Pejabat Perikanan Daerah Hulu Langat
Alamat: D/A Komplaks Penghulu Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
No telefon: 03-87230029
Jom jom jom
π’π’π’ π£π₯π’ππ₯ππ π£ππ π¨πππππ₯πππ‘ π¦π¨π πππ₯ π£ππ₯ππππ‘ππ‘ πππ₯ππ§ - π ππ ππ¨π₯π¨ ππππ‘ ππ¦ππ‘π ππ πππ‘ππ π¦π¨π‘πππ πππππ‘ππ¦πππ‘
Tak tahu nak ke mana hujung minggu ni? Jom sertai kami memburu ikan asing di Denai Sungai Kebangsaan @ Sungai Langat, Selangor. Pada program ini, anda berpeluang untuk merasai pengalaman menjala ikan di Denai Sungai Kebangsaan bersama - sama dengan Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya .
Penyertaan adalah PERCUMA.
Tq semua yg terlibat
7 FEBRUARI 2024
SEMENYIH
Dua Komuniti telah terpilih untuk menjalankan Program Kebuniti Perikanan peringkat daerah Hulu Langat bagi tahun 2024. Mereka adalah komuniti dari Taman Tasik Semenyih dan kakitangan PLPP Bangi
Majlis telah dirasmikan oleh Puan Pengarah Perikanan Negeri Selangor Puan Nor Aishah binti Abu Bakar bersama peserta kebuniti. Dimajlis tersebut Puan Pengarah berkongsi pandangan serta memberi semangat kepada peserta hargai apa yang mereka miliki kerana tidak semua komuniti berpeluang mendapat apa yang meraka dapat sekarang.Puan Pengarah juga berharap program ini akan diperbesarkan lagi oleh kebuniti selepas hasil tuaian yang pertama.
Setiap kebuniti mendapat set tangki ikan,pam air,benih ikan keli serta makanan ikan dan setiap ahli telah dibekalkan dengan ilmu ternakan kerana wajib menghadiri kursus ternakan sebelum projek bermula.
Semoga program kebuniti ini mencapai kejayaan dan memberi banyak manfaat kepada ahli serta penduduk setempat.
5 FEBRUARI 2024
SUNGAI LUI,HULU LANGAT
Terima kasih di ucapkan kepada Syarikat Kai Aqua Farm kerana sumbangan beberapa ekor induk tilapia merah kepada Pusat Latihan Pemulihan Perindustrian Bangi bagi tujuan pembelajaran pelajar-pelajar istimewa.
Semoga kedua-dua pihak mendapat manfaat dan terus bekerja sama antara penternak ikan di daerah Hulu Langat.
20.10.2023 I Pejabat Perikanan Daerah Hulu Langat I
Empat orang usahawan perikanan dari daerah ini telah menerima bantuan tong gas ACgas dari kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan tahap keselamatan ketika memasak.
Mereka adalah Encik Raja Aziz Bin Raja Ali, Puan Najiha Bt Mohd Zabidi dan Encik Mohd Bahari Bin Mark Hassan yang mengusahakan perniagaan keropok lekor. Seorang lagi Encik Zakaria Bin Abdul mengusahakan makanan buffet ikan air tawar bersama komuniti Myap Taman Tasik Semenyih.
Semoga dengan bantuan ini, perniagaan mereka akan terus berkembang dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Pejabat Perikanan Daerah Hulu Langat sentiasa memberi sokongan kepada semua usahawan untuk berjaya di dalam industri perikanan.
14 Oktober 2023
Pejabat Perikanan Daerah Hulu Langat telah menyertai jualan Madani anjuran PPK Hulu Langat bersama usahawan myAP Taman Tasik Semenyih.
Kami membawa produk udang harimau segar, ikan keli, patin dan tilapia siap bersih dengan harga di bawah pasaran.
Alhamdulilah jualan sangat laris dan hasil jualan ikan air tawar habis kesemuanya. Semoga berjumpa lagi di program akan datang.
