Cikgu Aqua Eshop

Cikgu Aqua Eshop

Pensyarah Akuakultur Politeknik Sandakan Sabah

Photos from C'Jue Keropok Lekor's post 02/07/2024
02/07/2024

Nak tahu asal usul Cikgu Aqua EShop? Nak tahu mcm mana cikgu dan wife bertemu? Ayuh dengarkan esok ye. Esklusif untuk esok sja. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

28/06/2024

Satu perkara yang cikgu masih teruja sejak dari Kolej Komuniti adalah mengajar komuniti. Tambahan di Sabah dengan kepelbagaian etnik, bahasa dan alam semulajadi yang sangat cantik membuat kami semangat bermusafir melalui jalan darat.

Sudah kali ketiga cikgu dan wife dipanggil untuk berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan. Semoga direzekikan lagi untuk bersama-sama komuniti dan rakan kolaborasi Politeknik Sandakan Sabah.

Photos from Cikgu Aqua Eshop's post 10/06/2024

10 Jun 2024 (Isnin)

Khidmat kepakaran pemasaran digital akuakultur telah disampaikan oleh En. Mohamad Azri Bin Mohammad dan Pn. Siti Norisikin Binti Abas dari COAT PSS kepada Jue Ta One Success, rakan kolaborasi Politeknik Sandakan Sabah.

Khidmat kepakaran sesi ini memfokuskan pemasaran digital menggunakan platform Tiktok dan google site. Semoga sesi ini dapat membantu syarikat memantapkan lagi pemasaran mereka dalam pemprosesan produk berasaskan akuakultur.

17/03/2024

Lawatan bersama Pejabat Perikanan daerah Kunak, Sabah ke sangkar yang menjalankan penternakan balat, siakap dan kerapu.

Photos from Akuakultur KV LAHAD DATU's post 17/03/2024
Photos from Cikgu Aqua Eshop's post 08/03/2024

Kunjungan hormat COT PSS ke C'Jue Lekor Cawangan Sandakan. Tujuan kunjungan adalah membincangkan kerjasama dua hala PSS dan industri. C'Jue Lekor di Sandakan merupakan kilang kedua di mana kilang utama mereka di Kinabatangan.

In sha Allah, mereka dalam usaha untuk mendapatkan sijil halal dan MESTI untuk kilang kedua ini. COT PSS akan sama-sama membantu industri pemprosesan produk akuakultur selari dengan agenda kerajaan untuk menangani isu keterjaminan makanan (food security).

Photos from Cikgu Aqua Eshop's post 04/03/2024

Kunjungan hormat COT PSS ke Pejabat Perikanan daerah Kunak.

Tujuan lawatan membincangkan kerjasama dua hala dalam pemprosesan produk dan penternakan balat. Hadir bersama Penguasa Perikanan Daerah, En. Mohammad Rizal Socradji dan Ketua Perikanan Daerah Kunak, En. Saifudin.

03/03/2024

Semoga inovasi-inovasi POLITEKNIK SANDAKAN SABAH dalam bidang agroteknologi dan akuakultur dapat mengurangkan isu terjaminan makanan Malaysia dan dunia.

Photos from Cikgu Aqua Eshop's post 31/01/2024

Alhamdulillah. Rezeki dua kump**an pelajar cikgu mendapat sedikit kejayaan untuk Pertandingan Inovasi. Semoga dapat membakar semangat mereka untuk terus berinovasi dalam bidang akuakultur.

16/01/2024

Perkongsian cikgu dan isteri untuk pensyarah dan pelajar Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja Rembau. Semoga dipermudahkan sesi esok. Amin.

20/11/2023

*INTERNATIONAL INNOVATION FESTIVAL 2024 ( INNOFEST'24)*

The International Innovation Festival 2024 (INNOFESTโ€™24) is a first-ever competition that will be held virtually from April 29 - 30, 2024 in POLITEKNIK SANDAKAN SABAH.

The aim of this program is to provide a platform for innovators/researchers from around the world to present the results and findings of their innovations. In addition, it also provides an opportunity for innovators/researchers to publish their paper. Kindly note that papers meeting the quality criteria for publication will be included in the e-proceedings. Selected papers will be recommended for potential publication in International Journal of Technical Vocational and Engineering Technology [iJTVET].

