Tamar House M Sdn Bhd

Tamar House M Sdn Bhd

You may also like

Valesin Solusi Va.rises
Valesin Solusi Va.rises

Tamar House ialah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti import buah kurma, kismis, kekacang

Photos from Tamar House M Sdn Bhd's post 31/03/2024

Semoga kita dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar 🤲🤲

28/02/2024

KELEBIHAN KURMA UNTUK DIABETES & OBESITI

Kita selalu difahamkan bahawa makanan dan buah-buahan yang manis perlu dielakkan oleh pesakit diabetes dan seseorang yang ingin menurunkan berat badan.

Walau bagaimanapun, bukan semua makanan yang manis itu tidak baik untuk kesihatan terutamanya buah-buahan. Diantara buah yang sangat berkhasiat ,membantu menururnkan paras glukosa darah dan boleh membantu untuk kesihatan usus yang baik serta membantu menurunkan berat badan adalah buah kurma juga dipanggil dengan nama tamar.

Buah kurma sememangnya tidak asing lagi kepada masyarakat Melayu Islam terutamanya semasa bulan Ramadhan. Pelbagai jenis dan saiz kurma yang dijual di pasaran dan diantara buah kurma yang paling pop**ar adalah buah kurma Ajwa atau kurma Nabi yang dikatakan lebih berkhasiat dan menjadi kesukaan Nabi Muhammad SAW. Rasa kurma yang manis adalah amat baik untuk kita berbuka puasa dan ianya sebenarnya sangat berkhasiat kepada kesihatan untuk di makan sepanjang tahun.

Buah kurma sangat berkhasiat dan sepatutnya kita amalkan selalu untuk kawalan glukosa darah dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus kerana kandungan seratnya yang sangat tinggi.

Buah kurma kaya dengan mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium, potassium, manganese, copper dan zink. Ia juga kaya dengan vitamin A, vitamin B6, folate, choline dan vitamin K . Kandungan serat dalam buah kurma amat tinggi iaitu 7 gram serat dalam 3.5 oz hidangan buah kurma iaitu lebih tinggi daripada kandungan serat dalam granola bar. Serat yang tinggi ini amat penting untuk membantu menurunkan berat badan. Serat juga penting untuk perkembangan dan pembiakan kuman baik probiotik iaitu ia bertindak sebagai prebiotik. Serat amat penting untuk pegerakan usus dan melawaskan membuang air besar.

Dalam satu kajian yang melibatkan 21 orang peserta yang mengambil kurma setiap selama 21 hari mendapati mereka menjadi lebih lawas membuang air besar berbanding sebelum mereka mula mengambil buah kurma. Oleh itu jika kita ada masalah sembelit, maka kita boleh amalkan makan kurma untuk bantu melawaskan membuang air besar.

Serat dalam buah kurma juga amat baik untuk membantu mengawal dan regulasi paras glukosa darah dengan lebih baik. Serat yang di makan akan memperlahankan penyerapan gula ke dalam darah dan mengelakkan masalah pemuncakan paras glukosa darah selepas makan. Berdasarkan kajian , indeks glisemik bagi buah kurma adalah rendah dan ia di anggap sebagai makanan yang baik untuk di ambil oleh seseorang yang ingin mencegah diabetes, pesakit diabetes dan juga kepada mereka yang mahu menurunkan berat badan.

Kurma juga tinggi dengan anti oksidan polifenol iaitu flavonoids, karotenoids dan asid fenolik. Bahan ini juga bersifat anti keradangan yang membantu mengawal paras keradangan dalam tubuh kita. Oleh kerana itu pengambilan buah kurma sebenarnya membantu mencegah pelbagai penyakit kronik NCD jika di jadikan amalan harian. Kajian menunjukkan bahan anti oksidan mengurangkan risiko penyakit kerana ia melindungi sel-sel tubuh daripada kesan serangan radikal bebas. Kajian juga menunjukkan kurma amat baik untuk kesihatan otak kerana ia bersifat anti keradangan iaitu ia menurunkan penanda keradangan interleukin 6 (IL-6) yang berkait rapat dengan penyakit neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer. Kajian ke atas haiwan menunjukkan kurma meningkatkan memori, pembelajaran dan mengurangkan tabiat akibat kerisauan.

