Dr Ahmad Mustaqim

Dr Ahmad Mustaqim

Doktor kesihatan keluarga(General practitioner GP) dan pekerjaan (Occupational health doctor OHD). Fokus tambahan kepada ultrasound dan suntikan sendi.

02/03/2024

Followers Promosi hingga akhir Mac
Periksa tahap kesihatan diri anda di Unicare Clinic
Waktu operasi
Isnin - Jumaat 8 pagi - 10 malam
Sabtu - Ahad 8 pagi - 5 petang
Hubungi kami untuk temujanji :
No Telefon : +60362421016
Whatsapp : wa.me/+60362421016
wa.me/+60362421016
wa.me/+60362421016
wa.me/+60362421016
Atau waze ke lokasi kami
Unicare Clinic
G02 & G03, Sky Awani 2 Residences,
Jalan 2/12, Kampung Batu Muda,
51100 WP Kuala Lumpur
Follow, Like dan Share kami di sosial media dengan menekan link di bawah
https://linktr.ee/unicare.clinic

17/01/2023
30/06/2022

Doktor ini membohong je kerjanya

Semalam kata nak share makanan spesifik yang perlu dielakkan oleh pesakit gout, jadi hari ini kita nak kotakan janji kita.

1. Makanan laut - ikan bilis, kerangan, sardin dan tuna kaya dengan purines. Elakkan makanan seperti ini,
2. Organ - jangan sesekali makan hati. Terutama hati haiwan kan. Buah pinggang, pedal semua itu kaya dengan purines dan uric acid.
3. Daging merah - lembu, kambing boleh makan tapi kurangkan.
4. Sayuran kaya dengan purin - asparagus, bayam, kobis bunga, cendawan, dal dan kekecang.
5. Gula dalam makanan dan minuman - bijirin manis, kuih dan roti dan gula-gula. Kurangkan minuman jus dan minuman manis
6. Alkohol - senang cerita elakkan sahaja lah.

Tips tambahan, vitamin c mungkin mengurangkan kandungan uric asid. Bincang dengan doktor anda bagaimana vitamin C dapat membantu anda

29/06/2022

Assalamualaikum and good morning

28/06/2022

Doktor pun terperanjat…

Semalam kita ada perkenalkan mengenai Gout. Hari ini kita akan tunaikan janji mengenai gout. Gout ini disebabkan badan terlalu banyak menghasilkan asid urik atau badak tidak mampu membuang urik asid yang terhasil.

Oleh sebab, gout berkait rapat dengan urik asid ini, cara mengelak dan merawat gout juga berkait rapat dengannya. Nak memeranjatkan doktor anda apabila lihat keputusan darah anda?

Antara tips untuk gout.
1. Mengurangkan berat badan - kajian mendapati berat badan berlebihan meningkatkan risiko penyakit gout.
2. Karbohidrat kompleks - makan lebih buah, sayuran, bijiran.
3. Gula - pantang sekali makan atau minum gula. Ini termasuk makanan dan minuman yang mengandungi high-fructose corn syrup.
4. Air - pastikan mendapatkan air secukupnya
5. Lemak - kurangkan lemak tepu terutama daripada daging merah, bahagian ayam berlemak dan produk tenusu tinggi lemak.

Jadi kat atas ini adalah tips makanan secara umum, ada ke yang berminat nak tahu makanan spesifik yang perlu dielakkan?

28/06/2022

Assalamualaikum dan selamat pagi

27/06/2022

Menyesal tak baca sampai habis …

“Sakitnya kaki aku ni Jah, macam kena gigit syaitan!”

Gout ini bukan penyakit baru, dari zaman berzaman lagi. Kebiasaannya akan menyerang ibu jari kaki dan lutut. Namun ia sebenarnya boleh menyerang mana-mana sendi di badan.

Seriusnya gout ini, ia menyerang 1 dalam 100 rakyat Malaysia. Secara tipikalnya sendi yang terlibat akan membengkak, merah dan sakit berdenyut. Sakit berlaku walaupun ketika rehat, namun lebih teruk ketika bergerak.

