AJWA Everyday

AJWA EVERYDAY adalah pembekal bagi kurma Ajwa berkualiti dari Madinah. Adalah menjadi matlamat kami

16/05/2022

Selamat Hari Guru buat semua guru2, pendidik, pembentuk generasi akan datang.
Jasamu sangat besar tidak dapat kami balas.
Cikgu tidak pernah berputus asa dalam mendidik kami menjadi seorang insan yg cemerlang.

Terima kasih Cikgu...

02/05/2022

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Ikhlas dari kami di AJWA EVERYDAY.

13/04/2022

Ya Allah. Mudahkan lisan kami untuk menyebut AsmaMu dan mengagungkannya dalam setiap langkah kami. Aamiin...

12/04/2022

Ya Allah, jika rezekiku masih ada dilangit, aku mohon turunkanlah. Jika di bumi keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, aku mohon dekatkanlah.

05/04/2022

Sama2 kita tingkatkan amalan baik kita di bulan Ramadhan yg mulia ini.

02/04/2022

Kami dari AJWA Everyday ingin mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Semoga kita sama² melipatgandakan amalan² kita di bulan yg mulia ini. Aamiin.

Doa Selamat Dari Wabak Corona. 24/03/2022

Semoga kita semua selamat dari wabak Covid-19.
Aamiin.

Doa Selamat Dari Wabak Corona.

22/03/2022

Ya Allah semoga awal pagi ini membawa rahmat, pertengahan hari ini memberi nikmat dan akhirnya dipenuhi berkat.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

22/03/2022

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam memasuki bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Bersempena ketibaan bulan Ramadan pada kali ini, kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram.

Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.

Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan.

Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.
Ya Allah, berkatilah kami, rahmatilah kami dan tekunkanlah kami dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadan yang bakal tiba nanti.

Perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami serta segala amal kami dalam berpuasa Ramadan. Panjangkanlah usia kami dengan keberkatan Ramadan.

Perbaikilah akhlak kami dengan ketibaan Ramadan. Jadikanlah puasa kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan itu nanti.

Moga-moga nanti kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi merebut seribu ganjaran yang telah engkau janjikan.

Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

14/03/2022

Sebahagian ulama’ menggunakan ayat al-Qur’an sebagai dalil dianjurkan didahulukan memakan buah-buahan berbanding yang lain, iaitu:

Firman Allah SWT:

(وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ﴿٢٠﴾ وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ ﴿٢١

al-Waqiah : 20-21

Maksudnya: “Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan daripada jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung daripada jenis-jenis yang mereka ingini.”

Para ahli tafsir seperti Imam al-Qurthubi menafsirkan ayat ini dengan mengatakan di dalam syurga terdapat banyak buah-buahan dan setiap ahli syurga itu bebas untuk memilih buah apa yang diingininya. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi, 204/17]

Selain itu, ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT mendahulukan ayat buah-buahan berbanding ayat yang menceritakan berkaitan daging burung.

13/03/2022

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima. Aamiin.

08/03/2022

Kisah dan asal usul kurma Ajwa ini dikatakan bermula selepas buah kurma Ajwa disebutkan oleh Nabi Muhammad ﷺ dalam sabdanya ketika Baginda ﷺ berbuka puasa.

Rasulullah ﷺ sendiri amat menggemari memakan buah kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk sunnah memakan 7 biji buah kurma Ajwa di waktu pagi dan semasa berbuka puasa. Sabda Rasulullah ﷺ: “Sesiapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka akan terhindar daripadanya racun dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana keberkatan dan kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkan kekebalannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkatan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi Muhammad ﷺ yang mulia.

Buah kurma itu dinamakan Ajwa, berdasarkan ‘asbabul wurud’ (sebab-sebab turunnya hadis) yang menyatakan bahawa suatu ketika dahulu, Salman Al-Farisi seorang Nasrani yang baru memeluk Islam telah mewakafkan kebun kurmanya untuk perjuangan Islam. Beliau juga mempunyai seorang anak yang bernama Ajwa dan bagi mengenang jasa-jasanya itu, akhirnya Rasulullah ﷺ menamakan kurma yang dimakan ketika berbuka puasa itu dengan nama Ajwa.

Dari sumber-sumber yang lain p**a mengatakan bahawa kurma Ajwa ini merupakan kurma yang ditanam sendiri oleh nabi. Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah ﷺ adalah di tanah Madinah, berhampiran Masjid Quba, sekitar 14 abad yang lampau.

