Cikgu Kereta

Pakar Aircond Kereta dengan Sijil Sarjana (UTM)

09/02/2024

Cuti Raya Cina 9-11/2/2024

Photos from Cikgu Kereta's post 08/02/2024

Suzuki SX4 datang dengan keadaan aircond kurang sejuk. Kita diagnos dan dapati cooling coil bocor.

Tukar cooling coil original VALEO JAPAN.
Customer minta tukarkan sekali kipas kondenser.

Aircond sejuk dengan sangat laju. 👍🏻
Settle masalah.

Anda ada masalah aircond? Bagi kami diagnos dulu. Elakkan daripada kena scam.

08/02/2024

Honda Civic FD kata datang nak tukar compressor. Saya kata sabar dulu. Biar saya diagnos.

Rupanya gas terlebih dan cabin filter kotor. Simple je. ✌🏻

Photos from Cikgu Kereta's post 05/02/2024

Toyota Wish ZGE20
Owner kata aircond kurang sejuk dan kipas kondenser bising.
Kita buat:
Flushing aircond
Cabut radiator dan kondenser untuk tukar kipas kondenser.
Kipas kondenser original DENSO.
Masuk balik coolant dan buat bleeding.
Tukar paip suction dan discharge yang bocor.
Refill oil dan gas.
Tukar cabin filter.

Aircond dah sejuk balik tapi kompressor dah sedikit lemah. Suggestion tukar kompressor dan kondenser untuk next. 👌🏻

Masalah selesai. Anda ada masalah aircond kurang sejuk? Dapatkan khidmat nasihat daripada Cikgu Kereta. 😊

Photos from Cikgu Kereta's post 05/02/2024

Hyundai Starex kompressor rosak.
Kita tukar satu original masuk balik. InsyaAllah sejuk lagi 5 tahun.
Semua orang boleh cakap nak tukar apa, tapi adakah penjelasan yang diberikan cukup untuk anda?
Dapatkan khidmat nasihat Cikgu Kereta, pakar aircond kereta. ✌🏻

04/02/2024

Almera anda sudah rasa kurang sejuk? Jom flushing aircond Almera sempena nak balik raya cina ni. Biar kami periksa dahulu untuk balik kampung yang lebih selesa. Baru sejuk nak hadap jem. 😆😉

Photos from Cikgu Kereta's post 04/02/2024

Perbezaan suhu Kia Rio sebelum dan selepas flushing aircond dalam sela masa yang sama.

Anda rasa aircond anda dah mula kurang sejuk? Pergi ke bengkel kami untuk pemeriksaan aircond secara mendalam.

Photos from Cikgu Kereta's post 04/02/2024

Bezza datang aircond tak sejuk langsung.

Kita diagnos dapati magnetic clutch dah jem.
Terus tukar original DENSO.
Lepas tukar, kita flushing aircond sekali, isi minyak kompressor original DENSO dan gas ikut spec serta servis motor blower.
Tukar cabin filter sekali. Mengerikan dah rupanya. 😆

Anda ada masalah aircond? Boleh datang ke bengkel untuk pemeriksaan.

04/02/2024

Viva bocor paip suction.
Kita tukar sekali paip discharge sebab umur sama je.

Terus settle tiada bocor. Anda ada masalah aircond? Boleh datang ke bengkel untuk pemeriksaan.

Photos from Cikgu Kereta's post 04/02/2024

Viva kata ada bunyi bila on blower kelajuan 2.
Pemeriksaan mendapati blower, dalam wiper, dalam kotak cooling coil, penuh dengan daun. Punya banyak daun tu, sampai lepas bersihkan nak kena sapu atas lantai masuk tong sampah.
Kita buka cooling coil rupanya daun tu dah mereput dan menyebabkan cooling coil pun bocor. Terus tukar original SANDEN.

Blower masih elok so pakai balik.
Expansion valve masih cantik so pakai balik.

