Scarves Valet
Nearby beauty salons
Puncak Alam, Kuala
Puncak Alam, Kuala
Puncak Alam, Kuala
Puncak Alam, Kuala
Puncak Alam, Kuala
Kuala 42300
Kuala
Uitm Puncak Alam, Kuala
Bandar Hillpark
Kuala 42300
42300
Kuala 42300
Kota Kinabalu 88450
Kuala Krai 18000
You may also like
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Scarves Valet, Health/Beauty, Puncak Alam.
Walaupun kita happy berat badan turun tapi postur badan tetap jadi masalah. Menggeleber ๐ฉ
๐ธ CINCH
- indeks glisemik rendah -22 : sesuai untuk penghidap kencing manis dan mengekalkan tahap gula darah yang normal & kekalkan tenaga
- Mengandungi CINCH Pro: campuran eksklusif protein diperkaya dengan LEUCINE-ASID AMINO
- Leucin : memelihara otot semasa menurunkan berat badan, membina asid amino yang terdapat didalam protein tertentu.
- Cinch boleh menyebabkan KEHILANGAN LEMAK, BERAT, INCI dan pada masa yang sama mengekalkan otot kita.
Kebaikan ESP dari sudut kesihatan.
๐ฅ Membantu mengurangkan paras kolestrol
๐ฅ Menghalang pembentukan batu karang
๐ฅ Meningkatkan sel darah putih yg merupakan sistem pertahanan badan
๐ฅMenguatkan rahim terutama yang pernah mengalami keguguran
๐ฅ Mengelakkan kerapuhan tulang
๐ฅ Memelihara kesihatan jantung
๐ฅ Membentukan sel-sel baru
๐ฅ Merendahkan bacaan bacaan diabetes dengan menstabilkan paras glukosa.
Khasiat ESP untuk masalah gastrik.
๐ฅ Mengurangkan keasidan dalam perut
๐ฅ Memgelakkan hakisan dinding perut
๐ฅ Membaiki tisu-tisu perut yang telah terhakis
GET YOUR NOW!!
Dah masuk musim kenduri tapi tiada tudung untuk dipadankan dengan busana anda ?? Jangan risau kami ada untuk menyelesaikan masalah anda.
Terdapat pelbagai jenis tudung dan warna dalam koleksi kami. Untuk lebih lanjut boleh klik link dibawah atau whatsapp terus ke nombor yang tertera ๐
Whatsapp - 0189588809 https://www.facebook.com/azimazahri/
Scarves Valet Health/beauty
Sudah bosan dengan tudung yang kosong tanpa corak ?
Jangan risau kami mempunyai koleksi tudung bercorak yang akan menarik minat anda ๐
Dm atau whatsapp kami di
0189588809
Dapatkan sekarang warna-warna lembut yang menjadi kegilaan ramai ni. Warna macam ni cepat sangat habis dan susah nak restock.
Dapatkan sekarang!!
DM atau Whatsapp kami di - 0189588809
SHAWL ARABIC!
RM15
COD : UITM Puncak Alam
Jika berminat boleh whatsapp di
0189588809
Tak sabarnya nak keluarkan corak baru untuk shawl dan juga bawal!! ๐คฉ๐
warna tudung dah makin berkurang, baik cepat sebelum terlambat!!
warna tudung baru atau corak baru tu yang akan datang ๐ sabar ok..
Assalamualaikum, di sini saya ingin menjemput para pelanggan untuk membeli tudung dari pelbagai jenis kain, warna dan fesyen. Rugi rasanya kalau tak beli sebab ia sangat terhad. Setiap kali keluaran terbaru pasti rama berebut-rebut utuk mendapatkannya. Jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkan tudung yang terbaik hanya dari kami.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Azima - 0189588809
Cara Memilih Anak Tudung Mengikut Bentuk Muka
1. Seeloknya pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan besar dan nampak tebal.
2. Gaya tudung longgar memang membantu penampilan anda tampak lebih anggun dan bergaya. Untuk itu, jenis anak tudung bertopi, morocco atau ninja sangat sesuai digunakan.
