Akademi Memandu Uji Niaga Sdn. Bhd
Provision of Driving Licence Service
Pentingnya mengamalkan Etika di Jalan Raya adalah penting untuk menyelamatkan nyawa semua pengguna jalan raya. Dengan memahami, menghormati dan mengamalkan etika semasa memandu, kita dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan mencipta persekitaran jalan raya yang lebih selamat untuk semua pengguna. πππ
π
Keselamatan di jalan raya merupakan satu isu yang penting dalam kehidupan masyarakat. Setiap hari, ribuan nyawa terancam akibat daripada kecuaian dan kelalaian semasa memandu. Dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, etika di jalan raya memainkan peranan yang sangat penting. Dengan memahami dan mengamalkan etika semasa memandu, kita dapat menyelamatkan nyawa, mencegah kecederaan dan mengurangkan kemalangan.
Salah satu aspek penting dalam etika di jalan raya ialah kepatuhan terhadap peraturan lalu lintas. Peraturan lalu lintas adalah garis panduan yang ditetapkan untuk menjaga keselamatan semua pengguna jalan. Ini termasuklah had laju, isyarat jalan dan peraturan lain yang bertujuan untuk mengelakkan kemalangan. Dengan mematuhi peraturan lalu lintas, kita dapat memastikan kelancaran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan.
π
A Warm Wish To All Our Muslim Customers β¨π
PERHATIAN!!!
PASTIKAN ANDA SEMAK SETIAP BUTIRAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MELAKUKAN TINDAKAN SELANJUTNYA. TERUTAMA SEKALI YANG BERKAITAN DENGAN DUIT ATAU PEMBAYARAN.
Amalkan kaedah 3T untuk mengelak dari menjadi mangsa penipuan.
Tanya, Teliti dan Tidak Terburu-buru.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di:
012-537 5848 - https://wa.link/db2gjh
π
Wishing All Our Muslim Customers A Blessed Eid
With Your Friends & Family. β¨π
Sesi Pemeriksaan Kenderaan ππ΅π
Dear all SPM candidates, congrats on your well-earned success β¨. We from Akademi Memandu Uji Niaga wish you the best for your upcoming journey!β¨π
π β€οΈ
Amalkan Jarak Selamat Ketika Memandu βββ
Sila pastikan anda mengamalkan pemanduan selamat ketika memandu di jalan raya. Apabila anda mengekalkan jarak yang betul dan mengikut peraturan 2 Saat atau 4 Saat, anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengelakkan pelanggaran yang serius.
Selain itu, sila elakkan sebarang gangguan seperti menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Ia juga boleh mempengaruhi kejadian pelanggaran dari belakang. Walaupun anda menggunakan peraturan 2 atau 4 saat, anda mungkin tidak mempunyai masa untuk bertindak balas jika anda terganggu dan tidak fokus ketika memandu.
π
PERATURAN DI PERSIMPANGAN
Kemalangan di persimpangan dapat dielakkan sekiranya setiap pengguna jalan raya mengetahui dan mengamalkan peraturan di persimpangan. Rutin Selamat Semasa Memandu atau CITO ialah langkah-langkah yang perlu diamalkan sepanjang proses pemanduan sama ada untuk mula bergerak, memotong, membelok dan lain-lain. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti hazard disekeliling sebelum melakukan sebarang olah gerak.
π β€οΈ
To all our customers, we wish a wonderful Selamat Hari Raya full of celebrations & moments of happiness πππ₯³ Maaf Zahir & Batin!
Cuti panjang sempena Perayaan tidak kiralah sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas atau cuti panjang hujung minggu, semestinya akan dimanfaatkan oleh warga kota untuk pulang ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan mengunjungi sanak-saudara.
Namun begitu, dalam keseronokan untuk pulang ke kampung, faktor keselamatan masih perlu dititikberatkan untuk mengelakkan sebarang insiden atau kemalangan yang tidak diingini daripada berlaku.
Berikut ialah tip keselamatan penting sebelum pulang ke kampung dan tip pemanduan selamat yang boleh anda jadikan panduan dalam merancang perjalanan anda.
1. Periksa Kenderaan Terlebih Dahulu
Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik untuk dipandu. Jangan risikokan keselamatan diri dan orang tersayang dengan sikap acuh tak acuh anda. Buatlah pemeriksaan penuh agar pemanduan lebih yakin dan selamat.
