Kedai Yaya

Beli barangan murah yang menjadi keperluan anda semua
dan nikmati barangan anda dengan gembira
-Ba

08/09/2024

KUPUJUK BEKAS ISTERIKU - MIA KIFF
✨ SINOPSIS ✨
Rumahtangga Zhiyan Dan Batrisyia yang dibina selama tiga tahun, runtuh disebabkan kehadiran orang ketiga iaitu kekasih lama, Zhiyan. Nadira.
"Abang sebenarnya Masih cintakan, Nadira. Abang dah tak boleh tipu diri abang dan tipu Sya lagi. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang dah buat keputusan, abang pilih dia dan abang nak kita berpisah. Itu yang terbaik, dari abang terus lukakan hati Sya." -Zhiyan
Hati Batrisyia penuh dengan luka hingga tiada tempat untuk menampung dukanya lagi. Jika ingin sembuh dia harus reda melepaskan Dan menerima ujian terberat dalam hidupnya iaitu penceraian.
"Sya sihat? Lama abang tak jumpa Sya. Sya nampak lain sekarang ni. Sya dah kahwin lain ke? Tahniah, dah berapa bulan kandungan tu?" - Zhiyan
"Terima kasih. Ituler. Tak sangka dengan suami baru boleh mengandung. Sebab suami dulu tu, tinggalkan saya sebab saya mandul. Sekarang lega hati saya, dapat tahu siapa yang mandul sebenarnya. Haha nasib baik kena cerai, kalau tak, tak merasa lah saya jadi ibu." - Batrisyia
Pemergian Batrisyia dari hidup Zhiyan hanya meninggalkan kekesalan Dan kifarah mula mengejarnya. Cukupkah sekadar itu atau Zhiyan masih punya peluang untuk menebus kesalahan nya?
TEASER 1 💋
Nadira senyum bahagia melihat Zhiyan mendukung Aril, anak lelakinya yang berusia 4 tahun itu.
Sungguh pandai lelaki itu melayani ragam anaknya bermain peralatan taman permainan. Gembira sungguh Aril seperti mendapat kasih sayang seorang bapa semula.
Memikirkan itu hatinya berbaur sedih.
Zhiyan yang sedang melayan Aril, perasankan Nadira yang tiba-tiba nampak sedih itu.
"Ira, kenapa ni?" Soal Zhiyan sambil mengucup p**i Aril, anak kecil itu.
"Tak ada lah..." Nadira senyum hambar.
"Jangan macam ni, bagitau la saya. Saya ada buat salah ke dengan awak?"
Nadira geleng lihat wajah risau Zhiyan. Sifat prihatin lelaki ini sama seperti dulu. Tak pernah berubah.
"Tak ada lah, awak baik. Baik sangat."
"Habis tu?"
Nadira tak dapat tahan air mata. Mengalir sendiri.
"Awak, jangan macam ni. Kenapa menangis? Saya rasa bersalah. Please..." Rayu Zhiyan. Wajah ayu itu ditatapnya risau.
"Tak, saya okey. Saya bukan apa, saya terfikir yang... Kalau saya tak tinggalkan awak dulu, tentu sekarang awak lah ayah pada Aril. Kita mesti tengah bahagiakan? Saya dah buat silap besar dalam hidup saya. Kerana tersalah pilih jodoh, anak saya jadi mangsa. Sebab lukakan hati awaklah saya dapat kifarah dosa saya. Perkahwinan saya penuh derita dan tipu helah..." Nadira mengesat air matanya.
Zhiyan renung sayu wajah yang cantiknya tak pernah berkurang itu. Dipegang muka Nadira.
Dikesat air mata yang mengalir di wajah jelita itu. Saat mata bertentang, perasaan cinta yang pernah dikongsi dan diletak ke tepi, kembali dirasai semula.
"Jangan salahkan diri awak. Itu semua suratan takdir. Yang penting, awak dah lepas dari lelaki jahat macam tu. Saya akan ada disisi awak, okey? Kalau ada apa-apa masalah, share jer dengan saya Dan saya akan bantu awak..."
Nadira angguk lemah. Senyum pahit.
"Terima kasih Zhiyan. Awak sangat baik. Hati awak tulus. Kenapa dulu saya tergamak tinggal kan awak, lukakan hati awak disebabkan lelaki tu? Saya rasa bersalah sangat-sangat kat awak. Tak tahu macam mana nak tebus salah saya. Awak tolong saya, awak cari tempat tinggal untuk saya, cari kerja untuk saya. Layan anak saya dengan baik. Hidup saya jadi mudah sejak awak ada. Tak tahu macam mana nak balas budi awak. Kalau saya boleh kembali pada waktu lampau, saya takkan tinggalkan awak dan putuskan cinta kita. Saya tak tahu macam mana nak tebus dosa saya tu, semua dah terlambat. Kita tak mungkin bersama lagi.." Nadira kesat air mata yang mengiringi kata-katanya.
Zhiyan senyum sebak. Tangan Nadira dibawa ke tangannya. Mengengam erat. Lupa tangan itu, belum halal untuk disentuh. Perasaan cinta, mengatasi segalanya.
"Siapa kata kita tak boleh bersama? Habis tu, sekarang ni apa?"
"Maksud saya, berkahwinlah..."
Zhiyan senyum yakin.
"Kuat bersama saya. Saya akan tunaikan impian kita yang tertangguh tu tak lama lagi. Kita akan hidup bersama.Percayalah, saya tak pernah lupakan awak dan lupakan cinta kita. Cinta saya lebih besar dari luka yang awak bagi hingga saya tak pernah buang awak dari hati saya. Kalau tak, saya takkan ada di sini..." Tangan Nadira dibawa ke dadanya.
Zhiyan memandang penuh makna, bola mata yang masih berkaca itu. Nadira senyum sebak Dan membalas gengaman tangan Zhiyan.
Terasa cinta datang mengebu-gebu.
"Papa..." Anak Nadira kembali panggil Zhiyan buat Zhiyan terus melayang senyum mesra.
"Ya sayang papa!"
Tangan dilepaskan dan Zhiyan mengendong anak Nadira. Nadira rasa hidupnya bakal sempurna. Ada lelaki yang akan melindunginya dan menjaganya.
😭
Sementara itu, dari jauh ada mata yang menyaksikan kemesraan itu. Milik seorang wanita. Wanita yang merupakan isteri pada lelaki itu.
Apa yang lebih menyakitkan, dari melihat suami bersama bekas kekasihnya yang dirindui selama ini.
Terasa kaki sedang memijak duri-duri yang menyakitkan kala tahu kenyataan ini. Terasa tenaga dalam jasad diserap pergi hingga tak terdaya, berdiri lagi.
Zhiyan dilihat sedang melayan anak Nadira, bekas kekasihnya itu dengan mesra dan penuh sifat kebapaan. Mereka tak ubah seperti sebuah keluarga yang bahagia.
Hati Batrisyia bagai diracik bilah yang tajam. Berkecai-kecai. Sakit dan pedih sangat luka yang dirasa saat ini. Mata yang memberat terasa ringan saat mata yang berkaca pecah.
Terus menitis, menuruni p**i.
Terjawab segala persoalan, kenapa suaminya berubah sejak akhir-akhir ini? Kenapa sering menghilang dan p**ang lewat? Kenapa tak pernah berenggang dengan telefonnya? Kenapa sering berangan dan senyum sendiri seperti dilamun cinta?
Jawapannya adalah Nadira. Bekas kekasihnya. Cinta pertamanya.
Ikut hati mahu saja dia meraung sekuat hati. Mahu saja dia menyerang kedua-duanya. Mahu saja dia membelasah perempuan itu, tapi kakinya kaku.
