Klinik Kesihatan PASIR PUTEH

Klinik Kesihatan PASIR PUTEH

Nearby health & beauty businesses

Medikalkadpasirputeh
Medikalkadpasirputeh
Plaza Mara Pasir Puteh

Medical information

07/02/2024

Jom kita jadikan amalan berjalan kaki sebagai aktiviti sihat kita.

β€œ Setiap hari adalah permulaan dari segala sesuatu yang baru”



πŸ’ͺ🏻

31/01/2024

Mahalnyer Nilai Kejujuran

β€œ Assalamualaikum dan selamat pagi makcik”

β€˜ Wasalaikumussalam Dr’
sambil memberikan senyuman manis disebalik penutup muka yang dipakai.

Doktor melihat senarai ubat-ubatan makcik tadi. Semua ada 8 jenis ubat.

β€œHermmm, banyak ubat makcik.Makcik makan semua ke ubat- ubat ni makcik?”

Mak cik memulakan jawapan dengan menarik nafas panjang.

β€˜ Dr, sebenarnya makcik hanya makan 4 jenis ubat. Ubat lain kalau makcik makan sakit kepala. Jadi makcik tak makan. Maaf Dr, harini baru makcik mengaku πŸ˜β€™

Sedekit kecewa kerana sudah lama makcik diberikan ubat- ubatan (8 jenis ubat), sedangkan makcik hnya mengambil 4 jenis ubat.Bayangkan berapa bnyk dah tu ubat yang dibiarkan expired date.
Bayangkan berapa bnyk duit yg dibazirkan.

Tapi rasa lega dan bangga dgn makcik ni kerana makcik berani mengaku dan berkata benar.
Kejujuran adalah suatu yg mahal.

"Kejujuran adalah perhiasan jiwa yang lebih bercahaya daripada
berlian"

Dengan nilai kejujuran itu, besar kesannya.

1. Makcik sudah tidak perlu makan ubat yang banyak lagi. Doktor tidak akan paksa pesakit makan ubat kalau pesakit tidak mahu😁.
2. Makcik tidak lagi tidak berlaku jujur kepada diri sendiri dan doktor/ staff kesihatan
3. Makcik boleh membantu jimatkan pembelian ubat-ubatan kerajaan
4. Doktor buleh jimatkan masa dari menulis ubat-ubatan yg panjang2 ✌🏻
5. Rawatan kesihatan akan lebih baik jika pesakit jujur dgn diri sendiri dan doktor.

Untuk makluman harga ubatan yang tidak diambil oleh pesakit untuk sebulan.

Tablet Prazosin : Rm 45
Tablet Metoprolol : Rm 7.5
Tablet Gliclazide :RM 18
Tablet hydrochlorothiazide : Rm 7.8

( harga aggaran berdasarkan harga online)😁

Anggaran duit kerajaan hangus sebulan
=Rm 78 /sebulan

Persoalan?

Pesakit hanya bayar Rm 1, tetapi kalau pesakit tidak makan ubat, tidakkah pesakit telah membebankan kerajaan dgn β€œ pembaziran”
Menjaga kesihatan itu amanah😁
Kejujuran itu penting✌🏻
* Jangan takut untuk berterus terang dengan doktor2 kita yer, mereka xmakan orang😬

28/01/2024
25/01/2024

Jom kita kurangkan pengambilan gula secara berlebihan.Gantikan dengan air kosong.
Lebih sihat dan semestinya jimat πŸ‘

SIHATKAH YOGURT DRINKS??

Eh mestilah sihat. Ada lactobacillus kan? Dalam iklan di TV kata bagus..

Ramai yang s**a minuman berkultur dan belikan berbotol-botol untuk anak. Ye lah, iklan TV kata bagus. Tak sampai sehari dah habis satu paket.

Namun, tahukah anda, untuk menghasilkan air kultur atau susu masam ni supaya sedap diminum, banyak gula perlu diletakkan.

