Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia, the nation's second university, and the only Malaysian higher education institution accorded the APEX status.

A purpose Driven University

The two most important days in your life are the day you were born and the day you find out why. Being the only University with an APEX status, Universiti Sains Malaysia will help you discover the answer to your ‘why’ and help you to shape it into something meaningful : such as the kind of purpose that drives our academics who are listed in ‘The World's Most Influentia

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 01/11/2024

ACADEMIA FIESTA@USM 2024: SEMARAKKAN INOVASI DAN RAIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

USM PULAU PINANG, 29 Oktober 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut meriah Academia Fiesta@USM 2024 bertemakan “Building Networks of EduChamps”, yang dianjurkan bersempena Bulan Akademia Kebangsaan, sebagai inisiatif memperkukuhkan inovasi akademik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya dalam era digital dan globalisasi ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menekankan kepentingan menggalakkan inovasi dan kreativiti serta fokus kepada reka bentuk dan pengembangan bahan PdP yang relevan dengan keperluan semasa.

“Academia Fiesta bukan sekadar platform untuk berkongsi amalan terbaik, malah juga memainkan peranan penting dalam mengenal pasti produk dan inovasi PdP yang berpotensi untuk diketengahkan bukan sahaja di USM, tetapi juga di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," ujar Abdul Rahman di majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan Universiti pagi ini.

Menyoroti impak inisiatif itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat turut memperkenalkan dua produk baharu USM, iaitu Pusat APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) dan Quality Verification Centre (QVC), yang dijangka dapat memperkukuh reputasi universiti walaupun kedua-dua inisiatif ini masih dalam fasa awal penubuhan.

“Pusat APEL akan memainkan peranan penting dalam memberi pengiktirafan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman, manakala QVC atau Pusat Pengesahan Kualiti bakal menjadi peneraju dalam memastikan kualiti pembelajaran secara maya, terutama dalam urusan pemindahan kredit," ujar Narimah.

Academia Fiesta@USM 2024 juga menampilkan empat kategori utama: EduChamp Challenge, Produk Inovasi, Massive Open Online Course (MOOC) Challenge, dan Micro-Credential Challenge, masing-masing menonjolkan aspek kreatif dan inovatif dalam PdP yang dikembangkan oleh staf dan pelajar USM.

Sebagai penceramah jemputan khas sesi “Future-Ready Academia”, Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail menekankan pentingnya inovasi dalam pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan keperluan abad ke-21 serta mengatasi jurang antara generasi agar dapat maju selari dengan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI).

"Saya ingin menegaskan betapa pentingnya kita bekerjasama untuk membentuk ekosistem akademik kondusif yang menyokong aspirasi pelajar dan pendidik.

"Kita perlu memberi tumpuan kepada peningkatan kaedah pembelajaran, pengukuhan kualiti pendidikan, dan pembangunan kemahiran yang relevan bagi menghadapi cabaran masa depan, termasuk dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat,” kata Asma.

Majlis itu turut menjadi platform untuk mempamerkan usaha Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) melalui Pelan Strategik CDAE 5.0 yang menekankan transformasi PdP berpusatkan pelajar (SCL), integrasi teknologi, pembelajaran sepanjang hayat, dan penghasilan Kursus Terbuka Global, selari dengan visi USM untuk memimpin dalam bidang pendidikan dan teknologi.

Academia Fiesta bukan sahaja meraikan para pemenang, malah memberikan peluang untuk melihat komitmen USM dalam memperkukuhkan inovasi dalam pendidikan tinggi.

Turut hadir ialah Pengarah CDAE, Profesor Madya Dr. Muhamad Saiful Bahri Yusoff; barisan exco CDAE, juri dan ahli jawatankuasa Academia Fiesta, serta pegawai-pegawai utama universiti.

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 31/10/2024

MAJLIS PENARAFAN PEJABAT HIJAU USM MEMACU AGENDA KELESTARIAN KAMPUS

USM PULAU PINANG, 30 Oktober 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuhkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar melalui Majlis Penarafan Pejabat Hijau/Desasiswa Hijau USM 2024 yang diadakan buat julung kalinya di Dewan Budaya, hari ini.

Program tersebut menampilkan pelbagai inisiatif hijau yang digerakkan oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM dengan kerjasama Kampus Sejahtera USM.

Dalam ucapan perasmiannya, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menekankan kepentingan penyelesaian lestari dalam setiap aspek operasi universiti.

