Bliese Ni'Ni

KERETA BERBAU? BLIESE KAN JEKKK πŸš—

02/07/2023

KEBAIKAN BUAH AVOKADO πŸ₯‘

Avokado merupakan sejenis tumbuhan dari golongan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses dan mempunyai pelbagai kegunaan. Avokado merupakan buah yang berasal dari Puebla, Mexico. Tahukah anda, di dalam buah avokado mempunyai pelbagai jenis khasiat. Khasiat-khasiat yang terdapat di dalam buah avocado ialah Vitamin K, Folate, Vitamin C, Potassium, Vitamin B5, Vitamin B6, dan Vitamin E. Malah, ianya juga mengandungi sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin).

Buah avokado adalah salah satu buah yang mempunyai pelbagai khasiat yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah dalam kehidupan kita. Antara kebaikan pengambilan buah avokado adalah:

1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi

Antara buah yang dikenali kerana mengandungi nilai kalium (garam potassium) yang tinggi ialah pisang. Tetapi, sebiji avokado sebenarnya mempunyai kandungan kalium yang lebih tinggi berbanding pisang. Selain membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan, kalium juga berpotensi membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Perkara ini mencegah serangan jantung, strok, dan kegagalan buah pinggang.

2. Membantu meningkatkan kesihatan jantung

Avokado adalah sebagai buah yang unik kerana mengandungi nilai lemak yang tinggi (77% kalori avokado disumbang oleh lemak). Tambahan p**a, kandungan lemak dalam buah avokado terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti omega-3 dan 9. Sumber lemak tidak tepu seperti minyak zaitun, kacang tanah, bijan, serta avokado berpotensi mencegah dan mengurangkan keradangan dalam tubuh. Apabila sumber lemak tepu (contoh: mentega, kulit ayam, lemak daging, makanan bergoreng, santan) dan lemak trans (contoh: marjerin, makanan ringan, produk bakeri) digantikan dengan lemak tidak tepu dalam kuantiti sederhana, ia mampu mendatangkan beberapa kebaikan seperti:

β€’ Meningkatkan tahap kolesterol baik

β€’ Menurunkan kolesterol jahat

β€’ Merendahkan risiko penyakit kardiovaskular (sakit jantung, strok)

β€’ Di samping itu, diet yang dibekalkan dengan sumber asid lemak omega-3 didapati mengurangkan kesakitan otot selepas bersenam.

3. Tinggi kandungan serat

Berdasarkan American Heart Association, kita disarankan untuk mengambil 25 hingga 30 gram serat dalam sehari. Sebiji avokado dengan berat lebih kurang 160 gram sudah mampu membekalkan 9.3 gram serat, iaitu kira-kira 37% daripada jumlah saranan minimum! Avokado mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut yang masing-masing memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh, serat larut mampu merendahkan tahap kolesterol jahat, mengawal kenaikan gula dalam darah, serta membantu merawat cirit-birit. Serat tidak larut p**a mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama lalu membantu kawalan berat badan di samping mencegah sembelit.

4. Meningkatkan kesihatan mata

Mata adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Tanpa daya penglihatan, kehidupan manusia akan menjadi sedikit pincang. Kesihatan mata banyak dipengaruhi oleh antioksidan seperti karotenoid. Selain membantu penyerapan antioksidan daripada makanan lain, avokado sendiri turut mengandungi antioksidan dalam jumlah yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan avokado mampu mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula, yang sering berlaku dalam kalangan warga emas.

5. Berpotensi mencegah kanser

Kajian tabung uji menunjukkan kebarangkalian avokado dapat membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi dalam sel darah putih. Ekstrak avokado juga didapati membantutkan tumbesaran sel kanser prostat di dalam makmal. Namun begitu, kajian-kajian tersebut dijalankan di dalam sel terosilasi (isolated cells). Kajian berdasarkan tubuh badan manusia masih belum dijalankan.

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MASALAH KOLESTROL YANG TINGGI? ANDA BOLEH CUBA UNTUK MENGAMALKAN PEMAKANAN BUAH AVOKADO INI ☺️

JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENGIKUTI PERKEMBANGAN BLIESE NI’NI. SEBARANG PERTANYAAN ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI FACEBOOK ATAUPUN WHATSAPP πŸ‘‡πŸ»
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani)
πŸ‘‰πŸ» 011-72651855 (Nisa)

29/06/2023

Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam πŸŒ™βœ¨
Mesti ada yang balik ke kampung raya aidiladha ni kan?

Okay tak tu perjalanan? mesti jem kan sebab semua orang balik.
Tapi kalau ada Bliese yang menemani perjalanan anda pasti semuanya akan okay!

Eh kenapa p**ak?
Hehehe kerana Bliese Wooden Cap ini kan dapat:
✨ Memberi ketenangan berpanjangan.
✨ Memperbaiki masalah pernafasan.
✨ Mengubah mood supaya lebih positif.
✨ Meredakan tekanan.

Anda masih berpeluang untuk grab PROMO AIDILADHA tau!
FREE POSTAGE diberikan apabila anda membeli 3 unit Bliese Wooden Cap.

