Farmivo Sdn Bhd

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Farmivo Sdn Bhd, Urban Farm, D-G-10C, Jalan PJU 10/9B, Prima Damansara, Petaling Jaya.

Baja AB Formula Khas
Baja Organik
Racun serangga dan kulat Organik
Kelengkapan kebun

Please visit our online shop at https://app.kmunity.my/page/detail/agroessentialbyfarmivo

Photos from Farmivo Sdn Bhd's post 06/01/2023

Salam semua. Kami nak share dengan followers semua produk panas sekarang iaitu Ken Microbe Combobac 1. Macam yg kami umum bulan November lepas, produk ni sampai tahap kilang pun under production dan kilang terpaksa naikkan production sebab nak kejar demand. Sekarang, Ken Microbe Combobac 1 dah back into the market ya. Dapatkan sekarang!

Order terus di https://wa.link/p582oi

[ TUTORIAL 10# ] Sistem Venturi Injector | sedut baja AUTO 25/11/2022

Salam jumaat followers semua. Hari ni kami kongsi teknik injector baja untuk memudahkan kerja-kerja menyiram tanaman tanpa perlu kita nak pening kepala bancuh baja AB dalam tangki nutrient. Semoga bermanfaat!

https://www.youtube.com/watch?v=jOwaAqeP_GE

[ TUTORIAL 10# ] Sistem Venturi Injector | sedut baja AUTO

16/11/2022

Salam followers semua. Macam mana rakan tani sekalian ada Ok ke? Sekarang ni musim tengkujuh, ade kebun yg terkesan dgn banjir, ade kebun terkesan dengan masalah production sebab air terlampau banyak dan juga lain-lain masalah seperti kulat sebab jadual meracun dah lari.

Kebun kami pun terkesan dgn banjir tapi alhamdulillah masih Ok. Malam ni kami just nak share sikit berkenaan cara nak handle tanaman semasa musim hujan.

First of all kena ingat ya tuan-tuan puan-puan, hujan itu rahmat, maka janganlah kita mencela hujan ye? Bagi kebun yg memang dah expect akan terkena banjir, seeloknya buat lah para atau tanam secara gantung. Inshallah polibeg tuan-tuan tak hanyut tapi pastikan ibu tiang tuan-tuan kukuh.

Bagi nak mengelakkan air hujan mengganggu kepekatan air baja atau masalah leeching, tuan-tuan boleh lipat polibeg-polibeg tuan-tuan tu untuk menutupi kawasan cocopeat yg terdedah bagi mengurangkan luas permukaan yg terdedah jadi kuranglah air hujan masuk. Tuan-tuan kalau boleh, cuba sukat berapa mililiter air hujan turun di kawasan tuan dan kekerapan waktu hujan turun. Contoh kalau hujan lebat kerap berlaku waktu petang, jadi tuan pekatkan baja waktu pagi.

Kami p**a memang menggalakkan penggunaan baja organik seperti trichoderma dan bacillus sebab makhluk organik ni lah yang akan berfungsi menstabilkan pH cocopeat tuan-tuan. pH yg stabil dalam julat 5.8-6.2 akan membantu pokok-pokok tuan untuk menyerap baja dengan lebih berkesan. Trichoderma yg disembur secara foliar ke pokok atau buah boleh membantu mengelakkan serangan kulat lagi-lagi waktu hujan ni jadual meracun kita terganggu.

Penggunaan bahan-bahan organik ni digalakkan dalam sela masa 14 hari. Jadi setiap dua minggu tuan-tuan topaplah penggunaan bahan organik tuan-tuan tu macam trichoderma, bacillus, mycorhizal dan lain-lain. Kalau kena serangan hawar pucuk, cepat-cepat clearkan bahagian yg terkena serangan, bawa sekali plastik beg, terus masukkan dalam plastik dan buang jauh-jauh. Kemudian terus masuk racun kulat dgn kesan penyembuhan (curative).

Yg akhir tuan-tuan, lepas kita dah berusaha, bertawakkallah kepada Sang Pemberi Rezeki. Inshallah kita dah usaha, ada hasilnya.

