MSAT Maahad Tahfiz Surau At Taufiqiyyah
Nearby schools & colleges
Puncak Alam, Kuala
Kuala
Uitm Kampus Puncak Alam, Kuala
Kampus Puncak Alam
Uitm
Bandar Puncak Alam, Kuala
Pusat Niaga Astana Alam
Faculty of Accountancy
42300
Sungai Buluh 47000
Universiti Teknologi Mara
Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam
Jalan Zaitun
Instagram.com/msattaufiqiyyah ←pakat2 follow kat instagram
'خيركم من تعلم القرءان وعلمه '
'Sebaik baik mempelajari alquran dan mengajarkannye '
alhAmdullilah sampai mesir
alhAmdullilah seorng lagi pelajar MSAT kami terbangkan ke mesir utk sambung belajar ke maahad buuth.laluan ke al azhar inshaAllah
Alhamdulillah
pagi ini seorang lagi pelajar MSAT telah khatamkan hafazan 30juzuk..
semuga dapat memberi manfaat kepada Agama dan ummah..
tahniah Muhammad Faris Danial bin Shamsudin
Assalamualaikum,kini kami membuka pendaftaran baru UTK sesi 2023
Alhamdulillah selamat tiba Mesir
Alhamdulillah
Hari ni dua pelajar MSAT menjadi pelajar sulung kami dalam misi belajar di Mesir
Adik Iskandar and Luqman
Semuga Allah sentiasa melindungi mereka..
Nikmat tuhan..
Selamat hari raya
BBQ day...
Lawatan ke Maahad booth Mesir dan madrasah amin kaherah dlm usaha merintis laluan pelajar MSAT selepas Hafiz InshaAllah.
Bersama Shaikh Amin mudir Maahad booth
Juga YDP persatuan pelajar booth ust Aizad serta ust Radzi mudir madrasah amin Kaherah
Alhamdulillah. Segala puji-pujian bagi Allah swt dan Selawat serta Salam kepada Baginda Nabi Muhammad saw dan Ahli Bait Baginda. Seorang lagi pelajar MSAT *Wan Amirul Syahmi bin Wan Ahmad Munawar Al-Hafiz* telah khatam hafazan pada pagi ini Jumaat 27 Syaaban 1442 bersamaan 9 April 2021 di bawah bimbingan Sayyidi Al-Habib Dr Ibrahim bin Mohammed Al-Ahdal. Semoga anak ini menjadi Ahli Al-Quran yang memberi manfaat di dunia dan syafaat di akhirat nanti. Allahumma Amin.
TIPS MENGAMBIL SIJIL TAHFIZ MALAYSIA
Kredit kepada : Ustaz Abdullah Zuhrim (fb)
Perkongsian untuk mereka yang berkehendak dan berminat. Moga bermanfaat
Sijil Tahfiz Malaysia.
Sebab ada yang bertanya, rasa tergerak nak kongsi.
Sijil Tahfiz Malaysia atau dipanggil STM ini adalah untuk para hafiz/hafizah yang SUDAH KHATAM hafazan daripada mana-mana institusi tahfiz dan ingin memiliki Sijil Tahfiz yang diiktiraf kerajaan. Dikelola oleh Darul Quran Jakim.
Syarat-syarat STM :
1. Telah khatam hafazan 30 juz di mana-mana institusi tahfiz.
2. Berumur 15 tahun dan keatas
3. Lulus ujian
STM dibuka permohonan 2 kali setahun. Kebiasaannya pada pertengahan tahun. Perlu sentiasa buka dan tengok di laman web DQ...
Yuran : RM 50.00
Tempat Ujian : Darul Quran, Jakim. Kos pengangkutan, penginapan, atas tanggungan sendiri. Ujian juga biasanya dibuat pada hari bekerja. Maka banyak juga lah pengorbanan bagi mereka yang tinggal jauh, bekerja p**a.
Persoalan.
1. Huffaz dari institusi tahfiz mana yang layak ambik STM?
Mana-mana institusi tahfiz kerajaan mahupun swasta, diiktiraf mahupun tidak. Semua layak. Asalkan anda memiliki sijil/pengesahan dari institusi atau guru tahfiz yang membuktikan anda sudah mengkhatamkan hafazan 30 juz Al Quran. Saya guna sijil tahfiz sekolah swasta, pun diterima.