Repost Jabatan Perikanan Negeri Selangor : Tahniah atas penganjuran Majlis Jamuan Makan Malam Anugerah Kegemilangan Jabatan Perikanan NegeriSelangor oleh KESUKEP. Majlis tersebut turut menganugerahkan penghargaan kepada penggiat industri yang berdaftar di bawah Pejabat Perikanan Daerah Hulu Langat. Semoga penganugerahan seperti ini dapat memberi galakan kepada semua untuk lebih berjaya dan lebih berdaya saing.
Tahniah kepada Mia Lekor dan Hulu Langat Fishing Resort.
PROMOSI IKAN AIR TAWAR 'MAKAN SAMPAI LEBAM'
Orang ramai dijemput untuk menyertai program Promosi Ikan Air Tawar 'Makan Sampai Lebam' yang dianjurkan komuniti MyAP Taman Tasik Semenyih.
Menerusi program ini, peserta akan dijamu dengan pelbagai jenis masakan ikan air tawar 'style buffet' makan tengahari dengan caj pada kadar minimum.
Disamping menjamu selera, peserta juga boleh mandi-manda di sungai rekreasi milik Myap TTS Teratak Mahsuri (kolam air sungai semula jadi dan juga kolam buatan di bahagian chalet)
Kami juga menawarkan tapak perkhemahan dan juga chalet pada harga murah dan berpatutan
Berikut merupakan butiran majlis
Tarikh: 7 Oktober 2023
Masa : 12 tengahari hingga 3 petang
Lokasi: Myap TTS Teratak Mahsuri, Semungkis ( Lot 4410, Teratak Mahsuri, Jalan Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat Selangor)
Harga: RM39/pax (Dewasa), RM20 (kanak-kanak 6-12 tahun)
Menu Ikan Utama:
Ikan Talapia
Ikan Patin
Ikan Keli Organik
Ikan Haruan
Belut
Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran ialah 4 Oktober 2023.
Pembayaran boleh dibuat menerusi akaun: Bumbun Trading (8602951605) CIMB.
Mereka yang berminat boleh membuat tempahan di: https://forms.gle/Spo9Cd1ccWH5kzXY6
Hubungi En. Amri untuk sebarang maklumat tambahan: 013873 3776
Wasap.my/60138733776/TeratakMahsuri.
6 September 2023 - Teratak Mahsuri, Felcra Semungkis, Hulu Langat
Telah berlangsung program Uji Rasa Makan Ikan Air Tawar "Makan Puas - puas" oleh komuniti myAP ( Agropreneur Perikanan ) Taman Tasik Semenyih. Program ini juga telah dijalankan dengan kerjasama Pejabat Perikanan Daerah Hulu Langat untuk membantu mempromosikan jualan hidangan ikan air tawar dengan pelbagai menu yang boleh menarik minat orang awam untuk menikmati keenakan dan kelainan masakan berasaskan ikan air tawar.
Komuniti myAP Taman Tasik Semenyih ini telah ditubuhkan pada Jun 2023 dan diterajui oleh Tn.Hj. Zakaria bin Abdull. Keahliannya seramai 8 orang pada permulaannya dan telah meningkat kepada 23 orang. Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh komuniti ini adalah penjualan produk perikanan seperti keropok lekor yang dihasilkan sendiri, ikan pekasam, ikan masin dan aktiviti penternakan akuakultur yang dijalankan sendiri oleh ahli myAP.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Perikanan Negeri Selangor iaitu Puan Noraisyah binti Abu Bakar dan turut dihadiri oleh komuniti myAP Taman Tasik Semenyih, Ketua - ketua Cawangan dan pegawai PPN Selangor, pegawai daripada Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya, pegawai perikanan di daerah, penghulu dan ketua - ketua kampung di daerah Hulu Langat dan penduduk kampung setempat.
Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para jemputan. Oleh itu, komuniti myAP TTS ini akan mengembangkan lagi aktiviti perikanan kepada bidang ekopelancongan seperti mini santuari ikan air tawar dan jualan ikan hidup kepada pelancong yang datang ke Hulu Langat.
Oleh itu, pihak PPD Hulu Langat akan sentiasa memberi sokongan yang baik kepada mana - mana penternak dan pengusaha yang ingin mengembangkan lagi sektor perikanan di Malaysia ini amnya.
16 Ogos 2023 l Felcra Semungkis
Program Pelepasan Benih ikan telah dilakukan oleh Ketua Daerah Perikanan Hulu Langat, Puan Siti Norjannah binti Johari bersama Pengerusi myAP Taman Tasik Semenyih, Encik Zakaria bin Abdul di mini santuari milik myAP TTS di Felcra Semungkis. Majlis ringkas ini turut dihadiri Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan Negeri Selangor Puan Nor Farahiyah binti A. Aziz serta kakitangan daerah dan negeri.
Tujuan santuari ini diwujudkan bagi menggalakkan pengunjung datang ke chalet milik myAP TTS untuk berehat sambil bermain dengan ikan di anak sungai yang berdekatan. Sebanyak dua ribu ekor benih ikan terbol diberi sumbangan oleh Pejabat Perikanan Daerah Hulu Langat kepada myAP TTS.
Semoga program seperti ini akan diperluaskan lagi sekitar daerah Hulu Langat dan diharapkan hasrat Pejabat Perikanan Daerah Hulu Langat untuk menjadikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan perikanan tercapai.
16 Ogos 2023, Sg.Semungkis, Hulu Langat -
Satu sesi Mesyuarat Penubuhan Santuari Ikan telah diadakan di Rumah Kebun Camping Ground bersama 6 pengusaha di kawasan campsite Sg.Semungkis. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Puan Noraisyah binti Abu Bakar dan turut dihadiri oleh Ketua Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan (SPT) En.Zuwairi bin Zainudin, Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan (PP), Pn. Nor Farahiyah binti A.Aziz dari PPN Selangor, Ketua Daerah Perikanan (KDP) Sabak Bernam, En Mohamad Asri bin Abd.Rahman, KDP K.Selangor Pn.Monica Boni, KDP Klang, En.Muhammad Amirul bin Razak, KDP Kuala Langat, En.Rosman bin Abd. Wahab, KDP Hulu Langat, Pn.Siti Norjannah binti Johari, KDP Hulu Selangor, En.Mohamad Azwan bin Abu Bakar dan wakil pegawai PPN Selangor dan daerah.
Dalam masa yang sama, program pelepasan umum benih ikan telah diadakan di 4 lokasi di sekitar kawasan campsite iaitu kawasan cadangan tapak santuari. Cadangan penubuhan santuari ini amat penting bagi kawalan habitat asal ikan daripada mudah diceroboh dan diganggu gugat oleh faktor luar yang boleh merosakkan sumber.
Pihak PPD Hulu Langat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang berjaya memberikan kerjasama yang terbaik pada program ini.
Repost : Jabatan Perikanan Negeri Selangor
Program Melabuh Tukun Tiruan Konservasi Negeri Selangor telah diadakan di perairan Kuala Selangor pada 10 Ogos 2023.
11 tukun tiruan bernilai RM360,000 dilabuhkan di Kuala Selangor KUALA SELANGOR: Jabatan Perikanan melabuhkan sebanyak 11 tukun dasar lembut penghalang pukat tunda bernilai RM360,000 kira-kira 3.2 batu nautika perairan Kuala Selangor di sini, hari ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, pembangunan tukun tiruan selaras as...
Info untuk semua..
