SweetCake
Dari Zero kita practice sampai perfect... Inshallah.. moga berjaya suatu hari nanti..
yang penting jangan mudah mengalah dan jangan mudah putus asa...keep it up����
SOFT BUTTER/MARBLE CAKE
Bahan-bahan
✔ 250gm butter/margerine
✔ 200gm gula kaster
✔ 4 biji telor - guna gred A ataupun B
✔ 250gm tepung naik sendiri- sy guna tepung gandum + 1 sudu kecil double action baking powder ( diayak )
✔ 1/2 cawan susu cair@segar
✔ 1 sudu kecil esen vanilla
✔ 1/2 sudu kecil butter oil - jika guna margerine boleh tambah ini rahsia jadikan kek lebih harum dan sedap
Caranya
SAPUKAN LOYANG 7" PERSEGI DENGAN SEDIKIT BUTTER DAN ALASKAN DENGAN BAKING PAPER.
1 . Butter dan gula kaster di pukul hingga kembang dan gebu.
2 . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla dan butter oil..putar sebati.
3 . Masukkan tepung berselang seli dengan susu sampai habis..kaup balik kan dengan menggunakan spatula sampai sebati.
4 . Bahagikan adunan dan warnakan mengikut citarasa dan corakkan.
5 . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu suhu 160°C selama 40-45 minit @ sehingga masak ikut kesesuaian oven masing2 -- oven saya 60 minit ... mawarhomecooking
Mawar Wilsa
December 21, 2019 ·
Perkongsian Page Rasmi Chef Fazalina
puas hati tgk bersarang haa 😁😁
🐜3 biji telur
🐜1 cawan tepung gandum
🐜1 cawan gula
🐜1 cawan air panas
🐜3sdb marjerin(cairkan dulu yaa)
🐜5sdb susu pekat
🐜1sdk soda bikarbonat
🐜esen vanilla
-masak gula sehingga menjadi warna perang.. kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau.
-dalam bekas lain pecahkan telur kemudian kacau perlahan menggunakan whisk, masukkan susu pekat, esen vanilla dan marjerin yg dh di cairkan..kacau sehingga sebati.
-masuk tepung yg siap di ayak dgn soda bikarbonat..kacau sehingga hilang ketulan tepung, akhir sekali tuang air gula td..kacau sehingga sebati adunan.
-loyang jgn lupa sapu marjerin ok.
-sy bakar dalam periuk..panaskan dulu periuk lebih kurang 7 minit kemudian baru letak loyang, tutup tudung tunggu sehingga kek masak..siappp!
-pastikan guna api kecik yaa ♨️♨️
-adunan ni sy x perap sy terus bakar.
-air gula masukkan panas2 dlm adunan tepung.
kredit: siti hadirah
LAPIS MOSCOVIS
👇👇👇👇👇👇👇👇
By
Resep sudah modifikasi
Recipe: rinysiddik
Rebake:
Loyang :22 x22 x7 cm
Bahan A:
700 gr butter ( 300 gr anchor salted +300 gr wisjman +100 gr margarita)
3 sdm susu kental manis
Butter dan margarin harus dalam keadaan dingin ( supaya pas di mixer butter bener bener mengembang)
Bahan B :
45 butir kuning telor ( omega)
250 gr caster sugar ( gula pasir butiran halus )
Bahan C :
130 gr tepung segitiga
30 gr susu bubuk
( di saring )
Bahan D
4 sdm Rhum myer ( boleh di skip )
Bahan E
Topping :
100 gr canberry
200 gr cherry merah
200 gr cherry ijo
80 gr prunes ( sunsweets)
80 gr kismis hitam
50 gr kismis kuning
Caranya :
1. Mixer Bahan A selama 30 menit ( kecepatan sedang dengan blade Buat mixer butter ya)
2. Mixer Bahan B kuning telor dan gula selama 30 menit ( kental berjejak ) turunkan speed mas**an bahan C mixer sampai rata . ( sisihkan)
3. Setelah rata ambil bahan A bertahap campur ke bahan B dan terakhir Rhum 4 sdm (Bahan D) aduk sampai rata .
4. Panaskan oven suhu 180 c api atas bawah 15 menit . Loyang alasin kertas ( tdk perlu di oles)
5. Panggang lapis 1 suhu 180 c atas bawah di rak ke 2 dari atas sampai kuning keemasan.
6. Lapisan 2 sampai lapisan 2 teratas pk api atas aja . Setiap lapis ke 3 di kasih topping campur semua ya .
7. Lapisan ter akhir tambahin almond slices sedikit dan turunin rak ke tengah ya panggang api atas bawah 15 -20 menit .
8. Setelah matang keluarkan dan hentakan sekali kemudian pakai pisau atau spatula buat pisahin pinggiran dan balikin lapis alasin kertas dan balikin lg Alasin kertas juga ...