11/11/2022

Salam jumaat followers semua. Pemberitahuan, produk Combobac 1 dari Ken Microbe out of stock ya. Inshallah December 2022 kilang akan produce lebih banyak untuk cover demand. Terima kasih atas sokongan followers semua

29/08/2022

Salam semua followers Farmivo sdn bhd. Maaf lama tak bersiaran sebab kami sibuk nak restart projek di Perak. OK followers semua, hari ni kami nak share sedikit berkenaan dengan racun kulat atau lebih dikenali sebagai Fungicide. Kita sebagai petani moden mestilah sedikit sebanyak dah tahu pasal racun kulat ni sebab kita gunakan racun ni untuk nak cegah dan rawat serangan kulat seperti antraknos, lecuh batang, hawar pucuk dan lain-lain.

Tapi adakah kita tahu bahawa penggunaan racun kulat adalah tidak sama seperti racun serangga? racun serangga bertindak mematikan serangga perosak dengan MoA yang berbeza-beza namun, racun kulat tidak bertindak hanya dengan mematikan kulat. Racun kulat terbahagi kepada 2 jenis tindakan iaitu; (1) Protective (melindung) dan (2) Curative (sembuhan).

Disebabkan 2 jenis tindakan ini, kita hendaklah tahu sama ada racun kulat yg kita nak pakai tu bersesuaian dengan keadaan kebun kita. Sebagai contoh, apabila sudah ade serangan antraknos, penggunaan mancozeb sudah tidak berkesan lagi bagi mengawal serangan antraknos tersebut. Sebaliknya kita kena pakai racun lain yg sesuai utk mengawal antraknos tetapi mempunyai tindakan Curative atau sembuhan seperti benmyl atay azoxystrobin.

Macam mana kita nak tahu racun tu ada tindakan sembuhan atau perlindungan? Senang sahaja. Baca label di belakang packaging racun.

Sekiranya racun serangga adalah dibawah pemantauan IRAC, racun kulat p**a dibawah pantauan FRAC. Jadi sebelum kita nak pakai apa-apa racun kulat, sila rujuk dahulu FRAC untuk kita nak tahu racun kulat tu di bawah kump**an apa supaya kita tak guna racun yg berada dalam kump**an yg sama sahaja. Pelbagaikan MoA supaya aktiviti meracun kita lebih berkesan dan efektif.

Oh ya, ramai followers yg minta kami untuk share jadual meracun serangga dan kulat. Maaf ya, kami bukan tak boleh bagi tapi keadaan kebun semua orang adalah berbeza dan tiada jadual yg spesifik yg dapat kami berikan. Apa yg boleh kami boleh cakap ialah, fahamkan serangga apa yg banyak di kebun tuan-tuan kemudian buatlah jadual yg bersesuaian seperti yg pernah kami share dulu. kalau kebun tuan-tuan masih belum ada serangan, cuba pakai racun organik dahulu untuk pencegahan dan sekiranya sudah ade serangan, barulah mula pakai racun kimia.

Sedikit sharing maklumat daripada kami. Harap bermanfaat untuk followers semua. Sekiranya ada apa-apa masalah, terus je WhatsApp +60192946938 untuk maklumat lanjut.

Photos from Farmivo Sdn Bhd's post 29/07/2022

Salam followers. Untuk makluman, kami di Farmivo Sdb Bhd merupakan pengedar produk-produk Ken Microbe yang sah. Anda semua boleh dapatkan bermacam-macam baja organik, racun serangga organik dan racun kulat organik dan lain-lain produk sama ada untuk tanaman anda.

