Chakceebor Popcorn

Menjual & membekal Popcorn Caramel sedap & berkualiti. Sesuai dijadikan kudapan atau goodies bagi semua majlis keraian. Agent & Dropship diperlukan.

14/05/2024

Sabtu lepas ada buka booth kat sekolah En Asben sempena mesyuarat PIBG. Terkejut je buatnya sebab hari khamis baru En Asben tanya nak join ke tak.

Bolehlah join jugak sebab kaklong ada nak tolong. Kakngah p**ak dah last-last baru join sebab dia ada program kat sekolahnya. Pengalaman baru untuk kaklong yang introvert. Haha

Tengah layan menjual, kakngah call minta ambil sebab dah habis program, so Rose pergi ambil dia kat sekolah.

On the way nak balik lepas pickup kakngah, 2 3 kali hp berbunyi dari no yang sama. Siapalah p**ak yang dok call tak berhenti. Dahlah tengah drive. Rose stop kereta kat tepi jawab sebab macam penting je.

Pemanggil : Hello assalamualaikum. Ni senni ke?

Uish. Jarang-jarang nak jumpa yang panggil senni ni. 😅

Rose : Waalaikumusalam. Aah senni ni.

Pemanggil : Ni kok ***a ni. Kenei tak?

Ate, udoh loghat kuale le pulok dengonye. Dia bahasakan diri kak le pulok tapi rasenya pangkat mak sedara sebab dua pupu mak Rose. Tapi sebabkan umur lebih kurang & masa kecik tiap kali balik kg opah selalu main dengan dia tu yang jadi kak tu. 😬

Rose ni memanglah lahir kat Kuala Kangsar tapi loghatnya idokle lancor sangat. Ate udoh lebih 20 tahun dok luor kuale. Macam kena ikut layan pulok loghat tu. Redah jelah. Betui idok belakang kire. 😆

Rose : Ooo.. kenei-kenei. Ate, nape tu?

Kak ***a : Kamu juei popcorn kan? Ate, buleh ke tau behgape regenye? Macam mane nak kirenye?

Haha ~ memang kene redah jugak cakap ni baru mesra orang cakap 😁

Rose : Aah. Memang ade juei popcorn. Nak meli untuk makan ke atau ade nak bungkus buat goodies? Regenye lain-lain.

Kak ***a : Haa. Kamu kabole kalo meli yang beso tu behgape? Kalo yang goodies tu behgape? Anak buoh awok nak kendughi cuti sekoloh ni nanti. Diele yang nak melinye nanti.

Rose : Oo gitu. Takpele. No ni ade wasap kan? Nanti senni bagi regenye ikut jenis. Bolehle nanti nengok rege lepaihtu kabo le nak yang mane.

Kak ***a : Oo.. takpele nanti awok nengok lepaihtu kabo nok yang mane yak. Ate, kalo jadi meli, macam mane rope nak pos tu?

Rose : Kalau pos, senni selalu mintak meli kat sopi je. Senang, lepaihtu rege pos muroh kalo meli kat sopi.

Kak ***a : Oyeke. Boleh jugok rope tu. Nanti awok kabo ke anak buoh awok. Ate senni, kamu udoh beghenti ghoje kan? Nape beghenti tu?

Haishh.. mana p**ak dia tau tu. Dah masuk topik lain le pulok. 🥴

Rose : Eh. Idokle beghenti tapi mohon pencen awei je. Pencen umo 40 tahun lepaih. Dekat 20 tahun dah ghoje. Cukuple lagipun ada baby.

Kak ***a : Oo. Pencen. Aku ingat kamu beghenti. Aje rugi beno kalo beghenti. Yeke udoh dekat 20 taun? Lame jugok ye. Ingat idok lame ghope tu. Ada baby pulok takpele. Haa.. nanti kamu bagi yak rege-rege semue tu. Tu link sopi tu pun bagi jugok ye.

Rose : Ok2. Nanti senni bagi yek kat wasap. Terima kasih. Assalamualaikum.

Haha ~ lepas letak nak tergelak sebab cakap macam terer je loghat kuale tu. 😅Takpelah asalkan faham ye dok.

Dah nak musim cuti sekolah ni memang ramai yang buat kenduri. So kalau ada yang nak or.der popcorn sama ada nak repack sendiri atau yang dah siap pack goodies rogerlah Rose ye.

Alhamdulillah sebab anak buah kak ***a tu dah beli pek 5kg di sopi.