Kek Lapis Wali Putih
(by E.A.S BAKERY)
BAHAN-BAHAN
500GM BUTTER
100GM GULA HALUS(jgn make gula pasir lps ya bland s*k maok ye)
10biji telur A
1 sb ovelet
1 sb esen vanila
1 tin besar susu pekat
300gm cream cheese
100gm serbuk ice cream vanila
100gm horlick
80gm sri kaya
250gm tepung bluekey(tepung naik sendiri)
2 sb filling kiwi tambah 2-3 sb tepung jagung
2 sb filling mango tambah 2-3 sb tepung jagung
-Pukul butter+gula+ovelet sehingga kembang dan putih
-mas**an telur satu persatu.
-mas**an esen vanila+susu+kaya+serbuk ice cream+horlick dan akhir sekali mas**an tepung sebatikan.
-bahagikan adunan kepada 2:
1)hijau
2)putih(cream cheese + pewarna putih secukup nya)
*untuk buat dot-dot ambik 2 sb adunan cheese tadi cmpur 2 sudu filling kiwi dan filling mango.
*bakar 2 lapisan adunan cheese dahulu setiap lapisan paiping dengan filling kiwi dan filling mango.kemudian bakar bahagian hijau 2 lapis dan seterusnya lapisan cheese sehingga habis.
*Suhu 170 api atas sahaja.
*untuk mendapat potongan yang cantik simpan kek dalam peti sejuk biarkn keras sedikit.
Credit:Kek Lapis Sarawak
Perkongsian Page Rasmi Chef Fazalina
Pandan santan gula melaka
saiz 7 dapat 2 loyang kalau tinggi kalau rendah dapat 3 ya
bahan2
,👌6 biji telur
👌1 cawan gula halus
👌1sb ovalate
👌1sb emolco pandan coconut
👌1sb pewarna hijau epal
👌2 cawan self rising
campak semua dalam mixer😂 ko campak elok2 jgn sampai semua tercampk dalm tong sampah🤣
mix slow je dulu dah sebati naik kan sket volume kelajuan mixer sampai medium dan separa gebu masuk kan 1/2 cawan santan sket2 sampai habis
lepas tu mix lg sampai gebu
matikan mixer korg masuk kan 1/2 cawan butter premium yg dicair kn jgn sejuk sgt bia suam2 nnt hasil nye kek tu moist.
ok kacau laju2.Tuang dalam loyang set suhu oven 180 api atas bawah 45-50 mnt
dah masak bia sejuk dulu belah 3 bahagian
buat cream die
📌250g cream cheese
📌1/4 cawan susu pekat
📌1sk pewarna hijau epal
📌1 sb emolco pandan coconut
mix sebati
tambah 500g vivo fresh cream
mix lg sampai kental
setiap layer letak cream dan tuang kan dgn gula melaka korg tuang dalam bekas masuk peti ais die jd pekat mudah xmeleleh bila kite letak atas cream
last kita coating dan finishing kek lepa keseluruhan.
siap dan hias kan ikut kreativiti korg ya...
selamat membuat resepi ni tuk jualan ya
Kredit:Azlina Ina resepi
STEP LENGKAP CARA MUDAH BUAT KEK VANILLA SNOW CHEESE
Cheyah ingatkan. Ini adalah style cheyah buat kek vanila yang dibakar. Kalau nak kukus pun boleh takde masalah. Jom korang chekout resepi dan boleh view gambar untuk stepnya.
KEK VANILA
100g tepung gandum
60g tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
Ayakkan sekali ketiga-tiga ini. Memang kena ayak sebab nak tepung tu halus dan cantik.