Walaubagaimanpun kurma masih mempunyai jumlah gula yang tinggi di dalamnya, oleh itu pengambilan kurma secara berlebihan adalah tidak digalakkan. Berdasarkan hadith Nabi Muhammad SAW yang menggalakkan pengambilan kurma Ajwa sebanyak 7 biji setiap hari adalah jumlah yang baik dan boleh kita amalkan. Jadikan pengambilan buah kurma setiap hari sebagai satu tabiat pemakanan sihat untuk kesihatan yang lebih baik. Insyaallah
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MScAARMMA(UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)

Photos from Tamar House M Sdn Bhd's post 22/02/2024

Selamat pagi warga Kelate..

Sempena ketibaan bulan Ramadhan tidak lama lagi,Tamar House sedang mengadakan jelajah promosi di beberapa pasaraya dalam kelate dan juga Terengganu..Hok mana teringin nak cuba kismis atau kurma kami boleh lah singgah di kiosk kami jika ternampak kami..

Untuk makluman adik kakak,kiosk kami sentiasa bergerak ya..hari ni pasaraya lain,esok pasaraya lain plak..jadi jangan lepaskan peluang kalau nampak kiosk kami untuk rasai sendiri produk kami..

Jangey malu jangey segey untuk cuba secara percuma pelbagai jenis kismis dan kurma dan jika berkenan buleh terus beli 😆

"CARI KURMA,INGAT TAMAR HOUSE"

06/02/2024

❤️❤️JUALAN KURMA PRA MUSIM❤️❤️
***HARGA BORONG UNTUK PELBAGAI JENIS KURMA***
**DIBUKA UNTUK BORONG DAN RUNCIT**
** UNTUK WALK IN CUSTOMER SAHAJA**

Jom Pakat Maghi Blako Di Event kami,berlangsung setahun sekali jah..

Tarikh Event Bermula : 7 Feb 2024 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi - 5.00 petang ⏰
Lokasi : Gudang Tamar House,Padang Tembak Pengkalan Chepa,Kota Bharu,Kelantan

"Cari Kurma, Ingat Tamar House"

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi wasap link di bawah
https://wa.link/pymsa7

20/12/2023

🚨🚨JAWATAN KOSONG 🚨🚨

PENGAMBILAN SEGERA!!

JAWATAN : EKSEKUTIF JUALAN/SALESMAN/SALESGIRL

KRITERIA
- LELAKI/PEREMPUAN
- BERUMUR TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN
- MENETAP DI KAWASAN KOTA BHARU
- MEMPUNYAI KENDERAAN SENDIRI
- PERWATAKAN CERIA & MUDAH BERBICARA
- BERSEDIA UNTUK BEKERJA DI LUAR KAWASAN
- BOLEH MENERIMA ARAHAN
- BERPENGALAMAN DALAM BIDANG PASARAYA DIUTAMAKAN
- GAJI+KOMISYEN

SILA HANTAR RESUME ANDA KE:
[email protected]

26/04/2023

Iklan Jawatan Kosong !!!

Salesman/Salesgirl (1 kekosongan)

🍁Berumur 20- 35 tahun
🍁Memiliki kenderaan dan lesen memandu yang sah
🍁Mempunyai pengalaman dalam bidang jualan
🍁Jujur,amanah dan berminat dalam bidang jualan
🍁Gaji basic + komisen
🍁Manfaat caruman KWSP,PERKESO, Cuti Tahunan,Cuti Sakit,Elaun Perubatan, Kenaikan Gaji dan Bonus Tahunan

Jika berminat boleh hubungi kami di 014-3098206 untuk maklumat lanjut (butiran kerja)

18/04/2023

-------------------- NOTIS CUTI HARI RAYA -------------------

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya 2023 yang bakal menjelma, pihak kami ingin memaklumkan disini bahawa pihak kami akan bercuti (menutup operasi) dari 20.04.2023 (Khamis) sehingga 25.04.2023 (Selasa) dan akan kembali beroperasi pada 26.04.2023

Disini, kami mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat islam terutamanya kepada para pelanggan kami.

Terima kasih.

09/04/2023

Carilah LailatulQadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil..

