Mulaqa Bookstore

Sebuah kedai buku yang dimiliki oleh Akademi Jawi Malaysia.

Photos from Mulaqa Bookstore's post 02/09/2024

Penterjemahan karya ini merujuk kepada bahagian pertama daripada kitab yang berjudul Kitab al-'Arba'in fi Usul al-Din yang ditulis oleh Imam al-Ghazali. Adapun Kitab al-'Arba'in sebenarnya merupakan karya lanjutan daripada kitab Jawahir al-Qur'an. Oleh itu, dalam kebanyakan edisi manuskrip, Kitab al-'Arba'in biasanya dijumpai bersama naskhah Jawahir al-Qur'an.

Anda boleh dapatkan karya terjemahan ini dengan menghubungi kami wasap.my/601155027452 ataupun meneroka laman web kami akademijawi.my/mulaqabookstore

**********
Mulaqa Bookstore merupakan bahagian jualan dan pengedaran bagi Akademi Jawi Malaysia. Kami bertanggungjawab untuk mengedarkan judul-judul terbitan Akademi Jawi Malaysia serta rumah penerbitan rangkaian kami seperti Rihla Media, Halaqah Muamalah, Wadi al-Irfan, Zawiyah Nasiriyyah, Baytul Hikma dan pelbagai lagi.

24/08/2024

Majlis Bicara Buku, bersama DS Zainiy Ujang dan Prof Dr Muhammad Zainiy Uthman membicarakan buku Prologue to the Commentary on the Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri

21/08/2024

Pagi ini, Mulaqa Bookstore @ Akademi Jawi Malaysia menerima kunjungan saudara Hafiz dan saudara Amar dari Kuala Pilah. Buku yang menjadi pilihan mereka pada hari ini ialah buku berkait sejarah ulama di Alam Melayu seperti Shaykh Abdullah Fahim: Ulama' Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dan Perjuangan Kebangsaan dan Jejak Awliya' Negeri Sembilan.

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ค๐ž๐๐š๐ข ๐›๐ฎ๐ค๐ฎ ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐๐ข ๐ฉ๐š๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐›๐š๐ง๐ฒ๐š๐ค ๐ญ๐š๐ฐ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ฃ๐ฎ๐๐ฎ๐ฅ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข๐ค:
https://www.akademijawi.my/mulaqabookstore

Jemput ziarah ke kedai kami di lokasi berikut:

๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐‰๐š๐ฐ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐’๐๐ง ๐๐ก๐
8, Jalan Puteri 2A/6,
Bandar Puteri Bangi,
43000 Kajang, Selangor

https://goo.gl/maps/xptiLhXrLYSg5PhP9

๐–๐š๐ค๐ญ๐ฎ ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข:
Isnin-Jumaat | 9.00pagi-6.00petang

19/07/2024

"Waba'dahu kemudian daripada itu maka inilah suatu risalah pada menyatakan hukum qanun iaitu segala negeri yang besar-besar dan segala negeri yang kecil-kecil dan segala raja yang besar-besar dan pada adat yang takluk dan dusun dan anak sungai supaya menafa'at atas negeri dan raja-raja itu.

Maka hendaklah ia menjadikan orang besar-besar akan gantinya itu supaya tiada datang mashgul kepadanya lagi, insyaAllah Ta'ala.

Adapun pada segala raja-raja itu, pertama menjadikan Datuk Bendahara, kedua Datuk Temenggung, ketiga penghulu Bendahari, keempat menjadikan Syahbandar, maka terpeliharalah segala raja-raja itu dengan segala rakyatnya."

๐™ƒ๐™ช๐™ ๐™ช๐™ข ๐™†๐™–๐™ฃ๐™ช๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™ก๐™–๐™ ๐™–, Penerbitan Perbadanan Muzium Melaka, 1995.

Photos from Mulaqa Bookstore's post 15/07/2024

๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐˜†๐—ฎ ๐—™๐—ฎ๐—น๐˜€๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฏ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐€๐ซ๐ฌ๐ฒ๐š๐ ๐Œ๐จ๐ค๐ก๐ญ๐š๐ซ

Karya terjemahan oleh seorang ilmuan penting dalam tradisi ilmiah Islam, Shaykh al-Rais Abu 'Ali al-Husayn Ibn Sina yang disempurnakan oleh saudara Arsyad Mokhtar antara yang boleh didapati di Mulaqa Bookstore. Berikut sedikit petikan daripada bahagian ๐˜š๐˜ช๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜“๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช ๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ ๐˜‹๐˜ช๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข iaitulah sebahagian daripada Kitab al-Siyasah:

"Hendaklah seseorang yang mengambil berat dalam mengenal kebaikan dan keaiban dirinya sendiri untuk menilik akhlak orang lain, memerhatikan perangai dan kelakuan mereka, serta merenung kebaikan akhlak dan keburukan mereka, seraya membandingkannya dengan dirinya sendiri di samping mengetahui bahawa dirinya itu sama saja seperti orang lain sebagaimana mereka juga sama dengan dirinya; kerana sesungguhnya manusia itu sama jua, bahkan setara seperti bilah-bilah mata sikat.