Kenapa ia berlaku?

Ia terjadi apabila salah satu bahan buangan badan, uric acid tidak dapat dibuang secara normal atau terdapat peningkatan penyerapan melalui makanan.

Selain daripada itu, gout juga berkait rapat dengan risiko penyakit metabolik lain seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Macam mana nak mengawal Gout ini? Ha nantikan bahagian dua.

26/06/2022

Tolong saya cikgu!

Begitulah rintihan seorang pelajar kepada gurunya. Semasa membuat kerja secara tidak sengaja ter”stapler” jarinya sendiri.

Apa yang anda akan buat jika berada di tempat kejadian?

1. Bertenang.
2. Pastikan kawasan selamat dan alihkan objek merbahaya.
3. Jangan tarik keluar objek yang tertusuk.
4. Balut kawasan yang terlibat.
5. Dapatkan rawatan dengan segera.

25/06/2022

Beberapa hari lepas kita ada kongsikan tentang seorang kanak-kanak ini. Dia mempunya 6 jari kaki. Malangnya jari kakinya tersepit dan terpusing. Akibatnya darah tidak sampai ke jari tersebut.

jadi kami kebaskan kaki tersebut dan kami terpaksa pisahkan jari tersebut. Luka tersebut kami jahit dan benang tersebut akan larut sendiri.

24/06/2022

Takut menyesal tengok gambar ni sebab…

Proses membuang kutil sedang berjalan. Lepas ni tiada lagi kutil2 yang membelenggui hidup anda😁
Ramai yang bertanya jika buang kutil nanti dia tumbuh semula atau tidak?
Jawapannya : Tidak pada kutil yang telah dibuang. Tetapi kutil boleh tumbuh lagi ditempat lain cuma memakan masa yg lama untuk jadi besar semula.
Jika tidak dibuang makin beranak pinak lah lagi.. makin bertambah banyak.

3 Senaman Sakit Lutut Sesuai untuk Warga Emas 23/06/2022

Kerap sakit lutut? Jom buat senama seperti ini. Cuba dahulu, baru tahu.

3 Senaman Sakit Lutut Sesuai untuk Warga Emas Antara masalah yang kerap dialami apabila kita mula meningkat usia adalah sakit lutut..Sakit lutut ini juga disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada masalah ...

22/06/2022

Sampai bila nak menderita sakit tumit?
Duduk kejap , masa nak bangun tu sakit dia azab mencucuk. Kena jalan lama sikit baru dia hilang.
Ubat sudah makan, senaman doktor dah cuba. Ada cara lain ke?

Ini contoh sahaja, perbualan pesakit dengan doktor di Burkina Faso,Korea.

Untuk semua masalah tulang dan sendi, no 1 mesti kurangkan berat, no 2 kena buat senaman.

Peringkat awal senama seperti video semalam boleh membantu. Jika sakit sangat boleh jumpa dengan doktor anda pemeriksaan, xray dan juga rawatan

Kalau semua di atas tidak berkesan kajian mendapati suntikan steroid atau/dengan PRP boleh membantu mengurangkan keradangan dan sakit disebabkan plantar fasciitis.

Caranya, darah anda diambil dan diproses untuk mendapatkan ekstrak PRP. Setelah itu, PRP dan steroid disuntik ke tempat bermasalah dengan petunjuk ultrasound. Didalam PRP, platelet dan growth factor akan membantu proses baik pulih.

Belajar sesuatu?

21/06/2022

Kes unik?

Anda boleh lihat sendiri gambar di bawah. Apa yang uniknya? Keadaan ini di panggil polydactyly (lebihan jari). Ia adalah penyakit dari lahir yang menyebabkan lebihan jari dan merupakan penyakit genetik autosomal dominan. Maksudnya jika ada salah seorang ibu atau ayah ada keadaan ini, anak juga akan dapat keadaan yang sama.

