Customer Is God

Sesungguhnya Shafaa dan Marwa adalah sebahagian dari syi’ar Allah[102]. - Surat Al-Baqarah Ayat 158

Photos from Customer Is God's post 20/10/2023

EASTERN TURKEY DENGAN HARGA PROMOSI, JIMAT RM 1000 SEORANG

Jom ikut kami dengan harga pakej tak masuk akal !

Cuma RM 6990 (HARGA ASAL RM 7990) SEORANG

13 November 2023

Nak ikut! Daftar segera dengan mengklik link di bawah:

https://wa.me/60189455008
(AMI)
https://wa.me/601171113911
(HASROL)



Via Vacation & Travel Sdn Bhd

www.viavacation.com

20/10/2023

MEMPERBANYAKKAN ISTIQHFAR PADA HARI JUMAAT

ISTIQHFAR - ertinya memohon keampunan dari Allah.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah sallalahu alaihi wasalam bersabda:
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi ALLAH, sesungguhnya aku beristighfar kepada ALLAH dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.” (Al-Bukhari, Hadis Sahih)

Daripada Syaddad bin Aus radhiallahu anhu, bahawa Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasalambersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-MU. Aku di atas perjanjian-MU dan janji-MU sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-MU kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-MU, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.”
(Al-Bukhari, Hadis Sahih)

19/10/2023
19/10/2023

BEST KEPT SECRET OF PAKISTAN

Passu ialah sebuah kampung kecil yang terletak di hulu lembah Gojal Hunza di Gilgit Baltistan, wilayah Pakistan di Pakistan Utara. Terletak di sepanjang Lebuhraya Karakoram di Upper Hunza, Pakistan, Passu ialah destinasi pelancongan yang popular di Pakistan dan di seluruh dunia kerana landskapnya yang mudah diakses, dan pemandangan gunung Passu Sar setinggi 7,478 m (24,534 kaki), Glasier Passu. , dan Tupopdan [de] 6,106m (20,033 kaki).

Passu Cones adalah tarikan utama di utara Pakistan…lupakan gunung ganang di Swiss atau di Dolomite buat sementara waktu…

Jom ikut kami dengan harga pakej tak masuk akal !

Cuma RM 5990

5 november 2023

Nak ikut! Daftar segera dengan mengklik link di bawah:

https://wa.me/60189455008
(AMI)
https://wa.me/601171113911
(HASROL)



Via Vacation & Travel Sdn Bhd

www,viavacation.com

19/10/2023

PIRAMID GIZA: IA SANGAT TUA DAN IA SANGAT BESAR

Ni cerita tentang anda; tak kira abang abang atau akak akak sedang berdiri di Giza;

Anda sedang melihat piramid tertua di dunia dengan penuh rasa kagum, anda terus teringatkan sejarah Piramid yang anda pernah pelajari dan baca. Sejarah Piramid yg telah dibina 4,600 tahun yang lalu. Tika itu, anda telah melupakan deruan kenderaan dan kesibukan lalu lintas di Kaherah dengan bunyi hon tanpa henti. Lalu lintas yg haru biru telah lenyap dari kotak minda lalu digantikan dengan ketenangan yang bening.

Sebelum datang ke Giza, anda telah pun baca & hadamkan sejarah Piramid itu;
Piramid telah dibina dalam tahun 2600 Sebelum Masehi. Lama sangat dah, dah lebih 4600 tahun. Piramid sudah berusia lebih 2500 tahun apabila Cleopatra membunuh diri dengan membiarkan seekor ular tedung mematuknya . Ianya berlaku dalam tahun 30 Sebelum Masehi. Masa anda sekarang lebih hampir dengan zaman Marc Anthony, Cleopatra dan Caesars berbanding dengan pembinaan Piramid.
Ia adalah bangunan tertinggi di dunia rekod yang telah dipegang selama lebih 3900 tahun, sehingga sebuah menara dibina di Lincoln Cathedral pada tahun 1311 Masehi.
Ia adalah projek kerja awam yang dllakukan secara besar-besaran, dengan skala yang mengagumkan sehingga hari ini. Semua piramid itu adalah projek gergasi pertama dengan skala yg begitu besar seperti ini yang dilakukan oleh manusia. Yang penting ia tidak dibina oleh makhluk asing! Lebih lebih lagi di kala itu mereka tidak mempunyai teknoloji canggih seperti kita pada hari ini.