3. Paling penting untuk anda memilih fabrik yang sesuai dengan tujuan dan keadaan cuaca semala. Seperti cotton mampu menyerap peluh dengan baik. Maklumlah dengan cuaca panas di Malaysia, pemilihan fabrik penting agar kita juga selesa dalam berhijab.
4. Untuk anak tudung dari fabrik lycra, pastikan ia betul-betul kain yang bermutu kerana jika tersalah pilih anda akan cepat merasa tidak selesa terutama di bahagian tulang p**i. Elakkan dari memilih anak tudung yang terlalu ketat kerana ia akan membuatkan anda merasa sakit dan tidak selesa.
5. Pastikan pemakaian anak tudung sesuai dengan anda, majlis dan situasi. Sekiranya anak tudung dihiasi dengan benang emas, perak atau berwarna-warni berserta sulaman manik yang agak berat, ia tidak sesuai untuk dibawa ke pejabat atau ke majlis tidak rasmi.
6. Sekali sekala, jika anda mempunyai anak tudung menarik, anda boleh menekankan elemen ini. Untuk menonjolkan anak tudung, pastikan anda memilih gabungan warna yang sesuai dengan tudung atau selendang anda. Kadangkala warna kontra juga lebih membantu.
7. Pemilihan anak tudung bukanlah sekadar mengikut trend semata-mata, tetapi ia perlu sesuai dengan kegunaanya serta wajah anda. Berhati-hati dalam memilih anak tudung bercorak, kerana tidak semua orang sesuai dalam mengayakannya.
8. Seeloknya banyakkan pilihan anak tudung polos pelbagai warna dalam koleksi anda. Ia lebih selamat. Gunakan juga aksesori tambahan seperti kerongsang atau pin sebagai perhiasan tambahan.
TIPS TRAVEL UNTUK WANITA BERTUDUNG:
1) TUDUNG MOTIF BERLAINAN DEPAN BELAKANG
Pelbagai trend tudung yang anda boleh dapati di pasaran hari ini, salah satunya tudung dengan motif berbeza depan dan belakang.Untuk menjimatkan ruang, tudung ini amat sesuai digunakan bagi mereka yang ingin bercuti lama. Tanpa perlu membawa banyak tudung, anda juga telah menjimatkan tenaga untuk menggosok.
2)BAWA TUDUNG BAWAL
Selain fabrik yang ringan dan mudah kering, tudung bawal juga paling senang digayakan. Tanpa menggunakan pin yang banyak, tudung bawal masih boleh menutup aurat kepala dan dada anda.
3) HINDARI PENGGUNAAN PASHMINA
Selendang jenis pashmina adalah jenis tudung yang anda perlu elakkan semasa bercuti.Material yang mudah renyuk, selendang jenis ini juga memerlukan banyak pin untuk digayakan.
4) TUDUNG โINSTANTโ
Tudung paling senang digayakan dan tidak mengambil masa yang lama untuk memakainya.Paling penting, pilih tudung โinstantโ yang berfabrik serap peluh. Wajib bawa satu atau dua dalam bag anda!
5) TUDUNG DILETAKKAN PALING ATAS
Untuk menghindarkan tudung yang siap digosok renyuk apabila membuka bagasi, letakkan tudung-tudung anda paling atas di dalam bag tersebut.
Panduan Pilih Tudung Terbaik bagi Pakaian Anda:
1. Tudung berwarna neutral
Tudung berwarna putih, hitam dan beige boleh dipadankan dengan idea-idea pakaian yang ada dalam almari pakaian anda. Sama ada pakaian anda berwarna-warni, mempunyai jalur atau semua blok warna, ketiga-tiga warna itu tidak pernah salah untuk digayakan dengan semua pakaian. Maka, jika anda masih tidak mempunyai warna yang sesuai dengan pakaian anda, anda boleh gayakan dengan tudung berwarna neutral. Jadi, pada para wanita bertudung, boleh dikatakan wajib untuk anda memiliki tudung berwarna putih, hitam dan beige untuk kesenangan anda.