Jangan lepaskan promo ini, ianya berlangsung 20 Jun - 3 Julai. Mari WhatsApp kami dan wangikan raya anda!
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)

28/06/2023

AMALAN SUNAT UNTUK DIAMALKAN DI PAGI HARI RAYA AIDILADHA πŸ•‹

Apakah amalan sunat hari raya Aidiladha yang boleh kita lakukan baik secara perseorangan atau bersama-sama dengan keluarga? Hari raya Aidiladha ataupun dipanggil sebagai Hari Raya Korban adalah sambutan perayaan masyarakat Islam di seluruh dunia. Perbezaan yang ketara pada hari raya Aidiladha berbanding hari raya Aidilfitri adalah ibadah korban binatang ternakan yang dilakukan.

Amalan sunat hari raya Aidiladha tidak jauh berbeza sebenarnya dengan hari raya Aidilfitri. Namun begitu, terdapat beberapa pertambahan dan berikut ini adalah amalan sunat hari raya Aidiladha antaranya:

1. Menghidupkan malam hari raya.

2. Memperbanyakkan bertakbir.

3. Mandi sunat hari raya sebelum ke masjid.

4. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.

5. Makan selepas keluar rumah.

6. Segera ke masjid untuk solat sunat hari raya Aidiladha.

7. Menyembelih haiwan korban.

8. Makan daging korban dan bersedekah kepada asnaf dan fakir miskin.

9. Saling mendoakan kebaikan untuk orang lain.

10. Saling mengeratkan hubungan silaturahim.

ADAKAH TERJAWAB TENTANG PERSOALAN ANDA MENGENAI AMALAN SUNAT YANG PERLU DILAKUKAN DI PAGI HARI RAYA AIDILADHA? JIKA YA, JANGAN LUPA UNTUK MELAKUKANNYA ☺️

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA ✨
HUBUNGI KAMI SEKIRANYA ANDA MEMERLUKAN PEWANGI KERETA BLIESE πŸ‘‡πŸ»
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani)
πŸ‘‰πŸ» 011-72651855 (Nisa)

27/06/2023

Hello! Have a nice day everyone!
Anda tahu tak Bliese adalah produk tempatan?

Ya! Bliese adalah syarikat wangian Malaysia! bangga kan produk tempatan tapi wangian setaraf international! Mestilah bangga kan ☺️

Disini kami paparkan short video menceritakan serba sedikit asal usul Bliese.

Kami tak akan kecewakan anda semua untuk memilih Bliese sebagai pilihan wangian anda dan kami jamin anda tidak menyesal membeli Bliese!

Berminat? Boleh singgah dan lihat page kami atau WhatsApp kami:
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)

26/06/2023

5 Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Berhijab ✨

Rambut adalah mahkota bagi setiap individu, tidak kira lelaki atau wanita. Disebabkan itu, cara penjagaan rambut adalah sangat penting untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang lembut dan rapi.

Ini kerana setiap jenis rambut mempunyai cara penjagaan rambut yang tersendiri. Jika anda seorang yang bertudung p**a, ia pasti lebih s**ar! Disini kami berikan beberapa tips penjagaan rambut terutama kepada wanita berhijab, antaranya :

#1 : Gunakan Produk Yang Sesuai

Banyak produk pencuci rambut (shampoo) di pasaran sekarang. Tetapi awas kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang bersesuaian dan lebih bagus sekiranya menggunakan produk diperbuat daripada bahan semulajadi yang mengandungi habbatus sauda & macadamia ternifolia seed oil.

#2 : Gunakan Masker Rambut

Gunakan masker rambut seminggu sekali untuk menjaga kesihatan dan kekuatan akar rambut. Pati avocado bagus untuk rambut kering, manakala pati limau nipis sesuai buat rambut berminyak dan berkelemumur. Manakala ginseng p**a boleh digunakan untuk menguatkan akar rambut. Gunakan masker selepas membasuh rambut, sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas kembali menggunakan air bersih. Untuk membantu menguatkan akar rambut, manfaatkan serum anti rambut.

#3 : Rajin Menyikat Rambut

Untuk menjaga rambut, rajin-rajinlah menyikat rambut minimum empat kali sehari. Menyikat rambut sama juga seperti β€˜mengurut’ kulit kepala yang bermanfaat untuk membantu kelancaran perjalanan darah. Sebaiknya gunakan sikat plastik yang bergigi jarang untuk mencegah kerosakan rambut. Hindari menarik garis belahan rambut hanya pada satu sisi sahaja kerana kerosakan boleh bermula daripada garis belahan rambut.

#4 : Pastikan Rambut Kering Ketika Memakai Hijab

Jangan mengenakan hijab ketika rambut dalam keadaan basah, kerana kadar kelembapan yang tinggi itu akan menyebabkan kerosakan rambut serta bakal meninggalkan bau rambut yang tidak menyenangkan. Biarkan rambut kering secara semulajadi. Jika perlu menggunakan pengering rambut, gunakan dengan suhu yang rendah serta jarak 10-15 cm daripada rambut.

#5 : Material Hijab

Gunakan hijab daripada material β€˜cotton’. Ada pelbagai jenis material dan bentuk hijab, dan sebagai pengguna anda harus bijak untuk memilihnya. Pemilihan hijab cukup mempengaruhi kesihatan rambut. Memilih hijab daripada material β€˜cotton’ atau β€˜spandex’ baik untuk kesihatan rambut kerana ia tidak panas dan mudah menyerap peluh. Keadaan ini akan mencegah rambut dan kulit kepala menjadi lembab. Kelembapan inilah yang menyebabkan kelemumur.