Perbandingan Kandungan gula setiap 100ml
- Coca Cola Classic- 10.6g
- Vitagen - 10.2g
- Nutrigen - 13g
- Betagen - 6.3g
- Lactel Bliss - 8.1g
- Yakult - 18.3g (sebotol 80ml = 14.6g)

Yang kecil pun banyak gula, bayangkan minuman yogurt botol besar.

Nak berikan kebaikan lactobacillus pada anak boleh. Tetapi pertimbangkanlah kandungan gula di dalam minuman dengan faedah kesihatan yang ada.

Sesudu yogurt asli sehari pun dah memadai kerana nak berikan kasih sayang kepada anak haruslah bersifat asli.

25/01/2024

Nasi adalah makanan ruji utama rakyat Malaysia. Ia adalah sejenis makanan yang memiliki indeks glisemik yang Sederhana- Tinggi terutamanya nasi yang panas baru dimasak

Makanan indeks glisemik yang tinggi menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak.

Cara untuk mengurangkan Indeks Glisemik nasi adalah dengan menyimpan nasi dalam peti sejuk seharian (20 jam) sebelum dipanaskan semula dan dimakan

Proses ini meningkatkan kandungan kanji rintang dan menyebabkan ia lambat dicerna dan kurang kenaikan mendadak paras gula dalam darah.

Namun begitu, kandungan gula atau beban glisemik (GL) adalah sama. Jika makan banyak memang boleh menyebabkan kegemukan tidak kira nasi panas atau nasi sejuk.

Nasihat pemakanan yang lebih baik adalah dengan mengawal kuantiti. Jangan makan terlalu banyak nasi. Penuhkan pinggan dengan sayuran, protein dan minyak kelapa (lemak sihat).

Perkongsian berikutnya kami akan kongsikan berkenaan beras perang, beras basmti, beras jasmin. Follow rapat2 PHM ya.

24/01/2024

Polemik yang berlaku dalam sebuah syarikat media tempatan membuktikan bagaimana betapa seorang pekerja begitu mudah disingkirkan dalam organisasi.

Tidak lama selepas penyampai radio lama disingkirkan, sepantas kilat penyampai radio yang baru diumum masuk mengantikan tempat pekerja sebelumnya

Mula mula mungkin orang ramai akan berkata kata, namun setelah beberapa hari, pendengar
mula melupakan dan kembali kepada rutin asal seperti biasa.
Perkongsian kami bukan untuk memberitahu siapa betul dan siapa salah, tetapi menunjukkan betapa betapa mudah seorang pekerja diganti.

Tidak kira betapa bagus, rajin & popular atau mendatangkan keuntungan kepada syarikat , selepas anda keluar,dengan mudah tempat anda akan digantikan.

Ketahui keutamaan anda… Tempat anda di rumah paling berharga dan tidak boleh diganti

Photos from Klinik Kesihatan PASIR PUTEH's post 22/01/2024

Assalamualaikum warga maya dan warga Pasir Puteh. Kebelakangan ni, terdapat beberapa kes denggi di kawasan kita . Mohon kita semua mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan kita mendapat jangkitan nyamuk aedes.
Segera ke klinik kalau tidak sihat.

07/12/2023

Assalamualaikum. Sihat belako ko harini ?
Jom kita baca info kesihatan.

Musim tengkujuh telah tiba. Adakah kita semua sudah bersiap sedia menghadapi musim banjir?
Tahukah kita bahawa terdapat banyak penyakit bawaan air, antaranya ialah PENYAKIT KOLERA (TAUN).

PENYAKIT KOLERA (TAUN)
-Kolera merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio Cholerae.
-Kolera berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar terutamanya ketika musim banjir

Perhatikan tanda-tanda /gejala dan langkah pencegahan penyakit kolera (taun) seperti berikut.

30/11/2023

Assalamulaikum warga maya. Beres belako ko sep kito?

Ade yg tgh emo ke tu??

Mungkin ade yang tengah emo dgn isu β€œ hangat” skrg kan?