๐Ÿ’ก THEME

"Innovation : Challenging Limits, Unlocking Possibilities"

๐Ÿ“‡ CATEGORY

*Category 1* : Agrotechnology / Aquaculture / Fisheries / Green Technology / Food Technology

*Category 2* :
Teaching & Learning

*Category 3* :
Engineering (Civil / Electrical / ICT)

*Category 4* :
Non-engineering (Social Science / Commerce / Hospitality)

๐Ÿ› VENUE

Politeknik Sandakan Sabah (Online)
29th - 30th April 2024

๐Ÿ“† IMPORTANT DATE (UPDATED)

*31st December 2023* - Registration (Abstract Submission)

*31st January 2024* - Submission Deadline (E-poster, video & full paper)

*1st February 2024* -
Payment Deadline

*29th April 2024* -
Finalist Online Pitching Session

*30th April 2024* -
Closing Ceremony

๐Ÿงฐ ORGANIZER

*Main Organizer*
๐Ÿ“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡จ Politeknik Negeri Samarinda (POLNES), Indonesia

*Co-Organizers*
๐Ÿ“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK), KPT
๐Ÿ“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡จ Politeknik Negeri Ketapang (POLITAP) , Kalimantan Barat, Indonesia
๐Ÿ“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡จ Politeknik Negeri Nunukan (PNN), Kalimantan Utara, Indonesia
๐Ÿ“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡จ Politeknik Negeri Sambas (POLTESA), Kalimantan Barat, Indonesia
๐Ÿ“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Politeknik Sandakan Sabah(PSS),
๐Ÿ“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Persatuan Kedoktoran Teknikal Malaysia (MTDA)

๐Ÿ“ REGISTRATION FORM

Register here : https://submit.confbay.com/component/user/register?acid=1425

๐Ÿ’ฐREGISTRATION FEE

The participation fee is as follows:
๐Ÿ’ต Polytechnic / Community College / Students : RM250.00

๐Ÿ’ต Non - Polytechnic / Community College / Students : RM300.00

๐Ÿ’ต International Participant: 100.00 USD

๐Ÿ’ต Secondary Students: RM300.00

๐Ÿ–ฅ WEBSITE

Visit https://submit.confbay.com/conf/innofest2024
for more info or our official page https://www.facebook.com/innofestpss/

โ˜Ž๏ธ CONTACT US

Innofest 2024 Commitee : +6013-483 8480 / +6012-9623847 (Registration & Submission)

23/08/2023

Mencari ilmu.

Photos from Cikgu Aqua Eshop's post 11/08/2023

2 hari kursus online mengadap ini. Selesai tahap ayam-ayam. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

09/06/2023

Semalam hari keputusan SPM 2022. Cikgu ucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Pilihlah universiti dan jurusan yang anda minat dan bukan sebab senang dapat kerja ya.

Kepada yang kurang bernasib baik meh dengar kisah cikgu yang berusia lebih 20 tahun. Awas karangan panjang sket hari ini.

Dalam hidup kita, mesti ada guru yang memberi kesan yang mendalam pada hati kita. Cikgu memperkenalkan dalam gambar berbaju kuning, Ustaz Nordin Bin Ahmad Kadri, ustaz dan warden cikgu semasa di asrama SMK Seksyen 18 Shah Alam.

5 tahun cikgu di situ dan 5 tahun juga beliau sabar melayang kerenah kami. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. S**a fly, s**a bergaduh, memekak. Orang tengah solat magrib berjemaah kat surau boleh p**ak buat konsert bon jovi kat bilik air. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†.

Satu yang legend tentang beliau adalah waktu nak kejut kami solat subuh. Kami dengar bunyi tapak kaki beliau berjalan automatik kami dah bangun dari tido (masih atas katil dabel deker). Beliau jalan ke dorm sebelah kami pun sambung tido. Hehe. Ntah bila tahu2 tak dengar bunyi tapak kaki dia gegor almari beso dorm kami dengar rotan terus kami terjun katil. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Legend beb.

Banyak perkara yang membolehkan kami kena tindakan displin (gantung sekolah) tapi ada sorg je kena (sapa suruh curi moto dan eksiden kat roundabout ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†). Yang lain kena denda je (bersih asrama, jalan itik keliling asrama - yg ini dah jadi doctor pakar skg ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†). Sayangnya beliau kat kami nak kami teruskan belajar. Allah. Moga Allah balas jasa ustaz.

Kerana perangai kami yang begini, kami diuji dengan keputusan spm yang menghampakan. Tiada A. Majoriti C. D dan E pun ada koleksi ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Sempat juga berjumpa beliau dan meminta maaf atas kesalahan. Beliau memaafkan dan meminta terus belajar jika ada peluang. Alhamdulillah, Allah rezekikan cikgu untuk terus belajar sehingga ke tahap sekarang. Cikgu rasa antara sebab cikgu menjadi pendidik ini antara doa beliau kot. Yela baru ko rasa macam mana dia rasa dulu. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Ampun ustaz. Cikgu sudah rasai pengalaman itu 10 tahun di Kolej Komuniti. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Apepun adik2 sekalian apa yang cikgu nak cerita jangan putus asa dengan result spm. Teruskan cari peluang belajar dan cara peluang minta maaf dari cikgu2. Cikgu sangat pasti antara keajaiban dunia adalah doa2 dari guru selain doa dari ibubapa kita. Ingat tu.

