Masjid Bandar Seri Putra

"Ini Masjid Kita"

05/05/2024

SCAMMER ALERT!!!

Kita biasanya tertipu kepada yang kita percaya dan merasa tau apa yang sebenarnya kita tidak tau. Jadi jangan percaya kepada scammer dan ketahuilah dengan jelas melalui penyampaian ilmu dari pakar yang akan membantu pengetahuan kita.

Dekati kami, jauhi scammer!

02/05/2024
31/03/2024

Buat yang mencintaiku,

Waktunya telah menghampiri. Aku akan pergi jua, sangat jauh. Selama sebelas purnama mendatang aku akan menghilangkan diri dari mendampingi.

Sampaikan pesanku buat semua, terima kasih kerana telah menyambut kehadiranku dengan gembira serta menghiasi hari-hariku dengan sabar dan istiqamah. Jika kalian merinduiku, maka perbanyakkanlah doa semoga kita bertemu lagi pada kehadiranku tahun hadapan.

Untuk sepuluh malam terakhir ini, dakap dan ulitlah aku semahumu kerana tahun hadapan miskipun aku tetap hadir tapi hayatmu belum tentu dapat mempertemukan kita lagi.

Doaku moga engkau dipertemukan dengan keistimewaan malam seribu bulan yang diimpikan itu.

Dariku yang bakal dirindui,
RAMADHAN KAREEM

27/03/2024

PERHATIAN KEPADA IBU BAPA DI BANDAR SERI PUTRA, BANGI, KAJANG DAN KAWASAN SEKITAR

Sempena hari Nuzul Quran,

Jom bawa anak-anak anda sertai aktiviti di Masjid Bandar Seri Putra hari Khamis ini!

Aktiviti menarik menanti anak-anak anda!

๐ŸŒŸ FUN EDUCATIONAL EXPLORACE dengan Tema Nuzul Al-Quran

Wah, anak-anak akan lebih kenal dan cinta dengan Al-Quran selepas ini. Bulan Ramadan ni anak dah nampak bukan puasa dan solat tarawih jer, malah bulan Al-Quran ๐Ÿ˜

Aktiviti menarik ini dilaksanakan oleh FASILITATOR daripada pelajar pelbagai Universiti, anak-anak kita dapat kenal ramai kenalan baru dan secara tak langsung bina social skills ๐Ÿ˜

Khas untuk anak-anak berumur 6 - 15 tahun โœ…

Pendaftaran hanya RM5 sahaja!
dan Hadiah menarik menanti peserta bertuah ๐Ÿคฉ๐Ÿฅณ

Program: Explorace Nuzul Al-Quran
Tarikh: 28 Mac 2024 (Khamis)
Masa: Jam 14:30 - 16:30 (Pendaftaran bermula jam 14:15)
Tempat: Masjid Bandar Seri Putra

Untuk Pendaftaran klik link di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://forms.gle/TZdrM2KW2sgkthuJ6

๐Ÿ“ฒ Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Teacher Amirah wasap.my/60134024135

26/03/2024

KONGSI KEGEMBIRAAN

Aktiviti berbuka puasa bersama-sama itu adalah usaha yang dapat memperkukuh serta menyuburkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama dan kepercayaan di negara ini.

Jom ajak kawan-kawan bukan islam merasai kegembiraan berbuka puasa ini.

20/03/2024

MEMAKAI STOKIN

Memakai stokin ketika solat tak membatalkan solat di haruskan untuk lelaki dan wanita.

Sah solat bagi wanita tanpa memakai stoking jika dilabuhkan pakaian sehingga menutup kaki.

14/03/2024

Ayuh hidupkan malam-malam yang indah dan penuh keberkatan ini dengan membaca Al-Quran, bertadarus bersama kami di Masjid Bandar Seri Putra sepanjang Ramadhan ini.

Semoga al-Quran akan menjadi syafaat untuk diri kita di akhirat nanti.

11/03/2024

*RAMADHAN KAREEM*

Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan. Semoga kita semua mendapatkan Ramadhan yang penuh berkah dan kebahagiaan.

Semoga Allah memberkati seluruh muslimin dan muslimat serta keluarga khususnya yang mengimarahkan Masjid Bandar Seri Putra selama bulan Ramadhan.

"Selamat Ramadhan Kareem 1445H."

22/02/2024

Sambungan utk misi ini, ayuh kita laksanakan gelombang kedua SubuhMacamJumaat dan disertai aktiviti berikut :-
1) Pertandingan Mewarna
2) Pertandingan Menganyam ketupat
3) Pertandingan Dam Haji

Jom beramai-ramai kita memeriahkan masjid kita. Untuk keterangan lanjut sila hubungi nombor diposter.

Daftar segera di link di bawah (slot adalah terhad ๐Ÿ˜…)
https://forms.gle/nqsbLbiNZGbDdiyA7

12/02/2024

Tahajud berupaya meneguhkan iman seseorang, membentuk peribadi yang tegas, alternatif beristirehat, senaman, ketenangan jiwa dan dapat merasai nikmat menghirup gas oksigen malam.