Berikut adalah senarai produk-produk Ken Microbe yang kami edarkan;

1. Nemacardo (kawalan nematode) - RM146 / 1kg
2. Garlic Oil Extract - RM98 / 1liter
3. Pest Guard 4 (kawalan kumbang) - RM146 / 1kg
4. Garlic Powder Plus - RM43 / 1kg
5. Neem Oil Extract - RM90 / 1liter
6. Greeno Care (kawalan siput) - RM45 / 500g
7. Pest Guard 2 (kawalan ulat pengorek buah) - RM99 / 1kg
8. Pest Guard 3 (kawalan lalat putih) - RM146 / 1kg
9. Bio-Botava (kawalan thrips) - RM90 / 1liter
10. Combobac 1 (struktur tanah) - RM35 / 25kg
11. Combobac 2 (kawalan nematode dalam tanah) - RM52 / 20kg
12. Mychorizal Care (penggalak akar) - RM89 / 1kg
13. NPK Booster (menstabilkan pH tanah) - RM89 / 1kg
14. Palm Care ( penyerapan baja dan tahan penyakit - RM212 / 12kg
15. Phosphate Solubilizing Bacteria (penyerapan baja phosphate) - RM89 / 1kg
16. Combobac 3 (tumbesaran tumbuhan) - RM50 / 25kg
17. Amino-18 (tingkatkan kadar fotosintesis daun) - RM34 / 1liter
18. Seaw**d Extract (pertumbuhan akar, bunga) - RM34 / 1liter
19. Supra Calbo (tingkatkan kekerasan kulit buah) - RM40 / 1liter
20. Completed Trace (tambahan mikro nutrien) - RM57 / 1liter
21. Silicon Booster (tingkatkan kekerasan daun dan batang) - RM26.50 / 1liter
22. Wood Vinegar (mengusir serangga perosak) - RM19 / 1liter
23. Fulmino K (pertumbuhan bunga dan buah) - RM35.50 / 1liter
24. KMB-GA3 (pengeluaran bunga, kematangan daun dan buah) - RM70 / 1kg
25. Premium Booster (kawalan downey, kulit hitam daun) - RM190 / 1kg
26. Tricho Care (kawalan phytophthora dan fusarium) - RM89 / 1kg
27. Plant Protect (kawalan kanker kulit hitam) - RM106 / 1kg
28. Bacillus Care (kawalan soft-rot, layu bakteria) - RM89 / 1kg
29. Bio F1 (kawalan phytophthora, fusarium dan rhizoctonia solani) - RM146 / 1kg
30. Top Cleanse (membunuh bakteria, kulat dan virus) - RM75 / 1kg
31. Farm Clear (kawalan antraknos, mildew dan karat daun) - RM87 / 1liter
32. Oligo Chitosan (tingkat daya ketahanan) - RM34 / 1liter

Klik link https://wa.link/f4izxg untuk dapatkan produk Ken Microbe sekarang!

Sila like page kami https://www.facebook.com/farmivo untuk mendapatkan info-info terkini mengenai pertanian

14/07/2022

Salam followers semua. Tengah santai-santai packing cili kulai 461. Agak-agak berapa kilo dapat tu ye?

21/06/2022

Salam followers semua. Macam yang kami cakap semalam, kami jaga kualiti Baja AB fertigasi kami sebab kami hanya guna baja YARA untuk hasilkan Baja AB fertigasi kami.

Semalam order dah masuk, jadi pagi-pagi ni kami dah pacak depan kedai supplier dan terus beli stok untuk pre-mix Baja AB fertigasi berkualiti tinggi ni.

Nak dapatkan Baja AB fertigasi berkualiti tinggi? Terusss klik link WhatsApp ni

https://wa.link/cflj6n

Photos from Farmivo Sdn Bhd's post 20/06/2022

Salam followers. Sila dapatkan Baja AB fertigasi serta produk-produk Ken Microbe daripada kami!

Hindari white fly dengan teknik pembajaan yang akan kami kongsi dengan pembelian produk daripada kami. Jangan risau, kami juga adalah petani sama seperti anda semua dan kami mahukan yang terbaik untuk anda sebab itu Baja AB kami ini diperbuat hanyalah daripada baja YARA.

Dapatkan segera Baja AB fertigasi ini melalui aplikasi WhatsApp https://wa.link/atd05lhttps://wa.link/atd05l

P/S: Kami juga bekalkan keperluan fertigasi lain seperti set Netafim, w**d mat, polybag, cocopeat, peatmoss dan lain-lain

15/06/2022

Salam followers semua. Hari ini sempena Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023, kami nak kongsikan sikit berkenaan serangan serangga dan kulat yang biasa datang pada tanaman kontan specially pada pokok cili.

