Chef Tako TPS 2 Semenyih

Takoyaki adalah street food terkenal di Japan. Anda boleh nikmati makanan ini di Taman Pelangi Semenyih 2, tak perlu pergi ke jepun. Ya betul betul sedap. Halal.

08/08/2021

OBSES DENGAN MAKANAN JEPUN?

Jika anda berada disemenyih bolehlah singgah, kami akan tunaikan impian anda dengan makanan ringan Takoyaki yang sedap, lazat, sampai menjilat bekas tapaw box gitew.

08/08/2021

Ini Asal Usul Takoyaki Dan Kisah Kedatangannya Di Malaysia

Takoyaki adalah sejenis makanan ringan (snek) yang berasal dari Jepun. Umum mengetahui perkara itu berdasarkan perkataan yang berbunyi jepun iaitu “ta-ko-ya-ki”.


Takoyaki jika dibaca secara literal bermakna sotong goreng atau sotong panggang. Ia adalah makanan ringan Jepun berbentuk bebola yang diperbuat berasaskan tepung dan dimasak dalam kuali takoyaki khas.


Di negara Jepun, takoyaki biasanya dipenuhi dengan inti sotong yang dipotong dadu, serbuk tempura (tenkasu), halia jeruk dan bawang hijau. Takoyaki di Jepun dimakan bersama sos takoyaki, mayonis, kemudian ditaburkan dengan rumpai laut (aonori) dan empingan bonito kering (katsuobushi).

Terdapat banyak variasi resipi takoyaki. Sebagai contoh, ada kawasan di Jepun menggunakan Ponzu iaitu kicap dengan dashi (Serbuk makanan laut) dan cuka limau. Ada juga yang meletakkan halia sebagai inti disamping sotong
Di Malaysia, secara umum takoyaki dipenuhi dengan inti sotong dan juga beberapa inti lain termasuk ayam, udang, ketam dan ada juga yang meletakkan inti ikan bilis. Ya, inti ikan bilis.

Selain inti, takoyaki di Malaysia dipenuhi dengan kobis, malah ada juga yang meletakkan daun bawang dan juga lobak sebagai tambahan.

Jualan takoyaki di Jepun selalunya dikaitkan dengan gerai makanan jalanan. Walaubagaimanapun terdapat juga restoran takoyaki khusus yang mantap dan canggih, terutamanya di Osaka dan kawasan Kansai.
Takoyaki mula dipop**arkan di Osaka, di mana seorang penjual jalanan bernama Tomekichi Endo. Pada tahun 1935 beliau telah dikreditkan dengan ciptaan takoyaki.

Takoyaki diilhamkan dari Akashiyaki, yang merupakan sejenis “bebola celup kecil” dari bandar Akashi, Wilayah Hyōgo yang diperbuat daripada adunan telur dan sotong.

Takoyaki pada mulanya pop**ar di kawasan Kansai. Kemudian ia merebak ke kawasan Kanto dan kemudian ke kawasan-kawasan lain di Jepun. Perkataan “Yaki” berasal daripada “Yaku” yang merupakan salah satu kaedah memasak dalam masakan Jepun. Yaki bermaksud “untuk menggoreng atau memanggang”. Selalunya kaedah ini menggunakan kuali l***r seakan kuali burger.

Perkataan “Yaki” juga boleh didapati dalam nama-nama lain barangan masakan Jepun seperti teppanyaki, yakitori, teriyaki dan dorayaki. Jadi apabila anda nampak perkataan yaki dalam makanan, sepatutnya ia adalah makanan yang dipanggang ataupun digoreng atas kuali l***r. Di Malaysia, daging burger jenama Ramly selalunya dimasak menggunakan kaedah Yaki.

Di Malaysia, takoyaki mula-mula dibawa masuk oleh peniaga berbangsa Cina di di Kluang Johor pada lingungan era 90-an. Kemudian takoyaki telah berkembang sedikit demi sedikit dijual di kiosk-kiosk makanan ringan sebagai menu tambahan selain daripada jualan waffle, kayaball dan jagung cup.

Takoyaki kemudiannya dipop**arkan oleh seorang lagi berbangsa Cina yang telah membuka gerai khusus yang hanya menjual takoyaki. Nama gerainya adalah Tako Tao.

Bermula dari tahun 2003, pengasas Tako tao telah memulakan perniagaan takoyaki nya dengan membuat validasi pasaran di Pasar Malam Taman Connought, Cheras. Apabila validasi pasarannya berjaya, beliau telah membuka kiosk pertama beliau di Shopping Mall di dalam Sungai Wang Plaza.