2.Pilih warna yang lebih cair dan cerah
Anda boleh memilih tudung warna yang lebih cerah atau lebih gelap daripada warna pakaian anda. Anda juga boleh memilih untuk memakai warna tudung sama seperti warna skirt atau seluar anda, contohnya jika anda memakai seluar putih dan baju berwarna lain, pakai tudung berwarna putih yang sama dengan seluar putih tersebut. Barulah padanan warnanya seimbang.
3.Tudung printed atau bercorak
Tiada yang setanding dengan tudung printed atau bercorak yang cantik untuk menjadikan pakaian muslimah anda tampil bergaya! Jika anda berani, pakai tudung yang bercorak itu dengan baju bercorak yang berlainan dan jika anda ingin selamat, gayakannya dengan pakaian berwarna yang plain atau dikatakan baju kosong tanpa corak. Tiadalah nampak serabut kerana tudung anda sudah bercorak, jadi baju anda tidak perlu mempunyai corak pun.
4.Tudung berwarna neutral dengan pakaian bercorak
Jika anda benar-benar s**a memakai pakaian bercorak, anda tidak boleh salah dalam memilih tudung. Anda perlu pilih tudung yang ada warna sama dengan salah satu warna dalam corakan pakaian anda. Atau anda boleh memilih untuk memakai tudung berwarna neutral seperti putih, hitam dan beige. Jadi, anda tidak perlu pening kepala lagi dan boleh mula cuba gayakannya daripada sekarang.
Hi semua! mesti tak sabarkan nak tunggu keluaran produk terbaru dari kami ๐
5 TIPS BASIC DALAM MEMILIH TUDUNG:
Tips 1
Anda harus pastikan tudung yang dipilih sama saiznya dan sesuai dengan bentuk muka anda.
Tips 2
Sebaik-baiknya gunakan tudung yang senang untuk dibentuk bila memakainya dan juga dipadankan dengan apa baju sekalipun. Contohnya, kain kapas dan kain bawal.
Tips 3
Untuk tidak kelihatan lebih berusia, elakkan dari memilih warna tudung yang gelap dan kusam. Pilih warna yang terang.
Tips 4
Cuba elak dari memakai tudung yang warnanya sama dengan baju anda.
Tips 5
Anda boleh kelihatan lebih ceria dan lembut dengan memakai tudung kosong yang berwarna cerah seperti kuning, merah jambu, biru, oren dan sebagainya.
Cara Memakai Tudung Mengikut Bentuk Wajah Anda:
1. Round face
Gaya hijab yang terbaik untuk wanita dengan wajah bulat sangat mudah. Mempunyai wajah bulat bermakna lebar antara sisi muka anda dan atas ke bawah hampir sama. Wanita yang mempunyai muka yang bulat perlu memanjangkan dahi mereka dengan mengangkat tudung mereka hanya sedikit dan membuat tip yang sangat kecil. Gaya yang berfungsi dengan baik untuk wajah bulat adalah gaya longgar kerana ia akan membingkai wajah anda dengan sempurna. Menambah lipatan longgar di tulang p**i menunjukkan wajah anda yang lebih menekankan ciri anda. Ia juga menambah tekstur dan menghilangkan bentuk bulat.
2. Oval face
Adakah anda tahu bentuk muka bujur adalah bentuk muka universal dari 6 bentuk lain? Ramai yang beranggapan ianya sebagai bentuk sempurna kerana dapat menarik pelbagai gaya, wajah bujur panjang dan mempunyai tulang p**i yang menonjol dengan dagu yang meruncing. Beruntung jika anda mempunyai bentuk muka bujur kerana anda boleh menjadi sangat serba boleh dengan gaya tudung anda juga! Wanita dengan muka bujur boleh memakai anak tudung mereka lebih dekat ke dahi mereka, untuk mencipta ilusi yang wajah tidak terlalu panjang. Anda sama ada boleh gayakan pemakaian longgar atau dikenali sebagai gaya tanpa pin dengan mempunyai selendang membingkai sisi muka anda atau melilit kain selendang dengan kuat di sekeliling wajah anda dan letakkan di bawah dagu anda.