“Program Pejabat Hijau ini adalah satu langkah penting dalam memastikan seluruh komuniti USM mendalami dan mengaplikasikan agenda kelestarian sebagai budaya kampus.

“Sungguh membanggakan melihat komitmen luar biasa Pusat-pusat Tanggungjawab (PTJ) di USM dalam usaha mencapai penarafan 5 Daun, simbol kecemerlangan kelestarian,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Profesor Dr. Azlan Amran, yang menegaskan kepentingan inisiatif ini dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sisa dan pemantauan amalan hijau di kampus.

“Pelancaran aplikasi GreenPulse USM sebagai platform yang memudahkan pemantauan serta penyelarasan aktiviti hijau di seluruh PTJ dan kafe di USM, akan menjadikan kampus lebih lestari,” ujar Azlan.

Di samping itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara USM dan ADA Biotech Sdn. Bhd., yang merintis kerjasama strategik dalam bidang pengurusan sisa dan teknologi hijau, termasuk cadangan memperkenalkan penyedut minuman lestari berasaskan beras yang dijangka mengurangkan sisa plastik di kampus.

Kerjasama yang terjalin itu merupakan sinergi antara akademik dan industri dalam usaha bersama memajukan kampus lestari.

Majlis tersebut turut menyaksikan pengumuman pemenang bagi Program Penarafan Pejabat Hijau, yang mana tiga tempat teratas dan 10 hadiah saguhati telah diberikan kepada PTJ yang menunjukkan komitmen cemerlang dalam usaha kelestarian.

Pemenang:

Tempat Pertama: Pusat Sejahtera (Hadiah: RM3,000)
Tempat Kedua: Pusat Pengajian Pengurusan (Hadiah: RM2,000)
Tempat Ketiga: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (Hadiah: RM1,000)

Hadiah Saguhati (RM500 setiap satu):

- Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Kampus Induk
- Pejabat Naib Canselor
- Pusat Pengajian Sains Farmasi
- Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan
- Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Kampus Induk
- Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (UKKP), Kampus Induk
- Perpustakaan (Kampus Kejuruteraan)
- Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik
- Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC)
- Unit Pemakanan & Dietetik, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

Yang turut hadir adalah Pengasas ADA Biotech, Ts. Muhammad Akmal Amir; Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan ADA Biotech, Ma Xin Wen; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A Wahab, FASc.; Penyelaras Unit Kelestarian Kampus USM, Dr. Normaliza Abdul Manaf; juruaudit, serta pegawai-pegawai utama universiti dan wakil ADA Biotech.

30/10/2024

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh warga USM.

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 28/10/2024

Buat para graduan Upacara Konvokesyen ke-62, sila ambil maklum berkenaan hari dan waktu bagi pengambilan pakaian akademik dan dua (2) kad jemputan tetamu untuk ahli keluarga anda ya. Ada beberapa perkara yang perlu anda lengkapkan semasa hari pengambilan pakaian akademik dan kad di foyer DTSP. Gambarajah di bawah adalah sebagai panduan untuk rujukan dan kemudahan anda. 😊

Tak ambil kad jemputan, tak dapatlah ahli keluarga masuk ke Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) yang penuh bermakna ini untuk meraikan hari kejayaan anda. 😁😁

Maklumat lanjut sebagai panduan buat graduan sila layari https://convo.usm.my/index.php/ms/

Tahniah dari USM! anda sememangnya H.E.B.A.T.

28/10/2024

[LANGSUNG] Forum Ilmuwan Malaysia MADANI KPT Siri 2: Sektor Tenaga Pemangkin Pertumbuhan Sosioekonomi yang Mampan Dan Inklusif

Anwar Ibrahim
Zambry Abd. Kadir
Mustapha Sakmud
Dr. Zaini Ujang

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 28/10/2024

SEJIWA USM 2024: BASMI STIGMA NEGATIF PENYAKIT MENTAL

USM PULAU PINANG, 25 Oktober 2O24 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program Seni Ekspresif Jiwa (SEJiwa) dan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat USM buat kali kedua setelah program tersebut menerima sambutan yang memberangsangkan pada tahun lalu.

Bertemakan Kesedaran Kesejahteraan Mental, SEJiwa 2024 merupakan salah satu inisiatif USM untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman dan sokongan terhadap kesihatan mental dalam kalangan warga Universiti dan sekitarnya.

Program tersebut telah menyediakan satu platform, yang mana isu-isu berkaitan kesihatan mental dapat dibicarakan secara terbuka dalam usaha membasmi stigma negatif terhadap penyakit mental.