HARGA ASAL RM 7990

HARGA PROMO RM 7790

SELAGI SEAT MASIH ADA !

23 NOV 2023....

Nak ke Mesir? Daftar sekarang..hubungi kami di bawah dengan mengklik link diberikan:

https://wa.me/60189455008
(AMI)
https://wa.me/601171113911
(HASROL)


Via Vacation & Travel Sdn Bhd

www.viavacation.com

18/10/2023

PROMOSI HEBAT SEHINGGA RM1000 DISKAUN SEORANG!

Destinasi hebat tak semestinya duit yang lebat diperlukan untuk memenuhi impian anda berada di sana, merakamkan momen-momen bahagia bersama insan-insan kesayangan & bukan sekadar makan angin tetapi untuk terapi minda dan menyaksikan keindahan bumi Tuhan!.

Sertai kami memburu keindahan di Eastern Turkey dari keindahan kebiruan tasik di Trabzon, kecantikan pantai di Antalya - Antalya adalah pintu masuk ke Turki dari selatan Laut Mediterranean, keunikan lanskap di Cappadocia & Istanbul bersejarah satu-satunya kota di dunia yang terletak antara 2 benua; Eropah & Asia !

Western Europe - di bulan November? Di penghujung musim luruh & permulaan Winter, amat selesa berjalan di waktu ini...Europe di mana akan saksikan muzium, squares, factory outlets & kepelbagaian lanskap yg pasti memikat lensa kamera anda..

Egypt? Mengunjungi Egypt (Mesir) adalah seperti anda mempunyai mesin masa anda sendiri - yang boleh membawa anda ke masa hadapan dan melontarkan anda jauh ke belakang beribu-ribu tahun dalam sekelip mata. Nak tahu kenapa? You will get the answer once you are there...apa tunggu lagi?

Seats Are Very Limited!

Penyertaaan amat terhad. Daftar segera untuk memperolehi harga promosi yang hebat ini......

Contact us now at:

https://wa.me/60189455008
(AMI)
https://wa.me/601171113911
(HASROL)
https://wa.me/60189167009
(KIES)

Via Vacation & Travel Sdn Bhd

www.viavacation.com

Photos from Customer Is God's post 17/10/2023

HEBATNYA KOTA MADINAH AL-MUNAWWARAH

Rasulullah sallahu alaihi wasalam menjadikan Madinah sebagai tanah haram atau Tanah Suci setelah Mekah al-Mukarramah.

Dalam sebuah hadis riwayat AL-Bukhari, Nabi Muhammad sallahu alaihi wasalambersabda: Sesungguhnya Nabi Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim mengharamkan Mekah dan aku berdoa untuk keberkahan Madinah, baik dalam mud maupun sa’-nya, sebagaimana Nabi Ibrahim alaihi salam berdoa untuk Mekah (Al-Bukhari dan Muslim).

Menjadikannya tanah haram bermaksud memuliakannya dengan mengharamkan beberapa perbuatan untuk tidak dilakukan di dalam batasan tanah haram bumi Madinah Al-Munawwarah....

Dalam satu riwayat dari Anas radhiallahu anhu sesungguhnya Nabi sallahu alaihi wasalam berdoa: "Ya Allah jadikanlah keberkatan kota Madinah dua kali lipat daripada keberkatan yang Engkau berikan kepada kota Mekah (Dipersetujui atas kesahihannya oleh Al-Bukhari & Muslim)

16/10/2023

KENAPA GAMBAR MASJID SHEIKH ZAYED DI ABU DHABI NI WARNA KUNING?
Ni bukan edit ye.

Kalau nak tahu masa Admin ke sini inspect hotel untuk group incentive ke Dubai dan Abu Dhabi, bulan April tak silap, kebetulan berlaku ribut pasir.

Admin anggap rezeki untuk kenal ribut pasir sebab di Malaysia takde.

Kebetulan juga berlaku ketika Admin dan rakan kerja singgah solat di masjid ni dalam 40 minit dan ribut pasir berlaku dalam 20-30 minit macam tu je.