17/10/2023

Rasa nak buat bisnes untuk jana pendapatan keluarga tetapi tidak tahu produk apa nak jual? Apa kata jual popcorn sahaja macam kami. Popcorn bukan makanan bermusim dan ada penggemarnya sendiri tau.

Mana nak dapat popcorn ni ye? Kami bekalkan dan kalian boleh je repack letak jenama sendiri. Kalau nak buat goodies majlis keraian pun boleh. Ramai sahaja reseller dan Ibu Ayah pengantin ambil dari kami dan buat begitu.

Tidak percaya apa yang kami katakan? Boleh tengok review pelanggan kami di Sh.0pee untuk pack bundle 5kg. Nak tahu rasanya p**a, boleh baca testimoni pack 1kg kami yang telah terjual melebihi 12K disana. Cubalah! Rezeki tidak pernah salah alamat.

29/06/2023
Photos from Chakceebor Popcorn's post 22/03/2023

🍿PREMIUM CARAMEL CHAKCEEBOR POPCORN RAYA 2023🍿

Salam 1 Ramadhan 1444H. SYAWAL 2023 akan menjengah tidak lama lagi. Takkan nak makan kuih raya sahaja kan. Apa kata cuba Chakceebor Popcorn Caramel sebagai salah satu hidangan dan kudapan masa raya nanti.

📌Tempahan ORDER dari pelanggan,
dan Permohonan sebagai PENGEDAR
DIBUKA SEKARANG ‼️

Keistimewaan Chakceebor Popcorn :

🍿Freshly Homemade Caramel Popcorn
🍿High-Quality Premium Caramel & Ingredients.
🍿The Best Melt-In-Your-Mouth Caramel popcorn dan sesuai untuk semua peringkat usia
🍿Improved Formula dari masa ke semasa.
🍿Produk laku keras terutama di Shopee 10,000+ kg telah terjual (boleh check di Shopee)
🍿6,000 + review di Shopee
🍿High repeated product, sangat mudah dijual

🍿STOK TERHAD. 500 balang sahaja. Berat 500g+

📌Oleh itu, Untuk PENGEDAR, pastikan ORDER yg di buat mencukupi.

📌Untuk PELANGGAN, boleh place your order now. Jangan tunggu, nanti bila Pengedar dah masuk order, popcorn kehabisan stok

🍿Popcorn Ready :

📌Untuk PENGEDAR, stok ready 1st WEEK RAMADHAN.
📌Untuk PELANGGAN, stok ready for collection / penghantaran 2ND/3RD WEEK OF RAMADHAN.

🍿HARGA CHAKCEEBOR POPCORN CARAMEL :

📌Untuk Pelanggan :

1 -5 balang= RM25/balang
6-10 balang = RM24/balang
10-15 balang = RM23/balang
16 ke atas = RM22/balang

Untuk order, sila tekan link ini :
https://60183187436.wasap.my/rayaCust

📌Untuk PENGEDAR

25 balang ke atas = rm17 /balang
100 bekas ke atas = rm16 /balang

Untuk Menjadi Pengedar, sila tekan link ini :
https://60183187436.wasap.my/rayaEdar

CLOSED ORDER untuk semua tempahan adalah pada 31 MAC 2023 atau selagi stok masih ada.

Pengesahan tempahan adalah bersama sekurang-kurangnya 50% keseluruhan bayaran bagi PENGEDAR. JOM ORDER SEKARANG‼️

Sebarang pertanyaan dan perbincangan, sila hubungi saya di + 60183187436

14/10/2022

🤔 Rasa nak bisnes untuk jana pendapatan keluarga tetapi tidak tahu nak jual apa? Apa kata jual popcorn sahaja. Popcorn bukan makanan bermusim dan ada penggemarnya.

😍 Mana nak dapat? Kami bekalkan dan kalian boleh repack letak jenama sendiri. Kalau nak buat goodies majlis keraian pun boleh. Ramai sahaja reseller buat begitu.

😊 Tidak percaya? Boleh tengok review mereka pada pack bundle 5kg kami di Sh0pee. Nak tahu rasanya p**a, baca testimoni pack 1kg kami yang telah 10K terjual disana. Cubalah! ✌️

Kedai Sh0pee kami :
https://shp.ee/hecufnv

Photos from Chakceebor Popcorn's post 16/09/2022

EJEN CHAKCEEBOR POPCORN DIPERLUKAN DI SELURUH MALAYSIA !!!!

