Chef2u

Menjamu keaslian nasi beriani gam Johor. Berminat sila hubungi:

Amir Hamzah - 0173420027
Shukri Yusof - 0127496482
email: [email protected]

KEPAKARAN KAMI MENYEDIAKAN HIDANGAN AYAM GUNTING CRISPY CRUNCHY YANG ENAK DAN LAZAT SESUAI
UNTUK DIMAKAN BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

KONGSIKAN KEGEMBIRAAN ANDA BERSAMA KAMI. Kepakaran kami menyediakan perkhidmatan food delivery dan tempahan catering & canopy untuk majlis keraian, keramaian, jamuan, perkahwinan, kenduri, seminar dan lain-lain.

28/03/2023

Tak sempat masak malam raya!!
Haduiiii!!!
Haa..tak huru hara pagi raya takda lauk kan..naya pak karim..
Tak yah kalut-kalut lagi
Nah berita baik buat korang
chef2u open order utk lauk hari raya..
korang boleh pick up malam raya terus boleh raya awal..

Apa lagi cepat order laju2....
Slot untuk order juga terhad sbb chef2u nak raya jugak..hehe
Sapa cepat dia dapat

Whatapp 010-342 0097
Whatapp 010-3420097

Lokasi :
P.T.S BARBERSHOP N CAFE
PT MUHAMMAD BAKRI BT5

18/12/2022

Lapor

16/12/2022

Dari mata turun terus lapar...

Lokasi bakri bt5

15/12/2022

Korang makan apa hari ni?
Nasi arab tekak melayu beroperasi di bakri bt5 muo

12/12/2022

Kita dah on gais..lokasi bakri bt5

Nasi Arab tekak melayu

Whatsapp 0103420097

11/12/2022

Esok kami akan beroperasi..lokasi bakri bt5

07/12/2022

Coming soon..
Open pre order

07/12/2022

Bukan senang nak senang

06/12/2022

Ikan pon dah makan..korang dah makan lom??

06/12/2022

Egg wrap

06/12/2022

Nasi arab tekak melayu..nak kasi dering

05/12/2022

Nasi arab tekak melayu

05/11/2022

Kemunculan semula nasi arab chef2u
Di tempat anda....
Jom kenyangkan perut anda bersama nasi arab chef2u cita rasa melayu
Open order 7/11/22
Whatsapp now

Photos from Chef2u's post 01/06/2021

DAH ADA MENU UNTUK LUNCH ⁉️

Kalau belum ada, chef cadangkan korang semua makan Nasi Arab Mandy Chef2u hari nie 😋😋

Rasa nasi yang lembut dihidang bersama ayam dan telur tambah pulak sos mandy Chef2u..terangkat beb

Untuk gearbox pulak tinggal letak straw jerk..srot..srott..fuhhh..syahdu...

Tak percaya? Cuba try test tengok haaa 😍😍😍
Stay at home..kasi order jerk..kita jaga kita..

Whatsapp 0103420097
Whatsapp 0103420097
Whatsapp 0103420097

Cod area muar bermula jam 12.30pm dan 4.30pm

Photos from Chef2u's post 30/05/2021

BUNTU NAK MASAK APA BILA TIBA HUJUNG MINGGU ATAU JEMU MAKAN MENU YANG SAMA SETIAP HARI??

Jangan risau. Chef2u akan menyelesaikan kebuntuan anda. Jom pesan set nasi arab mandy ayam dan juga kambing gearbox anda sekarang 😍

Perkhidmatan penghantaran juga disediakan buat anda

Whatsapp 0103420097
Whatsapp 0103420097
Whatsapp 0103420097

Ingat nasi Arab, ingat chef2u🔥
Allah bagi sedap..