Tanda-tanda berlakunya lailatulqadar
1.Malam terasa sejuk,terang,tidak berawan,tidak ada hujan dan angin berhembus lembut.Suasana terasa amat tenang.Tidak ada kebisingan
2. Matahari terbit tidak terang (bersinar lembut) dan tidak panas
3. Berlaku pada malam ganjil

Doa Agar Dapat Bertemu Malam Lailatulqadar👇

"Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya Dengan RahmatMu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Antara amalan yang digalakkan pada malam-malam tersebut ialah:-
1. Melakukan solat Qiamullail (Solat Tahajjud,Solat Taubat,Solat Hajat, Solat Tasbih,Solat Witir)
2. Berdoa memohon keampunan dan dihapuskan dosa yang lalu
3.Melakukan iktikaf, dengan menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai ibadah
4. Melakukan solat fardhu secara berjemaah
5. Memberi makan kepada orang berbuka
6. Membaca Al-Quran
7. Banyakkan bersedekah
8. Banyakkan berzikir,beristighfar dan berdoa

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya ‘alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini utk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dgn kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua.

Justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. Kami memohon agar setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami…kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah…ya Rahman…pada setiap keringat yang mngalir pada tubuh ayah kami dalam mcari rezki kepada kluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah.

Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dalam golongan orang yang Engkau redhai…apabila tiba p**a giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami.

Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya ‘Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Amiin… Ya Rabbal ‘Alamiin.

09/04/2023

Terima kasih semua..

20/03/2023

Selamat Datang Bulan Ramadhan, Datangnya Malam Seribu Bulan.Semoga tahun ini kita semua dapat berjumpa dan menunaikan ibadah pada bulan puasa lebih daripada tahun yang sebelumnya.

Antara 10 persiapan menyambut Ramadhan :

1. Tidur dan bangun awal
2. Memperbanyakkan zikir di waktu sengkang
3.Berlama-lama dengan Al-Quran
4. Meninggalkan perbuatan yang tidak bermanafaat
5. Mendekatkan diri dengan masjid
6. Menyemak semula hukum hakam yang berkaitan dengan ibadah puasa
7. Menjaga kesihatan sebaik mungkin
8.Menyiapkan jiwa dan roh untuk melalui proses penyucian jiwa
9.Menghidupkan suasana Ramadhan di rumah
10. Rencanakan target Ramadhan

Photos from Tamar House M Sdn Bhd's post 23/02/2023

Alhamdulillah..

Selesai penghantaran kepada salah satu pelanggan kami yang berada di Utara..

Pihak kami sedia menerima dan menghantar pesanan kurma ke semenanjung Malaysia mengikut terma dan syarat..

Yang berminat,boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.👇

https://wa.me/60143098206?text=Delivery%20kurma

22/02/2023

Salam 1 Syaaban 1444H.

Umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan di bulan Sya'ban dengan melakukan berbagai aktiviti ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti berpuasa, solat, membaca al-Qur'an, berdoa, bersedekah, bertahlil, berwirid dan sebagainya.

Doa memasuki bulan Sya'ban

اللَّهُمَّ كَمَا بَلَّغْتَنَا شَعْبَانْ فَبَلِّغْنَا رَمَضَانْ وَاكْتُبْنَا مِمَّنْ صَامَهُ وَقَامَهُ اِيْمَانََا وَاحْتِسَابََا حَتَّى نَحْظَى بِا لْغُفْرَانِ وَسُكْنَى الْجِنَانْ وَالْعِتْقَ مِنَ النِّرَانْ

"Ya Allah, sebagaimana engkau telah menyampaikan kami di bulan Sya'ban, maka sampaikan umur kami di bulan Ramadhan, dan takdirkan kami termasuk golongan orang orang yang berpuasa dan mendirikan solat malam dengan dasar iman dan berharap pahala. Hingga akhirnya kami beruntung mendapat pengampunan dosa dan bertempat tinggal dalam surga dan bebas dari sentuhan api neraka."

Photos from Tamar House M Sdn Bhd's post 22/02/2023

Jom dapatkan kurma bertangkai daripada pihak kami.😉

21/02/2023

Musim dio maghi dah adik kakok..buleh klik link di bawah untuk tanya harga produk kami:👇

https://wa.me/60143098206?text=katalogkurma

16/02/2023

Salam Israk Mikraj 27 Rejab/18.02.2023

Photos from Tamar House M Sdn Bhd's post 14/02/2023

CLEARANCE STOCK!!!🤩🤩

Stok terhad dan dijual untuk walk in customer sahaja

Sambil-sambil tu buleh maghi beli kurma jugak.