Memang kabur ye mata Admin tak nampak apa ibarat orang rabun yang buka cermin mata.

Biasanya berlaku masa musim panas tapi jarang lah berlaku, tak silap Admin last berlaku tahun lepas.

Ribut pasir berlaku apabila angin terlalu kuat hingga ke tahap di mana ia dapat mengangkat lapisan atas pasir yang ringan di tanah dan meniupnya ke udara.
Angin tersebut boleh membawa zarah pasir sepanjang beribu-ribu kilometer.

Tapi takde lah over sangat macam dalam movie Mission Impossible tu.

Jadinya Admin suggest kalau nak ke Dubai atau Abu Dhabi, paling sesuai November ke Februari, cuaca pun just nice.

Dubai dan Abu Dhabi ni sebenarnya banyak tempat-tempat yang menarik, salah satu destinasi percutian pilihan keluarga sebab apa?

Ada tempat fun untuk anak-anak kecil/remaja seperti Ferrari World, Dubai Aquarium & Underwater Zoo, tengok Dubai Fountain malam2 sambil dinner di Dubai Mall.

Ada tempat yang sesuai untuk mak dan isteri shopping seperti Dubai Mall, Souk Madinat Jumeirah, Mall of the Emirates.

Untuk yang s**a adventure boleh skydiving.

Satu family boleh naik ke Burj Khalifa, bergambar di Burj Al Arab, boleh ziarah masjid Sheikh Zayed, boleh naik unta, makan2 di desert sambil tengok bintang2.

Kalau ada plan nak bawa keluarga bercuti ke Dubai dan Abu Dhabi tahun depan boleh contact kami di Via Vacation.

16/10/2023

BERCUTI BAWAK ANAK ANAK

Admin pernah lead satu group ke luar negara di mana di salam group tersebut terdapat 3 buah keluarga yg membawa anak anak mereka melancung. Kejadian berlaku di musim cuti sekolah hujung TAHUN. Anak anak mereka ada yg Masih bersekolah rendah, ada yg belajar di sekolah menengah Dan ada yg Masih belajar di IPTA Dan iPTS..

Dalam group juga ada pensioners, ada guru guru sekolah yg Masih dlm perkhidnatan, doktor, engineer, ahli perniagaan, doktor pakar, surirumahtangga Dan lain lain lagi...jadi group tu terdiri dari berbagai peringkat umur. Dalam ertikata lain ada kanak kanak, remaja, dewasa Dan warga emas ..

Apa yg admin Cuba nak beritahu ibubapa yg membawa anak anak mereka sekali boleh mentarbiah anak anak mereka Bagaimana utk menghormati orang orang yg lebih tua dari mereka...membantu mereka sekiranya perlu, menawarkan pertolongan, melayani mereka dengan sopan santun Dan ADAB...

Salah sebuah KELUARGA tersebut yg menyertai group tersebut diketuai oleh SI ayah

Ayah dia orang seorang doktor pakar di KPJ. Ibu.mereka pun doktor pakar. Mereka bawak ke lima Lima orang anak mereka, yg sulong umur dalam 18 tahun, yg no 2 16 tahun, yg ke 3 umurnya 12 tahun, yg ke 4 dalam 9 tahun Dan yg bungsu 6 tahun.

Admin sering terdengar si ibu menyuruh anaknya yg sulung membantu admin menguruskan bagasi group, mengedarkan air mineral dalam bas & membantu mengangkat bagasi beberapa orang warga emas yg sudi dibantu. MashaaAllah anak lelaki sulung mereka ni memang elok dibuat calon bakal menantu back orang kata. Anak-anak yg berumur 16 tahun & 12 tahun kedua duanya perempuan tapi apa yg admin tengok mereka amat beradab sekali dengan orang orang yg lebih tua Dari mereka, mereka membantu makcik makcik naik bas dengan mendahulukan makcik makcik yg pada pendapat admin sudah layak jadi nenek nenek mereka. Setelah kesemuanya naik barulah mereka naik.

