Student Facilitating Front IIUM
Nearby universities
International Islamic University
International Islamic University
Iium Gombak Campus, Kuala Lumpur
Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Kajang
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kuala Ketil
Bandar Seri Putra, Kajang
Offical page for Student Facilitating Front IIUM (STUFF IIUM)
Official Twitter Account for Started in year 2001 and now mainly produce a great leader.
STUFF stands for Students Facilitating Front establish under Leaderships and Entrepreneur Unit (LEDU) in International Islamic University Malaysia (IIUM). It is a fun club with variety of program. Hopefully, it will continuously grow and improve in future.
Quote #95
“We were the most humiliated people on earth & Allah gave us honour through Islam.” [Umar Ibn Al Khattab].
Quote #94
“You can’t have a better tomorrow if you’re still thinking about yesterday” 🌷
[Charles F. Kettering]
Quote #93
“The man dreams of a perfect woman and the woman dreams of a perfect man and they don’t know that Allah created them to perfect one another.” Ahmad AlShugairi
Quote #92
Two there who are never satisfied-the lover of the world and the lover of knowledge
Quote #91
“Before going to sleep every night, forgive everyone and sleep with a clean heart.”
Quote #90
“Allah understands our prayers, even when we cannot find the words to say them”
Quote #89
No one is you and that is your power 💫
Quote #88
“Worldly life is short, so turn to Allah before you return to Allah.”
Quote #87
“Learning is never done without errors and defeat.” 💪🏽
[Vladimir Lenin]
Quote #86
“Be like a diamond, precious and rare, not like a stone, found everywhere.”
[STUFF IIUM]
[STUFF's BLOG]
KEM BINA SEMANGAT SMK TELOK GADONG
Assalamualaikum wbt STUFFians!
Pada 22 hingga 23 September 2023, kami telah dijemput oleh pihak Sekolah Menegah Kebangsaan Telok Gadong untuk mengadakan Program Kem Bina Semangat. Program ini berlansung selama 2 hari dan melibatkan sebanyak 63 orang pelajar dari SMK Telok Gadong. Program ini dianjurkan oleh ahli-ahli Biro Energizer Module(EM) iaitu sebanyak 20 orang mahasiswa kelab STUFF IIUM. Program yang telah diadakan ini bertemakan Kepimpinan dan Sahsiah murid. Murid- murid yang terlibat adalah Pengawas sekolah sahaja. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang amanah-amanah yang diberikan sebagai seorang pengawas sekolah. Murid-murid diagihkan kepada 8 kump**an dan setiap kump**an dibantu oleh 2 orang fasilitator.
Pada hari pertama, program dimulakan pada pukul 3 petang. Modul pertama adalah bertemakan ice breaking dimana game ini murid-murid haruslah bergerak secara rawak kemudian apabila facilitator arah untuk berhenti, mereka perlu mencari mereka perlu mencari pelajar dengan ciri-ciri yang disebut oleh fasilitator. Module ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah di antara mereka. Kemudian baru lah bermulanya Latihan Dalam Kump**an (LDK) yang pertama iaitu Jaga Hari Ratumu dimana game ini pelajar haruslah membawa bola pingpong di atas cawan yang diterbalikkan dengan hanya menggunakan tali dan getah sahaja dan juga dihalang oleh halangan2 seperti meja dan kerusi.
Kemudian program diteruskan dengan LDK 2 iaitu Explorace. Dalam explorace kali ini, terdapat 4 checkpoint, checkpoint yang pertama ialah Lukis Guna Minda, di mana game ini pelajar harus melukis gambar menggunakan topi yang telah dilekatkan marker pen. Kemudian pelajar-pelajar lain harus meneka lukisan itu. Checkpoint kedua ialah Gol!!!dimana game ini pelajar harus menendang bola ke dalam gol sambil mengepit belon di celah kaki mereka. Checkpoint ketiga ialah Teka-teki pening, di mana game ini pelajar harus meneka teka-teki untuk mengasah critical thinking mereka. Checkpoint yang terakhir ialah Cari Perbezaan, dimana game ini pelajar perlu mencari perbezaan di antara dua gambar dua gambar ini diberikan kepada dua kump**an yang berbeza. Mereka tidak boleh menunjuk gambar masing-masing kepada kump**an lawan. Mereka harus mencari perbezaan gambar dengan hanya berkomunikasi di antara mereka.Setelah selesainya LDK 2. Pelajar dibenarkan untuk bergerak ke surau untuk solat dan pengurusan diri.