Photos from Chef2u's post 27/05/2021

BOSAN MAKAN LAUK YANG SAMA 🙄

Haa mesti korang ada masalah macam nie kan setiap hari. Tanya anak Tanya suami nak makan apa hari nie. Pastu mesti jawapan "tak tau la".."ikutla apa pun boleh" 😂

Paling pening lagi bila dapat jawapan tak membantu macam tu kan 😅 Jadi korang tak payah pening lagi dah. Nasi Arab Mandy Chef2u adalah jalan penyelesaian yang paling terbaik!

Pkp ni korang order dan tunggu kat rumah je..
Haa..ada lagi setiap pembelian 10pax chef2u bagi 1 pax PERCUMA.. apa lagi kumpul order kat member ofis, kengkawan dan orang kampung...
Yang nak tambah pendapatan boleh jadi ajen chef2u..

Rebut peluang sekarang..

Whatsapp 0103420097
Whatsapp 0103420097
Whatsapp 0103420097

Photos from Chef2u's post 18/05/2021

“DAH LA PKP, NAK MAKAN KAT MANA PUN TAKTAU”

Hari-hari masak kat rumah time PKP nie sampai tak tau la nak masak apa nak makan apa dah.

Jom try nasi mandy chef2u hidang kat suami isteri dan anak-anak kita

Haa, Nasi Arab Mandy chef2u mana nak cari??
Kami beroperasi di taman pagoh jaya sederet Speedmart 99

Kami beroperasi dari 11am hingga 8pm..
Nak cod bermula jam 12pm..

Chef2u juga bersedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis
Musim pkp ni kite wat tapau jerk belanja kawan-kawan dan jiran-jiran..
Nak hantar surau ke,rumah anak yatim pon kami boleh uruskan

Apa lagi jom order sekarang‼️‼️‼️
📞 010-3420097

Photos from Chef2u's post 08/05/2021

Alhamdulillah selesai memenuhi permintaan pelanggan yang order nasi ayam berempah untuk di infakan pada yang memerlukannya..

Kami doakan beliau sentiasa dimurahkan rezeki..

Buat korang kat luar sana yang ingin mengadakan jamuan kecil-kecilan,sedekah surau atau apa shj untuk majlis

Kami chef2u menyediakan perkhidmatan catering untuk pelbagai majlis dengan pelbagai menu pilihan anda

Terus call kami untuk pertanyaan dan dapatkan harga terbaik dari kami

Whatsapp 0103420097

25/04/2021

Setiap gerak kerja kita kalau diniatkan kerana Allah, maka automatik ia akan jadi ibadah. Walau lintasan hati dan sekilas gerakan tubuh pun boleh jadi ibadah. Maknanya boleh dapat pahala.

Bangun tidur, masuk tandas, seterika pakaian, hantar anak ke sekolah dan pergi berniaga

Semua-semua tu memang akan jadi ibadah kalau niatnya kerana Allah. Betulkan niat dan buat dengan cara yang Allah redha.

Tapi ada ibadah khusus yang Rasulullah SAW tekankan suruh buat banyak-banyak dalam bulan Ramadhan.

❤️ Solat terawih.
❤️ Baca Al-Quran.
❤️ Hidupkan malam ~ qiyamullail.
❤️ Sedekah.
❤️ Jaga anggota tubuh dari melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan pahala puasa.

Rasulullah SAW sendiri tunjukkan contoh dan tauladan. Nak bagitahu bahawa 5 benda di atas ni yang paling utama.

Para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in, salafussoleh, ulamak-ulamak dahulu dan sekarang pun macam tu jugak. Mereka semua cenderung untuk kurangkan segala aktiviti yang lain semata-mata nak bagi laluan kepada ibadah khusus yang kat atas ni.

Sebab apa?

Sebab nak muliakan Ramadhan. Sebab hanya dalam bulan Ramadhan semua benda tu ada. Sebab itulah amalan ibadah yang khusus dalam bulan Ramadhan.

Jom kejar pahala yang banyak dalam bulan Ramadhan.