Macam mana nak diagnos keadaan ini? Kira sahajalah jari tangan atau kaki, jika terlebih maka ada polydactyly.

Belajar sesuatu? Ingin tahu bagaimana kami membantu pesakit cilik ini?

Senaman Bagi Orang Sakit Tumit 20/06/2022

Cara-cara nak mengurangkan

Senaman Bagi Orang Sakit Tumit Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas.Namun, ada faktor lain yang akan menye...

19/06/2022

Beberapa hari lepas kita share pasal sakit tumit macam orang kurang berminat.
tidak mengapa, kalau diri sendiri atau keluarga tiada masalah tumit boleh abaikan sahaja post ini.

Bagi yang berminat hari ini kita ceritakan tentang Plantar Fasciitis. Penyakit ini menjadi punca sehingga 10 peratus sakit tumit.
1 daripada 10 orang yang sakit tumit, ada plantar fasciitis.

Tanda dia mudah sahaja dan unik. Majoriti pesakit akan mengadu sakit ditumit bahagian tengah. Habis itu apa yang uniknya?
Uniknya, skit paling teruk semasa baru bangun tidur. Pesakit akan kata "First step is the hardest step/ Jejak pertama adalah yang paling sakit".
Apabila pesakit mengambil beberapa langkah kemudian sakit akan berkurangan. Awas, ini cuma di peringkat awal, bila dibiarkan, sakitnya akan berpanjangan.

Jadi apa nak buat jika ada masalah sebegini? Jumpa tok bomoh? Jangan, jumpalah dengan doktor. Biar doktor anda periksa anda.

"tapikan doktor, saya takut kena potong!" Isk asyik - asyik potong. Boleh cuba makan unat dengan terapi senaman dahulu.
Kalau masih sakit, kajian mendapati suntikan PRP bersama steroid berkesan.

"PRP itu apa doktor?". Isk itulah, kan dah cerita awal-awal dahulu. Tertinggal bas lah tu.

Kalau ada yang nak tahu senaman untuk mengurangkan sakit akibat Plantar Fasciitis bagi tahu ya!

18/06/2022

Ouch, jalan sikit, ouch

Pernah ke jadi macam ini?

Ini semua berpunca daripada tumit (calcaneal). Tumit oh tumit kenapa engkau sakit? Macam mana aku tidak sakit .... sambung

Tumit ni, sakitnya ada banyak punca. Biasanya lokasi dia sakit tu menjadi petunjuk.
Punca yang paling kerap adalah Plantar Fasciitis yang biasanya berlaku kat bahagian tengah tumit dan yang paling unik dia sangat sakit apabila nak mula berjalan dan
berkurangan selepas beberapa langkah berjalan.

Tulang tumit juga boleh retak walaupun tiada impak maksima. Keadaan ini kami panggil sebagai calcaneal stress fracture. Sakit akan menjadi lebih kuat dengan berjalan atau apabila berjalan di permukaan keras.
kalau ada sakit bersama rasa terbakar atau kebas mungkin saraf anda terlibat.

Kalau tumit terasa seperti lebam, kat tengah - tengah tumit tu, mungkin anda ada Heel pad syndrome.

Jadi, apa perlu buat jika sakit tumit. Berjumpa dan berbincanglaj dengan doktor anda.

Siapa sini berminat nak tahu lebih mendalam pasal sakit tumit minta like,share atau letak pertanyaan di komen.
Kalau ramai berminat kita kongsikan cara nakkurangkan sakit dan cara rawatan

17/06/2022

Assalamualaikum and hello!

