Selayang Hospital
Disclaimer : This is an official pages for Selayang Hospital. This hospital provides secondary and selected national tertiary care services.
Selayang Hospital is a fully government hospital with 960 inpatient beds and 20 clinical disciplines located in Selayang in the Gombak District, Selangor, Malaysia. Located in Batu Caves, Malaysia.
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Hari yang penuh makna dalam usaha kita menjaga keselamatan pesakit dan juga bumi tercinta! ๐ฑ๐
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Unit Sekretariat Kualiti yang telah bertungkus-lumus menjayakan sesi menanam pokok ini. Kejayaan acara ini tidak mungkin tercapai tanpa komitmen, kerjasama, dan semangat luar biasa daripada semua.
Syabas dan terima kasih sekali lagi atas usaha semua!
Susulan pengisytiharan penyakit mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) pada 14 Ogos 2024 lalu, pihak KKM giat menjalankan pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox termasuk pemantauan kes di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).
Oleh itu, KKM ingin menasihati pengembara ke negara endemik dan negara-negara yang terdapat penularan mpox untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang dikongsikan.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Penyakit mpox boleh merebak dalam kalangan manusia melalui beberapa cara.
Penularan dari individu yang dijangkiti mpox ke individu lain boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan kulit individu yang dijangkiti termasuk hubungan seksual, serta permukaan objek yang dicemari oleh cecair badan pesakit mpox.
Penularan juga boleh berlaku melalui titisan pernafasan atau aerosol kepada individu yang bersemuka atau kontak rapat yang berpanjangan.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Situasi Terkini Mpox di Malaysia
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun tanggal 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
Selamat menyambut Hari Malaysia 2024 ๐ฒ๐พ
โ๐๐ฆ๐ด๐ถ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฉ๐ฏ๐บ๐ข ๐๐ญ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ข๐ณ๐ข ๐ฎ๐ข๐ญ๐ข๐ช๐ฌ๐ข๐ต๐๐บ๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ญ๐ข๐ธ๐ข๐ต ๐ข๐ต๐ข๐ด ๐๐ข๐ฃ๐ช (๐๐ถ๐ฉ๐ข๐ฎ๐ฎ๐ข๐ฅ. ๐๐ข๐ฉ๐ข๐ช ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ, ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ญ๐ข๐ธ๐ข๐ต๐ฌ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ข๐ญ๐ช๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข๐ฏ๐บ๐ข (๐๐ข๐ฃ๐ช ๐๐ถ๐ฉ๐ข๐ฎ๐ฎ๐ข๐ฅ ๐๐๐) ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ช๐ญ๐ข๐ฉ ๐ด๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฌ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ซ๐ข๐ฉ๐ต๐ฆ๐ณ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฉ๐ฐ๐ณ๐ฎ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ถ๐ฉ๐ฏ๐บ๐ข.โ
โ Surah al-Ahzab, ayat 56
Salam Maulidur Rasul 1446H
Ikhlas dari Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja Hospital Selayang
KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR GRED N19 (MYSTEP) DI HOSPITAL SELAYANG
Unit Perhubungan Awam, Hospital Selayang membuka kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 di Unit Perhubungan Awam.
Tarikh Tutup Permohonan: 27 September 2024
Kelayakan / Kemahiran boleh dirujuk seperti di bawah.
Kelulusan Minimum: SPM atau setaraf
Pemohon boleh emelkan dokumen lengkap seperti resume, salinan kad pengenalan dan salinan SPM kepada [email protected]
Pengisian jawatan segera bagi kekosongan bulan Oktober.
Mpox (yang dahulunya dikenali sebagai monkeypox) ialah penyakit yang disebabkan oleh virus monkeypox (MPXV) daripada famili Poxviridae.
Pada masa ini, lazimnya jangkitan berlaku daripada manusia kepada manusia melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.
Terdapat dua (2) jenis clade virus monkeypox (MPXV) yang diketahui boleh menyebabkan mpox iaitu clade I dan clade II.
Sumber dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
๐ฆ๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ถ๐๐ถ๐ผ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
9 September 2024 - Alhamdulillah, sambutan Hari Fisioterapi Sedunia di Hospital Selayang berjalan lancar! Majlis dirasmikan oleh Pengarah Hospital Selayang, YBrs. Dr. Afidah Ali, yang telah memberikan ucapan penuh inspirasi tentang pentingnya peranan fisioterapi dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Fisioterapi memainkan peranan yang amat penting dalam pemulihan dan penjagaan kesihatan. Terima kasih kepada semua kakitangan Jabatan Fisioterapi yang berdedikasi dan komited dalam memberikan rawatan terbaik kepada masyarakat.
