Pertubuhan ASK Malaysia-HQ

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan ASK Malaysia-HQ, Non-Governmental Organization (NGO), Lot 1593A, Off Jalan Gombak Batu 6 1/4, Rawang.

ASK Malaysia adalah NGO berdaftar yang aktif melakukan kerja amal dan program-program kemasyarakatan.Kami mempunyai ahli-ahli dari pelbagai latar belakang di seluruh Malaysia.ASK bermaksud Amal, Silatulrahim dan Kebajikan.Dan itulah keutamaan kami.

24/06/2024

TAK DIKENAL OLEH PENDUDUK BUMI, TAPI DIKENAL OLEH PENDUDUK LANGIT

Di Yaman, tinggalah seorang pemuda bernama Uwais Al Qarni yang berpenyakit sopak, tubuhnya berbelang-belang putih. Walaupun cacat, ia adalah pemuda yang soleh dan sangat berbakti kepadanya ibunya. Ibunya adalah seorang wanita tua yang lumpuh. Uwais senantiasa merawat dan memenuhi semua permintaan ibunya. Hanya satu permintaan ibunya yang sulit ia kabulkan.

“Anakku, mungkin ibu sudah tidak lama akan bersama dengan kamu, ikhtiarkan agar ibu dapat mengerjakan haji,” pinta ibunya. Uwais termenung, perjalanan ke Mekkah sangatlah jauh melewati padang pasir tandus yang panas. Orang-orang biasanya menggunakan unta dan membawa banyak bekalan. Namun Uwais sangat miskin dan tak mempunyai kenderaan.

Uwais terus berfikir mencari jalan keluar utk memenuhi impian ibunya itu. Kemudian, dibelilah seeokar anak lembu. Kira-kira untuk apa anak lembu itu? Tidak mungkinkan pergi haji naik lembu. Selepas membeli lembu, Uwais membuatkan kandang di puncak bukit. Setiap pagi beliau bolak balik menggendong anak lembu itu naik turun bukit. “Uwais gila.. Uwais gila…” kata penduduk sekitar. Ya, kelakuan Uwais memang sungguh aneh.

Tak pernah ada hari yang ia tertinggal menggendong lembu naik turun bukit. Makin hari anak lembu itu makin besar, dan makin besar tenaga yang diperlukan Uwais. Tetapi kerana latihan setiap hari, anak lembu yang membesar itu tak terasa lagi bebannya.

Setelah 8 bulan berlalu, sampailah musim Haji. Lembu Uwais telah mencapai 100 kg, begitu juga dengan otot Uwais yang makin membesar. Uwais menjadi kuat mengangkat barang. Tahulah sekarang penduduk sekitar apa maksud Uwais menggendong lembu setiap hari. Ternyata ia latihan untuk menggendong ibunya.

Uwais menggendong ibunya berjalan kaki dari Yaman ke Makkah! Masya Allah, alangkah besar cinta Uwais pada ibunya. Ia rela menempuh perjalanan jauh dan sulit, demi memenuhi keinginan ibunya.

Uwais berjalan tegap menggendong ibunya tawaf di Ka'bah. Ibunya terharu dan bercucuran air mata setelah melihat Baitullah. Di hadapan Ka'bah, ibu dan anak itu berdoa. "Ya Allah, ampuni semua dosa ibu," kata Uwais. "Bagaimana dengan dosamu?" Tanya ibunya hairan. Uwais menjawab, "Dengan terampunnya dosa ibu, maka ibu akan masuk syurga. Cukuplah redha dari ibu yang akan membawa aku ke syurga"

Masya Allah, itulah keinginan Uwais yang tulus dan penuh cinta kpd ibunya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala pun mengurniakan rahmatNya kpd Uwais, seketika itu Uwais disembuhkan dari penyakit sopak yg dihidapinya. Hanya tertinggal bulatan putih di tengkuknya.