Apa yg admin selalu peringatkan kepada group 2 kerusi paling hadapan hendaklah dikosong utk guide & your leader,.manakala 2 seat yg berikutnya hendaklah bergilir gilir mendudukinya agar semua atau sebahagian orang dapat menikmati permandangan indah di sepanjang perjalanan melalui cermin bas di hadapan pemandu.

Sesape yg nak bawak anak anak bercuti di musim cuti sekolah di hujung TAHUN ni bolehlah menyertai pakej Easteren Europe Via Vacation dgn harga PROMOSI RM7990. Jadilah bolehlah dikurangkan perbelanjaan sedikit dengan membawa anak anak tersebut

Via Vacation & Travel Sdn Bhd

Kalau nak jom ikut kami ke sana pada tarikh2x yg berikut:-

1. 21 OKT 2023 - RM 9990

2. 21 dec 2023 - CUMA DENGAN HARGA RM 7990

Sebarang inquiries boleh contact:
https://wa.me/60189455008
(AMI)
https://wa.me/601171113911
(HASROL)
https://wa.me/60189167009
(KIES)


Via Vacation & Travel Sdn Bhd

www.viavacation.com

14/10/2023

DARI GI MELANCONG LEBIH BAIK BUAT UMRAH & BERSEDEKAH

Kalau tengok pada gambar yg kongsikan dalam posting ni.. tentu ada yg akan Tanya; ngapalah dia buat rumah kat atas bukit tu, dahlah rumah dia satu satu jer yg ada kat situ, tak takut ker kalau jadi apa-apa, kat saper nak mintak tolong jiran-jiran pulak jauh. Dah rumah atas bukit mesti susah nak sambungkan pada bekalan elektrik atau air. Kenapalah tak buat rumah kat bawah sajer kan lebih SENANG...

Kadang -kadang kita s**a bersikap judgemental pada orang lain. Prasangka mengatasi usaha nak cari kebenaran. Setiap orang ada alasan tersendiri mengapa dia buat itu dan tidak yg lain.

Saya telah banyak kali bertemu dengan orang yg selalu tak bersetuju dengan orang lain dan selalu mempertikaikan perbuatan orang lain sekiranya perbuatan tersebut tak secucuk dengan pandangan & pendiriannya.

Persoalannya siapa kita utk memaksa orang lain utk setuju dengan semua cara kita? Lain orang lain caranya.

Dalam satu FB post, kami mempromosikan pakej ke Bosnia dll dengan harga RM8500. Sorang brader ni telah meninggalkan jomen di ruangan Komen; "mahal no.. lebih baik gi Umrah.."

Komen dia telah dibalas oleh ramai orang yg bersetuju dengan Komen beliau. Ada yg menulis; bg"kalau aku ada duitpun aku tak nak beli pakej semahal tu. Lebih baik aku bersedekah. "

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi.

Allah berfirman yg bermaksud;
"Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu." (Muhamad ayat 10)

Apa pun yg kita lakukan Allah tengok niat kita. Kalau kita gi Umrah pun dengan niat yg tak betul Allah takkan terima. Kalau bersedekah dgn niat menunjuk-nunjuk pun amalan tersebut tetap tertolak.

Sebaliknya dengan niat yg betul semata mata melihat kebesaran Allah Azza wa Jalla dengan melancong walaupun pada zahirnya seperti untuk sekadar s**a s**a namun orang yg melancong dalam keadaan sedemikian akan memperolehi ganjaran Dari Allah Azza wa Jalla..

Niat membezakan antara Ibadat dan adat ataupun rutin.



www.viavacation.com

13/10/2023

APA YANG ANDA FIKIR DAN PERKIRAKAN?

Sebelum memilih mana-mana pakej pelancungan apalah prioriti Anda?

1. Destinasi yg ada dalam bucket list Anda?

2. Tak kira destinasi, yg penting attractions yg ada dalam tour itinerary?

3. Agensi pelancungan kes**aran Anda (Dari segi service sebelum, SEMASA tour berjalan & setelah pulang)

4. Itinerary? Touch and go - tak kira cover a must visit sites/places asalkan cover banyak negara akhirnya banyak duduk dalam bas...ATAU itinerary yg lebih "in-depth tour" yg cover main attractions; otai kaki jalan kata kalau tak gi tempat tu Maka anggaplah Anda tak pernah gi ke negara tersebut..contohnya trip Balkan - wajib gi ke National Platvice lake di Croatia, trip Scandi kalau gi ke Stockholm wajib gi Vasa Museum, ...tlg sambung

5. Tour leader - berpengalaman, good communication skill, ada karisma sebagai leader, @ good leadership, bertanggungjawab, jujur & rajin....