Maka apabila dia melihat pada mereka sifat yang bagus, maka ketahuilah pada dirinya juga ada sifat yang sama, bezanya apakah jelas atau tersembunyi. Sekiranya jelas nyata, maka hendaklah dia berterusan menjaga dan membugarnya sehingga tidak hilang dan mati. Seandainya sifat baik itu tersembunyi, maka hendaklah dia berusaha bersungguh-sungguh mencungkil dan menghidupkannya serta sentiasa membangkitkannya kerana sesungguhnya ia akan bangkit dengan usaha yang paling ringan dalam waktu yang paling singkat."

15/07/2024

"Untuk menjurus kepada pokok persoalan eloklah kita lihat selayang terbang akan perbendaharaan sastera tradisi kita. Secara ringkas dapat kita golongkan bahawa sastera tradisi itu terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu, yang berbentuk prosa dan berbentuk puisi. Dua bentuk utama ini; ada yang disampaikan dengan tulisan dan masih banyak lagi dengan lisan. Sastera lisan ini masih banyak yang belum terkumpul dan sedang menempuh proses kelenyapan dengan datangnya pengaruh teknologi Barat dan idea-idea Barat yang memandang sesuatu yang bersifat tradisi itu rendah; apalagi tradisi itu kepunyaan anak jajahannya.

Namun begitu, pada masyarakat pedalaman, tradisi sastera lisan ini masih ada sisa-sisanya lagi, umpamanya cerita-cerita, nyanyian-nyanyian dan puisi yang digunakan dalam satu-satu upacara dan ritual. Bagi saya, tidak ada pandangan tinggi rendah terhadap moden dan tradisi itu, melainkan sesuatu yang tinggi nilainya dalam sastera tradisi itu tetap bermutu dan sesuatu yang jelek dari sastera moden itu tetap tidak bermutu."

Petikan dari ๐˜œ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ถ๐˜ณ-๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ถ๐˜ณ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด๐˜ช ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ถ๐˜ช๐˜ด๐˜ช ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข dalam A. Wahab Ali, ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐— ๐—ผ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป, (Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2004).

12/07/2024

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ, ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜€ & ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ญ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ต ๐—ฆ๐—ผ๐—ณ๐—ถ๐—ฎ๐—ต (๐—ฅ๐—ญ๐—ฆ-๐—–๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ) ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ถ๐—น๐—บ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐˜€๐—น๐—ถ๐—บ (๐—›๐—”๐—ž๐—œ๐— )

Menyorot sejarah yang panjang, para pendiri ketiga-tiga institusi; AJM, RZS-CASIS dan HAKIM sudah membina perhubungan yang utuh sejak sekian lama. Selain berkongsi minat keilmuan yang serupa, bidang keupayaan dan kepakaran juga saling dikongsi dalam usaha menyemarakkan tradisi intelektual yang panjang.

Oleh hal yang demikian, selain menerbitkan buku-buku sendiri dalam pelbagai bidang ilmu; AJM melalui Mulaqa Bookstore juga ada mengedarkan Siri Islam, Sains dan Peradaban terbitan RZS-CASIS - HAKIM sepertimana berikut:

1. Selected Works
2. On the Love of Books in the Islamic Tradition
3. Sufism and the 19th Century Reform Movement in West Africa
4. Himpunan Karya Pilihan
5. Islam dan Sekularisme
6. Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini
7. Shariah And Built Environment
8. Pemikiran Pendidikan Imam Abu Hanifah Al-Nuโ€˜man: Al-'Alim Wa Al-Mutaโ€˜alim
9. Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu
10. Al-Biruni's Treatise On Eclipses

Judul-judul seperti:
1. Syed Muhammad Naquib al-Attas: His Philosophical System and Conceptions of Humanity, History and Civilization
2. Peranan Universiti: Pengislaman Ilmu Semasa
3. Penghakiman Bersejarah Mahkamah Agung Pakistan Berkenaan Riba
juga adalah sebahagian daripada siri yang amat bermanfaat ini.

Nantikan perkongsian kami berkenaan terbitan RZS-CASIS dan HAKIM pada hantaran yang akan datang! โœจ

10/07/2024

"Maka daripada sekalian yang telah kita bincangkan itu dapatlah diambil kesimp**an bahawa pengetahuan agama dengan sifat yang sebenar-benarnya sangatlah mustahak diberi atau diperoleh bagi tiap-tiap seorang, supaya mereka tahu akan dia dengan ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข yang sampai mendapat isinya. Itulah mustahak yang pertama sekali.