Si isteri mungkin mulai risau dgn si suami
Si suami mungkin terkena tempias kerisauan isteri
Si β€œ single” mungkin tengah risau utk mencari jodoh.
Para2 wanita mungkin tengah sakit hati β€œ berjemaah” kerana ade wanita tgh β€œ tersakiti β€œ skrg.

Tidak mengapa.
Itu lumrah kehidupan.

Jom kita belajar cara relaksasi yg betul.πŸ˜€

JOM RELAKS .

16/11/2023

Assalamualaikum. Sihat belako ko sep kito?
Jom kita baca sedikit info kesihatan.

Tahukah kita mengenai masalah KEMURUNGAN ?

APAKAH MASALAH KEMURUNGAN?

+ Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian yang boleh menjejaskan fungsi seharian.

+ Ianya berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun

SIAPAKAH BERISIKO ??

β€’ Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas

β€’ Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan

β€’ Menghidap penyakit kronik(Kanser,Diabetes,Hipertensi,
Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau
kesakitan berpanjangan)

β€’ Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba

β€’ Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba

β€’ Perceraian

β€’ Masalah rumahtangga

β€’ Masalah keluarga

β€’ Penyalah gunaan dadah dan arak

β€’ Pengambilan ubat-ubatan tertentu

β€’ Mangsa penderaan

β€’ Tekanan ditempat kerja

β€’ Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak

β€’ Kecenderungan mudah risau atau bimbang

β€’ Perasaan sedih semasa dalam pantang(selepasbersalin)

β€’ Krisis ekonomi

APAKAH LANGKAH PENCEGAHAH?

β€’ Ketahui penyakit anda

β€’ Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan

β€’ Bertenang dan sentiasa bersikap positif

β€’ Rancang kewangan anda

β€’ Amalkan gaya hidup sihat

β€’ Menyertai aktiviti yang akamembuat kita rasa gembira.

Contohnya bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti
keagamaan atau sosial

β€’ Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan berikeutamaan

+ Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI TANDA- TANDA KEMURUNGAN / MASALAH KESIHATAN MENTAL, SEGERA LAH MENDAPATKAN RAWATAN DI KLINIK KESIHATAN BERHAMPIRAN.

02/11/2023

Assalamualaikum. Sihat belako ko sek kita?
Jom ambik masa sekejap baca info kesihatan .

Apakah itu Strok / Angin Ahmar?

+ Strok adalah keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah.

Apakah punca strok?
1) Umur -semakin meningkat usia, arteri ( salur darah) akan menjadi semakin sempit dan keras

2)Sejarah keluarga
3) Berat badan - berat badan berlebihan menyumbang kepada penyakit darah tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi, kencing manis. Kesemua penyakit mendatangkan risiko strok yg lagi tinggi

4) Merokok- rokok/ nikotin memekatkan darah, membentuk darah beku dan menyebkan pembetukan lemak dalam arteri ( salur darah)

5) Darah tinggi yang tidak terkawal
6)Kencing manis tidak terkawal
7) Kolesterol tinggi
8) Penyakit jantung

Cara Mencegah Strok

1) Memastikan tekanan darah normal
-kurang dari 140/90 mmHg)
-tekanan darah yang normal 120/80 mmHg

2) Tidak Merokok
3) Sentiasa bersenam
4) Tidak mengambil alkohol
5) Mengamalkan pemakanan seimbang
-lebihkan sayur dan buah buahan
-mengurangkan makanan manis/bergula, garam berlebihan dan lemak trans (contoh : makanan bergoreng, pisang goreng, kentang goreng, nugget, mee segera, biskut) dan lemak tepu (kulit ayam,lemak ayam.daging, minyak kelapa,santan,mentega)

6) Ambil ubat yang disarankan

+Ketahui tanda-tanda strok.

Jika anda , keluarga atau orang yg anda kenali mempunyai tanda-tanda berikut sila dapatkan rawatan di hosptal dengan segera.
Rawatan awal mampu mengurangkan komplikasi strok yang teruk.
KITA MAMPU MELAKUKAN PERUBAHAN

26/10/2023

Assalamualaikum. Sihat belako ko sek kita?
Jom kita baca sedikit info kesihatan.