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MASAALAH PENJAGAAN RAMBUT? ANDA BOLEH MENGGUNAKAN TIPS DIATAS πŸ˜‰

ANDA MEMPUNYAI MASAALAH KERETA BERBAU? KAMI BOLEH BANTU ANDA πŸ‘πŸ»
ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI FACEBOOK ATAUPUN WHATSAPP KAMI DI πŸ‘‡πŸ»
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani)
πŸ‘‰πŸ» 011-72651855 (Nisa)

25/06/2023

Hello Everyone!
Tahukah anda haruman yang segar dan wangi memainkan peranan penting dalam emosi kita?

Contohnya, kalau anda berada di tempat berehat pasti anda mahukan sesuatu yang dapat menyenangkan jiwa juga minda.

Tahukah anda? bauan Bliese Wooden Cap ini dapat memberikan suasana yang menyenangkan dan menyegarkan.

Antara bauan yang kami recommend untuk diletakkan di tempat berehat:

✨ Lemon Lisbon
- Bauan jenis citrus yang mampu membuat anda berasa selesa dan bersih!

✨Morning Gates
- Campuan bauan floral dan citrus yang dapat memberikan wangian harum dan tenang!

✨ Cherry Elisson
- Aroma floral dan citrus yang memberikan kesegaran dan bau yang ringan!

✨London Lavender
- Bauan lavender yang membuatkan anda mampu menghirup udara bauan segar seperti di ladang Lavender!

✨ Tropical Buffet
- Bauan yang menyegarkan yang membuatkan anda seperti bercuti di Kep**auan Hawaii!

Tidak mahu waktu berehat anda diganggu dengan bauan yang tidak sedap? Jadinya kenalah cepat grab Bliese Wooden Cap ini!

HANYA SERENDAH RM10 SAHAJA!!!

Mari dapatkan segera Bliese pilihan anda sebelum habis stok! WhatsApp kami:
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)

24/06/2023

KHASIAT BUAH LEMON UNTUK KESIHATAN πŸ‹πŸ’«

Khasiat lemon bukan untuk kuruskan badan je, ada banyak lagi kebaikan lemon yang lain yang bagus untuk kesihatan. Lemon memang pop**ar dikalangan ramai. Ada yang guna hanya sebagai penambah perisa dalam makanan dan ada juga yang mengoptimumkan khasiat lemon untuk kesihatan fizikal dan mental. Lemon sangat kaya dengan vitamin C, serat serta pelbagai sebatian tumbuhan yang bermanfaat.

Walaubagaimanapun, lemon jarang dimakan sebagai snek dek kerana rasa masamnya yang sangat kuat. Pada post kali ini jom kita lihat apa khasiat lemon sebagai salah satu buah-buahan yang penggalak kesihatan paling pop**ar.

πŸ“Œ Membantu Mengawal Berat Badan

Tidak dinafikan, khasiat lemon untuk kuruskan badan adalah salah satu konsep pemahaman paling tipikal di kalangan masyarakat. Asal nak kurus je, mesti dikaitkan dengan lemon. Tahukah anda, sebenarnya serat pektin yang terdapat di dalam lemon akan mengembang setelah ditelan, menbuatkan anda kenyang lebih cepat dan lama. Ini menjadikan lemon sering diiklankan sebagai alat yang berkesan dalam penurunan dan pengurusan berat badan. Mereka yang mengikuti diet detoks lemon mengalami peningkatan yang lebih besar dalam ketahanan insulin, lemak badan, BMI, berat badan, dan nisbah pinggang-pinggul berbanding diet lain.

πŸ“Œ Khasiat Lemon Meningkatkan Imunisasi

Makanan yang tinggi vitamin C dan antioksidan seperti lemon mampu membantu menguatkan sistem imunisasi terhadap kuman yang menyebabkan selesema dan demam. Tahap vitamin C dalam sistem badan anda adalah salah satu perkara pertama yang akan merosot ketika anda sedang stres, itulah sebabnya para pakar mengesyorkan agar mengambil vitamin C tambahan terutamanya pada hari-hari yang anda rasa sangat tertekan.

πŸ“Œ Lemon Menyegarkan Nafas

Asid sitrik yang terkandung secara semulajadi di dalam lemon dapat mengikis enamel gigi, mencegah gusi berdarah, membasmi daripada bakteria dan secara tidak langsung mampu menghilangkan nafas berbau. Selain itu, khasiat lemon juga dipercayai mampu membantu melegakan sakit gigi dan radang gusi.

πŸ“Œ Lemon Membantu Memotong Kafein

Khusus kepada kaki-kaki kopi, anda boleh cuba menggantikan kopi pagi anda dengan secawan air lemon madu panas. Dengan secawan air lemon madu panas setiap pagi, anda akan merasa segar dan tidak perlu lagi menghadap kelesuan pada waktu tengah hari. Mood anda juga pastinya akan menjadi lebih baik.