Siap sejuk semula dan dah tiada bunyi. Bunyi tu datang daripada daun yang melepak di cooling coil. 👌🏻

Ada masalah aircond Viva? Boleh datang ke bengkel untuk pemeriksaan.

Photos from Cikgu Kereta's post 02/02/2024

Alza bocor cooling coil. Tukar original DENSO. 3 jam siap 👌🏻

Photos from Cikgu Kereta's post 30/01/2024

Vios NCP151 tak sejuk langsung berpunca daripada magnetic clutch putus dalam.
Kita tukar baru original DENSO.

Terus sejuk. Kereta tahun 2019.

Anda ada masalah aircond? Boleh datang ke bengkel untuk pemeriksaan.

Photos from Cikgu Kereta's post 29/01/2024

Nissan X-Trail T32
Ada masalah aircond gas kurang.
Simptom: Sejuk je driving, tiba2 hilang terus sejuknya.
Rupanya cooling coil bocor. Kita tukarkan baru original siap expansion valve. 👍🏻

Ada masalah aircond? Boleh datang ke bengkel untuk pemeriksaan mendalam. 👍🏻🙏🏻

29/01/2024

Nissan Almera N17 datang sebab aircond gas asyik habis.

Pemeriksaan mendapati cooling coil bocor.
Kita tukarkan cooling coil original. 👍🏻

Anda ada masalah aircond? Datang ke bengkel kami untuk pemeriksaan terlebih dahulu.

Photos from Cikgu Kereta's post 29/01/2024

Nissan Almera datang disebabkan compressor berbunyi.
Bunyinya makin kuat bila enjin lebih laju.
Kita flushing. Tukar compressor. Tukar condenser. Semua original.

Masalah bunyi selesai dan aircond kereta sejuk sangat cepat. 👍🏻

Ada masalah aircond? Boleh datang ke bengkel untuk pemeriksaan terlebih dahulu.

Photos from Cikgu Kereta's post 29/01/2024

Upgrade kipas high speed Myvi Lama
Kelebihan:
1. CFM lebih tinggi.
2. Condenser lebih cepat sejuk.
3. Aircond lebih efisien.
4. Kabin kereta lebih cepat sejuk.
5. Minyak petrol jimat sedikit.

Macam mana saya tahu semua ni? Sebab saya dah buat testing masa di Universiti dulu. Jadi jika anda nak upgrade kipas, boleh datang ke bengkel kami. Call dahulu untuk buat tempahan.

Syarat: aircond kena sihat baru boleh rasa kelebihannya. 👍🏻

28/01/2024

Bezza 1.3 kata aircond tak sejuk langsung.

Magnetic clutch rosak. Tukar baru settle. Yang penting DENSO original. 👍🏻

Ada masalah aircond? Boleh datang ke bengkel untuk pemeriksaan.

Photos from Cikgu Kereta's post 26/01/2024

Viva datang kata aircond kurang sejuk.
Pemeriksaan mendapati gas kurang.

1. Bocor di suction pipe
2. Bocor di cooling coil

Kita tukar original SANDEN.
Selain itu juga lambat sedikit sejuk sebab compressor dah tak pakai yang original. Suggestion tukar compressor next time.

Anda ada masalah aircond? Boleh datang ke bengkel untuk pemeriksaan terlebih dahulu.

26/01/2024

Time happy kita happy. Kan? 😆

Photos from Cikgu Kereta's post 23/01/2024

Perodua Axia aircond ada bocor.
Jadi bila kita periksa, kebocoran hanya pada oring expansion valve sahaja. Kita tukar oring terus selesai tiada kebocoran lain. Alhamdulillah. 👍🏻

Photos from Cikgu Kereta's post 22/01/2024

Nissan Grand Livina kata dah pernah buat aircond 3 hari lepas. Tukar paip katanya discharge dan suction. Tapi bila tengok macam tak tukar pun. Entahlah. Jadi kita teruskan pencarian masalah iaitu bocor pada cooling coil. Proses makan masa 2 jam untuk buka, cuci, servis dan pasang semula cooling coil baru original.