6. Airlines? Ada yg tak kisah asalkan sampai...ada yg kesah

7. No surprises SEMASA dalam tour..yakni ada perkara perkara yg tak diberitahu dengan jelas dalam itinerary

8. Harga Pakej? Terpulang pada bajet masing -masing..Ada yg sanggup mahal asalkan berbaloi, ada yg bayar for 3 star tapi expect for 5 star service...

Ada lagi? Sila tinggalkan dalam ruangan Komen.

Northern Pakistan terutamanya kawasan Gilgit memang cantik Saya s**a Passu Cones, Hunza Valley & Tasik Saiful Muluk...









Via Vacation & Travel Sdn Bhd

www.viavacation.com

13/10/2023

One street Sułoszowa village, Poland 🇵🇱

Boleh gi ni....amazing

12/10/2023

Tiada amalan Sunnah yg paling afdal dilakukan pada Jumaat melainkan memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasalam.

12/10/2023

SALAM JUMAAT ALMUBAARAK

Aisyah radhiallahu anha meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda,

“Tingkatkan amalmu dengan baik, atau lebih dekatlah kepada kebaikan, dan bergembiralah, kerana amal seseorang tiada dapat memasukkannya ke syurga."

Tanya para sahabat radhiallahu anhum “Amal anda juga begitu, ya Rasulullah?" Jawab Nabi sallallahu alaihi wasalam, "Amalku juga begitu. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmatNya. Dan ketahuilah, bahawa amal yang paling dis**ai Allah ialah amal yang dikerjakan secara terus-menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”

Hadis Riwayat Muslim



Via Vacation & Travel Sdn Bhd

12/10/2023

(Assunnah)

Abdullah bin Umar radhiallahu anhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda (maksudnya);

"Ceritakanlah kebaikan-kebaikan orang-orang (Islam) yang telah mati daripada kalangan kamu dan janganlah menceritakan keburukan-keburukan mereka."

Hadis Riwayat Abu Daud



Via Vacation & Travel Sdn Bhd

12/10/2023

Suatu hari seorang Dari kalangan Bani Israil datang menemui Nabi Musa alaihi salam dan mengadu perihal kes**aran hidupnya. Beliau meminta Musa alaihi salam berdoa kepada Allah supaya dijadikan seorang yg kaya raya selama setahun. Lalu Musa alaihi salam pun berdoa untuknya. Tidak beberapa lama kemudian Allah mengurniakan kepada lelaki itu kekayaan yg melimpah ruah. Lelaki itu telah mempergunakan kekayaan yg diperolehinya itu untuk menolong orang orang miskin, orang orang yg mengalami keperitan hidup, anak anak yatim,Ibu ibu tunggal dan lain lain lagi.

Setahun telah berlaku Dan lelaki itu masih lagi dalam keadaan yang kaya raya. Lalu Musa alaihi salam bertanya kepada Allah Bukankah Allah hanya mengurniakan kekayaan kepada lelaki itu untuk selama setahun sahaja...

Allah memberitahu Musa alaihi salam bahawa lelaki itu telah menerima kekayaan untuk setahun tetapi beliau telah membuka lebih banyak pintu pintu kekayaan dengan infaq & sedekahnya sehinggakan Allah mengurniakan rezki yg berlipat lipat Kali ganda sehingga beliau terus menjadi kaya raya untuk tahun tahun yg berikutnya..

Maka benarlah sabdaan Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bahawa harta takkan berkurang dengan bersedekah bahkan ia akan menambahkan harta...

-AKAL-



Via Vacation & Travel Sdn Bhd

Photos from Customer Is God's post 11/10/2023

Sorang kakak tanya kat saya sebab ni Kali pertama dia nak buat Umrah.