Majlis yang dilangsungkan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM, Noor Hayati Mohammad.

Dalam ucapan beliau, Hayati merakamkan penghargaannya kepada pihak penganjur SEJiwa USM 2024 atas inisiatif dan dedikasi dalam meningkatkan kesedaran dalam menjaga dan memelihara kesihatan mental.

“USM memandang serius akan isu ini dan mengorak langkah dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti perkembangan, pemulihan dan pencegahan kepada warga staf dan pelajar bagi membendung isu ini dari terus meningkat,” tambahnya.

Beliau turut mengajak warga Universiti untuk menunjukkan sikap empati dan terbuka dalam berbicara isu-isu kesihatan mental supaya stigma yang menjadi duri dalam daging dan pembunuh dalam senyap ini dapat dibasmi.

“Kita perlu berani untuk berbicara, berani untuk mendengar, dan yang paling penting sekali, berani untuk memberi sokongan kepada satu sama lain,” ujar Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia (BSM) USM merangkap Pengarah Program SEJiwa 2024, Mohamad Shafieq Ishak dalam majlis yang sama.

SEJiwa 2024 telah menganjurkan tiga kategori pertandingan sepanjang bulan Oktober iaitu SEJiwa Voice (Nyanyian), Seni Lukisan; dan Poster Digital. Penyertaan bagi ketiga-tiga pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori, staf dan pelajar.

Kata Shafieq lagi, pertandingan ini bukan sahaja bertujuan untuk menonjolkan bakat lukisan atau nyanyian tetapi ia juga adalah satu pentas bagi mengekspresikan cerita dan pengalaman mereka dengan selamat.

Seiring dengan sambutan bulan kaunseling tahun ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan.

Unit Perhubungan Staf, BSM telah mengadakan program seperti Podcast Kaunselor HR, Wacana Antarabangsa Kaunseling dan Kesejahteraan Psikologi (WaKEP), serta Pentas Pidato Kesejahteraan Mental (PENTAL) Peringkat IPT.

Sementara itu, di peringkat pelajar p**a, Unit Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM telah aktif menjalankan program-program seperti UK Outreach, Webinar LGBT: “Cinta Tanpa Fitrah… Jauhi Nikmat Yang Membarah”, UK Open Night, Bengkel Pengurusan Stres, dan yang terbaru adalah diskusi santai “LETOP” - Lepak Teh O Panas.

Malam SEJiwa dan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat USM tersebut merupakan acara kemuncak sambutan bulan kaunseling dan telah dimeriahkan dengan aktiviti pameran penaja, pameran poster kesedaran kesejahteraan mental, persembahan puisi kesihatan mental, pertandingan akhir SEJiwa Voice, kuiz kesihatan mental, dan persembahan istimewa artis jemputan.

24/10/2024

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) atas pengurniaan pelantikan sebagai Profesor Diraja Terpuji oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 23 Oktober 2024.

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 24/10/2024

USM TERIMA SUMBANGAN ZAKAT TABUNG HAJI TERTINGGI BAGI TAHUN KETIGA (2024)

USM PULAU PINANG, 24 Oktober 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menerima sumbangan zakat korporat daripada Lembaga Tabung Haji (TH) Pulau Pinang bernilai RM800,000 yang merupakan antara tertinggi buat tahun ketiga.

Sumbangan ini menjadi tanggungjawab buat USM untuk disalurkan kepada asnaf yang berhak dan memerlukan dalam kalangan warga USM mahupun komuniti setempat.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, ketika menerima simbolik mock cek dari Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Utara, Dato’ Haji Mohammad Mokhzani Mukhtar, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan buat Lembaga Tabung Haji atas kepercayaan yang diberikan bagi mengelola sumbangan tersebut untuk edaran buat asnaf memerlukan.

“Terima kasih kepada Tabung Haji yang membantu USM dalam menyalurkan sumbangan zakat untuk diedarkan kepada asnaf-asnaf yang dikenal pasti di USM,” kata beliau dalam Majlis Sumbangan Program Iqra’ Tabung Haji IPTA 2024 yang diadakan di Dewan Muzakarah, Pusat Islam USM hari ini.

Pada masa yang sama, Abdul Rahman dalam ucapannya turut menekankan kepentingan pendidikan dalam mengubah kehidupan para pelajar yang menduduki pengajian di USM termasuk juga kehidupan keluarga mereka.