📌Lokasi: Gedung Tamar House Padang Tembak,Pengkalan Chepa

12/02/2023

~Jawatan Kosong~

Assalamualaikum..
Kami sedang mencari kerani Data Entry (Kontrak) yang boleh mula bekerja dengan segera

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi kami di nombor di bawah
https://wa.me/60143098206?text=keranidataentry

Photos from Tamar House M Sdn Bhd's post 01/02/2023

❤️❤️JUALAN KURMA PRA MUSIM❤️❤️
***HARGA BORONG UNTUK PELBAGAI JENIS KURMA***
**DIBUKA UNTUK BORONG DAN RUNCIT**
** UNTUK WALK IN CUSTOMER SAHAJA**

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI UNTUK DAPATKAN KURMA SERENDAH RM5/KG📣📣📣

Jom Pakat Maghi Blako Di Event kami,berlangsung setahun sekali jah..

Tarikh Event Bermula : 12 Feb 2023 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi - 5.00 petang ⏰
Lokasi : Gudang Tamar House,Padang Tembak Pengkalan Chepa,Kota Bharu,Kelantan

PROMOSI HEBAT PELBAGAI JENIS KURMA TERMASUK
✅KURMA TANGKAI AS SYARIFF
✅NATURAL LOOSE
✅KURMA TANGKAI LOOSE
✅KURMA MADU LOOSE
✅PRUNE
✅MABROOM
✅DABBAS
✅KHASSUI
✅MARIAMI

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi wasap link di bawah
https://wa.me/60143098206?text=jualan%20pra%20musim

31/01/2023

31 Januari 2023

Assalamualaikum w.b.t

Tamar House mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada En Wan Mohamad Zaki Bin Mohamed Daud di atas pelantikan beliau sebagai salah seorang ahli lembaga Pengarah Syarikat TH.

Beliau mempunyai pengalaman luas di dalam bidang peruncitan dan perdagangan barang asas selama hampir 12 tahun.

Salah satu pencapaian beliau ialah berjaya membangunkan perniagaan sendiri dan menjadi CEO kepada syarikat Mahabbah Khalifa Sdn Bhd.

Semoga dengan perlantikan ini dapat membantu TH mengembangkan lagi sayap perniagaan.

Tahniah sekali lagi diucapkan.

Photos from Tamar House M Sdn Bhd's post 28/01/2023

Majlis perpisahan dengan salah seorang staf kami..Pihak TH mengucapkan selamat bertugas dan semoga berjaya di tempat baharu..😊

22/01/2023

Happy Chinese New Year to all Chinese in Malaysia...😊

07/01/2023

Kami sedang mencari pelajar praktikal

LOKASI : PADANG TEMBAK, PENGKALAN CHEPA

Pengkhususan dalam bidang:
Peruncitan, Keusahawanan, Pemasaran ,Logistik

Kelayakan :
1. Tinggal berdekatan dengan penempatan
2. Mempunyai kenderaan sendiri
3. Berfikiran positif dan ingin belajar
4. Semangat berpasukan yang tinggi
5. Boleh mula bekerja pertengahan Feb,2023

Elaun disediakan

PERMOHONAN DITUTUP PADA 31 JANUARI 2023

24/12/2022

Pihak pengurusan TH mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada En.mohd Fadzil Bin Saleh di atas pelantikan beliau sebagai salah seorang Lembaga Pengarah TH.

Semoga dengan pengalaman luas En.Fadzil di dalam bidang perniagaan,trading dan international boleh membawa TH pergi lebih jauh dan maju pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi pihak kami ucapkan.☺️

21/12/2022

21 Disember 2022

Wakil dari pengurusan TH mengagihkan sumbangan berupa keperluan asas kepada pekerja bagi menghadapi bencana banjir yang sedang berlaku.🥰

Alhamdulillah.Terima kasih bos.

27/11/2022

Pihak kami mengucapkan sekalung tahniah kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Yang Ke-10.

Semoga negara Malaysia yang tercinta ini terus cemerlang dan aman dibawah kepimpinan YAB.

