Peneram Warisan Kak Mah

Membuat dan menerima tempahan kuih peneram. Sekarang dah ada cakoi dan pau goreng kacang!

20/07/2024

Assalammualaikum! Hari ni takde cakoi ye..peneram ada! Tapi kena datang ke pasar malam B*H (Dataran Ikhwan). Jumpa korang di sana!

07/07/2024

Alhamdulillah...terima kasih yang sudi singgah membeli di gerai cakoi kami tadi. Esok (Isnin) kami berniaga seperti biasa ye. Selasa, Rabu dan Khamis nanti kami cuti.

06/07/2024

Assalammualaikum! Jangan lupa petang ni ye!
KAMI AKAN GORENG PENERAM di sana. Temui kami di petak bernombor 83/84 bersebelahan dengan gerai BOSS SOYA

02/07/2024

Esok (Rabu) gerai cakoi dan pau goreng kami akan buka ye. Insyaallah akan beroperasi sampai Jumaat ni. Sabtu nanti kami akan masuk pasar malam Bandar Country Homes dekat Ikhwan dan kami akan goreng kuih peneram di sana. Takda pengalaman masuk pasar malam sebelum ni. Doakan kami!

23/06/2024

Berita baik untuk pelanggan kami! Kami akan goreng kuih peneram khas untuk jualan di pasar malam Bandar Country Homes (Ikhwan) pada 6 Julai 2024 nanti.

31/05/2024

Terima kasih yang sudi membeli cakoi dan pau goreng kami tadi. Kami akan tutup gerai selama 4 hari ye..Insyaallah...jumpa Rabu ni nanti..

29/05/2024

Sedikit LUAHAN daripada kami...

Beberapa hari lepas ada seorang customer ni, dia uploadlah gambar pau goreng kacang kami. Dia claim pau goreng kami pau goreng OKSIGEN! 🤣.
Nampaklah pau goreng kami yang kembung tu dengan inti secoet kat tepi tu. Kami dah explain dalam FB dia..kejadian pau goreng tu camtu sebab faktor doh tu dicanai nipis dan inti tu 'lari' ke tepi. Tapi dia seolah-olah tak faham dan mempertahankan teori -teori yang berada dalam kepalanya.
Maka ramailah kawan-kawan dan followernya pun mengecam kami juga. Masing-masing upload gambar pau kukus, dan pau goreng frozen mereka dengan inti yang melimpah ruah 🤭.
Pau goreng kami ni bukan macam pau goreng mereka ye. Memang inti kami tak banyak dan melimpah ruah macam tu. Kombinasi pau dan inti kami just nice je sebab kami akan CANAI NIPIS doh tu sebelum digoreng. Tak sesuai bubuh banyak inti nanti terkeluar sebab kena canai nipis (lagi sekali kami ulang). Sebab tu pau goreng kami nipis je mana padat tepungnya..sesuailah dengan intinya.
Pau kukus atau pau goreng frozen kena canai nipis ke? Tak..kan? Di situ pun dah tau teksturnya berlainan. Bila canai nipis memang pau ni akan naik kembung bila digoreng..customer ingat yang kembung tu inti banyak...tu yang bila makan nampak inti secoet bising satu alam.
Memang kami naikkan harga kepada seringgit sebiji sebab harga inti pau kacang bakeri dah naik 2 kali sebelum ni. Tu pun dah lama naik harga intinya, baru lepas raya hari tu kami naikkan harga.
Yang mana beli cakoi dan minta kuah lebih tu kami tak pernah minta duit lebih. Nak 2? 3? 4? Kami kasi je..ada customer tu sampai minta kuah lebih sebab katanya anak mereka s**a makan sapu dengan roti. Kami beri je...tak pernah minta duit untuk kuah tu sedangkan itu semua kos kami.
Kami berniaga bukan nak untung lebih. Sedangkan cakoi ni modalnya besar juga. Sesetengah orang jual cakoi guna minyak dalam adunan sebab nak cut kos. Tapi kami tidak. Mula-mula dulu kami guna butter dalam tong. Harga semua naik..terpaksalah cari alternatif lain..naikkan harga, customer bising!
Yang tak berniaga macam kami tak faham situasi ni. Dengan kudrat yang dah tak seberapa ni, menghadap panas kuali, panas matahari dan hujan setiap hari...berdiri berejam-rejam mereka tak pernah ambik tau..yang mereka tau beli, makan dan komplain! Itu majoriti sikap pembeli kita.
Kepada customer kami yang upload gambar PAU OKSIGEN tu, bukan sekali awak membeli di sini.. beli berulang kali. Kami tau ye.. Itu tandanya pau kami sedap 😁.
Lepas ni kami nak scan pelanggan kami satu-satu...nampak muka awak, suami awak kami akan band...toksah beli dah pau atau cakoi kami...hahahaha.. Dah namanya awak customer kami, kalau tak puas hati jumpalah dengan kami sendiri... Tak payah ambik gamba bagai upload burukkan orang lain. Awak sebagai pendidik tak patut bersikap macam tu. Awak dan suami awak pun berniaga juga...
Lepas ni kami nak tukar banner... Kami nak tulis:
CAKOI DAN PAU GORENG OKSIGEN... U BERANI, U DATANG BELI!
Hurrmmmm....best jugak tulis kat banner macam tu..so customer akan diberitahu awal tentang keadaan pau tu.. bila beli tanggung sendiri takyah nak komplain dah...🤣🤣🤣

Photos from Peneram Warisan Kak Mah's post 27/05/2024

Assalammualaikum! Jom singgah gerai cakoi dan pau goreng kami! Hari ni vendor kami ada letak apam polkadot, donut coklat dan donut gula!