Batrisyia tak pernah nampak kebahagiaan sebegitu diwajah Zhiyan selama mereka berkahwin tiga tahun.
"Sya tahu abang dengan Nadira, tapi kenapa Sya macam tak ada apa-apa? Kenapa hukum abang macam ni? Sya buat abang yang rasa sakit, rasa luka, sebab melukai hati Sya. Kenapa tak marah abang, maki abang, mengamuk macam isteri-isteri yang pernah dicurangi suami? Kenapa Sya terlalu baik dengan abang?" Zyihan membawa tangan Batrisyia ke dahinya kesal.
Batrisyia masih menghadam luka itu sendiri.
"Abang tak sanggup nak tipu Sya lagi. Abang minta maaf sangat-sangat dengan Sya..."
Batrisyia mengedipkan matanya. Menujah air mata ke dalam.
"Abang tahu abang dah lukakan hati Sya. Tapi abang tak boleh tipu diri abang lagi. Sya tahu kan, sepanjang kita kahwin Abang tak pernah cakap, abang cintakan Sya. Abang s**ar nak buka pintu hati abang hati untuk Sya...."
Batrisyia angguk sebak. Dia sedar itu. Diawal perkahwinan, begitu s**ar nak ambil hati Zhiyan. Batrisyia fikir, lama-lama Zhiyan akan dapat menerimanya sebagai isteri dan lupakan cinta pertamanya rupanya, dia silap.
"Abang sebenarnya masih cintakan Nadira dan masih belum lupakan dia. Bila kami bertemu semula, abang kembali merasakan bahagia yang hilang dari hidup abang selama ni yang cuma ada pada Nadira. Sekarang, dia dah bercerai dengan suaminya." Zhiyan menjelaskan kebenaran yang pahit untuk mereka sama-sama telan.
"So?" Batrisyia hanya menyoroti wajah yang penuh rasa bersalah.
"Abang...abang.... Abang nak kembali pada dia."
Nafas Batrisyia rasa putus seketika. Masa bagai terhenti. Suasana bertukar hening.
Kata-kata amat pedih memenuhi setiap inci ruang di mana Batrisyia bertapak.
"Abang serius?"
"Ya..."
"Kita?"
Terasa berat nak ucapkan itu.
"Kita berpisah, abang tak nak Sya makin terluka..."
Mendengar itu, meluruh segala cinta, sayang dan kepercayaan pada lelaki itu. Hati yang sedia terluka bagai dicincang sekali lagi. Sakitnya menjalar seluruh tubuh.
"Mungkin sebab tu, kita tak dikurniakan anak kot. Abang rasa jodoh kita tak akan panjang."
Batrisyia dah tak mampu lagi memikul luka ini. Lebih-lebih lagi, saat lelaki itu menyebut perkataan anak. Dunia rasa terus tenggelam dan Zhiyan tidak lagi dibawa bersama.
"Jadi ni hadiah ulangtahun ketiga perkahwinan kita dari abang, buat Sya? Berpisah?" Nada suara Batrisyia sarat luka tak tertanggung.
Zhiyan tergamam. Sungguh dia lupa tarikh hari ini. Dia pejam mata rapat-rapat. Agaknya sebab tu, Batrisyia beria nak masak. Masih letak ke tepi luka di hati semata-mata untuk meraikan hari istimewa ini.
"Sya , maaf abang...abang lupa!"
"Sekurangnya tunggulah esok tapi abang tak sabarkan nak habiskan tiga tahun hidup bersama Sya. Abang bagi Sya hadiah yang Sya akan ingat sampai mati. Iaitu, tiada lagi ulangtahun ke empat di antara kita lepas ni...."
Batrisyia mengeleng kesal seraya membiarkan air mata turun laju. Berundur perlahan ke belakang dek kecewa.
"Sya abang..."
"Sya cuba lupakan sekejap luka dihati Sya ni, sebab nak sambut ulangtahun perkahwinan ketiga yang terakhir untuk kita. Sebab bila tengok abang dengan Nadira tadi, Sya tahu, yang rumahtangga kita bakal hancur. Walaupun tak ada makna untuk abang, tapi cukup bermakna untuk Sya. Sebab Sya bagi segala-galanya untuk perkahwinan ni, bukan macam abang. Main-mainkan hidup orang lain..." Batrisyia begitu pedih mengungkapkan.
Zhiyan rasa sungguh bersalah. Tak mampu tahan sebaknya. Matanya ditutup dengan tangan menahan tangis.
"Abang minta maaf...." Wajah yang tak bersalah direnung sebak.
Batrisyia mengesat air matanya. Cuba untuk tampil kuat.
"Tak apa, apapun happy anniversary kita yang terakhir. Sya doakan abang akan menemui cinta yang abang cari selama ni. Sya pun nak tengok abang dapat kebahagiaan abang tak pernah rasakan dengan Sya. Sya pun dah penat terhegeh-hegeh pada yang sudi. Eloklah, Sya berehat dari buat kerja sia-sia ni selama tiga tahun ni. Abang selesaikanlah urusan cerai kita di mahkamah secepat mungkin ya. Sya ikut je."
Batrisyia kembali semula ke ruang meja makan. Mula mengemas.
Semudah itu penerimaannya? Zhiyan terpinga-pinga kesedihan. Sungguh pun dia tak mencintai tapi dia tetap sayang Batrisyia.
"Sya, tak perlulah kemas. Abang boleh makan lagi. Kita makan sama-sama ya..." nada memujuk itu tetap menyakitkan.
Hidangan yang penuh menyelerakan dipandang rasa berbaur. Kek happy anniversary ditatap sayu. Kesiannya Batrisyia bersungguh-sungguh sediakan ini semua. Tapi Zhiyan dah hancurkan semua.
"Tak payahlah." Nada kecewa Batrisyia dibalasnya.
Zhiyan hampa. Semua telah berakhir kerana kekhilafan dirinya. Selama ni memang Batrisyia saja yang beria menyambut hari terpenting, tapi tak tahu kenapa, Zhiyan rasa nak menyambutnya. Mungkin buat kali terakhir.
"Janganlah Sya, kita makan ya?"
"Buat apa abang nak makan lagi air tangan Sya, abang dah tak nak jadi suami Sya lagi kan? Perkahwinan kita dah terbubar. Tunggu rasmi je. Baik abang pergi kemas apa yang patut. Kata nak ceraikan."
Batrisyia terus mengemas walaupun esakan masih terdengar. Wajah Zhiyan makin benci untuk dipandang.
"Sya, penat-penat Sya masak untuk abang. Bagilah abang makan air tangan Sya buat Kali terakhir. Tak apa, kita sambut buat Kali terakhir untuk kenangan."
"Tak payah! Cukup! Sya dah tak nak buat apa-apa lagi untuk abang." Batrisyia terus berkemas hingga Zhiyan dah berdaya menghalang lagi. Hanya mampu memerhati.
Batrisyia terus dimasukkan makanan dalam bekas. Kek tadi dimasukkan semula dalam kotak.
"Sya.."
Batrisyia buat tak dengar, terus keluar membawa bekas makanan untuk diberi pada jiran.
Tak lama kemudian, Batrisyia kembali semula ke rumah.
"Hah tunggu apa lagi?Kata nak berpisahkan? Eloklah abang kemas-kemas kain baju abang, ambil semua barang-barang abang, Sya dah tak nak tengok. Kecuali yang Sya beli Dan hadiahkan, Sya tak bagi abang ambil. Rumah ni atas nama Sya, papa yang hadiahkan. So, abang tak ada hak. Oh ya? Kunci Toyota tu, Sya ambil ya. Abang naiklah Kereta viva abang dulu tu, yang tu memang atas nama abang kan.."
"Memang atas nama Sya tapi abang yang bayar bulan-bulan kan."
