MyGrocer Official

MyGrocer, pasar bergerak yang menjual barangan keperluan dapur di Lembah Klang. Ianya di bangunkan bagi memudahkan pengguna dalam berbelanja di musim pandemik.

Jimat , Mudah dan Selamat

21/07/2024
10/12/2023

Antara program Gig MyGrocer yang bakal memberikan manfaat pada ramai pengguna dan pelanggan.

WAKEEL

Saksikan temubual bersama Tuan Haji Abu Zaki dari MyGrocer@Wilayah di dalam Program Setahun Kerajaan Madani.

06/11/2023

WAKEEL - SATU PENYELESAIAN

Alhamdulillah, semalam kami berjualan di satu PPR di dalam Kuala Lumpur.

Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan sepatutnya diberikan setinggi-tinggi penghargaan di atas keberjayaan program tersebut.

Walaupun mungkin ada yang merasakan usaha itu kecil, namun impaknya sangat besar buat warga asnaf yang tinggal di PPR yang ditakrifkan sebagai kelompok 'miskin bandar'.

Saya sendiri, turun seawal 4.30 pagi untuk loading barang-barang dan menghantarnya ke lokasi. Kami seterusnya turut sama di dalam program yang menyaksikan ratusan jika tidak ribuan rakyat turun bagi mendapatkan Jualan Rahmah dan paling utama mendapatkan bekalan asas bagi rumah yang mungkin sukar untuk didapati dengan harga yang sesuai.

Tatkala ingin p**ang, kami duduk berehat di satu sudut di dalam dewan, mengambil kesejukan aircond yang dipasang untuk menghilangkan lelah. Lega rasanya, barang jualan hampir habis dijual hari ini.

Kami di MyGrocer datang untuk membantu dengan mewujudkan Jualan Kombo Super Jimat RM50 untuk 4 barang utama. Beras Tempatan 10kg, Telur 10 biji, Ikan Kembung 1000gm dan Ayam 1000gm.

Pada pendapat saya, kini semakin sukar untuk memenuhkan bakul jika anda membawa RM50 ke mana-mana supermarket. Bahkan, ada sesetengah supermarket tidak menyediakan bekalan beras tempatan dan kita terpaksa membeli beras import yang mana harganya jauh lebih mahal.

Dari kejauhan, kelihatan seorang warga emas datang menghampiri kami bertanyakan tentang bantuan dan ingin berdaftar jika-jika ada peluang.

Saya mengambil kesempatan berbual dan bertanyakan serba sedikit tentang latar belakang beliau.

"Makcik ni tinggal dengan pakcik kau. Pakcik dah eksiden hampir dua tahun. Tak boleh bangun. Tinggal lah makcik dengan pakcik di rumah. Dulu, kami boleh juga sara hidup dengan jual sayur di pasar. Kini, dah tak boleh buat apa." Cerita beliau.

"Anak-anak kerja mana makcik?" Saya berbasa-basi ingin menyelidik.

"Anak tak ada. Ada anak angkat je sorang. Itu pun kerja di *******. Jauh dia nak balik. Tinggal sana. Kadang-kadang, ada juga makcik cakap minta bantu dengan dia, dia hulurlah semampu yang dia boleh. Nak minta lebih-lebih dengan anak ni, makcik tak sanggup. Makcik ada adik di Sibu, Makcik ni orang Sarawak. Hijrah ke sini. Tapi bukan selalu boleh minta. Adik pun ada keluarga sendiri juga nak sara. Nak hidup."

Makcik dah mula menangis. Saya masih berjaga-jaga. Tidak mahu terjebak sama menangis.

"Sabar makcik. Alhamdulillah, insya Allah ada rezekinya." Pujuk saya.

"Ya Nak. Makcik pun malu dengan jiran-jiran. Diorang kadang-kadang kasi beras. Kasi lauk. Sebab tahu makcik dengan pakcik tak mampu nak beli. Itu hari ada bantuan, tapi makcik tak tahu nak guna macam mana."

