Q Bistro
Nearby restaurants
No. 29 Jalan SS20/11, Damansara Utama
Jalan Ss, Subang Jaya
Restoran Ameer Ehsan Jalan Bk, Kuala Lumpur
Subang Jaya
76, SS 15/4C, Subang Jaya
Ss15, Subang Jaya
Shah Alam 47500
Jalan Ss, Subang Jaya
Jalan Ss15/4G, Subang Jaya
83, SS 15/4C, Subang Jaya
Jalan Ss15/4C, Subang Jaya
Jalan Ss15/4C, Subang Jaya
Jalan Ss, Subang Jaya
Ss15/4G, Subang Jaya
Jalan Ss15/4C, Subang Jaya
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Q Bistro, Asian Fusion Restaurant, Lot No 103, Jalan SS 15/4c, SS15, Petaling Jaya.
🌿🥤 Nikmati cita rasa unik air Three Layer Teh (Teh Tiga Lapis), minuman yang menarik dan lazat di Q Bistro.
🥰🥰 Menampilkan lapisan susu krim, teh wangi, dan gula Melaka yang harum, minuman yang memukau ini menawarkan gandingan manis yang memikat.
Cita rasa ini sangat unik kerana semua lapisan bersatu secara harmoni dalam setiap tegukan. 🍹🍹🍹
Berkunjunglan ke cawangan Q Bistro berdekatan dengan rumah anda untuk menikmati minuman istimewa Three Layer Tea ini.
Klik untuk mengetahui lokasi kami: https://qbistro.com/our-store/
🍎📚 Celebrate Teacher's Day with 15% off Discount fit for the mentors who shape our future! Enjoy our promotion just for one day, featuring delicious dishes and delightful treats. Let us treat you to a culinary journey as a token of our appreciation for your dedication and hard work. Happy Teacher's Day!
Pernah makan Chicken Tikka atau Ayam Tikka? 🐓🐓🐓
Nikmati keenakan sebenar hidangan paling digemari, Chicken Tikka di restoran kami.
Dihasilkan daripada daging ayam segar yang digaul dengan rempah istimewa dan dipanggang dengan sempurna, setiap gigitan adalah satu pengalaman yang memuaskan.
Rasa yang kaya dengan rempah dan daging yang lembut akan memikat lidah anda.
Chicken Tikka juga sedap dimakan bersama salad, nasi putih, roti pita atau roti naan. 🍗🍗
Jom singgah ke restoran Q Bistro untuk mencuba menu Chicken Tikka yang dihidangkan bersama sos merah (pedas) dan sos hijau (pudina). 👪 👪
Selamat menjamu selera.
Bangun pagi rasa lapar dan tak tahu nak sarapan apa? ☕️ 🥳🥳
Tiada selera makan nasi?
Cuba resipi roti bakar kami yang ringkas tapi mengenyangkan!!!
👪👪 Jemput singgah di restoran kami, Q BIstro untuk menikmati menu istimewa - Roti Bakar Telur Goyang.
Menu ini paling “recommend” untuk siapa yang mahu cuba.🥳🥳☕️
Roti Pratha adalah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. 🥳🥳
Makanan yang diperbuat daripada tepung gandum ini, enak dicicah dengan kuah kari atau dal.
Jika mahu menikmati keenakan Roti Pratha, anda boleh berkunjung ke cawangan Q Bistro berdekatan dengan rumah anda.
Kami yakin, anda tidak akan rasa menyesal meluangkan waktu bersama kawan-kawan atau ahli keluarga di Q Bistro. 🌟🍲😋"
👪 👪 Roti Paratha sangat sempurna untuk disajikan sebagai sarapan, makanan ringan, atau hidangan utama dalam beberapa variasi.
SELAMAT HARI IBU SEDUNIA! 🧕🏻🌷💗
Hari ini adalah waktu untuk merayakan kekuatan, kelembutan, dan ketahanan yang dimiliki oleh semua ibu di seluruh dunia. Terima kasih atas segala cinta dan pengorbanan yang tak terhitung jumlahnya. Anda adalah pilar kekuatan keluarga dan masyarakat. Selamat Hari Ibu! 💗
🍧 🍧Cendol lemak manis, kombinasi penuh kenikmatan!
Nikmati kelembutan cendol hijau dalam kuah santan lemak manis, dilengkapi dengan gula merah yang meleleh.
Setiap tegukan adalah kelazatan tradisional yang memanjakan lidah.
