Abam Ale Ale
Tak penting siapa kita dulu, yang lebih penting siapa kita akan datang.
Jangan berhenti selagi belum jadi!
Mengejar cita-cita itu umpama KAU mengayuh basikal.
Saat KAU berhenti mengayuh basikal akan terhenti di situ.
Sebaliknya bila KAU terus mengayuh nescaya KAU akan sampai ke destinasi yang KAU tujui.
Cepat atau lambat itu bukan masalah.
Itu bukan urusan KAU!
Tugas KAU adalah terus mengayuh sampai ke destinasi.
Pagiiii!!!
Amalan ini mampu membuat KAU hidup lebih bahagia...
Jangan ratapi apa tidak KAU miliki!
Sebaliknya syukuri apa yang telah dan sedang KAU nikmati.
Pagiiii!!!
PEJUANG BEBAS HUTANG
Dah sedar di sekeliling pinggangnya dililiti hutang.
Tak boleh duduk diam begitu saja apatah lagi menyalahkan keadaan.
Setiap detik perlu berusaha mencari penyelesaiannya.
Golongan ini tidak hidup menghabiskan masa menilai kehidupan orang tapi lebihkan masa mengenali kelemahan dan potensi diri yang dimiliki.
Percayalah, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Usah iri hati dan dengki dengan rezeki orang.
Mungkin KAU tak tahu orang yang KAU sakiti itu juga sedang berjuang untuk memperbaiki kehidupannya sehinggakan dia tak mengendahkan apa yang telah KAU lakukan.
Dia berjuang siang dan malam untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna.
Kau perlu tahu bahawa dia juga sedang berjuang untuk melangsaikan hutang di sekeliling pinggang.
Masa dan kesempatan yang ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjadikan hidupnya lebih baik agar matinya tidak meninggalkan hutang.
Dia sedar bahawa Allah tidak menilai permulaan hidup seseorang sebaliknya Allah menilai tentang pengakhiran hidupnya.
Pagiiii!!!
Setiap hari sentiasa berusaha menyerlahkan kegembiraan.
Meskipun terdapat kepahitan yang harus ditelan.
Tetaplah bersangka baik dalam meneruskan kehidupan.
Sesungguhnya pemikiran KAU itulah akan menjadikan apa yang KAU nak jadi.
Pagiiii!!!
Tiada istilah MUSTAHIL dalam diari kehidupan seorang pejuang masa depan.
Setiap hari dia berusaha melakukan perkara yang perlu untuk merubah kehidupannya.
Ada cabaran dan masalah tidak dijajanya untuk untuk menagih simpati.
Segala kepayahan dan keperitan dianggapnya pengorbanan.
Tumpuan jiwa dan raganya hanyalah untuk mencipta masa depan yang lebih bermakna.
Setiap hari menyibukan diri dengan urusan sendiri.
Tiada masa bergosip sana sini.
Fikiran dan tindakannya hanya fokus nak buat sampai jadi!
Pagiiiii!!!
Warga Kluang dijemput datang beramai ke program di bermula 6hb hingga 8hb September 2024.
Yang hador sila hador ke booth P07 untuk mendapatkan secara PERCUM4.
Pagiiiii!!!!
Diorang ni memang tak pernah berasa serik, semakin diusik semakin kerap pulak diorang datang....
Pagiii!!!!
KAU BUKAN PECUNCANG
Biar harta KAU hancur dihempas badai asal jangan semangat KAU berkecai hanya kerana manusia yang bermulut murai. Dek kerana tak senang dengan apa yang telah KAU kecapi maka riuhlah murai berkicau di sana sini.
Anggap saja yang berlaku itu musibah yang akan menjadikan KAU manusia yang lebih tinggi tahap kesabarannya. Semua itu sudah berlaku dan telah berlalu. Ketentuannya sudah begitu.
KAU dah tak mampu nak ubah perkara yang dah berlaku itu. Biarlah ianya menjadi sejarah dan guru yang paling sempurna. Bangkit semula walaupun KAU telah hampir lemas di sebalik timbunan kegagalan yang terus-terusan datang dan menekan.
KAU ingat semula, disebalik itu terdapat himpunan kejayaan yang telah KAU ciptakan. Itu yang KAU tak perasan dan buat KAU terlupa bahawasanya diri KAU bukanlah PECUNDANG.
Tetapi KAU adalah PEJUANG yang sedang melalui proses sebelum KAU sampai ke puncak kejayaan. Catatkan himpunan kejayaan itu di atas kertas dan bacalah satu persatu. Ternyata lebih banyak kejayaan yang telah KAU nikmati berbanding kegagalan yang KAU tangisi.
Sebenarnya yang kurang bukanlah kejayaan yang KAU miliki tapi rasa tidak bersyukur yang selalu menguasai diri. Selalu mempertikaikan nikmat yang orang lain miliki sehingga menyebabkan diri dikuasai rasa iri hati dan dengki.
Syukurilah apa yang KAU miliki nescaya hidup KAU lebih senang hati. Kalau rasa nak lebih lagi tak perlu berbuat dengki sebaliknya ikhtiar lagi, lagi dan lagi. Sambil tu fokuskan nak nak jadi lebih baik dari diri KAU yang dulu.