4 biji telur gred B
2 biji telur kuning sahaja
100g gula kastor
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
70g mentega yang cair
Pukul semua bahan bagi ia putih gebu. Baru masukkan tepung yang telah diayakkan. Kemudian last sekali masukkan mentega yang telah dicairkan. Pukul hingga semua gebu dan sebati.
Bakar pada suhu 160°c selama 45-60 minit tengok pada jenis oven korang. Cheyah bakar 55 minit je dengan api atas bawah.
TOPPING CREAM CHEESE
250g cream cheese tatura
60g whipping cream dairy
120g susu pekat manis
Satukan semua sekali dan pukul sehingga cream cheese tak berketul. Biarlah ia cari memang ia macam tu. Cair yang just nice
Kemudian, boleh sapu pada kek dan parutkan dengan keju cheddar. Kalau nak lebih detail boleh view gambar.
Selamat mencuba!
kredit: bahiah saripuddin
KEK LAPIS LADY BOSS (Premium)
Loyang 9x9x3
Harga cadangan whole :Rm180/Rm200
Resepi :by mekda
🌸Bahan2 A🌸
1) 450gram butter golden churn/Apa2 pure butter pun blh
2) 1 sudu mkn ovallate
3) 1 tin 500gram susu pekat( yang dekat tin tulis 500gram)
4) 180gram kaya (tin kecik
5) Cream cheese 400gram
🌸Bahan2 B🌸
1) telur Ayam gred A 10biji
2) esen vanilla 1 sudu mkn
🌸Bahan2 c🌸
1) 200 gram horlick
2) 200 gram susu tepung full cream
3) 150 gram serbuk ice cream vanilla
4) 250gram tepung pau
🌸bahan2 D🌸
1) 200 ml susu kotak full cream
2) 1 kotak kecik whiping cream
🌸Bahan2 E ( untuk tambahan dan taburan)🌸
1)milo 200 gram
2)paste strawberry 60ml
3)pewarna pink
4)pewarna putih
5)pewarna coklat
6)oreo crumb
7)cadbury yg dipotong2 (saya guna 2 bar)
🌸CarA2 mengadun🌸
pukul bahan A Sampai kembang dan gebu
Masuk kan bahan2 B mix slow je smpai sekata
Masuk bahan2 c mix smpai sekata dan smbil di selang seli bahan2 D (cukup kalau tidak berketul dan adunan dah gebu)
🌸Cara bahagi kan adunan jadi 3🌸
👇
Adunan 1
Ambik 800 gram adunan asingkan.
masuk milo 200 gram+warna coklat dan putih sedikit.
pastu adunan selebih nya di bahagi 2( timbang sama rata ye)
Adunan 2
1)masukkan pewarna putih secukup nya
Adunan 3
masukkan paste strawberry 60ml dan pewarna pink+putih
🌸Cara2 melapis🌸
1) timbang adunan 1 200 gram setiap lapisan ye. Bakar adunan 1 sampi hbs sebnyak 4 lapisan
lepas tu bakar adunan 2&3 kaup guna senduk sup je,saya guna senduk bulat besar s*kit tu.
kaup putih 1 senduk
kaup strawberry 1 senduk
tuang je dalam loyang secara rawak smbil pusing2 mcm buat kek marble. lepastu lorek je guna grapu . tabur oreo dan cadbury secukup nya ye.
Ulangi step yg sama smpai hbs,Inn shaa allah nnti sya mas**an video cmne lorekkN tu ye.