LDK 3 p**a diteruskan pada malam tersebut. LDK 3 dinamakan sebagai "SHHH DENGAR BAIK BAIK". Dalam game ini, pelajar harus melukis ciri-ciri yang diberitahu oleh fasilitator kemudian mereka harus meneka apakah barang itu. Setelah itu selesai sudah program untuk hari pertama. Pelajar- pelajar divenarkan untuk p**ang ke rumah.
Pada keesokan pagi, hari dimulakan dengan energizer dan sarapan pagi. Kemudian, program diteruskan dengan Sharing Session tentang "Kepimpinan, Tanggungjawab dan Ciri-ciri Pemimpin Sekolah". Sharing session ini disampaikan oleh Program Manager iaitu Br. Amer Syadi. Setelah itu, LDK 4 dijalankan iaitu Sesi Membuka Hati Dan Minda. Pada sesi ini, pelajar sama2 berbincang dengan para fasilitator tentang masalah-masalah dan halangan yang mereka hadapi sepanjang menjadi pengawas sekolah. Mereka juga berbincang cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dengan bantuan para fasilitator. LDK yang terakhir ialah 3,2,1 Action! Setiap kump**an diberikan situasi masalah dalam sekolah. Kemudian pelajar haruslah melakonkan situasi itu dengan menunjukkan cara-cara seorang pengawas menyelesaikan masalah dalam situasi yang diberikan.
Program ini diakhiri dengan majlis penutupan yang dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK TELOK GADONG.
Dari program ini, kami bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk menjadi pengawas yang lebih berdisiplin dan tegas, malah kami juga dapat melatih diri kami untuk menjadi fasilitator yang lebih baik.
Saya, Amer Syadi bin Jumat Hamidi, Program Manager untuk Kem Bina Semangat SMK Telok Gadong amat berterima kasih kepada pihak STUFF kerana memberikan saya peluang untuk mengetuai program ini. Tidak lupa juga kepada pihak SMK Telok Gadong kerana telah menjemput kami untuk megadakan program ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih juga kepada komiti-komiti saya iaitu Zaim, Sharil, Hazym, Irfan, Fadhil, Haziq, Basyir, Aiman, Farha, Aineen, Aisar, Farid, Yusuf, Nia, Sabrina, Farah, Ahmad, Ima dan Arina kerana mereka sanggup mengorbankan cuti mereka untuk menjayakan program ini.
Yang Benar,
AMER SYADI BIN JUMAT HAMIDI,
PENGURUS PROGRAM,
KEM BINA SEMANGAT SMK TELOK GADONG.
[STUFF IIUM]
[STUFF's BLOG]
KEM KO-KURIKULUM SMI INTEGRASI AL AMIN, RAWANG
Assalamualaikum dan hai stuffians!!!
Pada tarikh 6 dan 7 Oktober, telah berlangsungnya program sekolah selama 2 hari 1 malam di SMI Integrasi Al Amin, Rawang. Program ini dianjurkan oleh ahli biro Mass Module STUFF yang melibatkan 5 mahasiswa kelab STUFF IIUM sebagai fasilitator dan 34 orang murid sekolah.
Program yang telah dijalankan adalah program bertemakan perkhemahan dan juga ikhtiar hidup. Program ini melibatkan kesemua pelajar di sekolah tersebut iaitu merangkumi pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Murid-murid diagihkan kepada 3 kump**an dengan campuran dari setiap tingkatan. Seorang fasilitator ditugaskan untuk membantu setiap kump**an yang telah diberikan. Setiap kump**an mempunyai 10-11 ahli kump**an.
Program dimulakan dengan aktiviti “Ice breaking” bagi membantu setiap pelajar mengenali satu sama lain. Aktiviti tersebut diberi nama “Catch Me if You Can” aktiviti ini menguji tahap fokus dan kesiap siagaan para pelajar disamping mengeratkan hubungan antara mereka.