"Ya tapi Sya bukan isteri abang lagi. Kereta tu atas nama Sya, Sya lah yang punya. Loan p**a atas nama Sya. Apa-apa jadi, Sya kena tanggungjawab. Kalau abang nak, abang kena bayar habis baru Sya bagi. Sekarang ni, pergi kemas kain baju abang, sila keluar dari rumah ni. Macam mana abang dah tak sabar nak berpisah macam tu lah Sya. Malas nak tengok muka abang lagi dah dalam rumah ni..."
Batrisyia menapak dalam bilik tidur. Keluarkan lunggage. Kaut segala pakaian Zhiyan yang tergantung kecuali yang dia hadiahkan.
"Baju yang tinggal tu, Sya yang beli. Sayang, baju branded, mahal tau harganya. Sya nak. Bolehlah Sya jual bundle atau Sya simpan jer untuk suami akan datang..."Bersungguh-sungguh Batrisyia Dan mahu mengusir keluar Zhiyan.
Zhiyan terpinga-pinga. Semua nak dituntutnya belum apa-apa lagi.
"Sya, kita masih suami isteri. Abang tak lafaz cerai lagi kan? Boleh sabar tak? Takkan malam ni dah nak..."
"Sya dah tak boleh hadap muka abang. Abang pergi lah pada Nadira yang abang cintakan sangat tu. Mulakan hidup bersama dia. Mesti abang dah tak sabar kan. Kalau banyak sangat duit nak bayar denda kat mahkamah, boleh ceraikan Sya sekarang sebelum pergi. Mesti Nadira akan melompat seronok."
"Dah tu, malam ni abang nak tidur mana? Cubalah fikir.."
"Eh,eh tanya kita p**ak. Dah kata nak bercerai mestilah dah prepare semua tu. Pandai-pandailah nak hidup, abang bukan urusan Sya lagi."
"Sya tenanglah dulu..."
"Okey, settle! Baju semua dah siap kemas. Nah! Keluar sekarang!"
Dia menyerahkan bagasi pada Zhiyan kasar. Tercengang lelaki itu.
"Sya..."
"Keluar!"
Badan Zhiyan tolaknya kasar. Zhiyan terpaksa menuruti kehendak Batrisyia.
"Nah, kunci viva. Kasut branded kat luar tu, diharamkan ambil ya. Sebab Sya yang beli kat abang.Ambil selipar jamban jer yang abang beli."
Zhiyan akhirnya tertolak hingga keluar rumah.
"Okey bye!"
TEASER 2😍
"Abang dah balik?" Batrisyia tanya lembut. Lewat petang baru Zhiyan balik, biasanya malam baru sampai.
Zhiyan angguk walaupun rasa berdebar-debar. Hampir dua minggu menjalin hubungan dengan Nadira dibelakang Batrisyia, hari ini dia rasa serba salah.
Zhiyan tersentak, lalu menghulur tangan yang sedang ditunggu untuk disalami. Batrisyia masih begitu. Tersenyum tenang. Zhiyan cari apa-apa kesan yang sedang disembunyi di wajah itu. Namun tiada.
Saat tangan dikucup, timbul satu perasaan bersalah. Tangan itu tak dilepaskan Batrisyia lalu menarik suaminya masuk ke dalam rumah.
Zhiyan duduk. Seperti biasa, Batrisyia melonggarkan tali leher suaminya dan membuangkan stokin Zhiyan.
"Kesian abang, muka abang nampak penat sangat. Mesti banyak kerja kan hari ini..."
Zhiyan masih diam. Tak tahu kenapa, dia yang buat salah tapi dia p**a rasa luka dengan ketenangan isterinya itu. Batrisyia isteri yang baik. Sangat baik. Cuma satu saja, dia tak mampu mencintai Batrisyia.
"Sebab abang rajin kerja cari nafkah untuk Sya, Sya nak bagi upah kat abang. Nak tahu tak upahnya apa?" Batrisyia tanya manja.
"Sya..." Zhiyan merenung sayu wajah tenang itu.
"Hurmm, apa ni usha Sya semacam je? Bukanlah abang, upahnya adalah hari ni Sya masak makanan kegemaran abang. Asam pedas ikan merah. Itulah upahnya. Jangan fikir yang bukan-bukan ya. Balik kerja tadi terus Sya masuk dapur berperang dengan periuk belanga untuk perut abang..." Batrisyia menjelaskan sambil tawa dihujungnya.
"Sekarang, abang masuk bilik. Mandi, segarkan badan, lepas tu kita makan sama-sama tau. Sha pergi hidang makanan dulu, serius tak sabar..."
Batrisyia yang selesai buka stokin suaminya bangun dari duduk. Tak putus senyum walaupun reaksi Zhiyan hambar.
Batrisyia berpaling membelakangkan Zhiyan. Saat itu, bibir yang tersenyum melindungi luka dihati, kembali padam.
Baru setapak melangkah ke dapur...
"Sya, abang tahu Sya nampak abang dengan Nadira tadi..."
Dengar itu, Batrisyia tergamam. Jadi Zhiyan tahu yang Batrisyia dah tahu?
Zhiyan dah tak sanggup lagi nak selindungkan perbuatan selingkuhnya. Nak-nak lagi, dengan penerimaan Batrisyia di luar jangkaan. Fikirnya Batrisyia akan mengamuk, menyerang, menangis, meraung, memarahinya, membebel dan maki hamun. Atau lebih teruk lagi, kepalanya dipenggal. Seperti layaknya diterima, oleh suami yang curang sepertinya.
Namun, ketenangan yang Batrisyia tunjukkan buat Zhiyan tertekan dalam dosa dan rasa sungguh bersalah. Batrisyia terlalu baik. Terlalu baik untuk dilukakan lagi. Cukuplah sampai di sini.
Batrisyia cuba mengawal nafasnya yang bercampur luka. Kini mula memanjat emosinya. Senyum cuba diukir namun luka tetap menjuarai carta hati.
"Ya..." Ringkas Batrisyia membalas.
Zhiyan bangun dan menghampiri Batrisyia.
Berdiri dihadapan isterinya itu.
"Sya..."
Mata Batrisyia yang nampak berkaca dipandang sayu. Kala ini, barulah dia ternampak luka parah yang disembunyikan sejak tadi. Jelas terpapar diwajah Batrisyia.
"Abang minta maaf..." Zhiyan merayu sebak.
Tangan Batrisyia diraih dan dikucup.
Dia p**a tak mampu tahan sedih kerana melukakan. Rasa diri begitu kejam namun ini saja pilihan yang ada.
Zhiyan pejam mata rapat-rapat. Dia sungguh tak sangka, Sya nampak kuat. Adakah kerana Sya terlalu mencintainya? Hingga melupakan luka yang dirasa dan masih bertahan. Sama seperti Zhiyan mencintai Nadira. Jika benar, memang sangat sakit rasanya.
Zhiyan sambung katanya kala isterinya itu diam.
"Sya tahu abang dengan Nadira, tapi kenapa Sya macam tak ada apa-apa? Kenapa hukum abang macam ni? Sya buat abang yang rasa sakit, rasa luka, sebab melukai hati Sya. Kenapa tak marah abang, maki abang, mengamuk macam isteri-isteri yang pernah dicurangi suami? Kenapa Sya terlalu baik dengan abang?" Zyihan membawa tangan Batrisyia ke dahinya kesal.
Batrisyia masih menghadam luka itu sendiri.
"Abang tak sanggup nak tipu Sya lagi. Abang minta maaf sangat-sangat dengan Sya..."
Batrisyia mengedipkan matanya. Menujah air mata ke dalam.
"Abang tahu abang dah lukakan hati Sya. Tapi abang tak boleh tipu diri abang lagi. Sya tahu kan, sepanjang kita kahwin Abang tak pernah cakap, abang cintakan Sya. Abang s**ar nak buka pintu hati abang hati untuk Sya...."
