Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Ibrahim Sultan - UPPsi PIS
Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) sebagai salah satu sistem sokongan untuk pembangunan pelajar dan
Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) sebagai salah satu sistem sokongan untuk pembangunan pelajar dan staf, di mana UPPsi akan sentiasa bersedia untuk membantu serta membimbing pelajar dan staf menghadapi cabaran hidup yang sentiasa wujud dalam kehidupan seharian. Fungsi dan peranan UPPsi adalah bertanggungjawab kepada 4 aspek utama iaitu Pembangunan, Pencengahan, Pemulihan dan Intervensi di mana ia
πππ
The World Unites for Palestine π€²
Kredit gambar : Puan Halijah Abu Aris π₯°
Anda Buntu, Kami Bantu π
Unit Pengurusan Psikologi bersama Kelab Pembimbing Rakan Siswa telah membuka booth sempena Program MPP Day : Bright Begin yang diadakan pada 30 Oktober 2023 (Isnin) bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil P*S.
Antara pengisian / aktiviti di booth adalah seperti :
- Pengendalian & Interpretasi Inventori Psikologi (DASS, VAK, IGB)
- Terapi Seni (Mandala)
- Games (IQ Cube, Puzzle, Chess, Jenga, Dam Ular)
- Sesi Konsultansi / Bimbingan / Rundingcara Psikologi
Selain itu, slot Minda Sihat juga disampaikan oleh Puan Maslinda binti Mohd Sah kepada semua peserta, bertepatan dengan sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2023.
Minda Madani Masyarakat Harmoni β¨
Seronok, Enjoy, Happening!
Terima kasih MPP P*S atas peluang dan ruang ini..
Jumpa lagi di lain masa ok!
*S
*S
Lawatan Penanda Aras AKRAB di antara AKRAB Politeknik Ibrahim Sultan, AKRAB Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dan AKRAB Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah berjaya dilaksanakan pada 25 November 2023 (Khamis) bertempat di Unit Pengurusan Psikologi, P*S.
Kehadiran adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada 2 orang Pegawai Psikologi P*S, 4 orang AKRAB P*S, 9 orang AKRAB JKDM dan 5 orang AKRAB JPNJ.
Matlamat program ini adalah untuk berkongsi pandangan , gerak kerja AKRAB di agensi masing-masing serta cadangan kolaborasi pada masa akan datang.
Delegasi lawatan turut disambut oleh YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik P*S serta YBrs. Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan pengarah Governan dan Strategik P*S.
Semoga program ini memberi manfaat kepada ketiga-tiga agensi pada masa akan datang. InshaAllah.
25.10.2023 | Rabu : Tenang Ribut Jiwaπ
Sesi Brainstorming & Mesyuarat Penyelarasan sempena Lawatan Penanda Aras AKRAB P*S bersama AKRAB Jabatan Kastam DiRaja Malaysia & AKRAB Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 26.10.2023.
Biarpun masing-masing dalam kesibukan tugas serta tuntutan kerja bagi persediaan audit, namun semua Pegawai Psikologi & AKRAB P*S dapat berkumpul bagi menyelaras persiapan program.
Tidak sabar menanti kehadiran rakan-rakan baru daripada AKRAB JKDM dan AKRAB JPNJ pada hari esok! Moga lancar penjalanan program esok inshaAllah π₯°
Selamat datang ke P*S!
24.10.2023 | Selasa | Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil : Pegawai-pegawai Psikologi telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian motivasi kepada para peserta sempena Bengkel Strive For Mathematics (DBM 20023).
Program anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) ini dilihat sebagai salah satu inisiatif yang baik agar dapat membantu meningkatkan motivasi dan prestasi pelajar demi mencapai keputusan yang cemerlang.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta & JK Penganjur.
Jumpa lagi di lain masa.
19.10.2023 (Khamis), Bilik Seminar ULPL : Sesi Perkongsian bersama Staf Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) berkaitan Tingkah Laku Manusia. Penggunaan Inventori Tingkah Laku Manusia (Kiersey) turut dilaksanakan.
Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat π₯°
Terima Kasih & Selamat Maju Jaya Puan Norfairus binti Mohd Khalid.