4 Ogos 2023
Hulu Langat Fishing Resort & Restaurant - Team PPD Hulu Langat berkolaborasi bersama wakil pegawai - pegawai dari Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor, Bahagian Biosekuriti Perikanan Putrajaya, Akuarium Tunku Abdul Rahman dan Institut Penyelidikan Perikanan Glami Lemi untuk menjalankan program Lawatan Kerja bagi Proses Penandaan dan Rekod Pit Tag Ikan Larangan milik syarikat Sport Fishing & Restaurant Sdn. Bhd.
Lawatan kerja ini dijalankan bagi melaksanakan prosedur mengurus dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Import, Dsb., bagi Ikan)1990 (Pindaan) 2011 yang telah diwartakan pada 17 Januari 2011.
Spesies ikan yang berjaya disuntik adalah terdiri daripada 5 ekor ikan buaya ( Alligator gar ) dan 2 ekor ikan naga ( Arapaima gigas ). Saiz ikan tersebut adalah antara 4 ke 6 kaki dengan berat antara 15 ke 50 kg seekor. Cip yang dimasukkan adalah nombor siri pendaftaran bagi mengesahkan pemilikan ikan larangan di premis.
Lewat Siar
12 Julai 2023
Bandar Baru Bangi
Hari ini Jabatan Perikanan Daerah Hulu Langat telah menyampaikan bantuan peralatan memproses produk perikanan kepada usahawan My Agropreneur Perikanan (myAP) Puan Nur Najiha Bt Mohd Zabidi yang mengusahakan perniagaan keropok lekor dan sambal ikan.Bantuan ini terletak di bawah Program Pemantapan Pertumbuhan dan Kecemerlangan Teknologi Perikanan Negeri Selangor Tahun 2023.
Di atas komitmen beliau menjalankan perniagaan serta memberi kerjasama yang baik sepanjang Jabatan Perikanan membimbing beliau,beliau telah layak untuk memohon bantuan peralatan bagi meningkatkan lagi nilai pengeluaran produk perikanan.
Antara peralatan yang diterima ialah kuali memasak serbaguna,meja kerja stainless stell,chest freezer,sign board usahawan serta plastik pembungkusan.
Sebelum terima bantuan penggunaan isi ikan antara 500-600kg sebulan dan membawa nilai jualan sebanyak RM18k-20k sebulan.Jangkaan Jabatan Perikanan dengan adanya bantuan perAlatan ini hasil pengeluaran akan meningkat sehingga RM40,000 sebulan dengan penggunaan isi ikan sebanyak 1000 kg sebulan
Kepada peminat keropok lekor Terengganu dan sambal ikan,anda tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan nya.Kini resipi dari Terengganu berada berdekatan dengan tempat tinggal anda.Sila kunjungi gerai mereka di tepi Jalan Besar Kg Teras Jernang,Bandar Baru Bangi.
19 β 23 Jun 2023, Hulu Langat
Program Inventori Perikanan Darat Selangor Siri 1/2023 ini telah diadakan pada 19 hingga 23 Jun bertempat di Sungai Batangsi dan Sungai Tekala, Hulu Langat. Peserta yang terlibat adalah daripada Team Inventori Perikanan Darat iaitu terdiri daripada pegawai Pejabat Perikanan Negeri Selangor dan wakil pegawai dari setiap daerah.
Tujuan program inventori ini diadakan adalah untuk mengenalpasti spesies dan taburan ikan, mendapatkan maklumat berkaitan kepelbagaian biodiversiti serta merancang dan melaksanakan program pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan darat di sungai ini. Dengan itu, berdasarkan inventori yang dijalankan, spesies ikan asli atau ikan asing akan dapat dikenalpasti dan ikan yang diperolehi, berat, saiz, jenis ikan dan kaedah tangkapan ikan akan direkodkan sebagai data bagi merancang aktiviti pengurusan sungai.
Pencarian ikan di Sungai Batangsi dimulakan pada hari kedua program dijalankan. Spesies yang dijumpai semasa inventori dijalankan adalah seperti tengas daun, sebarau, kelah, lampam, keli hutan, depu, puyu, udang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, spesies yang dijumpai adalah kebanyakannya bersaiz sederhana besar terutamanya spesies tengas. Kaedah tangkapan yang digunakan adalah seperti jala, jaring, pancing, bubu dan tajur.