Saya cuba siasat lebih dalam.

"Makcik ada dapat bantuan MAIWP? Zakat?"

"Ada. MAIWP ada bagi, tapi dalam telefon." Ujar beliau.

Lalu saya dapat menangkap bahawa beliau salah seorang asnaf yang memang mendapat bantuan MAIWP yang diumumkan oleh Menteri Agama baru-baru ini melalui aplikasi Boost.

"Pinjam telefon makcik. Saya tengok." Tak tunggu lama, saya mendapatkan telefon makcik dan sah, beliau memang salah seorang asnaf berdaftar dengan MAIWP yang layak menerima bantuan bulanan.

Tapi ujarnya, beliau tak larat nak turun bawah, beli barang dan bawa naik ke rumah. Maklumlah, berjalan pun pakai tongkat. Pakcik p**a terbaring sahaja.

"Jangan bimbang makcik, kami bantu. Kami ada WAKEEL dari MyGrocer, kerja mereka ni ambil order dan hantar terus ke rumah." Saya menerangkan dengan detail.

"Boleh ke?"

Kerja kita masih banyak. Ramai yang masih tidak tahu tentang WAKEEL yang kerja mereka menyantuni asnaf, ibu tunggal, warga emas yang tidak mampu untuk turun membeli barangan. Mereka hanya perlu order online dan kami akan selesaikan penghantaran terus ke rumah.

Itulah kerja kami sebagai WAKEEL dari MyGrocer.

Dan, cerita di atas berakhir dengan penghantaran barangan yang dapat dimiliki oleh makcik tersebut cukup untuk beliau dan pakcik mungkin selama sebulan atau dua minggu.

Alhamdulillah. Dalam pada kita merasa susah, ada yang lagi susah. Namun, jangan rasa terpinggir. Kami, WAKEEL anda, bersedia untuk menyantuni di mana sahaja anda berada.

www.mygrocer.my untuk tempahan, belian dan penghantaran terus ke rumah.

Terima kasih kepada paparazi yang sudi ambil gambar kami menyantuni makcik dan menghantarnya ke rumah.

- Team WAKEEL MYGROCER@WILAYAH.

01/11/2023

PUTRAJAYA, TUNGGU!

Kami di MyGrocer@Wilayah akan tiba di Putrajaya dengan jualan terkini dari MyGrocer iaitu Combo RM50.

Apa yang anda dapat dengan RM50 ini?

1. Beras TEMPATAN 10kg
2. Sotong Ring (1000gm -+)
3. Ikan Kembung Pek Ekonomi (1000gm-+)
4. Telur 10 biji

Ayuh Warga Putrajaya, tunggu truckers kami tiba di lokasi berikut :

NADMA
JAKIM
KPDN
JWP

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati jualan murah dan berbaloi ini.

___________________________________________________
___________________________________________________

TIADA MASA?
TAK SEMPAT NAK PILIH?
TAK TAHU NAK MAKAN APA?
BERAPA HARGA?

Order ONLINE sahaja dan kami hantarkan ke tempat anda.
www.mygrocer.my
www.mygrocer.my
www.mygrocer.my

24/10/2023

Kami tawarkan terbaik untuk anda

24/10/2023

Agaknya dengan RM 50 apa yang boleh dibeli ditempat anda?

22/10/2023

Selamat Pagi Wilayah Persekutuan!

MyGrocer@Wilayah, penduduk PPR membeli barang-barang dapur dengan mudah dengan adanya truck MyGrocer ini. Barangan basah seperti ayam atau ikan dipotong pada waktu malam untuk dijual pada keesokan harinya untuk kekalkan kesegaran dan keselamatan makanan tersebut

Photos from MyGrocer Official's post 22/10/2023

Kelihatan ceria pada pelanggan kami setelah dapat membeli beras putih tempatan (BPT)

Pada situasi kini yang agak sukar mendapat stok BPT, dengan usaha yang ada , kami pastikan BPT dapat dijual di MyGrocer.