Tahukah kalian apa hikmah dari bulatan yg dikekalkan di tengkuk Uwais? Itulah tanda untuk Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Thalib, dua sahabat utama Rasullullah Shallallohu 'Alaihi Wasallam untuk mengenali Uwais.
Beliau berdua sengaja mencari Uwais disekitar Ka'bah kerana Rasullullah Shallallohu 'Alaihi Wasallam berpesan "Di zaman kamu nanti akan lahir seorang manusia yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia.

Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintalah pertolongan untuk kamu berdua.

"Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kamu, durhaka pada ibu dan menolak kewajiban, dan meminta yang bukan haknya, dan membunuh anak hidup-hidup, dan Allah, membenci padamu banyak bicara, dan banyak bertanya demikian p**a memboroskan harta (menghamburkan kekayaan)." (HR. Bukhari dan Muslim)

22/08/2023

Pertubuhan ASK Malaysia adalah NGO yang berdaftar dengan ROS. Kami mempunyai ahli2 di seluruh Malaysia. Kami akan mula mengorak langkah untuk mengembangkan lagi aktiviti kebajikan kami di setiap negeri. Oleh itu, kami mencari business partner berkaitan printing.Segala yang berkaitan seperti kad ahli, baju, sijil, cenderamata dan sebagainya akan kami serahkan kepada partner ini,dengan syarat beliau juga mestilah berdaftar sebagai ahli ASK Malaysia.
Boleh whatsapp admin di nombor 016-7477736.Terima kasih.

Shy Kucing
Presiden ASK Malaysia.

21/08/2023

Menghadiri majlis makan malam Gemilang Kaseh anjuran Rumah Adat N9

Photos from ASK Penang's post 16/04/2023
01/01/2023
Photos from ASK Selangor's post 28/12/2022
Photos from ASK Sarawak's post 06/12/2022
Photos from Pertubuhan ASK Malaysia-HQ's post 22/11/2022

Selamat datang adik2 baru di Perak ke family ASK7 Bersatu dan ASK Malaysia. Kita kuat kerana bersatu, kita lemah bila berpecah belah. Jagalah kamu sesama sendiri, jangan sampai ada ibubapa yg tak makan, ada anak yg tak ada susu untuk diminum. Itulah tugas kami, sebagai saudara dan ahli masyarakat.Once a brother always a brother...

Photos from Pertubuhan ASK Malaysia-HQ's post 23/08/2022

Selamat datang ahli2 baru dari ASK Perak.Semoga sentiasa menjaga hukum, undang2 dan peraturan di luar sana.Bersatu kita teguh.

20/06/2022

Semoga big boss kami Dato PLG Al-Rawa dirahmati oleh Allah S.W.T amiiinnn 🤲

07/05/2022

Selamat Hari Ibu sedunia .. 🤲

01/04/2022

salam ramadhan 2022 dari kami Big Family ASK BERSATU MALAYSIA

01/04/2022

Salam jumaat terakhir .. salam bersatu.. salam 1 April 2022
🤲🤝 semoga d bulan mulia ini allah merahmati kami semua..amin³

12/03/2022

Bismillah...

KALIMAH TAUHID,
LA ILA HAILLALLAH.

Lafaz dlm bahasa Arab :
LA ILA HAILLALLAH.

Erti dlm bahasa Melayu :
Tiada Tuhan, melainkan ALLAH.

Maksudnya : ?
Maksudnya apa ??
Apakah maksud tiada Tuhan, melainkan ALLAH ?

Sebelum kita faham maksud kalimah tauhid itu secara mendalam, elok jika kita faham apa yg dimaksudkan dgn "Tuhan".

"Tuhan" bermaksud : -

Yang berkuasa.
Yang mendatangkan manfaat.
Yang memberi mudarat.
Yang menghidupkan.
Yang mematikan.
Yang mencipta.
Yang menentukan.
Yang mentadbir seluruh alam.
Yang mentadbir hari pembalasan.
Yang mentadbir hari akhirat.
dan Yang segala macam lagi.......

Adakah ada selain drp ALLAH yg mampu berbuat demikian ?
Jawabnya T I D A K A D A !!!
Hanya ALLAH sahaja yg mampu berbuat semua itu.