“Saya amat mengharapkan para pelajar yang dikenalpasti sebagai kategori B40 atau asnaf ini untuk mengambil peluang yang ada dengan kemudahan yang disediakan USM termasuklah bantuan yang diberikan untuk mengubah landskap kehidupan keluarga anda selepas anda tamat di USM kelak,” kata beliau.

Tambah Abdul Rahman, USM, melalui Pusat Islam, sentiasa prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi oleh para pelajar, khususnya membabitkan hal kewangan.

“Oleh itu saya berharap wang sumbangan zakat ini dapat meringankan beban kewangan mereka dan memberi keselesaan kepada pelajar untuk terus meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di USM sehingga tamat,” ujarnya.

Dengan sumbangan berjumlah RM600,000 pada tahun 2022 dan RM500,000 pada tahun 2023 daripada Lembaga Tabung Haji, USM telah dapat melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat besar kepada pelajar.

Di majlis yang sama, Naib Canselor sempat meluangkan masa menyampaikan kit keperluan asas buat pelajar-pelajar asnaf USM sebagai simbolik permulaan kepada sumbangan yang telah disalurkan oleh Lembaga Tabung Haji.

Program-program seperti pembukaan akaun Tabung Haji, bantuan makanan, dan insentif akademik telah berjaya meningkatkan kesejahteraan, dan motivasi pelajar.

Seiring dengan usaha Lembaga Tabung Haji untuk memperluaskan keahliannya, Pusat Islam USM telah berjaya mendaftarkan seramai 1,364 orang pada tahun 2022 dan 1,321 orang pada tahun 2023. Kesemua pendeposit baru ini terdiri daripada kalangan Asnaf pelajar USM.

Turut hadir menyampaikan sumbangan adalah Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Utara, Dato’ Haji Mohammad Mokhzani Mukhtar; Pengarah Lembaga Tabung Haji Cawangan Pulau Pinang, Hajjah Maznizan Mamat; Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Osman; Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Zayd Zhari; serta pegawai-pegawai utama USM dan Tabung Haji.

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 22/10/2024

USM COLLABORATES WITH CIMA AND MBPP TO TEST AND DEVELOP GREEN CEMENT TECHNOLOGY FOR MARINE USE

PENANG, 18 October 2024 - The Universiti Sains Malaysia (USM) Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS) has entered a strategic partnership with Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) and Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) to promote the use of green solutions using eco-friendly marine concrete.

The exchange of a Memorandum of Understanding (MoU) between USM Vice-Chancellor, Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed and Acting Chief Executive Officer of CIMA, Khor Khai Nee was held during the event, and was witnessed by the Governor of Penang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak.

This collaboration will utilise the expertise of CIMA in green cement production together with CEMACS’s deep understanding of marine ecosystems to establish a Research Laboratory for Marine Green Concrete, which will focus on testing and developing green cement technologies for marine infrastructure.

The Director of CEMACS, Professor Dato’ Dr. Aileen Tan Shau Hwai remarked that the collaboration would be able to promote and accelerate the use of green solutions to Malaysia, especially in the state of Penang, innovate marine construction and materials on the path to carbon neutrality and create awareness on sustainable and green development among the public.

CIMA Chairman, Dato' Zaiviji Ismail said that this strategic collaboration will boost and support the Penang Green Agenda 2030, making Penang a leader in building a sustainable and climate resilient state in Malaysia.

Another key focus of this collaboration is the Middle Bank Marine Sanctuary, a crucial biodiversity hotspot off the coast of Penang.

Research which has been done by CEMACS for over 30 years has emphasized its importance for marine biodiversity, fisheries, and coastal defence.

The site had played a critical role in mitigating the impact of the 2004 tsunami on Penang’s coastline.

Today, it stands as a vital line of defence against climate change, helping to protect against rising sea levels and extreme weather conditions.

Also present at the event were Exco for Infrastructure, Transport and Digital, YB Tuan Zairil Khir Johari; Exco for Trade, Entrepreneurial Development and Rural Development, YB Dato Haji Rashidi Zinol, and Mayor of Penang Island City Council, Dato’ Ir. Rajendran Anthony.

22/10/2024

Jom kita meriahkan Malam Sejiwa!!

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 21/10/2024

Dapat dilihat suasana kampus kini semakin ceria ekoran pembukaan sesi akademik 2024/2025 yang melibatkan seramai lebih 13,000 pelajar USM.

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 21/10/2024

Universiti Sains Malaysia (USM), through its School of Biological Sciences, organized the 19th International Symposium on Biopolymers 2024 (ISBP 2024) under the theme “Towards Safe and Sustainable Biopolymers for Our Future,” in collaboration with the National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) and the Malaysian Bioeconomy Development Corporation (BEC), held at the Setia Spice Convention Center.