Program agihan bubur lambuk sekitar taman pagohjaya..sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir

Photos from Chef2u's post 20/04/2021

Nak rasa syukur, selalulah tengok orang yang lebih rendah dari kita.

Walau di mana saja kita berada, tunjukkan akhlak mulia dan terpuji. Tanpa akhlak, kita bukanlah siapa-siapa.

Setiap orang Allah pasti akan beri kelebihan yang tersendiri. Setiap orang Allah pasti akan uji mengikut kadar kedudukan dan kemampuannya.

Hidup ini bukan tentang kita sahaja.

Hidup ini saling mememerlukan antara satu sama lain. Hidup yang terbaik ialah hidup yang mampu menjadikan orang lain di sekeliling kita lebih baik.

Hari ni diadakan program agihan bubur lambuk percuma
Di perkarangan laman rumah arwah hj moddat pt Muhammad bakri batu 5
Pemberian bermula jam 5pm hingga selesai..

Mohon sesiapa yang berkelapangan boleh hadir drive thru jerk untuk nikmati bubur lambuk warisan hj Moddat Jamilah Yang memang padu lagi mantop

In sya allah
Allah bagi sedap
Rezeki dikongsi bersama

Photos from Chef2u's post 18/04/2021

Marhaban ya Ramadhan..

Korang dah try tak kepaduan nasi arab mandy ayam dan kambing nie?

Fuhh.. memang mantap beb..

Dah rasa macam terbang sampai ke arab.
Masak dari hati in sya allah
Allah bagi sedap...

Jom dapatkan hidangan berbuka puasa yang terbaik hanya di kedai chef2u ayam gunting taman pagoh jaya
Kalo nak drive thru bole whatapp order siap-siap

Ape-apa roger 0103420097

17/04/2021

Bulan Ramadhan ni bukan saja bulan minta ampun dengan Allah, tapi juga bulan kita ampunkan dosa orang terhadap kita.

Bila kita minta ampun dengan Allah, kita bukan saja minta dosa kita dimaafkan, tapi juga nak segala dosa tersebut dipadamkan daripada buku catatan amalan kita.

Begitu juga kita dengan manusia. Bila kita maafkan mereka, kita juga nak kena lupakan segala kesalahan mereka pada kita.

Jangan diingat dan diungkit lagi. Barulah itu kita panggil kemaafan yang hakiki.

Tenang-tenang aja boss ku..
Sentiasa belajar maafkan orang

Masak dari hati allah bagi sedap
In sya allah..

Nasi arab mandy ayam dan kambing bersiaran di kedai ayam gunting chef2u taman pagohjaya sederet Speedmart 99
Apa-apa bole roger abang chef2u ala-ala arab ni..haha
0103420097

Photos from Chef2u's post 16/04/2021

Salam Ramadhan gaiss...jom nikmati hidangan berbuka puasa nasi arab mandy ayam dan juga kambing..

Rasa dia memang tidak mengecewakan allah bagi sedap in sya allah

Kat mana korang nak dapatkan??
Haa..kami bersiaran di kedai ayam gunting chef2u taman pagoh jaya sederet Speedmart

Mana yang taknak beratur masuk ke bazar bole jerk drivethru dikedai kami.

Ape2 roger 0103420097

27/03/2021

Berniaga kene sabar

Sejak jadi dropship mamasab ni,ala yang jual kek tu
Amiera Balqis anak aku yang sulung ni dah down
Dia tanya
kenapa macam tak menjadi jerk biznes dia?

Aku senyum dengan tenang cakap kat dia
Meniaga ni bukan terus jadi
Kene banyak buat dan serah pada Allah

Berniaga ni bukan sekadar menjual,bukan mencari keuntungan semata-mata tapi lebih bagi manfaat pada orang

Sebagai contoh

Bukan semua orang mampu nak makan kek mahal kat luar sana
Tapi kita boleh kongsi kebahagian dengan hidangkan kek-kek sedap pada harga mampu milik yang setanding kek exclusive kat luar untuk dinikmati seisi keluarga

Yang penting dijamin halal

Mana ada bende yang kita buat terus jadi sempurna
Kalo nak cari kesempurnaan memang sampai kesudah la tak kan jumpa.

