Rumah Bekam Tasik Puteri
Segalanya Mengenai Bekam & Khidmat Bekam
"Ya Allah, di malam terakhir Ramadan ini, kurniailah semua yang membaca post ini akan rahmat, pengampunan dan pelepasan dari api neraka-Mu. Aamiin."
Assalamualaikum semua.
Kita dah di penghujung Ramadan.
Kami doakan setiap orang yang membaca post ini diterima amalannya oleh Allah, dirahmati-Nya dan mendapat keampunan daripada-Nya. Aamiin.
ADA BERANI?
Mempraktikkan kaedah bekam pada hari pertama mempelajarinya memerlukan keberanian.
"Berapa kali pun ikut kursus, jika tak pernah praktik, tak boleh. Satu kali ikut kursus, jika punya keberanian untuk amalkan, insya-Allah boleh."
Berbekalkan kata-kata perangsang daripada Bapak Rahmat ini, Hassan melakukan bekam ke atas pesakit sebenar setelah seharian berkursus. Ini bukan kali pertama Hassan melakukan bekam, tetapi inilah kali pertama dia membekam pesakit menggunakan teknik torehan nipis. Sebelum ini dia menggunakan teknik tusukan jarum halus.
Antara ilmu baru yang dipelajari dalam kursus kali ini:
- Lebih bagus jika orang yang dibekam itu dalam keadaan duduk, bukan berbaring. Jika dalam keadaan berbaring, kesannya tidak optimum.
- Minyak zaitun mengandungi antiseptik. Oleh itu, menggunakan minyak zaitun sebagai olesan pada kulit yang dibekam adalah selamat dari segi kesihatan.
- Puncak bekam adalah di bulan Ramadan dan waktu yang paling sesuai adalah selepas asar. (Bagaimanapun, ada ulama mengatakan makruh berbekam di siang hari Ramadan.)
- Kaedah akupuntur tidak mengeluarkan toksin dari tubuh, tetapi hanya melancarkan peredaran darah, manakala kaedah bekam sangat berkesan mengeluarkan toksin.
- Darah yang keluar melalui teknik torehan nipis, tidak mengandungi sel darah merah yang masih aktif tetapi hanya mengandungi sel darah mati.
USIA DARAH
Jangka hayat sel darah manusia adalah 120 hari.
"Selepas 120 hari, sel darah akan mati. Kemudian keluar sel-sel darah baru sebanyak bilangan sel darah yang mati itu dari sumsum tulang belakang," jelas Bapak Rahmat kepada 20 peserta kursus bekam di Ukhwah Training Centre, Desa Melawati semalam (Ahad).
Apa yang berlaku kepada sel-sel darah yang mati itu? Beliau menerangkan, sel-sel darah itu diserap oleh limpa dan keluar melalui peluh. Hal itu berlaku kalau seseorang itu melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Tanpa aktiviti atau senaman yang mengeluarkan peluh, limpa akan terus menyimpan darah mati tadi hingga lama-kelamaan limpa jadi lemah.
"Darah yang sudah mati atau jadi sampah ini berkemungkinan naik ke bahagian permukaan kulit belakang badan."
Melalui bekam, darah yang kotor itu akan disedut keluar.
Katanya, kaedah bekam menggunakan teknik torehan nipis akan memastikan hanya sel darah mati yang disedut keluar, bukan sel darah yang masih aktif.
"Sasaran bekam bukan pada banyaknya darah yang keluar tetapi keluarnya toksik dari tubuh. Baiknya darah, baik p**alah kesihatan tubuh seseorang, insya-Allah."
Ustaz Rahmat menunjuk ajar teknik torehan nipis yang tidak meninggalkan bekas pada tubuh yang dibekam. Pisau torehan atau 'surgical blade' yang digunakan adalah jenis mata pisau pakai buang yang diperbuat daripada bahan yang selamat.
Katanya berbekam menggunakan teknik torehan nipis lebih berkesan daripada teknik tusukan jarum halus dan ia lebih menepati kaedah yang disebut dalam hadis.