Terkesan akibat Pandemik ?
Sedang mencari sumber pendapatan tambahan ?

JOM !!!! JANA PENDAPATAN PENDAPATAN BERSAMA CHAKCEEBOR POPCORN

ANTARA SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENJADI EJEN CHAKCEEBOR POPCORN?

📍Produk SENANG JUAL
📍Tidak bermusim dan sentiasa LARIS
📍Testimoni produk dari pelanggan TERBUKTI
📍 13 RIBU kilogram TERJUAL online sahaja
📍Yuran pendaftaran yang RENDAH
📍KOMISEN sehingga 30%
📍Repeat sales CEPAT
📍Syarat yang RINGKAS
📍Bahan iklan DISEDIAKAN
📍Program REWARD / BONUS untuk ejen aktif

Jom tunggu apa lagi. Let’s fly together!

Hubungi kami di nombor w.sap pada ruangan komen atau pm/dm kami di media sosial yang lain untuk mengetahui syarat dengan lebih lanjut. Anda akan dihubungi segera.

01/07/2022

Hari ini banyak barang naik harga terutama minyak masak botol yang naik mendadak. Susah habis semua orang termasuk peniaga. Kami p**a dari bulan lepas lagi berkira-kira nak umum harga baharu tetapi asyik tangguh kerana tidak sampai hati. Puas fikir cara bagaimana nak kekalkan harga mampu milik.

Mulanya cadang nak naik pada 20/6, kemudian lajak ke tarikh 26/6 selepas gaji, kemudian lajak p**a ke 1 julai 2022. Nak tak nak, akhirnya kami terpaksa juga mengalah walau tahu dari segi bilangan tempahan pasti akan berkurang nanti.

Siapa yang perasan dan menggunakan pasti tahu, sebelum minyak masak naik, Marjerin Pelangi yang menjadi salah satu bahan utama kami sudah naik beberapa kali. Kalau dahulu sekotak 12 peket boleh dapat dengan harga RM55.20 sahaja.

Sekarang harganya telah mencecah RM107.40 sekotak. Kenaikan sekali ganda daripada harga sebelum. Tak sempat stok nak habis, harga dah naik lagi. Belum kira kos bahan lain seperti gula karamel, bertih jagung, gula perang, plastik dan lain-lain.

Kepada pelanggan setia Chakceebor Popcorn, kami mohon kemaafan daripada kalian. Adalah diharapkan agar kalian dapat memahami kenapa dan mengapa kami terpaksa menaikkan sedikit harga bagi menampung kenaikan kos diatas.

Kami sedar tindakan ini tidak pop**ar tetapi kami tiada pilihan untuk tidak melakukannya. InsyaAllah jaminan kami dari segi kualiti dan rasanya tidak akan berubah kerana kami masih menggunakan bahan premium seperti sebelum.

Bagi menstabilkan harga dan penjimatan, kami wujudkan pakej combo supaya kalian boleh dapat dengan harga yang lebih murah. Beli dalam kuantiti yang banyak, boleh dapat harga seperti sebelum. Boleh ajak kawan-kawan beli sekali.

Berikut adalah senarai harga baharu bagi Chakceebor Popcorn bermula 1 Julai 2022. Kami memang jenis yang tidak selindung harga dan semuanya tertera di sini untuk rujukan andai kalian mahu survey dahulu di tempat lain. Kami tiada halangan kerana yakin rezeki ada di mana-mana.

Berminat untuk mendapatkan produk dan menggunakan perkhidmatan Chakceebor, kalian boleh rujuk menu dan hubungi sahaja kami. Terima kasih kerana sentiasa support usaha kami dari dahulu hingga kini. Kami ada dan masih bertahan kerana kalian. Semoga Allah merahmati kalian.

UiLove! 🌹



(تص)

08/06/2022

Lamanya tidak updated tentang jualan Chakceebor Popcorn. Setiap hari ada sahaja yang menghalang untuk menulis. Sibuk dengan kerja di pejabat, sibuk dengan siapkan order, sibuk uruskan anak-anak disamping masa yang ada biasanya Rose akan berehat setelah penat seharian.

Jualan Chakceebor Popcorn sehingga hari ini alhamdulillah sentiasa memberansangkan tambahan p**a semua jenis majlis sudah dibenarkan seperti biasa. Adakala Rose, suami dan anak-anak tidak menang tangan untuk siapkan order terutama jika melibatkan goodies yang ratusan/ribuan. Alhamdulillah.