Macam orang yang solat belom tentu sempurna.
Kalo dah sempurna awal waktu tak?
Dah awal waktu cek balik ada kesan tak solat dalam diri.
Kalo ada kesan, rasa seronok tak nak buat tambahan solat-solat sunat atau amalan yang lain?
Memang tak kan habis.

Jadi cerita nya buat je dulu. Sentiasa perbaiki dari semasa ke semasa

Benda macam ni biasa la bagi orang berniaga. Baru permulaan ada banyak lagi cabaran akan datang

Bila kita dah start buat, target untuk jadi semakin baik,beri sebanyak mungkin manfaat.
Paling penting Allah redha tak dengan apa yang kita buat. Jaga niat.

Meniaga 20 hari takkan sama dengan yang dah meniaga bertahun.

Ayah yang meniaga bertahun pun masih tambah ilmu, apatah lagi yang baru meniaga 20 hari. Itu benda biasa

Yang penting semangat berani berniaga tu mau ada. Kebergantungan dengan Allah kene kuat
Yakin Allah yang pemberi rezeki

Move on. Jalan terus!

26/03/2021

JAGA IBADAH SEDEKAH

Pesan Ustaz Ahmad Dusuki,

Ibadah ni bukan sekadar solat shj.
Sedekah juga dikira ibadah yang perlu dijaga.

Perbanyakkan sedekah sebelum kita menutup mata.

Bersedekahlah setiap hari
Tak perlu tunggu hari jumaat je nak bersedekah.
Infaq setiap masa.
Beri, beri, dan beri..

Kenapa perlu bersedekah?

Kata Ustaz, sedekah itu bermaksud kita sedang menukar nilaian harta kepada nilaian pahala.

Tak perlu risau terhadap kemiskinan.
Bersedekah tidak akan miskin.

Rasulullah sebut, Allah tak akan miskinkan orang yang sentiasa infaq di jalan agama. Malahan Allah akan kayakan dia.

Ingat seperkara, bilamana kita bersedekah, kita bukan bersedekah kepada orang lain melainkan kita bersedekah untuk diri sendiri. ✊🏻

Hari nie ada hamba Allah yang menukar nilaian harta kepada pahala dengan menempah 20set ayam gunting crispy untuk jamu jemaah surau yang berdekatan kedai chef2u.

Ya Allah berkatilah rezeki yang engkau berikan dan jauhi kami dari api neraka..

Aminn...

Photos from Chef2u's post 25/03/2021

Didik anak.

Anak lelaki akan kahwin dan jadi ketua keluarga jadi pemimpin.Ada isteri dan anak-anak. Bayangkan kalau anak lelaki kita tak bertanggungjawab, takda timbang rasa. Boleh ke dia jadi pemimpin yang baik.

Anak perempuan pulak akan jadi isteri orang, akan jadi mak orang. Kalau perangai tak semengah, malas pulak buat kerja rumah,macam mana nak jadi isteri solehah

So, masa yang ada ni aku manfaatkan la bersama anak-anak. Kebetulan ada orang yang rindu masakan arab ni.

Macam biasa la, bila dapur chef2u berasap masing-masing tau tugasan mereka,apa nak dibuat
Sebab menu hari ni nasi Mandy ayam dengan gearbox kambing.
Nak bagi padu aku hidangkan bersama telor safron ala-ala chef Ammar gitu dan sos chef2u. Masak dari hati Allah bagi sedap.
Memang mabeles la rase dia..

Sambil-sambil belajar memasak aku cerita la sikit pasal akhirat, solat,adab, kebersihan, keberkatan, keikhlasan.