The event was officiated by the Minister of Science, Technology, and Innovation, YB Tuan Chang Lih Kang.

In his speech, he said, “I would like to acknowledge and celebrate the incredible work of scientists, researchers, and innovators at the forefront of biotechnology, particularly in biopolymer research, and I am immensely proud that Universiti Sains Malaysia (USM), as part of its APEX initiatives, continues to play a leading role in biopolymer research in Malaysia.”

The Deputy Vice-Chancellor Research & Innovation USM, Professor Dr. Habibah A Wahab representing the USM Vice-Chancellor, said, “I applaud the initiative of combining the trifecta of academia, industry, and policymakers to explore the complex challenges surrounding biopolymers and to drive forward innovation towards a more sustainable world, which is aligned with the values and goals of USM.”

The Chairman of the symposium, Prof. Dr. K. Sudesh Kumar remarked, “Biopolymers derived from renewable biological resources represent a significant advancement in our quest for sustainable solutions, serving as eco-friendly alternatives to synthetic polymers that are crucial for reducing our carbon footprint and advancing global sustainability agendas.”

The four-day symposium, which gathered 300 participants from 33 countries, including representatives from companies, agencies, and research institutes, served as an important platform for global collaboration and knowledge sharing on biopolymers.

18/10/2024

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Profesor Dr. Zainal Amin Ayub atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Gabenor Universiti.

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 15/10/2024

USM, USAINS GROUP RINTIS PROGRAM HIBRID: PELUANG PELAJAR B40 TEROKA JEPUN

PULAU PINANG, 14 Oktober 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama USAINS Group dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang melancarkan Program Hibrid Pendidikan & Pengalaman Antarabangsa (HEIEP) 2024, sebuah inisiatif yang menyasarkan pelajar komuniti B40 untuk merapatkan jurang pendidikan melalui kaedah pembelajaran hibrid dan peluang menjejakkan kaki ke Jepun untuk kali pertama.

Program tersebut memberikan peluang kepada 15 pelajar daripada beberapa buah sekolah terpilih di Pulau Pinang untuk berkunjung ke Setsunan University dan Keiko High School di Osaka, Jepun, sekali gus merasai pengalaman unik pembelajaran antarabangsa.

Inisiatif ini diilhamkan bagi memperkasa pelajar dari latar belakang yang kurang berkemampuan dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta meningkatkan kemahiran sosio-emosi mereka.

Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin menyambut baik kerjasama USM dan USAINS serta berharap program ini menjadi acara tahunan yang terus memperkasa pendidikan inklusif melalui amalan kelestarian.

"Saya berharap inisiatif ini menjadi acara tahunan dan menyeru pihak berkepentingan menyokong usaha pembiayaan kolektif kerana program ini sangat berharga sebagai pemangkin motivasi bagi pelajar, guru, dan pentadbir sekolah terpilih," ujar beliau.

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed p**a menekankan bahawa program ini bukan sahaja menyokong pendidikan STEM, tetapi juga memupuk semangat pelajar untuk meneruskan pendidikan tinggi dalam bidang sains dan teknologi.

Beliau menyifatkan pengalaman silang budaya sebagai elemen penting untuk menjadikan pelajar lebih berdaya saing di peringkat global.

Menurut Abdul Rahman lagi, “Melalui interaksi dengan rakan antarabangsa dan penyertaan dalam pertukaran budaya, pelajar akan memperoleh pengalaman lintas budaya yang penting, yang memberdayakan mereka menjadi warganegara global yang bertanggungjawab dan berinformasi serta bersedia untuk cemerlang dalam dunia yang semakin kompetitif.”

Sementara itu, Pengarah Urusan USAINS Group, Farid Wajidi Mat Yusoff berkata, HEIEP 2024 mencerminkan komitmen mereka untuk mendemokrasikan akses kepada pendidikan berkualiti.

“Kami berharap program ini dapat menyemarakkan semangat pembelajaran dan inovasi dalam kalangan pelajar yang kurang diwakili.

"Inisiatif inovatif ini dijangka merevolusikan pendidikan sekolah menengah rendah dengan menggabungkan kaedah pembelajaran hibrid bersama pengalaman antarabangsa yang mencabar,” tambahnya.