Misi inventori diteruskan lagi ke Sungai Tekala p**a. Spesies yang dijumpai adalah kebanyakannya daripada spesies tebal sisik. Spesies ikan kurang memberangsangkan di kawasan ini mungkin kerana alam semulajadi telah banyak diterokai oleh orang awam. Kaedah tangkapan yang digunakan juga adalah sama seperti di Sungai Batangsi.
Setelah 4 hari inventori ikan dijalankan, spesies ikan asli yang masih banyak dijumpai dan masih terkawal spesiesnya adalah di kawasan Sungai Batangsi kerana kawasan tersebut berada di bahagian pedalaman dan sukar diakses oleh orang awam. Manakala di kawasan Sungai Tekala, spesies ikan asing mula mendominasi perairan dan kaedah konservasi sumber perikanan darat perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan spesies ikan asli di Hulu Langat khasnya menjadi semakin pupus.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Team Inventori Perikanan Darat Selangor Siri 1/2023 kerana telah menjayakan program inventori ikan ini di sekitar sungai Hulu Langat dan diharapkan agar dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
JPNS 7/2023 (P): NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA BAGI CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF JALAN MASUK DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SPORT FISHING RESORT AND RESTAURANT SDN. BHD, HULU LANGAT, SELANGOR
14 Jun 2023- Sungai Ramal Dalam
Pemantauan kerja - kerja penyelenggaraan bilik sejuk usahawan keropok lekor telah dilakukan oleh pegawai Pengembangan Perikanan Daerah Hulu Langat bagi memastikan kerja β kerja berjalan lancar dan siap seperti yang dirancang.
Pengusaha menerima bantuan penyelenggaraan bilik sejuk ini di bawah peruntukan Speks Pengembangan Perikanan. Apabila bilik sejuk ini berfungsi dengan sempurna, maka pengusaha akan meningkatkan lagi kadar stok penyimpanan keropok lekor, karipap ikan, pulut panggang serta produk hiliran lain berasaskan ikan.
Semoga En. Raja Abd Aziz bin Raja Ali terus maju dalam perniagaannya dan menjadi salah satu pembekal produk makanan sejuk beku berasaskan ikan terbesar di Hulu Langat khasnya.
14 Jun 2023 - Semenyih
Bertempat di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Batangsi, satu lawatan dan pemantauan berkala telah dilakukan oleh Ketua Daerah Perikanan Hulu Langat serta pegawai akuakultur ke projek ternakan ikan tilapia.
Lot 7 & 9 milik Syarikat ADZ Aquaridz Sdn. Bhd. telah mengusahakan sebanyak 14 buah kolam ternakan tilapia di tanah seluas 3.6 hektar. Syarikat ini mampu mengeluarkan ikan tilapia sebanyak 20 - 30 tan sebulan bagi memenuhi permintaan pelanggan sekitar Lembah Klang.
Lawatan ini bertujuan membincangkan masalah perikanan, perkembangan pasaran serta isu semasa berkaitan perikanan.
Semoga Syarikat ADZ Aquaridz Sdn. Bhd. terus menjadi pengeluar sumber makanan iaitu ikan tilapia terbesar di Hulu Langat khasnya serta memenuhi permintaan rakyat setempat.
9 - 11 Jun 2023, Semenyih
Julung - julung kali Program Wild & Modern Betta Competition 2023 bersama Team Bettallica dan Semboyan Central telah diadakan di Dewan MPKj, Semenyih dengan kerjasama Pejabat Perikanan Daerah Hulu Langat . Kapasiti penyertaan adalah sebanyak 2000 ekor ikan betta liar dan moden dipertandingkan iaitu daripada peserta seluruh Malaysia untuk menonjolkan kecantikan ikan betta yang mempunyai keunikan dan keistimewaan warna dan ekor yang pelbagai bentuk dan tarikan tersendiri.