Kemudian setelah ada ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ขnya itu maka mustahak yang kedua hendaklah p**a seseorang itu berpegang kepada agama dan kepada ajaran-ajarannya yang ia telah tahu itu dengan pegangan ๐‘–๐‘š๐‘Ž๐‘› berserta ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘™ sekali seboleh-bolehnya setelah ada kedua-dua syarat ini baharulah boleh terbuka pintu selamat dengan seluas-luasnya dari segala agama, dan jika orang Islam baharu ia boleh sampai menghasilkan faedah-faedah dan tujuan yang dimaksudkan oleh agama Islam."

Za'ba, ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ต๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ถ, ms 41.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.
Cetakan pertama, 1989.

09/07/2024

๐—ž๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—น๐—บ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐˜๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ถ๐—ต๐—น๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ ๐— ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—พ๐—ฎ ๐—•๐—ผ๐—ผ๐—ธ๐˜€๐˜๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ

Alhamdulillah, Mulaqa Bookstore amat bertuah kerana kami diberikan kepercayaan penuh oleh Rihla Media untuk mengedarkan pelbagai judul penerbitan berbentuk kajian & penulisan ilmiah oleh beberapa ilmuan muda.

Antara judul yang dimaksudkan termasuklah:
โ€ข Pemikiran Tasawwuf Muhammad Khatib Langgin
โ€ข Pemikiran Tasawwuf Sunan Bonang
โ€ข Mutiara Hikam: Huraian Kitab al-Hikam al-'Ataiyyah
โ€ข Pemikiran Keadilan Raja 'Ali Haji
โ€ข Fardu Ain dan Fardu Kifayah Dalam Kurikulum Pendidikan Islam
โ€ข Makna dan Pemikiran al-Kasb Menurut Imam al-Shaybani
โ€ข dan Tasawuf Dan Tragedi

Rihla Media diasaskan antaranya oleh Dr. Rizky Febrian dengan tujuan menyebarluaskan penulisan-penulisan yang membicarakan tema-tema penting dalam pemikiran dan tamadun Islam. Selain itu, Rihla Media juga ada menerbitkan matan-matan asasi dalam tradisi intelektual Islam. Mereka juga terlibat dalam memasarkan kembali buku-buku nadir dan terpakai dalam bidang yang sama. Nantikan hantaran kami yang akan datang! ๐Ÿ˜„

Rihla Media | Dr. Rizky Banjary | Rihla Bookstore

05/07/2024

"Kita memang menyedari bahawa bukan ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘Ž sains dan teknologi Barat itu semestinya bertentangan dengan agama. Akan tetapi ini tiada berma'na bahawa kita harus menerima tanpa berwaspada memeriksa teori-teori sains dan falsafah yang bergandingan dengan sains dan teknologi, dan sains dan teknologi itu sendiri, tanpa memahami apa-apa urutan yang tersirat dalamnya, dan memastikan sahnya nilai-nilai yang berikutan dengan teori-teori itu. "

Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, ๐“๐ข๐ง๐ฃ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐‘๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ข ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐š๐ง ๐๐š๐ง๐๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ฅ๐š๐ฆ, ms 70.

03/07/2024

๐— ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—พ๐—ฎ ๐—•๐—ผ๐—ผ๐—ธ๐˜€๐˜๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐˜‚-๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ญ๐—ฎ๐˜„๐—ถ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฟ๐—ถ๐˜†๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ธ๐—ต ๐—ก๐—ฎ๐˜‡๐—ฟ๐˜‚๐—น ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฟ

Selain menjual dan mengedarkan buku-buku terbitan Akademi Jawi Malaysia, Mulaqa Bookstore yang merupakan sayap jualan & pengedaran kami juga diberikan kepercayaan penuh oleh Shaykh Nazrul Nasir untuk mengedarkan judul-judul terbitan Zawiyah Nasiriyyah karangan beliau.

Antara judul-judul yang masih tersedia termasuklah:
โ€ข al-Amdad al-Fayyadah
โ€ข Fath al-Wadud bi-Tarjamah wa Ta'liq
โ€ข Himpunan Dua Risalah Tasawwuf: Risalah al-Usul & Hikam Kurdiyyah
โ€ข Mursyid al-Zuwar ila Ziyarah al-Akhyar
โ€ข Gurindam Isra' dan Mi'raj Perjalanan Indah Nabi Barakah
โ€ข Nazam Idaman Hati
โ€ข dan Fath al-Muta'alli

Selain itu, kami juga pernah mengedarkan judul-judul seperti:
โ€ข Tarjiz al-Liwa al Mu'allam
โ€ข Tanbih al-Alibba
โ€ข Al-Shamil fi Khulasah al-Shama'il
โ€ข Hikayat Malam Dari Kekasih Kepada Kekasih

Kami amat berbesar hati dapat berkhidmat menyebarluaskan karangan-karangan yang penting dan bermakna ini. Semoga kerjasama yang terjalin akan berkekalan selamanya InshaAllah. Syeikh Nazrul Nasir | Zawiyah Nasiriyyah Institute | Dar Nasiriy

29/06/2024

Majlis Bicara Buku, Hall al-Zill
bersama Datuk Seri Zaini Ujang dan Prof Dr Muhammad Zainiy Uthman

Bahasa Jฤwฤซ dan Galurannya kepada Baginda Nabฤซ แนฃallฤ Allฤhu โ€˜alayhi wa sallam 09/06/2024

Karangan mengenai sejarah Bahasa Jawi dan galurannya kepada baginda Nabi Muhammad แนฃallฤ Allahu โ€˜alayhi wa sallam mendapat perhatian semula.