πŸ“Œ Khasiat Lemon untuk Pencernaan

Lemon mengandungi lebih kurang 10% karbohidrat yang kebanyakannya dalam bentuk serat larut dan gula sederhana.
Serat larut dalam lemon dapat membantu meningkatkan kesihatan pencernaan. Namun, anda juga perlu memakan pulpa lemon, bukan hanya jusnya. Orang yang minum jus lemon, tanpa serat yang terdapat di dalam pulpa akan terlepas akan kelebihan-kelebihan serat yang tersedia.

πŸ“Œ Melindungi Daripada Anemia

Anemia sering berlaku apabila seseorang tidak mendapat zat besi yang mencukupi daripada diet seharian. Oleh itu, amalan pemakanan serta diet yang betul sangat penting untuk perhatian anda. Lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang mampu membantu anda untuk menyerap zat besi non-heme daripada tumbuhan-tumbuhan dengan lebih efektih dan seterusnya mampu mencegah anemia.

πŸ“Œ Khasiat Lemon dan Madu Mencegah Asma

Pesakit asma boleh mengambil lemon bersama madu sebagai salah satu rawatan tradisional untuk mencegah asma Jus lemon mempunyai antioksidan yang mampu menguatkan sistem imun serta dapat membantu membersihkan lendir. Walaubagaimanapun, pengambilan jus lemon buatan sangat ditegah untuk penghidap asma. Jadi anda harus ambil jus lemon yang asli sahaja. Yang tidak asli haruslah dielakkan.

πŸ“Œ Lemon untuk Kesihatan Kulit

Antioksidan dalam jus lemon bukan sahaja membantu mengurangkan cela, tetapi juga kedutan! la juga dapat digunakan pada bekas luka dan bintik-bintik usia untuk mengurangkan kewujudannya. Disebabkan ianya menyahtoksin darah anda, ia akan mengekalkan cahaya kulit anda.

πŸ“Œ Membantu Melawan Jangkitan Virus

Air lemon suam adalah kaedah paling berkesan untuk mengurangkan jangkitan virus sakit tekak. Selain itu, jus lemon juga meningkatkan sistem imun anda selain melawan jangkitan secara serentak.

πŸ“Œ Membantu Mencegah Batu karang

Air lemon membantu mencegah kesakitan batu karang pada mereka yang kekurangan sitrat urin (sejenis asid sitrik). Lebih penting lagi, peningkatan cecair dapat membantu mencegah dehidrasi iaitu penyebab utama batu karang.

ADAKAH ANDA SUDAH MENGETAHUI PENGAMBILAN BUAH LEMON SANGAT BAGUS UNTUK KESIHATAN KITA πŸ€”β“β“
JIKA YA, JANGAN LUPA UNTUK MENGAMALKANNYA ☺️✨

ANDA MEMPUNYAI MASAALAH KERETA BAU HAPAK? KAMI BOLEH BANTU ANDA 😘
BOLEH HUBUNGI KAMI DI FACEBOOK ATAUPUN WHATSAPP πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani)
πŸ‘‰πŸ» 011-72651855 (Nisa)

23/06/2023

Guys STOP!
Anda mahu jadi orang yang rugi? mestilah tak mahu kan?!

Jadi anda semua kena cepat grab PROMO RAYA HAJI!!!
Dengan belian mana-mana 3 jenis Bliese Wooden Cap korang boleh dapat FREE POSTAGE!
Anda boleh pilih Bliese kegemaran anda!

✨ Cherry Elison
✨ Forest Musk
✨ Tropical Buffet
✨ Morning Gates
✨ Love Page
✨ Honey Havana
✨ Coffee Casablanca
✨ Victoria Vanila
✨ London Lavender
✨ Lemon Lisbon
✨ Sakura Osaka
✨ Perth Pandan
✨ Sydney Strawberry
✨ Amsterdam Apple
✨ Aya Sophia

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan free postage! 2 minggu sahaja promo ini berlangsung.
Promo bermula: 20 Jun - 3 Julai

Jom dapatkan segera PROMO RAYA HAJI untuk wangikan raya anda!
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)

21/06/2023

KEBURUKAN MAKANAN SEGERA πŸ”

Apabila teringat akan makanan segera dengan secara automatiknya golongan anak muda akan dikaitkan dengan makanan dari jenis ini. Ungkapan untuk makanan segera ini dikhususkan untuk sebarang menu makanan yang disaji di dalam restoran atau kedai menggunakan ramuan yang sudah dimasak terlebih dahulu. Saintis mengatakan mereka menemui makanan yang diproses seperti burger dan makanan yang sudah siap adalah berbahaya seterusnya membuka jalan ke arah makanan ringan yang tidak menyihatkan. Menu makanan segera ini sudah dianggap sebagai sebuah simbol kepada kehidupan serba moden di zaman sekarang ini.
Antara menu makanan segera yang paling pop**ar adalah seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, nugget, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, rasanya juga sedap bahkan boleh p**a di beli dengan harga yang amat berpatutan. Akan tetapi makanan-makanan tersebut mempunyai keburukan pada kesihatan kita.

Antara keburukan makanan segera yang boleh berlaku terhadap tubuh badan kita adalah:

1️⃣ Antara Penyumbang Terbesar Untuk Masalah Obesiti

Faktor obesiti ini sangat membimbangkan teruatama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Sedihnya bahaya kegemukan begini seolah-olah telah menjadi suatu sindrom baru bagi rakyat Malaysia.
Corak pemakanan yang berpunca daripada pengambilan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi secara keterlaluan adalah penyumbang utama untuk masalah ini.