Batrisyia angguk sebak. Dia sedar itu. Diawal perkahwinan, begitu s**ar nak ambil hati Zhiyan. Batrisyia fikir, lama-lama Zhiyan akan dapat menerimanya sebagai isteri dan lupakan cinta pertamanya rupanya, dia silap.
"Abang sebenarnya masih cintakan Nadira dan masih belum lupakan dia. Bila kami bertemu semula, abang kembali merasakan bahagia yang hilang dari hidup abang selama ni yang cuma ada pada Nadira. Sekarang, dia dah bercerai dengan suaminya." Zhiyan menjelaskan kebenaran yang pahit untuk mereka sama-sama telan.
"So?" Batrisyia hanya menyoroti wajah yang penuh rasa bersalah.
"Abang...abang.... Abang nak kembali pada dia."
Nafas Batrisyia rasa putus seketika. Masa bagai terhenti. Suasana bertukar hening.
Kata-kata amat pedih memenuhi setiap inci ruang di mana Batrisyia bertapak.
"Abang serius?"
"Ya..."
"Kita?"
Terasa berat nak ucapkan itu.
"Kita berpisah, abang tak nak Sya makin terluka..."
Mendengar itu, meluruh segala cinta, sayang dan kepercayaan pada lelaki itu. Hati yang sedia terluka bagai dicincang sekali lagi. Sakitnya menjalar seluruh tubuh.
"Mungkin sebab tu, kita tak dikurniakan anak kot. Abang rasa jodoh kita tak akan panjang."
Batrisyia dah tak mampu lagi memikul luka ini. Lebih-lebih lagi, saat lelaki itu menyebut perkataan anak. Dunia rasa terus tenggelam dan Zhiyan tidak lagi dibawa bersama.
"Jadi ni hadiah ulangtahun ketiga perkahwinan kita dari abang, buat Sya? Berpisah?" Nada suara Batrisyia sarat luka tak tertanggung.
Zhiyan tergamam. Sungguh dia lupa tarikh hari ini. Dia pejam mata rapat-rapat. Agaknya sebab tu, Batrisyia beria nak masak. Masih letak ke tepi luka di hati semata-mata untuk meraikan hari istimewa ini.
"Sya , maaf abang...abang lupa!"
"Sekurangnya tunggulah esok tapi abang tak sabarkan nak habiskan tiga tahun hidup bersama Sya. Abang bagi Sya hadiah yang Sya akan ingat sampai mati. Iaitu, tiada lagi ulangtahun ke empat di antara kita lepas ni...."
Batrisyia mengeleng kesal seraya membiarkan air mata turun laju. Berundur perlahan ke belakang dek kecewa.
"Sya abang..."
"Sya cuba lupakan sekejap luka dihati Sya ni, sebab nak sambut ulangtahun perkahwinan ketiga yang terakhir untuk kita. Sebab bila tengok abang dengan Nadira tadi, Sya tahu, yang rumahtangga kita bakal hancur. Walaupun tak ada makna untuk abang, tapi cukup bermakna untuk Sya. Sebab Sya bagi segala-galanya untuk perkahwinan ni, bukan macam abang. Main-mainkan hidup orang lain..." Batrisyia begitu pedih mengungkapkan.
Zhiyan rasa sungguh bersalah. Tak mampu tahan sebaknya. Matanya ditutup dengan tangan menahan tangis.
"Abang minta maaf...." Wajah yang tak bersalah direnung sebak.
Batrisyia mengesat air matanya. Cuba untuk tampil kuat.
"Tak apa, apapun happy anniversary kita yang terakhir. Sya doakan abang akan menemui cinta yang abang cari selama ni. Sya pun nak tengok abang dapat kebahagiaan abang tak pernah rasakan dengan Sya. Sya pun dah penat terhegeh-hegeh pada yang sudi. Eloklah, Sya berehat dari buat kerja sia-sia ni selama tiga tahun ni. Abang selesaikanlah urusan cerai kita di mahkamah secepat mungkin ya. Sya ikut je."
Batrisyia kembali semula ke ruang meja makan. Mula mengemas.
Semudah itu penerimaannya? Zhiyan terpinga-pinga kesedihan. Sungguh pun dia tak mencintai tapi dia tetap sayang Batrisyia.
"Sya, tak perlulah kemas. Abang boleh makan lagi. Kita makan sama-sama ya..." nada memujuk itu tetap menyakitkan.
Hidangan yang penuh menyelerakan dipandang rasa berbaur. Kek happy anniversary ditatap sayu. Kesiannya Batrisyia bersungguh-sungguh sediakan ini semua. Tapi Zhiyan dah hancurkan semua.
"Tak payahlah." Nada kecewa Batrisyia dibalasnya.
Zhiyan hampa. Semua telah berakhir kerana kekhilafan dirinya. Selama ni memang Batrisyia saja yang beria menyambut hari terpenting, tapi tak tahu kenapa, Zhiyan rasa nak menyambutnya. Mungkin buat kali terakhir.
"Janganlah Sya, kita makan ya?"
"Buat apa abang nak makan lagi air tangan Sya, abang dah tak nak jadi suami Sya lagi kan? Perkahwinan kita dah terbubar. Tunggu rasmi je. Baik abang pergi kemas apa yang patut. Kata nak ceraikan."
Batrisyia terus mengemas walaupun esakan masih terdengar. Wajah Zhiyan makin benci untuk dipandang.
"Sya, penat-penat Sya masak untuk abang. Bagilah abang makan air tangan Sya buat Kali terakhir. Tak apa, kita sambut buat Kali terakhir untuk kenangan."
"Tak payah! Cukup! Sya dah tak nak buat apa-apa lagi untuk abang." Batrisyia terus berkemas hingga Zhiyan dah tak berdaya menghalang lagi. Hanya mampu memerhati.
Batrisyia terus dimasukkan makanan dalam bekas. Kek tadi dimasukkan semula dalam kotak.
TEASER 3💋
"Isteri saya dah tahu pasal perhubungan kita..." Sambil memandu, Zhiyan menelefon Nadira.
"Ye ke? Habis tu?"
"Dia terima dan kami dah buat keputusan nak berpisah."
"Serius? Betul ni?" Suara Nadira seperti gembira.
"Ya, dia terima yang saya masih cintakan awak dan nak kembali bersama awak. Saya pun dah keluar dari rumah kami. Esok saya akan settle kan hal penceraian kami di mahkamah secepat mungkin."
"Alhamdullilah, begitu sejati cinta kita kan sampai Allah permudahkan urusan jodoh kita. Allah dengar doa saya, Zhiyan. Akhirnya kita dapat bersama. Allah je tahu keikhlasan hati hambaNya." Nadira seperti terharu.
Zhiyan terdiam sendiri. Perbuatan salah begini, wajarkah diletakkan agama untuk menampakkan tindakan dan diri itu benar?Benarkah cinta mereka cinta sejati hingga ada hati yang terpaksa dilukakan demi untuk hidup bersama?
Dan, hati yang dilukai itu seorang isteri. Perempuan yang mempunyai hak ke atas diri Zhiyan. Amanah Allah yang telah disingkirkan.
Zhiyan terbayangkan wajah duka Batrisyia tadi. Wajarkah mereka gembira saat Batrisyia pasti sedang menangisi perpisahan mereka.
"Saya berjanji dengan awak Zhiyan, peluang Kedua ni saya takkan sia-siakan. Saya akan jadi isteri awak yang baik, Zhiyan. Awak tak menyesal ceraikan isteri awak demi saya. Kita akan hidup bahagia, okey?"
"Awak bagi saya masa nak settle kan masalah penceraian saya dulu ya..."
"Takpa, saya akan tunggu. Selesaikan dengan cara baik. Okey?"