Kami ada sertakan gambar sekali untuk rujukan. Sebelum kita in details, kami nak share berkenaan jenis serangga dulu. Kategori pertama ialah dibawah kategori serangga menghisap. Serangga ini memang semua orang dah kenal iaitu whitefly, thrips, aphids dan hama. 4 serangga ini merupakan vektor kepada virus yang akan sebabkan penyakit bawaan virus.

Kategori kedua ialah serangga mengunyah. Serangga seperti ulat ratus dan lain-lain ini tak sebahaya macam kategori 1 tapi kalau tak dibendung, habis togel pokok.

Kategori ketiga ialah lalat buah. Serangan lalat buah adalah seperti dalam gambar yg pertama. Ada lubang bekas kena suntik dan buah lembik.

Serangan serangga perosak ni secara am nya kita boleh tackle dengan gunakan racun kimia atau organik. Tapi, penggunaan racun kimia memerlukan petani untuk mahir dalam teknik menyulam bahan aktif (Ai) dan timeline yang tepat.

Setiap Ai ada Mode of Action (MoA) yang berbeza. Jadi penting untuk kita tahu kita nak target apa untuk serangga tertentu dan akan lebih efektif kalau kita pelbagaikan MoA. Kita juga perlu lihat sama ada Ai jatuh dalam kump**an IRAC yang sama atau tak. Sebagai contoh Ai Abamectin dan Emamectin Benzoate adalah dalam group 6 dengan MoA Nerve and muscle action.

Jadi kita jangan lah campur Abamectin dan Emamectin Benzoate ni sekaligus atau guna secara berturut sebab ini akan menyebabkan serangga rintang terhadap racun dan tak berkesan pun.

Satu kesalahan biasa petani ialah lupa untuk masukkan sekali racun telur yang akan target fasa awal serangga. Kebiasaannya kita cuma target serangga dewasa tapi lupa nak target telur atau nimfa serangga.

Cukup untuk hari ini dulu. Nanti kami akan kongsikan p**ak berkenaan serangan kulat.

Photos from Farmivo Sdn Bhd's post 09/06/2022

Salam followers semua. Kini anda semua boleh dapatkan set NETAFIM lengkap dengan microtube 4mm dan dripper serendah RM1.30 per set.

Terus WhatsApp untuk info pembelian set NETAFIM ini

https://wa.link/0l7n2t

08/06/2022

Salam followers. Semoga anda dan tanaman anda sihat-sihat sahaja hendaknya.

Kami ada buat sharing dulu berkenaan keperluan air dan baja yang mencukupi bagi nak pastikan tanaman kita sihat dan rintang penyakit. Tak kira apa jenis tanaman kita pun, air dan baja yang mencukupi itu yang kita perlu jaga sentiasa.

Kami menggunakan EMITTER untuk nak pastikan volume air yang drip keluar adalah SAMA di setiap poin dalam kebun kami. Masalah pressure air ini, tak berapa nak nampak sangat kalau jumlah tanaman kurang daripada 1000 tapi akan jadi signifikan bila tanaman anda melebihi 1000.

Kami guna emitter brand NETAFIM dengan kadar air 2 liter untuk 1 jam. Kira-kira 33 mililiter untuk 1 minit. Jadi senang untuk kami rancang berapa volume air nak drip untuk hari itu.

Tapi, penggunaan emitter sahaja tak cukup ye. Volume air dalam cocopeat juga perlu kita monitor. Jadi kami monitor dengan teknik drain station. Untuk lebih mudah, anda boleh je guna moisture sensor beli di shopee untuk monitor moisture dalam cocopeat.

Pastikan air sentiasa cukup lagi-lagi la waktu panas. Kita taknak pokok kita terlampau stress nanti akan menyebabkan datang penyakit dan bunga gugur. Kalau guna moisture sensor, pastikan dapat maintain atas 50% tapi tak lebih 60% setiap hari dan kalau guna teknik drain station, pastikan ratio water in dan water out ialah 5%:20%:5% untuk waktu pagi, tengahari dan petang untuk setiap hari.