2️⃣Penyebab Kepada Masalah Gigi Rosak Yang Teruk

Panduan Pemakanan Kanak-kanak dan Remaja Malaysia terbitan Kementerian Kesihatan mencadangkan kanak-kanak kurang tujuh tahun boleh mengambil gula tidak melebihi empat sudu sahaja. Ini termasuk gula pasir dan gula tersembunyi biasanya ada dalam makanan ringan.
Pengambilan gula secara berlebihan ini boleh menjadi salah satu faktor penyebab kalori tinggi hingga menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan. Gigi juga mudah rosak dengan masalah karies gigi dan juga plak yang keterlaluan dan sebagainya.

3️⃣Boleh Membahayakan Sistem Pencernaan dan Kardiovaskular

Makanan segera juga selalunya terdiri dari makanan yang bergoreng dengan tambahan lemak. Maka makanan begini boleh menyebabkan masalah pada pencernaan jika terus di makan tanpa had dan lama kelamaan boleh menyebabkan masalah kardiovaskular yang boleh membahayakan lagi kesihatan pada tubuh badan.

4️⃣Boleh Membahayakan Sistem Pernafasan (Terutama Pada Kanak-Kanak)

Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa.

5️⃣Meningkatkan Tekanan Darah dan Membebankan Jantung

Makanan ringan tinggi kandungan garam turut mengakibatkan penambahan pengambilan garam yang seterusnya meningkatkan risiko penyakit darah tinggi.

ADAKAH ANDA MENGIGINKAN TUBUH BADAN YANG SIHAT? ANDA PERLULAH MENGURANGKAN MAKANAN SEGERA YANG KURANG BERKHASIAT ☺️

ANDA MEMPUNYAI MASALAH KERETA BERBAU? KAMI BOLEH BANTU ANDA πŸ‘πŸ»
ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI FACEBOOK DAN JUGA WHATSAPP πŸ‘‡πŸ»
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani)
πŸ‘‰πŸ» 011-72651855 (Nisa)

19/06/2023

Hello Everyone!
Korang pernah tak lepas balik kerja duduk lama kejap dalam kereta? Mesti pernah kan?

Kami pun kadang macam tu, lepas balik kerja malas nak turun kereta cepat-cepat, duduk dalam kereta lama dulu sambil layan lagu favourite.
Tapi! bayangkan sambil duduk lama dalam kereta tu, eh ada p**ak bauan yang tak sedap. Mesti annoying kan?!

That's why korang semua perlukan Bliese Wooden Cap ni!
Ia dapat temani korang dan dapat memberi pernafasan yang menyenangkan bila dihidu!

Bliese Wooden Cap ini dapat:
✨ Memberi ketenangan berpanjangan.
✨ Memperbaiki masalah pernafasan.
✨ Mengubah mood supaya lebih positif.
✨ Meredakan tekanan.

Lebih menarik lagi sekarang ni tengah PROMOTION RAYA HAJI! beli mana-mana 3 Bliese Wooden Cap anda boleh mendapat FREE POSTAGE!!!

Promo bermula: 20 Jun - 3 Julai 2023

Nak jadi orang rugi? mestilah taknak kan?! Jadinya mari WhatsApp kami laju-laju
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)

18/06/2023

PENJAGAAN KULIT MUKA YANG BETUL πŸ’«

Wajah adalah mencerminkan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Berikut adalah tips asas yang ringkas, mudah dan berkesan

1. Kenali dan fahami jenis kulit muka sendiri

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berlainan. Mengenalpasti jenis kulit memudahkan anda untuk merawat kulit muka dengan produk atau bahan yang sesuai. Jenis-jenis kulit muka yang anda perlu tahu ialah:

Jenis kulit normal
πŸ’« Kulit muka dengan kelembapan yang seimbang, tidak terlalu kering atau tidak terlalu berminyak
πŸ’« Liang pori yang tidak ketara (kecil dan halus)
πŸ’« Warna kulit yang seragam, segar, dan tanpa cela
πŸ’« Kulit tidak terdedah kepada sensitiviti
Jenis kulit berminyak
πŸ’« Jenis kulit ini dengan pengeluaran sebum (minyak) yang berlebihan
πŸ’« Liang pori yang diperbesar dan jelas kelihatan
πŸ’« Kulit kelihatan berkilat
πŸ’« Kulit berminyak terdedah kepada pelbagai bentuk jerawat, cela, bintik hitam dan putih.

