Mama Corners

Kepakaran saya adalah membantu dan memudahkan semua org dgn hidangan makanan Ready To Eat dan pengh

24/06/2023

Resepi kacang pedas bilis

bahan2

- 1 kg kacang tanah
- rm 5 ikan bilis
-3 senduk lada mesin(ikut orang la nk jenis pedas ke tidak)
- 10 ulas bawang putih(blend)
- minyak secukupnya
-gula secukupnya
- garam secukupnya
- 2 sudu makan gula merah
- 3 biji gula batu
-1/2 cawan air

cara2nya

-goreng kacang tanah dengan minyak yg byak n api yg slow( makan masa la ye)
-nak garing (jgn smpai pahit) angkat n toskan miyak
- goreng p**ak ikan bilis sampai garing n toskan

- keluarkan minyak tadi n tinggalkan dlm sesenduk je dlm kuali tu n uolls tumiskan bawang putih tadi sampai kuning2 sikit...masukkan lada mesin, gula, garam ,gula merah n gula batu n air,api slow kacau smpai dia likat n pekat(sambil2 tu rasa la ,apa2 yg kurang tambah)
- bila dah cukup rasa semua uolls tutup la api n biarkan sejuk...

-

03/01/2023

KARIPAP SARDIN KENTANG

Kulit Karipap Rapuh
Untuk 200 pcs karipap

Bahan A = campur & kacau rata
2 kg Tpg Gandum
1 cwn Tepung Beras
2 sdt garam halus

Bahan B = panaskan sampai berasap
1/2 cawan marjerin
3/4 cawan Minyak Masak

Bahan C
Air sejuk dr peti sejuk ( agak2 je )

Cara
Mix bahan A, masukkan bahan B, biar jadi macam berserbuk. Masuk air sejuk sikit2. Mix sampai sebati . Peram dulu dalam 1/2 jam baru guna.

*Air jgn banyak, nti kulit lembik. Agak2 je. Bancuh keras sikit takpe. Dah peram dia lembut.

Selamat mencuba

*UPDATE* :

Sy share inti sardin dia p**ak ye.

1 labu Bwng putih
Cili kisar ikot la nk pdas mane
4 tin sardin - brnd terp**ang selera, hancur kan dan asing kuah
1 guni kentang (guni panjang) potong dadu
Air Asam jawa
Gula garam aji

Tumis bawang putih, masuk cili blend. Dah naik minyak, isi kentang n kuah sardin. Kalo tak ckup tambah air. Kntang dh nk kering msuk sardin ,air asam jawa n perasa.

26/12/2022

Bako Ubi

Bahan
2 cwn ubi kayu yg sudah di parut (sukat dulu kemudian perah buang air)
1 cwn gula merah* / 1 keping nisang
1 cwn air*
3 helai daun pandan *
-masak bahan bertanda *smp larut kemudian tapis(sejukkan)
-dlm loyang campurkan ubi dgn bahan2 yg di masak td, kemudian kukus smp masak (kukus 30 minit)

Kepala santan(sos putih)

1 cwn santan pekat (1 kotak)
1 cwn air
3 sudu besar tpg beras
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
-dlm periuk campurkan semua bahan di atas.. kacau dulu bg semua larut baru bukak api perlahan
-masak smp pekat

Selepas kukus ubi tadi curahkan kepala santan kat ats ubi dan kukus balik dlm 15 minit @ sehingga masak, kalau xnk kukus pom blh, sendukkn ubi dan tuang kepala santan kat ats ubi tu.. Terp**ang nk buat cara mana..

25/11/2022

RESEPI AYAM PERCIK
====================
Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan )
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 inci kunyit hidup ( dikisar )
1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
1 sudu teh jintan putih ( dikisar )
1 sudu makan ketumbar ( dikisar )
2 batang serai (dikisar)
3 -4 biji buah keras ( dikisar )
2 sudu besar cili kisar
1 biji kelapa diambil 1 liter santan -
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan

1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintanmanis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga hancur.

2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.

3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.

4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya.

5. Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 3/4 masak.

6. Setelah ayam 3/4 masak keluarkan ayam tadi dan ketepikan.

7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.