Sedikit sharing untuk hari ini dan moga datangkan manfaat untuk followers semua.

Photos from Farmivo Sdn Bhd's post 12/05/2022

Ramai followers Farmivo yg tertanya-tanya sama ada kami ni hanya lah penjual baja semata-mata atau juga petani. Untuk info semua, kami juga merupakan petani dan kami telah mula bertani sejak tahun 2017 lagi secara kecil-kecilan.

Kami pernah tanam cili, terung mini dan merancang nak tanam bendi tapi tak jadi sebab kami rasa tanam cili is still the best jadi kami tanam cili balik.

Pengalaman dan sharing dari networks dalam industri pertanian banyak mematangkan kami dan kami nekad untuk kongsikan pengalaman kami dalam pertanian dengan rakan-rakan tani yang lain.

Produk-produk yang kami provide juga merupakan produk kami sendiri (baja AB) dan kami pakai sendiri (produk Ken Microbe) di kebun kami. Kami dah test/cuba/try di kebun then barulah kami promote.

Kami juga dapat technical support daripada Ken Microbe untuk bantu sekiranya ada produk-produk yang kami belum pernah cuba lagi.

Antara produk Ken Microbe favourite kami ialah, Mychorizal Care, Tricho Care, Bacillus Care, Oligo Chitosan, Completed Trace, Supra Calbo, Combobac 1, Combobac 2, Seaw**d Extract dan Amino-18.

Produk-produk ini membantu tumbesaran pokok untuk nak dapatkan akar yg sihat, tinggi rintangan penyakit, bunga lekat dan buah yang elok.

Jadi kami amat amatlah menggalakkan rakan-rakan tani sekalian untuk cuba produk-produk Ken Microbe dan guna Baja AB kami sebab kami hanya gunakan baja YARA sebagai bahan utama untuk jaga kualiti.

Jom rakan tani semua! Terus WhatsApp saya untuk dapatkan apa-apa nasihat dan beli terus produk kami di https://wa.link/43c8rm

Boleh juga terus beli melalui kedai online kami di https://app.kmunity.my/page/detail/agroessentialbyfarmivo

10/05/2022

Salam dan selamat pagi. Sedikit sharing untuk hari ini.

Dalam pertanian, tak kira sama ada kita tanam cili, terung, timun, rock melon, durian atau segala apa jenis tanaman sekali pun, ada 3 kunci utama yang kita perlu jaga;

1. Air yang mencukupi
2. Baja yang mencukupi
3. Kondisi yang optimum untuk pertumbuhan yang sihat

Cuba korang jaga 3 kunci utama ni dan perhatikan kesannya pada pokok tanaman korang, mesti berhasil!

Selamat mencuba!

Nak beli Baja AB Formula khas yang diperbuat esklusif daripada baja YARA sahaja? Harga mampu milik RM210 sahaja untuk 1 set baja AB 25kg

WhatsApp je terus https://wa.link/7xun7s

Photos from Farmivo Sdn Bhd's post 09/05/2022

Salam dan selamat hari raya aidilfitri.

🔸Berita baik! Kami kini membekalkan Cocopeat berkualiti dengan harga mampu milik RM10 untuk satu guni dan penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia adalah percuma untuk pembelian 100 guni dan ke atas.

🔸Hebahan harga untuk produk Baja AB Formula Khas.

🔸Harga untuk satu set baja AB telah dinaikkan kepada RM210 untuk setiap set atas sebab kenaikan harga baja YARA yang kami gunakan sebagai baja tunggal dalam produk kami ini. Kami mementingkan kualiti jadi hanya baja YARA yang kami gunakan.

Tunggu apa lagi? Order sekarang!

WhatsApp je terus https://wa.link/kw78fehttps://wa.link/kw78fe

Photos from Farmivo Sdn Bhd's post 27/04/2022

Cepat restock Baja AB Formula Khas dan produk-produk organik Ken Microbe dengan kami sempena raya!