12.10.2023 : Hari terakhir Saudara Muhammad Azzim Izzuddin bin Mohd Padli di Unit Pengurusan Psikologi.
Terima kasih atas komitmen, kerjasama dan khidmat bakti sepanjang berada di UPPsi. Selamat Maju Jaya, selamat meneruskan pengajian & selamat menempuh alam pekerjaan.
Muhammad Azzim Izzuddin bin Mohd Padli
23.07.2023 hingga 13.10.2023
InshaAllah bertemu lagi π
11 Oktober 2023 : Majlis Titipan Memori buat Puan Norfairus binti Mohd Khalid, Pegawai Psikologi & saudara Muhammad Azzim Izzuddin bin Mohd Padli, Pelajar Latihan Industri UPPsi daripada UniSZA.
Program MInD : Cabaran Inspirasi Transformasi Diri
02 - 03 November 2023
Platform Aplikasi Webex
Domain 1 : Kesedaran Diri
Inventori Psikologi yang digunakan adalah Inventori Personaliti Warna, Inventori Personaliti Sidek dan Inventori Minat Kerjaya Sidek. Slot Domain 1 telah disampaikan oleh Puan Maslinda binti Mohd Sah dan Puan Norfairus binti Mohd Khalid.
Domain 2 : Kemahiran Pengurusan Stres
Input berkaitan kesedaran kesihatan mental dan pengurusan stres yang bijak telah dikongsikan bersama pelajar. Para pelajar juga telah menjawab ujian Saringan Minda Sihat (DASS 21).
Tahniah kepada semua JK Program & pelajar yang terlibat π₯°
21 SEPTEMBER 2023 | Khamis | DTLAJ P*S
Program Say NO to Po*******hy anjuran Unit Pengurusan Psikologi bersama Jabatan Pengajian Am dan Masjid Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Penyelaras Psikologi Jabatan (PPsiJ) dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Ibrahim Sultan telah berjaya dilaksanakan pada 21.09.2023 bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tghari.
Pelbagai aktiviti menarik dan slot pameran interaktif turut disediakan oleh jabatan serta agensi antaranya
β
Lembaga Penduduk & Perancangan Keluarga Johor (LPPKN).
ππ Aktiviti Saringan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Klinik Kesihatan Masai dan Unit HIV Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru).
π¨π½βππ©πΎβπ Peluang melanjutkan pengajian program Sarjana baharu bersama Fakulti Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
πͺ·Pameran dari NGO iaitu Malaysians Againts Po*******hy (MAP) Negeri Johor
Kemuncak program pada hari tersebut telah berlangsungnya Forum Say NO to Po*******hy bersama barisan ahli panel jemputan yang terdiri daripada panel pertama iaitu Dr Siti Nur Aishah bt Jalil, Pakar Perubatan Keluarga, dari Klinik Kesihatan Sultan Ismail (KKSI), panel kedua Ustaz Fakhrurrazi b. Yusof, Penolong Pengarah bahagian Dakwah, Jab Agama Islam Negeri Johor. Dan Panel ketiga ialah Mr Shomaskumar Susei, merupakan pegawai psikologi di Klinik Kesihatan Pasir Gudang di bawah unit one stop centre for addiction. Forum telah dikendalikan oleh moderator dari Unit Pengurusan Psikologi P*S sendiri iaitu pn. Norfairus binti Mohd Khalid Norfairus Mohd Hadzri
Majlis perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Hj Hamdan bin Samdin. Turut bersama adalah Pengarah Program iaitu Ustaz Mohammad Hamdan Abdul Ghani, Ustaz Hidayat Shafie, Ketua Jabatan Pengajian Am serta Pn Maslinda bt Mohd Sah, Ketua Unit Pengurusan Psikologi P*S.
Semoga program ini dapat menyebar manfaat kepada seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan (P*S)
Program Say NO to Po*******hy anjuran Unit Pengurusan Psikologi bersama Jabatan Pengajian Am, Masjid Politeknik Ibrahim Sultan, Penyelaras Psikologi Jabatan & Kelab Pembimbing Rakan Siswa akan diadakan pada 21 September 2023 (Khamis) bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.