Biar apa orang cakap, biar apa orang buat KAU tetap buat apa yang patut untuk diri KAU. Tentang orang lain biarlah mereka fikirkan sendiri.
KAU jangan sibukan hal orang!
KAU jagalah urusan diri sendiri!
Pagiiii!!!!
Ujian itu tanda Allah ingat kat kita....
Pagiiii!!!
Saat kau jatuh tetaplah bergantung kepada Nya.
Usah mencari yang lain selain dari Nya.
Percayalah di sebalik ujian itu kelak akan ada hikmah Nya.
Pagiii!!
Sebagai anak jantan KAU patut bertanggungjawab ke atas segala yang telah berlaku.
Buktikan kejantanan KAU itu dengan selesaikan masalah yang KAU cipta.
Bukan bagi alasan itu dan ini.
Sekarang bukan masa untuk KAU salahkan orang sana, salahkan orang sini!
Anak jantan yang betul-betul jantan bila ada masalah dia selesaikan.
Ingat, anak jantan tak akan cabut atau lari dari masalah!
Satu lagi, jangan menyusahkan orang yang telah banyak membantu dan memudahkan urusan KAU!
Sesungguhnya, tatkala KAU mempermudahkan urusan orang lain nescaya urusan KAU juga akan dipermudahkan.
NAMUN....
Jika sebaliknya yang berlaku, KAU fikirlah sendiri!
Tak boleh memudahkan usahlah menyusahkan!
Setiap hari berdiri depan cermin dan ungkapkan kata-kata ☝️ sebagai peringatan untuk diri sendiri.
InshaaAllah bila nak buat keburukan KAU akan fikir seribu kali.
Mat saleh kat, what u give u will get back!
Pagi!!!!
di sebalik kemeriahan sambutan hari kemerdekaan di Pontian.
Rupa-rupanya ini yang berlaku....
Ini adalah salah satu adegan yang dapat dirakamkan sehari sebelum hari merdeka kali ke 67...
Pagiiii!!!
JIWA MERDEKA
Alhamdulillah semangat kemerdekaan sentiasa meresap di dalam diri.
Meskipun hidup ini sentiasa diuj, jangan pernah benarkan rasa ingin merdeka yang sebenar-benar merdeka tiada di dalam diri.
Orang yang tiada rasa ingin merdeka hidupnya akan sentiasa dibelenggu.
Dibelenggu dengan ketakutan yang menyebabkannya terkurung di dalam sangkar terbuka yang hidupnya dipenuhi kebimbangan dan keraguaan.
Usah pandang belakang lagi wahai kawan.
Percayalah, andai kamu ada keinginan dan berani merancang masa depan serta diri dikuasai kesanggupan nescaya keberanian akan datang.
Dengan keberanian itu kelak kamu mampu merubah dunia dan masa depan.
Sesungguhnya hanya orang yang berani akan dapat merasai nikmat manisnya kemerdekaan. Merdeka yang tidak dibelenggui dengan ketakutan. Sentiasa berani mencuba biarpun telah acapkali mengalami kegagalan.
Merdeka yang sebenar adalah orang yang berani menghadapi kegagalan.
JANGAN TAKUT-TAKUT KALAU BERANI!
JANGAN BERANI-BERANI KALAU TAKUT!
Pagiiii!!!
Sedang bersiap untuk latihan penerbangan paramotor bermula 7.30 pagi nanti sebelum beraksi untuk perbarisan esok pagi.
Setiap kejayaan perlukan pengorbanan.
Bagi yang takut melakukan pengorbanan usahlah keterlaluan ketika berbicara tentang kejayaan.
Percayalah, dalam hidup ini tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Pagiiii!!!
Kejayaan sebenar seorang hamba adalah ketika mampu menunaikan sholat fardhu tepat pada masanya.
Pagiiii!!!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
No. 356 Jalan Saujana 15, Taman Saujana, Parit Semerah
Pontian Kechil
82000
Opening Hours
Monday | 08:30 - 17:30 |
Tuesday | 08:30 - 17:30 |
Wednesday | 08:30 - 17:30 |
Thursday | 08:30 - 17:30 |
Friday | 08:30 - 17:30 |
Sunday | 08:30 - 17:30 |
Jalan Dewan
Pontian Kechil
DBenua menjalankan perkhidmatan jahitan,,pelbagai jahitan,,contoh jahitan pakaian pukal,,langsir,persalinan raja sehari,,baju koprat,,pelbagai uniform dan lain2
No 10, Lorong Muafakat, Jalan Parit Rambai, Kg Parit Rambai Hilir, Rambah
Pontian Kechil, 82000
Aspirasi was an expertise of Advertising Designs Graphic Consultant house, been replaced with RBN.
Pontian Kechil
Kami membeli kereta ,lori, van rosak totallost accident geran takda tak mampu bayar di seluruh bandar johor , jika anda ada kenderaan nak dijual , boleh pm inbox kami dengan segera...