Pasti Mus'ab Umair

Pasti Mus'ab Umair

You may also like

Abdi mohaa cade
Abdi mohaa cade
Pkl
Pkl

Pusat Pendidikan Pra Sekolah (Pusat Asuhan Tunas Islam)

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 22/07/2024

Aksi-Aksi Lincah Anak-Anak PASTI di BSBJ PASTI Subang 2024๐Ÿ€โšฝ๏ธ

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 22/07/2024

PEMAIN TERBAIK PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING (BSBJ) PASTI SUBANG 2024๐Ÿ€โšฝ๏ธ

BOLA SEPAKโšฝ๏ธ
Adik MUHAMMAD HADI BIN A. HAFIZ (PMU1)

BOLA JARING๐Ÿ€
Adik NUR AYRA KHADIJAH BINTI MOHD NOOR (PMU2)

TAHNIAH ๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘

Photos from Fiera Fotografi's post 21/07/2024
Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 21/07/2024

JUARA KESELURUHAN BERSAMA PMU1 & PMU2 BSBJ SUBANG 2024

ACARA BOLA SEPAK โšฝ๏ธ

JUARA - PMU1
NAIB JUARA - PAR2
TEMPAT KE-3 - PMU2
TEMPAT KE-4 - PAR3

ACARA BOLA JARING ๐Ÿ€

JUARA - PMU2
NAIB JUARA - PAR2
TEMPAT KE-3 - PMU1
TEMPAT KE-4 - FIRDAUS

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Allah SWT kerna dengan izinNya buat kali seterusnya PMU1 & PMU2 mengekalkan kejuaraan buat tahun 2024 ini setelah bertarung dengan 18 buah PASTI secara keseluruhan di Subang tahun ini.

Tahniah buat semua pemain bola sepak dan bola jaring yang mewakili PMU1 & PMU2 tahun ini.๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ๐Ÿ’ช

Jutaan terima kasih buat barisan jurulatih, guru pengiring dan semua ibu bapa yang memberi sokongan yang padu kepada para pemain sehingga ke akhir perlawanan pada kali ini.

Tugasan berat menanti pada 28 Julai 2024 (Ahad) nanti untuk kami mewakili kontinjen PASTI Kawasan Subang ke peringkat BSBJ PASTI Negeri Selangor. Kami mohon doa dari ibu bapa semua agar dipermudahkan segala urusan kami nanti, insyaAllah.

18/07/2024

๐ŸŒŸ *PENDAFTARAN PASTI MUSโ€™AB UMAIR (PMU1 & PMU2) BAGI SESI 2025/2026 KINI DIBUKA!* ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“ฅ Mari daftarkan anak-anak yang berumur 4,5 & 6 tahun ke PASTI Mus'ab Umair 1 & 2.

MENGAPA PERLU MENDAFTAR DI PASTI MUS'AB UMAIR 1&2?

๐ŸŽ– Inisiatif bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul.

๐Ÿ‘จโ€๐ŸŽ“ Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam.

๐Ÿ’ฐ Yuran bulanan yang sangat berpatutan.

๐Ÿ“” Kurikulum pra sekolah islam terbaik Malaysia

๐Ÿงฌ Menyediakan dua (2) sesi persekolahan (Sesi Pagi di PMU1 dan PMU2) & (Sesi Petang di PMU2).

๐Ÿงฉ Menyediakan perkhidmatan Smart PASTI _(daycare)_ selepas sesi persekolahan dan cuti sekolah di PMU1.

๐Ÿ“ Penilaian murid berasaskan elemen 5C (Celik Sahsiah, Celik Quran, Celik Bahasa, Celik Minda & Celik Cerdas)

๐Ÿ“š Melatih hafalan surah-surah lazim (Pra-Tahfiz), doa-doa harian dan hadis pilihan.

๐Ÿง• Guru yang berpengalaman, terlatih dan dipantau oleh pengurusan PASTI.

โš™ Pembinaan kemahiran murid melalui Projek Aulad.

๐Ÿ“ฒ Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Hotline :
www.wasap.my/60182662246/Daftar2025

_*JANGAN TUNGGU LAGI, DAFTAR SEKARANG TEMPAT ADALAH TERHAD !!!*_

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 18/07/2024

KEPADA ALLAH KAMI MEMOHON & BERSERAH

Tahniah kepada semua pemain yang terpilih mewakili PMU1 & PMU2 dalam pertandingan BSBJ Subang 2024 kali ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat jurulatih dan guru pengiring yang bekerja keras bagi memastikan semua pemain mendapat ilmu yang secekupnya bagi menghadapi kejohanan kali ini.