Pelbagai aktiviti menarik dan slot pameran interaktif turut disediakan oleh jabatan serta agensi. Antaranya
π¨βπ©βπ§βπ¦ Lembaga Penduduk & Perancangan Keluarga Johor (LPPKN).
π« Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).
π Aktiviti Saringan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (diterajui oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru / Klinik Kesihatan Masai).
π¨π½βππ©πΎβπ Peluang melanjutkan pengajian program Sarjana baharu bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
πMalaysian Against Po*******hy (MAP)
π¨βπ©βπ§βπ¦Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) P*S
Saksikan kemuncak program bersama barisan ahli panel pakar bidang yang akan berbicara dari sudut kesihatan reproduktif, ketagihan bahan, spiritual dan tentunya solusi berkenaan kaedah mengawal diri dari sudut psikologi serta kaunseling.
Semua Ketua Jabatan, Ketua Unit, Pensyarah, Pegawai, Staf Pelaksana dan pelajar dijemput hadir ke program ini.
Ayuh datang beramai-ramai!
14.09.2023 - Unit Pengurusan Psikologi P*S & AKRAB P*S telah mengadakan Smart Study Programme : A Path To Success bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil P*S.
Para pelajar P*S telah didedahkan dengan ilmu dan kemahiran berkaitan gaya pembelajaran yang berkesan serta tips memantapkan lagi prestasi akademik masing-masing. Penceramah program adalah Cik Norashikin binti Awang Kechik, Pegawai Psikologi dan Dr. Mohd Khairul Naim bin Sameri, PPPT Jabatan Pengajian Am P*S.
Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dianjurkan dan mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.
2 Ogos 2023 - Webinar Keluarga vs Kerjaya : Harmoni di Rumah, Produktif di Tempat Kerja telah diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet dan FB Live P*S bersama Panel Jemputan Pak Utih..
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang mengikuti program ini dan turut memberi sokongan padu..
Alhamdulillah..
16.7.2023 - Kursus Pemantapan Teambuilding JKE 2023 @ Punggai Bayu Beach Resort
Tahniah kepada semua TEAM STAF JKE yang telah menjayakan Kursus ini.
Terima kasih menjemput dan memberi kepercayaan kepada kami team Unit Pengurusan Psikologi P*S & team AKRAB P*S sebagai Fasilitator anda.
Jumpa lagi di lain masa!
β¨Keluarga pintu KEBERKATAN, kerjaya pintu REZEKI β¨
Ingin tahu tips keseimbangan tanggungjawab / peranan di rumah dan di tempat kerja? π Jom sertai kami pada ketetapan berikut :
π Webinar Keluarga vs Kerjaya : Harmoni di Rumah, Produktif di Tempat Kerja.
ππ»ββοΈPanel : Pak Utih
Tuan Ahmad Shafiai Uda Jaafar
Pak Utih's Page.
Butiran program :
π 2 Ogos 2023 / Rabu
β° 8.30 Pagi
π» Platform : Google Meet https://meet.google.com/sce-twno-kts
dan Facebook Live P*S
β
e-sijil disediakan
β
Penyertaan PERCUMA dan TERBUKA kepada semua.
πΌAnjuran bersama :
- Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
- Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi)
- Kelab Kebajikan Kakitangan P*S
Tuan/Puan dijemput hadir π€
*S
Toksid Dalam Hubungan kerap berlaku dalam hidup kita. Jangan ambil mudah dan terlalu larut dalam hubungan yang tidak sihat!
*S
*S
*S
Rasional VS Emosional
Anda selalu yang mana? Rasional atau emosional? Macam mana nak ubah pemikiran kita supaya sentiasa rasional? Nah..jom kita praktikkan sama-sama tips yang dianjurkanπ€
*S
*S
*S
Mood Swing.. Pernah dengar & mengalaminya? Jom ketahui gejala dan punca terjadinya mood swing ini.
*S
*S
*S
SCHOOL ATTACK ~ KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SK TAMAN CAHAYA MASAI 2023
10 JUN 2023
*S
*S
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin
*S
Selepas melakukan kesalahan, Apa yang perlu kita lakukan?
