Izeara Booster Serum
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Izeara Booster Serum, Beauty, cosmetic & personal care, Jalan nara, Pasir Puteh.
Catatan berat sepanjang musim Jom Kurus Edisi 1 dan 2
Menjuarai peringkat kebangsaan kategori lelaki Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri, JK1M dua kali berturut-turut untuk edisi 1 dan 2 sememangnya tidak diduga. Matlamat utama sebenarnya adalah mencapai berat badan dan komposisi badan ideal untuk pencapaian peribadi bagi meneruskan gaya hidup sihat dan cergas bersama-sama rakyat Malaysia yang lain.
Berat sebelum menyertai JK1M: 104kg [22 December 2013]
Berat Permulaan: 96.5kg [11 Januari 2014]
Berat Akhir: 56.9kg [23 April 2014]
Berat Semasa: 64kg [23 Mei 2014]
Tengok macam mana beliau buat
5- Turunkan lemak dalam badan lebih penting dari turunkan berat badan
Apabila kita diet dan bersenam dah beberapa bulan tapi berat badan kita akan turun sekejap kemudian sama je maka kita ingat kita dah tak boleh turun berat badan lagi. Ini adalah salah pemahaman sebenarnya.
Apabila kita banyak melakukan senaman badan kita akan menguatkan otot dalam badan dan pada masa yang sama akan membakar lemak dalam badan.
Badan kita akan ada penurunan dalam otot apabila kita meningkat usia. Jika kita tidak bersenam secara berterusan, otot kita semakin lemah dan bila dah berusia mulalah kita sakit belakang, lutut, lenguh – lenguh badan.
4- Tempoh masa untuk capai target berat yang mahukan kena realistik
Ramai orang nak turunkan berat badan 10kg dalam masa sebulan lepas tu cuba macam-macam diet dan senaman gila – gila bila tak dapat capai target berat lepas sebulan, give up dan stop.
Lepas tu complain kenapa jemah sebelah rumah boleh turun 10kg lepas sebulan tapi kita tak dapat. Frust kemudian kita makan banyak makin naik berat lagi 10kg dari sebelum ni humm…
Jangan macam ni Sis, progress setiap orang berbeza. Mungkin Jemah tu jenis senang naik berat badan dan senang turun.
Bagi yang baru nak bermula diet untuk beginner untuk menurunkan berat badan akan ambil masa sedikit untuk nampak kesannya sebab badan perlu biasakan diri dengan rutin yang baru.
3- Diet dengan menahan makan sahaja tidak bersenam akan melambat proses untuk turunkan berat badan.
Sis kena faham diet untuk beginner ini adalah mengawal pemakanan kita, supaya jumlah kalori yang diambil itu kurang dari sebelum ini dengan harapan badan kita menggunakan lemak dalam badan apabila kita melakukan aktiviti harian.
Jika kita diet tapi tak buat pape dekat rumah baring je tengok netflix susahlah Sis nak turunkan berat badan.
Jadi cara terbaik untuk turunkan berat badan adalah melalui diet dan bersenam
Bersenam itu dapat mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan. Kita dah control pemakanan jadi badan kena gunakan lemak dalam badan untuk dijadikan tenaga bila kita bersenam.
2- Diet perlukan masa untuk nampak hasilnya.
Ada banyak cara untuk turunkan berat badan. Ada sesetengah orang bila nak jalan senang bila nak turunkan berat badan dengan makan ubat kurus.
Bersepah ubat kurus di dalam negara kita, bukak je semua sosial media akan ramai promote berbagai jenis sehingga tak terpilih sebab banyak sangat. Diharap Sis semua bijak dan pastikan kalau nak beli jugak pastikan yang selamat untuk digunakan.
Macam mana nak tahu selamat ke tak ?
Try cari dekat google nama brand tu lepas tu tambah customer review. Biasa akan keluar review customer2 yang pernah beli. Kalau banyak sangat bad review better tak yah beli lah kot nanti menyesal di kemudian hari.
Jika anda ingin melakukan diet tanpa menggunakan produk di pasaran, anda kena faham bahawa proses untuk kurus memerlukan masa yang panjang antara 6 bulan hingga 1 tahun untuk nampak tubuh badan yang lebih cantik.
Jadi Sis jangan give up selepas beberapa minggu diet tapi tak nampak apa-apa perubahan. Just keep going until you achieve it. Caiyok.