21/11/2022

Jawatan Kosong: Kelindan
Kekosongan : 1

Skop Kerja :
1. Melakukan tugas harian memunggah barangan runcit ke dalam lori
2. Mengikut pemandu lori menghantar pesanan ke kedai-kedai runcit dan memunggah keluar barangan dari lori
3. Memastikan barangan yang dipunggah masuk ke dalam lori sama dengan pesanan pelanggan
4. Boleh melakukan kerja-kerja am lain mengikut arahan pihak atasan

Syarat minimum:
1. Mempunyai lesen B2,D
2. Boleh mengangkat barang berat seperti beras dan susu tin (caton)
3.Menepati masa,disiplin,amanah dan solat 5 waktu
4. Boleh bekerja lebih masa (OT akan dibayar)
5.Boleh mendengar arahan
6. Keutamaan diberikan kepada yang boleh masuk kerja dengan segera

17/11/2022

Selamat petang adik kakok...🥰

Jangey lupa keluar mengundi 19 November 2022 nie.Pihak kami mengucapkan selamat menunaikan tanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pihak kami akan bercuti pada 19 & 20 November 2022 bagi memberi ruang kepada kakitangan kami untuk keluar mengundi...🛵🛵

10/11/2022

"ALLAH Ditaati,Raja Disanjungi ,Rakyat Dikasihi"

Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah pihak kami ucapkan diatas sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Muhammad V yang ke-53 pada hari esok, 11 November 2022 bersamaan 16 Rabiulakhir 1444H.

Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi Tuanku dunia dan akhirat.

Makluman:
📌Pihak kami akan bercuti pada 12 & 13November 2022 (Sabtu & Ahad) dan akan kembali beroperasi pada hari Isnin.

09/11/2022

~Kurma Medjool~

Pokok Kurma Medjool berasal dari pantai Atlantik di Maghribi dan biasanya tumbuh di kawasan tropika dan subtropika. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan tropika dan subtropika boleh membesar dalam tempoh enam bulan yang paling panas dan cuaca hujan menjadikan keadaan lebih mencabar dan membantutkan kadar pertumbuhan. Ia mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk cabang yang berakar mekar buat kali pertama, dan setahun berikutnya ia akan tumbuh menjadi pokok, tetapi pokok hanya akan menjadi matang selepas lima atau enam tahun.

Pokok kurma Medjool biasanya bersaiz antara 8 dan 25 m tinggi dan juga memerlukan persekitaran matahari yang terik serta ditanam secara meluas di negara-negara tropika untuk digunakan dalam bentuk komersial dan untuk pembangunan kediaman.

Oleh kerana sensitiviti jenis kurma ini terhadap kualiti udara dan kelembapan tanah, ia jauh lebih sukar untuk berkembang dalam keadaan terbaik berbanding dengan jenis buah kurma lain yang membuatkan harga kurma ini agak tinggi berbanding dengan kurma yang lain.

Ciri-ciri Kurma Medjool:
Bersaiz jumbo dengan ukurannya boleh mencapai sehingga 5cm sehingga ia digelar Raja Kurma kerana saiznya yang besar atau kurma berlian disebabkan bentuknya.
2. Berwarna perang atau coklat tua dan rasa manis seperti karamel
3. Walaupun setelah dikeringkan, isinya tetap lembut dan tebal

Khasiat Kurma Medjool:
1.Kaya dengan serat
Membuatkan rasa kenyang lebih lama.Membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman, mencegah sembelit dan seterusnya mencegah kolestrol jahat.
2. Tinggi zat besi
Kandungan zat besi yang tinggi membantu membentuk hemoglobin di sel darah merah dan menyeimbangkan kadar oksigen di darah.Kurma medjool juga sering dijadikan sebahagian dari diet kerna kandungan zat besi dan kalsuu
3.Mencegah penyakit
Kandungan potasium dan vitamin yang tinggi dapat mencegah penyakit seperti jantung,strok,kanser dan osteoporosis iaitu keadaan dimana tulang seseorang itu menjadi rapuh dan mudah patah.Kurma juga dapat membantu mengawal kadar gula darah dan menurunkan tekanan darah.
4.Penguat memori
5. Baik untuk wanita mengandung dan bersalin

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Pengkalan Chepa?
Click here to claim your Sponsored Listing.

TAMAR HOUSE (M) SDN BHD HISTORY

TAMAR HOUSE PENGIMPORT BUAH KURMA DAN MENGEDARKAN KEPADA PEMBORONG DAN PASARAYA DI SELURUH KELANTAN.