Maka selain drp ALLAH, adalah tidak layak utk dijadikan TUHAN !

Sesiapa yg berani mengambil selain drp ALLAH utk dijadikan TUHAN, maka mereka itu orang sesat dan kafir !!!

Maka utk jalan yg lebih selamat, elok sangatlah jika kita selalu bisik-bisikkan ke akal fikiran kita.......

Tiada hak mataku utk melihat, melainkan dgn kuasa dan izin drp ALLAH.

Tiada hak telingaku utk mendengar, melainkan dgn kuasa dan izin drp ALLAH.

Tiada hak paru-paruku utk bernafas, melainkan dgn kuasa dan izin drp ALLAH.

Tiada hak tulang empat keratku utk bergerak, melainkan dgn kuasa dan izin drp ALLAH.

Jika ingin tahu, inilah "maksud sebenar" kalimah LA ILA HAILLALLAH. Kalimah yg mengandungi nafi dan isbat. Kita menafikan segala hak makhluk, dan kita isbatkannya (kita sabitkannya) dgn HAK ALLAH yg meliputi tiap-tiap sesuatu.

Sesiapa yg tidak memasukkan nafi dan isbat pada kalimah tauhid LA ILA HAILLALLAH, maka ia orang lalai !

Maksudnya dia tengok dgn mata kasar makhluk seolah-olah berkuasa, tetapi akal fikirannya tidak mengaitkan semuanya itu dgn KEKUASAAN ALLAH. Maka ia orang lalai.

Dia tidak menafikan kekuasaan palsu makhluk, dan tidak p**a mensabitkannya dgn ALLAH yg sebenar berkuasa ke atas setiap diri makhluk. Maka ia orang lalai.

Sesungguhnya bukan percuma segala nikmat pancaindera yg ALLAH anugerahkan kpd kita ini. Jika mahu tahu, inilah kerja sebenar kita. Kita wajib menafikan semua kuasa makhluk yg "mata kasar" kita sedang lihat itu, dan sebaliknya kita isbatkannya / kita sabitkannya / kita kaitkannya semua itu, dgn KUASA dan KEHENDAK / IZIN ALLAH.

Tolong jangan ambil mudah, tentang kefahaman akan maksud kalimah LA ILA HAILLALLAH ini. Jangan asyik nak tambah jumlah zikir sahaja, tetapi tidak faham akan tuntutan dan maksud sebenar kalimah tauhid ini !

Kalimah tauhid ini menuntut agar kita meng ESA kan ALLAH, dan tidak menyengutukan ALLAH dgn sesuatu jua. Kita tolak hak makhluk dan kita isbat semua yg ada pada makhluk itu ialah HAK MILIK MUTLAK ALLAH.

Jika maksud kalimah tauhid sendiri kita pun tak faham, bagaimana kita hendak memenuhi tuntutan kalimah tersebut ?

Selain itu, bagaimana ALLAH mahu membuka "Mata Hati" kita, jika tuntutan kalimah tauhid ini tidak kita penuhi.

Antara maksud hadis sahih sabda Nabi SAW : "Orang yg akan mendapat syafaatku di akhirat, "hanyalah" orang yg berkata LA ILA HAILLALLAH dgn "hatinya yg ikhlas".
Mulut melafaz, hati terasa akan KEBESARAN ALLAH !
Adakah sekarang setiap kali mulut kita melafaz kalimah LA ILA HAILLALLAH, hati kita telah terasa akan KEBESARAN ALLAH ?

Tepuk dada, tanyalah iman !

ALLAHUAKBAR !!!

03/02/2022

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un*

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
*“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*

Dukacita d maklumkan YDH Ayah Uncle Naga Bukit telah kembali ke rahmatullah.

🤲"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman........

Salam takziah buat kluarga Allahyarham, semoga tabah menghadapi ujian dn dugaan dri allah swt..

Al-fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

31/01/2022

Selamat Tahun Baru Cina kepada sahabat2 yang berbangsa Cina

Photos from Pertubuhan ASK Malaysia-HQ's post 18/01/2022

ASSALAMUALAIKUM , DAN SALAM SEJAHTERA ,

Kepada Semua Ahli-Ahli ASK Malaysia Dan Jugak Sahabat-Sahabat Yang Mengenali Kami Di ASK Malaysia .