Seperti yang telah dimaklumkan suami Rose Cikgu Hussayn, kami dalam proses mencari individu yang berminat untuk sertai kami sebagai agent atau dropship. InshaaAllah akan bermula bulan Julai 2022.

Individu yang ingin menjana pendapatan sampingan, yang ingin grow life bersama kami, yang boleh mengikut syarat kecil kami, yang dapat menghormati antara satu sama lain dan yang penting seorang yang sentiasa inginkan kejayaan demi kejayaan serta kental. Bukan untuk kami sahaja tetapi untuk diri sendiri juga.

Oleh itu, sesiapa yang berminat boleh pm atau wAz.sap Rose di no yang ada di page ni. Mungkin anda orang yang kami tunggu. Jom! Tempat adalah terhad.

08/06/2022

Semalam wife tunjuk saya senarai harga baharu kami. Memang ada peningkatan yang ketara sebab harga bahan mentah naik mendadak. Dia siap buat harga komisen untuk ejen dan dropship. Saya macam biasa tengok sahaja sebab tahu dia lebih pakar bab itu. Kalau bab marketing serah pada saya.

Mula-mula saya agak ragu nak naikkan harga tetapi dia semacam nekad. Memang orang proaktif lagaknya begitu. Mereka jalan dahulu, ada silap baru perbetulkan. Tidak macam saya orang reaktif. Banyak benda difikirkan. Orang nak beli ke bila mahal? Apa kata orang nanti? Macam mana jualan bulan ini?

Sedang semua persoalan itu berlegar di fikiran, isteri beritahu ada seorang daripada Klang mahu jadi ejen dan ambil 30 pack 1 kg esok. Wah.. Unsangkareable!! Maknanya ejen baharu ini yakin Chakceebor Popcorn boleh dijual. Kalau tidak mana mungkin dia sanggup ambil dalam kuantiti yang banyak.

Alhamdulillah.. doakan gerak kami kali ini membuahkan hasil. Kami pernah ada ejen dan dropship sebelum PKP. Seingat saya, jualan tertinggi bagi seorang ejen waktu itu cecah 7k juga. Maknanya Chakceebor Popcorn bukan produk bisher-bisher kalau dibuat dengan betul caranya.

Minat nak join Team Chakceeborianz untuk tambah pendapatan keluarga? Kami tengah mencari individu yang berminat dan nak turut serta. Boleh pilih nak jadi ejen atau dropship dahulu. Pada yang tidak berminat, mohon doakan kami. Semoga doa yang baik-baik itu berbalik kepada kalian jua. Aamiin. UiLove! 🌹

02/05/2022

Salam Aidilfitri 1443H. Maaf Zahir dan Batin.

Photos from Chakceebor Popcorn's post 22/04/2022

Jom Grab!! Limited Edition!

07/03/2022

“Ini Popcorn Chakceebor, ni original punya. Sedap.. ia tak begitu manis. Kalau bagi kat anak-anak saya ni, letak aje… zzuuuupppp!!!! habis! macam ikan Piranha. Sedap! Popcorn Chakceebor.” [Pak Jabit Kampung Pisang]

👋 Salam semua. Mencari kudap-kudap yang boleh dimakan sambil menonton movie di rumah? Meh cuba Chakceebor Popcorn Caramel kami. Gerenti puas hati. Penduduk Kampung Pisang pun menyukainya. 😋🍿

Kenapa Chakceebor Popcorn?

🍯 Mostly fully coated caramel taste.
🙅🏻‍♀️ Tanpa bahan pengawet.
🍿 Freshly homemade (stok baharu)
👨🏻‍🍳 Dimasak mengikut tempahan.
💰 Murah, jimat, sangat berbaloi.
🧕 Produk bumiputra muslim
😋 Sedap, lemak, manis & secukup rasa.
🍿 Tekstur lembut, tidak terlalu rangup.
😍 Melting apabila makan
💘 Rasa yang berbeza daripada biasa.

Senarai harga kami :
🍿 500g : RM14
🍿🍿 1kg : RM24
🍿🍿🍿 3kg : RM66

📍🚚 Lokasi & C0D : Putrajaya & Nearby

✈️ POSTAGE seluruh Malaysia.

BERMINAT komen MINAT atau boleh hubungi kami.