"Okey...." Sedang berbual tiba-tiba enjin kereta semput, buatkan Zhiyan terpinga-pinga panik.
Cuba tekan pedal mintak namun enjin terus mati. Zhiyan terpaksa beri signal berhenti di tepi jalan.
Cuba start kembali enjin kereta namun masih tak hidup.
"Tak sabar nak kahwin dengan awak. Nikah pun dah cukup tau. Pasal wang hantaran ikut kemampuan awak. Yang penting, kita halal." Nadira sepertinya tak sabar. Masih terus sambung perbualan.
"Esok saya ambil borang nikah ya..."
"Err, awak kereta saya tiba-tiba rosak ni. Tak tahulah sebab apa. Enjin mati."
Zhiyan sedikit panik lalu keluar membuka bonet depan. Memeriksa enjin. Entah apa masalah kereta ini kerana dia sudah lama tak memandu.
"Ye ke? Rosak kat mana?"
"Dekat stesen mintak Jalan Duta ni, tak tahulah apa masalahnya. Minyak full jer."
"Ye ke? Dah tu macam mana?"
"Tak apa, saya check enjin kejap. Nanti saya call awak balik ya..."
"Okeylah ..."
Zhiyan memeriksa enjin namun dia tak berjumpa sebarang masalah. Dia bukanlah pakar bab-bab kereta ni, semua diserah ke mekanik. Dah jauh malam ni, bengkel semua mesti tutupkan.
Zhiyan cuba menghubungi rakan-rakannya.
"Sorry aku ada hal..."
"Sorry aku tak dapat pergi."
"Eh aku balik kampunglah. Takde kat KL."
Begitulah alasan yang diterimanya. Akhirnya dia menghubungi Nadira semula.
"Sorry saya bukan tak nak tolong tapi kereta saya dah nak habis minyak. Lupa isi."
"Stesen minyak kan buka lagi time macam ni."
"Tak berani lah. Awak tahu saya ni janda, ada anak kecil. Saya tak biasa keluar malam-malam. Lagipun jauh tu Jalan Duta. Saya takut. Awak call grab lah, ambil awak. Malam ni awak pergi tidur kat mana-mana dulu. Esok awak hantar kereta awak tu ke bengkel ya?"
"Ye ke? So awak tak boleh datanglah ni."
"Sorry..."
"Tak apa."
Zhiyan membuka aplikasi dan melanggan grab. Tak tahulah kenapa tiada seorang pun yang bagi memberi feedback. Semua sepertinya sibuk dan ada urusan.
Zhiyan mengeluh hampa. Siapa lagi yang boleh tolong dia? Zhiyan tercari-cari contact akhirnya matanya mencerun ke arah satu nombor.
My Wife!
Batrisyia.
TEASER 4💋
Kalau dia minta tolong Batrisyia, mahu ke isterinya itu datang setelah apa yang terjadi? Tak apalah, dia cuba jelah nasib. Tak tahu nak minta tolong siapa lagi dah malam-malam macam ni. Takkan nak tersadai kat sini.
Zhiyan cuba menghubungi Batrisyia. Namun tak diangkat. Lagi didail, berulang kali.
Akhirnya dijawab.
"Sya, assalamualaikum Sya."
"Hurmm, apa? Ganggu jelah." Balas Batrisyia dingin, tak lagi mesra dan manja macam dulu.
"Sorry. Abang..."
"Nak apa? Sya baru je nak hidup aman malam ni tak ada suami. Baru berapa jam berpisah dah sibuk nak call Sya? Tak tau malu ke?"
Rasa tebal muka Zhiyan ditempelak isterinya itu.
"Kereta abang rosak ni kat Jalan Duta. Tak tahu sebab apa.Abang call kawan abang semua tak dapat. Abang call grab pun, semua tak bagi feedback. Tu abang call Sya ni." Sopan bicara Zhiyan.
"Nadira?"
"Dia pun tak dapat datang."
"Kenapa tak dapat datang?"
"Dia ada masalah nak datang."
"Masalah apa?"
"Err dia, dia ada masalah tersendiri."
"So?"
"Boleh tak abang minta tolong Sya, datang ambil abang? Abang tersadai tepi jalan ni."
"Sya pun ada masalah."
"Masalah apa Sya? Sya ada kat rumah kan sekarang? Rumah kita bukan jauh pun dari sini."
"Masalahnya Sya benci tengok muka abang. Macam mana nak pergi?"
Zhiyan terpempam.
"Sya, abang... Abang tahu Sya marah abang. Tapi abang tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Tolonglah Sya, letak kejap ke tepi benci tu. Abang masih suami Sya lagi. Tolong abang sebagai manusia tak boleh ke?"
"Nadira kan ada? Kenapa dia tak nak tolong abang sebagai lelaki yang dia cintai? Pergilah merayu pada Nadira tu, suruh datang, kenapa nak cari Sya p**ak? Sya ni ex wife. Nadira tu future wife. Patut dia yang datang, bukan Sya. Besar sangat ke, masalah Nadira tu sampai tak boleh datang?"
"Kereta dia dah nak habis minyak. Lagipun dah malam ni, rumah dia pun jauh dari sini. Dia pun, tak biasa keluar malam. Dia takut."
"Stesen minyak ada kan? Rumah jauh? Mana jauh pun rumah dia, tak sampai 15 minit pun. Tak biasa keluar malam? Habis tu, dia kerja kat Kelab karaoke serve pelanggan tu, bukan waktu malam ke? Kerja dia tu lagi menakutkan berbanding keluar drive malam-malam." Batrisyia mempertikaikan.
Zhiyan terkelu sekejap. Mana Batrisyia selidik semua ni?
"Itu ke perempuan yang awak tergilakan sangat tu? Banyaknya alasan dia. Alasan tak logik p**ak tu. Baru awak susah macam ni jer pun, belum lagi masalah yang lainnya. Kata cinta sejati. Cinta sejati apa macam ni? Takkan setakat hancurkan hati seorang perempuan demi nak hidup bersama, dah nak lepas tangan? Banyak hal lagi lah kena hadap nak hidup bersama bekas laki orang. Awak tengah susah, dia kena tolonglah! Apasal sampai awak kena cari ex wife awak p**ak."
Zhiyan meraup wajahnya. Mula rasa stress dipersalahkan.
"Sya, ni bukan masa Sya nak cari salah abang.Abang bukan nak dengar Sya bebel. Abang tengah kecemasan ni. Sya nak tolong abang ke tak nak? Kalau tak nak tak apa. Abang boleh fikir cara lain."
"Tak nak! Tak ingin dipergunakan lagi. Huh!"
Terus talian mati buat Zhiyan terpinga-pinga. Zhiyan kemam bibir, keluh kuat. Cari sabar dalam diri. Kalau dia tahu Batrisyia begini, tak ingin dia nak contact minta tolong.
Zhiyan kembali melihat aplikasi melanggan grab. Mana semua pergi ni? Tak ada pun feedback. Takkan semua pergi stadium tengok bola malam ni?
Sedang tercari contact, tiba-tiba kereta Nissan Navara Pro-4X berhenti di sisi.
Zhiyan tergamam.
Kala pintu kereta dibuka, Batrisyia keluar sambil tayang muka selambanya.
"Sya?" Soal Zhiyan tak percaya.
"Yelah, siapa lagi manusia bodoh yang awak kenal selain saya? Baru berapa jam jer, berpisah, dah lupa ke?" Batrisyia sindir pedas.
Tak tahulah kenapa Zhiyan rasa gembira. Dia tak sangka, atas apa yang berlaku Batrisyia tetap sudi datang...
" Kenal lah, takkan abang tak kenal. Tak sangka abang. Sebab tadi Sha cakap tak nak datang. Terima kasih sebab datang."
"Apa masalahnya ni?"
"Kereta abang ni, enjin mati tak tahu apa masalahnya. Abang dah contact mekanik, tapi tak jawab."
