Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan
Nearby health & beauty businesses
14300
14300
14300
14300
14300
14300
No 1337 Jalan Atas
Unit Kesihatan USM mula ditubuhkan pada tahun 2001 di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal.
Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024
Kesihatan Mental mampu mempengaruhi kualiti kehidupan seharian, tahap pembelajaran dan produktiviti seseorang jika tidak ditangani dengan berkesan. Anda tidak keseorangan, tampillah untuk mendapatkan bantuan.
Sila hubungi Talian HEAL 15555 untuk mendapatkan khidmat bantuan sokongan kesihatan mental dan tele-kaunseling.
Talian bantuan Krisis Kesihatan Mental 15555 (Help With Emphaty And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
Sumber | Kementerian Kesihatan Malaysia
Tahniah Dan Selamat Datang ke Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia
Selamat Hari Cerebral Palsy Sedunia buat semua pejuang Celebral Palsy di seluruh dunia🤗
SELAMAT MENYAMBUT HARI KOPI SEDUNIA! ☕🌍
Pada setiap 1 Oktober kita raikan minuman kegemaran ramai – iaitu kopi! Selain menjadi teman setia di pagi hari, kopi juga mempunyai manfaat kesihatan jika diminum dengan sederhana. Kopi mengandungi antioksidan yang boleh membantu melawan radikal bebas dan meningkatkan fokus serta tenaga.
Namun, ingatlah untuk menikmati kopi anda tanpa berlebihan. Terlalu banyak kafein boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.Pengambilan kopi yang selamat untuk kebanyakan orang dewasa adalah sekitar 200 hingga 400 mg kafein sehari, yang bersamaan dengan 2 hingga 4 cawan kopi. Walau bagaimanapun, jumlah yang selamat ini boleh berbeza mengikut individu, bergantung kepada tahap toleransi, kesihatan, dan sensitiviti terhadap kafein.
Kesan sampingan pengambilan kopi berlebihan termasuk masalah tidur,keresahan dan kegelisahan, peningkatan kadar jantung ,gangguan pencernaan yang mana akan meransang asid perut ,gastritis atau refluks asid.
Penghentian pengambilan kafein secara tiba-tiba boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan, dan mood tidak stabil. Pada sesetengah orang, kafein boleh menyebabkan peningkatan sementara tekanan darah.
Untuk ibu mengandung, disarankan untuk mengehadkan pengambilan kafein kepada kurang daripada 200 mg sehari (kira-kira satu cawan kopi), kerana kafein boleh memberi kesan kepada perkembangan bayi.
Sebagai panduan, minumlah kopi secara sederhana dan elakkan pengambilan pada waktu lewat petang untuk mengekalkan kesejahteraan tubuh dan minda.
Jadi, pada Hari Kopi Sedunia ini, mari kita nikmati secawan kopi dengan penuh kesyukuran dan keseimbangan. ☕
Hari Jantung Sedunia disambut pada setiap 29 September setiap tahun. Pada tahun ini, tema Hargai Jantung Sayangi Kehidupan (Use Heart For Every Heart) dipilih bagi meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan jantung di kalangan masyarakat.
Penyakit jantung adalah penyumbang terbesar kepada kematian di seluruh dunia. Di Malaysia, penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di mana 18,515 kematian atau 17.0 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan berpunca daripada penyakit jantung. Sejak dua dekad yang lalu, beban penyakit jantung telah merekodkan peningkatan dari 11.6 peratus pada tahun 2000 ke 17.0 peratus pada tahun 2020.
Bukti saintifik menunjukkan penyakit diabetes, hipertensi, berat badan yang berlebihan serta tahap kolesterol yang tinggi menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Di samping itu, pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, stres dan pengambilan alkohol juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar masyarakat cakna faktor-faktor risiko penyakit jantung agar pengesanan awal dapat dilakukan dan seterusnya dapat mengurangkan faktor risiko serangan jantung.
Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal serangan jantung terutamanya pada jam pertama selepas serangan (golden hour) kerana tindakan awal ini akan mengurangkan komplikasi kekal kepada jantung pada tahap yang minimum.
“Ubah Tanggapan Bina Harapan”
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai mpox selepas WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.
KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar.
Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan mpox.
Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia
25-30 OGOS 2023, Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan telah dijemput untuk bekerjasama didalam standby sukan bagi program IMT-GT Varsity Carnival (Indonesia-Malaysia-Thailand) yang telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia Kampus Induk dari 25 hingga 30 Ogos 2024 baru-baru ini.
IMT-GT Varsity Carnival menyaksikan penyertaan dari seramai hampir 316 orang atlet yang terdiri dari 12 universiti dari Indonesia,Malaysia dan Thailand.
Antara acara sukan yang dipertandingkan p**a adalah seperti Bola
Tampar Wanita, Bola Sepak dan Bola
Keranjang untuk Lelaki.
Tidak ketinggalan aktiviti seperti ini turut
melibatkan staf Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Pusat Sejahtera (PSUSM), Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia (PPUSM) dan Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan (UKKJ) untuk turun padang dalam memberikan
perkhidmatan rawatan keatas pelajar yang mengalami masalah kesihatan dan
juga kecedaraan.
Salam Kemerdekaan yang ke 67 tahun. Kemerdekaan sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas dalam pemikiran dan tindakan. Semoga kita benar-benar menjadi bangsa yang merdeka!
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
𝑲𝒆𝒋𝒐𝒉𝒂𝒏𝒂𝒏 𝑩𝒂𝒅𝒎𝒊𝒏𝒕𝒐𝒏 𝑼𝑲𝑲𝑱
18 ogos 2024 🏸🏸🏸✨✨
Ahli jawatankuasa USMFIT Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan program Kejohanan Badminton UKKJ buat kali kedua dikalangan staf-staf dan ahli keluarga staf Unit Kesihatan.