2. Apa kegunaan STM?
Untuk mendapat pengiktirafan hafazan 30 juz dari badan kerajaan. Biasanya mereka yang menduduki STM adalah dari golongan huffaz di institusi swasta yang tiada sijil tahfiz yang diiktiraf kerajaan. STM ni macam SPM la untuk hafiz/hafizah. Mesti ada sijil yang diiktiraf. Ada juga yang dah khatam dari institusi yang diiktiraf pun ambil STM, untuk kukuhkan hafazan katanya.. Ini mantopp.. 😅
Penilaian STM ada 3 penilaian. Biasanya ujian nya mengambil masa satu hari. Dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Penilaian STM :
1. Syafawi Al Quran (100 markah)
Ujian lisan 30 juz. Ujian ni dibuat awal pagi jam 9.00 sehingga selesai semua peserta (Biasanya sampai ke tengahari). Ujian yang paling takut nak hadapi. Dalam hati doa banyak-banyak supaya dapat panel yang tenang dan ceria.. haha
Ujian 'face to face' bersama seorang panel dan ditebuk 10 soalan hafazan yang mengandungi 3 aras yang berbeza ikut rambang je soalan nombor berapa yang senang / susah (senang, sederhana, susah). 2 soalan awal surah dan awal juz kategori senang. 4 soalan awal maqra' dan awal mukasurat dalam kategori sederhana dan 4 soalan rambang mata nak jawab tu kategori susah. 😂
Tips :
- Soalan awal juz dan awal surah, panel tidak akan membaca ayat, hanya sebut juz atau nama surah, jadi tolong lah hafal. Contoh, baca awal juz 24, baca awal surah Luqman dll.
- Ini berdasarkan pengalaman, kesohihannya tidak pasti. Soalan akan berselang 3 juz. Contohnya, soalan 1 antara juz 1-3, soalan 2 antara juz 4-6 dan seterusnya. Maksudnya soalan tersusun lah, bukan ikut sedap je nk skip2 mengulang mana-mana juz.
- Panjang bacaan atau soalan biasanya 2/3 mukasurat, atau lebih sikit setengah mukasurat.
2. Tahriri Al Quran (100 markah)
Ujian bertulis 30 juz. Ujian Tahriri dan Ujian Pengetahuan Agama Islam dibuat serentak dalam dewan yang ber'air-cond' 😂 . Bermula selepas zohor (2.00 petang-5.00 petang)
Mengandungi 5 set soalan. Wajib jawab 4 soalan sahaja. Satu set soalan 25 markah. Nak jawab 5 set boleh? Boleh. Tapi lebih baik pilih 4 sahaja yang betul-betul kita yakin untuk memudahkan pemeriksa periksa kertas kita yang tulisannya bermacam ragam.
3 aras soalan juga (senang, sederhana, susah).
Ujian mana lebih susah? Syafawi atau tahriri. Syafawi lebih mendebarkan, tapi soalan cuma 10 dan panel boleh tegur jika berlaku kesalahan. Tahriri tenang di dewan yang ber'air-cond' tapi kepala macam nak pecah bila duk repeat ayat yang tak bersambung dengan ayat yang diminta. Tiada bantuan dan soalan lebih banyak. Satu set dalam 5 soalan.
3. Pengetahuan Agama Islam dan Tajwid (100 markah)
Di sekali kan dengan ujian tahriri tetapi dalam skrip yang berbeza. Maksudnya, masuk dewan tu, atas meja sudah disediakan dua skrip soalan. Tahriri dan Pengetahuan Agama. Boleh jawab mana-mana skrip yang disukai terlebih dahulu. Biasanya orang lebih memilih ujian tahriri dahulu kerana mengambil masa yang lama untuk habis menjawab.
3 tajuk utama dalam ujian ini, Fiqh Ibadat 20 markah, Aqidah 20 markah dan Tajwid 60 markah. Kesemuanya 50 soalan objektif (10-10-30 soalan setiap tajuk).
Tajuk mana susah?
Fiqh Ibadat : syarat wajib haji, rukun haji, zakat pertanian, wudhu' dll. Senang, bagi yang pernah belajar fiqh ibadat, rasa macam ditanya soalan asas sahaja. Tapi bagi yang tidak pernah belajar fiqh ibadat, mungkin sedikit mencabar.
Aqidah : perkara yang membatalkan aqidah, aqidah ASWAJA, ajaran sesat dll. Yang ni lebih kepada pengetahuan umum. Siapa yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, insyaAllah mudah sahaja.
Tajwid : Aras agak tinggi. Bukan tajwid cincai hukum 5. Antara soalan susah adalah apabila ditanya mengenai tajuk yang jarang diajar di silibus sekolah, seperti waqf ibtida', imam qiraat, raum isymam, istiazah basmalah, dll. Tapi tidak dinafikan ada juga soalan yang senang.