Seterusnya, diteruskan lagi dengan modul LDK pertama yang merangkumi Pemasangan Khemah, Kawad Kaki dan Outbound games. Untuk aktiviti Pemasangan Khemah setiap kump**an diberikan 3 pasang khemah. Dengan kerjasama ahli kump**an, para pelajar perlu memasang khemah tersebut dalam masa 30 minit sahaja. Ahli kump**an perlu memberi perhatian dengan mendengar arahan dan tunjuk ajar daripada abang fasilitator tentang pemasangan khemah.
Selepas selesai pemasangan khemah, aktiviti diteruskan lagi dengan kawad kaki p**a. Para peserta diajar cara untuk berkawad kaki asas dan statik. Ia melibatkan hentak kaki, berpusing, dan juga bersedia. Tujuan utama kawad kaki diadakan adalah bagi melatih tahap kerjasama, tanggungjawab dan semangat berkump**an didalam diri setiap peserta.
Modul terakhir didalam LDK pertama yang dilaksanakan adalah Outbound game yang diberi nama “Ballon Cup Tower Challenge” . Modul ini melibatkan setiap kump**an dimana setiap kump**an diberikan belon dan juga cawan plastik. Para peserta perlulah membawa cawan plastik tersebut ke tempat yang telah ditetapkan menggunakan belon dan haruslah membina “tower”. Di dalam modul ini, ia dapat memupuk para pelajar meningkatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar.
Selepas selesai LDK pertama, para pelajar bersiap sedia untuk makan tengah hari dan juga bersiap untuk solat jumaat bagi pelajar lelaki. Setelah selesai solat jumaat, program diteruskan dengan LDK yang kedua iaitu melibatkan Ikatan dan Bantuan Kecemasan.
Para pelajar diajar tentang jenis-jenis ikatan iaitu buku sila, simpul manuk dan ikatan seraya. Setiap ikatan mempunyai fungsi yang berbeza dan sangat mebantu disaat saat yang memerlukan. Disamping itu, bantuan kecemasan yang diajarkan p**a adalah balutan tangan, kepala dan juga lengan. Sedikit sebanyak, ilmu mengenai ikatan dan juga bantuan kecemasan ini dapat membantu para peserta mengaplikasikannya didalam kehidupan seharian jika memerlukan.
Pada petang hari, para pelajar menyediakan makan malam mereka sendiri secara rewang. Setiap pelajar diberikan tugas masing-masing untuk membantu menyiapkan makan malam bersama-sama.
Pada malam tersebut, aktiviti yang ditunggu-tunggu telah pun tiba iaitu Malam Kebudayaan. Tema yang telah ditetapkan adalah tema “Budaya dan Masyarakat”. Namun, cara penyampaian adalah dalam bentuk bebas. Murid-murid sangat seronok dalam penglibatan malam kebudayaan ini di mana mesej-mesej penting disampaikan dan memberi banyak pengajaran memandangkan tema tersebut sangat dekat dengan diri kita semua. Antara penyampaian mesej yang cuba disampaikan adalah, adab budaya melayu, permainan traditional, dan juga bantu membantu. Modul diteruskan dengan Night Walk dimana setiap murid perlu menutup mata dan berjalan dalam satu barisan mengikut kump**an masing-masing. Dan apabila sampai di satu tempat, fasilitator kump**an akan pisahkan para pelajar untuk memupuk jati diri dan keberanian didalam diri mereka.
Pada hari kedua iaitu hari terakhir, kami mulakan pagi yang indah dengan qiamulail berserta kuliah oleh fasi kami. Kemudian, kami meneruskan pagi itu dengan energizer. Seterusnya, kami teruskan dengan modul Explorace yang mempunyai 4 checkpoint dan berlokasi di sekeliling sekolah. Checkpoint-checkpoint tersebut adalah Who is Me, Guess the Pyramid, Pass the water ballon dan Paper Tennis. Setiap checkpoint dijaga oleh sorang fasilitator dan masa yang ditetapkan adalah sebanyak 15 minit setiap checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai ibrah yang telah ditetapkan untuk para pelajar mempelajari dan mengambil iktibar. Aktiviti yang terakhir sebelum berlabuhnya tirai kem ko-kurikulum ini ditutup dengan sesi refleksi kem di mana peserta-peserta perlu menulis surat tentang kebaikan dan keburukan program agar kami dapat memperbaiki lagi program sekolah kami pada masa hadapan.