2. Dapatkan Rehat Secukupnya
Sebelum ingin memulakan perjalanan yang panjang, dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Walaubagaimanapun, jika letih dan mengantuk semasa dalam perjalanan, berhentilah di mana-mana tempat yang selamat.
3. Rancang Perjalanan Dengan Teliti
Jadikan amalan untuk rancang perjalanan lebih awal. Ikuti cadangan yang dikeluarkan oleh pihak lebuhraya agar anda tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.
4. Sentiasa Tenang Dan Bersabar
Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja membahayakan keselamatan anda, malah semua pengguna jalanraya yang lain. Biarlah lambat asalkan selamat.
5. Tambah Nilai Kad Anda Sebelum Memulakan Perjalanan
Kebanyakan lorong tambah nilai tidak beroperasi pada waktu puncak terutama musim perayaan, jadi jangan ambil risiko untuk menambah nilai kad anda setelah memasuki lebuh raya. Tambah nilai lebih awal dan secukupnya akan melancarkan perjalanan anda.
π
PANDUAN MASUK BULATAN (ROUNDABOUT) βοΈ
Membuat pemilihan lorong yang salah semasa memasuki bulatan boleh mengakibatkan kemalangan, termasuk perlanggaran dari belakang, perlanggaran dari sisi atau bergesel.
Untuk mengelakkan situasi sedemikian, adalah penting bagi pemandu untuk mengetahui lorong mana yang hendak digunakan semasa membuat pusingan di bulatan.
Panduannya adalah mudah, iaitu :
i. Lorong kiri hanya untuk membelok ke kiri (JAM 9) atau jalan terus (JAM 12).
ii. Lorong kanan untuk jalan terus (JAM 12), membelok ke kanan (JAM 3) atau untuk membuat pusingan di bulatan tersebut.
Sentiasa ingat, pemandu yang berada di dalam bulatan mempunyai hak yang lebih utama untuk menggunakan jalan berbanding pemandu yang berada di mana-mana susur.
Berikan isyarat terlebih dahulu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain sebelum memasuki bulatan. Perlahankan kenderaan anda atau berhenti jika perlu. Pastikan ianya selamat semasa hendak memasuki bulatan.
π β€οΈ
πBERITA BAIK π
PELUANG PEKERJAAN SEBAGAI TENAGA PENGAJARπππ΅π
πUntuk Info Lanjut Hubungi kami :
Tel : 03-3162 4488 / 4884
Whatsapp : 012-356 6469
Waktu Urusniaga : Isnin Hingga Ahad (8:00 am β 4:30 pm)
LOKASI:
UJI NIAGA SDN BHD
Bekas Tapak Pasar Pandamaran Jaya, Jalan Pandamaran Jaya 91, pandamaran, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan.
Wishing you a very warm & happy Chinese New Year! π§§ππ
π
Let's activate our driving mode before driving on the road!
You Safe, I Safe, We Safe!
π
Wishing all our Hindu customers, May this colourful festival brings you lots of joy and happiness! Happy Thaipusam! ππβ¨
SLOW DOWN!!!
Speeding is a major factor in traffic deaths and injuries. The role of speeding in crashes is described in terms of its effect on the driver, the vehicle, and the road. So, let's go home safely!
β€οΈ
Road Safety Start With You
Let's do it together!!
π
Berminat untuk mendaftar lesen? Sudah mencapai umur 16 atau 17 tahun? Tak perlu tunggu-tunggu lagi, jom daftar bersama Akademi Uji Niaga!
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi atau WhatsApp saja kami di:
012-537 5848 - https://wa.link/db2gjh
Atau klik pautan ini untuk dapatkan lokasi kami:
Jln Pandamaran Jaya, Kampung Sijangkang, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
https://maps.app.goo.gl/j8QvfcBtfm6ZoHWN7
π
May the new, bring countless blessings to you & your family. Happy New Year! π₯³ππ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Safe Driving Start Here
At Uji Niaga, we offer a top-notch drivers education program which consists of theory and practical driving. We focus and emphasize on the driverβs behavior and attitudes. Moreover, we offer training programs for drivers of all ages and experience levels. Get ready and experience the excitement of driving under the guidance of some of the most respected and professional driving instructors in the industry. We invite you to contact us to learn more about the variety of training course we offer
Videos (show all)
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bekas Tapak Pasar Pandamaran Jaya, Jalan Pandamaran Jaya 91, Pandamaran
Port Klang
42000
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
Saturday | 08:00 - 17:00 |
Sunday | 08:00 - 17:00 |