🔥🔥🔥Promosi khas Aidilfitri🔥🔥🔥
👉 Diskaun RM20 untuk pembelian melebihi RM200!
👉 S**a diskaun? Kami tambah lagi RM20 diskaun sekiranya anda beli melebihi RM400!
👉 Penghantaran percuma sekitar lembah Klang!

Terus WhatsApp je untuk order https://wa.link/z3u6w1

25/04/2022

Salam dan selamat pagi semua. Hari ini kami nak kongsikan sedikit info-info berkenaan EC dan pH baja, instrumen, tips dan teknik. Enjoy

Link YouTube; https://www.youtube.com/watch?v=SJRkZ0sUkQI
Nak dapatkan Baja AB Berkualiti WhatsApp je; https://wa.link/djy5gk

Photos from Farmivo Sdn Bhd's post 22/04/2022

Salam Jumaat dan selamat pagi. Semalam buyer kami dari Temerloh, Pahang datang sendiri untuk pick up Baja AB Formula Khas sebanyak 30 set. Buyer sanggup turun jauh-jauh sebab baja AB kami dibuat daripada baja jenama YARA sebagai bahan mentah jadi kualiti memang terbukti lah. Buyer pun sempat tapau sekali produk Ken Microbe Completed Trace untuk digunakan secara foliar.

Setel loading, terus buka sesi sharing panjang lebar berkenaan cili sakata 461 dan terung. Mana korang nak cari seller baja pakej sekali dengan sesi sharing ni hehe.

Jadi kalau korang semua nak dapatkan baja AB, produk Ken microbe pakej sekali dengan sesi sharing, boleh beli sekarang! Rojer kat WhatsApp je

https://wa.link/7xun7s

Photos from Farmivo Sdn Bhd's post 20/04/2022

Salam dan selamat pagi. Salah seorang customer kami yang dah borong siap-siap Baja AB Formula Khas sebanyak 20 set dan produk-produk Ken Microbe untuk kegunaan musim baru.

Nak dapatkan Baja AB Formula Khas dan produk Ken Microbe? Tekan link ini https://app.kmunity.my/page/detail/agroessentialbyfarmivo
atau WhatsApp https://wa.link/kilmzu

18/04/2022

Salam dan selamat pagi followers. Sempena cuti umum Nuzul Quran hari ini, kami ingin berkongsi dengan anda semua sedikit info dan tips-tips dalam penggunaan racun makhluk perosak dan juga kulat di kebun anda. Moga bermanfaat! Enjoy

https://www.youtube.com/watch?v=P_D27WAqCVU&t=115s

18/04/2022

Salam dan selamat pagi followers semua. Kami perhatikan ramai yang berminat dengan produk hot selling kami iaitu Baja AB Formula Khas. Jadi hari ini kami sertakan link youtube untuk ulangkaji berkenaan apa itu baja AB dan info-info berkaitan dengan pembajaan. Harap membantu ya!

https://www.youtube.com/watch?v=DKBXjrXHcN0

11/04/2022

HEBAHAN HARGA

Baja AB Formula Khas kini berharga RM188.00 untuk setiap set seberat 25kg. Pelarasan harga ini dibuat mengikut peningkatan harga semasa bahan mentah.

Sekian, harap maklum

Photos from Farmivo Sdn Bhd's post 08/04/2022

🔥🔥🔥HOT SELLING ITEM🔥🔥🔥

1. Ken Microbe Completed Trace - RM57 per 1 Liter
2. Ken Microbe Mychorizal Care - RM89 per 1 kg
3. Ken Microbe Tricho Care - RM89 per 1 kg
4. Ken Microbe Oligo-Chitosan - RM34 per 1 Liter
5. Ken Microbe Bacillus Care - RM89 per 1 kg
6. Baja AB - RM183 per 1 set (25kg)

Penggunaan baja AB formula khas dan produk Ken Microbe ini merangsang perkembangan akar, pertumbuhan sihat dan meningkatkan rintangan penyakit tanaman anda.