MENJUAL SECARA RUNCIT DI PREMIS DAN JUGA SECARA ONLINE DI SHOPEE https://shopee.com.my/search?keyword=thmart.dates

Videos (show all)

❤️❤️JUALAN KURMA PRA MUSIM❤️❤️***HARGA BORONG UNTUK PELBAGAI JENIS KURMA*****DIBUKA UNTUK BORONG DAN RUNCIT**** UNTUK WA...
Musim dio maghi dah adik kakok..buleh klik link di bawah untuk tanya harga produk kami:👇https://wa.me/60143098206?text=k...
selamat tahun baru 2023
Long time no see 🙈
Jom mari singgah di Salsabil cawangan berek 12, Kota Bharu KelantanSempena pembukaan cawangan salsabil berek 12 dan hari...
Reminder promo Merdeka
Assalamualaikum selamat pete#jomsinggah di Eila kedai runcit, berhadapan kedai nasi air dingin, tumpatKedai ini merupaka...
Soft reminder still on pakej pra merdeka.
Jom singgah ke Kedai KQQ Mart di tepi sungai berdekatan Ridel Hotel KB.Merupakan rakan kerja Tamar House yang mana terde...
Pakej pra merdeka from tamar house. 😍
Rakan niaga Tamar House di sungai kelar pasir mas. Alhamdulillh makin maju. 👍

Telephone

Address


Kompleks Kilang SME Bank, Lot A-3 & A-4 Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa Fasa 1
Pengkalan Chepa
16100

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:00

Other Pengkalan Chepa health & beauty businesses (show all)
Taharah MFM Taharah MFM
KAMPUS KOTA KARUNG BERKUNCI 36
Pengkalan Chepa, 16100

We manufacture face masks to protect from being infected with harmful bacteria and ensure comfort.

Pusat Ikhtiar Rawatan Syifa' Kota Bharu Pusat Ikhtiar Rawatan Syifa' Kota Bharu
Pengkalan Chepa, 16100

Rawatan Islam

Geng Farmasi KKPC Geng Farmasi KKPC
Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa
Pengkalan Chepa, 16100

MIKA JUBAH HIJAU MIKA JUBAH HIJAU
Pt2029 Block J 102 Perumahan Jpn Jalan Padang Tembak Pengkalan Chepa Kot Bharu
Pengkalan Chepa, 16100

dengan izin allah dgn mehendak allah

Qaseh As-Syura Qaseh As-Syura
Karung Berkunci 36, Kota Bharu
Pengkalan Chepa, 16100

We sell Perfume goods to our customers as best as we can

A&A mobile BEKAM A&A mobile BEKAM
Padang Tembak
Pengkalan Chepa, 16100

BEKAM BERGERAK 🚗. JANGAN RISAU KAMI KE TEMPAT ANDA. JOM HIDUPKAN SUNNAH DENGAN BERBEKAM 🤗

Khayr Brand Pengkalan Chepa Kota Bharu Khayr Brand Pengkalan Chepa Kota Bharu
Jalan Padang Tembak
Pengkalan Chepa, 16100

Menjual makanan frozen sihat #KhayrBrand sekitar kawasan Pengkalan Chepa dan Kota Bharu, Kelantan.

DAUN SANNA ASLI DAUN SANNA ASLI
Pengkalan Chepa, 16100

Mampu merawat masalah sembelit , berat badan berlebihan , detox.

AG Nutrition State Stockist - Kelantan AG Nutrition State Stockist - Kelantan
PT1119 Rumah Kedai PKINK Padang TembaK
Pengkalan Chepa

Menawarkan produk pemakanan nutrisi dengan ramuan semulajadi yang terbaik dengan teknologi terkini. Matlamat kami adalah untuk mentransformasikan produk makanan bernutrisi tinggi d...

GenX 11 - Rawatan Muktamad Kelemahan Seksual Pada Lelaki GenX 11 - Rawatan Muktamad Kelemahan Seksual Pada Lelaki
Pengkalan Chepa

Rawatan Muktamad Kelemahan Fisiologi Besarkan Saiz Z***r Memanjangkan Hubungan Seks

Mamasab kosmetik Mamasab kosmetik
Pengkalan Chepa

semua produk mamasab ada dijual disini. kek yg murah, kambing perap yg sedap

Khaleefa Dates Kurma Ajwa Segar Dari Ladang Khaleefa Dates Kurma Ajwa Segar Dari Ladang
1218-B, PERSIMPANGAN MAAHAD, Jalan LONG YUNUS
Pengkalan Chepa

Kurma Ajwa asli dari Madinah yang segar dan sangat tinggi khasiatnya.