26/02/2022

Boleh hantar popcorn ke rumah tak?

Boleh sahaja kalau kena gayanya. Terus saya share senarai harga caj penghantaran. Biar mudah pelanggan tengok dan baca. Kalau rasa mahal boleh ambil sendiri atau minta abang rider hantarkan.

Selalunya memang kami yang akan kena hantar sebab lebih murah dan mudah. Begitulah! Bisnes jenis terang-terangan tak sembunyi harga. Baik harga popcorn atau harga delivery. Biar pelanggan rasa puas hati dan boleh menilai.

Mereka boleh survey kalau ada pilihan yang lebih baik. Boleh timbang ambil sendiri berbaloi atau tidak. Rezeki ada di mana-mana bagi yang mahu berusaha. Begitu juga popcorn pepatung kami. InsyaAllah akan terbang serata pelusuk negara termasuk hati anda. Apa-apa roger sahaja.

Photos from Chakceebor Popcorn's post 13/02/2022

Chakceebor Popcorn Goodies Price 2022

03/02/2022

Sebelum ini saya fikir jualan goodies majlis perkahwinan sahaja sudah boleh tingkatkan jualan perniagaan kami. Mana tidaknya kerana setiap bulan pasti ada pasangan pengantin yang melangsungkan perkahwinan.

Ternyata saya salah apabila jualan pek untuk dimakan lebih banyak permintaan berbanding goodies. Tambahan p**a sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dahulu, jualan CHAKCEEBOR POPCORN meningkat dengan pantas di kedai maya kami.

Buktinya baru setahun lebih beroperasi di SHOPEE kami telah diiktiraf sebagai ‘Preferred Seller+’ dan punyai ramai followers. Jualan produk kami bagi semua pek iaitu 500g, 1kg, 3kg dan 5kg p**a telah melebihi angka 10,000 kilogram keseluruhan. Satu angka di luar jangkaan kerana produk kami hanya popcorn caramel sahaja.

Ramai juga kalangan peniaga yang membeli popcorn kami, kemudian mereka pek semula dan jual dengan jenama sendiri. Bagi yang minat mencari rezeki begitu, kami berikan harga terbaik apabila anda mendapatkannya secara borong.

Begitu juga dengan pengusaha perkhidmatan cenderahati dan ibu bapa mempelai, malah ada pasangan pengantin sendiri turut membeli Chakceebor Popcorn untuk dijadikan hadiah kepada tetamu di majlis keraian mereka.

Dari segi kesedapan rasa, kami jamin insyaAllah tidak akan mengecewakan anda. Boleh baca testimoni mereka yang telah mencuba dan berulang kali mendapatkannya. Mana yang belum merasai keunikkan CHAKCEEBOR POPCORN, boleh dapatkan dengan harga kasih sayang.

Moh dapatkan SEKARANG !!!

11/01/2022

Sebelum ini saya ingat bahawa jualan goodies majlis perkahwinan sahaja sudah boleh tingkatkan jualan kami kerana setiap bulan pasti ada pasangan yang berkahwin.

Ternyata saya salah apabila jualan pek untuk dimakan lebih banyak permintaan berbanding goodies. Tambahan p**a sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dahulu, jualan CHAKCEEBOR POPCORN meningkat dengan pantas.

Buktinya baru setahun lebih beroperasi di SHOPEE kami telah diiktiraf sebagai ‘Preferred Seller+’ dan punyai ramai followers. Jualan produk kami bagi semua pek iaitu 500g, 1kg, 3kg dan 5kg p**a telah melebihi angka 10,000 kilogram keseluruhan. Satu angka di luar jangkaan kerana produk kami hanya popcorn caramel sahaja.

Ramai juga kalangan peniaga yang membeli popcorn kami, kemudian mereka pek semula dan jual dengan jenama sendiri. Bagi yang minat berniaga begitu, kami berikan harga terbaik apabila anda mendapatkannya secara borong.

Begitu juga dengan pengusaha perkhidmatan cenderahati dan ibu bapa mempelai, malah ada pengantin sendiri turut membeli Chakceebor Popcorn untuk dijadikan hadiah kepada tetamu di majlis keraian mereka.

Dari segi kesedapan rasanya, kami jamin insyaAllah tidak akan mengecewakan anda. Mana yang belum mencuba CHAKCEEBOR POPCORN, boleh dapatkan dan rasai keunikannya.