Jemput baca dan kongsikan:
https://www.akademijawi.my/post/bahasajawidangalurannya

Bahasa Jฤwฤซ dan Galurannya kepada Baginda Nabฤซ แนฃallฤ Allฤhu โ€˜alayhi wa sallam Daripada zamฤn ke zamฤn, bahasa Jฤwฤซ berkembang menjadi bahasa keโ€˜ilmuan dan setiap satu zamฤn.

25/05/2024

Majlis Bicara Buku bersama Dato Seri Zaini Ujang dan Prof Muhammad Zainiy Uthman membicarkaan buku Hall a-Zill, Nur al-Din al-Raniri

19/05/2024

๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š๐ค๐š๐ก ๐ซ๐ž๐ฏ๐จ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐ž๐ญ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐ฅ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ก ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ค๐ข๐ญ๐š๐› ๐‰๐š๐ฐ๐ข?

Tahukah anda kebanyakan kitab Jawi turath yang beredar di pasaran masa kini mempunyai kisahnya yang tersendiri?

Siapakah yang bertanggungjawab mengusahakan percetakan kitab Jawi yang berasal dari catatan tangan (manuskrip)?

Haqiqatnya, kitab-kitab Jawi karangan para ilmuwan yang banyak terdapat di rantau ini pada zaman kita sekarang tidak diwarisi dengan mudah.

Ada perjuangan yang perlu dituntut. Ada usaha yang perlu gerakkan.

Shahdan sejarah perjuangan inilah yang perlu diketahui dan direnung kembali oleh qawm Muslimin di rantau ini agar dapat p**a memberi suntikan semangat baharu bagi mendepani cabaran-cabaran mendatang.

Melalui buku Rengkahan Jawi: Sejarah Perusahaan Kitab Abad ke-19, penulis menghuraikan tentang perusahaan kitab Jawi yang dijalankan pada abad ke-19 dan bagaimana kedatangan teknologi seperti alat cetak memberi wajah baharu kepada rantaian perbukuan di Alam Melayu pada abad tersebut.

Dari tirai sejarah, โ€˜Revolusi Gutenbergโ€™ pada abad ke-15 di Barat telah mengakibatkan satu gelombang perubahan pemikiran secara besar-besaran yang bercirikan 'epistemological revolutionโ€™ kepada orang-orang barat. Bahkan kesannya ketara pada dunia.

Maka, timbul p**a persoalan bagaimanakah kesan revolusi percetakan ini kepada karya ulama Jawi yang bertulis tangan pada ketika itu.

Siapakah yang me memulakan daya usaha percetakan sehingga kita dapat mengambil manfaatnya pada hari ini?

Apakah cabaran yang mereka lalui dalam menggerakkan perusahaan kitab Jawi ini?

Bagi mendapatkan pencerahan akan segala persoalan ini, dapatkan buku terbitan terbaharu kami!

Sedia menemui anda di PBAKL 2024

**
Jumpa kami di Dewan Tun Razak 3,
3060-3063
Akademi Jawi Malaysia โ€“ Taman Pustaka

16/05/2024

๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฌ๐จ๐š๐ฅ-๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐›

Sedarkah anda, salah satu jalan belajar itu adalah dengan soal-jawab?
Sanya, membangkitkan persoalan-persoalan yang betul lagi benar itu akan membantu kita menghaturkan ma'lumat dengan tersusun justeru dapat memudahkan pemahaman.

Shahdan, inilah keistimewaan buku baharu kami yang kedua berjudul Masโ€™alah Hal2 Agama.

Masโ€™alah Hal2 Agama memuatkan buah qalam Tuan Guru Ustฤdh แธคฤji Muแธฅammad Sammฤn Kati yang dikarang pada asalnya menggunakan Bahasa Jawi dalam bentuk soal-jawab.

Buku ini dipersembahkan semula dalam rumi, merangkumi 106 persoalan berkenaan puasa dan solat, kenabian dan sifat-sifat Tuhan, madhhab dan ijtihad.

Sudut persoalan yang dibangkitkan dapat mengajak kita berfikir dengan halus serba-serbi perihal kehidupan harian dan amal ibadah yang kita laksanakan.

Masโ€™alah Hal2 Agama sedia menemui pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.

Jumpa kami di
Dewan Tun Razak 3
3060-3063
Tandakan kiriman ini dan jangan terlepas untuk membacanya!

14/05/2024

Bagaimanakah sastera memberi maโ€™na dalam kehidupan Muslim masakini?