Program diakhiri dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Pengetua SMI Integrasi Al Amin. Acara penyampaian hadiah mengikut kategori yang ditetapkan iaitu Kump**an Terpaling Mantap, Kump**an Terpaling Hebat dan Kump**an Terpaling Semangat.
Walaupun program ko-kurikulum yang melibatkan perkhemahan sering dilakukan oleh kelab STUFF, namun program ini merupakan program yang mempunyai kelainan yang tersendiri kerana ia hanya melibatkan jumlah komiti yang sedikit namun ia tidak menjadi halangan dan juga keistimewaan kedua adalah penyediaan makanan yang perlu dimasak bersama. Dari program ini, diharapkan ahli-ahli STUFF dapat belajar perkara-perkara baru, meluaskan kenalan dan pengalaman.
Sebelum tamat, saya Muhammad Irfan bin Hasbullah sebagai Pengurus Program Kem Ko-Kurikulum SMI Integrasi Al Amin, Rawang ingin mengucapkan terima kasih kepada semua committee yang bertungkus lumus dalam pelaksanaan program ini. Terima kasih diucapkan kepada Ariff, Ateefah, Auni dan juga Maisarah atas pengorbanan yang telah dilakukan. Terutama sekali terpaksa korbankan cuti semester dan perlu datang lebih awal dari pelajar-pelajar lain demi program ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah, SMI Integrasi Al Amin, Rawang atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk mengendalikan program ini. Terima kasih juga atas layanan yang telah diberikan dengan baik dan menyeluruh.
Yang Benar,
MUHAMMAD IRFAN BIN HASBULLAH
PENGURUS PROGRAM
KEM KO-KURIKULUM SMI INTEGRASI AL AMIN, RAWANG
[STUFF IIUM]
[STUFF's BLOG]
KEM KEPIMPINAN DAN SAHSIAH “SUPER CALIPHS” SK PARIT MELANA, MELAKA
Assalamualaikum dan hai stuffians!!!
Pada tarikh 28 hingga 30 Julai, telah berlangsungnya program sekolah selama 3 hari 2 malam di SK Parit Melana, Melaka. Program ini dianjurkan oleh ahli Mainboard STUFFIIUM yang melibatkan 28 mahasiswa kelab STUFF IIUM sebagai fasilitator dan 132 orang murid sekolah.
Program yang telah dijalankan adalah program bertemakan kepimpinan dan sahsiah pelajar. Program ini melibatkan beberapa unit pengawas di sekolah tersebut iaitu, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Disiplin, Pengawas Makmal Komputer, dan Pengawas SPBT. Murid-murid diagihkan kepada 12 kump**an dengan campuran dari setiap unit uniform. Dua orang fasilitator ditugaskan untuk membantu setiap kump**an yang telah diberikan.
Modul pertama yang dilakukan adalah modul Outbound Games yang terdiri daripada 2 permainan iaitu Pyramid Cup dan Bintang Gergasi. Pyramid Cup melibatkan modul dimana setiap kump**an akan diberikan 10 cawan kertas beberapa tali rapia dan getah yang bersambung dengan kedudukan getah berada di tengah-tengah dan tali-tali tersebut diikat di sekeliling getah. Dengan kerjasama, ahli kump**an perlu menyusun cawan-cawan menggunakan tali-tali yang telah diikat pada getah membentuk pyramid cup dalam waktu yang ditetapkan. Ahli kump**an perlu meregangkan dan melapaskan regangan getah yang berada di tengah-tengah supaya dapat memegang dan mengangkat cawan kertas hanya dengan memegang hujung tali.