Good luck kepada adik lepasan SPM. Perjalanan anda masih jauh untuk menjadi dewasa dan matang. Pesan cikgu hargai guru-guru anda dan sayangi ibubapa.

Photos from Cikgu Aqua Eshop's post 31/05/2023

*TAWARAN TEMPAT LATIHAN PRAKTIKAL PELAJAR AKUAKULTUR ATAU DALAM BIDANG YANG BERSESUAIAN*

Nama company : ShazLins Aquatic

Alamat : Kampung Tepam Tanjung Puteri Ulu Cheka 27030 Jerantut Pahang

Jenis perniagaan : Aquatic plants/Tumbuhan Akuatik

Nama pemilik : Muhammad Shahiri
Nombor pemilik : +601115235053

Waktu Bekerja : 7.30am - 11.20am ( Wajib )
5.00pm - 6.30pm ( Jika Perlu )

๐Ÿ“ŒSkop kerja kawasan Farm Sahaja
๐Ÿ‘‰ Penyelenggaraan Tanaman
๐Ÿ‘‰ Penyiraman Tanaman ( 2 hari 1kali )
๐Ÿ‘‰ Kawalan Kulat/Serangga ( 2minggu 1kali )
๐Ÿ‘‰ Cabut rumput ( Jika Perlu )
๐Ÿ‘‰ Buat Order untuk pelangan
๐Ÿ‘‰ Pembungkusan

๐Ÿ“ŒPenginapan Tidak Disediakan (30minit dri bndr jerantut)
๐Ÿ“ŒElaun bergantung atas Jualan perBulan Bagi Pelajar..

Photos from Cikgu Aqua Eshop's post 08/04/2023

Usia 5 bulan. Ini pun malas nak jaga. Huhu.

Potensi Makanan Hidup Dalam Sektor Akuakultur - PSS 06/04/2023

Sesi perkongsian ilmu Potensi Makanan Hidup dalam sektor akuakultur.

Potensi Makanan Hidup Dalam Sektor Akuakultur - PSS Perkongsian ilmu bersama panel dari Jabatan Perikanan Pahang dan penternak makanan hidup dari Kuantan Pahang anjuran Unit Akuakultur, Jabatan Agroteknologi d...

04/04/2023

Ayuh jom sama-sama join Perkongsian Ilmu Potensi Makanan Hidup dalam sektor akuakultur.

Klik link di bawah ;

https://meet.google.com/uyg-wcdr-iws

Photos from Cikgu Aqua Eshop's post 23/03/2023

21 Mac 2023 - Selasa

Aktiviti pelajar Semester 5 Diploma Akuakultur Politeknik Sandakan (PSS) di Ladang Rumpai Laut Kg Sinakut Lahad Datu Sabah.

Pelajar didedahkan tentang rumpai laut dan membantu penternak menggantung benih rumpai laut untuk tujuan penanaman semula. Pensyarah PSS p**a berkongsi kaedah pengeringan terbaharu untuk meningkatkan pengeluaran rumpai laut kering.

22/03/2023

Terima kasih Pejabat Perikanan daerah Lahad Datu kerana sudi membawa pelajar Semester 5 Diploma Akuakultur ke ladang rumpai laut di Kg Sinakut.

Semporna sudah.Lahad Datu sudah. Next sem Tawau. Nantikan inovasi dari Team seaweed PSS untuk Dof Sabah.

Photos from Cikgu Aqua Eshop's post 19/02/2023

Belanja budak2 ikan guppy dan endler. Moga ada bertambah hasil dan boleh buat duit belanja dorang2 ini. Ikan hiasan paling senang mahu buat duit.

05/10/2022

Benih ikan silver arowana yang baru berusia 35hari. Dijangka lagi 2 minggu ikan tamat fasa yolk dan boleh diberi makan live feed atau micro pellet.

Photos from Cikgu Aqua Eshop's post 13/09/2022

Alhamdulillah selesai amali penyediaan kolam dan pemilihan ikan untuk subjek DYQ30073 Grow Out Culture Semester 3 Diploma Akuakultur Politeknik Sandakan.

112 orang pelajar telah melalui sesi menjadi "true aquarist", menjadi "biawak, memerang" tanpa rasa ragu untuk masuk ke kolam. Inilah jiwa akua yang kita mahukan.