Tips2 melapis
🌸griss loyang guna marjerin@butter lapit guna baking paper🌸
🌸Panaskan oven terlebih dahulu atas bawah 160/180cc ikut oven masing2 ye🌸
🌸 bakar first layer guna api atas bawah 160/180cc selama 6min atau smpai masak(kena cek sama ada dah masuk atau blm ye)🌸
🌸second layer bakar guna api atas sahaja sampi 6min atau smpai masak ye.ulangi step yg sama smpai last layer baru tukar api atas bawah bakar smpai masak (tips muka kek mu cantik)🌸
Koleksi Kek Lapis Sarawak
Perkongsian Resepi kek dari Sajian Sarawak. Simpan utk raya 2018
KEK LAPIS PAN BORNEO
Bahan A-
16oz Mentega
250gm Cream Cheese
1/2 tin susu manis
10 biji Telor Gread A
150gm Gula Halus
1 sudu makan Ovellet
80gm Holick
200gm Whipping Cream
50gm Nestum cerelax
330gm Tepung Gandum
Sedikit buah Prune
Bahan B
Warna Hitam + buah Prune yg di potong kecil
Warna Kuning + 2 sudu makan Jem Pineapple
Warna Merah + 2 sudu makan Jem Mix Fruit
Warna Putih + 25gm Coffee mate
Caranya -
Mentega + Cream Cheese + susu manis dipukol hingga kembang dan ketepikan
Telor + gula + Ovellet di pukol hingga pekat
Campurkan kedua dua adunan
Masukkan Holick whipping Cream Nestum Cerelax dan akhir sekali Tepung gandum sedikit demi sedikit gaul hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
Dan di Campur mengikut bahan B
Acuan 8 1/2
Suhu 180c
Cara Melapis -
Lapisan Pertama -
warna Hitam 1 lapisan
warna Putih 2 lapisan
warna Hitam 1 lapisan
warna kuning 2 lapisan
warna Merah 2 lapisan
warna kuning 2 lapisan
warna Merah 2 lapisan
Warna Hitam 1 lapisan
Warna Putih 2 lapisan
Akhir sekali lapisan warna Hitam 1 lapisan
kredit : Atie Atiy
Perkongsian Page Rasmi Chef Fazalina
KEK RED VELVET
BAHAN2
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah - guna bright red
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur
esen vanila
TOPPING
250 gm Cream Cheese
100 ml atau 1/2 cawan Whipping Cream
100 gm atau 1/2 cawan Gula Kastor (kalau s**a kurang manis boleh kurangkan s**atan gula)
👉 Pukul semua dgn mixer. Kalau nk krim kental utk sapu atas kek, pukul kejap je..
CARA2
👉 Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit.
👉 Satukan dan ayak bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
👉 Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi.
👉 Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati.
👉 Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
👉 Lengserkan loyang dengan butter dan lapik kertas minyak. Suhu 170 bakar selama 45 minit, api atas bawah.
👉 Sejukkan kek dan boleh hiaskan dgn topping cream cheese. Sejukkan sebelum makan. 💗
Kredit : Atier Syah
❤RESEPI KEK LAPIS SURABAYA❤
Bahan Lapisan Kuning
(x2 untuk 2 loyang)
👉15 kuning telur A
👉125gm gula pasir
👉60gm tepung gandum
👉10gm susu tepung
👉10gm tepung jagung
👉150gm mentega
👉1sdt vanilla extract
Cara-Caranya:
👌Siapkan 2 loyang berukuran 22x22cm dan alas dengan baking paper.
👌Pukul mentega sehingga mengembang, pucat dan ringan, masukkan vanilla dan campur rata.
👌Pukul kuning telur + gula sehingga mengembang dan kental Lalu masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung yang sudah diayak, pukul sekejap sehingga sebati.
👌Terakhir masukkan mentega yang dipukul tadi lalu sebatikan dan kemudian tuang ke loyang.
👌Bakar pada suhu 175°c selama lebih kurang 20 minit sehingga masak.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Bahan Lapisan Coklat
👉15 kuning telur A
👉125gm gula pasir
👉50gm tepung gandum
👉20gm serbuk koko
👉10gm tepung jagung
👉150gm mentega
Cara-Caranya:~
👌Siapkan 1 loyang berukuran 22x22cm dan alas dengan baking paper.
👌Langkah seterusnya sama seperti yang diatas.
👌Terakhir sekali biarkan sejuk kemudian spreadkan setiap lapisan dengan selai strawberry dan jadikan 3 lapis seperti dalam gambar.(Kuning,Coklat,Kuning)
👌SIAP!
SNOW CHEESECAKE
Bahan-bahan :
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
Untuk Cream :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis – bergantung pada kemanisan yang di ingini
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
Untuk Topping :
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.
Cara - Cara Membuat :
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. (akak keluarkan dari loyang sebab kek ni mengecut).
Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.(akak guna benang)
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dalam peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Credit:Resepi kek & puding
Perkongsian Page Rasmi Chef Fazalina
KEK LAPIS CADBURY
YUMMY❤️ Teingin nak makan x payah tunngu hari raya,buat jer bila² kann.save dulu uolls🥰
RESEPI KEK LAPIS CADBURY
Bahan
10 biji telur
500 gm butter (sis guna golden curn coz rasanya & aromanya memang premium👍🏻)
200 gm gula
1 tin susu manis
1 sudu mkn ovelete
250 gm tepung gandum
100 gm horlick
100 gm kelapa kering
Cadbury
Cara2nya
Pukul butter dan gula hingga putih @ berkrim
Masuk ovelet...pukul sebati
Masuk telur satu persatu pukul kembang
Masuk susu, tepung, horlick, kelapa kering satu2
Gaul sebati
Lapis pada suhu 160'c @ 8-10 minit ikut kepanasan oven
Lapis pertama api atas bwh
Lpis seterus nya api atas sahaja
Selepas masak setiap lapisan tekan kan dgn penekan supaya rata. Cadbury susun pada lapisan yg ke 4, 8, 12
Selamat mencuba
KEK LAPIS ERNESTO
10 biji telur
100gm gula
300gm tepung gandum
450gm mentega
1 tin kecil kaya
1/2 tin susu manis
1 bungkus serbuk santan
200gm horlick
1 sudu ovalatte
1 sudu teh esen vanila
Blueberry paste @ perasa blueberry
Strawberry paste @ perasa strawberry
Perasa sunkist
Pandan paste secukupnya
Telur + gula + tepung + ovalatte dipukul hingga kembang dan gebu....Mentega dan susu dipukul hingga kembang
Campur kedua2 adunan...gaul rata...masukkan kaya dan horlick....Gaul lagi.....bagi 5
1 - hijau + pandan paste + serbuk santan
2 - oren + sunkist
3 - pink + strawberry
4 - ungu + blueberry
5 - plain dibagi 2.....untuk lapisan atas dan bawah
Masukkan adunan bewarna dalam piping bag...
Bakar adunan plain sebanyak 3 lapisan....
Pancit adunan bewarna berselang seli....bakar hingga keperangan ...buat berulang2 sehingga habis adunan.....
Masukkan adunan plain....bakar berlapis2 hingga 3 lapis..........
Kek Lapis Sarawak
BUTTERCAKE KUKUS..
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
4 biji telur
1 3/4 cawan mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat
3 sudu besar susu pekat - boleh kurang atau lebih s**atan, ikut selera masing-masing
Secubit garam
Mentega
Cara penyediaan:
1. Panaskan pengukus, masukkan secawan lebih mentega beku ke dalam pengukus dan biarkan ia cair.
2. Pastikan pengukus sudah mendidih.
3. Dalam mangkuk atau besen besar, pukul telur sebiji demi sebiji bersama gula. Pukul sampai kembang dan berbuih. Pastikan gula telah hancur.
4. Masukkan mentega cair perlahan-lahan. Pukul pada kelajuan tinggi.
5. Masukkan susu pekat dan secubit garam.
6. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat - part ni boleh masukkan ketiga-tiga jenis pelembut kek, tapi kurangkan sedikit s**atan setiap satu.
7. Pukul adunan dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi likat dan sebati.
8. Sapu mentega atau minyak masak ke dalam loyang supaya senang nak keluarkan kek nanti.
9. Sebelum tuang adunan ke dalam loyang, rasa dulu adunan samada sudah elok, terlebih atau terkurang. Boleh adjust adunan mengikut selera atau citarasa masing-masing.
10. Tuang adunan ke dalam loyang. Part ni boleh letak pewarna jika s**a.
11. Masukkan adunan ke dalam pengukus. Pastikan air masih banyak dan sudah betul-betul mendidih .
12. Kukus selama 45-50minit dengan api sederhana. Kalau api kuat, nanti kek jadi keras dan mampat, tak gebu.
Kek Russia Black + Coklat Putih Sedap 😋
Bahan-bahan
•170g tepung superfine/gandum
•1 sudu kecil baking powder*
•1 sudu kecil soda bikarbonat*
•1 tin susu cair (400g)
•100 gm serbuk koko
•200 gm minyak jagung @ minyak masak
•250 gm susu pekat
•250 gm gula halus -
•5 biji telur - blend 5 minit
Cara-cara
•Ayak bahan yang bertanda *.
•Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
•Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
•Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (
•Sapukan loyang dengan butter. Tuang adunan kek, tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1jam 30minit.
•Sejukkan. Bila dah sejuk baru ptng kek kpd 3 atau 4 lapisan
RESEPI COKLAT GANACHE
•200ml whipping cream (dairy)
•500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
•1 sudu besar air panas
•2 sudu besar sirap glukos
•2 sudu besar butter
Cara-cara
1.Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
2.Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
3.Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.
RESEPI COFFEE CREAM CHEESE
•500g creamcheese- guna 400 gm pun ok
•1 cawan butter lembut
•1 cawan gula aising
•1 peket cofffee 3 in 1
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.Adunan ni sesuai utk kek 4 lapisan.
CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
1.Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.
2.Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag.
3.Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
4.Masukkan dlm petias sebentar supaya adunan cream cheese mengeras s*kit barulah tuang ganache.
5. Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
6.Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
Selamat mencuba
Resepi Kek Red Velvet Kukus :
Bahan A :
2 cawan tepung superfine atau tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder atau serbuk penaik
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh garam halus
Bahan B :
1 cawan buttermilk .
Cara buat buttermilk adalah masukkan 1 cawan susu segar kotak dan tambahkan 2 sudu makan cuka putih ( cuka biasa ) atau cuka epal . Biarkan selama 5-10 minit . Siap
1 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
2/3 cawan air panas
3-4 titik pewarna merah
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur ayam gred A
Bahan Resepi Topping Cheese Kek Red Velvet Kukus :
250 gram cream cheese jenama Tortura
1/2 cawan whipping cream
1/3 cawan gula
1 sudu makan air perahan lemon
Cara -cara:
Satukan dan ayak Bahan A ke dalam bekas supaya sebati.
Dalam bekas lain, (bahan B)
masukkan gula dan minyak dan guna mixer tangan kelajuan sederhana, kacau hingga gula hancur.
Masukkan telur ,esen vanilla dan pukul hingga kembang.
Baru tambahkan buttermilk dan pewarna merah.
Kacau lagi dengan mixer hingga adunan bercampur semua.
Sementara tu, boleh didihkan air dalam pengukus ye.
Masukkan Bahan A tadi ke dalam adunan.
Masukkan sedikit demi sedikit dan tambahkan air panas.
Kacau hingga sebati dengan hand mixer.
Guna loyang saiz 7-9 inci, sapu dengan mentega atau marjerin pada dinding dan dasar loyang. Masukkan adunan kek red velvet dan kukus pada api sederhana besar sekitar 45-50 minit.
dah masak. sejukkan dulu.
Cara buat topping cream cheese.
Masukkan semua bahan dan kisar dengan hand mixer supaya sebati dan kental.
Kalau anda mahukan sedikit cair, boleh tambahkan susu pekat manis. Ini untuk yang meniaga.
Cara buat layer kek.
apabila kek dah sejuk, potong dua atau tiga lapisan kek dan pada setiap bahagian, is*kan dengan topping yang telah dibuat tadi.
Boleh tambahkan pada pemukaan atas.Terpulang. Hias permukaan atas dengan kek hancur yang melekat pada loyang untuk bagi cantik atau boleh tambah parutan cheese.
Masukkan kek dalam peti ais dan biarkan 1-2 jam.
Barulah boleh dipotong cantik.
Siap dah resepi kek red velvet kukus cheese.Insyaallah sedap dan anda berpuas hati.
Selamat mencuba ye
Kredit to owner
🌹Kek Lapis Evergreen🌹
By: rossie
Bahan2:
10 biji telur (gred A)
500gm mentega
150gm gula kastor
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanila
250gm susu pekat manis
170gm serikaya
200gm Horlicks
300gm tepung gandum / tepung pau
2 paket serbuk santan
1 botol besar pandan paste (60ml)
Cara2:
Pukul mentega, gula kastor & ovalette hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sampai kembang selama 8-10 minit. Masukkan serikaya, susu pekat manis & esen vanila. Putar sampai sebati. Masukkan serbuk santan, Horlicks & tepung gandum. Putar lagi adunan hingga rata. Akhir sekali, masukkan pandan paste. Gaul hingga sebati.
Panaskan oven selama 10 minit, api atas & bawah dgn suhu 180°c.
Bakar setiap lapisan selama 8-10 minit, guna api atas saja, suhu 160°c.