Seterusnya, unuk permainan Bintang Gergasi p**a, ia melibatkan modul dimana setiap kump**an akan diberikan 10 cawan kertas beberapa tali rapia dan getah yang bersambung dengan kedudukan getah berada di tengah-tengah dan tali-tali tersebut diikat di sekeliling getah. Dengan kerjasama, ahli kump**an perlu menyusun cawan-cawan menggunakan tali-tali yang telah diikat pada getah membentuk pyramid cup dalam waktu yang ditetapkan. Di dalam modul ini, murid-murid dapat belajar sikap bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam kump**an.
Modul kedua yang dilaksanakan adalah Logo Impian Kump**an. Modul ini melibatkan setiap kump**an untuk melukis logo setiap kump**an pada kertas mahjong menggunakan pen marker mengikut kreativiti. Setelah selesai, 5 minit diberikan kepada setiap kump**an untuk menerangkan logo secara ringkas dan padat secara bergilir. Di dalam modul ini, ia dapat memupuk para pelajar untuk menyelesaikan cabaran dalam waktu yang ditetapkan dan meningkatkan skills berkomunikasi dan berkeyakinan tinggi.
Modul diteruskan dengan Night Walk dimana setiap murid perlu menutup mata dan berjalan dalam satu barisan mengikut kump**an masing-masing. Dan apabila sampai di satu tempat, fasilitator kump**an akan pisahkan murid-murid untuk memupuk jati diri dalam diri mereka.
Pada hari kedua, kami memulakan hari dengan mengadakan modul Save The Egg!! Modul ini melibatkan Barang Amanah, iaitu telur yang diberikan kepada ahli kump**an akan digunakan dalam permainan ini. Menggunakan kreativiti setiap kump**an, ahli kump**an perlu menggunakan barang yang diberikan untuk menyelamatkan telur dari pecah. Masa yang diberikan untuk mempersiapkan telur ialah 20 minit, setelah selesai para pelajar diminta untuk beratur di tapak perhimpunan secara berbaris menegak, ketua kump**an perlu tampil kedepan bersama barang amanah dan naik ke koridor kelas. Ketua kump**an akan terbangkan telur amanah dan campak dari atas koridor. Di dalam modul ini, ahli kump**an akan lebih cakna tentang kepentingan menjaga amanah untuk diri sendiri dan dalam sesebuah kump**an/ organisasi.
Modul keempat yang dilaksanakan ialah ‘Simulasi Tugasan The Horizon Leader!’. Modul ini dimulakan dengan fasi membawa pelajar setiap checkpoint mereka dan duduk mengikut bentuk bulatan. Fasi akan membuka ruang meja bulat dengan bertanya pengalaman, persoalan dan cara mengatasi masalah. Semua ahli kump**an perlu bercakap dan berkongsi idea bagi setiap perbincangan. Fasi kump**an akan memberi pandangan, perkongsian berdasarkan pengalaman, tips dan cara mengatasi masalah serta kata-kata semangat kepada ahli kump**an. Di dalam modul ini, murid-murid dapat dapat mengatasi dan menyelesaikan masalah dengan wujudnya meja bulat dan berkongsi idea sesama mereka.
Seterusnya, kami teruskan dengan modul Explorace yang mempunyai 6 checkpoint dan berlokasi di sekeliling sekolah. Checkpoint-checkpoint tersebut adalah Flip Stack, Ping Pong Water Relay, Terbangn Sampai ke Negeri China, Teka Nama Negeri, Jawab Plisss, dan Pyramid Balloon Cup. Setiap checkpoint dijaga oleh dua orang fasilitator dan masa yang ditetapkan adalah sebanyak 15 minit.
Modul ketiga pada hari tersebut adalah Rentas Berhalangan. Modul ini melibatkan setiap kump**an untuk duduk di dalam kump**an masing- masing secara berbaris menegak. Setiap kump**an diberikan masa 10 minit untuk menyelesaikan rentas berhalangan di setiap checkpoint. Kump**an yang dapat menyelesaikan dengan pantas dan baik bagi setiap checkpoint dikira sebagai pemenang. Modu; ini terdapat 5 halangan, iaitu Limbo Rope, Lompat Tayar, Pusing dan Tendang Bola, Tali Merangkak, dan Lompat Bata, dan Sarang Labah-Labah. Di dalam modul ini, murid-murid dapat belajar percaya pada kebolehan diri sendiri adalah sangat penting dalam memupuk keyakinan diri dan penting dalam membentuk seorang Khalifah yang baik.
