Musolla Al-Amin, Residensi Laguna Biru 2

Page Facebook Rasmi Musolla Al-Amin, Residensi Laguna Biru 2

21/04/2023

LAFAZ TAKBIR RAYA

Antara amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri iaitu memperbanyakkan takbir (bermula terbenam matahari akhir Ramadan hingga sebelum menunaikan solat hari raya).

21/04/2023

Kaifiyat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

21/04/2023
21/04/2023

8 Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

1️⃣ Menghidupkan malam
2️⃣ Mandi Sunat
3️⃣ Mengemaskan diri
4️⃣ Memperbanyakkan Takbir
5️⃣ Memakai pakaian yang terbaik
6️⃣ Berwangi-wangian dan berhias
7️⃣ Bersarapan
8️⃣ Menunaikan Solat Hari Raya

Semoga bermanfaat dan sama-sama kita amalkan sunnah ini.

20/04/2023

Malam 30 Ramadan 1444H

Semoga Amalan Kita Dalam Bulan Ramadan Diterima Allah Azzawajalla

20/04/2023

Penyelarasan Masa Pelaksanaan Solat Sunat Eidulfitri di Masjid, Surau dan Musolla Negeri Selangor Tahun 2023M/1444H

19/04/2023

GERHANA MATAHARI SEPARA

Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka berlaku pada 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444H. Matahari, bulan, siang dan malam merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.

Islam menganjurkan umatnya untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari.

Fenomena Gerhana Matahari Separa di Putrajaya pada kali ini dapat disaksikan dalam tempoh 1 jam 44 minit bermula jam 11.04 pagi dan berakhir 12.47 tengahari.

19/04/2023

Malam 29 Ramadan 1444H
Semoga Allah terima amal kita dibulan Ramadan dan temukan kita dengan Ramadan akan datang.

Photos from Musolla Al-Amin, Residensi Laguna Biru 2's post 16/04/2023

Malam 26 Ramadan 1444H
Solat Tarawih, Witir & Qunut

16/04/2023

Setiap detik sepanjang Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.

Marilah kita memanfaatkan baki Ramadan yang tinggal ini untuk merebut ganjaran pahala dengan memperbanyakkan amal soleh.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita pertemuan dengan malam al-Qadar dan diisi dengan amal kebajikan yang melayakkan kita untuk mendapat keampunan daripada-Nya.

12/04/2023

Jom kayakan diri & hati kita 😊

Ada orang kaya telefon ustaz.

“Ustaz, saya ni kaya.”

Amboi kau. Bukan main selamba cakap dia kaya.
“Saya memang kaya tapi jiwa tak tenang. Balik ke rumah rasa gelisah. Pergi kerja rasa kosong saja. Saya tak tahu apa nak buat.”
Saya tanya dia, “Duit banyak tak?”

Dia jawab, “Banyak”

Saya pun bagi nasihat,

“Banyakkan sedekah.”

Dia tanya balik pada saya,

“Macam mana saya nak sedekah. Nak bagi pada siapa?”

Amboi. Geram pulak saya dengar soalan tu. Boleh dia tak tahu nak sedekah pada siapa? Kalau dia bagi, saya pun nak. Haha bergurau.
Jadi apa saya cakap?

“Pergi masjid, nampak tabung boleh sedekah. Selain tu, bagi bonus pada pekerja juga sedekah. Lagi baik bagi bonus dalam bulan Ramadhan.”

“Ooo… macam tu. Baik, ustaz.” Lebih kurang macam tu sajalah respon dia.
Mulanya saya ingatkan dia tak buat. Rupa-rupanya dia betul-betul buat apa yang saya cakap. Masuk saja 1 Ramadhan sekali dengan bonus. MashaAllah.

Bukan main seronok la pekerja dia. Mereka bersungguh-sungguh ucap terima kasih.

Apa jadi lepas tu?

Tabarakallah. Dia menjadi lebih tenang. Orang kaya ni cakap pada saya,

“Ustaz, betullah apa ustaz cakap. Saya dah buat. Alhamdulillah. Rasa tenang dan bahagia.
Tuan puan, bahagia itu bukan memiliki tapi bila memberi.

Bila kita memberi, orang bahagia. Kita pun akan rasa bahagia. Bila kita memberi, malaikat pun doakan kita. Subhanallah.

