TembikaiLaici

masakan paling sedap melalui air tangan ibu

16/01/2024

kredit: bella__nabilaa

22/11/2023

Rendang Tok Daging

Santan kalau nak lebih sedap dan menjadi, perlu guna santan segar yang pekat. Bila direneh lama, minyak santan akan pecah dan lebih sedap rasanya. Hasil dari proses memasak yang Panjang, Rendang Tok ni sangat tahan lama tak mudah basi.

Bahan-bahan:
2 kilo daging
Santan, dari 4 biji kelapa
1/2 kilo bawang merah kecil
12 ulas bawang putih
4 inci halia
2-3 inci lengkuas
7 batang serai
4 sb biji ketumbar
2 sb biji jintan putih
2 sb biji jintan manis
1 sb lada hitam
5 biji buah keras
3 sb serbuk kari daging
4-5 sb serbuk cili
Rempah 3 sekawan (2 kulit kayu manis, 3 bunga lawang, 8 biji buah pelaga)
1/2 senduk gula melaka
Garam secukup rasa
Perasa jika s**a
4 sb kerisik

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk penyediaan bahan:

-Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, serai, halia dan lengkuas.
-Mas**an bawang merah, bawang putih, buah keras, serai, halia, lengkuas dan sedikit air dalam blender. Kisar halus kesemua bahan.
-Masukkan biji ketumbar, jintan manis, jintan putih dan biji lada hitam dalam kuali.
-Sangai biji rempah atas api perlahan sampai naik aroma.
-Bila dah naik asap dan bau rempah, boleh tutup api dan tuang masuk dalam blender kering.
-Bila biji rempah dah agak suam, kisar halus kesemua rempah.
-Daging, potong kepada ketulan besar. Kita tak nak daging yang kecil sangat. Tak sesuai untuk rendang tok yang kena masak lama, takut hancur pulak nanti.
-Untuk santan Che Nom perah dari 4 biji kelapa, air agak-agak sebab tak ada s**atan (Che Nom buat 2 mangkuk besar, 1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair).

Cara-cara untuk masak rendang tok:

-Masukkan semua daging dalam kuali. Kalau tak makan daging boleh guna ayam pencen sebab isi keras dan tak mudah hancur bila masak.
-Tuang masuk serbuk cili, rempah kari daging, rempah sangai, rempah 3 sekawan dan bahan kisar halus.
-Gaul sebati biar mesra sebelum kita masukkan satan.
-Tuang masuk semua santan. Resepi ni kita tak tumis, sebab tu kita kena guna banyak santan pekat.
-Bukak api sederhana dan kacau sebati.
Masukkan gula melaka dan garam (masuk dulu sikit, nanti adjust kalau kurang masin).
-Reneh sampai mendidih. Api sederhana sebab kita nak daging perlahan-lahan masak lembut dan kuah perlahan-lahan kering dan pekat.
-Selepas sejam kuah akan nampak pekat sikit tapi kuah belum kering lagi dan daging pon masih liat.
-Masukkan kerisik. Sambung masak atas api perlahan.
-Selepas sejam setengah kuah dah kering dan pecah minyak, kuah pon dah makin gelap warnanya.
-Kalau daging masih kurang lembut, tambah lagi masa memasak dan air (takut hangus pulak nanti).
-Boleh tutup api dan sejukkan untuk hidang.
Tabur hirisan daun kunyit sebagai hiasan kalau s**a.

kredit:Che Nom

21/11/2023

Harini kite belajor buat botok2 ikan tenggiri.. Makan sedap.Nak buat kemain renyah..Hehe..

RESEPI BOTOK2

Bahan2;
Rempah Kari
Kerisik
Asam jawa
Cili kering
Bwg merah
Bwg putih
Garam & gula
Blend & gaulkan semua di atas shingga sebati & sckup rasa. Pastu hiris daun kunyit n daun kesum Gaul skali dgn paste ni..
Ikan yg slalu digunakan tenggiri & kembung.
Ulam;
Pucuk ubi
Pucuk betik
Pucuk labu
Daun kaduk
Daun pudding
Daun bebuas
Ulam raja
*boleh je mix & match daun2 ni ikut selera masing2.. Sbb Susah jgk Nak cr daun2 yg rare tu.
Daun pisang utk bungkus.