Terima kasih juga buat ibu bapa dan penjaga yang selalu memberi sokongan moral kepada anak-anak dan guru-guru agar terus berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Kami mohon titip doa dari ibu bapa semua mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kami pada hari pertandingan nanti. InsyaAllah kita jumpa di gelanggang penentuan pada 21 Julai 2024 (Ahad) ini๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘

08/07/2024

โ€œDan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.โ€ (Surah al-Nisaโ€™ ayat 100)

Salam Maal Hijrah 1446H/2024

Siiru ala barokatillah

08/07/2024

Salam Maal Hijrah 1446H๐ŸŒ™

1 Muharam 1446H / 7 Julai 2024 (Ahad)

Photos from Schools, Colleges & University - Education's post 02/07/2024
24/06/2024

JAWATAN KOSONG (1 kekosongan)

SYARAT & KELAYAKAN :

1. SPM / STPM / Sijil / Diploma / Ijazah.

2. Pengalaman dalam bidang pendidikan satu kelebihan.

3. Boleh bekerja dengan baik dalam kumpulan.

4. Memiliki sifat penyanyang kepada kanak-kanak.

5. Kreatif, aktif dan inovatif dalam bekerja.

6. Bersedia untuk belajar dan mengembangkan potensi diri.

7. Boleh mengaji dengan baik serta mengajar surah hafazan.

8. Menjaga solat dan ibadah yang lain.

9. Minat dan komitmen yang tinggi terhadap dunia pendidikan.

10. Menguasai IT dan Microsoft Office satu kelebihan.

๐Ÿ“„ Hantarkan resume anda ke email :
[email protected]

Hubungi :
๐Ÿ“ฑHotline : 018-266 2246
๐Ÿ“ฑAnas : 019-279 3003

21/06/2024

*INFAQ PEMBELIAN VAN PASTI MUSโ€™AB UMAIR*

Assalamuโ€™alaikum wbt,

Bersempena hari jumaat yang mulia dan penuh barokah ini, kami dengan rendah hati menjemput tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama untuk membantu menyumbang bagi mejayakan โ€œInfaq Pembelian Van PASTI MUSโ€™AB UMAIRโ€.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

ุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุงุชูŽ ุงู„ุฅูู†ู’ุณูŽุงู†ู ุงู†ู’ู‚ูŽุทูŽุนูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุซูŽู„ุงูŽุซูŽุฉู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุฌูŽุงุฑููŠูŽุฉู ุฃูŽูˆู’ ุนูู„ู’ู…ู ูŠูู†ู’ุชูŽููŽุนู ุจูู‡ู ุฃูŽูˆู’ ูˆูŽู„ูŽุฏู ุตูŽุงู„ูุญู ูŠูŽุฏู’ุนููˆ ู„ูŽู‡ู โ€

Maksudnya: _โ€œApabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."_

Riwayat Muslim (1631), Al-Nasaโ€™i (3651), Al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Firman Allah SWT yang bermaksud :

_โ€œPerumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai serratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi maha mengetahui. (QS. Al-Baqarah 2 : Ayat 261)_

Semoga Allah SWT memberi pahala dan ganjaran hasil dari sumbangan tuan-tuan dan puan-puan di akhirat kelak nanti.

https://www.facebook.com/share/NJ2F6AzNqU1VPw36/?mibextid=WC7FNe

Salurkan sumbangan melalui akaun rasmi PMU :

*8603117225*
*CIMB BANK*
*PASTI MUSโ€™AB UMAIR*

Reference : *"InfaqVanPMU"* untuk rujukan kami.

๐Ÿ“ž Maklumat lanjut sila hubungi

wa.me/60192793003 (En Anas)
wa.me/60182662246 (Cik โ€˜Adilah)

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 21/06/2024

AKTIVITI (K4T) 4 IMAM SYAFIE (SESฤฐ PETANG) PMU2

AKTIVITI :
1. Membuat kolaj biri-biri menggunakan kapas

Objektif :
๐Ÿ”นPerkembangan deria dan pemahaman persekitaran.
๐Ÿ”นMurid dapat mengetahui beberapa perkara mengenai biri biri.

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 21/06/2024

AKTIVITI (K4T) 4 IMAM SYAFIE (SESฤฐ PAGI) PMU2

AKTIVITI :
1. Membuat kolaj biri-biri menggunakan kapas

Objektif :
๐Ÿ”นPerkembangan deria dan pemahaman persekitaran.
๐Ÿ”นMurid dapat mengetahui beberapa perkara mengenai biri biri.

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 14/06/2024

SIMULASI IBADAH HAJI 1445H PMU1 ๐Ÿ•‹

Objektif๐ŸŽ–๏ธ:
1. Sejarah ibadah haji
2. Pendedahan tentang praktikal ibadah haji
3. Ibadah haji dan pengertiannya
4. Jenis-jenis haji dan cara perlaksanaannya
5. Mencetus keinginan dan inspirasi kepada murid untuk melaksanakan ibadah haji.