Salah seorang peserta, Arrissa dari SMK Dato’ Haji Hassan Noh, meluahkan keterujaannya untuk ke Jepun dan menaiki kapal terbang buat kali pertama, satu pengalaman yang tidak pernah dibayangkan sebelumnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada USM dan USAINS serta semua penaja kerana merealisasikan impian saya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, hari ini.

Seorang lagi pelajar, Suba dari SMK Air Hitam turut berkongsi rasa syukur.

"Berasal dari keluarga dengan ibu tunggal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, saya tak pernah bayangkan saya akan ke Jepun. Saya berjanji untuk membuat ibu saya bangga, belajar bersungguh-sungguh, dan berkongsi segala yang saya pelajari dengan semua rakan di sekolah saya bila saya p**ang ke tanah air nanti," katanya.

Dengan inisiatif ini, USM dan USAINS bukan sahaja memperkukuh peranan mereka dalam bidang pendidikan, tetapi juga membuka jalan untuk lebih banyak kerjasama antarabangsa yang memberi impak kepada masyarakat yang memerlukan.

Yang turut bersama di LTAPP untuk majlis pelepasan pelajar ke Jepun itu ialah Ketua Pendidikan merangkap Ketua Program HEIEP 2024, USAINS Holding Sdn. Bhd., Profesor Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail.

USAINS Holding Sdn. Bhd. adalah cabang korporat USM yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, perundingan dan inisiatif pendidikan.

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 13/10/2024

GEORGE TOWN, 13 Oktober 2024 - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) di Hotel Eastern & Oriental semalam, dengan dihadiri seramai 170 orang yang terdiri daripada 30 Pegawai, 70 Pegawai Muda, 80 Kadet Pembantu Junior dan 20 orang pasukan Tambo Batalion 2, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Turut hadir, YBhg Kolonel (Kehormat) Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor merangkap Komandan PALAPES USM bersama isteri, YBhg Datin Seri Roslina Ahmad Mohamed.

Beliau menegaskan dalam ucapannya kepada pegawai muda, “Jadilah seorang pemimpin yang disegani demi memartabatkan lagi usaha Angkatan Tentera Malaysia dalam menarik lebih ramai individu untuk menjadi sebahagian daripada anggota simpanan mahupun tetap.”

Pada masa yang sama, Leftenan Kolonel Tajul Hisham Mamat, Ketua Jurulatih PALAPES USM merangkap Yang Dipertua Majlis menggariskan dalam ucaptama beliau bahawa, “Majlis ini dilaksanakan bagi mengekalkan tradisi yang dipercayai telah bermula dari zaman Viking dan Roman Legion untuk meraihkan sesuatu kejayaan.”

“Majlis ini juga adalah wadah untuk Pegawai Muda belajar dan mengadaptasi ‘Table Manners’ yang terdiri daripada penganjuran majlis, susun atur meja dan peralatan.”

Turut sama hadir, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Aldrin Abdullah (Ahli Lembaga Gabenor USM), YBhg. Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); YBhg. Profesor Dr. Shahharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor (Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni); YBhg. Profesor Dr. Azlan Azman, Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat); dan YBhg. Leftenan Kolonel Ts.Dr. Shahrizal Nazri, Timbalan Komandan PALAPES USM.

Teks: Lt M Jamidah Sariman, Lt M Sabrina Mat Hassan Latfi

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 13/10/2024

USM PERJUANGKAN ISU MENTAL DI PENTAS PIDATO KESEJAHTERAAN MENTAL (PENTAL) 2024 – PIALA KP KPT

USM PULAU PINANG, 11 Oktober 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui inisiatif Unit Perhubungan Staf, Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Pentas Pidato Kesejahteraan Mental (PENTAL) USM 2024 Piala Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang julung kalinya diadakan di Dewan Budaya bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2024.

Objektif PENTAL adalah untuk memperkasakan kesedaran mengenai kesejahteraan mental melalui perbahasan isu-isu berkaitan kesejahteraan mental dan pengurusan emosi, serta sekaligus mempromosikan perkhidmatan perundingan dan bantuan psikososial yang disediakan di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, hadir bagi memberi sokongan penuh kepada penganjuran PENTAL di USM menyatakan kegembiraannya dengan penganjuran pertandingan pidato itu dan menzahirkan rasa bangga dapat menyumbang melalui Piala Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi sebagai penghargaan.

Azlinda menegaskan, “Kementerian Pendidikan Tinggi menyokong penuh usaha ini dalam memperkasakan kesedaran tentang kesejahteraan mental dalam kalangan staf institusi pengajian tinggi awam, swasta, serta agensi awam di seluruh Malaysia.”

