YAWMA Bundle RM1

YAWMA Bundle RM1

Kedai pakaian bundle RM1 berpusat di Selising, Kelantan berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Bukit J

Photos from YAWMA Bundle RM1's post 10/06/2024

Peminat baju Jepun tentu kenal brand ini.

GU dan UNIQLO ialah brand dari syarikat yang sama.

GU murah sikit dari UNIQLO. Favorite muda mudi Jepun sebab design lebih funky.

Baju GU ini boleh didapati di YAWMA BUNDLE Selising dg hanya RM 1. Itupun kalau anda cepat.

08/06/2024

1 ZULHIJJAH 1445
BERMULA HARI INI
SABTU 8 JUN 2024.

08/06/2024

Depa jual RM 99 sehelai.
Kami jual RM 0.99 sehelai (siap satu set dengan seluar)

Cer kira brp peratus saving...

Cepat!
Cepat!
Siapa lambat guling depan kedai pon tak guna.

Wannor CARE
Wan Normunirah Wan Mahmud
Mahizan Mahmud
Atiey Yatt

07/06/2024

Orang baik-baik masih ramai di dunia ini.

Jangan buruk sangka.

07/06/2024

Otw Selising Kelantan.

05/06/2024

Coming to Selising Kelantan soon.

Barang baik punya..
Siapa cepat dia dapat.

Wan Normunirah Wan Mahmud
Atiey Yatt
Bumisepi
Mahizan Mahmud
Wannor CARE

09/04/2024

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2024

08/04/2024

Berpada dengan apa yang ada. Nescaya anda tidak akan stress.

RAMADAN 28 1445H.

05/04/2024

Banyakkan berdoa di 10 malam terakhir Ramadan 2024.
Semoga kita direzki berjumpa Lailatul Qadar.

05/04/2024

Jangan malu pakai baju bundle.
Allah melihat hati-hati kita. Manusia melihat baju yg kita pakai.

Photos from YAWMA Bundle RM1's post 03/04/2024

BAJU MELAYU RM 1 PELBAGAI SAIZ SUDAH SAMPAI DI SELISING, KELANTAN.
BETUL TU... HARGA RM 1 SEHELAI.
RM 1 PER PIECE.

Photos from YAWMA Bundle RM1's post 29/03/2024

JUALAN BAJU RAYA RM 1 DI SELISING KELANTAN

29/3/2024.
Stok baru (kebanyakan baju kurung) baru sampai dari Lembah Klang dan mula digantung hari ini.
Pelbagai jenama dari butik tersohor dan kurang sohor.
Semuanya RM 1 sehelai.

Baju kurung satu set dg kain.
Kardigan.
Baju kurung kain kapas.
Dan banyak lagi.

Siapa cepat di dapat.

PESAN ADMIN.
Admin nak mintak tolong sangat-sangat.
BAJU YANG TAK JADI BELI TOLONG GANTUNG ATAS HANGER SEMULA UNTUK PELANGGAN BERIKUTNYA. MENJELANG HARI RAYA KITA JANGKA PENINGKATAN BILANGAN PELANGGAN. SO KITA PAKAT TOLONG MENOLONG DEH.
Bayar ikut bilangan baju yg dibeli.
RM 1 kalu beli selai.
RM 5 kalu beli 5 helai.
RM 15 kalu beli 15 helai.
Mudah je sifir dia.

BAYAR DALAM TABUNG PINK DEPAN KEDAI. KONSEP KEDAI INI LAYAN DIRI. CCTV.

Selamat berpuasa Ramadan semua.
Banyakkan baca Quran. Ayat-ayat lazim cuba hafal. Surah Ad-dhuha ke bawah. Taraweh paling kurang 8 rakaat. Witir 3 rakaat. Pahala berganda di bulan Ramadan. Rugi besar kalau promosi Ramadan yang Allah offer kita buat donnno je.

Insyaallah kta gantung baju melayu pulok. Pakak royak ko adik kakak belako deh.

Mahizan Mahmud
Wan Normunirah Wan Mahmud
Atiey Yatt
Afiq Md Bahari
Bumisepi

29/03/2024

Pun begitu, jgn lupa service kereta sebelum balik Raya.

Salam Ramadan.

KUALA KRAI: Sekumpulan anak muda dari Skuad Perantau di sini menawarkan perkhidmatan trak tunda percuma kepada anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya di negeri ini.