Program ini juga telah dirasmikan oleh wakil YDP MPKj, Tn. LAR. Norazman bin Abd Rahim dan turut hadir Presiden Persatuan Ikan Betta Malaysia, Malaysia Betta Fish Association (MBFA), Tn. Hj. Faizal bin Othman, Ketua Daerah Perikanan Hulu Langat, Pn. Siti Norjannah binti Johari, Penghulu Mukim Semenyih, En. Zahairul bin Abd Rahman dan beberapa agensi lain untuk sama - sama menjayakan program yang mendapat tarikan di pelbagai peringkat generasi ini.
Di sepanjang program ini berlangsung, para tetamu diperkenalkan pada setiap jenis ikan betta dan penerangan berkaitan pemilihan ikan betta yang sihat, cantik dan sesuai untuk dipertandingkan. Aktiviti seperti ini juga memberi pengisian yang baik kepada generasi muda untuk mengekalkan hobi yang memberi impak positif iaitu salah satunya mengekalkan memelihara spesies ikan asli di Malaysia dan menggalakkan para peminat ikan ini untuk menjana ekonomi negara.
Oleh itu, diharapkan program seperti ini akan dapat diadakan pada setiap tahun dengan memberi peluang kepada orang awam untuk melihat pameran dan mempelajari jenis - jenis ikan betta yang terdapat di Malaysia.
8 Jun 2023 - Semenyih
Bertempat di Balai Raya Taman Tasik Semenyih telah diadakan taklimat berkaitan Penubuhan Komuniti Perikanan MyAP (Agropreneur Perikanan) oleh Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan (PP) dari Pejabat Perikanan Negeri Selangor iaitu Puan Nor Farahiyah binti A.Aziz dan turut hadir Ketua Daerah Perikanan Hulu Langat dan pegawai - pegawai Cawangan Pengembangan negeri dan daerah untuk menerangkan tujuan komuniti MyAP ini ditubuhkan.
Program ini juga telah dihadiri seramai 30 orang peserta daripada penduduk Taman Tasik Semenyih. Peserta diberi penerangan serta pendedahan bagi meningkatkan rantaian sektor ekonomi berasaskan produk perikanan di daerah Hulu Langat dan komuniti khasnya.
Gimik penyerahan Kertas Kerja serta borang penubuhan MyAP Taman Tasik Semenyih telah diserahkan oleh wakil komuniti En. Abu Samah kepada Ketua Cawangan (PP) bagi meneliti kesesuaian projek yang akan diadakan nanti.
Setelah selesai sesi taklimat, para pegawai dibawa oleh wakil komuniti En. Ahmad Wasfi bin Kadri melihat beberapa kolam ternakan yang diusahakan untuk menerima khidmat nasihat bagi menambah baik pengeluaran produk rantaian perikanan di dalam komuniti tersebut.
InshaAllah dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh komuniti TTS, pihak Jabatan Perikanan akan membantu komuniti MyAP Taman Tasik Semenyih menjadi model MyAP contoh di daerah Hulu Langat khasnya.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama peserta sebagai kenang-kenangan.
18.4.2023
Semenyih
Ketua Daerah Perikanan Hulu Langat (KDP) yang baru Puan Siti Nurjannah Bt Johari telah meluangkan masa untuk berjumpa dan berkenalan dengan YB Mohd Sany Hamzan,Ahli Parlimen Hulu Langat serta ketua ketua kampung mukim Beranang dan Semenyih dalam majlis ringkas di Komplek Penghulu Semenyih.