Hakikatnya, jarang sekali karya sastera dapat memberi pengalaman pembacaan yang berma'na kepada diri pembaca.

Mungkin juga di antara kita yang tidak dapat mendalami nikmat yang dikecap sewaktu membaca karya sastera

Malah ada yang tidak dapat memahami apakah hubungan sastera dengan ma'na kepada dirinya meskipun sudah seringkali kita menikmati pembacaan sastera berbahasa Melayu.

Namun itulah yang cuba dihadirkan oleh Mohd Affandi Hassan menerusi, Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid, Edisi Kedua.

Buku ini membahath, menghurai dan membicarakan satu genre baharu kesusasteraan yang dikemukakan dalam arena kesusasteraan kontemporari iaitu pendidikan estetika.

Penelitian dan kupasan pengarang terhadap isu yang dibangkitkan tidak terlepas daripada sudut pandang alam Islam yang bersifat Tauhid dalam memberi maโ€™na kepada kehidupan manusia yang beradab.

Istimewanya cetakan Edisi Kedua ini menampilkan Bab Pengenalan oleh Profesor Madya Dr Mohd. Zariat Abdul Rani yang membicarakan secara tuntas tentang permasalahan yang dihadapi oleh kesusasteraan Melayu moden.

Justeru, buku ini pastinya membuka sisi-sisi persoalan baharu dalam merenung kembali sastera, sekaligus memberikan jawaban terhadap persoalan pertama di atas.

Buat pencinta sastera, ini buku yang wajib anda baca!

Jangan terlepas untuk mendapatkan buku ini di khemah Akademi Jawi Malaysia-Taman Pustaka bernombor 3060-3063 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

30/04/2024

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐Ž๐Œ๐๐Ž๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐

Pelanggan yang dihormati,

Nombor telefon bahagian Jualan & Pengedaran, Akademi Jawi Malaysia telah bertukar ke nombor baharu.

Kami boleh dihubungi melalui nombor berikut:
+6011-55027452 (Telefon, WhatsApp, Telegram)

Terima kasih

Bahagian Jualan & Pengedaran
Akademi Jawi Malaysia Sdn Bhd
No tel: +6011-55027452
E-mel: [email protected]

Photos from Mulaqa Bookstore's post 29/04/2024

Sejumlah untaian nathr dan shaโ€˜ir (bahasa Inggeris: Proem) pengarang ditampilkan dengan khat Naskh, dan rangkap setiap shaโ€˜ir itu disusun bersebelah-sebelahan mengikut cara-gaya tradisi Jawi dengan hiasan โ€˜bintangโ€™ di antara rumah barisnya.

Adakah anda telah mendapatkan Risalah Untuk Kaum Muslimin Jawi?

26/04/2024

Akan Terbit!

Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid, Mohd. Affandi Hassan
Edisi Kedua

Edisi baharu buku ini menampilkan Bab Pengenalan oleh Profesor Madya Dr Mohd. Zariat Abdul Rani yang membicarakan secara komprehensif tentang permasalahan yang dihadapi oleh kesusasteraan Melayu moden, serta jalan penyelesaian yang dikemukakan oleh Mohd. Affandi Hassan melalui Persuratan Baru.

Nantikan kemunculan buku ini tidak lama lagi!

24/04/2024

Dengan ibarat yang lain bahawa puasa cara Islaฬ„m itu mestilah juga melatih diri kita menahan daripada segala dorongan nafsu yang tiada baik dan yang kurang baik, dan daripada segala jenis bersedap-sedap pada masa puasa itu, sama ada bersedap-sedap yang hฬฃalaฬ„l pada waqtu-waqtu tiada puasa, apa lagi yang tiada hฬฃalaฬ„l atau yang mendatangkan dosa. Maka tidaklah memadai puasa itu jika seqadar menahan diri daripada kesedapan tekak dan selera pada siang hari sahajaโ€“โ€“iaitu daripada makan minum, menghisap rokok, mencium bau-bauan, dan lain-lain seumpama itu sahaja; melainkan hendaklah juga menahannya daripada segala kemahuan nafsu dan hawaฬ„ dan daripada apa-apa yang memuaskan kemahuan itu.

Asuhan Budi, Zaโ€™ba

๐ƒ๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐๐ฎ๐๐ข ๐๐ข ๐ฉ๐š๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ:
https://www.akademijawi.my/product-page/asuhan-budi-kulit-keras

24/04/2024

"The foregoing discussion has clarified the nature of Malay-Jawi ๐‘ โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿโ„Ž characterizing the wide-ranging commentary in Malay-Jawi works. An attempt has been made to present the typology of the Malay-Jawi ๐‘ โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿโ„Ž which consists of classification by category, size and degree. Some peculiar features of the Malay-Jawi ๐‘ โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿโ„Ž have been brought forward so that the genre's basic aspects at the very least meet the requirements of the generic notion of ๐‘ โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿโ„Ž. By virtue of that very fact, the Malay-Jawi ๐‘ โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿโ„Ž possesses such a complete range of features in the realm of ๐‘ โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿโ„Ž, which has explicitly indicated the importance of the genre towards the heritage of Malay-Jawi literature and the continual process of Islamization in the Malay World which will be touched in brief below."

๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ต: ๐—ง๐—ต๐—ฒ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ผ๐—ณ ๐—–๐—ผ๐—บ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐˜† ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†-๐—๐—ฎ๐˜„๐—ถ ๐—Ÿ๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฒ, pp. 128-129

*****
Karangan Dr. Che' Razi Jusoh berkenaan tradisi ๐‘ โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿโ„Ž dalam persuratan Melayu-Jawi ini amat penting dalam usaha mengenengahkan tradisi keilmuan bangsa kita. Karangan ini merupakan salah satu usaha penerbitan Akademi Jawi Malaysia pada awal tahun 2024 bagi meneruskan tekad kami untuk menerbitkan judul-judul yang bermutu. Nantikan penerbitan 2024 kami yang seterusnya!

๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜‚ ๐— ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—พ๐—ฎ @ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ:
๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ - ๐Ÿด.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ
https://maps.app.goo.gl/HDTohEUip6zczP5T8

19/04/2024

Kedekut-bakhil, riyak dan sumโ€˜ah, mengungkit-ungkit pemberian, sombong, ujub dan takbur adalah bahaya dan bentuk penyakit hati. Sedangkan matlamat hidup kita di dunia ini sebagai persediaan bagi kehidupan akhirat yang abadi. Bagaimana seseorang hamba itu dapat memulihkan diri dan menyucikan hartanya agar dapat kembali kepada keadaan dirinya yang asal (fitฬฃrah)?

Qalam Penterjemah,
Hakikat Zakat dan rahsia-rahsia di Sebaliknya

18/04/2024

Barang apa yang disuruh dan dis**ai oleh Tuhan akan kita berbuatnya itu tetaplah ada faโ€™idahnya bagi kebajikan diri kita dunyaฬ„ aฬ„khirat, jika dikerjakan dengan cukup memberatkan segala maqsudnya yang sebenar serta dengan cukup ikhlaฬ„sฬฃ yaโ€˜ni bukan hanya bagi tujuan berharap akan mendapat pahala dan balasan shurga. Akan tetapi orang yang berpuasa dengan tidak menghiraukan kehendak tujuan-tujuannya yang bagus itu bagi membaiki ruฬ„hฬฃaฬ„niฬ„ atau kebaฬ„tฬฃinan diri sekurang-kurangnya, tetaplah ia hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja, walau pun cukup betul dijaga segala sharatฬฃ rukunnya seperti yang ditentukan dalam kitaฬ„b-kitaฬ„b โ€˜ulamaฬ„โ€™ pada masing-masing madhhabnya.

๐ƒ๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง:
https://www.akademijawi.my/product-page/asuhan-budi-kulit-keras

17/04/2024

Maka perkara-perkara yang tersebut bukankah telah nyata terpelencong daripada garisan atau sempadan yang asฬฃal. Pada ketika itu, hilanglah tujuan Hari Raya yang mulia itu. Manakala hilang tujuannya dan luput maqsฬฃuฬ„dnya, maka hilang dan terhapuslah segala faฬ„โ€™idahnya dan hฬฃikmah-hฬฃikmah yang terkandung di dalamnya, maka tertinggallah Hari Raya itu zฬฃaฬ„hirnya atau nama sebutannya sahaja, tetapi hฬฃaqiฬ„qat yang sebenarnya telah terhapus atau dikatakan hari kes**aan dan keriaan nafsu sahaja, bukannya hari keriaan yang dikurniakan oleh Allaฬ„h di atas kita.

Petikan
Pedoman Berhari Raya

Photos from Mulaqa Bookstore's post 16/04/2024

Selepas sebulan berpuasa dan seminggu bercuti bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, Mulaqa Bookstore dan Akademi Jawi Malaysia kembali beroperasi seperti biasa - dari 9.00 pagi hingga 8.30 malam.

Kami mengalu-alukan kehadiran pengunjung yang mencari bahan bacaan di sekitar Bandar Puteri Bangi.

๐‚๐š๐ซ๐ข ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐๐ข ๐ฅ๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ:
https://maps.app.goo.gl/HDTohEUip6zczP5T8

15/04/2024

Terdapat sebahagian golongan yang memberikan sedekah kepada orang fakir dengan cara memohon dan meminta agar diterima pemberiannya, sehingga keadaannya seperti orang yang mengemis dan berasa kecewa sekiranya pemberiannya itu tidak diterima oleh si fakir.