Terima kasih buat seluruh staf Unit Kesihatan dan ahli keluarga yang telah memberikan komited yang tinggi,serta kehadiran yang penuh dan mengambil bahagian dalam aktiviti kejohanan badminton anjuran ahli jawatankuasa USMFIT ini.
Tahniah buat semua pemenang-pemenang dan tidak lupa terima kasih kepada ahli - ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.
Selamat Hari Penyususan Ibu Sedunia
Minggu penyusuan ibu sedunia bertujuan untuk memartabatkan penyusuan susu ibu di samping memperingatkan semua tentang kepentingan penyusuan susu ibu kepada generasi kita selain membantu mempromosi dan melindungi kepentingan penyusuan susu ibu.
Setiap tahun, WBW disambut pada minggu pertama setiap Ogos (1-8 Ogos) dan semasa tempoh ini, seluruh dunia bersama-sama berganding bahu memartabatkan sambutan dengan kepelbagaian aktiviti.
Pada tahun 1992, World Alliance of Breastfeeding Action (WABA) telah ditubuhkan dan telah dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan mengkoordinasi sambutan WBW pada setiap tahun dengan menyediakan tema tahunan mengikut keperluan semasa.
WABA adalah satu rangkaian global terdiri daripada jalinan pelbagai organisasi dan individu penting yang bertungkus-lumus memperjuangkan hak-hak penyusuan susu ibu di dunia bermula dari polisi penyusuan WHO (World Health Organization) dibentuk, sehingga pelancaran Innocenti Declaration, seterusnya kepada perkembangan penyusuan sekarang. Semuanya bekerjasama untuk mengembalikan penyusuan susu ibu kepada fitrahnya.
Relau- Kursus 'Sports Injury'
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pasukan Jabatan Orthopedik dan Traumatologi Hospital Seberang Jaya yang diketuai oleh Dr Nurulhasyim Bin Saparai, Pakar Perubatan Sukan kerana telah berjaya menyampaikan kursus “Sports Injury Course” dengan jayanya pada 27 Julai yang lalu di Dewan Farmstay Relau.
Seramai 40 peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan dan paramedik dari USM Induk, USM Kampus Kejuruteraan dan Pusat Perubatan USM, Bertam telah menghadiri kursus tersebut yang dianjurkan oleh Unit Latihan Skim U Perubatan Unit Kesihatan.
Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam menguruskan kecederaan sukan, memastikan penjagaan optimum untuk atlet dan individu yang aktif. Topik utama yang dikongsikan termasuk pencegahan kecederaan, penilaian, rawatan dan pemulihan.
Memetik kata-kata penyelaras program, Dr Suriani Ismail “ Semoga dengan menghadiri kursus pada hari ini barisan petugas kesihatan lebih berkompetensi dalam melakukan tugas _medical coverage_ untuk program sukan pada masa akan datang”.
Terima kasih Pusat Transformasi Insan (PTI) USM atas peruntukan bajet latihan yang diberikan.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah hadir. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya kelak.
3.3.1Collaboration With Health Instituition
Hari Hepatitis Sedunia disambut pada 28 Julai setiap tahun.
Bertemakan "It's Time for Action", ia adalah peringatan penting tentang kepentingan tindakan proaktif dalam melawan penyakit Hepatitis.
Keterlibatan semua pihak dan individu (whole-of-nation) amat diperlukan untuk menyokong usaha-usaha pencegahan, mendapatkan ujian kesihatan secara berkala dan melengkapkan diri dengan maklumat yang tepat mengenai Hepatitis.
Ini adalah masa untuk bertindak, untuk diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita.
𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮-𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗮𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗛𝗲𝗽𝗮𝘁𝗶𝘁𝗶𝘀❓
Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku, ia adalah sama untuk semua jenis hepatitis. Tanda-tanda antara ialah:
🔸 Merasa letih
🔸 Kurang selera makan/ loya
🔸 Muntah
🔸 Sakit perut (abdomen)
🔸 Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
🔸 Air kencing berubah warna menjadi warna teh
🔸 Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat
Jika anda mempunyai salah satu tanda-tanda tersebut, dapatkan pemeriksaan lanjut dengan kadar segera.
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester Sidang Akademik 2023/2024
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Nibong Tebal
14300
Opening Hours
Monday | 08:00 - 19:00 |
Tuesday | 08:00 - 19:00 |
Wednesday | 08:10 - 19:00 |
Thursday | 08:00 - 19:00 |
Friday | 08:00 - 19:00 |
Sunday | 09:00 - 16:00 |
NO 15, Jalan PERINDUSTRIAN NIBONG TEBAL 1, TAMAN PERINDUSTRIAN NIBONG TEBAL 1, NIBONG TEBAL
Nibong Tebal, 14300
Nibong Tebal, 14300
For those seeking for Homeopathy consultation, please do call to the number provided to book your ap
Nibong Tebal
Aulora KodensiPants Utara ( Penang,Perak,Kedah &Perlis) http://www.wasap.my/+601126752739/Aulorapants
Nibong Tebal
Pemanis semula jadi stevia sehatlife zero kalori zero lemak zero glukos dan zero karbohidrat. Satu drop stevia cukup untuk memaniskan satu cawan minuman anda.. bertukarlah kepada ...
Nibong Tebal
HOME WOUND CARE provide home visit excellent wound care by our professional certified advanced wound
No 42 Jalan Besar, Taman Cenderawasih Indah
Nibong Tebal, 14300
615 Jalan Sekolah Kampung Sungai Kechil
Nibong Tebal, 14300
Menjual facemask KF94 No Medical