20/10/2023

Pagi pagi pagi....
Jom kita berbelanja di MyGrocer.

19/10/2023

Dalam masa terdekat di MyGrocer , jualan Beras Putih Tempatan (BPT) akan ditingkatkan.

18/10/2023

Jom warga kota.

KONSERT MUZIK DAN FILEM

Kembara Seniman Jalanan, Azura, Ali Setan, Marah-Marah Sayang, Jejaka Perasan, Mr Os, Papadom.

Nama filem-filem di atas mungkin memberi 1001 kenangan kepada sebahagian daripada kita semua. Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bawakan kepada anda Konsert Muzik dan Filem yang akan berlangsung pada 21 Oktober 2023, jam 8.30 malam di Piazza of Pavilion, Bukit Jalil.

Jom kita bernostalgia dengan persembahan dari artis-artis terkemuka tanah air seperti Ogy Ahmad Daud, Dato' Jamal Abdilllah, Ebby Saiful, Isma Alif, Dato' Sri Shah Rezza, Imuda, Dato' Afdlin Shauki, dan Arteh sambil diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur.

Masuk adalah percuma 🙂 jumpa 21 Oktober nanti 😉

Photos from MyGrocer Official's post 17/10/2023

JUALAN MyGrocer DI UM

Dapat berjual-masuk ke dalam kawasan universiti ini adalah satu petanda aras bahawa kami diterima ke dalam segenap lapisan masyarakat.

Kami di MyGrocer tetap akan menyantuni kesemua pelanggan tidak kira latar belakang mahupun kaum. Ini kerana, kami di MyGrocer amat menyedari bahawa keperluan asas makanan adalah perkara utama dalam kehidupan setiap manusia.

Mereka berhak mendapat harga terbaik, kualiti sesuai dan kemudahan yang berpatutan pada setiap pembelian. Justeru, MyGrocer akan menyantuni dan merasakan satu tanggungjawab kami untuk membantu anda mendapatkan keperluan asas ini dengan harga yang berpatutan.

Ingat barang keperluan, ingat MyGrocer.

Photos from MyGrocer Official's post 07/10/2023

Perarakan sempena MaulidurRasul di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Team Mygrocer, bersama sama turun turut serta, di ketuai oleh saudara Fuad, dan dibantu oleh saudara dayan, haziq dan àiman

Dapat no. 5. Alhmadulillah...

05/10/2023

Jom sabtu ini...

MyGrocer Official akan turun berarak di KL bersama jemaah masjid yang lain.

Maulid dur Rasul.

02/10/2023

www.mygrocer.my

Ada 200 lebih barangan yang boleh dibeli melalui platform ini.

Kini kami hantar ke pintu rumah anda!

Photos from MyGrocer Official's post 02/10/2023

Berbelanja di MyGrocer dapat menjimatkan perbelanjaan mingguan anda.

Jom ke MyGrocer.

02/10/2023

Alhamdulillah,

WAKEEL MYGROCER kini telah dilancarkan oleh YB Menteri Agama pada 2 Oktober 2023.

Program adalah membantu Penerima Bantuan Zero Hunger MAIWP untuk berbelanja di MyGrocer.

Kelebihan WAKEEL, pada penerima bantuan yang kurang kemampuan untuk turun membeli, boleh guna khidmat WAKEEL yang dilantik di tempat anda, mereka akan membantu dalam hal pembelian hinggalah ke penghantaran terus ke pintu rumah anda

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan En. Dayan
6014-832 7327

30/09/2023

Sahut cabaran 50 Tahun Wilayah Persekutuan dengan menyertai roadmap challenge 'Pasport 50WP' meliputi 50 destinasi memukau! Hadiah menarik menanti anda. Layari portal Jabatan Wilayah Persekutuan www.jwp.gov.my untuk maklumat lanjut.