Sebahagian golongan p**a membuka dan menghulurkan tapak tangannya agar si fakir mengambilnya, lalu jadilah tangan si fakir yang berada di atas.
Tatkala โ€˜Aฬ„โ€™ishah dan Umm Salamah mengutus seseorang kepada orang fakir, mereka berdua berpesan kepada utusan tersebut: โ€œIngati apa yang didoakan oleh mereka,โ€ kemudian mereka berdua membalas doa yang sama diucapkan orang fakir tersebut, mereka berdua berkata: โ€œDoa ini sebagai imbangan doanya, semoga kami ikhlas terhadap sedekah kami.โ€

Sebenarnya mereka tidaklah mengharapkan doa, kerana hal tersebut seperti mengharapkan balasan. Mereka membalas ucapan doa yang seumpama diucapkan oleh orang yang menerima pemberian.

๐๐š๐œ๐š ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‡๐š๐ค๐ข๐ค๐š๐ญ ๐™๐š๐ค๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐ซ๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š-๐ซ๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š ๐๐ข ๐’๐ž๐›๐š๐ฅ๐ข๐ค๐ง๐ฒ๐š, ๐ˆ๐ฆ๐š๐ฆ ๐š๐ฅ-๐†๐ก๐š๐ณ๐š๐ฅ๐ข

๐’๐ข๐ฅ๐š ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข:
https://www.akademijawi.my/product-page/hakikat-zakat-dan-rahsia-rahsia-di-sebaliknya

14/04/2024

Terdapat sebahagian golongan yang memberikan sedekah kepada orang fakir dengan cara memohon dan meminta agar diterima pemberiannya, sehingga keadaannya seperti orang yang mengemis dan berasa kecewa sekiranya pemberiannya itu tidak diterima oleh si fakir.

Sebahagian golongan p**a membuka dan menghulurkan tapak tangannya agar si fakir mengambilnya, lalu jadilah tangan si fakir yang berada di atas.

Tatkala โ€˜Aฬ„โ€™ishah dan Umm Salamah mengutus seseorang kepada orang fakir, mereka berdua berpesan kepada utusan tersebut: โ€œIngati apa yang didoakan oleh mereka,โ€ kemudian mereka berdua membalas doa yang sama diucapkan orang fakir tersebut, mereka berdua berkata: โ€œDoa ini sebagai imbangan doanya, semoga kami ikhlas terhadap sedekah kami.โ€

Sebenarnya mereka tidaklah mengharapkan doa, kerana hal tersebut seperti mengharapkan balasan. Mereka membalas ucapan doa yang seumpama diucapkan oleh orang yang menerima pemberian.

Baca lebih lanjut dalam
Hakikat Zakat dan rahsia-rahsia di Sebaliknya, Imam al-Ghazali

Sila layari:
https://www.akademijawi.my/product-page/hakikat-zakat-dan-rahsia-rahsia-di-sebaliknya

13/04/2024

Puasa Islaฬ„m itu bukanlah seqadar menyuruh berlapar semata- mata dengan tiada berketahuan fasal dan tiada apa-apa tujuan. Bukanlah seperti sangka sesetengah orang, iaitu konon kita berpuasa hanyalah sebab Allaฬ„h Taโ€˜aฬ„laฬ„ s**a melihat kita berlapar dan tฬฃaฬ„โ€˜at akan perintah-Nya suruh berlapar itu; dan Ia s**a yang kita berlapar itu p**a hendaklah dengan cukup betul mengikut seperti sharatฬฃ-sharatฬฃ sahnya yang ditetapkan oleh โ€˜ulamaฬ„โ€™; dan oleh sebab s**a-Nya itu maka akan dibalas-Nya lapar kita itu dengan pahala dan shurga!! Sesungguhnya bukanlah sekali-kali begitu! Orang yang tahu berfikir dan biasa berfikir atas jalan keโ€˜aฬ„dilan tidaklah akan menerima fahaman demikian itu. Puasa secara Islaฬ„m itu banyak tujuannya dan faโ€™idahnya yang bagus-bagus, sama ada pada pihak tubuh badan dan kesihatannya, pada pihak perangai dan kesihatannya, pada pihak ruฬ„hฬฃaฬ„niฬ„ dan kesihatannya p**a.

Baca lebih lanjut dalam Asuhan Budi:
https://www.akademijawi.my/product-page/asuhan-budi-kulit-keras

Photos from Mulaqa Bookstore's post 12/04/2024

Dalam risalah ini dianjurkan juga beberapa perkara yang baik untuk menjalinkan silaturahim dan ukhuwah, seperti pengiriman kad ucapan Hari Raya dan penganjuran jamuan Hari Raya di rumah pemimpin atau di pusat tertentu. Nyata bahawa kebiasaan mengadakan rumah terbuka ialah sesuatu yang baik, asalkan tidak menjadi jamuan โ€œundangan tertutupโ€ seperti yang berlaku dalam kalangan tertentu kini. Yang juga menarik ialah anjuran ziarah dalam bentuk berkump**an dari rumah ke rumah. Dalam kalangan masyarakat kampung dahulu, amalan itu memang menjadi kelaziman dan kini wajar dihidupkan kembali.