Cendol, pencuci mulut yang dijual oleh golongan India Muslim di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur boleh didapati di Q Bistro. 🌟🍲😋
Sajian tempatan yang dihidang sejuk dengan campuran santan, gula Melaka, jeli tepung beras hijau dan kacang merah ini merupakan pencuci mulut ikonik yang boleh didapati di Q Bistro. 🥳🥳
Mother’s Day is around the corner! 💐
Indulge your belove Mom with flavors as delightful as her love. Treat her to our exclusive Mother's Day menu and make her day extra special!
Enjoy 20% off on all western goods for all mothers! 😍
Mark your calendar and let’s celebrate this day with Q Bistro! ❤️
*Valid on 12th May 2024 only*
🍉🥭 Cuaca panas begini memang sedap jika dapat minum Watermelon Lychee.
Wah, dengar nama menu air pun dah terbayang sedapnya lalu di tekak. Apatah lagi saat menikmatinya.🥭🍉
Dipenuhi dengan kemanisan buah tembikai tropika dan buah laici, minuman ini menawarkan pengalaman yang menyegarkan dalam setiap tegukan.
Hadapi musim panas ini dengan minuman jus Watermelon Lychee kami. 🥭🍉😋
Jom ke cawangan restoran kami https://qbistro.com/our-store/
“Selalu datang ke sini bersama keluarga dan adik-beradik. Persekitaran yang selesa dan bagus. Kakitangan sopan dan pantas terima pesanan. Syabas untuk restoran mengekalkan kualiti yang baik dalam kebersihan dan makanan yang lazat. Di bawah adalah gambar Maggie kosong dan Teh C kosong. Sukar untuk minum Teh C kosong yang sedap di tempat lain. Perkhidmatan juga sangat cekap. Teruskan. Kudos kepada anda.”
Itu komen Kenneth Lai Kin Lok tentang Q Bistro Bandar Sri Permaisuri.
Jika anda mahu menikmati pengalaman yang sama, jom ke https://qbistro.com/store-locator/cheras/
Hari ini kita cuba Puttu Mayam p**a. Lebih enak jika menu ini dimakan bersama Sup Kambing. 🍲🌟
Kalau anda ke Q Bistro, jangan lupa untuk mencuba menu istimewa ini, Puttu Mayam With Sup Kambing.
Kami yakin anda akan terpesona dengan kelazatan hidangan yang menggabungkan tekstur tepung lembut dan aroma aromatik sup kambing ini.
Puttu Mayam kami disajikan dalam keadaan panas untuk memikat selera anda 🌟🍲😋
Jom ke cawangan restoran kami https://qbistro.com/our-store/
Dengar kata Roti Boom terbaik di Lembah Klang boleh didapati Q Bistro. 🍽🍽🍽
Cukup rasa, cukup gebu, cukup sedap dan harga juga berbaloi.
Makan sekeping tak cukup tau!!!
Kalau anda tak percaya, jom ke cawangan Q BIstro bedekatan dengan rumah anda sekarang. 🥰🥰
Anda boleh nikmati Roti Boom ini untuk menu sarapan pagi, minum petang atau makan lewat malam (supper). 👪👪👪
Anda peminat Nasi Briyani Ayam? 🍗🍚✨
Tak tahu nak makan di mana?
Jangan pening-pening, berkunjunglah ke cawangan Q Bistro berdekatan dengan rumah anda.
Di Q Bistro, Nasi Briyani Ayam kami kaya dengan rasa yang aromatik.
Nasi basmati yang wangi dimasak dengan potongan ayam lembut, campuran rempah dan herba khas yang menghasilkan hidangan lazat dan memuaskan.
Sajian ini pasti memikat selera anda dan mencipta pengalaman kulineri yang tidak dapat dilupakan 🌟🍴
Jom ke cawangan restoran kami https://qbistro.com/store-locator
🍯🍋 Nikmati kesegaran Honey Lemon Tea Hot di Q Bistro.
☕️🍯🍋Gabungan yang memikat antara teh wangi, lemon segar dan madu manis.
Disajikan dalam keadaan panas yang menggiurkan, minuman yang menenangkan ini menawarkan keseimbangan sempurna antara aroma teh, rasa segar dari lemon, dan manisnya madu, memberikan sensasi yang menenangkan dengan setiap tegukan.
Rasai kebaikan Honey Lemon Tea Hot kami untuk pengalaman yang benar-benar memuaskan. 🌼🍋☕️
Nikmati Loh Mai Kai, resipi Dim Sum terbaik Q Bistro 🍲🥢🌟
Dibuat dengan beras pulut, daging ayam lembut dan sos Cina, Loh Mai Kai dikukus dengan sempurna.
Setiap gigitan menawarkan kenikmatan yang tidak terhingga antara tekstur dan cita rasa, daripada beras pulut hingga daging yang lembut.