Sesuai untuk semua tanaman khususnya tanaman kontan seperti cili, terung, timun, kacang panjang dan lain-lain.

🔥🔥🔥Dapatkan sekarang dengan promosi penghantaran percuma di seluruh Lembah Klang!!!🔥🔥🔥

Layari website kami di

👉https://app.kmunity.my/page/detail/agroessentialbyfarmivo
👉https://app.kmunity.my/page/detail/agroessentialbyfarmivo
👉https://app.kmunity.my/page/detail/agroessentialbyfarmivo

Photos from Farmivo Sdn Bhd's post 24/03/2022

Salam dan selamat pagi. Bagi menyokong pertumbuhan tanaman yang sihat, petani perlu menggabungkan antara penggunaan baja dan racun kimia dengan baja dan racun organik. Bahan organik seperti bacillus, trichoderma, mychorizal, minyak neem sebagai contoh mampu untuk melindungi tanaman disamping merangsang pertumbuhan sihat pokok supaya tinggi rintangan penyakit.

Dengan menggunakan produk Ken Microbe edaran kami beserta baja AB formula khas, tanaman anda boleh tumbuh segar dan sihat serta menghasilkan hasil yang memuaskan hati dan poket anda. Sila scroll produk-produk kami dan dapatkan segera melalui belian di website kami di https://app.kmunity.my/page/detail/agroessentialbyfarmivo

23/03/2022

Salam dan selamat pagi semua. Inshallah dalam masa terdekat ni pihak Farmivo akan berkongsi cara-cara penggunaan produk-produk kami secara ringkas. Kami juga akan memperkenalkan produk dan juga fungsi-fungsi produk tersebut kepada tanaman anda. Stay tuned ok?

07/03/2022

Salam followers semua. Diharapkan agar anda semua dan tanaman-tanaman anda sihat-sihat belaka. Semalam kami telah dapat info daripada salah seorang klien kami yang telah membeli dan menggunakan produk Mychorizal Care untuk semaian benih cili sakata 461.

Klien kami telah menggaulkan 20g dalam 1kg peatmoss sebelum menggunakan peatmoss tersebut sebagai media semaian. Boleh juga sekiranya MC itu dibancuh dengan kadar 1:1000 dengan air kosong dan bancuhan itu disembur pada media semaian selepas semaian selesai dibuat.

28/02/2022

Salam followers semua. Diharapkan agar anda semua dan tanaman-tanaman anda sihat-sihat belaka. Baik untuk hari ini, kami akan kongsi dengan anda berkenaan dengan satu kaedah untuk memastikan sistem fertigasi anda dapat mengagihkan air baja secara tepat kepada setiap polibeg.

Kaedah ini amatlah senang tetapi akan memerlukan sedikit kos iaitu dengan menggunakan emitter. Emitter ini terdapat beberapa jenis dan beberapa jenama. Kami menggunakan emitter berjenama NETAFIM dengan spesifikasi kadar aliran 2 Liter sejam (2L/h)

Dengan menggunakan emitter ini, purata isipadu air yang dialirkan ke setiap polibeg adalah kira-kira 33 mililiter seminit dan ini adalah sekata untuk setiap polibeg. Emitter ini mempunyai pressure threshold kira-kira 2 bar. Jadi anda perlu memastikan pam anda mempunyai head yang mencukupi dan susunan paip yang betul bagi membolehkan emitter anda berfungsi dengan baik.

Sekiranya pressure threshold ini tidak dapat dicapai, emitter tidak akan mengeluarkan air langsung. Kelebihan menggunakan emitter ini ialah anda tidak akan mengalami masalah terlebih air ataupun masalah siphon di tangki utama.

Semoga perkongsian hari ini memberikan manfaat kepada anda semua. Sekian

25/02/2022

Salam Jumaat followers semua. Diharapkan agar anda semua dan tanaman-tanaman anda sihat-sihat belaka. Baik untuk hari ini, kami akan kongsi dengan anda berkenaan dengan kesan-kesan pembajaan dan pengairan terhadap tanaman anda.