“Usaha ini seiring dengan prinsip Kerajaan MADANI yang menekankan kemampanan, kepercayaan, rasa hormat, inovasi, dan keprihatinan yang berkait rapat dengan kesihatan mental,” ujar beliau lagi.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, dalam ucapannya p**a berkata, “USM komited menangani isu kesejahteraan mental dalam kalangan kakitangan dan pelajar melalui pelbagai usaha holistik yang sedang dilaksanakan, bagi memastikan kesejahteraan mental warga USM berada pada tahap terbaik."

Tambah beliau, “Pelbagai inisiatif seperti Siri Podcast Sembang Kaunselor HR, Program Minda Sejahtera (ProMiSe), Program INSPIRE, Wacana Antarabangsa (WaKEP International), serta Profiling Digital Kesihatan Psikologi (MyPsyD) diadakan bagi memenuhi agenda pihak universiti ke arah kesejahteraan bersama.”

PENTAL mempertaruhkan piala KP KPT sebagai piala kemenangan kepada juara pertandingan ini yang melibatkan sasaran peserta dalam kalangan staf IPT awam, swasta serta agensi awam di Malaysia.

Berikut adalah peserta PENTAL yang dinobatkan sebagai pemenang:

Johan: Mohammad Anas Roslan (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah)
Tajuk: Kesejahteraan Mental Tanggungjawab Bersama

Naib Johan: Mohd Norhafifi Zolkiaply (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Tajuk: Jangan Mati Rasa Itu

Tempat Ketiga: Dr. Ahmad Mustaqim Yusoff (Taylors University)
Tajuk: Kesejahteraan Mental: Kunci Kepada Kehidupan Yang Lebih Bahagia

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff; Pendaftar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Psikologi & Kaunseling Staf Universiti, Fazielah Mohamad; Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Hirman Awang@Semail; Pegawai Psikologi USM merangkap Pengarah Projek PENTAL 2024, Muhammad Firdaus Abu Mansor; serta barisan urus setia dan pegawai-pegawai utama universiti.

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 11/10/2024

Kehadiran 4,807 pelajar baharu ke Kampus Induk disambut baik sempena Majlis Sambutan Siswa Sidang Akademik 2024/2025 yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP).

Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menegaskan komitmen USM dalam menjaga kebajikan pelajar, terutama dari golongan B40, dengan pelbagai inisiatif bantuan yang disediakan seperti program Siswa SULUNG 3.0 dan Tabung Kebajikan Pelajar.

“Saya ingin mengingatkan anda semua agar terus cekal dalam perjalanan di universiti ini dan berusaha mengharumkan nama keluarga serta negara,” ujar Abdul Rahman.

Photos from USM Kampus Kejuruteraan's post 10/10/2024
10/10/2024

SYARAHAN UMUM PELANTIKAN PROFESOR PTPM 2024 | PROF. DR. WAN AHMAD JAAFAR WAN YAHAYA | PROF DR. IRFAN NAUFAL UMAR | 10 OKTOBER 2024

Photos from Universiti Sains Malaysia's post 10/10/2024

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed meraikan 1,700 pelajar baharu USM di Majlis Makan Malam Program Siswa Lestari Sidang Akademik 2024/2025 yang diadakan di Padang Kawad USM.

Naib Canselor juga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menempatkan diri di USM dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar USM.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin; Pendaftar, Mohd Azizudin Mohd Shariff; Timbalan Pendaftar Kanan, BHEPA, Roslan Ismail; dan pegawai-pegawai utama USM yang lain.

Want your university to be the top-listed University in Penang Island?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Our Story

A Purpose Driven University

The two most important days in your life are the day you were born and the day you find out why.

Being the only University with an APEX status, Universiti Sains Malaysia will help you discover the answer to your ‘why’ and help you to shape it into something meaningful : such as the kind of purpose that drives our academics who are listed in ‘The World's Most Influential Scientific Minds’ and our alumnus who won the world’s renowned Gilbert Award for Internationalisation or the L’Oréal-UNESCO For Women in Science, just to name a few.

Since 1969, our team of academics and professionals are trained to ignite the passion in you and to help you in your purpose driven journey. While being best at science, we always believe that being purpose driven requires a touch of the arts. Both science and arts make a powerful team in USM and this will enable you to balance/harmonise your purpose driven journey.

Through our network of over 600 partnering organisations all over the world, combined with the mix of local and international experts within the University, we have designed an environment to nurture your passion and above all, to give meaning to it through our own unique concept of sustainability, or locally known simply as ‘Sejahtera’.