Menurutnya, ia lebih berkesan memandangkan hanya darah mati atau darah kotor yang keluar kerana torehannya cuma di lapisan epidermis kulit. Ia juga lebih berkesan kerana dengan satu pusingan torehan pada satu-satu titik bekam, hisapan bekam boleh dilakukan berkali-kali, berbanding hanya sekali jika menggunakan tusukan jarum.
FOTO: Sesi teori dan kotak 'surgical blade'.
RIBUAN HADIS MENGENAI BEKAM?
"Akhi Rahmat ... tahukah kamu ada ribuan hadis tentang bekam?"
Bapak Rahmat terkejut dengan pertanyaan - atau lebih tepat makluman - yang belum pernah didengarnya ini.
Ribuan hadis tentang bekam?
Bapak Rahmat belum tahu apa-apa pasal bekam. Ketika itu beliau hanya bertaraf pesakit yang memerlukan rawatan. Jadi apabila mendengar daripada seorang teman yang merupakan seorang pengamal bekam, bahawa ada 1,200 hingga 1,300 hadis tentang bekam, beliau jadi hairan.
Dalam kitab Sahih Bukhari saja terdapat 417 hadis tentang bekam.
Ini meyakinkan beliau, kaedah bekam ini sangat hebat. Malah terlalu hebat dan luar biasa hingga Rasulullah menyebutnya dalam sekian banyak hadis.
Beberapa tahun berlalu. Kini Bapak Rahmat sudah menjadi jurubekam terlatih yang telah merawat ratusan ribu pesakit dengan kaedah bekam.
Kelmarin, beliau kongsikan ilmu perbekaman - teori dan praktik - dengan kira-kira 20 peserta kursus bekam di Ukhwah Training Centre, Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Beliau memetik kata-kata Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam kitabnya Taysirul Fiqih lil Muslimil Mu'ashir, "Bekam adalah termasuk fardu kifayah."
Bapak Rahmat juga berkongsi secara sepintas lalu kaedah mengesan penyakit melalui iridologi, tanda di tapak tangan, sclerologi dan tanda di lidah. Katanya ilmu mengenai kaedah mengesan (diagnosis) penyakit ini penting bagi seorang jurubekam supaya dapat melakukan bekam di titik yang tepat dan berkesan.
Foto: Bapak Rahmat (kiri) bersama Dr Ahmad Sufian, pengamal perubatan moden yang ikut serta dalam kursus bekam. Dr Ahmad tertarik dengan huraian secara saintifik mengenai bagaimana bekam berfungsi menyihatkan tubuh dan merawat penyakit.
WARISAN ATOK
Memang berbaloi menginap di homestay yang dikelilingi sawah padi di Sekinchan ini. Bagi anak-anak bandar yang tak pernah merasai suasana sawah, ia satu pengalaman yang menghiburkan.
Melihat tanah sawah yang saujana mata memadang ... ia satu terapi minda yang mengasyikkan.
Dibekalkan p**a oleh pemilik homestay dengan joran setiap seorang, siap dengan umpan cengkerik, sebuah basikal dan dua biji motor kapcai. All-in. Anak-anak boleh memancing di anak sungai dan berkeliling kampung menyaksikan sawah sepuasnya.
Homestay Warisan Atok - yang diuruskan oleh Encik Yusuf dan Puan Norhayati - mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air, sebuah ruang tamu yang muat untuk 20 orang dan ruang dapur yang luas. Lengkap dengan kemudahan untuk memasak dan menghidang.
Dengan sewa hanya RM130 satu malam, alhamdulillah ... memang relatif sangat murah dan berbaloi untuk percutian bajet sekeluarga!
Dan ... boleh saja untuk memanjakan diri sambil berbekam.
BEKAM MOBILE
Untungnya ada set bekam yang mobile, jurubekam boleh beri khidmat bekam di mana-mana saja ... hatta ketika bercuti.
Dalam percutian di tengah kawasan sawah di Sekinchan hujung minggu baru-baru ini, Hassan sempat memberi khidmat bekam kepada abang sulungnya, Muhammad Mujahid, sambil diperhatikan oleh adik bongsunya Muhammad Amnan Danial.
