Kebun Kelapa Chaq In
local food serving
Minggu ni Kebun Kelapa Chaq In amat berbesar hati menerima kunjungan Pak Hassan dan Mak Biah. Ayahanda dan bonda tercinta Ustaz Shauqi Hassan, mutawif Rarecation Travel. Serta anak2 dan isteri ustaz.
Seronok maktok dapat berjumpa dengan famili ustaz. Last maktok jumpak ustaz sekitar 4 tahun lalu semasa maktok mengerjakan umrah Di Mekah.
Mak Biah p**a teserempak dengan kawan lama nya yang juga pelanggan KKCI. Rezeki yang tak disangka-sangka.
Pak Hassan yang seronok dapat menternak haiwan bila berada di kebun rpwp Lenggeng teruja bila dapat tahu Chaq in juga mempunyai minat yang sama.
Semoga ukhwah yang terbina berkekalan hendaknya hingga ke Jannah.
Syukur ya Allah.
Sebenarnya port kami adalah tempat family gathering.
Anak & cucu balik kampung, bawa mak dan ayah santai- santai waktu petang bawah pokok kelapa, sambil layan minum petang.
It's not only about food. It's a place where we create family bond stronger and nice moments among family members.
Buat anak-anak kecil tempat ini adalah tempat mereka berinspirasi dan menggerakkan motor kasar dan moto halus..
Port santai minum petang..
Laksa
Pek nga
Cucoq udang
Pulut panggang
Mee goreng
Dan mcm2 lagi...
Layan pondok pondok bawah pokok kelapa.
Ada permintaan tempoh hari untuk adakan tapak khemah kat sini.
Kita test try dulu.. cam ok jer ni.
"Tuan puan boleh bayangkan bangun tidur layan view sawah padi sambil layan kopi panas tepi bendang.. surrr"
Yang pasti satu pengalam berbeza..
Port ni ada bilik air, dan surau. Port makan buka weekend jer.
Malam nye nak BBQ ikan fresh boleh beli siap-siap dari pasar bisik Kuala Muda. Ikan fresh terus dari nelayan.
Nak best booking tempat ni time padi menguijau dan mula menguning. View lagi cantik...Biasanya time ni selalu penuh.
Hanya di sini.. Sambil menjamu selera sambil mengimbau kenangan zaman Kanak2...
Sahabat Honda Penaga memeriahkan suasana petang ni.. Terima kasih semua
Assalamualaikum..
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Penaga dan di seluruh Malaysia.
Semoga setiap usaha dan pengorbanan kalian mendapat ganjaran yang baik serta ditinggikan darjat disisi Allah SWT.
Salam Aidiladha, Maaf Zahir & Batin.
Pst: sempena Hari Raya Aidiladha, Kebun Kelapa Chaq In menangguhkan operasi mminggu ini (1-2july2023)
Jumpa di minggu depan ya. 🥰🥰🥰
Infaq ramadhan diteruskan, harini kita berkongsi rezki bersama pelajar dan tenaga pengajar di Maahad Taujih Kg Kota Aur.. Terima kasih kpda penyumbang utk hari ini..
Seperti kelaziman setiap tahun, team dapor maktok Kebun Kelapa Chaq In akan berkongsi rezki utk juadah anak2 tahfiz, anak2 yatim, masjid/surau dsbnya. Kami juga membuka peluang utk sesiapa juga yg ingin membeli slot utk disumbangkan juadah ini mengikut pada siapa yg ingin disampaikan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi atau klik link dibawah. Hari ini dua destinasi disumbangkan Iaitu di Maahad Tahfiz dan pondok Muhajirin. Terima kasih kepada penyumbang untuk hari ini. https://wa.me/60182357597
Team Dapur maktok Kebun Kelapa Chaq In mengucapkan selamat menjalani Ibadah puasa kepada semua pelanggan dan seluruh keluarga besar kami.
Semoga segala amalan diterima Allah SWT, diberikan keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian.
Ramadhan Kareem.. 🥰
Testing.. testing... Pizza Hot Pot
Ini rare, hand made pizza by in house chef. Harini test pizza di dapur maktok,
Guna pasu reject RM15 kita convert jadi oven, pizza pun ada smokey smell sbb guna sabut dan tempurung kelapa sebagai bahan bakar utama.
Allhamdullilah pizza express menjadi rebutan ramai.
Next menu di Warung ?
Alhamdulillah, ramai pelanggan harini yang singgah Dapur Maktok, Kebun Kelapa Chaq In..
Rupanya ramai lagi yang tak tau kewujudan warung dalam kebun Nyoq ni.
Waktu Operasi:
Sabtu & Ahad
3.00pm-7.00pm
Lokasi: Permatang Rawa, Penaga
https://maps.app.goo.gl/1hzunk4bdbggwyKMA
Jemput singgah semua ✌️ Insyaallah menu semua sedap- sedap belaka 👌
Meriah dgn team dari Sg Petani Kedah.. isu semasa kaum bapa pakat kena marah sehari dua ni..🤣
Dapur Maktok beroperasi seperti biasa harini..
Support anak-anak belajar beniaga.
Bagi pendedahan kepada mereka bagaimana utk planning memulakan dan menguruskan perniagaan.
Pengurusan kewangan by cikjah.
Ada aiskrim coklat, strawberry dan vanilla berharga rm1 utk satu scoop.
Untuk toping tambahan lima kupang. Ada topping oreo dan topping strawberry roll.