3. Diamond face
Bentuk berlian adalah bentuk wajah yang paling kurang dari 6 bentuk lain. Dengan ciri-ciri wajah yang sangat angular dan struktur tulang yang kuat, pada dasarnya ia adalah versi memanjang bentuk wajah yang paling meluas pada tulang p**i dan dagu yang menonjol. Anda juga mempunyai kelebihan kerana anda boleh menjadi super serba boleh dengan gaya anda! Gaya loose, fitted atau apa pun yang anda rasakan! Hanya jangan tambahkan apa-apa lipatan di sisi dan pastikan ia licin dan kemas.
4. Square face
Selalunya lebar dahi, tulang p**i dan jawlines sama bagi muka mereka yang berbentuk persegi. Anda mempunyai jawline yang cantik dan gaya yang memamerkan rahang yang kuat dan menjadikan ia diantara yang terbaik. Sama seperti bentuk muka bujur, anda juga boleh menjadi sangat serba boleh dengan cara anda menggayakan tudung anda. Anda boleh buat gaya pemakaian tudung yang longgar di sekitar muka, tambah lipatan di bawah tulang p**i untuk memberi bentuk kepada muka anda. Segala-galanya dan apa pun akan menjadi! Jika anda cuba untuk mendapatkan rupa yang lebih feminin, tucking selendang longgar di sekitar dagu untuk memberi keajaiban dalam gaya selendang anda.
5. Long face
Wajah berbentuk panjang agak sama dengan muka bujur, hanya sedikit lebih panjang di dahi atau dagu. Cara memakai tudung yang sesuai untuk muka yang berbentuk panjang adalah dengan tambahkan ruang di bahagian atas kepala anda untuk mengimbangi bentuk yang panjang. Dengan menambahkan v-point di pusat dahi anda dan menambahkan simetri kepada rupa keseluruhan. Buat lipatan dengan baik di bahagian bawah tulang p**i anda untuk membuat bentuk tudung yang memberikan anda rupa yang sempurna!
TIPS MEMILIH TUDUNG MENGIKUT WARNA KULIT:
1.KULIT GELAP/HITAM MANIS
- Untuk yg berkulit gelap adalah sesuai dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana warna ni mencerahkan lagi kulit anda.
2. KULIT SAWA MATANG
- Pemilihan warna pastel & warna gelap merupakan pilihan yang terbaik kerana akan membuatkan kulit anda cerah dan ayu. Sebagai contoh memilih warna pink belacan dan biru gelap dapat meyerlahkan kulit anda.
3. KULIT KUNING LANGSAT
- Sesuai mengayakan warna-warna cerah seperti kuning ataupun biru cair. Hal ini kerana warna tersebut menambahkan seri wajah anda dan menyebabkan kulit anda segar sekali gus menyebabkan kecantikan anda.
4. KULIT PUTIH
- Untuk anda yang berkulit putih biasanya anda sesuai dipadankan dengan kebanyakan warna. Tak kisah warna gelap ataupun cerah. Warna yg paling sesuai untuk anda adalah warna-warna solid seperti merah, hijau & hitam.
ehem ehem macam ada tudung baru je ๐
Dah masuk musim cuti sekolah ni mesti banyak kenduri kan. Jadi inilah masanya untuk borong tudung kegemaran ๐
Tutorial menggayakan bawal yang mudah dan pantas untuk anda ๐
Boleh hubungi saya di whatsapp 018-9588809 untuk pre-order warna bawal cotton terbaru atau boleh terus datang ke Dahlia 4 UITM Puncak Alam!
Ada pelbagai warna bawal cotton yang menjadi pilihan hati. Jom dapatkan sekarang!
Assalamualaikummm semua!