Bukan tak bagi peluang kat anak-anak berehat,main game dan buat hal sendiri. Tapi takut dalam tak sedar ia akan ‘merosakkan’ masa depan anak-anak nanti.

Memang mencabar nak didik dalam keadaan serba canggih sekarang ni tp kena banyak kan berusaha, berdoa dan bersabar. Susah tu memang susah, tapi tetap kena pesan jugak benda ni sebab ni tanggungjawab aku sebagai mak ayah.

Kalo tak dari sekarang kita ajar mereka untuk buat kebaikan bagitau pasal agama adakah kita yakin mereka boleh imamkan jenazah kita esok,boleh tak kita dapat doa anak soleh,boleh tak dia jadi khalifah di muka bumi ni..

Biar diorang menangis, stress sekarang sebab kita banyak marah dan nasihat kat diorang.
Tapi jangan sampai kita menyesal kemudian hari.

Memang berat tanggungjawab kita tapi Allah lebih tahu kita boleh handle.

Terus kan berdoa

“Ya Allah, kurniakan kami isteri dan anak-anak yang sejuk mata memandang. Ya Allah, jadikan kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa”.

Amin ya Rabbal ‘ālamīn.

Semoga Allah mudahkan urusan kita mak-mak dan ayah-ayah di luar sana.




P/S
Kalo nak makan nasi mandy chef2u, aku open kat korang bulan puasa nanti ye.
Lagi satu sepanjang Ramadhan kedai chef2u nak buat saham akhirat bagi air percuma untuk berbuka puasa.
Yang nak join cari saham akhirat bole pm

24/03/2021

Antara doa yang selalu aku amalkan setiap kali sebelum keluar rumah, sebelum berniaga atau sebelom memulakan apa-apa aktiviti.

Aku nak share kan kat korang

Doa ni diambil dalam salah satu kandungan isi amalan asas

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan namaNya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Apa pentingnya amalan ni??

Sebagai perlindungan dari orang yang mungkin berniat tak baik kat kita.

Jangan tak percaya zaman sekarang ni, masih ada lagi manusia yang s**a hantar sihir,buat benda pelik-pelik.

Eh..sapa lak yang nak khianat,bukan nya aku ada musuh pon?
Betul, tapi kene ingat manusia ni ada macam-macam bukan semuanya boleh berlapang dada dengan kita..

Takpalah kita serahkan segala urusan dengan Allah
Kita sangka yang baik-baik jerk

Dengan cara
Minta pelindungan hanya kepada Allah

Tiada yang boleh memberi mudharat kepada kita kecuali Allah saja. Makhluk takda kuasa apa-apapun..

Boleh juga lindungi kita dari virus covid ni

Jangan lupa amalkan dan kongsikan.
Ajar semua ahli keluarga kita doa ini.
Semoga Allah lindungi kita dan ahli keluarga kita..

22/03/2021

Dah lama tak beraksi

Sejak pindah lokasi dapur dari kantin ke kedai siap juga akhir nya..
Menggunakan khidmat team anak2 muda yang sungguh bersemangat dalam membantu kerja-kerja pemindahan barang.
Setiap peluh mengalir tidak ternilai dengan wang ringgit sebab masing-masing merebut saham kebaikan dan belajar mengenal erti ikhlas..

Hari ni dapur chef2u kembali beraksi menyiapkan 100pax hidangan terbaik nasi tomato bersama ayam merah fuhh..memang padu lagi mantop..

Bukan sekadar memenuhi tempahan tapi mengambil kesempatan untuk mengajar anak-anak khidmat untuk mak ayah.
Kakak sibuk menyiapkan barang mentah,adik tolong basuh ayam,si abang pulak siapkan set kelengkapan hidangan..
Macam biasa pembantu tukang masak iaitu isteri aku memantau aktiviti memastikan barang yang disiapkan dalam keadaan baik dan bersih sebab tu peraturan bila ada kat dapur

Sambil-sambil tu,aku pesan kat diorang untuk ambil pengajaran dan belajar dari apa yang mereka lakukan

Buatlah kebaikan meskipun tak dihargai,kerana kamu sedang belajar tentang KETULUSAN.