Gabungan resipi ini menjadikan hidangan lebih lazat untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. 🌾🥡🍗"
Jika mahu dapatkan maklumat lanjut tentang cawangan restoran kami, anda boleh klik https://qbistro.com/our-store/
“Perkhidmatan yang cekap daripada semua kakitangan. Pesan makanan sebelum datang untuk menjamu selera di sana, boleh menjimatkan masa. Perkhidmatan yang pantas jika memesan makanan untuk dihantar ke pejabat saya. Makanan semuanya ok. Pujian untuk semua kakitangan terutamanya Nagarash, Saiful, Adi dan Kavi.”
Itu komen Fatin Athirah tentang Q Bistro Bukit Bintang.
Jika anda mahu menikmati pengalaman yang sama, jom ke https://qbistro.com/store-locator/bukit-bintang/
🍧🌈 Segarkan diri anda dengan menu istimewa kami, ABC (Air Batu Campur), sejenis pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia.
Nikmatilah timbunan ais yang dihidangkan dengan pelbagai sajian berwarna-warni, termasuk kacang merah lembut, jagung manis yang lazat dan agar-agar hitam, semua direndam dalam limpahan sirap manis dan susu pekat.
Setiap suapan adalah paduan rasa dingin yang penuh dengan tekstur, sempurna untuk melarikan diri daripada cuaca panas terik.
Manjakan diri anda dengan pencuci mulut ABC kami di cawangan Q Bistro berdekatan dengan rurmah andai. 🌴🍧✨
Q Bistro Beef Bolognese, hidangan pasta berkelas tinggi yang menyegarkan lidah 👅🍝
Spaghetti lembut dilimpahi sos bolognese yang diperkaya rempah aromatik, daging terbaik, bawang dan tomato segar.
Setiap suapan menjanjikan pengalaman rasa yang sebenar dan pasti membuatkan anda terpukau! 😍
Menu lazat ini tiada tandingan dalam setiap gigitan 🥓🧀
Jika anda mahu merasai pengalaman yang menarik, jom ke cawangan restoran kami https://qbistro.com/store-locator
Selamat hari pekerja dan selamat bercuti! Walaupun harini cuti, Q Bistro sentiasa beroperasi untuk memenuhi keinginan anda 😁✌🏻
🍝🥓🧀✨ Jadikan hari anda lebih istimewa dengan Q-Bistro Carbonara, hidangan pasta klasik dari Itali yang sempurna bagi pecinta makanan Barat.
Spageti diselimuti dengan sos carbonara yang dihasilkan daripada telur, krim, keju dan daging yang direnyah.
🥘🥘 Hidangan berkonsep mewah ini pasti memuaskan selera anda.
Rasai kesempurnaan cita rasa Itali dalam setiap suapan dan nikmati pengalaman kuliner yang tidak dapat dilupakan bersama kami! 🌟
-BistroCarbonara
🥚🍳✨ Nikmati kebaikan Telur Separuh Masak (Omega) kami, pilihan yang berkhasiat dan lazat untuk hidangan anda.
Telur separuh masak ini kaya dengan asid lemak omega-3, menawarkan pilihan menu sihat dan memuaskan.
🐣🐣🐣 Telur Ayam Kampung p**a penuh dengan khasiat yang tersendiri.
Disajikan ketika masih panas dan segar, telur ini menjadi menu tambahan untuk setiap hidangan, sama ada sarapan pagi atau minum petang 🍳🌾
Dengan tekstur dan rasa yang enak, telur separuh masak ini pasti memikat selera anda.
🧀🍗🔥 Mari nikmati gabungan rasa yang mengasyikkan dengan Roti Cheese kami yang dipadankan dengan Ayam Tandoori.
Roti Cheese lembut dan gebu, diisi dengan keju yang meleleh, menawarkan gabungan rasa yang menyegarkan.
Dihidangkan bersama Ayam Tandoori yang lazat, campuran yogurt dan rempah, serta dipanggang dengan sempurna dalam oven tanah liat tradisional.
Rasai kelazatan ayam yang lembut bersama kehangatan keju yang meleleh daripada Cheese Naan + Tandoori Chicken untuk satu hidangan yang memuaskan hati dan perut anda! 🍽️✨
Maklumat lanjut tentang cawangan restoran kami, sila klik https://qbistro.com
+TandooriChicken
Berita baik untuk warga Taman Melati! Sempena Ulang Tahun Q Bistro Taman Melati yang pertama, jom dapatkan Teh Tarik 50% off di outlet Taman Melati! Berbaloi ke berbaloiiii sangat 🤩🤩🤩 Tarikh sah hanya pada 28hb April sahaja tau! Jangan lupa dapatkan Teh Tarik Q Bistro! Confirm teringat-ingat masuk mimpi! 😆💭
Roti Canai Daging Kambing yang Mengasyikkan! 🍖🥐🌶️
Mari merasai pengalaman kuliner yang hebat dengan hidangan, Roti Canai Mutton Chop di Q Bistro.