Perkhidmatan percuma tersebut akan diberikan selama dua hari sehingga ke pagi raya melibatkan sembilan buah trak tunda bermula dari Kuala Krai ke Kota Bharu.

Pengerusi Skuad Perantau, Mohd Zafran Yasoa, 43, berkata, idea itu terhasil apabila mereka melihat keperitan anak-anak perantau yang ingin pulang beraya.

"Awal tahun ini selain persiapan hari raya, kita juga perlu menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

"Kami cuba ringankan beban mereka dengan menawarkan trak tunda percuma jika berlaku kerosakan kenderaan semasa pulang beraya nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Guchil, di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, kos trak tunda biasanya mencecah RM450 hingga RM500 sekali perkhidmatan.

Ujarnya, jika musim perayaan kos tersebut boleh mencecah sehingga RM900 kerana faktor kesesakan lalu lintas.

Mohd Zafran yang dikenali sebagai Zeck Zoro, sebelum ini pada 2019 beliau pernah berbuat demikian secara individu.

Tambahnya, kali ini beliau bersama rakan-rakan trak tunda yang berusia 20 hingga 45 tahun bergabung untuk melakukan kerja amal tersebut.

"Hasrat kami ialah untuk memastikan perantau selamat sampai ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan hari raya bersama keluarga.

"Khidmat percuma ini akan bermula di Sungai Sam sehinggalah ke Kota Bharu," katanya.

Sumber: Sinar Harian

11/03/2024

Salam Ramadan 2024.

Stok baru akan sampai di Selising Kelantan sempena Hari Raya.
InsyaAllah.

11/03/2024

Selamat berpuasa Ramadan 2024.

11/03/2024

Ramadan
al Mubarak 1445H

Photos from YAWMA Bundle RM1's post 29/02/2024

8/2/2024.

Sumbangan YAWMA BUNDLE RM 1 kepada pelajar asnaf SK Kg Berangan, Selising, Kelantan.

Sumbangan sebanyak RM 1000 ini adalah hasil dari jualan baju terpakai RM 1 sehelai di kedai YAWMA Bundle Selising, ditop-up oleh penderma individu.

Sumbangan disampaikan oleh Cikgu Baharudin, bekas Penolong Kanan sekolah tersebut.

Terimakasih kepada semua penduduk Selising yang menyokong bisnes ini. Setiap ringgit belian anda, sebahagian pergi kepada asnaf.

MEMBELI SAMBIL MENDERMA.

SK Kampong Berangan Selising
Wan Normunirah Wan Mahmud
Mahizan Mahmud

Photos from YAWMA Bundle RM1's post 29/02/2024

29/2/2024.

Stok baru sampai dari Lembah Klang ke Selising, Kelantan.

Mulai digantung hari ini.

Harga masih RM1 sehelai.
Siapa cepat dia dapat.

Mahizan Mahmud
Wan Normunirah Wan Mahmud

11/12/2023

Sentiasa berwaspada dengan scammers.

Jangan biarkan diri kita terpedaya dengan tipu helah mereka.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

Photos from YAWMA Bundle RM1's post 11/12/2023

KASUT NIKE PINK UNTUK DIJUAL

Tapak molek dok jejah
Tali kasut tak dok. 😔 😔
Nike pink utk girl

Harga RM 1 sahaja. No kidding.

Dan lain2 barang spt dlm gambar. Siapa cepat dia dapat.
Siapa lambat berguling dpn kedai. 😭😭😭

10/12/2023
10/12/2023

Orang miskin yg baik mudah jumpa.
Org kaya yg baik masih ramai lagi. Cuma jarang jumpa.

10/12/2023

TV LED rosak di selising?
Contact no ini.
Kedai terletak jalan besar di Selising, Kelantan.

Photos from YAWMA Bundle RM1's post 09/12/2023

KASUT RM 1 SEPASANG DI SELISING KELANTAN.

InsyaAllah akan digantung sampai laku mulai hari ini di YAWMA BUNDLE SELISING.

Stok baru sampai dari KL.

Semua barang RM1 per pc.

Siapa cepat dia dapat.
Siapa lambat dia boleh guling golek depan kedai.