Jika anda zoom in pada cooling coil tu, boleh nampak ada kehijauan gitu. Nissan memang senang nak cari bocor. 👍🏻

Dapat sejuk dah tu. Kalau nak sejuk lagi kena tunggu 10 minit ke atas. Kereta memang direka untuk cukup selesa pada 15 minit selepas aircond mula berfungsi.

Jadi jika anda ada masalah aircond, boleh datang ke bengkel kami untuk dapatkan second opinion. Tak buat pun takpe. Yang penting tahu masalah apa dulu. 👍🏻😉

Photos from Cikgu Kereta's post 22/01/2024

Pemasangan 70mai A500s depan belakang 64GB sekali hard wire kit supaya ada parking surveillance.
Datang sekali dengan ADAS untuk membantu pemanduan.
Pemasangan dibuat pada Mazda CX-5.

Boleh buat booking dan appointment untuk pemasangan. Upah pasang 60 je kami ambil untuk depan dan 120 depan belakang.

Photos from Cikgu Kereta's post 22/01/2024

Toyota Camry XV30 servis dan tukar drier bag di condenser. Sejuk macam baru beli kereta.

Servis flushing aircond ✅
Cuci blower ✅
Tukar drier bag ✅

Semua minyak dan gas balik asal ikut spec kilang. Anda rasa aircond kereta anda kurang atau lambat sejuk? Boleh datang ke bengkel untuk pemeriksaan dan servis.

Photos from Cikgu Kereta's post 22/01/2024

Proses tukar cooling coil Proton Preve SANDEN. Anda boleh buka atau tidak dashboard, tapi di tempat kami akan buka dashboard untuk hasil yang lebih kemas. 👍🏻

Preve seminggu isi gas lepas tu habis. Datang tempat kami dan confirm cooling coil bocor baru proceed. 👍🏻

Kita gantikan dengan cooling coil original SANDEN.
Kerja makan masa 2-3 jam.

Apa2 masalah aircond boleh datang ke bengkel untuk pemeriksaan.

Photos from Cikgu Kereta's post 18/01/2024

Hari ni rasa sangat gembira. Dapat selesaikan masalah aircond kereta Myvi yang pelik.

Simptom: Kurang sejuk.
Diagnos: Cooling coil bocor.

Owner kata dah tukar semua setahun lepas. 2.9k. Saya periksa expansion valve dan cooling coil masih original kereta. Masukkan gas pun still tak dapat sejuk sepatutnya. Kalau set separuh, elok je sejuk. Tekanan mmg tunjuk normal.

Kita tak puas hati, buka condenser dan check drier tengok dah hitam separuh. Besi pun dah ada. Tukar terus compressor dan condenser sekaligus dengan cooling coil. Tapi still sejuk lepas tu beku.

Tapi saya pelik. Cooling coil original kereta, tp kotak cooling coil dah ada patah. Skru hilang. Maksudnya pernah dibuka sebelum ni. Mungkin dia cuci je kot. 🤷🏻

Jadi kita buka balik cooling coil dan check balik kedudukan sensor asal. Rupanya orang sebelum ni letak kat tempat yang lari jauh daripada tempat asal. Jadilah terlebih sejuk dan beku..... Maka sistem dia pun tekanan terlebih kerja keras, maka compressor baru calar dan overheat dan menyebabkan condenser drier hitam..

So jawapan untuk masalah keseluruhan adalah pada asalnya hanya kerana sensor thermistor salah tempat pasang jarak dalam 5cm..