Hari ni ustaz kongsi tip sedekah di 10 siang dan malam terakhir Ramadhan. Yang terakhir tu mesti ramai isteri-isteri yang s**a:

1. Sediakan wang kecil, RM 1 atau RM 5 banyak-banyak. Boleh sedekah pada sesiapa saja yang kita jumpa. Boleh juga sedekah pada kanak-kanak waktu solat terawih kat masjid.

2. Ketika membeli kuih di bazar atau tepi jalan, tak payah ambil baki. “Keep the change”, omputih kata.

3. Simpan siap-siap 10 nama dan no akaun mana-mana NGO atau badan kebajikan. Setiap malam boleh terus transfer duit. Sikit tak apa asal kita istiqamah amalkannya.

4. Sama macam ustaz cakap pada orang kaya di atas, bagi bonus dan sedekah pada orang terdekat kita. Ibu ayah, adik beradik mahupun pekerja yang dah banyak bantu kita.

5. Sedekahkan makanan atau minuman ringan ke masjid-masjid tempat ramai orang beriktikaf. Boleh jadi penyegar malam di sela-sela waktu berehat untuk teruskan ibadah.

6. Ini mesti ramai isteri-isteri s**a. Suami-suami boleh selit sepuluh atau dua puluh ringgit untuk isteri. Ini bukan duit belanja biasa. Ini duit poket ekstra khusus untuk hargai isteri.

Tuan puan, sedekah ni besar manfaatnya.

Kita bukan hanya menolong orang, tapi kadangkala sedekah juga dapat menolong diri sendiri.

Dengan sedekah, rahmat Allah datang melimpah. Hati jadi tenang dan bahagia, hidup dilalui dengan mudah dan beroleh berkah.

09/04/2023

Peristiwa Bersejarah Bulan Ramadan

08/04/2023

Raya mengejut? Konspirasi terancang? Panik? Nk balik raya bila? Viral merata2?

Dengarkan penjelasan dari Pegawai Falak, Jabatan M***i Negeri Perak berkenaan anak bulan syawal ☺️

Photos from Musolla Al-Amin, Residensi Laguna Biru 2's post 05/04/2023

Malam Ke 15 Ramadan 1444H
Solat Sunat Tarawih, Solat Sunat Witir serta Qunut.

Melakukan Qunut pada pertengahan Ramadan berdasarkan hadis Anas RA yang berkata:

كان رسول الله - ﷺ - يقنت في النصف من رمضان، إلى آخره

Maksudnya: “Dahulunya Rasulullah SAW melakukan Qunut pada sebahagian (akhir) Ramadan sehingga penghujung Ramadan.”

Photos from Musolla Al-Amin, Residensi Laguna Biru 2's post 26/03/2023

Solat Tarawih
5 Ramadan 1444H

Kariah Al-Amin LB2 22/03/2023

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

⭐🌜SOLAT TARAWIH⭐🌜
🕌MUSOLLA AL AMIN🕌
🏩RESIDENSI LB 2🏩

*TARIKH : 22/3 - 19/04
*2023 (1444)*

*MASA : SELEPAS ISYAK

*KAPASITI : 100 Org termasuk Muslimat 20 +-

*JUMLAH RAKAAT : 8

JOIN GROUP KARIAH LB2
https://chat.whatsapp.com/FEeyaddorP9687FurdR9OC

Untuk solat tarawih di MUSOLLA AL AMIN LB2 إِنْ شَآءَ اللّٰهُ akan berjalan seperti biasa.

Harap Tn / Pn dapat hadir awal bagi mendapatkan tempat untuk solat, memandangkan kapasiti yang terhad.

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA DIBULAN RAMADHAN TAHUN INI 🤲🏼

AMIN....

Kariah Al-Amin LB2 WhatsApp Group Invite

15/03/2023

Ingin Mengajar Agama?
Pastikan BERTAULIAH.

Permohonan Tauliah Mengajar boleh dibuat melalui etauliah.mais.gov.my

10/03/2023

13 Hari Lagi Menuju Ramadhan.

Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.

08/03/2023

Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2022/2023

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

07/03/2023

“Zaman yang berkembang memerlukan setiap permasalahan dan persoalan, ada jawapannya. Apatah lagi jika isu-isu melibatkan agama. Saya yakin pihak Kerajaan ada segala kemampuan yang mencukupi baik dari segi tenaga pakar dan sebagainya.

“Tindakan dari sudut perundangan atau arahan menarik balik filem itu perlu bagi menyelia masyarakat agar tidak melebih batas dan norma yang selayaknya, dan dalam masa yang sama pendekatan yang lebih berhemah seperti membentangkan hujah balas dan berdiskusi juga perlu diberi perhatian.”