Jenis kulit kering
πŸ’« Jenis kulit ini tidak menghasilkan sebum (minyak), dan kurang kelembapan
πŸ’« Kulit kelihatan kering serta terasa ketat, rapuh, kasar dan kelihatan kusam.
πŸ’« Mudah menggelupas dan terasa tegang selepas dicuci
πŸ’« Sensitif terhadap kerengsaan dan kelihatan kemerahan
Jenis kulit sensitive
πŸ’« Tekstur kulit lembut tetapi mudah kering, merengsa, kemerah-kemerahan, gatal dan pedih
πŸ’« Kulit mudah bertindak balas dengan kandungan produk, persekitaran dan makanan
πŸ’« Mudah naik ruam dan gatal-gatal

Jenis kulit kombinasi
πŸ’« Kulit kombinasi ialah mempunyai jenis kulit yang berbeza di bahagian zon-T dan p**i
πŸ’« Berminyak di bahagian zon-T (dahi, dagu dan hidung)
πŸ’« normal/kering di bahagian p**i

2. Mencuci muka dua kali sehari

Amalan mencuci muka adalah rutin utama dalam penjagaan kulit muka. Mencuci muka dua kali sehari sudah cukup dan tidak perlu terlalu kerap. Anda perlu cuci muka selepas bangun tidur pada waktu pagi dan cuci muka sebelum tidur pada waktu malam. Jangan terlalu kerap mencuci muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering dan iritasi kerana pencuci muka mempunyai bahan kimia. Selain itu, minyak semula jadi yang ada pada muka yang membantu melembapkan kulit akan terhakis. Pemilihan pencuci muka hendaklah daripada bahan yang lembut dan halus supaya tidak menghakis atau menegangkan kulit. Pilihlah pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.

3. Wajib memakai pelembap (moisturizer)

Lengkapkan rutin cucian muka dengan sapukan krim pelembap untuk mengembalikan kelembapan pada kulit muka anda. Pemakaian pelembab adalah sangat penting untuk wajah yang cantik, berseri, dan awet muda. Tahukah anda? Kulit yang kering akan berkedut lebih awal berbanding kulit yang lembab yang disapukan dengan pelembab secara konsisten setiap hari. Anda wajib memakai pelembab sekali pun anda duduk di dalam bangunan, terutamanya jika anda duduk didalam penyaman udara. Penyaman udara menyedut lembapan dari kulit dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering tanpa kita sedari.

4. Wajib memakai pelindung UV (Sunscreen)

Adalah penting untuk menggunakan sunscreen sebelum berada di luar, dan mengunakannya semula sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam, terutamanya apabila anda berenang atau berpeluh berlebihan. Pelindung matahari ini adalah sangat penting tidak kira sama ada anda sentiasa berada di dalam bangunan atau banyak menghabiskan masa di luar. Kita semua sedia maklum bahawa lapisan ozon kita semakin menipis dan tidak lagi mampu untuk menapis sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Oleh itu, pelindung UV adalah wajib untuk.pastikan kulit wajah anda sentiasa dilindungi dengan pelindung UV setiap hari.

5. Memilih produk penjagaan kulit muka yang bersesuaian

Pemilihan produk yang sesuai dengan kulit adalah dengan mengenalipasti bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam produk tersebut. Selain itu, pilihlah produk yang telah diuji secara klinikal supaya kandungan bahan aktif di dalam produk tersebut adalah efektif dan selamat untuk digunakan. Elakkan memakai produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Bahan kimia terlarang seperti, merkuri, paraben, SLS dan alcohol adalah antara bahan yang merbahaya kepada kesihatan anda. Terdapat pelbagai jenama produk penjagaan kulit yang berada di pasaran. Apa pun jenama pilihan anda, pastikan ianya selamat dari bahan kimia dan bahan pengawet merbahaya.

ADAKAH ANDA RUNSING JENIS KULIT APAKAH YANG ANDA MILIKI? KAMI BOLEH BANTU ANDA 🀍 πŸ’«

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI PERTANYAAN MENGENAI BLIESE, ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI WHATSAPP DAN FACEBOOK πŸ‘‡πŸ»
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani)
πŸ‘‰πŸ» 011-72651855 (Nisa)

17/06/2023

Guys Stop! Stop! Stop!
Lagi berapa hari nak raya haji and guess what? maksudnya apa?

RAYA HAJI PROMOTION! RAYA HAJI PROMOTION!
Kami bagi promo raya haji untuk korang semua
Dengan pembelian mana-mana 3 botol Bliese Wooden Cap korang akan dapat free postage!
Best tak best? mestilah best!

Korang boleh pilih mana mana tiga bauan yang korang s**a:
✨ Cherry Elison
✨ Forest Musk
✨ Tropical Buffet
✨ Morning Gates
✨ Love Page
✨ Honey Havana
✨ Coffee Casablanca
✨ Victoria Vanila
✨ London Lavender
✨ Lemon Lisbon
✨ Sakura Osaka
✨ Perth Pandan
✨ Sydney Strawberry
✨ Amsterdam Apple
✨ Aya Sophia

Rugi kalau tak grab untuk promotion raya haji ni! korang boleh dapat FREE POSTAGE!

Promo bermula: 20 Jun - 3 Julai 2023

Tunggu apa lagi? mari WhatsApp kami untuk grab
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)

16/06/2023

KELEBIHAN LIDAH BUAYA (ALOE VERA) ✨

Lidah buaya atau aloe vera sudah menjadi herba yang cukup sinonim bagi merawat luka dan sunburn. Sifatnya yang cantik serta mudah untuk dijaga juga menjadikan herba ini sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan. Lendir atau gel yang terkandung dalam lidah buaya juga sangat pop**ar digunakan untuk kecantikan kulit. Ia juga biasanya dikisar dan diamalkan sebagai jus bagi meningkatkan kesihatan. Jus lidah buaya padat dengan pelbagai kebaikan vitamin dan mineral penting seperti vitamin B-12 ,C, E dan asid folik.