Pada malam tersebut, aktiviti yang ditunggu-tunggu telah pun tiba iaitu Malam Kebudayaan. Tema yang telah ditetapkan adalah tema bebas dalam bentuk sketsa/pantomen. Murid-murid sangat seronok dalam penglibatan malam kebudayaan ini di mana kebanyakannya membuat pertunjukan cerita nyanyian Nasyid, Pengembala dan Biri-biri, Tarian dan lain-lain.
Pada hari ketiga iaitu hari terakhir, kami mulakan pagi yang indah dengan qiamulail berserta kuliah oleh fasi kami. Kemudian, kami meneruskan pagi itu dengan energizer, dan sesi refleksi kem di mana peserta-peserta perlu menulis surat tentang kebaikan dan keburukan program agar kami dapat memperbaiki lagi program sekolah kami pada masa hadapan.
Program diakhiri dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Guru Besar SK Parit Melana. Acara penyampaian hadiah yang khasnya untuk tiga kump**an yang menjuarai malam kebudayaan, dan hadiah untuk semua peserta.
Walaupun program kepimpinan sering dilakukan oleh kelab STUFF, namun program ini merupakan program yang mempunyai kelainan yang tersendiri kerana ia mempunyai qiamullail, dan rentas berhalangan sekali gus mengasah kemahiran yang sedia ada. Dari program ini, diharapkan ahli-ahli STUFF dapat belajar perkara-perkara baru, meluaskan kenalan dan pengalaman.
Sebelum tamat, saya Hannan Faliha binti Farid Sufian sebagai Pengurus Program Kem Kepimpinan dan Sahsiah “Super Caliphs” SK Parit Melana, Melaka mengucapkan terima kasih kepada semua committee yang bertungkus lumus dalam pelaksanaan program ini. Terima kasih diucapkan kepada Abrina, Aimii, Aineen, Amira, Amzar, Arina, Ateefah, Basyir, Danish, Abu, Fadhil, Farah, Farha, Fatirah, Husna, Hidayah, Irfan, Muqhriz, Naim, Najmi, Nuha, Qistina, Shania, Sharil, Syadi, Yusuf, dan Zul atas pengorbanan yang telah dilakukan. Terutama sekali terpaksa korbankan cuti pertengahan semester demi program ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah, SK Parit Melana, Melaka atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk mengendalikan program ini. Terima kasih juga atas layanan yang telah diberikan dengan baik dan menyeluruh.
Yang Benar,
HANNAN FALIHA BINTI FARID SUFIAN
PENGURUS PROGRAM
KEM KEPIMPINAN DAN SAHSIAH “SUPER CALIPHS” SK PARIT MELANA, MELAKA
[STUFF IIUM]
[STUFF’s BLOG]
KEM KEPIMPINAN & JATI DIRI MURID SK PASIR PANJANG, SEKINCHAN
Assalamualaikum dan hello stuffians sekalian!
Biro Program and Multiplatform STUFFIIUM dengan kerjasama HEM(Unit Disiplin dan Pengawas sekolah) Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang telah menganjurkan Kem Kepimpinan & Jati Diri Murid selama 2 hari dari 25 hingga 26 Julai 2023.
Seramai 19 ahli kelab STUFFIIUM sebagai fasilitator dan 104 murid sekolah yang terdiri daripada pengawas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas juga ajk kokurikulum. Sebanyak 10 kump**an telah didirikan yang merangkumi 13 atau 14 orang murid. Setiap kump**an juga dibantu oleh 2 orang fasilitator lelaki dan perempuan.
Hari pertama program telah berlangsung dengan empat modul. Modul pertama selepas sesi Ice breaking ialah ‘Telefon Rosak’. Pada awalnya, murid-murid diminta untuk membuat satu barisan memanjang mengikut kump**an masing-masing. Ketua facilitator akan memberi ayat kepada wakil kump**an yang berada di hadapan. Kemudian murid tersebut perlu menyampaikan kepada ahli kump**an di belakangnya dengan secara lakonan. Akhir sekali, wakil kump**an yang berada di belakang barisan akan meneka ayat berdasarkan lakonan yang sampai kepadanya. Modul ini melatih murid untuk menyampaikan perkara yang betul kepada orang sekeliling.