26/05/2024

Assalammualaikum! Macam hari2 yg sebelumnya, kami akan berniaga pada hari ini ye..Selasa dan Rabu kami cuti macam biasa..

21/05/2024

Hari ini dan esok gerai cakoi kami tak buka ye..Insyaallah jumpa Rabu nanti

Photos from Peneram Warisan Kak Mah's post 20/05/2024

.
Isnin, 20 Mei 2024
Gerai cakoi dan pau goreng kami dah buka ye! Jomlah singgah di tapak parking Saujana Rawang! Macam-macam gerai makanan lagi yang beroperasi di sini.
Menu jualan kami:
☄️Cakoi (Kuah Srikaya Pandan@Kuah Cili Berkacang
☄️Pau goreng kacang merah
☄️Pau goreng sardin
Walk-in sahaja ye, kami tak buat penghantaran buat masa ini.

03/03/2024

Isnin (4 Mac)-Rabu (6 Mac)
Gerai Cakoi dan Peneram tutup

23/02/2024

Kami minta maaf kerana gerai kami tidak banyak beroperasi pada akhir2 ini kerana ada urusan & perkara yang perlu diselesaikan. Akan datang gerai kami TIDAK BEROPERASI pada:
Ahad 25/2
Isnin 26/2
Selasa 27/2
Rabu 28/2
Selepas daripada tarikh di atas, berkemungkinan ada lagi hari-hari tertentu yang perlu kami cuti.

10/02/2024

Assalammualaikum.. Hari ini gerai kami beroperasi seperti biasa.. Lai! Lai! Lai!
Ahad (esok)-Rabu nnt kami cuti

08/02/2024

Ada yang dah balik kampung ke tu? Yang baru nak memulakan perjalanan tu, semoga selamat sampai ke destinasi dan semoga sabar menempuh jem!
Untuk warga Rawang yang tak kemana-mana cuti ni, esok dan lusa Insyaallah gerai kami akan beroperasi seperti biasa...boleh datang singgah ke gerai kami nanti ye!
Dengan kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan "Xinnian Kuaile" kepada mereka yang berbangsa Tionghua, semoga tahun baru ini memberi kemakmuran dan kebahagian kepada anda semua!

12/01/2024

ASSALAMMUALAIKUM dan salam sejahtera..Tengahari esok gerai peneram, cakoi & pau goreng kami akan dibuka seperti biasa.
Jom tapau apa yang ada di gerai kami untuk minum petang nanti.
Peneram Warisan Kak Mah
RM4 : 1 paket (15 biji)
Cakoi (kuah pencicah Srikaya Pandan @ kuah Cili Berkacang)
RM2 : 3 btg
Pau Goreng Kacang Merah
RM2 : 3 biji
Pau Goreng Sardin
RM1 : 1 biji
Lokasi kami : Area tempat letak kereta di Saujana Rawang (setentang dengan Afraaz Khan Karpet)
Gerai dibuka sehingga doh cakoi habis.
Walk in sahaja, TIADA COD

03/11/2023

Terima kasih yg sudi berbelanja di gerai kami siang tadi.. Esok & lusa kami terpaksa cuti, atas faktor kesehatan suami yg tdk mengizinkan.

28/10/2023

Yg nak order kuih peneram kami utk 8 NOV ni, sila order awal ye..sbb kami akan bancuh berdasarkan tempahan shj. Tarikh LAST order : 6 NOV 2023

26/10/2023

Oklah, khas buat PEMINAT kuih Peneram Warisan Kak Mah, kami akan open order kuih peneram ni untuk 8 November 2023 nanti.
Kami dah tak buat dan jual kuih peneram ni setiap hari di gerai..ada yang terkejut kenapa kami dah tak jual kuih ni lagi??
Yang betul-betul rindukan kuih peneram kami, boleh start order dengan kami ye..kami goreng di rumah je..so, boleh datang sendiri ambil di rumah kami ataupun kalau nak minta kami CODkan, Insyaallah kami akan buat penghantaran dan kami kenakan charge penghantaran mengikut kawasan. Area Rawang sahaja, ye!
1 bekas : 40 biji (RM10)
Yang berhajat nak order, boleh whatsApp kami
🫴https://www.wasap.my/60192240017 (Kak Ida) atau
🫴https://www.wasap.my/60123629192 (Kak Yun)