🥰🥰🥰Gabungan terbaik masakan India dan Malaysia, nikmati kelazatan lapisan roti canai dengan potongan daging kambing yang lembut, dimasak menggunakan rempah-rempah wangi yang istimewa.
Disajikan dengan kuah kari yang lazat, hidangan ini pasti menjadi pilihan para penggemar daging kambing.
Manjakan lidah anda dengan cita rasa Roti Canai Mutton Chop kami, dan nikmati perjalanan kuliner yang tidak mungkin dilupakan! 🍽️✨
“Saya s**a restoran di Ampang (saya selalu datang sini selepas menjemput ibu saya) ... mencuba kebanyakan masakan mereka .. Kakitangan, Encik Asif dari India sangat prihatin.. sentiasa tersenyum, tidak pernah menunjukkan wajah marah 😠 atau wajah yang tidak berpuas hati walaupun tempat itu sentiasa penuh. Teruskan kerja yang baik .. Bravo kepada pihak pengurusan dan juruwang Marsh*ta…”
Itu komen Hidayah Kaur tentang Q Bistro Ampang
Jika anda mahu menikmati pengalaman yang sama, jom ke https://qbistro.com/store-locator/ampang/
Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Q Bistro TTDI telah berjalan dengan jayanya! Kami gembira melihat gelagat pelanggan kami seronok menikmati juadah yang dihidangkan oleh kami! 🤩 Terima kasih kerana menjadi penyokong dan menjadi pelanggan setia kami! 🥳👏🏻
🥤✨Nikmati keharmonian cita rasa antara Soya Milk segar dan Cincau Gula Melaka tradisional di Q Bistro.
Diperbuat dengan Soya Milk yang baru disediakan dan ditaburi dengan Cincau lembut serta sirap Gula Melaka, minuman mewah ini menawarkan gabungan cita rasa krim, lembut, dan manis yang sempurna.
Rasai dan hayati kelazatan Soya Milk + Cincau Gula Melaka untuk hidangan yang memikat hati. 😋🌿🥥
Berkunjunglah ke cawangan Q Bistro berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Jika mahu dapatkan maklumat lanjut tentang cawangan restoran kami, anda boleh klik https://qbistro.com/our-store/
+CincauGulaMelaka
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Lot No 103, Jalan SS 15/4c, SS15
Petaling Jaya
47500
Opening Hours
Monday | 07:00 - 23:59 |
Tuesday | 07:00 - 23:59 |
Wednesday | 07:00 - 23:59 |
Thursday | 07:00 - 23:59 |
Friday | 07:00 - 23:59 |
Saturday | 07:00 - 23:59 |
Sunday | 07:00 - 23:59 |
Lot G315a, Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre (New Wing), 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama
Petaling Jaya, 47800
A botanical themeatic restaurant & bar that comes with exquisite interior design that serves flavorf
31LG-1, Block C, Jaya One, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 13
Petaling Jaya, 46200
45, Jalan Penchala, PJS 4, 46050
Petaling Jaya, 46000
Waze: https://waze.com/ul/hw2838fhxm Google Map: https://goo.gl/maps/6hFtjB5ebJSeS7iEA
No. 1 Jalan SS 7/10 Kelana Jaya
Petaling Jaya, 47301
Serving you Heritage Fusion meals with Malaysian hospitality.
P-G-10, Tropicana Avenue, PSN Tropicana
Petaling Jaya, 47410
Trendelicious Korean Food <We are closed every Tuesday> 12PM - 11PM No Break time Last call 10PM
G1. PT. 07, Level Ground Floor, Sunway Pyramid No. 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway
Petaling Jaya, 47500
A Malaysia born culinary brand, a fusion interpretation of Nanyang delicacies. Signature favourites i
8, Jalan PJU 7/6
Petaling Jaya, 47800
Your Local Fusion Cafe just at KYM Tower Lobby, Mutiara Damansara. We host private events/catering.
2, Jalan PJU 3/48, Sunway Damansara
Petaling Jaya, 47810
Two-in-one concept from novasocial group. Novae includes 2 sections; Novae (doing modern takes on As
7, Jalan8/1E, Seksyen 8
Petaling Jaya, 46050
The new happening place in town! A place to enjoy fine food with live band. Drink at your on leisure