Selamat Hari Fisioterapi Sedunia kepada semua pejuang kesihatan! ๐ช๐
Sertai kami di Lobi Utama Hospital Selayang untuk meraikan Hari Fisioterapi Sedunia anjuran Jabatan Fisioterapi Hospital Selayang.
Pelbagai aktiviti dan pameran yang menarik disediakan.
Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam sambutan ini.
Semua peserta Larian BMSS Peringkat Negeri Selangor 2024 dah ready ke ahad ni?
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Jangan lupa untuk hadir sesi Pengambilan Kit Peserta
๐ : 7 September 2024 (Sabtu)
โฐ : 11.00pagi - 9.00malam
๐ : Tingkat 1, Plaza Alam Sentral
Jumpa anda esok ๐ช๐ปโก๏ธ
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke- 67!
Hospital Selayang mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan tahun ini dengan penuh rasa bangga dan semangat!
Malaysia Madani, Jiwa Merdeka ๐ฒ๐พ
Jawatankuasa Bencana Luaran Hospital Selayang dengan kerjasama Jabatan Radiologi Perkhidmatan telah dipertanggungjawabkan dalam penyediaan Pelan Bencana Radiasi Hospital Selayang.
Kursus Pengurusan Bencana Radiasi diadakan pada hari ini bagi semakan semula Pelan Tindakan Bencana Radiasi. Kursus ini melibatkan sebanyak 60 orang peserta yang terdiri daripada doktor pakar, pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan, pemandu, perhubungan awam (PRO), telefonis, juru x-ray, pegawai keselamatan dan medikal fizik. Peserta juga terdiri daripada pegawai perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak dan Hospital Kuala Kubu Bharu.
Kursus ini turut melibatkan pengurusan bencana peserta yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Jabatan Atom.
Pihak Hospital Selayang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam pelaksanaan program ini.
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024. Kepada yang berminat boleh e-mel permohonan ke [email protected]
Kelayakan akademik dalam bidang komunikasi massa / sains pembangunan manusia.
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ก๐๐ง๐๐ข๐ก๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐๐ฃ๐๐๐ก๐๐ฅ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐ข๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ก๐ง (๐ ๐๐ก๐๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐)
27 Ogos 2024 - bertemakan "Pain is Envitable, Suffering is Optional" majlis National Interdiscplinary Chronic Pain Management yang telah berlangsung di Auditorium Hospital Selayang dan majlis penuh gemilang ini dirasmikan oleh YBbhg. Dato' Dr. Mohd Azman Bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBrs Dr. Mohd Roshisham Bin Zainal Abidin, Ketua Kepakaran Anestesiologi dan Rawatan Kritikal Kebangsaan, dan -
YBrs. Dr Muralitharan Perumal, Ketua Subkepakaran Perubatan Kesakitan Kebangsaan dan -
YBrs. Dr. Mohd Fadzli Bin Ariffin, Timbalan Pengarah Perubatan II, Hospital Selayang.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Tahniah kepada peserta Program Hiking KL East Park: The Biggest Loser Challenge 3.0 Hospital Selayang
Salah satu aktiviti yang dijalankan oleh UKKP Hospital Selayang dengan objektif menjadikan warga kerja Hospital Selayang lebih aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Pihak Pengurusan Hospital Selayang ingin mengucapkan syabas dan tahniah ke atas Dr. Richard Lim Boon Leong, Ketua Jabatan Paliatif Hospital Selayang dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan penyediaan Advance Care Planning (ACP) : A Guide For Healthcare Practitioners in Malaysia.
Al-Fatihah.
Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga En. Mohd Shahiman bin Mohd Sabar; Jururawat Terlatih Gred U29 Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Selayang yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Ogos 2024 bersamaan 16 Safar 1446H.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Ikhlas Daripada
Warga Kerja Hospital Selayang
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Tema sambutan pada tahun ini adalah โRapatkan Jurang: Sokong Susu Ibu Sepenuhnyaโ.
Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia tahun ini memfokuskan penyusuan bayi bagi ibu bapa berkerjaya.
Bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dan Jabatan Pediatrik mengadakan majlis sambutan bertempat di Auditorium Hospital Selayang dan majlis dirasmikan oleh Ybrs. Dr. Afidah Binti Ali, Pengarah Hospital Selayang.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ybrs. En. Ng Chee Kai, Penolong Pengarah Kanan , Unit Pemakanan Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan -
Ybrs. Puan Noorlita Binti Samion, Penyelia Jururawat Pusat Laktasi Kebangsaan serta Ybrs. Dr. Ida Mariana Binti Idris, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi bagi mewakili Hospital Sungai Buloh
๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ - ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang baru-baru ini terlibat bersama program dari syarikat telekomunikasi mudah alih iaitu CelcomDigi Berhad (โCelcomDigiโ) yang telah mengadakan edisi kelima Siri CEO CelcomDigi MY5G, sebagai sebahagian daripada Siri CelcomDigi MY5G yang lebih luas bertujuan untuk menyediakan dan mempercepatkan penggunaan 5G dan Kepintaran Buatan (AI) negara merentas perusahaan dan sektor awam di Malaysia .
Dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dari seluruh industri dan sektor awam seperti penjagaan kesihatan, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan dan majlis bandar raya, Siri CEO edisi kelima telah diadakan dengan kerjasama rakan strategik global Microsoft, pengupaya teknologi Huawei dan Hospital Universiti Nasional ( NUH) di Singapura.
Sesi ini turut memaparkan penggunaan kehidupan sebenar teknologi berdaya 5G yang dilaksanakan di NUH, termasuk pembedahan berpandukan realiti campuran, diagnostik dan sokongan perubatan jauh merentasi sempadan, difasilitasi oleh kependaman ultra kelajuan dan rendah 5G.
Bersempena Sambutan Hari Pendermaan Organ Sedunia, Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) Hospital Selayang membuka booth pameran berdekatan laluan bawah eskalator di Lobi Klinik Pakar Aras 3 dari jam 8.30 pagi sehingga 3.30 petang.
Orang ramai dijemput hadir.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ "๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐" ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Outbreak Echovirus 11 di NICU Hospital Selayang telah terkawal dan proses mobilisasi dan penyusunan semula pesakit NICU telah selesai.
Bermula hari ini, 9/8/2024, NICU Hospital Selayang akan beroperasi sepenuhnya dan waktu melawat adalah kembali seperti biasa.
Pihak Pengurusan Hospital Selayang ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu NICU sepanjang tempoh menangani dan mengawal situasi ketika penularan wabak Echovirus 11 ini.
Syarikat konsesi Tago Carpark Sdn Bhd turut bersama berkolabrasi untuk memeriahkan lagi Bulan Kemerdekaan dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang di beberapa lokasi di sekitar Hospital Selayang.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ (๐๐๐๐)
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ (๐๐๐๐)
Unit Kluster telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Kuala Kubu Bharu ( HKKB ) yang diketuai oleh Pengarah Hospital Selayang merangkap Ketua Kluster KKV 1, YBrs. Dr. Afidah binti Ali, dan telah disantuni oleh Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu YBrs. Dr. Mohd Basil Bin Sulaiman.
Lawatan ini juga turut disertai oleh Pengarah dan Pengurusan dari Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam dan Hospital Tanjong Karang.
Lawatan ini adalah bagi mengukuhkan pelaksanaan Hospital Kluster, selain membincangkan isu-isu berkaitan serta penambahbaikan kerjasama perkhidmatan antara satu sama lain.
Pemasangan Bendera Jalur Gemilang sekitar premis Hospital Selayang
Program Go Green Merdeka ini adalah untuk memupuk kesedaran agar lebih menghargai alam sekitar dan mengurangkan jumlah pencemaran dan sisa seperti sampah sarap terutamanya di sekitar kawasan Hospital Selayang. Program ini juga membantu untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat seiring dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk berjalan 10 ribu langkah sehari untuk mendapat manfaat kesihatan yang lebih baik.
Program ini turut disertai oleh anggota Perkhidmatan Sokongan Hospital Radicare Sdn. Bhd. dan diadakan secara mingguan setiap hari Jumaat
Our Story
Selayang Hospital is a fully government hospital with 960 inpatient beds and 20 clinical disciplines located in Selayang in the Gombak District, Selangor, Malaysia. This hospital provides secondary and selected national tertiary care services.
Located in Batu Caves, Malaysia.
Videos (show all)
Address
Hospital Selayang, Lebuh Raya Selayang-Kepong, Batu Caves
Rawang
68100