Seterusnya, modul ‘Reka Bendera’ p**a mengambil tempat setelah murid-murid berehat minum pagi. Modul yang berlangsung selama 2 jam ini menzahirkan bakat kreativiti murid juga menyaksikan kerjasama di dalam setiap kump**an. Bagi satu jam pertama, setiap kump**an diberi peluang bagi melukis serta menghasilkan design bendera kump**an masing-masing. Kemudian pada jam kedua, setiap kump**an perlu kehadapan pentas lalu mempersembahkan bendera kump**an.
Di sebelah petang, modul ketiga berjudul ‘Follow Me’. Di dalam modul ini, setiap kump**an diberikan sehelai kertas mahjong juga sebuah cawan. Ketua kump**an akan memberi arahan manakala ahli kump**an yang lain perlu menutup mata. Sambil memegang kertas mahjong, cawan yang berisi air diletakkan di tengah-tengah kertas tersebut. Setiap kump**an perlu bergerak mengikut arahan ketua mereka dari satu tempat ke tempat yang lain dengan syarat air dalam cawan tidak tumpah sepanjang perjalanan.
Modul keempat dinamakan ‘Who Am I’. Modul ini lebih memfokuskan elemen kepimpinan dimana murid-murid akan dibahagikan mengikut jawatan masing-masing kemudian setiap fasilitator telah ditugaskan untuk menerangkan serta berkongsi pengalaman sebagai seorang pemimpin kepada murid-murid. Aktiviti yang berlangsung selama satu jam ini memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk memahami lebih mendalam akan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai model pemimpin sekolah.
Pada hari kedua p**a, sebanyak 2 modul diteruskan termasuk Explorace. Explorace bermula seawal jam 8.30 pagi selepas senaman energizer dilakukan. Sebanyak 10 checkpoint yang terdiri daripada pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja menguji kerjasama kump**an malah turut menguji minda mereka. Seterusnya, modul kelima dimulakan dengan nama ‘Menara Impian’. Kerjasama dalam kump**an memainkan peranan utama di dalam modul ini kerana setiap kump**an diminta untuk membina menara dengan hanya menggunakan bahan-bahan terhad seperti kad manila juga kertas mahjong. Kemudian setiap menara akan diuji dengan meletakkan beban keatas menara tersebut.
Selepas Zohor, modul terakhir dijalankan selama satu jam sebelum majlis penutup membuka tirai. Dalam modul ini, setiap murid akan dibekalklan dengan sehelai kertas bersaiz A5, murid-murid diminta untuk meluah apa-apa sahaja yang mereka mahu. Selain daripada dapat mengetahui isi hati para murid, pelbagai maklumbalas daripada murid dapat diketahui bagi memperbaiki program di masa hadapan.
Akhirnya, majlis penutup sudah pun tiba. Majlis ini telah dikendalikan oleh STUFFIIUM juga turut dihadiri Pengetua SK Pasir Panjang, Tuan Haji Kader bin Shamsudin juga barisan guru-guru. Majlis penutup ini juga menyaksikan acara perasmian tandatangan diantara pihak sekolah dan juga STUFFIIUM. Acara penyampaian hadiah terus disambung bagi menghargai murid-murid yang telah Berjaya menamatkan kem kepimpinan tersebut. Kem Kepimpinan & Jati Diri Murid SK Pasir Panjang dengan jayanya malabuhkan tirai pada jam 4.30 petang.
Akhir kata, saya Wan Izzat Farhan bin Wan Eizarie selaku pengurus program ingin menzahirkan rasa bersyukur juga jutaan terima kasih kepada semua ahli STUFFIIUM yang melibatkan diri bagi menjayakan program ini. Terima kasih diucapkan kepada Syamil, Najla, Basyir, Haziq, Nayli, Dhiya, Fadhil, Irdina, Irfan, Arissa, Intan, Najmi, Iffah, Wawa, Syahirah, Sab, Caah, dan Sarel. Saya percaya dengan kehadiran kalian telah memberi banyak impak dalam menjayakan program ini.