Malam itu Mujahid menerima sedutan 13 cawan bekam pada badan dan kaki.
PERJALANAN UNTUK MENJADI JURUBEKAM
Pencarian untuk mendapatkan tunjuk ajar jurubekam berpengalaman berakhir. Alhamdulillah pada April lalu, Hassan, 21 tahun, selamat menjalani kursus bekam selama sehari yang diadakan di Shah Alam.
Hassan membawa p**ang ilmu baharu dan alat-alat berbekam yang diberikan percuma oleh penganjur. Ilmu itu tidak disia-siakan. Pada hari-hari berikutnya, Hassan terus mempraktikkan apa yang dia pelajari.
'Mangsa' pertamanya untuk berlatih melakukan bekam adalah adik kembarnya Hussain. Selepas itu ibunya dan kemudian ayahnya.
Ibu ayah dan adik-adiknya dengan rela hati dan percaya untuk berbekam dengan Hassan walaupun mereka tahu Hassan baru saja habis berkursus. Belum ada pengalaman. Belum terlatih. Dan ... ada kemungkinan untuk buat silap.
Dengan kepercayaan itu, Hassan semakin hari semakin berkeyakinan. Dia buat sungguh-sungguh walaupun masih kekok memegang cawan bekam dan mencari titik-titik bekam.
Pada satu hujung minggu, dia ditemani ayah dan ibunya ke kedai peralatan bekam di Klang untuk menambah peralatan sedia ada. Antara yang dibelinya adalah beg berisi peralatan berbekam yang mudah dibawa ke mana-mana dan buku panduan berbekam.
Lebih dua bulan berlalu. Hassan sudah beberapa kali dipanggil oleh 'pelanggan' untuk memberikan khidmat bekam. Mereka termasuklah pengerusi surau tempat Hassan dan adik kembarnya Hussain berkhidmat sebagai Imam.
Sejak belajar di maahad tahfiz lagi sebenarnya Hassan sudah berminat sangat dengan bekam. Malah satu ketika dia pernah membeli peralatan berbekam yang berharga murah. Hanya dibeli tapi tak reti digunakan. Belum ada ilmu berbekam lagi waktu tu. Alat itu pun sudah hilang satu persatu, kadang-kadang menjadi mainan adik-adiknya yang kecil-kecil.
Sekarang dengan sedikit ilmu dan ditambah dengan sedikit pengalaman melakukan bekam, Hassan mahu melangkah lebih jauh. Dia masih mahu menambah ilmu. Masih mencari-cari lagi guru bekam yang dia boleh menadah ilmu.
Tugas sebagai imam dijalankan seperti biasa. Dia bergilir dengan adik kembarnya mengimamkan solat di surau, memimpin halaqah baca Quran dan turut membaca khutbah Jumaat (kerana surau itu adalah surau Jumaat). Hafazan 30 juzuk al-Quran yang ada di dada tetap dijaga.
Peluang untuk menambah ilmu perbekaman tidak dibiarkan berlalu begiti saja. Hassan mendaftar untuk satu lagi kursus - Kursus Ruqyah dan Bekam yang bakal diadakan pada 13-14 Jun 2015.
Doakan Hassan dapat menguasai praktik bekam dengan lebih mendalam. Perjalanannya masih panjang. Paling tidak, dia sudah mulakan langkah.
BEKAM MENGGUNAKAN LINTAH
Berbekam menggunakan lintah mempunyai sejarah yang lama. Seawal kurun ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), para perawat di Eropah telah menggunakan lintah sebagai alat untuk hijamah (berbekam).
Diceritakan bahawa pernah pada satu masa, 40 juta lintah diimpot ke Perancis untuk tujuan itu.
Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Bayangkan ... lintah-lintah yang kelaparan ini apabila ditempelkan pada tubuh orang yang sakit, dia akan terus menghisap darah orang itu dengan sangat berkesan.