Bermula dari situ, kiosk Tako Tao telah berkembang ke kebanyakan bandar-bandar besar di Malaysia apabila pengasasnya berjaya mendapatkan perjanjian dengan pihak Aeon Mall di mana kebanyakan Aeon Mall mempunyai kiosk Tako Tao. Bertepatan dengan tanah lahir Aeon Mall iaitu dari Jepun.
Pada pertengahan tahun 2010, bermula satu lagi revolusi dalam pasaran takoyaki di Malaysia apabila sepasang suami isteri dari Gombak telah membuka gerai pertama Takoyaki milik Bumiputera Muslim dengan misi untuk menjadikan makanan snek Takoyaki menjadi pop**ar dan diterima ramai seperti burger Ramly.

Mereka menamakan kiosk takoyaki mereka sebagai Mytakoyaki yang menggunakan bahan mentah takoyaki sendiri secara kecil-kecilan bagi memastikan kesucian dan status halal bagi produk-produk yang digunakan. Kini Mytakoyaki telah berkembang dengan sejumlah kiosk di seluruh Malaysia, Kiosk Shopping Mall, Kedai dan juga Foodtruck.

Setelah kira-kira 20 tahun kemasukan takoyaki di Malaysia, takoyaki kian terkenal di kalangan masyarakat, jenama-jenama takoyaki milik Bumiputera Muslim juga kian bertambah.

Boleh dikatakan ramai orang yang pernah mendengar perkataan takoyaki walaupun mereka tidak pernah pun memakan takoyaki. Sebut sahaja takoyaki pasti ramai yang akan membayangkan bebola tepung berintikan sotong yang enak dimakan panas-panas, dibaluti p**a dengan sos takoyaki yang pekat, empingan bonito yang lazat dan juga limpahan mayonis jepun yang menyelerakan.

Semoga cita-cita kami pengasas dan pelopor pasaran takoyaki menjadikan snek ini suatu makanan kebiasaan rakyat Malaysia umpama Burger Ramly tercapai.

Anda semua dan cuba rasa takoyaki? Kalau belum, carilah! Dekat sini , CHEF TAKO TAMAN PELANGI SEMENYIH 2, khas untuk warga semenyih.

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Semenyih?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 10:00 - 20:00
Tuesday 10:00 - 20:00
Wednesday 10:00 - 20:00
Thursday 10:00 - 20:00
Friday 10:00 - 20:00
Saturday 10:00 - 20:00
Sunday 10:00 - 20:00

Other Semenyih restaurants (show all)
Bling Bling Bling Bling
Semenyih, 43500

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Pindahkanlah rezeki kepadaku dgn kemuliaan, ke

BECK KHAL BECK KHAL
ECO MAJESTIC
Semenyih, 43500

SOUHA SOUQ & BECK KHAL - HOMEBASED KUDAPAN RAYA, FOOD & DRINK.

Frozenfood.yumss Frozenfood.yumss
Semenyih, 43500

Agent Mamasab Semenyih Agent Mamasab Semenyih
Jalan Kiara
Semenyih, 43500

Mamasab Authorized Reseller (MW039823). Menjual Pelbagai Produk Dessert seperti Kek, Cookies, Tart d

Ulu ulu BBQ Ulu ulu BBQ
LOT 4838, Jalan ULU BERANG, KAMPUNG KAPAL , MANTIN
Semenyih, 71750

体验大自然,自行烧烤,特别调制烧烤酱,最大只的大头虾,最有风味的露天烧烤店

Farasoy Farasoy
Semenyih, 43500

Hilangkan dahaga anda dan kekal segar dengan Farasoy

Quali Nenek Quali Nenek
Semenyih
Semenyih

Delivery terus ke rumah anda 📍Beranang, Semenyih, Kajang, Bangi, Cheras, Ampang, TTDI, Mantin, Seremban

Muiz Hot Chicken Bandar Teknologi Kajang Muiz Hot Chicken Bandar Teknologi Kajang
107, Jalan 1/5, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih. , (Opposite Onking Chain-Store Sdn Bhd)
Semenyih, 43000

MHC Bandar Teknologi Kajang, Selangor � Rasakan Kerangupannya � Original, Spicy, Cheese, Korean Spicy

Bear Love mini cafe Bear Love mini cafe
Semenyih, 43500

The Happy Vanilla Bean The Happy Vanilla Bean
Semenyih
Semenyih, 43500

Home-based Baker Customized Cakes Fondant Cakes and Figure Selangor Pick up /Delivery (by 3rd party) available KKM Certified SSM certified Typhoid expiry 22.12.2024 Covid-19 Fully ...

Restaurant Planet Tomyam Restaurant Planet Tomyam
Semenyih

Experience the authentic flavors of Thailand at our restaurant!!!🤤💗🌟