Kunyit Hitam Plus
Kebaikan Kunyit Hitam bantu mengawal kadar Kolesterol & Gula Dalam Darah
Tips menjaga diabetes dengan baik
DIET SIHAT, SEIMBANG
Penghidap diabetes boleh mengambil makanan yang sama seperti mereka yang tidak mempunyai diabetes dengan hanya sedikit penyesuaian. Sesengguhnya, tidak perlu menyediakan makanan berasingan atau membeli makanan istimewa. Malah, anggota keluarga dapat menikmati bersama makanan sihat dan berkhasiat.
Mulakan dengan memilih pelbagai jenis dari setiap kumpulan piramid makanan tanpa menjejaskan rasa atau nutrisinya. Sekiranya obes atau berlebihan berat badan, pilih makanan yang rendah lemak dan kalori (dan garam, untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi).
Pastikan banyak pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran serta bijirin dan banyakkan minum air - jadikan satu kebiasaan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan dan 3 hidangan sayur-sayuran seperti lobak merah, kubis dan kembang kol setiap hari. Minum 6 hingga 8 gelas (kira-kira 2 liter) air (kosong - bukan jus atau minuman berkarbonat) setiap hari.
Pastikan pengambilan serat yang mencukupi (kira-kira 20-30 g sehari) dalam diet harian. Sumber-sumber serat yang baik termasuk oat, beras yang tidak dibersihkan, roti bijirin dan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang tinggi serat membantu menurunkan paras glukosa dan juga paras kolesterol dalam darah, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.
Apabila mengambil makanan, adalah baik untuk mengamalkan panduan 'Pinggan Sihat' - penuhkan separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, satu perempat dengan protein seperti ikan atau ayam dan satu perempat lagi dengan karbohidrat (kompleks), sebagai contoh, beras atau roti. Sudah tentu, perlu menggunakan pinggan yang lebih kecil (tanpa menambah!), jika perlu menurunkan berat badan.
Dapatkan nasihat pakar diet jika memerlukan bantuan dengan pemakanan.
Kunyit hitam semakin dikenali kerana dikatakan mempunyai pelbagai khasiat seperti mencegah kanser, merawat penyakit paru-paru dan banyak lagi
1. Mencegah kanser
Kunyit hitam telah terbukti secara saintifiknya bahawa ia boleh membantu mencegah pertumbuhan sel kanser. Selain itu, ia juga mampu mengubah suai perubahan pra-kanser pada organ badan.
Penyelidikan lanjut juga mendapati bahawa kemoterapi konvensional yang digabungkan dengan kunyit hitam adalah sangat berkesan dalam menentang sel-sel kanser. Berbeza dengan rawatan moden, ia tidak mempunyai kesan sampingan.
2. Merawat penyakit berkaitan paru-paru
Kunyit hitam amat berkesan dalam memperbaiki atau merawat penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, bronkitis, radang paru-paru dan sebagainya. Sebagaimana juga dalam rawatan kanser, sebatian yang terdapat dalam kunyit hitam tidak akan mengganggu rawatan paru-paru yang menggunakan ubat-ubatan konvensional.
3. Melegakan kesakitan
Kunyit hitam juga terkenal sebagai ubat penahan sakit semulajadi yang hebat. Ia berguna dalam meringankan kesakitan akibat sakit gigi, ruam, masalah perut dan osteoartritis.
Namun begitu, perlu diingatkan bahawa pengambilan kunyit hitam perlulah dalam jumlah yang sederhana atau dos yang betul berdasarkan jenis penyakit yang anda alami atau ketidakselesaan yang anda alami.
4. Mengawal berat badan dan mengawal gula dalam darah
Kunyit Hitam membantu dalam memecahkan lemak dalam tubuh badan. Jika anda mengidamkan berat badan yang ideal, hanya masukkan sedikit kunyit hitam ke dalam menu harian anda. Pengeluaran hempedu yang efisyen membantu penghadaman yang lebih baik dan mencegah penyakit hati.
Selain itu, ia mengurangkan risiko membina rintangan insulin dalam badan iaitu masalah yang biasanya dialami oleh penghidap kencing manis.
5. Meningkatkan stamina
Kunyit hitam juga dikatakan mampu meningkatkan stamina dan kecergasan jika diambil dalam kuantiti yang kecil. Pengambilannya mestilah tidak melebihi 500 mg sehari kerana ia mampu membahayakan tubuh manusia.
Telephone
Website
Address
Perak