Mintak Jasa Baik Semua Pada Yang Mengenali Kekanda Kami Di ASK malaysia Iaitu Kekanda Ahmad Mohon Kita Berdoa Supaya Ayah Mertua Kepada Kekanda Ahmad Cepat Sembuh ,

Ayah Mertua Nya Sekarang Berada HKL Akibat Kekurangan Oksigen . Jadi Mohon Sama-Sama Kita Doakan Supaya Dipermudahkan Urusan Keluarga Mereka 🤲🏻

SEKIAN






Qid Izani (Setiausaha Kerja ASK Selangor)
Kak y0ng Nad( Ajk Perhubungan HQ)

14/01/2022

ASK7 Bersatu adalah majlis berbaiah yang disertai oleh anak-anak muda yang ingin berbakti kepada masyarakat.Kami mempunyai ahli diseluruh Malaysia.Kami bergerak menggunakan NGO berdaftar Pertubuhan ASK Malaysia.Kami memfokuskan program amal dan kebajikan sebagai aktiviti utama selain merapatkan silatulrahim sesama ahli, majlis lain dan masyarakat.Disamping itu, kebajikan ahli juga merupakan keutamaan kami.

Nama ASK sendiri adalah bermaksud Amal, Silatulrahim dan Kebajikan.Ahli-ahli kami telah banyak membuat kerja-kerja sukarelawan tanpa meminta apa-apa bayaran dan selama ini telah banyak menyumbang kepada pihak yang memerlukan dengan menggunakan dana kami sendiri.Kami juga sangat tegas dalam mengambil tindakan sekiranya terdapat sebarang salah laku ahli-ahli kami samaada berkaitan dadah, peras ugut atau sebarang kegiatan jenayah.

Sebarang pertanyaan tentang aktiviti ASK7 Bersatu negeri boleh hubungi atau tekan link whatsapp dibawah dan kami akan hubungkan ke admin negeri..

http://www.wasap.my/601118787736

Photos from Pertubuhan ASK Malaysia-HQ's post 29/12/2021

Assalamualaikum buat semua Adik Beradik ASK Malaysia Dan Sahabat2 Yang Menganali Abang Long Rafiq ASK Melaka Minta Jasa Semua Kita Doakan Supaya Dia Cepat Sembuh Dan Dipermudahkan Segala Urusan dia.
Semoga Allah S.w.t permudahkn sgala urusan Hamba Mu.. amin ya allah..Sama2 kita semua doakn Abang long Rafiq..
Kerana Dia Baru Saja Terlibat Dengan Kemalangan Jalan Raya ..

Photos from Pertubuhan ASK Malaysia-HQ's post 26/12/2021

Syukur Alhamdulillah , Pertama Tama Sekali Diucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Para² Penyumbang Yang Ringan Tangan Untuk Memberi . Yang Kedua Jutaan Terima Kasih Juga Kepada Semua Manpower Yang Turut Serta Membantu Untuk Menjayakan Program Ini . Semoga Apa Yang Diberikan Dapat Meringankan Beban Sedikit Sebanyak Buat Mangsa² Banjir . Gambar Yang Diambil Bertujuan Untuk Rujukan Kepada Semua Para Penyumbang . Dan Tidak Juga Lupa Kepada Barisan² Ahli ASK Selangor Dan Ahli ASK Perak yang diketuai oleh long Pak Joko Yang Bertungkus Lumus Dari Mula Hingga Akhir Bagi Menjayakan Program Ini . Syabas 👍

Terima kasih untuk big bos kami YDH AYAH Shy Kucing yang sudi turun padang bersama kami .

Pertubuhan ASK Malaysia-HQ ASK PERAK

05/12/2021

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un*

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
*“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*

Duka cita d maklumkan YDH Dato ramli norani PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA telah kembali ke rahmatullah

🤲"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman........