Sudah bosan asyik pakai tudung bawal yang sama je setiap hari? Asyik pakai warna hitam je sampai dah naik lusuh, mesti bosan kan? Hah kalau macam tu saya di sini ada jual pelbagai warna dan jenis bawal yang dapat naikkan seri anda semua .. Jual bawal je ke ? mestilah shawl pun ada.. nak tahu lebih lanjut .. terus cantact saya ye ๐ฅฐ
CARA MUDAH UNTUK HILANGKAN KESAN PELUH & MINYAK PADA SHAWL DAN TUDUNG BAWAL
Cara pertama:
1. Ambil bedak tabur (tak kesah jenama apapun) dan taburkan pada kawasan tudung yang ada kesan tompokan minyak tadi. Letak seberapa banyak yang boleh.
2. Kemudian, biarkan seketika sambil gosok lembut dengan jari bedak yang ditabur pada tudung.
3. Setelah bedak sudah menyerap pada tudung, barulah cuci macam biasa. Anda juga boleh rendam tudung tersebut dengan sabun seketika dan bilas.
4. Jemur tudung sehingga kering. Hasilnya tiada lagi kesan minyak pada tudung anda!
Cara kedua:
1. Cuci tudung dengan shower cream. Kemudian, tambahkan bahagian yang terkena peluh itu dengan baking soda dengan menggunakan berus gigi.
2. Gosok perlahan-lahan. Anda tidak perlu risau, kerana dua bahan ini tidak akan merosakkan tudung anda.
3. Setelah selesai digosok, basuh seperti biasa dengan sabun pencuci baju.
Mudah saja kan? Lagi satu, lagi bagus sekiranya anda elakkan mencuci tudung dengan menggunakan mesin basuh. Sebaliknya, anda hanya perlu gosok lembut sahaja untuk menjada kualiti fabrik tudung kesayangan anda.
Semoga bermanfaat!
Rambut merupakan mahkota wanita yang perlu ditutupi. Bertudung tidak bermaksud anda harus mengabaikan penjagaan rapi rambut anda. Penjagaan rambut adalah penting bagi mereka yang bertudung.
Bila memakai tudung, tak semestinya anda hanya mengekalkan penjagaan tudung sahaja. Penjagaan yang rapi haruslah bermula dari dalam iaitu rambut anda. Anda akan rasa tidak selesa ketika bertudung sekiranya rambut anda tidak dijaga dengan betul. Bayangkan sekiranya anda tidak menjaga rambut anda, anda akan rasa tidak selesa dan kurang berkeyakinan sekurangnya 8 jam anda keluar untuk bekerja.
Ikuti tips penjagaan rambut yang sangat mudah.
1. Pemilihan syampu yang betul
- Kalau boleh pilih syampu khas untuk wanita bertudung dan mengikut kesesuaian tahap kerosakan rambut. Penggunaan syampu dua hari sekali sudah memadai.
2. Perapi rambut
- Perapi rambut atau di kenali sebagai conditioner di gunakan untuk mengekalkan rambut yang sihat dan lembut.
3. Serum rambut
- Fungsi serum rambut untuk menambah vitamin dan melembutkan rambut anda.
4. Jangan ikat rambut ketika rambut masih basah.
- Anda seharusnya keringkan rambut terlebih dahulu untuk mengelakkan rambut anda dari berbau.
5. Sentiasa tukar anak tudung anda
- Anda disaranakan untuk memilih anak tudung fabrik kapas dan serap peluh.
INGIN MENDAPATKAN TUDUNG/SHAWL YANG MURAH DAN CANTIK DIPAKAI MENGIKUT KESESUAIAN WAJAH?
Tahukah anda? Selalunya ramai wanita di luar sana yang mencari tudung/shawl yang sedap dipakai tetapi mahal dan kurang sesuai untuk dipakai.
Ramai yang mencari tudung/shawl yang murah dan selesa untuk dipakai tetapi tidak tahu nak mencarinya dimana. Macam kawan saya dulu, ingin dapatkan tudung yang murah, tapi lepas mencuba membeli produk saya, dia sangat menyukainya.
Mencari rona warna dan corak mengikut kesesuaian baju
- Pelbagai warna dan corak anda boleh pilih untuk memakai dan haruslah mengikut kesesuaian baju. Jika baju sudah banyak corak pilihlah tudung yang kosong untuk tampak tidak terlalu padat dengan pelbagai pattern.