Senarai Harga Chakceebor :
500G = RM14
1KG = RM24
3KG = *RM66
5KG = *RM100

DAPATKAN SEKARANG :
https://shp.ee/zj7t7nv

08/01/2022

Dulu POPCORN yang saya beli, boleh dikatakan rasanya semua sama sahaja.

Sebab itu saya dan isteri ubah suai resepi CHAKCEEBOR POPCORN menggunakan gula perang dan caramel.

Ternyata rasanya sangat berbeza dan disukai pelbagai peringkat usia.

Buktinya jualan produk kami di SHOPEE bagi semua pek telah melebihi 10,000 KG. Memang LUAR JANGKA!!

Jangan tak percaya, ada peniaga yang beli dalam kuantiti yang banyak dan repack untuk dijual semula.

Untuk goodies majlis kenduri pun begitu juga. Kebanyakkan ambil dan pack sendiri mengikut acara. Kami okay sahaja walau kami pun ada buat benda sama.

Mana yang belum mencuba, boleh rasai KEUNIKANNYA.

Senarai Harga Chakceebor :
500G = RM14
1KG = RM24
3KG = *RM66
5KG = *RM100

DAPATKAN SEKARANG :
https://shp.ee/zj7t7nv

11/12/2021

Get 12% off when you checkout on 12 Dec, ONE-Day only !

Wait no further, visit our store now and add your popcorn to cart. Don’t miss our Shopee 12.12 Birthday Sales.

Check out our official Shopee store at https://shp.ee/27dnuqt

24/11/2021

NEW appearance this coming December!! 🥰

https://shp.ee/27dnuqt

04/09/2021

03/09/2021

“Salam and Hi. We are not promising super crunchy but we promise its so yummylicious and fluffy. Lets try it first and u will repeat it..” 🥰

Photos from Chakceebor Popcorn's post 29/08/2021

Makluman Harga Baharu Chakceebor Popcorn Mulai September 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera peminat popcorn sekalian. Tidak dinafikan semenjak pandemik Covid-19 melanda dan perlaksanaan PKP penuh seluruh negara, kos barangan meningkat dengan drastik. Begitulah juga dengan kos bahan mentah dan operasi popcorn kami.

Sejujurnya kami cuba bertahan dengan harga sedia ada tetapi akhirnya terpaksa mengalah juga apabila kos bahan mentah meningkat dengan sangat ketara berbanding sebelumnya. Oleh yang demikian, bermula 1 September 2021 dengan berat hati kami terpaksa menaikkan sedikit harga jualan popcorn kami bagi menyerap kos yang ditanggung.

Mohon ampun dan maaf kerana tindakan drastik ini terpaksa diambil. Walau bagaimana pun kami yakin harga baharu yang dikenakan masih mampu milik dan berpatutan sesuai dengan tagline kami iaitu .

Untuk ejen dan dropship kami juga telah dimaklumkan bahawa tiada lagi pelarasan harga kawalan memandangkan mereka juga terpaksa menyerap kos petrol dan postage apabila mengambil stok. InsyaAllah harga jualan mereka juga tidak akan membebankan kalian bahkan sedang elok sahaja berbanding membeli melalui kami secara langsung.

Kami di Chakceebor Candylicious berjanji akan memberikan yang terbaik dalam setiap bungkusan. Tiada pengurangan apa-apa bahan bagi memastikan rasa dan kualiti sama seperti popcorn yang kalian nikmati sebelum ini. Nantikan kemunculan popcorn balang dengan packaging diperkemaskan.

Terima kasih lagi sekali kerana menyokong bisnes kecilan kami. InsyaAllah Chakceebor takkan lupa untuk terus membantu komuniti. Tanpa sokongan anda kami tiada di sini. Terima kasih dan semoga kalian dilimpahkan rezeki berganda serta kita dapat berurusan lagi. UiLove! 🌹

Harga Chakceebor Popcorn 2021 :
🍿500g : RM14
🍿🍿1kg : RM24
🍿🍿🍿3kg : RM66
🍿🍿🍿🍿5kg : RM100
🍿🍿🍿🍿🍿10kg : RM 190
🍿🍿🍿🍿🍿🍿20kg : RM 360

20/07/2021

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua. Semoga kalian sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

🔥Hot Sales🔥 [FRESHLY MADE] Popcorn Caramel Sedap Chakceebor 1KG | Shopee Malaysia 05/06/2021