Mahizan Mahmud
Wannor CARE
Afiq Md Bahari
Wan Normunirah Wan Mahmud

Photos from YAWMA Bundle RM1's post 17/07/2023

SUMBANGAN YAWMA BUNDLE KEPADA KOMUNITI ASNAF DI SELISING KELANTAN

Kami kembalikan sebahagian pendapatan kedai kami kepada golongan yg memerlukan bantuan di sekitar Selising, Kelantan.

Setiap RM 1 yang anda bayar untuk beli sehelai pakaian di kedai ini sebahagiannya akan disedekahkan kpd asnaf. Inilah polisi operasi kedai ini sejak penubuhan hari pertama lagi.

Sebenarnya ini adalah sedekah dari ANDA SEMUA, pembeli-pembeli di YAWMA BUNDLE RM1.
Lagi banyak anda membeli di sini lagi banyak sedekah kita boleh beri. Insya Allah saham akhirat kita akan bertambah dg syarat niat kita betul.

Harga kita masih lagi RM 1 setiap baju atau seluar.
Konsep kedai kita layan diri. Pilih dan masuk duit ke dalam tabung yg disediakan di depan kedai.

Terima kasih Encik Nazlan dan Puan Nadia, Hj Baha dan Hjh Munirah yg sudi menyampaikan sumbangan bagi pihak YAWMA Bundle RM1.

Mahizan Mahmud

28/06/2023

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1444H.
Semoga korban kita diterima Allah.

Photos from YAWMA Bundle RM1's post 23/06/2023

BEG TANGAN YSL INI HANYA RM 1 !!!

No kidding.
Hanya RM 1 di YAWMA BUNDLE.
Lokasi kami Depan SKBJ Selising, Kelantan, sebelah Orlin Kosmetik.

Tak percaya RM1?
Jangan datang.

Photos from YAWMA Bundle RM1's post 22/06/2023

SELUAR JEAN SAIZ 38.
MADE IN ITALY.

Hanya di YAWMA BUNDLE SELISING, KELANTAN.
Jalan Bukit Merbau dpn SK Bukit Jawa.

Hanya RM 1 sehelai.
Tak kira saiz.
Layan diri.
Masuk duit dalam tabung yg disediakan.
Bayar sekarang atau di Padang Mahshar.

Photos from YAWMA Bundle RM1's post 16/06/2023

PERHATIAN WARGA SELISING KELANTAN !!!

AKAN MUNCUL DI SELISING PADA 22 JUN 2023.

HARGA MASIH SAMA WALAUPUN RINGGIT MENJUNAM.

RM 1 SEHELAI !!!

Mahizan Mahmud
Wannor CARE

16/06/2023

*"HARI PENGUMPULAN PAKAIAN TERPAKAI"* akan KEMBALI LAGI seperti ketetapan berikut ;

▪️Tarikh : 17-18 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)
▪️Masa : 10.00pg hingga 5.00ptg
▪️Lokasi : Laluan Masuk Guard House Taman Melati (MASTIKA), Jalan Taman Melati 1, Setapak, 53100 Kuala Lumpur

📍Klik link & gunakan Google Maps untuk ke lokasi program : https://goo.gl/maps/jDUmwnvTJb4bSPb86

Kami terima semua item seperti di bawah:-

1. Semua jenis barangan berasaskan fabrik, semua jenis pakaian, baju, seluar, cadar, selimut, comforter, pillowcase, kasut, langsir. tuala dan sebagainya

2. Semua jenis barangan kulit, tali pinggang, kasut, handbag, beg sekolah dan sebagainya

3. Kami terima yang MASIH ELOK DAN TAK ELOK

4. Harap maklum barangan perabot/kaca/elektrik/buku tidak diterima

🔵 Mohon bantuan anda untuk masukkan setiap sumbangan pakaian terpakai ke dalam kotak/plastik dengan baik serta kemas.

☎️ Maklumat lanjut, sila WhatsApp sahaja kepada :
En Johari : www.wasap.my/60192862825/PakaianTerpakaiTmnMelati
Pn Petimah : www.wasap.my/60123956710/PakaianTerpakaiTmnMelati
Pn Norizan : www.wasap.my/60192122060/PakaianTerpakaiTmnMelati

Hasil dana daripada pengumpulan pakaian terpakai ini akan disalurkan kepada Golongan Asnaf dan Aktiviti Persatuan Penduduk Taman Melati (MASTIKA)

Mahizan Mahmud

Want your business to be the top-listed Shop in Pasir Puteh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00