We have discovered our purpose where We Lead by becoming a Sustainable-Led University. We want you to discover your true potential and we want you to start here in USM, a global University that is respected, referred to and relevant.

Videos (show all)

May the brightness of Diwali fill your life with happiness and beautiful memories.Happy Diwali!
FORUM ILMUWAN MALAYSIA MADANI
“Harapan yang diletakkan pada anda cukup tinggi. Jangan dihampakan harapan ibu bapa dan keluarga yang mengharapkan kejay...
SYARAHAN UMUM PELANTIKAN PROFESOR PTPM 2024
Suasana bercampur ketika hari pendaftaran pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) 2024/2025. Walau apapun, keteru...
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed meluangkan masa beramah-mesra ...
Are you guys ready for tomorrow?Welcome new adventurers to Universiti Sains Malaysia, the University in the Garden. Wher...
All Sorts of Knowledge | Kesihatan Pekerjaan | Dr. Ahmad Zaimi Abdul LatiffJom kita ambil tahu asas kepada kesihatan pek...
Selamat Hari Malaysia yang ke-61 diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia 🇲🇾
Tebuk lagu kemerdekaan bersama warga USM. 🇲🇾
Majlis Penutupan Program International Young Future Leaders Summit 2024 (iFUTURE 2024)
MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI UNIVERSITI AWAM 2024

Telephone

Address


Universiti Sains
Penang Island
11800

Other Colleges & Universities in Penang Island (show all)
IICP SOBIZ Event Page IICP SOBIZ Event Page
1-Z, Lebuh Bukit Jambul, Bukit Jambul
Penang Island, 11900

All events and activities organised by The School Of Business of INTI International College Penang w

Alumni Politeknik Balik Pulau Alumni Politeknik Balik Pulau
POLITEKNIK BALIK PULAU
Penang Island, 11000

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga Alumni Politeknik Balik Pulau dan semua warga PBU, page ini ditubuhkan khas untuk alumni-alumni yang sudah berjaya bergraduasi dari ...

Mikasano Japan Study Specialist Centre 三笠野日本留学/升学桥梁 Mikasano Japan Study Specialist Centre 三笠野日本留学/升学桥梁
4A, Jalan Perai Jaya, Bandar Perai Jaya, Perai, Pulau Pinang
Penang Island, 13600

三笠野 (Mikasano) 提供优质日本升学辅导,留学资讯,学生签证及留学住宿。

IICP Centre of Excellence for Pre-University Studies - CEPS IICP Centre of Excellence for Pre-University Studies - CEPS
1-Z Lebuh Bukit Jambul
Penang Island, 11900

For over 3 decades, INTI has been at the forefront of higher education in Malaysia for both foundation and postgraduate programmes. We focus on making sure students are employable.

Pitch at USM Pitch at USM
Universiti Sains
Penang Island, 11800

Pitch@USM is an initiative by USM to catalyse the promotion of entrepreneurial culture and innovation among its students and staff.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - PSSCM USM Kampus Kejuruteraan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - PSSCM USM Kampus Kejuruteraan
Kompleks Sukan, USM Kampus Kejuruteraan
Penang Island, 14300

USM Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sekretariat Rakan Muda Usm Sekretariat Rakan Muda Usm
Penang Island, 11800

Memperkenalkan program-program Sekretariat Rakan Muda Usm yang dilaksanakan sidang 2017/18

ACS USM International Student Chapter ACS USM International Student Chapter
School Of Chemical Sciences, Universiti Sains Malaysia
Penang Island, 11800

Welcome to the American Chemical Society USM International Student Chapter page.

KKTM BALIK PULAU KKTM BALIK PULAU
Penang Island, 11000

Medium komunikasi antara pengajar,pengurusan, pelajar, bekas pelajar dan juga kepada yang berminat mengetahui tentang kami

JCI E-Metro JCI E-Metro
Lengkok Mayang Pasir
Penang Island, 11950

To develop young persons as business and community leaders based on the spirit of empowerment and sh

USMinfo USMinfo
Universiti Sains
Penang Island, 11800

#USMinfo | One Stop Center www.myusminfo.com

12th IDMAC 2017 - Halal-Green Development Management 12th IDMAC 2017 - Halal-Green Development Management
Center For Islamic Development Management Studies (ISDEV), Universiti Sains
Penang Island, 11800

The 16th ISDEV International Development Management Conference (IDMAC 2022)