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 14/06/2024

SIMULASI IBADAH KORBAN 1445H PMU1 ๐Ÿช๐Ÿ‚๐Ÿ

Objektif๐ŸŽ–๏ธ:
1. Murid dapat mengenal haiwan-haiwan sembelihan
2. Sejarah, erti pengorbanan, nilai berkongsi & sedekah
3. Pengetahuan umum tentang ibadah korban
4. Pengorbanan dalam kehidupan
5. Nilai kasih sayang sesama makluk dalam kehidupan

14/06/2024

ุงุชู‘ูŽู‚ู ุฏูŽุนู’ูˆูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุธู’ู„ููˆู…ูุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุญูุฌูŽุงุจูŒ

โ€œTakutlah terhadap doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada penghalang antara doa itu dengan Allah SWT.โ€

Hadis Riwayat Al-Bukhari (2448)

Semoga Allah SWT kurniakan kesabaran tertinggi buat Saudara Faisal Halim dan keluarga atas ujian ini. Didoakan kesembuhan buat beliau, Amin Ya Rabbal 'alamin๐Ÿคฒ

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 13/06/2024

Sesi latihan bola jaring PMU2 bagi persiapan BSBJ Subang 2024 Julai nanti๐Ÿ€

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 13/06/2024

Sesi latihan bola jaring PMU1 bagi persiapan BSBJ Subang 2024 Julai nanti๐Ÿ€

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 07/06/2024

KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI SMART TV

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Norbaity binti Mohd Sidek dan Team JU ICT PASTI Malaysia yang sudi berkongsi dan meluangkan masa mencurahkan ilmu kepada guru-guru kami pada 18 Mei 2024 yang lepas.

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 07/06/2024

Jutaan terima kasih diucapkan kepada DMPK Subang yang sudi hadir ke PMU1 & PMU2 hari ini untuk menyerahkan kek dan tanda penghargaan sempena Hari Guru kepada guru-guru kami.๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜

04/06/2024

Alhamdulillah, gelanggang bola jaring dan futsal telah berjaya disiapkan untuk murid-murid menjalani latihan dengan selesa dan baik di PMU2. Dalam masa yang sama tempat ini juga menjadi tempat perhimpunan sesi pagi dan sesi petang persekolahan.๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜

04/06/2024

SALAM TAKZIAH BUAT CIKGU HAPIDAH SEKELUARGA

Ziarah ke rumah Cikgu Hapidah aka Cikgu Miza yang baru kematian arwah suami tercinta arwah MOHD ZAKI BIN JUSOH akibat komplikasi jantung
pada 30/4/2024 yang lalu.

Semoga Cikgu Miza sekeluarga terus sabar dan tabah dalam menempuh ujian ini. Mudah-mudahan Allah SWT menempatkan roh arwah Mohd Zaki dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

04/06/2024

SALAM TAKZIAH BUAT ANAQI AMSYAR SEKELUARGA

Lepas isyaโ€™ tadi pihak pengurusan dan Cikgu Diana (Ketua Guru) baru berkesempatan untuk hadir ziarah ke rumah murid ANAQI AMSYAR BIN MOHD AFIE IKMAL (5 Umar) PMU1 yang arwah ibunya baru meninggal dunia akibat kanser pada 16/5/2024 yang lepas.

Semoga Anaqi Amsyar dan En Mohd Afie Ikmal sabar dan tabah di atas ujian ini. Mudah-mudahan Allah SWT menempatkan roh arwah ibu Anaqi Amsyar di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kami juga turut mendoakan agar Anaqi Amsyar menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam pelajaran di masa-masa akan datang, insyaAllah.

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 29/04/2024

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI 1445H / 2024

Warna Warni Majlis Jamuan Aidilfitri PCTPP & Pasti Musโ€™ab Umair (PMU1 & PMU2) pada 27 April 2024 (Sabtu) di Balai Masyarakat Taman Puchong Perdana, Jalan Teratai.

Jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis jamuan hari raya pada tahun ini. Terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang bermurah hati dan sudi menyumbang makanan jamuan hari raya pada kali ini๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ

Photos from Pasti Mus'ab Umair's post 29/04/2024

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI 1445H / 2024

Warna Warni Majlis Jamuan Aidilfitri PCTPP & Pasti Musโ€™ab Umair (PMU1 & PMU2) pada 27 April 2024 (Sabtu) di Balai Masyarakat Taman Puchong Perdana, Jalan Teratai.

Jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis jamuan hari raya pada tahun ini. Terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang sudi menyumbang makanan jamuan hari raya pada kali ini๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ

Want your university to be the top-listed University in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜๐Ÿ™๐Ÿค
GENAPLAH 100 TAHUN KEJATUHAN EMPAYAR KHILAFAH UTHMANIYAH (3 MAC 1924 - 3 MAC 2024)HADIS TENTANG MUJADDID (REFORMIS) AGAM...
Saf Kepimpinan Guru & Pembantu Pengurusan Murid Sesi 2024/2025Semoga Allah SWT teruskan memberikan istiqamah dan kekuata...
Tahniah guru-guru PASTI Al-Falah, Dungun๐Ÿ’Terima Kasih Pn Nur Mashitoh Mukhtar & tahniah adik Jannah๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ๐Ÿ’๐ŸŽ–๏ธ
[Video] Lawatan Sambil Belajar PMU1 & PMU2 sesi 2023/2024 ke Kilang Coklat Beryls, Seri Kembangan (Siri 7)Belajar tentan...
[Video] Lawatan Sambil Belajar PMU1 & PMU2 sesi 2023/2024 ke Kilang Coklat Beryls, Seri Kembangan (Siri 6)Belajar tentan...
[Video] Lawatan Sambil Belajar PMU1 & PMU2 sesi 2023/2024 ke Aquaria KLCC (Siri 5)Belajar ke dasar laut๐Ÿ ๐Ÿฆˆ๐ŸŸ๐Ÿฌ#pmu1pmu2#bel...
[Video] Lawatan Sambil Belajar PMU1 & PMU2 sesi 2023/2024 ke Aquaria KLCC (Siri 4)Belajar ke dasar laut๐Ÿ ๐Ÿฆˆ๐ŸŸ๐Ÿฌ#pmu1pmu2#bel...
Back to School 2023 ๐Ÿ˜#KembaliKeSekolah#pastimusabumair
ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽูŠูู‘ุจู‹ุง ู†ูŽุงููุนู‹ุงโ€œAllahumma shayyiban nafiโ€™an."
Persembahan pidato yang bertenaga dari adik Nur Ainul Haziqah 6 Uthman (PMU1) bertajuk โ€œPendidikan Menjana Transfomasi U...
โ€ุงู„ู„ู‡ ุงูƒุจุฑ ุงู„ู„ู‡ ุงูƒุจุฑ ุงู„ู„ู‡ ุงูƒุจุฑ ูˆู„ู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏโ€ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู…๐Ÿ™โ€.Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir & BatinDaripada...

Telephone

Website

Address


No. 18, Jalan Perdana 4/4A, Taman Puchong Perdana
Puchong
47100

Opening Hours

Monday 07:45 - 18:30
Tuesday 07:45 - 18:30
Wednesday 07:45 - 18:30
Thursday 07:45 - 18:30
Friday 07:45 - 18:30

Other Puchong universities (show all)
Butter & Olive College-BOC Butter & Olive College-BOC
Jalan Puteri 2/5, Bandar Puteri Puchong
Puchong, 47100

"The Best Malaysian Culinary Academy Skills Centre" PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) yang diktiraf oleh JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

Kompleks Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari Selangor Kompleks Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari Selangor
No. 2 Lot 69 Jalan Bistari Kg Sri Aman Puchong
Puchong, 47150

BERILMU , BERAMAL , BERKEMAHIRAN

Pedih mata Pedih mata
Puchong

Siap pasang 1.5hp econ

Kolej Tingkatan Enam Puchong Kolej Tingkatan Enam Puchong
Batu 8, Jalan Puchong
Puchong, 47170

Kolej Tingkatan Enam Puchong

Sihat Bersama Kami Sihat Bersama Kami
8-3, Prima Bizwalk, Jalan Tasik Prima 6/2
Puchong, 47130

Official Ashwagandha Agent

One Puchong Group and Private Tutor One Puchong Group and Private Tutor
29-1, Jalan OP1/2, Pusat Perdagangan One
Puchong, 47160

Your child is having trouble in school. Need help to guide your child in learning? Do not worry, we're here to help.

Kolej masa depan Kolej masa depan
Puchong
Puchong

Binary University Binary University
No. 1, IOI Business Park
Puchong, 47100

Binary University differentiates it graduates by transforming them to become an ISP graduate ( Industry Specialist Professional Graduate)"

Inti International College Subang Inti International College Subang
3, Jalan SS 15/8, SS 15, Subang Jaya
Puchong, 47500

Maahad Tahfiz Pulau Meranti - MTPM Maahad Tahfiz Pulau Meranti - MTPM
Lot 37657 Kampung Pulau Meranti Tambahan
Puchong, 47120

Email us.. [email protected]

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej MASA Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej MASA
H-02-08, Blok H, Pusat Perdagangan Puchong Prima, Jalan Prima 5/4
Puchong, 47150

Higher Education

D'arte Makeup Academy D'arte Makeup Academy
59-2, Jalan Puteri 2/3, Bandar Puteri
Puchong, 47100

D'arte Makeup Academy +60103596390 Makeup Image Course โ€ข Hair Styling Course