Jemput datang menikmati aiskrim dikedai aiskrim tersedap Team Dapur Maktok 🥰
Untuk makluman kepada pelanggan yg dihormati.. pada tarikh 3 Dan 4 Dec (sabtu &ahad) Dapur Maktok tutup ye.. ini disebabkan dijangka bekalan air dikawasan ini terjejas Selama dua hari mengikut notis yg PBA keluarkan.. sebarang kesulitan amatlah dikesali..
Maaf semua, pada 3/12 (sabtu) & 4/12 (ahad), kami terpaksa tutup kedai na.
Harap maklum.
Untuk makluman kepada pelanggan yg dihormati.. pada tarikh 3 Dan 4 Dec (sabtu &ahad) Dapur Maktok tutup ye.. ini disebabkan dijangka bekalan air dikawasan ini terjejas Selama dua hari mengikut notis yg PBA keluarkan.. sebarang kesulitan amatlah dikesali..
Terima kasih YB Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican Menteri KPKT yg singgan santai bersama pengunjung di Team Dapur Maktok at Kebun Kelapa Chaq in..
Team dapur maktok dah guna POS system.
Setiap permasalahan yang wujud semasa operasi kami jadikan sebagai satu cabaran untuk penambah baikan
“When problems raise it’s an opportunity to growth”.
Semalam hari pertama kami guna system POS ini. System ini mampu membantu dari sudut
1. Sistem order yang sistematik
2. Tambahan order bila customer decide nak tambah oder
3. Dapur dapat menyediakan makanan mengikut keutamaan. Setiap oder ada “time tracking” lebih 4min sistem akan alert dapur- target kami untuk pastikan pelanggan tidak menunggu lama.
4. Mana yang tambah order maka mereka tidak boleh potong que dan ini dapat memastikan pelanggan lain terima makanan mengikut keutamaan
5. Bila sudah ada POS maka dari segi bayaran juga lebih mudah dan tepat yang mana mengurangkan risiko tersalah kira kepada pelanggan.
6. Sistem ini juga di lengkapi inventori bagi memastikan oder yang di terima masih ada lagi stok.
Walaubagaimanapun tiada yang sempurna, sistem ini masih perlu penambahbaikan. Begitu jug kami yang masih bertatih
Insyallah janji kami kepuasan pelanggan itu keutamaan kami.
Terima kasih kepada para pelanggan Kebun Kelapa Chaq In yang sentiasa memberi kami cabaran untuk terus maju kehadapan.
Tanpa anda tiada lah kami dan tiadalah Pulut Udang Maktok..
Terima kasih pada semua dan teruskan lah sokongam anda kepada kami untuk terus membantu ekonomi setempat seperti mana wawasan kami untuk menjadi teras kepada pembangunan ekonomi setempat terutamanya warga kampung Permatang Rawa.
Menerima tempahan utk mkn tghhr buat rakan2 kelab livina dari Selatan tanahair (Johor)
Reunion irshadian 1995 merangkap sambutan hari lahir Puan Dayah Isa di Kebun Kelapa Chaq In.
Terima kasih 🥰 Semoga persahabatan kekal abadi.
Geng konvoi orang muda.. awai depa sampai tolong buka kedai😀😀
Terima kasih sudi singgah
Pulut udang maktok
Maktok sangat teliti dalam memilih nyiok (kelapa) untuk memasak pulut udang.
Yang betul2 tua sebagai santan untuk dimasak bersama pulut.
Yang kemantan (sedikit muda) bersabut putih mulus untuk diparut dan dibuat inti.
Maktok sanggup ke kebun kelapa semula mengait nyiok andai tiada yang kemantan untuk dibuat inti.
Walaupun kelapa parut tua telah tersedia dengan banyak didepan mata.
Persediaan pulut udang untuk hujung minggu ni.
Sekitar 300pcs maktok sediakan.
Jemput merasa air tangan maktok. 🥰
1st Day Operations.
Semoga Di permudahkan segala urusan dan hasrat Team Dapur Maktok.
Menu of the day
> Coconut Shake
> Air Kelapa
> Lai Chi Kang
> Mee Goreng
> Kuey Teow Goreng
> Rojak Buah
> Cucoq Udang
> Pulut Panggang
Pulut udang maktok..mmg marbeless.. dibuka utk tempahan.. 1pcs RM1.. klu order 10pcs RM 10 je..😄
Fasa 1 utk kerisik.. berminat bleh order..kerisik traditional from Pmtg Rawa Penaga..
Sekilo RM14
Sedia menerima tempahan utk sebarang majlis.
Roti jala jelita
Roti jala biasa
+ Kari ayam / kuah Manis
Sebarang pertanyaan sila klik link dibawah
https://wa.me/60193514481
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Website
Address
Permatang Rawa
Penaga
13110
Opening Hours
Saturday | 15:00 - 19:00 |
Sunday | 15:00 - 19:00 |
Penaga, 13100
GERAI AYAQ BANCUH BERHANTU Menjual Pelbagai Jenis Minuman Panas & Sejuk Menjual Aneka Makanan Tradisional & Moden Menjual Pelbagai Jenis Dessert Kami sedia menerima tempahan. Seb...
30, Lorong Penaga, Taman
Penaga, 13100
Bersedia menerima tempahan kek dan biskut mengikut citarasa pelanggan tempahan/order meliputi Kedah, Penang dan Utara Perak tanpa delivery charges