1- Diet itu untuk kesihatan tubuh badan bukan untuk kurus
MENJAGA KESIHATAN DIRI SUPAYA SIHAT SENTIASA DAN DI JAUHKAN PENYAKIT.
Ini perkara yang paling penting untuk dijadikan matlamat kita sebelum memulakan proses untuk diet. Harga sebuah nikmat mempunyai tubuh yang sihat ni sangat berharga tau.
Bila dah sakit nanti baru lah kita menyesal masa sihat kesihatan tak dijaga. Tapi nasi dah jadi bubur dah tak dapat nak buat pape.. Kena tanggung sakit sampai ari tua.
Orang malaysia ni biasa kena sakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti sebab cara pemakanan kita minum air manis setiap kali lepas makan, fast food, dan kurang bersenam
KURUS
Mende yang biasa bermain di mulut wanita apabila sudah berumah tangga yang mempunyai anak dan wanita yang di ambang perkahwinan.
Mana ada wanita yang nak kelihatan “SIHAT” di hari paling terindah untuk bersama dengan bakal Suami tersayang kan.. Wanita yang sibuk menjaga dan membesarkan anak sehingga diri sendiri terlupa nak jaga, hum…
Sape yang tak nak nampak ramping macam masa muda atau masa bujang, senang nak cari pakaian sebab saiz yang banyak kedai jual.
Ramai orang nak mulakan diet tapi tak tahu macam mana nak mula. Sini mamacantek sediakan nota untuk diet untuk beginner.
Sebelum memulakan diet kena tahu 5 perkara ini :
5 TIPS UNTUK HILANGKAN PERUT BUNCIT
Sebelum nak buat senaman kempis perut tu semua, paling utama adalah jaga pemakanan dulu. Sebabnya, lemak biasanya datang dari pemakanan dan bukannya dari tidak bersenam. Nak berjaya kena lah buat secara konsisten dulu.
1.MINUM AIR KOSONG
Paling penting dalam usaha menjaga body iaitu amalkan air kosong. Elakkan air-air yang manis, yang bersusu tu. Ambil air kosong ikut keperluan badan masing-masing.
2.PILIH KARBO KOMPLEKS
Contoh, ambil sweet potato, beras perang, roti wholegrain. Elakkan ambil roti canai, nasi lemak, biskut-biskut.. Slowly tinggalkan makanan tu.
3.MAKAN PROTEIN YANG CUKUP
Protein seperti ayam/ikan. Ambik dalam kuantiti yang cukup dalam setiap hidangan kita. Ubah sekali cara masak tu. Amkan cara masak kukus/grill/bakar.
4.MAKAN LEMAK BAIK
Pilih jenis lemak baik omega3 seperti ikan, telur, kekacang untuk membantu mengurangkan berat tu.
5.CUKUPKAN FIBER
Oke ni tips penting. Sehari berapa kali membuang ke seminggu? Haaa, klau seminggu tu mmg paraksss… cukupkan pengambilan fiber okay. Makan buahhhhh
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan Nara
Pasir Puteh
16800
Ps 10, Lot 3277, Kg. Gong Genor
Pasir Puteh, 16800
CANTIK & SIHAT BERSAMA D'NURZAI
P/S 1446 KAMPUNG BESAR BUKIT PERAKSI
Pasir Puteh, 16700
𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑 𝐔𝐅𝐎𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐅𝐁 : 𝐓𝐀𝐔𝐊𝐄𝐇 𝐎𝐏𝐈𝐄 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐊 𝟏 𝐖𝐖𝐖.𝐖𝐀𝐒𝐀𝐏.𝐌𝐘/+𝟔𝟎𝟏𝟑𝟕𝟒𝟗𝟗𝟕𝟖𝟕/𝐍𝐀𝐊𝐔𝐅𝐎𝐑𝐀
Jalan Machang-Pasir Puteh
Pasir Puteh, 16800
CECAIR PERANGSANG WANITA NO. 1 DI MALAYSIA
Pasir Puteh
Pasir Puteh, 16700
-The Science of Attraction- Pherolux diadunkan bersama wangian yang unik.
Jalan Kampung Gong Anak Nyior-P Puteh, Kampung Telosan, Jeram
Pasir Puteh, 16800
Madu lebah kelulut dari Rumah Kelulut D’Butik Semanis Madu (DSM) adalah 100% tulen dari alam semulajadi. Kepelbagaian bunga-bungaan mengikut musim menyerlahkan keunikan pelbagai wa...