Kata Penghantar,
Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Bin Sariyan
Ahli Dewan Negara

Want your business to be the top-listed Shop in Selangor?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Siapa kami

Mulaqa Bookstore menjual judul-judul terpilih dalam bidang tamadun, sejarah, ulama dan karya ulama, kajian terhadap ulama, kajian terhadap karya ulama, falsafah, bahasa, nahu, Jawi, dan bidang-bidang yang berkaitan dengan Alam Melayu.

Mulaqa Bookstore dimiliki oleh Akademi Jawi Malaysia

Videos (show all)

Majlis Bicara Buku, bersama DS Zainiy Ujang dan Prof Dr Muhammad Zainiy Uthman
Majlis Bicara Buku - Hall al-Zill
Majlis Bicara Buku - Hall al-Zill
Pada bulan Rajab, terakam satu peristiwa agung untuk umat memperingati dan mengambil i'tibar darinya iaitu perjalanan Ba...
Majlis Bicara Buku
Bahagian dari live Tik Tok Akademi Jawi Malaysia yang sedang berlangsung. Saudara Mustafa membacakan sepotong ayat dari ...
Majlis Bicara Buku: Himpunan Risalah
Majlis Bicara Buku - Himpunan Risalah
๐’๐ญ๐ฎ๐๐ข๐จ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐š๐ช๐š ๐„๐๐ŸŽ๐Ÿ’: ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐™๐šโ€˜๐›๐šAl-marhum Ungku Aziz mengangkat Zaโ€˜ba sebagai tokoh Melayu pertama yang men...
Majlis Bicara Buku: Islam: The Covenants Fulfilled, Syed Muhammad Naquib al-Attas
Seminar Khas Sempena Permashhuran Balai Jawi
Majlis Bicara Buku: Islam: The Covenants Fulfilled, SMN al-Attas

Category

Telephone

Address


8 Jalan Puteri 2A/6
Selangor
43000

Opening Hours

Monday 10:00 - 20:00
Tuesday 10:00 - 20:00
Wednesday 10:00 - 20:00
Thursday 10:00 - 20:00
Friday 10:00 - 20:00

Other Book Stores in Selangor (show all)
Nutmeg Books Nutmeg Books
We Are A Web Based Publisher And Book Seller
Selangor

Malaysian Heritage Publications We are an Independent Malaysian Publisher and Online Book Seller.

7 Surah Pilihan Mikraj 7 Surah Pilihan Mikraj
Bangi Wonderland
Selangor, 43000

Surah Yang Sesuai Untuk Bacaan Harian, Lengkap Bacaan Mathurat Dan Doa Rabitah Serta Asmaul Husna

_booksbyher _booksbyher
Shah Alam
Selangor

A brand-new online library that sells preloved books at discounted priced but in good condition

Koperasi Pegawai Mpob Berhad Koperasi Pegawai Mpob Berhad
Selangor, 43000

Koperasi Kredit

Al-Q'uran Cantik by Mikraj Al-Q'uran Cantik by Mikraj
Bangi Avenue
Selangor, 43000

Naskah 7 Surah Pilihan (Saiz A4) dan ada Naskah Q'uran Lengkap yang besar (Saiz A3).

Buku Kita Buku Kita
Cheras 43200 Kajang
Selangor

Kampus Buku Kampus Buku
Ampang
Selangor

Menjual buku-buku dari penerbit indie tempatan dan seberang

2ๆ‰‹ๆตชๆผซๅฐ่ฏดๆผซ็”ปๅบ— 2ๆ‰‹ๆตชๆผซๅฐ่ฏดๆผซ็”ปๅบ—
Selangor, 47100

ๆตชๆผซๆธฉ้ฆจๅฐ่ฏด+ๆผซ็”ป ้ƒฝๅœจ่ฟ™~ๆฌข่ฟŽๆฅ่ง‚ๅ…‰ ็ญ‰ๅพ…ไฝ ็š„ๆญๅ€™ๅ“ฆ ~

Myself Paradise ๆˆ‘ใฎๅคฉๅ ‚ Myself Paradise ๆˆ‘ใฎๅคฉๅ ‚
Jalan Puteri 5/3
Selangor, 47100

่ฟ™ๆ˜ฏไธช็ฝ‘็ปœไนฆๅบ—๏ผๆœ‰ๅ–ๅ„็ฑป็š„ไนฆๅ“ฆ๏ผๆœฌๅบ—ๅบ—้•ฟ:Suzanne

MotivasiHaji.com MotivasiHaji.com
Sg. Buloh
Selangor, 47000

Online bookstore, specializing in books and videos for Hajj and Umra.

Suria Delima Marketing Suria Delima Marketing
Bandar Baru Rawang
Selangor, 48000

Buku-Buku Terpakai Buku-Buku Terpakai
Selangor, 40000

Menjual buku-buku terpakai dengan harga yang murah. Jika berminat atau mempunyai sebarang persoalan,