Dia Tanya kalau ada orang kirim doa utk Sy berdoa depan Ka'abah mana satu lebih afrdal samada Sy bacakan skrip doa yg dia dah siap buatkan atau saya berdoa dari hati saya sendiri (tanpa dia beri skrip doa, cuma saya doa ikut apa yg dia hendaklah saya doakan)? Kakak tu kata kalau dia berdoa ikut skrip yg disediakan dia takut doa tu bukan dari hatinya..."

Saya faham maksud akak tu ni biasanya ada perbezaan antara "Berdoa" dan "Membaca doa.." Membaca doa tu macam orang yg mbaca khutbah jumaat ikut teks yg disediakan oleh Jabatan Agama. Kalau tanpa.kita panggil berkhutbah....

Ni jawapan saya utk soalan kakak tu ya... lebih afdal dia berdoa utk SI polan guna perkataan perkataan yg dia pilih sendiri tapi ikut poin poin yg SI polan hendak dia doakan. Sebab, bila berdoa guna perkataan sendiri dia datang dari hati dan lebih menjurus ke arah keikhlasan. Dan lagi saya kata pada kakak tu kalau akak doa utk SI polan guna PERKATAAN 2x yg dia pilih sendiri maka para malaikat akak berdoa untuk akak dengan doa yg sama yg akak doakan utk SI polan......

Nampaknya akak lebih s**a utk terima anjuran saya. alhamdulillah...

Kalau Anda ada sebarang perkongsian pendapat boleh tinggalkan di ruang Komen.

.

Photos from Customer Is God's post 11/10/2023

Sepanjang berada di bumi Madinah Munawwarah apa yang anda rasa? Ada tak Anda rasa Rasulullah sallallahu alaihi wasalam berada DEKAT dengan Anda? Bila nak sampai di kota MAdinah apa perasaan Anda? Teruja? Tak sabar nak ziarah makam Rasulullah sallallahu alaihi wasalam? Anda menangis? Rasa sayu? Sebaik & hiba?
Macam-macam kan yg Anda mungkin rasakan dan alami masa tu...

Bagi anda yg tak rasa apa apa....no Komen

Satu pertanyaan lagi? Siapa yg telah habis membaca buku sirah Rasulullah sallallahu alaihi wasalam? Maksud habis ialah dah khatam dari mukasurat pertama hingga mukasurat terakhir...

Gambar2x pd posting ni adalah gambar2x jemaah Umrah Via Vacation di Masjid Nabawi , Madinah Munawwarah

Photos from Customer Is God's post 10/10/2023

Umrah Haramain bersama Via Vacation And Travel Sdn Bhd , Ibadah serta Ukhwah Dalam Kembara bersama kami pada January 2024

TERHAD KEPADA 30 JEMAAH SAHAJA !!!!

tempah sekarang seperti makluman di bawah :
Office: 03-7495 4854 Or

https://wa.me/60189455009
(AMI)
https://wa.me/60133503203
(GHANI)
https://wa.me/60123410092
(UZAIR)
https://wa.me/601171113911
(HASROL)

Photos from Customer Is God's post 10/10/2023

ADA YG DAH SIMPAN HASRAT UTK MENGERJAKAN.UMRAH?

Ada yg dah simpan niat & hasrat utk mengerjakan Umrah bertahun lamanya tapi Masih belum dipilih Allah walaupun berkemampuan melakukannya pada bila bila masa.

Ada yg ingin sangat ke tanah suci utk mengerjakan Umrah tetapi terhalang oleh ketidakmampuan Wang ringgit. Cukuplah sekadar menumpang kegembiraan kawan2x yg telah berjaya ke sana.

Ada dah start menyimpan Wang utk ke tanah suci sejak sekian lama namun diuji dengan sakit yg berpanjangan.

Ada yg tiada langsung duit utk ke sana namun Allah bagi rezki lalu dipermudahkan utk ke sana justeru ditanggung segala perbelanjaan oleh orang yg budiman.

Ada yg telah sempurmakan urusan ke tanah suci dah sedia utk berlepas ke sana namun terpaksa membatalkannya berlaku kematian pada insan tersayang.