Ulang step melapis sampai adunan habis.
~ Selamat Mencuba ~
GREEN VELVET CAKE
Bahan-bahan
2 cawan tepung kek *
1 sudu kecil serbuk koko/emulco coklat*
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil garam *
1 cawan buttermilk - 1 cawan susu + 1st soda bicabornat + 1 SB cuka
1 cawan gula halus
2 sudu besar pewarna hijau
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas
2 biji telur A
esen vanila
Topping
250g Tatura cream cheese
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula
1 sudu besar jus perahan lemon (Optional)
Cara-cara
Sediakan buttermilk (campur semua bahan tunggu dlm 10 minit- awas campuran susu akan membuak)
Ayak semua bahan bertanda *. Ketepikan.
Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna hijau dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit @ kukus sejam.
Cara sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek.Simpan dlm fridge sejam biar sejuk baru sedap mkn😊
Enjoice🤗🤗🤗
Kredit to owner
RESEPI KEK PELANGI SUKATAN CAWAN
📍Bahan-bahan:
1 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin
3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking powder (campur sebati dan ayak)
6 biji telur
1 sudu teh esen rose
1/2 sudu teh esen vanila
2 sudu makan susu cair
pewarna ikut s**a
📍Cara Menyediakan Kek Pelangi Sukatan Cawan
1. Putar gula dan majerin sampai kembang.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan putar hingga kembang dan sebati.
3. Sementara itu, lengserkan acuan 12 inci dengan sedikit majerin dan tepung. Pastikan rata ke seluruh bahagian acuan.
4. Masukkan campuran tepung, masukkan esen vanilla, esen rose dan susu cair. Gaul sebati. Bila tambah susu cair baru ada rasa lemak. Esen vanilla bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir telur dan kek akan berbau enak.
5. Adunan dibahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian berwarna asal dan 2 bahagian lagi ditambah pewarna.
6. Setelah dibahagi dan diwarnakan, barulah boleh membelang-belangkan adunan mengikut warna..bermula dari warna asal, kemudian pink dan hijau. Ambil sebanyak 3 sudu makan setiap adunan untuk setiap lapisan. Ulangi langkah tersebut hingga habis adunan.
7. Letakkan setiap warna secara berselang seli sehingga habis adunan. Bakar loyang petak size 9 inch dan oven yang telah dipanaskan, 170c selama 30min atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing.
📸 Foto & Air tangan : Noor Baini Bakar
Sumber : Pak Cik Google
Selamat Mencuba 😊
Resepi Kek Lapis Pinkylicious
(Resepi asal oleh: Nenek Kebaya)
Perisa Strawberry, Oreo, Coklat & Cheese
Bahan-bahan:
1. Butter 500gram (premium butter) saya guna SCS
2. Telur 10 biji gred A
3. Ovalette 1 sudu makan
4. Gula halus 80 gram
5. Esen vanilla satu sudu makan
6. Susu pekat 300 gram
7. Horlick 200 gram
8. Serbuk Coffeemate 150 gram
9. Serbuk Almond/badam 100 gram
10. Serbuk Santan 50 gram
11. Tepung superfine/hongkong/pau 300 gram
12. Cream cheese 250 gram
13. Whipping cream 200 gram
14. Coklat paste 1 susu makan
15. Strawberry paste 1 @ 2 susu mkn
16. Coklat Spread 2 sudu mkn (cthnya : Nutella @ brand lain pun ok)
17. Oreo crumbs secukupnya
18. Pewarna hitam, putih & rose pink
Cara-cara:
1. Pukul butter, gula, even vanilla, ovallete & cream cheese sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Masukkan susu pekat dan gaul/pukul sebati.
3. Masukkan wipping cream & pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan horlick, serbuk coffeemate, serbuk almond dan serbuk santan. Sebatikan.
5. Akhir sekali masukkan tepung superfine/tepung/tepung hongkong sedikit demi sedikit.
6. Pukul lagi dan gaul sebati. Sekiranya adunan nampak pekat boleh tambah susu cair/full cream milk secukupnya, sekadar untuk mengurangkan kepekatan adunan.