30/09/2023

Jom kita berselawat.
Tanda kecintaan pada Rasulullah s.a.w

Alhamdulillah MyGrocer di beri peluang untuk menjadi rakan strategik bagi program ini.

30/09/2023

Selamat Pagi Wilayah Persekutuan.

SELERA@Wilayah ia bukan hanya dapat berkongsi rezeki, malah dapat dapat membantu golongan surirumah untuk menjana pendapatan.

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Jom sabtu ini...MyGrocer Official akan turun berarak di KL bersama jemaah masjid yang lain.Maulid dur Rasul.
Sahut cabaran 50 Tahun Wilayah Persekutuan dengan menyertai roadmap challenge 'Pasport 50WP' meliputi 50 destinasi memuk...
Terima kasih Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur, memberi peluang kepada Selera @ Wilayah berkongsi rezeki deng...
WAKEEL MyGrocer@Wilayah...Kami hantar hingga ke muka pintu rumah anda.Order melalui WAKEEL lagi banyak barang boleh di b...
Kebiasaan makcik pakcik dah menunggu dibawah untuk berbelanja di MyGrocer.Kalau kami hantar hingga ke pintu rumah makcik...
Nanti kan warga kota....
Melihat wajah wajah abang kakok yang gembira dengan mendapat harga barangan dapor yang muroh....Nanti kan lagi trak saen...
Hari ke 2Putrajaya Open Day
Putrajaya Open Day 4 Mac 2023Hari Pertama.

Category

Telephone

Address


Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Putrajaya
62000

Other Food & Grocery in Putrajaya (show all)
PASAR SEGAR CIPTA Rezeki PASAR SEGAR CIPTA Rezeki
C-G-02 PANGSAPURI PUTRADAMAI PRESINT 11
Putrajaya, 62300

Pemborong Kerepek Authentic Krupkrap Pemborong Kerepek Authentic Krupkrap
Putrajaya, 62250

Pemborong Kerepek Original Batu Pahat. Sesuai untuk dimakan kudapan seisi keluarga, door gift majlis

Ayam Bismi Putrajaya Ayam Bismi Putrajaya
No. 18 Jalan P11. C/14 Presint 11
Putrajaya, 62300

Zahraa Zen Shop - Stockist Ayam Bismi Putrajaya Menjual produk BISMI seperti - Ayam Potong 9 - Ayam Potong 12 - Ayam bulat - Ayam Perap - Boneless - Part Drumstick thigh, Wing, b...

Aminul islam Minu Aminul islam Minu
Putrajaya, 842657

Kedai Runcit Falah Kedai Runcit Falah
8, Jalan Jati Bukit P11/25
Putrajaya

We provide to the local people in Precint 11, Putrajaya many types of fresh fruits, vegetables , fish, bakery ingredients and local homemade products at your footsteps. Come and ...

Excel Premium Chocolatte Dato Fadzilah Kamsah Excel Premium Chocolatte Dato Fadzilah Kamsah
Jalan Kajangan P6
Putrajaya, 62200

Tepung Kek Coklat Mamamoist Tepung Kek Coklat Mamamoist
Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Putrajaya, 62000

Diigo Grocer Diigo Grocer
Presint 8
Putrajaya, 62250

Grocery Delivery at your house. �

BiB POWER BiB POWER
Putrajaya

BERSIH... Iyeee BERSIH

Rosliefreshstore Rosliefreshstore
Putrajaya, 62000

Pastinya Segar Untuk Pelanggan

FamilyMart Job Vacancy Putrajaya/Cyberjaya FamilyMart Job Vacancy Putrajaya/Cyberjaya
Putrajaya

�JAWATAN KOSONG FAMILYMART IOI MALL PUTRAJAYA�

Kebikukis & Cakes Kebikukis & Cakes
Putrajaya

Homemade cookies and cakes for occasions - aqiqah - tahlil - birthday party - farewell party - wedding doorgifts etc