Macam macam latarbelakang dan kejadian yg berlaku dalam kehidupan setiap orang. Apapun ia tak sehebat pengorbanan Siti Hajar Dan anaknya Nabi Ismail alaihi salam. Ditinggalkan di bumi yg Gersang kering kontang, Semua harapan dan tawakulnya hanya diberikan pada Allah..

Alangkah BESARNYA ganjaran hasil tawakulnya pada Allah, bukan setakat beliau dan anaknya yg menikmati bahkan ia turut dinikmati umat Islam seluruh alam sehingga bumi ini hancur. Tiada yg lebih mengkagumkan dari air zam zam & tiada air yg lebih berkhasiat selain dari air zam zam...

Kalau Tuan Tuan dan Puan puan berhasrat utk mengerjakan Umrah & sedang mencari sebuah agensi pengurusan Umrah yg mampu memberi khidmat yg memuaskan, Via Vacation adalah jawapannya...

Gambar2x di.posting ni adalah Dari album group Umrah Via Vacation Sdn Bhd.

www.viavacation.com

400+ Gambar Alhambra & Granada Gratis - Pixabay 10/10/2023

SPAIN MOROCCO & PORTUGAL DAN DAH TENTU SPAIN ADALAH KEMUNCAKNYA!

Walaupun masing masing negara memiliki tarikan & keistimewaan sendiri namun di kalangan labah-labah ada ratunya, di kalangan semut tu ada rajanya, begitu juga dalam tour ke ketiga tiga negara ini, ratunya adalah Al-Hambra Palace. Ironinya, ia telah dibina oleh orang Islam & jutaan orang datang setiap tahun demi untuk melihat keindahan senibina istana kubu ini. Amazing!

Tekan gambar di bawah & anda akan dibawa ke galeri gambar yang mempamirkan keindahan istana Al-Hambra.

400+ Gambar Alhambra & Granada Gratis - Pixabay Temukan gambar Alhambra ✓ Bebas-royalti ✓ Tidak ada atribut yang di perlukan ✓ Gambar berkualitas tinggi.

Photos from Customer Is God's post 10/10/2023

AL HAMBRA PALACE - NOT TO BE MISSED OUT - PERMATA PELANCONGAN SPAIN

Via Vacation & Travel Sdn Bhd

Di Granada, Tuan-tuan dan puan-puan pastI akan melawat Alhambra tidak kira apa yang berlaku kecuali ianya ditutup. Sebab jika tak ke Al-Hambra anggaplah tak pernah datang ke Spain.
Istana dan kubu raja Moor ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja, something that impossible to be missed.. Apabila Tuan-tuan dan puan-puan ngin mengaguminya dari jauh, Mirador de San Nicolás yang popular terletak betul-betul bertentangan di kawasan kejiranan Albaicín yang berbukit.

Di Mirador de San Nicolas yang terletak berhampiran dengan the Great Mosque of Granada, terdapat sebuah dataran yang disediakan dengan view deck, atau pelantar untuk melihat Al-Hambra dari kejauhan. Don’t miss this place….mind you,,,,

Sebarang inquiries boleh contact:

https://wa.me/60189455008
(AMI)

https://wa.me/601171113911
(HASROL)

https://wa.me/60189167009
(KIES)




www.viavacation.com

Photos from Customer Is God's post 09/10/2023

8 DOA & ZIKIR MESTI HAFAL UNTUK DIBACA DI HADAPAN KA'ABAH.....

Want your business to be the top-listed Travel Agency in Petaling Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