"Ye ke? Orang contact mekanik dapat jer. Tu dah datang."
Tak sangka Batrisyia sudah menghubungi mekanik.
Mekanik tersebut datang memeriksa kereta dan memaklumkan yang kereta ini harus dihantar ke bengkel.
"Sya, kita balik rumah Sya ya? Esok abang akan settle kan kereta abang dan pergi dari rumah." Zhiyan serba salah meminta.
"Sya dah berpesta sakan sejak abang keluar dari rumah tu. Tolong lah jangan datang sebagai bala lagi."
"Sya, dah lewat malam ni..."
"Hotel kan banyak. Semalam rm50 pun ada."
Wajah cemberut itu dipandang sayu. Zhiyan tayang muka kesian.
"Benci sangat ke Sya kat abang? Kita masih suami isteri lagi Sya. Abang ada hak ke atas Sya. Walau apapun yang terjadi, abang tetap sayang kan Sya. Abang kalau boleh tak nak kita bermusuh dan abang nak kita berpisah secara baik. Kita Masih boleh jadi kawan. "
Batrisyia senyum sinis.
"Kalau dah perangainya layak dibuat musuh, macam mana nak jadikan kawan. Dahlah masuk dalam kereta, kalau tebal sangat muka tu tak tahu malu!"
Batrisyia masuk di tempat pemandu. Menunggu Zhiyan memasukkan bagasi dibahagian belakang dan Zhiyan masuk ke bahagian penumpang.
Tebal sungguh muka Zhiyan ni ya? Apa agaknya nak buat dengan orang bermuka tebal ni? Macam mana nak ajar dia.
Batrisyia memulakan perjalanan.
"Sya nak pergi mana ni? Ni bukan arah nak balik rumah kita."
"Perasaan rumah kita. Jangan sebut lagi macam tu ya. Itu rumah saya lah. Saya dah haramkan kaki awak masuk ke dalam rumah saya. Faham? Sekarang saya nak hantar awak ke tempat lain."
Zhiyan mengeluh hampa. Nampaknya s**ar nak pujuk Batrisyia, hatinya terlalu luka.
"Tapi ke mana?"
"Diam jelah, dah menumpang buat cara menumpang."
Zhiyan mengeleng kesal. Berubah mendadak sikap Batrisyia. Jadi makin kasar dan biadap. Padahal sebelum ni elok jer. Manja, lembut dan mengoda.
"Tapi dah makin jauh dari KL ni, kita nak ke mana?"
"Ada lah..."
Batrisyia menyerigai seram buat Zhiyan mula rasa seperti ada yang tak kena. Hal yang buruk-buruk mula muncul.
TEASER 5 💋
"Sya, Sya nak buat apa dengan abang ni? Saya nak bawak abang pergi mana?" Soal Zhiyan risau.
"Apa bising-bising ni, tadi dia yang nak tumpang sangat...."
Selamba je cakap suami dia menumpang.
"Abang tanya Sya kan?" Batrisyia sepertinya bukan Batrisyia yang dia kenal dulu.
"Apa ingat Sya nak bawak abang pergi mati ke walaupun perangai abang tu,pernah buat Sya rasa macam abang ni patut mati jer lagi bagus?"
Zhiyan agak terkejut dengar balasan kata Batrisyia. Tergamak cakap dia macam tu.
"Tak, abang tahu Sya tak akan buat macam tu. Sekarang ni abang cuma nak tahu,Sya nak bawak abang pergi mana? Dari tadi abang tanya. Susah sangat ke nak jawab!" Nada Zhiyan makin tegas.
"Susahlah. Tengah fikir lagi ni, tak jumpa lagi tempat mana nak campak suami curang. Abang ada cadangan ke?"
Zhiyan terkedu. Setempek kena sindir ke muka dia.
"Balik rumah kita lah."
"Euwwww. Selain tu?" Batrisyia buat muka jengkel.
"Sya, please kita balik rumah ya...."
"Kan Sya cakap, kaki abang diharamkan jejak kat rumah Sya lagi. Sebab Sya nak bawak bakal suami baru masuk ke dalam rumah tu tak lama lagi. So jangan rosakkan hasrat murni Sya tu. Abang dah tinggal sejarah."
Dengar itu, bara p**a hati Zhiyan.
"Amboi, lajunya nak cari suami baru."
"Of course! Tak sabar nak tukar laki baru sebab selama kita kahwin ni, Sya langsung tak rasa seronok. Tapi Sya paksa diri jer, konon nak jadi isteri solehah. Rupanya baru sekarang Sya tahu, hati abang ada pada Nadira rupanya, sebab tu Sya tak rasa keikhlasan abang tu. Patutlah selama tiga tahun ni, hidup Sya rasa bosan sangat. Rupanya salah pilih laki."
Zhiyan terdiam. Mula terbayangkan rumah Batrisyia yang bakal dihuni oleh lelaki lain. Pasti lelaki itu akan menerima layanan yang baik dari isterinya ini. Batrisyia yang lembut, beradab, tak pernah meninggikan suara, manja dan pandai uruskan makan minum suami. Cuma tak tahulah, kenapa hati Zhiyan terlalu beku untuk membalas cinta Batrisyia selama ini.
"Sya harap, apa yang jadi pada perkahwinan pertama ni takkan berulang untuk perkahwinan kedua abang. Sebab abang dah dapat apa yang abang nak. Iaitu cinta."
Zhiyan masih berfikir sendiri. Betul ke, cinta yang dicari selama ni akan membuahkan bahagia?
"Hah, sebut pasal cinta. Sya dah dapat idea! Sya hantar abang ke rumah Nadira lah. Boleh sambung buat dosa siang tadi tu. Mesti abang rasa seronokkan buat maksiat. Itu yang ulang ulang ulang, main langgar jer walaupun haram."
"Sya..Buat apa abang nak pergi rumah dia? Abang jumpa dia kat luar je selama ni, abang tak pernah pergi rumah dia."
"Tak pernah? So inilah masanya. Line clear sebab bini dah tahu! Ambil feeling pengantin baru. Alah, mesti dah biasa tidur dengan dia kat belakang Sya. Dia mesti lagi hebat layan abang atas ranjang! Sebab tu abang nak tinggalkan Sya. Tak apa, kali ni Sya sendiri yang rela hantar suami Sya pergi buat maksiat ya, sebagai restu. Jangan risau, Sya dah tak sakit hati atau terluka, tapi Sya seronok hilang satu beban dalam hidup Sya. Dah ada orang yang boleh layan abang. Sya sebenarnya penat tau hadap muka abang. Nafsu besar gajah..."
Zhiyan terkena lagi sekali. Dia beban? Nafsu gajah? S**a hati dia saja mengutuk.
"Sya. Tak baik tau tuduh abang macam tu.Abang tahu, abang memang bercinta dengan dia kat belakang Sya, tapi abang tak pernah tidur dengan dia. Abang jumpa dia banyak kali sebelum ni pun, kalau balik rumah, abang tetap cari Sya jgk kan? Tidur dengan Sya! Rasanya tak ada abang abaikan Sya kalau bab tu. Sya tahu kan?"
"Huh, dengar boleh, percaya jangan!"
"Kalau abang s**a buat maksiat, kenapa abang nak kita berpisah dan kahwin dengan dia. Baik abang terus skandal diam-diam je belakang Sya. Itu sebab abang nak dapatkan dia dengan cara baik. Abang pun mengaku salah dan jujur dengan Sya."
"Jujur apa, dah dua minggu abang buat hubungan dengan dia kat belakang Sya. Dah kantoi baru nak mengaku kan?"
"Ya abang tahu, abang salah. Tapi abang cuma bercinta tak lebih dari itu. Dia cinta pertama abang yang abang susah nak lupa." Zhiyan menyatakan pendiriannya.
TEASER 6💋