Photos from Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan's post 06/07/2022

Jom join cikgu menjadi tenaga pengajar di Politeknik Sandakan.

Photos from IIAC's post 02/06/2022

Tips ambil gambar aquascape hanya menggunakan hp.

Photos from Cikgu Aqua Eshop's post 02/06/2022

Kembali ke pejabat. Next project, International Marine and Fisheries Symposium 2022, 4-5 June 2022.

30/05/2022

Mengajar dan sentiasa belajar perkara baharu.

30/05/2022

Lebih seminggu cikgu berada di Kota Kinabalu Sabah. Bandaraya pesisir pantai, masih kaya dengan alam semulajadi. Dekat dengan p**au, sungai kelah dan hutan hujan tropika. Baru cikgu faham mengapa harga hartanah disini paling tinggi di Malaysia.

Want your business to be the top-listed Shop in Sandakan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Satu perkara yang cikgu masih teruja sejak dari Kolej Komuniti adalah mengajar komuniti. Tambahan di Sabah dengan kepelb...
Lawatan bersama Pejabat Perikanan daerah Kunak, Sabah ke sangkar yang menjalankan penternakan balat, siakap dan kerapu.#...
Semoga inovasi-inovasi POLITEKNIK SANDAKAN SABAH dalam bidang agroteknologi dan akuakultur dapat mengurangkan isu terjam...
Semalam hari keputusan SPM 2022. Cikgu ucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Pilihlah univer...
Terima kasih Pejabat Perikanan daerah Lahad Datu kerana sudi membawa pelajar Semester 5 Diploma Akuakultur ke ladang rum...
Benih ikan silver arowana yang baru berusia 35hari. Dijangka lagi 2 minggu ikan tamat fasa yolk dan boleh diberi makan l...
Mengajar dan sentiasa belajar perkara baharu.#terobek #cikguaquaeshop #manismachomercik #politekniksandakan
Lebih seminggu cikgu berada di Kota Kinabalu Sabah. Bandaraya pesisir pantai, masih kaya dengan alam semulajadi. Dekat d...
Pembiakan Ikan Koi di Politeknik Sandakan.
Aklimitasi suhu sebelum memindahkan ikan/udang ke tempat baharu.#cikguaquaeshop #manismachomercik
Cara letak tumbuhan akuatik dalam pot supaya senang dipindah ke tempat lain.#cikguaquaeshop #manismachomercik
Aktiviti amali pembenihan ikan tilapia di Politeknik Sandakan. Enjoy the video. #politekniksandakan #diplomaakuakultur #...

Telephone

Address


Politeknik Sandakan
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Other Aquatic Pet Stores in Sandakan (show all)
Marzuq betta Marzuq betta
Kampung Tinosa 2
Sandakan, 90000

please support Marzuq betta... tq๏ฟฝ๏ฟฝ

Garage Betta Garage Betta
Sandakan, 90000

Reseller Betta Fish . Masih banyak kekurangan .

Brader Betta Team Brader Betta Team
PPR Sg Manila Batu 12
Sandakan

Ikan laga murah

Mantuq Betta Mantuq Betta
Sandakan, 90000

Breeder and Saler Betta

Blue Crystal Aquarium Blue Crystal Aquarium
10 GF BLOK B LORONG BANDAR KIM FUNG 4
Sandakan, 90000

We doing design,selling and provide service to built up your fish aquarium whatsapp

Fong Aquarium Fong Aquarium
Block 12 Lot 2 Bandar Indah , Jalan Labuk Sandakan
Sandakan, 90000

We are selling a lot of types of tropical fishes, aquarium accessories ,service fish tank and pond , pets food , pets accessories and etc

Pro Fish And Pets Pro Fish And Pets
Lot 6 & 7, Ground Floor, Block 12, Bandar Indah, Mile 4, North Road
Sandakan, 90000

We specialized in Aquascaping, Wabikusa, Terrarium, Vivarium, pond designed with built in filtration system and anything related to your fish and aquarium. We also sell all types ...

Aquarium crystal ๆฐดๆ™ถๆฐดๆ—ไธญๅฟƒ Aquarium crystal ๆฐดๆ™ถๆฐดๆ—ไธญๅฟƒ
Bandar Ramai/ramai
Sandakan

ๅ”ฎๅ–ๅคš็งๆทกๆฐด้ฑผ๏ผŒๆตท้ฑผ๏ผŒ็Š็‘š๏ผŒ้ฑผ่‰๏ผŒ้ฑผ็ผธ่ฎพๆ–ฝ, ๆไพ›ไธŠ้—จๆธ…ๆด—้ฑผๆฑ ๆœๅŠก๏ผŒ?