17/06/2022

Squamous cell carcinoma

Sebagai kanser kulit kedua paling kerap
1. Berkait rapat dengan sinar UV. Lebih banyak terdedah kepada sinaran UV, lebih tinggi risiko mendapat kanser kulit.
2. Selalu berlaku di kawasan yang lebih kerap terkena sinar UV, belakang tangan dan lengan. Kepala dan leher berlaku ditempat mendapat paling banyak cahaya matahari
3. Jarang berlaku kepada pesakit di bawah umur 50 tahun
4. Berkulit cerah dan kulit yang tidak menggelap apabila terkena sinar UV lebih berisiko untuk kanser SCC

Kanser ini lebih dikenali dengan keadaan kulit yang menebal, keras dan selalunya dengan ulcer atau luka ditengahnya. Doktor biasanya mengesyaki keadaan ini jika anda mempunya luka yang tidak sembuh dan mudah berdarah jika disentuh.

17/06/2022

Monthly dose vitamin sea and D

Want your practice to be the top-listed Clinic in Semenyih?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Belum menurun idea nak menaip hari ini. Kita share video sahaja ya.

Category

Website

Address


Ecohill Link, Setia Ecohill
Semenyih
43500

Other Medical & Health in Semenyih (show all)
Bekam Al Nafis Bekam Al Nafis
NO 18 B-3 Jalan 1/2, Seksyen 1, Bandar Teknologi Kajang
Semenyih, 43500

Foxi Gold Davoslife - မလေးရှားနိုင်ငံ၏ နံပါတ် ၁ အရိုးနှင့်အဆစ်နို့ Foxi Gold Davoslife - မလေးရှားနိုင်ငံ၏ နံပါတ် ၁ အရိုးနှင့်အဆစ်နို့
Jalan Semenyih
Semenyih, 43500

Foxi Gold Davoslife - မလေးရှားနိုင်ငံ၏ နံပါတ် ၁ အရိုးနှင့်အဆစ်နို့ ⭐️လူပေါင်း 2,543,922 ကုန်ပစ္စည်းကို ဝယ်ယူခဲ့သည်။

Safa Madu Tualang Asli Safa Madu Tualang Asli
No. 39 , Jalan Tps 2/12 Taman Pelangi Semenyih 2
Semenyih, 43500

MADU TUALANG ASLI

Klinik Pergigian Majestic Braces & Implant-Eco Majestic Klinik Pergigian Majestic Braces & Implant-Eco Majestic
No 13(1st Floor), Jalan 3A/1
Semenyih, 43500

Kami di sini ��� http://www.wasap.my/60146206400/nakbuatrawatangigi

Pusat Rawatan Angin Meor Hassan Pusat Rawatan Angin Meor Hassan
Semenyih, 43500

Pusat Rawatan Angin Semenyih

House of Oxygen House of Oxygen
Semenyih, 43500

We are specialists in medical devices for homes using Oxygen Concentrator. HOUSE OF OXYGEN we supply and provided service of Oxygen Concentrators for whom needs medical care at hom...

D Eye Prosthetics Ocularist - Artificial Eye / Mata Palsu D Eye Prosthetics Ocularist - Artificial Eye / Mata Palsu
Semenyih, 43500

specialized in ready made & custom made prosthetic eye fitting. Ocularist based in KL, malaysia.

健康谷粮-Herbingz本草 健康谷粮-Herbingz本草
Semenyih, 43500

📌关注我们🌿索取劲爆优惠❗️ 无化学成份 无防腐剂 无人造色素 🫘 虎乳芝谷粮 🫘 螺旋藻谷粮 拥有GMP,KKM,SGS,NPRA认证

Healthy Care Healthy Care
Jalan Semenyih, Malaysia, Malaysia
Semenyih, 43500

Gudang eksklusif, borong dan runcit susu import AS di Malaysia

Poliklinik penawar semenyih wellness centre Poliklinik penawar semenyih wellness centre
26G , Jalan Semenyih Sentral 4
Semenyih, 43500

Poliklinik Penawar Semenyih Wellness Centre, Klinik ini dikhaskan untuk merawat masalah kulit wajah dan mendapatkan berat badan yang ideal.

Pusat Rawatan Angin Meor Semenyih Pusat Rawatan Angin Meor Semenyih
Semenyih, 43500

Pusat Rawatan Angin Meor Hassan Area Semenyih