Tamat ujian.. Boleh p**ang, biasanya kepala macam nak pecah selepas keluar dewan. Seharian suntuk memeras otak. 😂
Keputusan STM. Bergantung dan tidak tetap, mungkin dua bulan / tiga bulan selepas ujian. Keputusan keluar online sahaja, tiada markah, hanya gred seperti Mumtaz,Jayyid Jiddan, Jayyid, Maqbul dan Rasib. Semua dapat sijil? Ya. Kecuali yang mendapat pangkat Rasib (gagal)
Sijil akan di pos ke rumah? Tidak. Ambil di Darul Quran, 2 bulan selepas keputusan diumumkan.
Wallahu'alam. Moga bermanfaat bagi mereka yang berminat nak ambil STM.
Boleh rujuk pendaftaran STM di sini: http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=350
Alhamdulillah. Segala puji-pujian bagi Allah swt dan Selawat serta Salam kepada Baginda Nabi Muhammad saw dan Ahli Bait Baginda. Seorang lagi pelajar MSAT *Muhammad Hazim Luqman Bin Khairul Azura Al-Hafiz* telah khatam hafazan pada pagi ini Isnin 3 Rejab 1442 bersamaan 15 Februari 2021 di bawah bimbingan Sayyidi Al-Habib Dr Ibrahim bin Mohammed Al-Ahdal. Semoga anak ini menjadi Ahli Al-Quran yang memberi manfaat di dunia dan syafaat di akhirat nanti. Allahumma Amin.
Jom berinfaq.
‼️MESTI DENGAR. SENJATA AKHIR ZAMAN Al Mufakkir Al Islami Sayyidil Habib Abu Bakar Al-Adeni bin Ali Al-Masyhur.
MESTI DENGAR. BILA PERLU BERSYUKUR Al-Mufakkir Al-Islami Sayyidil Habib Abu Bakar Al-Adeni bin Ali Al-Masyhur. Jangan lupa SOLAWAT kemudian SUBSCRIBE, LIKE, SHARE.
MESTI DENGAR. ADAKAH COVID-19 BENAR ATAU PROPAGANDA? - YouTube Al-Mufakkir Al-Islami Sayyidil Habib Abu Bakar Al-Adeni bin Ali Al-Masyhur. Jangan lupa SHARE dan SUBSCRIBE teman2.
MESTI DENGAR. BAHAYA MEMBENCI KELUARGA AHLI BAIT BAGINDA SAW. Jangan lupa SUBSCRIBE gais.
MESTI DENGAR. AMALAN YANG JARANG DILAKUKAN. SOLAT SUNAT ISHRAQ. Al-Mufakkir Al-Islami Sayyidil Habib Abu Bakar Al-Adeni bin Ali Al-Masyhur. Jangan lupa SUBSCRIBE gais.
🌹 *Hikmah Hari Ini* 🌹
Untuk meraikan Hari Kelahiran Baginda saw (Maulid An-Nabawi) tidak memerlukan dalil dari Hadith yang Sohih, tetapi memerlukan hati yang sohih (benar di dalam mencintai Baginda saw)💖
اللهم صلّ على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم 🌹
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the school
Telephone
Address
Surau At Taufiqiyyah Sinar Alam
Puncak Alam
Opening Hours
Monday | 09:00 - 17:00 |
Tuesday | 09:00 - 17:00 |
Wednesday | 09:00 - 17:00 |
Thursday | 09:00 - 17:00 |
Friday | 09:00 - 17:00 |
Puncak Alam, 42300
"A community of young artists studying on the making and understanding of photo-based imageries. Stu
30, Jalan SP 6/1 Taman Seri Pristana, Bandar Saujana Utama
Puncak Alam, 47000
Islamic Focus Brain Kindergarten
Taman Industri Alam Jaya
Puncak Alam
Menyediakan buku pendidikaN awal kanak2. Bahan bantu mengajar buat ibu ayah cikgu. � Sebarang inf
Puncak Alam
Menawarkan Diploma Pengajian Islam Dan Bahasa Arab Secara Online Setiap Hujung Minggu.
Puncak Alam
Facebook Rasmi Sekretariat Mahasiwa Fakulti (SMF) Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) UiTM Puncak Alam.
Uitm Cawangan
Puncak Alam, 42300
Medium Hebahan Aktiviti Hal Ehwal Pelajar UCS
Puncak Alam, 42300
Kelas Pengajian Atas Talian bagi kanak seawalusia 6 tahun hingga dewasa.. Jom Ngaji bersama Qhaira SMART Learning Centre.
Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan
Puncak Alam
Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan FSK, UiTM.
13-1st, Jalan Eco Grandeur 1/9, Eco Grandeur
Puncak Alam, 42300
Eye Level Math & English for children 4 to 15 years old by Daekyo, an international education program
Bandar Puncak Alam
Puncak Alam, 42300
Membantu pemilik harta untuk merancang pewarisan harta berdasarkan hasrat pemilik & keperluan waris.