Cara2..
Layurkan daun pisang kmudian Alaskan dgn ulam2 td..klu rajin susun kemas2. Senang Nak bgkus nti..letak paste 1 senduk, letak ikan then tutup ikan dgn paste lg..
Dah siap semua bgkus mcm nasi lemak.Pastu kukus dlm stgh jam supaya daun lembut n paste masak secukupnya.

credit : Nurul Nadia Kamarudin

20/11/2023

Resepi Roti Bawang Putih (Garlic Bread)

Bahan-Bahan:

4 keping roti gardenia
3 ulas bawang putih
4 sudu besar buttercup
sedikit hirisan daun parsley
sedikit serbuk lada hitam
Cara Memasak:

1. Masukkan bawang putih dalam aluminium foil dan bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

2. Setelah dibakar,ketuk dan cincang bawang putih dan masukkan ke dalam butter.

3. Cairkan butter dalam oven dan setelah cair, masukkan hirisan daun parsley,lada sulah dan kacau rata.

4. Sapukan pada roti dan bakar selama 10 minit.

5. Sedia dihidang bersama sup cendawan.
kredit empunya resepi

16/11/2023

Petua Guna Bawang Putih

Bawang putih nie kan selain daripada sedap buat pelbagai masakan harian. Ianya boleh juga diamal untuk bantu masalah kesihatan. Bawang putih ada banyak khasiat nye.

Kak Ya share 5 petua yang kita boleh buat sebab nie pun dapat daripada bahan bacaan dan juga orang orang tua selalu buat😊

1. Bantu Redakan Cirit Birit

Kupas dua ulas bawang outih kemudian rebus bersama segelas air. Biarkan sejuk seketika dan minum air rebusan nya. Lakukan 3 kali sehari atau hingga cirit birit sembuh.

2. Atasi batuk selsema anak anak

Bakar bawang putih tanpa buang kulit, kemudian kupas kulit nya dan masukkan dalam bekas.Letak kan skit minyak masak dan tumbuk kasar. Sapu kan pada dada, kaki dan belakang anak. Sapu skit sahaja ye.

3. Pulihkan sakit tumit

Bakar tiga ulas bawang putih dengan kulit nya, tunggu sejuk dan boleh terus makan. Makan masa perut kosong setiap pagi.

4. Masalah pencernaan

Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang panas dan biarkan selama 10 minit. Bila dah sejuk terus sahaja minum, amalkan 2 kali sehari. InsyaAllah akan rasa perubahan nya.

5. Telinga sakit atau bernanah

Tumbuk lumat bawang putih, perah air nya dan titiskan ke dalam telinga.

Nie semua petua yang boleh kita amalkan dengan bawang putih nie.

Moga bermanfaat. Selamat mencuba😊


KREDIT: Leha Yusuf

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Sabak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

kredit: bella__nabilaa
kredit: resepi mudah

Category

Telephone

Website

Address


Sabak

Other Food & Drink in Sabak (show all)
Nz Crunchies Bulan Nz Crunchies Bulan
Politeknik Sultan Idris Shah
Sabak, 45200

❗️READY STOCK AND PRE ORDER❗️ http://wasap.my/60134490068

Joint Teh Tarik Brand Joint Teh Tarik Brand
TAMAN BELIDA Jalan BELIDA 1
Sabak, 45200

Mencegah sendi dan tulang daripada cedera, merawat serta memulihkan masalah sendi serta melegakan gou

Muruku Tuhau Muruku Tuhau
No 25 Lot 29 Taman Sheraton Lorong Pokok Teras 1 Jalan Damai Luyang, No 25 Lot 29 Taman Sheraton Lorong Pokok Teras 1 Jalan Damai Luyang
Sabak, 88300

Snek inovasi baharu. Muruku berasal dari Semenanjung dan Tuhau berasal dari Sabah, menjadi satu.

The Make Sabak Bernam The Make Sabak Bernam
Jalan Menteri, Sabak Bernam
Sabak, 45200

Korean fried chicken • Ice blended • Croffle • Waffle • Spicy Ramen • Bingsu • Coffee • Dessert

SNEK N GO SNEK N GO
NO. 21, Jalan TERATAI, TAMAN SERENDAH
Sabak, 45200

Farm Fresh Sabak Bernam Farm Fresh Sabak Bernam
Sabak, 45200

Own by MHM Services

Dapur Kak Sham Sabak Bernam Dapur Kak Sham Sabak Bernam
Pekan Sabak
Sabak, 45200

Sedia menyediakan makanan terbaik untuk hari bahagia anda!

Laksa meletop Laksa meletop
Kampung Batu 2 Tebuk Pulai
Sabak, 45200

laksa meletopssss dan nasi lemak legend

AI'FA Kitchen SABAK Bernam AI'FA Kitchen SABAK Bernam
LEYPARK STATION
Sabak, 45200

NASI KAK WOK KETAGIH ROJAK BUAH PREMIUM AYAM MADU MABELES KEROPOK LEKOR KETAGIH LOVEY DOVEY ICE BLEND

Haruka Food Haruka Food
Jalan Raja Chulan , Pekan Sabak Bernam
Sabak, 45200

CIZI LONG FRIES AND GOZILLA WRAP IN THE HOUSE YOO !!!!

The Manis The Manis
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Sabak

follow our ig; themanis_com

Colek d'Sawah Colek d'Sawah
Jalan Tali Air 8, Ban 2. 1/2, Sekinchan
Sabak, 45400

the best & the first celup tepung in the middle of paddyfield