7. Pastikan adunan sebati dan tidak berketul.
Pembahagian adunan:
1. Jumlah keseluruhan adunan adalah lebih kurang dalam 2600 gram.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
• 800 gram – letak adunan pewarna hitam, coklat spread & coklat paste. (4 lapisan - Boleh rujuk gambar)
• 1800 gram – letak adunan pewarna putih dahulu & sebatikan. Lepas tu masukkan pewarna rose pink & strawberry paste. Tujuan letak pewarna putih dahulu adalah untuk adunan jadi kaler pastel pink. (9 lapisan)
3. Setiap lapisan anggaran dalam 200gram.
Mula membakar:
1. Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 150c. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak.
2. Tepi2 loyang tak perlu glis dan tak perlu letak kertas minyak. Permukaan bawah Loyang sahaja. Guna Loyang saiz 9x9x3.5 inci @ 8x8x3.5 inci.
3. Mula-mula bakar lapisan pertama iaitu adunan hitam terlebih dahulu. Gunakan api oven atas bawah lebih kurang 10 minit.
4. Lapisan ke 2 bakar adunan hitam dengan menggunakan api oven atas sahaja, lebih kurang 10 minit setiap lapisan. Masa pembakaran kek 10 minit setiap lapisan adalah anggaran sahaja. Bergantung kepada oven masing-masing. Kalau 10 minit tu mcm x masak lagi, boleh tambah masa membakar sehingga diyakini masak.
5. Lapisan ke 2 sehinggalah lapisan terakhir bakar guna api oven atas sahaja.
6. Lapisan ke 3 & lapisan 4 bakar adunan hitam. Boleh refer gambar dibawah.
7. Lapisan ke 5 hingga lapisan 13 bakar adunan pink. Boleh rujuk gambar.
8. Setiap lapisan ke 5 hingga lapisan ke 13, taburkan oreo crumbs diatas setiap lapisan pink sebelum dibakar. Jumlah keseluruhan lapisan adalah 13 lapisan.
9. Siapppppp!!! Masa keseluruhan untuk settelkan kek lapis ni dari mula mengadun sehingga siap membakar adalah dalm lebih kurang 3 jam @ 3 jam stgh...sambil2 tu boleh buat keja lain sementara menunggu kek masak. Tp jangan plak leka yerrr....terhangus terhangit kek dlm oven nanti...hihihi....
10. Untuk Adunan Loyang saiz 9 inci boleh potong kpd 9 bahagian/loaf. Untuk saiz loaf tersebut sy gunakan bekas kod LPM-24 bersaiz 7 inci.
Selamat mencuba!!!!
first time molah resepi kek xda pakei gula😄
nyamann😍
kek Span Hitam manis. tq kpd empunya resepi.
300gm tepung gndum
10 biji telur ayam gred A
500gm butter
200gm horlicks
1 tin kecil susu pekat
1 kotak/tin kecil nestle cream
1 tin kecil serikaya
400gm browning sugar
sedikit esen vanilla
cara2×: pkl butter smpai kmbang. masukkan telur 1per1. masukkan horlicks, nestle cream, susu, kaya & tepung gandum. masukkan sedikit vanilla esen. Akhir sekali masukkan browning sugar. gaul rata2. kukus 4 jam mun guna loyang 8x8. tp sya guna loyang 7x7- 2 igik(adunan bahagi 2)..kukus 3 jam jak.. 2jam pun dah masak. terpulang. Kek tok nang x manis. nyaman.
p/s: utk memudahkan ktkorg ngeluar browning sugar dari botol-rendam botol browning dlm aik panas 😄
note: utk mndapat hasil kek yg cantik gaul sebati dulu setiap bhn yg dimasukkan sebelum memasukkan lagi bahan yg seterusnya. 👌
Kredit Resepi: Lily Love Velvet
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the restaurant
Website
Address
Kampung Sungai Tendong, Kubang Sepat
Mulong
17000
Opening Hours
Monday | 09:00 - 17:00 |
Tuesday | 09:00 - 17:00 |
Wednesday | 09:00 - 17:00 |
Thursday | 09:00 - 17:00 |
Sunday | 09:00 - 17:00 |
Mulong, 15100
Assalamualaikum,Hi guys! Surprise your loved ones with your messages by enjoying the package. � B
RESTORAN FADEL, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu
Mulong, 15150
New Restoran makanan Thai sedap ((^^~