Tahukah kita?

Asap rokok yang dihembuskan oleh perokok boleh disedut oleh orang di sekeliling (secondhand smoker) secara terus.

πŸ’₯Sisa asap basi (SAB) adalah sisa rokok (dalam bentuk habuk atau bahan kimia) yang tidak kelihatan tetapi melekat di persekitaran.

Asap rokok basi ini mampu kekal dalam udara selama 5 jam di dalam bilik.

SAB ini juga mampu bertahan sehingga 2 tahun walaupun telah dicuci. ππ„π‘π‡π„ππ“πˆπ‹π€π‡ πŒπ„π‘πŽπŠπŽπŠ π’π„πŠπ€π‘π€ππ†.‼️ Anda akan lebih sihat.

Ingin berhenti merokok?
Klinik Kesihatan Pasir Puteh menyediakan khidmat Klinik Berhenti Merokok.
Jom daftar sekarang.
πŸ’™

19/10/2023

Untuk makluman warga Pasir Puteh, Klinik Kesihatan Pasir Puteh mengamalkan Sistem Temu janji berperingkat.
Sila datang mengikut Tarikh dan masa yang ditetapkan.

19/10/2023

Assalamualaikum sek kito. Sihat belako ko?
Jom follow dan like page Klinik Kesihatan PASIR PUTEH.

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Pasir Puteh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Pasir Puteh
Pasir Puteh
16800

Other Medical & Health in Pasir Puteh (show all)
Wafa Health Care Wafa Health Care
Pasir Puteh, 16800

kepakaran kami membantu anda diluar sana mendapatkan tubuh yang sihat dengan membaiki sistem dalam tubuh anda dan juga mendapatkan kulit yang sihat dan segar sentiasa.

Klinik Haura Pasir Puteh Klinik Haura Pasir Puteh
PT 2266, Tingkat Bawah, Kg Banggol Kerian, Bandar Baru Pasir Puteh
Pasir Puteh, 16800

Klinik Haura Pasir Puteh dibuka 24Jam Setiap Hari, depan Pasar Siti Hajar, Bandar Baru Pasir Puteh

BEKAM PAKEJ BEKAM PAKEJ
NO 10 KG KEMUDU BONGKOK
Pasir Puteh

Khidmat rawatan bekam,rawatan resdung,akupuntur,rawatan ruqyah syariyyah.

Medikalkadpasirputeh Medikalkadpasirputeh
A6, Plaza MARA Pasir Puteh
Pasir Puteh, 16800

medikal kad untuk semua , mampu bayar setiap bulan mengikut umur..

Bypass Medicare Pharmacy Bypass Medicare Pharmacy
PT 2108 (A) Jalan Bypass Sebelah JPN
Pasir Puteh, 16800

Minyak Lintah MLBA Minyak Lintah MLBA
Pasir Puteh

PEMBEKAL MINYAK LINTAH MLBA

Kapsul Herba Moksumall Tok bali Kapsul Herba Moksumall Tok bali
Pasir Puteh, 16800

KapsuHerbaMoksumall 100% dari bahan2 semulajadi.dpt membantu merawat 1001 penyakit dgn izin Allah sw

KB Intan Fototerapi KB Intan Fototerapi
Kota Bharu
Pasir Puteh, 15100

Sewa Lampu Fototerapi

Kehidupan Lebih Baik Kehidupan Lebih Baik
Bandar Bahru Pasir Puteh
Pasir Puteh, 16800

Bantu Turunkan Gula Tinggi Dan Kolesterol

Formula2u Hebss Formula2u Hebss
Pasir Puteh
Pasir Puteh, 16800

Klinik Dr Ko- Pasir Puteh.Kelantan Klinik Dr Ko- Pasir Puteh.Kelantan
Klinik Drive Ko, PT3056 (Ground Floor), Bandar Baru Pasir Puteh
Pasir Puteh, 16800