Dengan pelbagai kajian yang dijalankan, lidah buaya yang juga sinonim dengan nama aloe vera ini juga memberikan banyak kebaikan pada kesihatan antaranya:

1. BAIK UNTUK KESIHATAN KULIT

Lidah buaya sudah menjadi bahan asas yang tidak asing lagi dalam produk pembersih peribadi dan kosmetik kerana kebaikannya pada kesihatan dan kelembapan kulit. Daunnya yang kaya dengan kandungan air dan pelbagai mineral serta komponen tumbuhan yang dipanggil karbohidrat kompleks menjadikannya sebagai bahan yang sesuai untuk mencegah keradangan dan meningkatkan kelembapan kulit.

2. MENSTABILKAN PARAS GULA DALAM DARAH

Berdasarkan sebuah kajian, pengambilan 2 sudu gel lidah buaya setiap hari membantu dalam menstabilkan kadar gula dalam darah pada paras yang normal. Namun, pesakit diabetes perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum amalkan lidah buaya kerana ia dikatakan dapat menyebabkan hypoglycemia jika diambil sekali dengan ubat kawalan kencing manis.

3. MEREDAKAN PEDIH ULU HATI

Juga dikenali sebagai refluks asid, pedih ulu hati merupakan masalah kesihatan yang berlaku ketika asid perut berbalik kepada esofagus sehingga menyebabkan keradangan.
Kajian terkini mendapati khasiat lidah buaya baik untuk diamalkan bagi pesakit pedih ulu hati bagi mengurangkan simptom penyakit ini tanpa memberikan sebarang kesan sampingan.

4. SUMBER ANTIOKSIDA YANG BAIK

Kebaikan antioksida yang dijumpai dalam aloe vera iaitu polifenol didapati sangat baik dalam melawan pembiakan bakteria yang menyebabkan jangkitan dalam badan. Lidah buaya juga cukup dikenali dengan sifat antibakteria dan antiseptik sebagai rawatan alternatif bagi meredakan pelbagai masalah kulit dan merawat luka.

5. MEMBANTU UNTUK MENYEMBUHKAN LUKA DENGAN SEGERA

Penggunaan lidah buaya bagi merawat luka akibat terbakar atau kecederaan kecil sudah biasa diamalkan oleh generasi terdahulu. Sebuah kajian turut mencadangkan penggunaan lidah buaya sebagai rawatan berkesan bagi merawat luka akibat terbakar pada tahap satu dan tahap dua (first and second degree burns) dan ia dapat meredakan luka akibat terbakar dalam tempoh yang lebih segera berbanding ubatan biasa. Tidak hanya itu, lidah buaya juga dapat meredakan simptom luka seperti jangkitan, kemerahan dan kegatalan.

ADAKAH ANDA INGIN MENGETAHUI LAGI INFO MENARIK? KAMI BOLEH BANTU ANDAπŸ’«
TERUSKAN MENGIKUTI PERKEMBANGAN” BLIESE NINIπŸ₯°

SEBARANG PERTANYAAN ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI FACEBOOK ATAUPUN WHATSAPP πŸ’«
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani)
πŸ‘‰πŸ» 011-72651855 (Nisa)

15/06/2023

Hello Everyone!
Siapa kata Bliese Wooden Cap ni hanya sesuai untuk penggunaan di kereta sahaja?!

Kalau nak tahu, Bliese Wooden Cap pun boleh letak di lokasi lain selain dalam kereta.
Contohnya, dalam rumah kita di ruang tamu, bilik tidur, dapur, tandas pun boleh tau korang!
Kalau nak letak di office pun boleh, ambil mood pagi pagi hidu bauan Bliese terus semangat nak buat kerja!

Jangan risau Bliese ni selamat untuk digunakan dimana mana!

✨ BEBAS DARI VOC & PHTALATES
✨ MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DAN PATI BERKUALITI TINGGI YANG DIIMPORT
✨ MENDAPAT KELULUSAN DARI IFRA

Dimana mana sahaja korang WAJIB letak bliese! Janji tau?

Jom dapatkan Bliese Wooden Cap kes**aan korang sekarang!
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani) / 011-72651855 (Nisa)

14/06/2023

KEBAIKAN MENANAM POKOK BUNGA DI HALAMAN RUMAH 🌹

Ramai rakyat Malaysia sudah mula mencipta hobi baru iaitu menanam pokok di sekeliling rumah. Tidak kira tua atau muda, ia sudah menjadi hobi yang menarik untuk diusahakan. Hobi menanam tumbuhan sebenarnya memberi kelebihan kepada manusia. Kelebihan yang dimaksudkan ialah kesihatan diri tidak kira dari segi fizikal mahupun mental. Banyak faedah yang boleh kita perolehi dengan menanam pokok bunga di kawasan rumah kita antaranya:

πŸͺ΄ Tambah Oksigen Untuk Bernafas

Tumbuhan Hijau adalah pembawa oksigen terbesar di bumi ini. Tumbuhan – tumbuhan akan mengurangkan karbon dioksida yang akan menyebabkan kepanasan berlebihan sekeliling alam.