ADAB ADAB MENZIARAHI MAKAM RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALAM  Setelah bersolat di Raudhah, pergilah ke maqam Baginda ...
ORANG KATA KALAU TAK KE THE STATE HERMITAGE MUSEUM MAKA ANGGAPLAH ANDA TAK PERNAH DATANG KE ST PETERSBURG….Apakah 4 muzi...
Ada yang masih rindu dengan Masjidil Al HaramM
IRAMA DARI DAMSYIKNi tangga Nofara, di bahagian sebelah kanan bahagian belakang Masjid Umawi, Damsyik Syria. Kawasan ini...
PADA SIAPA PALING AFDAL DIHULURKAN SEDEKAH DI TANAH SUCI MEKAH & MADINAH?Ada orang datang ke Mekah dan Madinah bawak dui...
KITAB HADIS SAHIH AL-BUKHARI -KITAB KEDUA SAHIH SELEPAS AL-QURAN...ZIARAH KE MAKAM IMAM AL-BUKHARI   (Part 1)Imam al-Buk...
CATATAN KEMBARA DI TUNISIA (PART 2)MASJID AZ-ZAITUNMasjid Az-Zaitun adalah masjid yang tertua di kota Tunis, dengan kelu...
CATATAN SEORANG MU'TAMIR @ SEORANG HAMBA YG DATANG KE TANAH SUCI DEMI MENGERJAKAN UMRAH....Alhamdulillah. Syukur pada Al...
UZBEKISTAN - tersohor dengan 3M; Masjid, Madrasah & Makam (Mosque, Madresse & Mausoleum) . Jika anda seorang peminat "se...
[INFO; CATHEDRAL ST BASIL, MOSCOW]Antara bangunan ikonik di Moscow adalah Cathedral of Vasily the Blessed, atau lebih di...
[INFO]HAH?AMBER ROOM? APA TU? SAYA TAHU AMBER COURT JEAPA ITU AMBER ROOM?..RUSIA – ST PETERSBURG & MOSCOW + KAZANSuzanne...

Category

Telephone

Address


R-05-11 & R-05-12 Emporis, Persiaran Surian, Seksyen 3, Taman Sains Selangor, Kota Damansara
Petaling Jaya
47810

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Other Tour Guides in Petaling Jaya (show all)
KL Private Limo KL Private Limo
3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway
Petaling Jaya, 47500

✅️AIRPORT TRANSFER ✅️KL TOUR Trip KL to Genting Highlands, Melacca, Penang,Pahang , Johor, Terengganu

DEKMI Luxury Car Rental DEKMI Luxury Car Rental
Jalan PJU 10/1A
Petaling Jaya, 47830

Exclusive Luxury Car Rental Service

Eiman Travel & Tours Eiman Travel & Tours
A 309, Blok A, Glomac Business Centre, Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Petaling Jaya, 47301

Umrah Bermodul, Umrah + Kem Ibadah, Cinta Allah Cinta Rasul, Workshop Solat, Cinta Bahagia Rumahtang

Dolphin Holiday & Tour Sdn Bhd Dolphin Holiday & Tour Sdn Bhd
8-2 Sri Manja Square 2, Jalan PJS 3/63 Taman Sri Manja
Petaling Jaya, 46000

iHoliday is a brand name to Dolphin Holiday & Tour Sdn Bhd, established in year 2010 in Kuala Lumpur, Malaysia. We manage all kind of Local & Outbound trip

ITour Driver Malaysia ITour Driver Malaysia
Petaling Jaya, 58200

Malaysia Pro Private Tour Guide : ))

A.H.H Worldwide Tour A.H.H Worldwide Tour
Petaling Jaya, 47410

Bali Bali Holidayz Bali Bali Holidayz
Petaling Jaya, 57000

Honeymoonz, Holidays, Leisure and much more to catch at BALI. Enquire HERE..We cater for all needs...

Travelmakerabroad Travelmakerabroad
Kelana Jaya
Petaling Jaya

Every seasons personalized experience in Korea and Japan. Adidi personally entertains and points to

Izzi Compas Solution Izzi Compas Solution
Damansara
Petaling Jaya, 47800

DS Easytrans Car Rental & chauffeur Services DS Easytrans Car Rental & chauffeur Services
A-3-2 PUSAT PELANGI PERDAGANGAN, PELANGI Square, PERSIARAN SURIAN, PJU 6, PETALING JAYA
Petaling Jaya, 47800

DS TRANS CAR RENTAL menawarkan perkhidmatan kereta sewa dengan kadar yang amat berpatutan sesuai untuk semua car model have :,saga FL,WAJA,PERSONA ,TOYOTA

Sri Nandi Travel & Tour Sri Nandi Travel & Tour
28 Jalan Pjs 1/21 Petaling Utama
Petaling Jaya, 46000

Pakej Cuti Murah Mampu Milik Pakej Cuti Murah Mampu Milik
Petaling Jaya, 46150

We are independent/private tour travel coordinator for any location in : Indonesia|Thailand|Cambodia|