Setelah kenyang, lintah itu tak terdaya untuk bergerak. Badannya sudah menggelembung dengan darah. Lalu apa yang terjadi? Lintah itu akan jatuh sendiri. Maka selesailah proses berbekam itu!
Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Bekam
"SURUHLAH UMATMU BERBEKAM"
Kisah ini berlaku pada malam Israk Mikraj. Dalam perjalanan merentasi tujuh lapisan langit, Nabi SAW melintasi sekump**an malaikat.
Para malaikat berpesan kepada Baginda SAW agar menyampaikan kepada umatnya supaya berbekam. Ini dicatat dalam beberapa hadis.
Daripada Abdullah bin Mas’ud, belilau berkata: "Rasulullah pernah menyampaikan sebuah hadis tentang malam di mana Baginda diperjalankan, bahwa Baginda tidak melewati sejumlah malaikat melainkan mereka semua berkata kepada Baginda: ‘Perintahkanlah umatmu untuk berbekam’.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Dalam satu riwayat lain, Nabi SAW bersabda: "Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekump**an malaikat melainkan mereka berkata: 'Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan bekam'.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Shahih Jami'us Shaghir 2/731)
Daripada Ibnu ‘Abbas; Rasulullah bersabda: “Tidaklah saya berjalan melewati segolongan malaikat pada malam saya diisrakkan, melainkan mereka semua mengatakan kepada saya: ‘Wahai Muhammad, engkau harus berbekam’.” (Riwayat Ibnu Majah)
Daripada Ibnu Umar; Rasulullah bersabda: “Tidaklah saya melewati satu daripada langit-langit yang ada melainkan para malaikat mengatakan: ‘Hai Muhammad, perintahkan umatmu berbekam, kerana sebaik-baik cara yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist, dan syuniz (semacam tumbuh-tumbuhan)’.” (Kitab Kasyful Astaar‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami, III/388)
BEKAM MENURUT HADIS
"Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian gunakan adalah al-hijamah (bekam)." (Muttafaq ‘alaihi, Shahih Bukhari no. 2280 & Shahih Muslim no. 2214)
"Sebaik-baik pengubatan yang kalian lakukan adalah al-hijamah (bekam)." (Riwayat Ahmad, shahih)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim no. 1480)
Ini hanya sebahagian daripada hadis-hadis mengenai kaedah berbekam yang disebut oleh Rasulullah SAW. Ada sebilangan hadis lagi yang memperkatakan mengenai bekam dan kebaikannya untuk kesihatan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan 8/5
Rawang
48000
Rawang, 48300
Product kecantikan dan kesihatan DN 39 Al MUQIT (Maha Pemberi Kekuatan)
No 5 Jalan Melor 6F, Desa Melor. Serendah
Rawang, 48200
Terapi Urutan, Manip**asi Tulang, Bekam, Kecederaan Sukan.
Rawang, 48300
BUSSINESS | LEADER SUMO SUMO SAUNA | ID : MF 0058 ⚠️ OPEN DROPSHIP | SQUAD | AGENT 💯 GUIDE
NO. 19-G, Jalan REEF 1/2, PUSAT PERNIAGAAN REEF
Rawang, 48000
MUSLIMAH BEAUTY CENTRE RAWANG OPEN EVERYDAY 9 AM TO 7 PM 01111812089 BY BOOKING
Sungai Choh
Rawang, 48300
Certified Coach Certified Skill Therapist Mobile Spa Kuala Lumpur & Selangor
NO 19 Jalan 3/30, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG
Rawang, 48020
Produce : sauna&healthy treatment
B-9-G, Jalan Reef 1/2, Pusat Perniagaan Reef
Rawang, 48000
SKIN . ACADEMY . WELLNESS . MANICURE . PEDICURE
Jalan BG 2, B&G Komersial Sentral
Rawang, 48000
挥汗之间 蒸出健康 蒸出好身体,乐享好人生 唤醒肌肤的体验 沐浴全身细胞
Lot 2894 Lorong Beringin Batu 17 Kuang
Rawang, 48000
Kami menjual produk rawatan Islam, barangan penjagaan diri dan hartanah serta pelbagai lagi