8. Susun ayam tadi di dalam tray, lumurkan dengan kuah tadi dan bakar dalam oven selama 20 – 25 minit.

9. Balik2kan ayam tadi dan lumur sekali lagi dengan kuah dan bakar selama 20 – 25 minit lagi….

10. Angkat dan sedia utk dihidangkan.

** ayam boleh juga di bakar di atas arang… tp saya bakar dalam oven utk lebih mudah.

20/11/2022

APPLE ASAM BOI

BAHAN2
7 biji buah apple hijau di potong dan di rendam dgn air garam
1sb gula
10 biji asam boi putih
3 biji limau kasturi
6 biji cili padi

CARA BUAT

1. Bilas bersih buah apel dgn air dan tapis.

2. masukkan gula, asam boi, perah kan air limau kasturi dan cili padi potong kecil dan gaul rata

19/11/2022

Selepas undi dapat kan Kek Kukus Buah
Harga hari Undi RM 16.00

Hari undi saja ye

Sila Wasap segera

www.wasap.my/60167945005/hariundi

18/11/2022

Rupanya 4 Jenis Tepung Beras Ini Berbeza ‘Fungsi’. Jangan Salah Guna, Nanti Kuih Tak Menjadi!

Untuk pengetahuan anda, ada banyak jenis tepung beras yang dijual di pasaraya dan setiap satu itu berbeza kegunaannya mengikut jenis makanan yang mahu dibuat.

Pasti ramai juga yang tidak perasan, ada 3 tepung beras yang berlambangkan gajah dan satu tepung beras cap teratai. Kalau salah guna tepung untuk buat kuih atau masakan lain, nanti hasinya tidak akan menjadi.

Kalau nak tahu perbezaan diantara 4 tepung beras tersebut dan apa fungsinya, jom ikuti perkongsian di bawah sehingga habis.

BEZA 4 JENIS TEPUNG BERAS WAJIB TAHU

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk menggoreng seperti untuk membuat adunan untuk pisang goreng, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan, goreng mamak, goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dal.

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno dan pelbagai jenis kuih lagi. Tepung jenis ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Tepung beras cap gajah 5 ini p**a sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee kerana tepung beras jenis ini lebih kental.

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Tepung beras cap teratai ini sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam. Jika digunakan untuk membuat apam rasa tepungnya akan kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya akan menjadi sangat rangup.

08/11/2022

Minum malam kita buat bebola keledek
Alhamdulillah❤️sedap.

Lembut di dalam ranggup di luar
Saya guna resepi dibawah👇

Coqkodok/Bebola Keledek Manis

Bahan²
1 1/2 cwn keledek oren/ungu
siap direbus dan dilenyek
1/4 cwn gula pasir
1/2 cwn tepung pulut
3/4 cwn tepung beras
1 sdt baking powder
secubit garam

Caranya
~satukan semua bahan²
~sebatikan sehingga jadi doh
uli manja2 je ye
~bulat²kan
~goreng sehingga masak dan kuning keemasan
~angkat dan hidangkan ketika panas
~siap

Selamat Mencuba

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Pasir Gudang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Category

Telephone

Website

Address


No. 10 Jalan Desa Rakyat 1, Taman Desa Rakyat
Pasir Gudang
81750

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Other Cafes in Pasir Gudang (show all)
Sprinklebyme Sprinklebyme
Pasir Gudang, 81700

Homemade chocolate,cupcakes,cookies,fruit tartlets,breadpudding for all occasions..... Whatsapp : 011-12370714

Qayla’s Bakery Cafe Qayla’s Bakery Cafe
Pasir Gudang, 81700

📍L3-31 Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang Johor 🕗 10.00am - 8.00pm ⛔️ Saturday Closed

Restoran Cikgu Wan Nasi Ulam Restoran Cikgu Wan Nasi Ulam
No. 23 Jalan Semerbak 20, Taman Bukit Dahlia
Pasir Gudang

AnaLicious Corner AnaLicious Corner
No 2 Jalan P**asan 26
Pasir Gudang, 81700

Kami menjual makanan yg menepati citarasa pelanggan ..

Jagung pakhang Jagung pakhang
No. 28 Pelamduk 4, Taman Scientax
Pasir Gudang, 87100

MJ CAFE Pasir Gudang MJ CAFE Pasir Gudang
No 16 Jalan Intan 12 Taman Cahaya Masai
Pasir Gudang, 81700

Yumi Medina Yumi Medina
Taman Air Biru
Pasir Gudang, 81700

Hello and welcome! We’re a small friendly cafe in Pasir Gudang where you can relax and enjoy tast