Terus dapat cut-off tak sampai seminit pun hidup kereta. Barulah awesome! 👍🏻👍🏻👍🏻

Jadi kalau anda ada masalah aircond Myvi, boleh datang ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Photos from Cikgu Kereta's post 17/01/2024

Nissan Almera N17 servis aircond setelah bertahun2.
Apa yang kami buat bila servis aircond almera?
1. Flushing
2. Refill gas
3. Tembak dalam dashboard
4. Adjust flap heater
5. Tukar cabin filter

Blower tak cuci sebab nak buka separuh nyawa. Jadi kita biar rosak nanti baru tukar. 😂 Normally semua kereta kita cuci dan servis blower sekali.

Proses makan masa sejam. Jika anda perlu servis aircond Almera, boleh datang ke bengkel kami.

Photos from Cikgu Kereta's post 16/01/2024

Iswara datang disebabkan kurang sejuk. Pemeriksaan mendapati gas kurang. Jadi kita jumpa bocor di:
Fitting paip discharge
Cooling coil

Kita tukar sekali drier dan expansion valve. Sejuk terus aircond. Jika ada apa2 soalan atau pemeriksaan perlu dibuat, boleh datang ke bengkel kami. Tekan profile untuk tahu lokasi.

Photos from Cikgu Kereta's post 16/01/2024

Bezza aircond gas habis!

Pemeriksaan mendapati ada kebocoran di cooling coil. Jadi kita:

Keluarkan gas
Buka dashboard
Servis kotak cooling coil
Cuci blower
Tukar cooling coil
Tukar cabin filter
Masukkan minyak yang kurang
Masukkan gas 400gram

Expansion valve masih elok dan sensor thermistor pun masih elok ikut spec.

Sejuk dapat sangat cepat dan masalah selesai. Ada apa2 masalah boleh buat pemeriksaan di bengkel kami. 👍🏻

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Pulai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Honda Civic FD aircond problem.
Nissan X-Trail T32 air-conditioning not cool. Evaporator leak. Refrigerant cannot hold inside system.
Awak kerja sini ke?
Compressor manufacturing defect. Catastrophic failure.
Cara buka meter Preve / Suprima
Brake caliper service toyota innova
Change Toyota Magnetic Clutch Compressor
Rileks2..
Nissan Almera N17 kotak cooling coil hancur dikerjakan bengkel tidak bertanggungjawab.
Servis aircond Myvi 1.5. Aircond kurang sejuk tak macam kereta baru. Ada bocor halusssssssssss je di schrader valve.
Tukar magnetic clutch Hilux KUN25R
Tukar magnetic clutch Myvi Lagi Best

Telephone

Address


23, Jalan Bestari 88, Taman Mutiara Rini, Skudai
Pulai
81300

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 13:00
Sunday 08:30 - 18:00

Other Pulai autos & automotive services (show all)
Cps811 Aksesories Autoparts Cps811 Aksesories Autoparts
Pulai, 09100

Motor sport

Ace Auto Fibre Body Kit Enterprise Ace Auto Fibre Body Kit Enterprise
No 4 , Jalan SELATAN 3 , TAMAN PERINDUSTRIAN RINGAN PULAI
Pulai, 81300

Damon Proton Damon Proton
Lot 673, (GM 432), Batu 25 1/2, Jalan Klang Assam Jawa, 45700 Bukit Rotan, Kuala
Pulai, 47000

Hello and thank you for visiting Damon Proton's official page. Damon is an experienced Proton SA dealer who is ready to assist you in buying your dream car and making your...

Sofee Store Sofee Store
Kampung Belakang Rumah
Pulai, 09100

kami menghargai dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua

Midasbuy Midasbuy
NO 25 Jalan PULAI 20
Pulai, 81110

Port of Suspension: Service & Product Selling

Kereta Sewa Skudai Kereta Sewa Skudai
NO 71, Jalan PAKIS 1, TMN SRI PULAI
Pulai, 81110

car rental

Automotive Technical Support Automotive Technical Support
3 Jalan Pulai Perdana 1/2 Taman Sri Pulai
Pulai, 83330

Gelang patah Gelang patah
Pulai, 81550