Kita tahu yang baja amat penting dalam tumbesaran tanaman namun, sekiranya kita terlebih dalam pemberian baja, ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap pokok. Penting untuk kita tahu berapakah kepekatan baja yang sesuai terhadap pokok, dan berapakah isipadu air yang diperlukan oleh pokok setiap hari. Ini merupakan tips untuk tanaman kontan sahaja seperti cili, terung, timun dan lain-lain.

Untuk pokok yang sedang bertumbuh dari 0 HST - 14HST, kita boleh beri baja dengan kepekatan dalam julat 1.3 EC - 1.6 EC. Setelah pokok memasuki fasa berbunga dalam 14HST ke atas, kita boleh pekatkan baja sehingga 1.8 EC dan apabila memasuki fasa tumbesaran buah, baja boleh dipekatkan 2.0 EC dan ke atas.

Namun begitu, kita sering lupa untuk perhatikan sama ada pokok kita dapat air yang mencukupi atau tidak. Jadi kite perlu guna satu teknik iaitu dengan membuat satu (atau lebih) drain station. Drain station ini digunakan untuk menakung air yang keluar daripada polibeg semasa proses pengairan sedang berjalan. Secara am nya, sewaktu sesi pagi, air yang ditakung mengalir keluar daripada polibeg seharusnya mempunyai peratusan sebanyak 5% daripada air yang dialirkan ke dalam polibeg. 20% untuk sesi tengahari dan 5% lg untuk sesi petang.

Sekiranya pokok anda tidak mendapat air yang mencukupi, anda akan mengalami masalah pokok kecil iaitu pucuk tidak naik, daun pucuk kecil, daun-daun keras, bunga tidak lekat, buah cepat tua (terung) walaupun saiz masih kecil dan saiz buah yang kecil dan ringan.

Kesimp**annya, dua parameter ini iaitu baja dan air hendaklah di perhatikan dan direkodkan dengan bersungguh-sungguh dan pastikan air dan baja diberikan sesuai dengan permintaan daripada pokok anda. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. Sekian

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Petaling Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Salam followers semua. Tengah santai-santai packing cili kulai 461. Agak-agak berapa kilo dapat tu ye?

Category

Address


D-G-10C, Jalan PJU 10/9B, Prima Damansara
Petaling Jaya
47830

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 19:00
Thursday 07:00 - 19:00
Friday 07:00 - 19:00
Saturday 07:00 - 19:00
Sunday 07:00 - 19:00

Other Urban Farms in Petaling Jaya (show all)
Urban Fungi Urban Fungi
No. 26, Jalan 9/5
Petaling Jaya, 46000

Indoor mushroom cultivation

greenstreetsmy greenstreetsmy
Lot 43, Lorong SS7/17K, SS7
Petaling Jaya, 47301

We revolutionise conscious eating and spending by offering 100% organic vegetables at affordable prices. Now you can know how your fresh produce is grown, where they come from and ...

Farm Two Fork Farm Two Fork
Bandar Utama
Petaling Jaya, 47800

An urban farming project using hydroponics from Yara Malaysia. Homegrown freshness for eating well! We grow spinach, kailan and herbs for safe and easy cooking!

JS Farmshelf JS Farmshelf
AL290, Jalan Kampung Baru, Kampung Baru, Sungai Buloh
Petaling Jaya, 47000

We are Professional Hydroponics Agriculture Planner. More than 8 years Farming Experience. Providing Hydroponics System, Plant Nutrient, Greenhouse and more.

Puchong Fresh Organic Produce Puchong Fresh Organic Produce
No. 7, Jalan BK 1/15, Taman Industri Kinrara
Petaling Jaya, 47180

A small organic and pesticide free urban farm located in Puchong town with varieties of fresh veges

The Urban Farm Malaysia The Urban Farm Malaysia
Tingkat 3, No. 1, Jalan 203, Seksyen 51
Petaling Jaya, 46050

Verd Verd
Petaling Jaya

Durian Lover Sdn Bhd Durian Lover Sdn Bhd
Petaling Jaya, 47301

We live and breathe durian!