Rakyat Sokong Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Rakyat Sokong Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rakyat Sokong Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9, Political organisation, Putrajaya.

Photos from Rakyat Sokong Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9's post 14/09/2021

Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan hari ini melakar sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik.

Kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap ini menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas hari ini.

Semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian demi mencapai matlamat ‘Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan’.

Transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimaktubkan hari ini merangkumi :
I. Pemerkasaan Pelan COVID-19;
II. Transformasi Pentadbiran;
III. Pembaharuan Parlimen;
IV. Kebebasan Institusi Kehakiman;
V. Perjanjian Malaysia MA63; dan
VI. Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Kerajaan yakin, ia bukan sahaja berupaya mengenepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.

Setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membulatkan tekad, mengenepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Photos from Rakyat Sokong Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9's post 08/09/2021

Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali.

Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2.

Teruskan 💪🏻

Sumber : Ismail Sabri Yaakob

05/09/2021

Mulai esok, 6 September 2021, proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa 1 akan bermula.

Dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Photos from Rakyat Sokong Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9's post 01/09/2021

Bantuan Khas Covid19 (BKC) bermula 6 September 2021.

27/08/2021

Kerajaan Keluarga Malaysia 🇲🇾
Selamat berkhidmat.

Photos from Rakyat Sokong Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9's post 24/08/2021

Pada lawatan tugas khas saya di kawasan bencana di Kedah hari ini, saya telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM75 juta yang merangkumi kerja naiktaraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer Fasa 1 berjumlah RM5 juta, pembinaan dua jambatan baharu berjumlah RM23 juta, pembinaan Empangan Sabo Fasa 1 berjumlah RM20 juta dan kerja-kerja penambahbaikan dan naiktaraf muka sauk (intake) loji rawatan air Gurun dan Tupah berjumlah RM2 juta.

Kepada keluarga yang terkesan, bantuan wang ihsan akan diberi sebanyak RM500 satu keluarga manakala bagi kes kematian, bantuan khas pengurusan kematian sebanyak RM5,000 seorang melalui Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN). Di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), peruntukan juga disediakan bagi rumah yang terjejas.

Selain itu, bantuan bernilai RM12.7 juta akan diberikan bagi membaiki kemudahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemulihan sektor pelancongan desa. Bagi kerja membaikpulih kerosakan tanaman padi, infrastruktur bekalan air masyarakat, jalan, longkang dan t**i kampung, bantuan bernilai RM3 juta disediakan.

Saya telah mengarahkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk memulakan projek pemulihan ini pada September 2021. Sehubungan dengan itu, semua pihak terlibat hendaklah bersama-sama menyegerakan pelan pemulihan ini demi kebajikan rakyat Kedah dalam satu Keluarga Malaysia yang besar.

Sumber: Ismail Sabri Yaakob

21/08/2021

Program Khas Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-9, akan bersiaran pada jam 2 petang, hari ini.

20/08/2021

Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke-9..

Photos from Rakyat Sokong Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9's post 20/08/2021

Kenyataan Istana Negara..Alhmdulillah.. Selamat Berkhidmat Dato' Sri Ismail Yaakob

20/08/2021

Alhamdulillah

20/08/2021

Kami Sokong Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9

20/08/2021

Tahniah Dato' Sri Ismail Yaakob Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Want your organization to be the top-listed Government Service in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Putrajaya