKLUMAN*
📚*WAKTU PENGOPERASIAN PERPUSTAKAAN GUNASAMA HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH SEPANJANG BULAN RAMADAN📚
⌛️Bermula 13 Mac 2024 Hingga 9 April 2024 waktu pengoperasian perpustakaan adalah seperti berikut:
⏰AHAD-RABU : 8:30 PAGI - 5:00 PETANG
⏰KHAMIS: 8:30 PAGI - 3:30 PETANG
Sila hubungi 06-974 2431 untuk sebarang pertanyaan
Sekian.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Muar
84600
Batu 3, Jalan Bakri
Muar, 84000
"Ulama Profesional" dan "Profesional bertaraf Ulama"
No 3 Atas, Jalan Perniagaan Sungai Sudah, Taman Sungai Sudah
Muar, 84150
Melahirkan Generasi Bijak Al-Quran
Muar, 84000
Menawarkan program keusahawanan yang memberikan persediaan kepada usahawan dengan ilmu terkini sebelum dan selepas membina perniagaan anda.
SPB 3-1 SUNGAI PULAI LAUT SRI MENANTI
Muar, 84160
Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tarbiyah sangat komited memberikan Pendidikan Tahfiz yang terbaik buat semua pelajar.
Jalan TUNKU BENDAHARA
Muar
Halaman ini dicipta bertujuan untuk penyebaran serta perkongsian maklumat dan aktiviti mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SKPK Muar.
Muar
Religious centre . Alternative & holistic health service. Religious organisation