Maktabah Al-Bakri

🔗 https://zulkiflialbakri.com/18-ulasan-tentang-filem-kontroversi-mentega-terbang/

07/03/2023

7 SEBAB PERLU MENUNAIKAN PEMBAYARAN FIDYAH

Jom semak siapakah yang perlu menunaikan fidyah.

Tunaikan fidyah melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Taksir & bayar fidyah di https://www.mais.gov.my/kalkulator-fidyah-puasa/

02/03/2023

Rahmat dari Allah

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Rawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Raya mengejut? Konspirasi terancang? Panik? Nk balik raya bila? Viral merata2? Dengarkan penjelasan dari Pegawai Falak, ...
Program Ihya Ramadan 2023 Ceramah Perdana oleh Ustaz Harryanto Rizal Rokman
Takbir raya selepas solat isyak malam 1 syawal 1443H#1syawal1443H
Doa khatam quran.. semoga kita semua mendapat syafaat asbab membacanya.. #ramadhan2022#26April2022#malamke25ramadhan1443...
Tazkirah ramadhan Selasa 26/04/2022 malam ke-25 yg disampaikan oleh Tuan Hj Shahrir. Semoga apa yg disampaikan dapat mem...
Ceramah Perdana - Al Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Rokman#ihyaramadhan
KURSUS IMAM & BILALMEMBINA MUAZZIN BERKUALITILOKASI : MASJID BANDAR BARU SUNGAI BULOH

Website

Address


Jalan Tasik Biru 2
Rawang
48050

Other Religious Organizations in Rawang (show all)
Om Sri Nagathamman & Nagakali amman Kovil Om Sri Nagathamman & Nagakali amman Kovil
Jalan KENANGA 4 BUKIT BERUNTUNG RAWANG SELANGOR DARUL EHSAN
Rawang, 48300

Dear devotees our temple placed at JLN KENANGA 4 BUKIT BERUNTUNG 48300 RAWANG SELANGOR..

根登新村三殿大二伯爺府 根登新村三殿大二伯爺府
NO57A , Jalan KBK1 KG BARU KUNDANG RAWANG
Rawang, 48020

Masjid Cahaya Iman CountryHomes FBPage Masjid Cahaya Iman CountryHomes FBPage
Jalan Desa Utama, Bandar Country Homes
Rawang, 48000

Laman FB Rasmi Info & Aktiviti Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes Rawang, Selangor.

Rhema Charismatic Centre - AG 生道堂 Rhema Charismatic Centre - AG 生道堂
Rawang, 48000

A church committed to Christ, the Church & the Great Commission.

万挠天德宫 万挠天德宫
B-9 Jalan Rawang Mutiara 2 Rawang Mutiara Rawang
Rawang, 48000

天德宫通告 每日开放时间: 下午3点至晚上9点 办事时间: 每逢初一和十五两天, 晚上8点开始 (如需问事,请先预约)

Quran Hadya Quran Hadya
Rawang, 48300

Quran zindgi guzarne ka asan treqa

阴师城隍庙 YinShi Cheng Huang Kundang 阴师城隍庙 YinShi Cheng Huang Kundang
Jalan Besar Kundang
Rawang, 48020

Surau Raudhatul Jannah Surau Raudhatul Jannah
Apartment Cempaka
Rawang

Ilmu Iman Dan Amal

Musolla Asy syifa Musolla Asy syifa
Kuang
Rawang, LOT3047LORONGTERATAIBATU17KUANG48050SELANGORDARULEHSAN

Kelas pengajian ilmu Islam, organisasi berbentuk pengajian secara talaqqi berkitab hujung minggu, me

Goal天梯 Goal天梯
Lot 728, Jalan Kundang
Rawang, 48050

Goal天梯青年營 集聚所有通往天梯的同伴們,相互交流代禱的交流站。 有你的留言,就有我們的禱告。 你的留言 + 我的留言 = 無盡的愛 <3

萬撓天寶道院 TIEN POH 萬撓天寶道院 TIEN POH
No. 10, Block A, Jalan BG 2 B&G Commercial Sentral
Rawang, 48000

萬挠天寶道院

Surau Kraftangan Malaysia - SKM Surau Kraftangan Malaysia - SKM
Institut Kraf Negara
Rawang, 48000

Marilah solat berjemaah di SKM