πŸͺ΄ Kurangkan Kebisingan

Penanaman tanaman di sekeliling pagar adalah penyelesaian praktikal untuk rumah yang berada di tepi jalan atau di kawasan yang sentiasa sibuk dan padat dengan aktiviti kenderaan bermotor, kerana tumbuhan ini dapat mengurangkan bunyi bising yang dihasilkan daripada bunyi kenderaan dan mampu menapis habuk yang masuk ke dalam rumah supaya rumah anda sentiasa bersih. Jenis tumbuhan yang sesuai untuk ditanam untuk keadaan ini ialah tumbuhan jenis renek.

πŸͺ΄ Penyejukan Semulajadi

Pokok anggur jenis ini boleh digunakan sebagai penutup dinding rumah yang bersentuhan langsung dengan cahaya matahari. Cahaya matahari secara langsung akan membuatkan suhu dalam rumah meningkat, justeru menanam pokok anggur setebal kira-kira lima sentimeter dapat mengurangkan haba yang masuk ke dalam rumah, supaya kerja-kerja penghawa dingin tidak terlalu berat dan juga menjimatkan penggunaan elektrik.

πŸͺ΄ Menyimpan air bawah tanah

Air hujan yang jatuh terus ke tanah akan hilang begitu saja jika tiada akar tumbuhan yang mengikatnya. Dengan hujan yang tidak menentu dan musim kemarau yang semakin tidak menentu, anda boleh menjangka ketersediaan air dengan menanam tumbuhan di halaman rumah anda. Baki tanah di rumah boleh dijadikan takungan air semula jadi.

ADAKAH ANDA TERTANYA-TANYA JENIS POKOK APAKAH YANG SESUAI UNTUK DITANAM DISEKITAR RUMAH? KAMI BOLEH BANTU ANDA ☺️

ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI DI FACEBOOK ATAUPUN WHATSAPP πŸ‘‡πŸ»
πŸ‘‰πŸ» 011-11236158 (Hazwani)
πŸ‘‰πŸ» 011-72651855 (Nisa)

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Segamat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Hello! Have a nice day everyone!Anda tahu tak Bliese adalah produk tempatan?Ya! Bliese adalah syarikat wangian Malaysia!...
COMING SOON!!! 🫣🫣🫣

Telephone

Website

Address


Segamat
85000

Opening Hours

Monday 09:00 - 20:00
Tuesday 09:00 - 20:00
Wednesday 09:00 - 20:00
Thursday 09:00 - 20:00
Friday 09:00 - 20:00
Saturday 09:00 - 20:00

Other Spa, Beauty & Personal Care in Segamat (show all)
BB Cushion Zafesha BB Cushion Zafesha
Segamat, 85000

RESELLER DI ZAFESHA NETWORK & MARKETING SDN BHD (SSM 1225442-U) KEKAL CANTIK WALAU DI MUSIM MENCABA

Thu ThαΊ£o Boutique Thu ThαΊ£o Boutique
IOI SEGAMAT
Segamat

Cheap, off-the-shelf fashion clothes, shoes and handbags πŸ€—segamat johor malaysia 🌻

Nurin Beauty Spa Nurin Beauty Spa
Segamat, 85000

#Nurinbeautyspa *JOMkitacantiksamasama*

Cantik Glowing II Cantik Glowing II
Jalan Utama 2/4, Taman Utama
Segamat, 85000

Krim foundation membantu para wanita dan ibu-ibu dalam mengatasi masalah kulit muka terutama masalah jeragat, kusam dan tona tak sekata. . Zafesha Network And Marketing Sdn Bhd (12...

Tips Wanita Cantik Tips Wanita Cantik
ZAFESHA NETWORK AND MARKETING SDN BHD, Jalan Utama 2/4, Taman Utama
Segamat, 85000

Membantu wanita berusia 30 tahun dan keatas untuk kekal cantik dan berseri dengan Tips, Amalan (ruti

Kulit Jelita Kulit Jelita
Segamat, 85000

Agen sah berdaftar dengan syarikat Zafesha Simply Hq Malaysia.

Alisa beauty studio Alisa beauty studio
No 19 Atas Ptd 10217 Jalan Yayasan 1/5 Taman Yayasan Buloh Kasap 85000 Segamat
Segamat, 85101

pentanyaan lanjut tekan messenger

Wajah Manis Ayu Wajah Manis Ayu
Segamat, 85000

RESELLER DI ZAFESHA NETWORK & MARKETING SDN BHD (SSM 1225442-U) KEKAL CANTIK WALAU DI MUSIM MENCABAR INI DENGAN ZAFESHA SIMPLY

BBBeauty_2020 BBBeauty_2020
Jalan Putra 2/27, Bandar Putra
Segamat, 85000

Authorised The Raw Dropship The Raw is the first local "active-concentration" concept cosmetic formulated by a Board Certified Pharmacist that aims to not ripping off your pocket!

Seri Manis Ayu Zafesha Seri Manis Ayu Zafesha
ZAFESHA NETWORK & MARKETING SDN BHD (SSM1225442) NO 13 TINGKAY 1, Jalan UTAMA 2/4 TAMAN UTAMA
Segamat, 85000

KRIM 5 DALAM 1

NOIR Segamat NOIR Segamat
Segamat, 85000

Agent Noir Segamat Membantu untuk menyelesaikan masalah kulit andaοΏ½

Cantik Idaman VSpire Cantik Idaman VSpire
Segamat, 85000