โ€˜Qiamullailโ€™ย ialahย โ€˜memakmur dan menghidupkan malam dengan ibadahโ€™.

12/02/2024

Ayuh! Mudah-mudahan tiada yang tertinggal untuk bersama merasai nikmat subuh berjemaah di sini.

04/02/2024

PENGAMPUNAN

Dengan rahmat dan kebijaksanaan Allah, manusia dengan kesungguhannya akan dapat pengampunan dosa-dosanya.

22/12/2023

SALAM JUMAAT

Jumaat mubarak, cegah wabak.

Terima kasih.

19/12/2023

FATWA MEDIA SOSIAL

Jika sesorang dari kalangan nitezen itu saorang yang faqih dan menjelaskan sesuatu permasalahan agama melalui media sosial, bolehkah ia dianggap sebagai fatwa?

Ayuh kita ikuti pencerahan secara tuntas mengenai fatwa yang akan disampaikan oleh Ketua Penolong M***i di bahagian Penyelidikan, Pejabat M***i W. Persekutuan.

Kuliah Subuh, 25 Disember 2023.

18/12/2023

JANGAN DATANG MASJID

Sekiranya anda demam atau batuk yang berpanjangan, adalah disarankan untuk tidak hadir berjemaah sementara ini kerana ia mungkin menyebabkan orang lain berjangkit. Langkah berwaspada ini selaras saranan Islam agar perkara yang boleh membawa memudaratkan hendaklah dielakkan.

Pencegahan awal adalah disarankan dan dinasihatkan terutama kepada para jemaah khususnya golongan berisiko seperti warga emas dan individu berpenyakit kronik untuk memakai pelitup muka.

Semoga Allah terus sentiasa melindungi kita semua.

17/12/2023

Jadual Kuliah 18 - 24 Disember.

16/12/2023

SELAMAT BERCUTI

Cuti-cuti sekolah ni jangan lupa ajak ayah mengunjungi tempat yang best di Bandar Seri Putra ini. Kalau ibu nak ikut ajak sekali. Kat sini makanan free banyak, kawan-kawan pun ramai. Malah ada ramai artis terkenal lagi.

Nama tempat tu Masjid Bandar Seri Putra. Nama artisnya Imam Najmi, Imam Fahmi, Imam Rasyidi, Bilal Hj Dzikri dan ramai lagi. Semua mereka punya suara yang sedap didengar. Tapi adik-adik jangan menjerit-jerit dan joget-joget masa mereka mengalunkan suara ya!

Siapa yang solat dengan tertib ertinya dia telah memberi hadiah yang sangat berharga kepada kedua ibubapanya. Pahala berganda untuk dirinya dan kedua ibubapa kesayangannya.

14/12/2023

SEMERBAK KE HUJUNG SYURGA

Di masjid ini berinfaq bukan sekadar terhad kepada wang ringgit dan makanan sahaja malah ada juga yang menginfak haruman.

Apapun infaq yang diberi tidak akan kekal tapi pahala dari apa yang diberi itu akan utuh selamanya.

Terima kasih buat semua dermawan.

16/11/2023

Doa merupakan senjata bagi umat Islam. Maka titipkan doa untuk pejuang-pejuang Palestin dalam munajat kita.

19/10/2023

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูู„ู„ู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู† ุŒูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ู„ุงูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงูŽุดู’ุฑูŽูู ุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู’ู† ุŒูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุงูŽุตู’ุญูŽุงุจูู‡ู ุงูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู’ู†

"Ya Allah tolonglah saudara-saudara kami di Palestin. Ya Allah turunkanlah hukumanMu kepada Yahudi dan para penolongnya yang telah melakukan kezaliman dengan membunuh saudara-saudara kami di Palestin. Ya Allah turunkanlah atas mereka dan semua pihak yang telah membantu mereka balasanMu yang tidak dapat ditolak oleh kaum yang membuat kezaliman. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami kaum muslimin yang lemah di Palestin. Ya Allah sayangi dan kasihilah mereka dan keluarkan mereka dari pengepungan dan keadaan sempit yang mereka alami saat ini. Ya Allah terimalah para syuhada mereka dan sembuhkanlah yang sakit dan terluka dari kalangan mereka. Ya Allah kurniakanlah kebaikan buat mereka dan janganlah Kau timpakan keburukan pada mereka kerana tiada upaya dan kekuatan bagi mereka kecuali dengan pertolonganMu."

ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ุขุชูู†ูŽุง ูููŠ ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู ูˆูŽูููŠ ุงู„ุขุฎูุฑูŽุฉู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู ูˆูŽู‚ูู†ูŽุง ุนูŽุฐูŽุงุจู‹ุง ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑู. ูˆูŽุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ ูุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุงูŽุตู’ุญูŽุงุจูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ุŒ
ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Selangor?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

'MISSION POSSIBLE'Misi ini mesti ditunaikan oleh lelaki yang cukup syarat dan perlu dilaksanakan mengikut masanya. Jika ...
DERMA KE SCAMMER Tahun ini sahaja sehingga 7 Julai 2024, mengikut kenyataan oleh Pengarah JSJK Bt. Aman rakyat Malaysia ...
QUNUT NAZILAHMasjidbsp sentiasa akan membaca doa qunut nazilah di setiap rakaat terakhir solat buat saudara-saudara kami...
Masjidbsp merasa syukur dan gembira bila anak-anak hadir solat jumaat, diam dan khusuk mendengar khutbah. Begitu juga ya...
Wahai anak-anak masjidbsp yang hebat dan bertenaga. Mesra, riuh dan ceria ketika berbicara.Diam dan dengarlah baik-baik ...
Salam 'AidilAdha. Semoga ibadah korban kita diterima dan diberkati.
SELAMAT HAIR RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
MASJID REZEKIAlhamdulillah masjid ini penuh dengan aura rezeki. Pagi, petang dan saban jumaat sering ada juadah yang dii...
PANGGILAN DARI ISTANASungguh beruntunglah bagi mereka yang bergegas menyahut panggilan istana ini tanpa menangguhkannya....

Telephone

Address

Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri Putra, Kajang
Selangor
43000

Other Selangor non profit organizations (show all)
Save the Ampang Forest Save the Ampang Forest
Ampang Rainforest (Tmn TAR, Bk Belacan, Tmn Melawati, Etc. ) Part Of The Selangor State Park
Selangor

A precious rainforest is being cleared to build a highway. The site is a State Park and home to tapirs, leopards and hornbills. The Malaysian Nature Society needs to raise funds t...

Persatuan Penduduk Seksyen 8 Fasa 1 BBB - D'8 Persatuan Penduduk Seksyen 8 Fasa 1 BBB - D'8
D'8 Seksyen 8 Bandar Baru Bangi
Selangor, 43650

Persatuan Kebajikan Penduduk Seksyen 8 Fasa 1 Badar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

้ฉฌๆฅ่ฅฟไบšๆ€งๅญฆไผš๏ผˆ้›ช้š†ๅŒบ๏ผ‰ ้ฉฌๆฅ่ฅฟไบšๆ€งๅญฆไผš๏ผˆ้›ช้š†ๅŒบ๏ผ‰
Cheras
Selangor, 43200

่ฟ™ๆ˜ฏ้ฉฌๆฅ่ฅฟไบš็ฌฌไธ€ไธชๅŽไบบๆ€งๅญฆไผš็ป„็ป‡

KRT BLOK OP&Q Tmn Petaling Perdana KRT BLOK OP&Q Tmn Petaling Perdana
Taman Petaling Perdana
Selangor

Organisasi kejiranan yang menyebarkan mesej dan informasi terkini selaras dengan garis panduan yang

Geng18 Malaysia Geng18 Malaysia
Jalan Mamanda 9, Ampang
Selangor, 68000

Gabungan NGO Anak Muda 18 Tahun ditubuhkan sempena lulusnya Rang Undang-Undang Pindaan 2019 bagi men

Infaq Kurma Ajwa Yayasan Jamin Infaq Kurma Ajwa Yayasan Jamin
32-1F, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam
Selangor

Infaq Kurma Ajwa Yayasan Jamin merupakan satu program yang dijalankan bagi membantu madrasah-madrasah di seluruh Selangor, khas pada bulan Ramadhan Al-Mubarak 2022.

Nuramni Beyond Qalbu Nuramni Beyond Qalbu
NO 7-1, LIGHTGREY JALAN HOSPITAL, Jalan Kusta, KAMPUNG JAYA INDUSTRIAL AREA, 47000 Sungai Buloh
Selangor

Halaman ini bertujuan untuk membantu saudara islam kita di sekitar Malaysia seperti madrasah,sekolah

Kelab My Stem Ambassador UPM Kelab My Stem Ambassador UPM
JALAN UNIVERSITI 1 Serdang, 43400 Seri Kembangan
Selangor

Hi ! This is a new club that is established in 2021. Our interest is about STEM which is stand for Science, Technology, Engineering and Mathematics. Hopefully you guys can join o...

PPV Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat PPV Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat
Persiaran Majlis , Jalan Sultan Alam Shah , 42700 Banting
Selangor

Duta Kenali Ubat Anda Hospital Serdang Duta Kenali Ubat Anda Hospital Serdang
JABATAN FARMASI, HOSPITAL SERDANG, JALAN PUCHONG, 43000 KAJANG
Selangor

Memberikan maklumat dan kesedaran berkenaan ubat kepada masyarakat melalui sokongan dan bantuan Duta Kenali Ubat Anda Hospital Serdang yang dilantik oleh Jabatan Kesihatan Negeri S...

Jalinan Belia Cinta Malaysia Jalinan Belia Cinta Malaysia
Selangor, 43000

Sebuah projek hasil inisiatif sekumpulan anak muda yang ingin meneruskan semangat kesukarelawanan yang ada dengan menganjurkan program-program yang boleh memberikan manfaat kepada ...

Wisma TDC Wisma TDC
Wisma TDC, Asta Enterprise Park, No. 25 Jalan Asta Utama
Selangor, 43000

Wisma TDC