Salam takziah buat kluarga Allahyarham, semoga tabah menghadapi ujian dn dugaan dri allah swt..

Al-fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

28/11/2021

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un*

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
*“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*

Duka cita d maklumkan YDH Ayah Amp Loong II Long mail telah kembali ke rahmatullah

🤲"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman........

Salam takziah buat kluarga Allahyarham, semoga tabah menghadapi ujian dn dugaan dri allah swt..

Al-fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Lot 1593A, Off Jalan Gombak Batu 6 1/4
Rawang
53100

Other Non-Governmental Organizations (NGOs) in Rawang (show all)
Pertubuhan Alumni Gerakan 4B Malaysia Pertubuhan Alumni Gerakan 4B Malaysia
No. 13, Jalan Desa Kundang 2
Rawang, 40508

MTFC Rawang Vijay Makkal Iyakkam MTFC Rawang Vijay Makkal Iyakkam
Rawang, 48000

🇲🇾 WELCOME TO MTFC RAWANG VMI 🇲🇾

Pusat Perlindungan Astana Budi Pusat Perlindungan Astana Budi
Astana Budi @ Manarah, Lorong Beringin, Batu 17 Kuang
Rawang, 48050

Pusat Perlindungan Astana Budi adalah sebuah tempat perlindungan bagi pesakit Islam HIV lelaki yang diuruskan oleh NGOi Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) dan menerima d...

Pusat Sayangi Haiwan Mawar Utama - Kundang dog shelter Pusat Sayangi Haiwan Mawar Utama - Kundang dog shelter
No. 9, Jalan Desa 1/8, Bandar Country Homes
Rawang, 48000

Pusat Sayangi Haiwan Mawar Utama [KUNDANG], an charity organization recognized by PERSATUAN SAYANGI HAIWAN SELANGOR [PPM-0211004052021]. A stray dogs shelter located at Kundang, Se...

Pertubuhan Bakti Nusantara Pertubuhan Bakti Nusantara
Gombak
Rawang

Menjadikan sebuah organisasi yang unggul dalam usaha mensifarkan kemiskinan dan miskin bandar dengan

ILTC Malaysia ILTC Malaysia
Lot No. 112, Kg. Sg. Dua Tambahan, Mukim Rawang, Jalan Batu Arang
Rawang, 48000

Independence Living Training Centre Malaysia (ILTC) is a non-profit, charitable organisation establi

Tabung Penaiktaraf Makmal Komputer AITAF Tabung Penaiktaraf Makmal Komputer AITAF
Jalan Hijau 5/3, Bandar Tasik Puteri
Rawang, 48000

Akademi Intergrasi Al-Falah (AITAF) merupakan pusat pengajian yg ditubuhkan untuk pelajar Tahfiz

KRT Park Avenue BTP 1B KRT Park Avenue BTP 1B
Park Avenue, Blok 1B
Rawang, 48020

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Park Avenue BTP 1B telah ditubuhkan pada tahun 2020. Objektif utama adalah untuk menyemarakkan perpaduan dikalangan komuniti melalui agenda KRT Bersih,...

Pertubuhan Kebajikan Alhamedy Pertubuhan Kebajikan Alhamedy
Rawang
Rawang, 48000

VISI PERTUBUHAN KEBAJIKAN ALHAMEDY “MEMBERIKAN BANTUAN KEBAJIKAN DAN PELUANG PENDIDIKAN AGAMA YANG S

Gerakan Ehsan Selangor Gerakan Ehsan Selangor
Taman Pelangi
Rawang, 48000

Equanimal.project Equanimal.project
Universiti Islam Antarabangsa
Rawang, 53100

FREE PRIMATES is a fundraising project for primates created in connection to the assessment in BAAD

Pertubuhan Ikatan Kasih Anak Tumpat - PIKAT Pertubuhan Ikatan Kasih Anak Tumpat - PIKAT
Jalan Kuala Lumpur-Ipoh
Rawang, 48000

Sebuah Pertubuhan NGO yang berperanan dalam membantu masyarakat asnaf serta komuniti setempat yang memerlukan bantuan