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

TEMPAHAN KUIH PENERAM UNTUK HARI RAYA HAJI.Sila whatsapp kami untuk tempahan..📱https://www.wasap.my/60192240017 (Kak Ida...
#setiapkunyahanpenuhmakna #peneramwarisankakmah#cakoisaujanarawang
Peneram Warisan Kak MahLokasi gerai : Tapak parking, Saujana RawangWaktu operasi : 12.30 tghr-6.30 ptg atau sehingga doh...
Kuih peneram kami. Terima kasih kepada pelanggan2 yg sudi singgah ke gerai kami semalam. Insyaallah Rabu ni kami beroper...
Assalammualaikum dan salam sejahtera.Esok (Rabu 19 Okt 2022) dan lusa (Khamis 20 Okt 2022) gerai peneram kami akan dibuk...
Assalammualaikum semua! Gerai peneram kami dah buka ye! Boleh dapatkan kuih peneram Warisan Kak Mah fresh2 di tapak park...
Jom tempah kuih raya dgn kami!

Category

Telephone

Website

Address


Jalan SR 4/1F
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 12:30 - 18:30
Thursday 12:30 - 18:30
Friday 12:30 - 18:30
Saturday 12:30 - 18:30
Sunday 12:30 - 18:30

Other Food Stands in Rawang (show all)
Tradisi Satay Taman Sri Buloh Tradisi Satay Taman Sri Buloh
Kuang
Rawang, 48050

Kami menyediakan satay Ayam,satay Daging,satay Kambing,satay Perut & Satay Frozen

Burnout_ Kitchen Burnout_ Kitchen
NO. 1, Jalan BP17, TAMAN BAYU PERMAI
Rawang, 48000

hi everyone! To inform you all, I am just about to start a business and this is my first business. In our business, we offer food service like western food. Western food is our mai...

Kopi Hainan Rawang Kopi Hainan Rawang
Jalan Bersatu 10, Taman Bersatu
Rawang, 48000

Hi warga rawang, kami adalah branch kopi hainan di Tasik Taman Bersatu, Rawang. � 11.30 am - 6.30pm @ sold out � Tasik Taman Bersatu � 018-2936390

Patin Tempoyak Ori Pahang Acik Yah Patin Tempoyak Ori Pahang Acik Yah
Rawang, 48300

Menjual makanan pahang berasaskan tempoyak seperti ikan patin Sg pahang, ikan talapia Sg pahang

Nasi Kukus Tonggek - Kantin,Gombak Nasi Kukus Tonggek - Kantin,Gombak
LOT F05, Kantin @ Setor Gombak, No 605 Lot No 4 Jalan Gombak Batu 4 1/2
Rawang, 53100

Cawangan ke-28 Nasi Kukus Tonggek kini di Gombak!! Mari datang beramai ramai ke Kantin Setor Gombak bagi merasai keenakan Nasi Kukus Tonggek kami! #bestingombak #strictlyaddictive...

aj crispy chicken bukit sentosa aj crispy chicken bukit sentosa
5, Jalan Orkid 2, Bukit Sentosa
Rawang, 48300

Ayam gunting, ayam sate, sosej jumbo ada depan kedai (SWC, pod leypaq, RVE Cabin) sampai jam 6.

Chese Leleh Viral Rawang Chese Leleh Viral Rawang
Rawang, 48000

BH SATAY - The Real Taste BH SATAY - The Real Taste
1a, Jalan Inai 2, Bandar Bukit Beruntung
Rawang, 48300

BH SATAY The Real Taste (memenuhi citarasa anda) SEKALI MAKAN PASTI NAK LAGI!!!

Kepak Ayam Mayo Kepak Ayam Mayo
Rawang, 48000

Kepak ayam mayo,kambing bakar,bebola ayam cheese...rasa yang sedap...bebola ayam buatan sendiri..harga yang berpatutan...perapan tersendiri...sedia menerima tempahan...lokasi perni...

Burger Hensem De Bukit Beruntung Burger Hensem De Bukit Beruntung
C-G-6 Apartment Kenanga Taman Bunga Raya Bukit Beruntung
Rawang, 48300

Kami Burger Hensem berbesar hati memberikan perkhidmatan menjual burger bermula jam 7 petang sehingg

Masak Makan Catering Masak Makan Catering
Rawang, 48000

Pakar Nasi Beriyani + Kari Kambing Nyata ! Penyediaan makanan untuk anda dalam pelbagai jenis acara yang ingin anda jalankan Kenduri Perkahwinan Kenduri Doa Selamat Jamuan Perpisah...

Itik Salai Masthar Bukit Beruntung Itik Salai Masthar Bukit Beruntung
RVE Food Cabin Berhadapan Lotus Bukit Beruntung
Rawang, 48300

Masthar itik salai bukit beruntung menyediakan pelbagai jenis makanan salai,lauk pauk kampung