Ingin mendapatkan tudung/shawl pelbagai pattern dan menarik?
Dapatkan tudung/shawl yang menarik di Scarves Valet dengan SEGERA!
Dengan dan tudung yang murah dan cantik pasti akan menjimatkan wang anda dan menjadikan hari-hari anda menjadi sempurna dengan tudung yang cantik dan selesa.
Berminat? Apa tunggu lagi? Jomlah like page kami dan klik disini https://www.facebook.com/azimazahri/
Log In or Sign Up to View See posts, photos and more on Facebook.
NAK CARI TUDUNG MURAH DAN CANTIK?
Anda nak save budget untuk cari tudung/shawl yang murah?
Runsing nak cari tudung/shawl murah tetapi tidak tahu dimana?
Ramai yang mencari tudung/shawl yang murah dan selesa untuk dipakai tetapi tidak tahu nak mencarinya dimana.
Macam kawan saya dulu, ingin dapatkan tudung yang murah, tapi lepas mencuba membeli produk saya, dia sangat menyukainya.
Dengan tudung/shawl yang cantik dan murah pasti akan menjimatkan wang anda dan menjadikan hari-hari anda menjadi sempurna dengan tudung/shawl yang cantik membuatkan si pemakai berasa yakin dengan dirinya.
Berminat? Sila like page https://www.facebook.com/azimazahri/ dan tulis โ Saya berminat dengan produk akakโ
Dijamin akan selesakan anda!
Scarves Valet Health/beauty
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Puncak Alam
42300
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam, Bandar Puncak Alam
Puncak Alam, 42300
Shopstrangesugar Agent here! Hair removal products that can save your life!
Puncak Alam, 42300
Pengedar sah Habbatus Sauda 100% Asli ini merupakan Habbatus sauda Gred A di import dari Mesir dan mengandungi 60 kapsul. Habbatus Sauda ini selamat dimakan dan diperakui Halal.
Puncak Alam
Dapatkan bekalan air mineral semulajadi yang DIYAKINI DAN TERBAIK daripada Cactus dan Spritzer. Hub
Puncak Alam
The hair powder is fragrance-free, has an allergy-friendly formula, and is gentle on the scalp.
Puncak Alam, 42300
HAURAA SERUM sesuai untuk merawat kulit wajah ๏ฟฝ kulit kering ๏ฟฝ kuling menggelupas ๏ฟฝ garis penuaan ๏ฟฝ kusam ๏ฟฝ jerawat Ingredient ๏ฟฝ Sarang Burung Walet ๏ฟฝ Emas 24K ๏ฟฝ Vitamin C ๏ฟฝ Col...
Meranti, Hillpark
Puncak Alam
Provides mobile optometry clinic for our community to have a better vision quality in all age group. ๏ฟฝSSM registered (003353605-D) ๏ฟฝGraduated Bachelor in Optometry @ UiTM ๏ฟฝ3 year...
Puncak Alam, 42300
Forever Living by Zarak di hasilkan adalah untuk menyebarkan informasi dan khasiat product Forever Living.
Jalan Eco Grandeur 12/1G
Puncak Alam, 42300
DSC adalah cocoffe yang baik utk kesihatan.. Bg menurunkan berat badan, melawaskan pembuangan, menurunkan kolestrol jahat, menstabilkan hormon dan memberi tenaga.. Amat sesuai semu...
Puncak Alam
KHASIAT PACAK MUDIM ๏ฟฝ - Meningkatkan tenaga batin lelaki - Tambah keras - Tambah size - Tahan lama - Lambat pancut - Turunkan bacaan gula (untuk yg ada kencing manis) Campuran he...
No 22a Jalan Ppaj 2/5, Pusat Perdagangan Alam Jaya
Puncak Alam, 42300
Minuman botani Safron
Puncak Alam
๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข_๐๐จ๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ Kesemua pro_duk Apcel mengandungi vitamin daripada Biji Apricot dan ekstrak biji Apricot yang bermutu tinggi dan berkualiti.