UMNOBalikPulau

UMNOBalikPulau

Laman Facebook Rasmi UMNO Bahagian Balik Pulau, Pulau Pinang.

Photos from Shah Headan Ayoob Shah's post 20/09/2024

Terbaik semua 👍👍👍

Photos from Shah Headan Ayoob Shah's post 24/08/2024

UMNO, Perjuangan yang belum selesai.
Tetap setia Dulu Kini dan Selamanya

Photos from Shah Headan Ayoob Shah's post 09/06/2024

Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, Ketua UMNO Babagian Balik Pulau merasmikan Bengkel Tadbir Urus JPKKP Balik Pulau pagi tadi. Turut hadir Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri YBhg Datuk Hj Musa Sheik Fadzir.

Photos from Shah Headan Ayoob Shah's post 28/03/2024

Syabas Datuk Shah Headan dan Puan Aishah. Semoga usaha murni ini diberkati.

Photos from UMNOBalikPulau's post 23/01/2024

Pendaftaran PADU pagi tadi di pejabat UMNO Bahagian Balik Pulau. Kepada yang belum mendaftar sila hadir besok 24/1/2024 rabu sehari lagi mulai jam 9.30pagi hingga 4.00 petang.

10/01/2024
Want your business to be the top-listed Media Company in Balik Pulau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

UMNO SEBUAH PERJUANGAN

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan pernah menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasannya dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.

Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.

Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-raja Melayu. Bermakna kepada merekalah negeri ini nanti diserahkan apabila penjajah berundur.

Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan itu merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara. Penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946, dengan Datuk Onn Bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.

Videos (show all)

Telephone

Address


Balik Pulau

Other News & Media Websites in Balik Pulau (show all)
One side love One side love
Balik Pulau

Buletin Balik Pulau Buletin Balik Pulau
Balik Pulau, 11000

Pusat Pembelajaran Digital dan Multimedia Politeknik Balik Pulau Pusat Pembelajaran Digital dan Multimedia Politeknik Balik Pulau
Pusat Pembelajaran Digital & Multimedia, Politeknik Balik Pulau
Balik Pulau, 11000

Pusat Pembelajaran Digital Dan Multimedia, Politeknik Balik Pulau (PPDM) Politeknik Balik Pulau