Tidak lupa juga kepada cikgu Siti Hajar selaku guru penyelaras bagi kem ini yang juga banyak membantu dalam berkomunikasi dengan kami juga mencukupkan segala keperluan kami sepanjang keberadaan kami di sana.
Yang benar,
WAN IZZAT FARHAN BIN WAN EIZARIE
PENGURUS PROGRAM
KEM KEPIMPINAN & JATI MURID
SK PASIR PANJANG SEKINCHAN
[ STUFF IIUM 2023 ]
[ DEEPEST CONDOLENCE ]
Assalamualaikum to all STUFFians,
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيهِ رَاجِعُون
It is our deepest sympathies to inform that our alumni Sr. Aniqa Ismail has passed away on the 31st July 2023.
Our condolences go to the family. May the soul of the dearly departed rest in peace and may our prayers help to guide her on her journey to the Creator.
May Allah bestow forgiveness and mercy upon her soul and grant her the highest level of Jannah. Amin.
If you wish to donate, it can be made through:
Account No: 112184063585
Bank: MAYBANK BERHAD
Recipient Name: Radziah binti Wahab
Reference: Donation
Best Regards,
✨ STUFF IIUM MAINBOARD 2023✨
[STUFFIIUM 2023]
[CROWD FUNDING]
Salam to all Stuffians,
May this text reach you in the best imaan and health ✨
It is our deepest sympathies to inform that our beloved alumni, Sr. Aniqa Ismail (Sport Bureau) is currently undergoing chemotherapy treatment for Cancer.
May Allah shower her with His mercy and ease her journey in fighting her illness. Amin. ✨
If you wish to donate, it can be made through her mum’s account number :
Maybank
112184063585
Radziah binti wahab
Quote #85
Things will get better. So don’t give up, okay? ✨
Quote #84
“The reality of manners is that it results from beautiful character. Thus, manners is the manifestations of the integrity and strength in one’s inward personality into action.” - Ibn Rajab
Quote #83
When things change inside you, things change around you ✨
Quote #82
“Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.” [Qur’an, 13:11]
Quote #81
Don’t go through life, grow through life 🤍
Quote #80
“After asking Allah to guide you to the straight path, don’t just stand there … start walking!” – Albaz Poetry
Quote #79
“You are your home”. 🏡 [Erin Hanson]
Quote #78
“Don’t depend too much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in the dark!” - Imam Ibn Taymiyyah (RA)
Quote #77
“To be happy you must be your own sunshine.” 💫 [C.E. Jernigham]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Telephone
Website
Address
International Islamic University
Rawang
53100
Lot 29 Jalan Sungai Choh Batu 20
Rawang, 48000
Looking for a prayer altar and all types of wood work with custom design? CONTACT us now for free qu
International Islamic University
Rawang, 53100
This is an official page of Astronomy Club of IIUM. Feel free to check out our activities. Let us together explore the deep space.
Rawang
If you are a working adult and looking forward to obtain a Diploma / Degree at the same time, look no further as you could fast track your course simply by using your work experien...
No. 47, Jalan Bandar Rawang, 12 Bandar Baru
Rawang, 48000
Inspiring Life Long Education
No. 8, Jalan Bandar Rawang 11, Pusat Bandar Baru Rawang
Rawang, 48000
ASA College was established in April 1998. ASA is an acronym for Advance Student Academic.
Institut Kraf Negara, No. 1 Km 20 Jalan Ipoh-Rawang, Tmn Rekreasi Templer
Rawang, 47000
Everything about Wood Craft
Batu 8 3/4, Jalan Sungai Pusu
Rawang, 53100
Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) was set up as a result of a smart pa
International Islamic University
Rawang
For maintenance, please report at this link: http://www.iium.edu.my/division/residential-and-service
3A-2f Pinggiran Mutiara Utama, KM 11, Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Rawang, 53100
Kepakaran kami ialah membolehkan rakyat Malaysia bertutur dengan lancar seperti orang Arab untuk pendidikan, pekerjaan serta pelancongan
Kulliyah Of Education, International Islamic University
Rawang, 53000
This page is specially created for the TESL Students Society, IIUM.