*S
*S
*S
Jom ke UPPsi! Boleh santai-santai dan beramah mesra bersama kaunselor pelatih kami dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
*S
*S
CLD Siri 2
Ihya' Ramadan
*S
*S
Selamat berpuasa kepada semua umat islam terutamanya buat warga P*S. Semoga Ramadan tahun ini memberi seribu makna kepada diri kita sendiri.
*S
*S
KUNJUNG KASIH MENZIARAHI CIK NORASHIKIN BINTI AWANG KECHIK πΈ
14.03.2023 | Selasa : Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan Kunjung Kasih menziarahi Cik Norashikin binti Awang Kechik, Pegawai Psikologi P*S yang diuji dengan masalah kesihatan.
Penyampaian kutipan sumbangan juga telah disempurnakan oleh Ts. Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan.
Terima kasih diucapkan kepada semua tuan/puan yang telah menyalurkan sumbangan dan menitipkan doa buat kesembuhan sahabat kita. Didoakan juga agar Cik Norashikin sembuh seperti sediakala, dikurniakan kesihatan yang terbaik serta dipermudahkan setiap urusan & rawatan susulan beliau. InshaAllah, aamiin π€²π»
Memperkenalkan Penyelaras Psikologi Jabatan (PPsiJ) di Jabatan Akademik Anda
HARI MESRA PELANGGAN BERSAMA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)
16.02.2023 (Khamis) - Unit Pengurusan Psikologi P*S turut membuka booth sempena Hari Mesra Pelanggan JHEP. Antara pengisian yang dilaksanakan :
β
Pentadbiran Ujian Saringan Minda Sihat (DASS)
β
Mandala Art Therapy
β
Konsultansi & bimbingan individu / kelompok
β
Art Therapy
β
Sharing Corner : Saya rasa BAHAGIA apabila...
Selain itu, para pelajar bukan sahaja dapat membuat pengemaskinian data di SPMP atau urusan saman / denda, malah jua serahan dokumen PTPTN dan pembukaan akaun SSPN.
Program ini juga turut dimeriahkan dengan aktiviti permainan seperti congkak, batu seremban, ceper, jengga, sahiba dan catur.
Secara tidak langsung, fungsi dan peranan Unit Pengurusan Psikologi di P*S juga dapat diperkasakan dan dapat memberi dorongan kepada warga P*S untuk mendapatkan perkhidmatan psikologi kaunseling.
Terima kasih kepada semua warga P*S yang menjayakan program / aktiviti ini. Seronok! JUMPA LAGI di lain hari π€
MAJLIS SANJUNGAN BUDI AHLI AKRAB P*S
09.02.2022 | Khamis : Majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada ahli AKRAB yang telah memberikan komitmen sepanjang bertugas di P*S.
1. Tuan Haji Rafiuddin bin Rohani - Cuti Belajar
2. Puan Aisyah Jamaludin - Bertukar ke Jabatan Kastam PG
Tahniah & terima kasih atas setiap perkongsian ilmu, kerjasama & tenaga kerja dalam melaksanakan program/aktiviti bersama UPPsi.
Selamat maju jaya Tuan Haji Rafi & Puan Aisyah! Ada rezeki bertemu jua nanti inshaAllah πΉ
Jasamu tetap kami kenang!π
Taklimat Kaunseling & Integriti sempena Program Haluan Siswa P*S Sesi II 2022/2023 telah dilaksanakan pada 01 Februari 2023 (Rabu), jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Kuliah Utama P*S. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Maslinda binti Mohd Sah, Ketua Unit Pengurusan Psikologi P*S.
Tahniah dan selamat datang di ucapkan kepada semua pelajar baharu ke P*Sππ
DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN π«Ά
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Address
Km 10, Jalan Kong Kong
Pasir Gudang
81700
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 15:30 |
Sunday | 08:00 - 17:00 |
Pasir Gudang, 81700
"Kepakaran kami adalah membantu graduan kejuruteraan membina karier idaman kurang dari 3 tahun dengan formula RAHSIA kami"..hubungi kami untuk konsultasi PERCUMA...
KM 10 Jalan Kong Kong
Pasir Gudang, 81700
JKE merupakan sebuah jabatan yang menawarkan peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang kejuruter
Jalan Purnama
Pasir Gudang, 81750
Laman Facebook rasmi Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi MARA Kampus Pasir Gudang