Dalam majlis ini Puan KDP memperkenalakan diri kepada YB Ahli Parlimen dan Ketua-ketua kampung memberitahu beliau baru sahaja ditukarkan ke daerah Hulu Langat.Puan KDP memaklumkan akan berusaha meningkatkan sektor perikanan di daerah Hulu Langat dan memohon jasa baik ketua-ketua kampung untuk membuat hebahan jika ada usahawan perikanan di kawasan mereka,sila maklumkan kepada pejabat perikanan daerah untuk tindakan selanjutnya.
Puan KDP juga berharap jika ada program komuniti akan datang pihak Jabatan Perikanan boleh terlibat sama.
18.4.2023
Majlis memperkenalkan Ketua Daerah Perikanan Hulu Langat yang baru Puan Siti Norjannah binti Johari bersama Ketua Penghulu Semenyih Encik Zahairul bin Abd Rahman.
Pertemuan ringkas ini membincangkan kerjasama antara Jabatan Perikanan dengan pihak MPKK serta akan melaksanakan beberapa program komuniti melibatkan Jabatan bersama penduduk kampung.
16.2.2023
Hulu Langat- Satu lawatan ke kilang ais telah di adakan pada hari ini bagi tujuan mendapatkan data pengeluaran ais pada tahun 2022 serta peratus sumbangan ais kepada industri perikanan.
Kilang ais di Taman Kajang Utama serta di Taman Industri Sungai Tangkas telah memberikan kerjasama yang baik bagi mendapatkan data pengeluaran ais 2022.
Lawatan ini akan di teruskan lagi ke kilang ais yang terdapat di daerah Hulu Langat dan di faham kan terdapat lagi 5 buah kilang ais berada di dalam daerah Hulu Langat.
10.11.2022
Taman Kantan Permai
Lawatan kerja ke premis Berjaya Lekor di Taman Kantan Permai telah dilakukan oleh Pegawai Pengembangan PPD Hulu Langat pada hari ini.
Berjaya Lekor di usahakan oleh En Bahari selepas musim PKP berakhir pada 2021.Bermula di rumah kini beliau telah berpindah ke rumah kedai p**a kerana permintaan semakin tinggi.
Berjaya Lekor adalah penerima bantuan peralatan pemprosesan lekor dari Jabatan Perikanan Selangor pada tahun 2022 bagi meningkatkan pengeluaran dan hasilan jualan.
Selepas terima bantuan,pendapatan Berjaya Lekor telah meningkat sekali ganda buat bulan pertama dan di jangka akan terus naik untuk bulan seterusnya.
Jabatan Perikanan mendoakan Berjaya Lekor terus berjaya dalam industri keropok lekor.
10.11.2022
Batu 13,Kajang
Lawatan kerja ke premis lekor jenama Tokku telah dilakukan oleh pegawai Pengembangan Perikanan PPD Hulu Langat pada hari ini.
Premis ini terletak di tepi jalan besar Pekan Batu 13 Kajang menyediakan produk keropok lekor pelbagai jenis dan rasa.Jualan runcit serta borong juga disediakan.
Antara produk yang pop**ar ialah keropok lekor goreng,lekor rebus,lekor chees dan lekor crispy.
Kepada penduduk Hulu langat yang berhampiran boleh dapatkan produk ini setiap hari.
Adakah anda usahawan IAT berasaskan perikanan di daerah Hulu langat
sila komen produk,lokasi dan no hp untuk kami hubungi
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Address
Pejabat Perikanan Daerah Hulu Langat
Semenyih
43500
Opening Hours
Monday | 08:00 - 18:00 |
Tuesday | 08:00 - 18:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
KEM BATALION 4, , PASUKAN GERAKAN AM
Semenyih
Pasukan Gerakan Am Adalah Sebahagian Daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Jalan Bangi
Semenyih, 43650
β’EMAS TULEN 916 ORIGINALοΏ½% β’HARGA LELONG TRUSTED SELLER
Balai Bomba Dan Penyelamat Semenyih, Jalan TPS 1/7, Taman Pelangi, Semenyih Darul Ehsan
Semenyih, 43500
Memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran dan penyelamatan