Walaupun dia kerap tergoda dengan Nadira tapi imannya masih kuat. Balik juga cari Batrisyia. Lepaskan pada yang halal. Memang dia mengaku mereka pernah berpelukan dan pegang tangan tapi setakat itu jer. Itu pun hanya nak tenangkan Nadira yang menangis dan tengah sedih.
Batrisyia terdiam sekejap. Memikirkan itu hati Batrisyia sakit. Cinta pertama konon? Habis tu, perasaan Batrisyia ada ke, Zhiyan fikirkan? Zhiyan lelaki pertama yang Batrisyia cintai. Ingat dia tak rasa luka ke?
"Oh, itu yang masa sentuh Sya abang asyik sebut nama Nadira tu kan?Tidur dengan isteri tapi bayangkan perempuan lain. So jijik!"
"Sya, abang..." Zhiyan terkedu. Malu dengan khilaf sendiri.
"Hari tu bukan ke abang pegang tangan dia, pegang p**i dia. Mustahil lah setakat itu jer."
"Abang mengaku ya, tapi abang cuma nak bagi dia semangat. Tu jer. Abang Kesian dengan nasib dia dan anak dia."
"Yelah tu..."
"Buat masa ni dalam hidup abang, Sya seorang jer yang abang pernah sentuh itu pun sebab isteri. Percayalah cakap abang."
"Tak kisahlah. Buat apa beria nak buktikan kat Sya? Untuk apa? Yang pasti, abang sanggup jandakan isteri, demi nak jadikan janda sebagai isteri.."
berminat Piyem saya