Di ceritakan juga pada suatu hari Rasulullah ﷺ sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh Baginda ﷺ.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah ﷺ sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah سبحانه وتعالى supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah سبحانه وتعالى yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah ﷺ berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah ﷺ. Bermula dari peristiwa itulah pokok kurma Ajwa ini seterusnya membesar di kawasan Madinah.

07/03/2022

Terdapat lebih 1400 jenis kurma di seluruh dunia namun kurma Ajwa inilah yang pernah disebutkan secara spesifik dalam salah sebuah hadis sahih, iaitu:

Sa’ad Radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ
Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779].

Disebabkan hadis yang cukup pop**ar ini, kurma ajwa mendapat permintaan yang cukup tinggi di seluruh dunia.

Kini kurma Ajwa Aliyah boleh didapati di AJWA Everyday. Sila tekan link dibawah untuk mendapatkan AJWA Everyday anda sekarang.
p/s: pilih quantity 20 keatas untuk penjimatan yang optimum.

https://shopee.com.my/product/713168691/12881862866?smtt=0.122842267-1647301870.9

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Pasir Puteh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


126-B Jalan Kota Bharu
Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Other Food Wholesalers in Pasir Puteh (show all)
Keropok Baby Viral - Kepok's Mu Keropok Baby Viral - Kepok's Mu
Pasir Puteh

Keropok Baby Viral bersaiz baby.. mudah dimakan kerana saiz yang kecil.. kerangupan yang mengasyikkan, ditambah p**a dengan kepelbagaian perisa yang menambat selera.. sesuai untuk ...

Mouthgasm.arifah Mouthgasm.arifah
Pasir Puteh

Mouthgasm Crunchy

Sambal BILIS Garing UWAIS Sambal BILIS Garing UWAIS
Pasir Puteh, 16800

Abuya Frozen Abuya Frozen
Lot 437-E Madrasah Pondok Haji Yaakob Kampung Wakaf
Pasir Puteh, 16800

Abuya Frozen merupakan sebuah koperasi pondok yang berpusat di Pasir Putih, Kelantan. Kepakaran kami adalah menyediakan makanan frozen seperti roti canai, karipap dan ikan gelama b...

Rasa Bujang Rasa Bujang
Lot 573 Kg Bunut Rendang
Pasir Puteh, 16800

Masak Semudah ABC �� Pes ni tak perlu nak letak bunga lawang, kayu manis dan bermacam jenis rempah. Dah lengkap semua. Cuma letak air je. Memang tersangatlah mudah. Saiz Hidangan 5...

Lauk Segar Pasir Puteh Lauk Segar Pasir Puteh
Pasir Puteh, 16800

Murah , Segar , Mesra membekal lauk mentah segar dan sejuk beku secara Walk In dan penghantaran terus ke rumah dgn caj penghantaran minima.. Stok sentiasa segar dan terkini denga...

Sambal Bentong Padu Sambal Bentong Padu
Pasir Puteh, 16800

!! Disclaimer: We are students of Bachelor Administrative Science (AM228) in UiTM Seremban 3. This page is solely for educational purposes in relation to our course Principles of E...

Keropok Besut HQ Keropok Besut HQ
Pasir Puteh

Menjual keropok baby keping dan keropok baby segera EXTRA IKAN direct daripada Kuala Besut. Keropok ini diperbuat daripada ikan-ikan yang segar dan terpilih sahaja. Dijamin banyak ...

Narwish Susu Kambing_Pasir Puteh Narwish Susu Kambing_Pasir Puteh
Pasir Puteh

Pengeluar Susu Kambing Berkualiti #Susu Kambing Narwish #Susu Kambing Premium dari Holland #Susu Kambing untuk Seisi Keluarga #Susu Kambing Perisa Coklat dan Asli #Jaminan tanpa B...

Pak Mat Western Pasir Puteh Pak Mat Western Pasir Puteh
Jalan By Pass Kedai Dobi Kampung Alor Pasir
Pasir Puteh, 16800

Kami Stokis Pak Mat Western kawasan Pasir Puteh Kelantan

Keropok.Maksu Keropok.Maksu
Pasir Puteh, 16800

Keropok.Maksu Original Terengganu "Sekali Rasa Pasti Repeat Lagi" AGENT & DROPSHIP DIPERLUKAN

Daisy Frozen Food Daisy Frozen Food
Daisy Frozen Jalan Pasir Puteh Ke Jertih, Limbongan
Pasir Puteh, 16800