Assalamualaikum semua. Pukul 12.00 malam ni akan ada shocking sale di shopee. Diskaun 10%. Jom grab!! 🍿🥰

🔥Hot Sales🔥 [FRESHLY MADE] Popcorn Caramel Sedap Chakceebor 1KG | Shopee Malaysia CHAKCEEBOR POPCORN CARAMEL Keistimewaan : 🍯 Mostly fully coated caramel taste 🙅🏻‍♀️Tanpa bahan pengawet 🍿 Freshly homemade (stok baharu) 👨‍🍳 Dimasak mengikut tempahan 💰 Murah, jimat, sangat berbaloi 🧕 Produk Muslim 😋 Sedap, lemak, manis & secukup rasa 🍿 Tekstur ...

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Rasa nak buat bisnes untuk jana pendapatan keluarga tetapi tidak tahu produk apa nak jual? Apa kata jual popcorn sahaja ...
🤔 Rasa nak bisnes untuk jana pendapatan keluarga tetapi tidak tahu nak jual apa? Apa kata jual popcorn sahaja. Popcorn b...
“Ini Popcorn Chakceebor, ni original punya. Sedap.. ia tak begitu manis. Kalau bagi kat anak-anak saya ni, letak aje… zz...
NEW appearance this coming December!! 🥰https://shp.ee/27dnuqt#chakceeborpopcorn
#chakceeborpopcorn

Telephone

Address


Putrajaya
62300
Other Putrajaya food & beverage services (show all)
Cornery-the popcorn gallery Cornery-the popcorn gallery
Ioi City Mall
Putrajaya, 62502

AEON Mall Shah Alam, Lot KG-8 AEON Mall Kota Bharu, Lot G47 IOI City Mall, Lot LG-K9 Setapak Central, Lot GK-08

PASAR SEGAR CIPTA Rezeki PASAR SEGAR CIPTA Rezeki
C-G-02 PANGSAPURI PUTRADAMAI PRESINT 11
Putrajaya, 62300

Raiena Fruit Salad Raiena Fruit Salad
PPA Pudina, Jalan Kasturi 17, Presint 17
Putrajaya, 62150

Seasonal Fruit Parlour Durian, Manggis, Nangcem Brocoli, Carrot, Finger Lady

Pak Teh Nasi Kukus Pak Teh Nasi Kukus
Jalan P14
Putrajaya, 62050

menjual nasi kukus ayam, keli, bawal dan puyuh berempah

Coway Putrajaya By Arina Coway Putrajaya By Arina
Management Office, Unit T2-3A-3 & Unit T2-3A-3A Level 3A IOI City Tower Two Lebuh IRC, Ioi Resort
Putrajaya, 62000

Saya Nurul Arina, Health Planner di Coway Malaysia. Bersedia membantu anda untuk memiliki pelbagai rangkaian produk Penapis air dan Penapis udara dari Coway Malaysia. Coway Malaysi...

Coway Putrajaya Coway Putrajaya
Putrajaya, 62100

Hi , Saya Lynn... Agent Sah Coway Anda! Jom grab Promo best #COWAY Berminat PM Lynn Sekarangggg...

Penawar Resdung Tok Melah Penawar Resdung Tok Melah
Putajaya
Putrajaya, 62300

Membantu Merawat Gejala Resdung, Kegatalan Muka Dan Alahan Habuk, Asap & Makanan Laut.

Pemborong Kerepek Authentic Krupkrap Pemborong Kerepek Authentic Krupkrap
Putrajaya, 62250

Pemborong Kerepek Original Batu Pahat. Sesuai untuk dimakan kudapan seisi keluarga, door gift majlis

Coway Putrajaya Branch Wilayah Coway Putrajaya Branch Wilayah
NO. 108 (Ground Floor)Jalan DIPLOMATIK, PRESINT 15
Putrajaya, 62000

ONLINE PURCHASE ,LETS GET YOUR FREE INSTALLATION DELIVERY NATIONWIDE NOW, WATER FILTER, AIR PURIFIER ,TOILET BIDET ,OUTDOOR FILTER & MATTRESS COWAY WITH FREE REGISTRATION NOW.

Kek Batik Kuantan Kek Batik Kuantan
Putrajaya

Coway Putrajaya Coway Putrajaya
2–12, Jalan P9B/7
Putrajaya, 62250

Kuih Frozen Sedap Kuih Frozen Sedap
Presint 11
Putrajaya

Menjual Kuih Frozen kawasan Putrajaya