https://wa.link/9g9uj9

Want your business to be the top-listed Shop in Pendang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

● SUPRISE ● RM5 ●Ehh..ada yang nak buat suprise ke tuu🤩.Set jimat RM5 untuk happykan kesayangan korang 💐.FREE🥳 kotak can...
Something new and special is coming 🥰#staytuned

Telephone

Website

Address

Pendang

Other Shopping & Retail in Pendang (show all)
Job Penang Ads Job Penang Ads
Pendang, 06700

a place to let you advertise your job vacancy

Siti Norafizah Agent Do'zee Pendang Siti Norafizah Agent Do'zee Pendang
Taman Berjaya Batu Menunggul
Pendang, 06700

Agent Do'zee Pendang

Perniagaan Keng Perniagaan Keng
Pendang, 06700

Menjual barangan elektrik , perabot , mesin jahit serta alat ganti

Tudung Fareha by Fatin Tudung Fareha by Fatin
Kampung Bukit Jambul, Ayer Puteh
Pendang, 06720

Tudung Bawal Anti Kedut

Knp2u_KidzNy Knp2u_KidzNy
T8, KAMPUNG TOK BENG, Jalan SAWA KECIL, MUKIM PADANG PUSING
Pendang, 06700

BUSINESS ONLINE ~ Sales Everything ~ WELCOME to our shope : https://k-n-p-jaya-enterprise.whyq.my/

Elrah Pendang Elrah Pendang
No. 11 Kampung Chegar
Pendang, 06700

ELRAH EXCLUSIVE PENDANG Beli Baju Melayu FREE SAMPIN SONGKET

Pembekal kolam mandi budak utara/pool 0124599156 Pembekal kolam mandi budak utara/pool 0124599156
Pendang, 06700

kolam Mandi budak

Musang buah enterprise Musang buah enterprise
Pendang, 06700

membekal jagung dan nanas

Toto magnam tips Toto magnam tips
Pendang, 06700

CM Secret KEDAH CM Secret KEDAH
Pendang

Spa dirumah