Guwas Koposizon - GKC
A non-formal TVET centre for youths interested in nature farming and entrepreneurship
A non-formal TVET centre for out-of-school youths interested to learn about nature farming and entrepreneurship. [since 2018]
Kepada semua follower GKC, jemput like dan follow ke page RASMI kami di Guwas Koposizon Centre - GKC untuk ikuti perkembangan pelajar kami dari semasa ke semasa.
Page ini akan kami tutup dan tidak digunakan lagi atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Sekali lagi kami ingin mohon maaf di atas kekurangan kami🙏🙏🙏🙏
Sila share kepada semua, terima kasih.
Pelajar menerangkan baja cecair kepada komuniti yang berminat membeli
“Orang Asal berhak untuk mengekalkan dan menguatkan perhubungan kerohanian yang tersendiri dengan tanah yang dimiliki secara tradisi”
Para pelajar berjaya menjual hasil tanaman mereka
“Orang Asal mempunyai hak untuk memastikan budaya dan sejarah terkandung dalam sistem pendidikan kebangsaan”
Pelajar berpeluang belajar berkaitan dengan biogas yang disampaikan oleh Tonibung dan sesi pengiraan (matematik) daripada cikgu Pauline
“Orang Asal berhak ke atas jati diri/identiti dan kepelbagaian budaya, tradsi, sejarah dan aspirasi mereka yang tercermin dengan tepat dalam maklumat pendidikan dan masyarakat”
Sesi volunteer daripada cikgu Debra dan cikgu Ethan. Mereka mengajar berbahasa English melalui nyanyian kreatif, membuat persembahan bahasa isyarat, mengajar cara menggunakan Powerpoint, Excel dan AI dan mereka juga mengajar pelajar membuat surat rasmi
“Orang Asal adalah bebas dan sama rata dengan manusia dan individu lain dan mempunyai hak untuk bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi”
Sesi Keberanian daripada Dr. Felix
Sesi motivasi berkaitan tabiat dan memilih keputusan serta memilih kawan yang berfikiran positif yang disampaikan oleh cikgu Jeanny
Pelajar berpeluang belajar bersama Cik Vallery cara membuat lilin dengan 2 cara. Pertama buat lilin dengan menggunakan minyak masak dan cara kedua dengan menggunakan soya
“Orang Asal berhak ke atas tanah, wilayah dan sumber-sumber yang telah dimiliki secara tradisional. Kita mesti mengiktirafkan dan mengesahkan hak ini secara rasmi”
Para pelajar GKC memberi perkongsian kepada para belia di Don Bosco Bundu Tuhan. Mereka telah menyampaikan perkongsian berkaitan dengan kepentingan pertanian secara mesra alam, keselamatan makanan dan menyatakan pekerjaan pertanian adalah satu kerja yang mulia dan boleh menjadi usahawan yang berjaya.
Para pelajar berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar ke pasar Kundasang (mempelajari cara mempamerkan jualan dan harga jualan) dan juga Aquaponic yang diusahakan oleh Encik Azizul (belajar menanam berasaskan aquaponic)
Perkongsian daripada Pelajar GKC Mohd Rizal cara memproses ikan masin yang dia pelajari dari keluarganya yang merupakan seorang usahawan. Ini adalah salah satu contoh Semangat berkongsi, semangat Orang Asal!
Selain menuntut ilmu di GKC, para pelajar juga menjalankan tugas harian mereka dengan menjaga kebersihan kawasan persekitaran belajar, penternakan dan juga tanaman.
Sesi kreativiti dalam merangka cerita melalui gambar yang disampaikan oleh Cikgu Jeanny. Dalam sesi ini, para pelajar memilih gambar sendiri dan membentuk kumpulan kecil. Setiap ahli dalam kumpulan menggabungkan gambar dan hasilkan sebuah cerita berbentuk kesedaran dan bermotivasi.
Sesi motivasi bersama Encik Freddy James berkaitan dengan komuniti
Sesi belajar membuat sabun bunga telang, baja dan peracun serangga
Belia Orang Asal, Petani Masa Depan (Indigenous Youths, Farmers of the Future) Mari kita sama-sama dengarkan pandangan 3 orang belia wakil dari Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia dengan persoalan yang sangat penting iaitu berk...
“Keselamatan Makanan Orang Asal” (Indigenous Peoples Food Security) Dalam video "Keselamatan Makanan Orang Asal," pelajar School of Experiential and Entrepreneurship Development (SEEDS) telah menemu ramah Betroychiper. Beliau...
Pelajar GKC menjadi pelatih selama 3 hari, mereka memberi pendedahan kepada Pembangun Masyarakat (CO) daripada Perak berkaitan dengan pengertian alam dalam pertanian. Pada masa yang sama, 3 orang pelawat dari Thailand dan Bangladesh turut mengikuti sesi mereka.
Istimewa untuk penggiat industri kreatif di Sabah.
Anda mahu atau baharu menjalankan perniagaan dalam bidang industri kandungan kreatif?
Tahukah anda, sebahagian besar syarikat produksi tidak mampu bertahan dalam tempoh 5 tahun pertama.
Apa yang anda boleh lakukan adalah melengkapkan diri dengan ilmu; bukan sahaja untuk survival perniagaan - tetapi juga tadbir urus bagi pembangunan perniagaan.
Jadi, jom sertai program Inkubator Penerbit Muda Sabah!
Terhad kepada 20 orang peserta dari Sabah yang berminat dengan perniagaan kandungan kreatif.
Inkubator selama 10 hari secara PERCUMA ini akan melengkapkan diri anda untuk membangunkan produksi anda.
Scan QR Code untuk mendaftar atau hubungi 016-3747207 untuk pertanyaan lanjut.
Jom sertai ‼️
*JELAJAH 5 - BISNIS ORANG MUDA*
🔰Aktiviti: *Jelajah Bisnis Orang Muda*
🗓️ Tarikh: *14 Oct 2023*
🏠 Tempat: *Dewan Kg. Tiong Karanaan, Tamparuli*
🕐 Masa : *9.00 pagi - 4.00 petang*
👩🧑 *Mencari peserta belia yang berumur 18-34 tahun*
Impact Malaysia ialah satu inisiatif sosial impak di bawah Impact Integrated yang merupakan sebuah agensi di bawah kementerian Belia dan Sukan (KBS). Impact Malaysia memperkasakan belia untuk membuat perubahan sosial dan keusahawanan melalui pelbagai program kapasiti, dana projek impak sosial, kerjasama dan komunikasi strategik.
Di bawah sokongan Yayasan Petronas dan kerjasama strategik bersama PACOS Trust, Program Bisnes Orang Muda akan dijalankan untuk membantu dan membina daya tahan usahawan muda .
Bengkel adalah PERCUMA dan sijil penyertaan akan disediakan untuk peserta yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila berhubung:
Jhericca - 013 850 7975
Mojelle - 013 574 6049
Anjelen - 019 538 5917
KK Kg. Tiong Karanaan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the university
Website
Address
GK Centre, Kg. Lomunu Courage Farm
Penampang
Sabah Animation Creative Content Centre ( SAC3), Windrose Square Jalan Pintas Penampang
Penampang, 88300
SAC3 official page. Malaysia's First Talent Incubator. Another initiative project under SDC