Usahamu dinilai atau tidak,
bukan ukuran kerana kamu sedang belajar erti KEIKHLASAN.

Saat hatimu terluka sangat dalam, sedarlah tu la proses belajar MEMAAFKAN...

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN.
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA.
Belajar untuk TAAT walau BERAT.
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI.
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN.
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA.
Belajarlah MENGASIHI walau DISAKITI.
Belajarlah TENANG walau KAU SEDANG GELISAH.
Belajar PERCAYA walau SUSAH.

Percayalah bahawa ALLAH SWT masih sanggup menolongmu..😊

Kita belajar dari bawah
Perbaiki diri slow2 sebab ayah pon sedang belajar dan terus belajar

YANG PENTING ISTIQAMAH
Berubah dengan NIAT yang IKHLAS kerana ALLAH.

Bila NIAT betul pasti ALLAH akan PERMUDAHKAN segala urusan mu.
DIA pasti akan MENJAGA dan MEMPERBAIKI dirimu.

Belajar IKHLAS dan SABAR.
Kita sudahpun dipenghujung dunia
Jadikan Akhirat matlamat hidup

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Pagoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Lapor
Lokasi bakri bt5
Dari mata turun terus lapar...Lokasi bakri bt5
Korang makan apa hari ni? Nasi arab tekak melayu beroperasi di bakri bt5 muo
Kita dah on gais..lokasi bakri bt5Nasi Arab tekak melayuWhatsapp 0103420097
Esok kami akan beroperasi..lokasi bakri bt5
Coming soon..Open pre order#nasiarabtekakmelayu#chef2u
Bukan senang nak senang#nasiarabtekakmelayu#chef2u
Ikan pon dah makan..korang dah makan lom??
Egg wrap
Nasi arab tekak melayu..nak kasi dering

Category

Telephone

Address


AYAM GUNTING CHEF2U
Pagoh
84600

Other Restaurants in Pagoh (show all)
Cafe D's**a s**a Arab pagoh Cafe D's**a s**a Arab pagoh
KR, 15 KAMPUNG SELANCHAR
Pagoh, 84600

Kedai makanan (sarapan,tenghari,malam) roti canai,goreng2,paru berlada,lontong kering/kuah,rendang,pelbagai menu ayam,dll

Warung Salina Rossa Warung Salina Rossa
Pagoh, 84600

Menjual sarapan dan makan tengahari.

Pagoh Jaya Katering Pagoh Jaya Katering
No. 16, Jalan Jaya 4/6, Taman Pagoh Jaya Pagoh
Pagoh, 84600

🌟 Selamat datang ke Pagoh Jaya Katering! 🌟 Kami menawarkan perkhidmatan katering terbaik di Pagoh, Johor, dengan hidangan lazat untuk semua jenis majlis. Hubungi kami sekarang dan...

Gepuks Gepuks
8 Jalan PAGOH JAYA 2, PUSAT PERNIAGAAN PAGOH JAYA
Pagoh, 84500

AYAM GEPUK JOGJA �����

Restoran Bonda Lin Restoran Bonda Lin
24, Jalan Sarjana 2, Pusat Perniagaan Presint Sarjana Pagoh , Bandar University
Pagoh, 84600

Kami menyediakan masakan cina muslim..yang halal

CP HOME CAFE CP HOME CAFE
Jalan Sekolah Cina, Pagoh , Muar
Pagoh, 84600

这只是一间简单,舒服又自在的饮食馆。

SELERAdelivery SELERAdelivery
Pagoh, 84600

Tomyam Azmi Tomyam Azmi
Jalan SARJANA 2
Pagoh, 84600