KELAB BELIA SENAI

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KELAB BELIA SENAI, Social service, Senai.

31/08/2024

KELAB BELIA SENAI mengucapkan Syabas dan tahniah kepada Pengurusan Pejabat Daerah Kulai yang telah menganjurkan Hari Kebangsaan ke67 dengan begitu rapi dan teratur. Layanan yang mesra dan makanan untuk peserta perarakan tepat pada waktu.
Perjalanan program yang begitu lancar dan tepat pada waktu menunjukan komitmen yang tinggi dari semua kakitangan yang terlibat. Kami sebagai anak Kulai berasa bangga dengan prestasi terbaik Pejabat Daerah Kulai.Tahniah Tahniah๐Ÿ‘๐Ÿป.

31/08/2024
31/08/2024

Konvoi kereta KELAB BELIA SENAI dengan Jalur Gemilang pada hari ini. Selepas Perbarisan & Perarakan KELAB BELIA SENAI telah berkonvoi ke Gunung Pulai dan kembali ke Senai 7ptg.

Photos from KELAB BELIA SENAI's post 31/08/2024
Photos from KELAB BELIA SENAI's post 31/08/2024

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE67.
KELAB BELIA SENAI telah menyertai Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan pada hari ini.
N.Johan di Kategori Sepanduk terbaik.
Selepas tamat perbarisan & perarakan kami telah ke IOI Mall untuk nyanyikan lagu bangsa Johor dan lagu Negaraku.
Sejurus itu, kami berkonvoi kereta dgn kibarkan Jalur Gemilang ke Gunung Pulai.
Tema kami untuk Hari Kebangsaan tahun ini berbunyi
'BELIA PEMANGKIN PERTUMBUHAN'

Photos from KELAB BELIA SENAI's post 28/08/2024

Mohon war-warkan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TQ

Photos from KELAB BELIA SENAI's post 25/08/2024

Pada 24/8/2024 KELAB BELIA SENAI telah menganjurkan Pertandingan Bolasepak Bwh 15 thn Sempena Hari Kebangsaan Ke67 di Padang Tmn Muhibah Saleng. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai dalam pertandingan ini. Pasukan Sembara A Fc dari Bandar Putra Kulai telah menjuarai pertandingan ini. Naib Johan Pasukan Masai United dan tempat ke-3 pasukan High City fc.

Johan : RM300.00 + Trophy + Medal
N. Johan : RM200.00 + Medal
Ketiga : RM100.00 + Medal

' JIWA MERDEKA '

' YAKIN BOLEH '

Photos from KELAB BELIA SENAI's post 11/08/2024

JELAJAH ASPIRASI Orang Muda Johor 2024 di Hutan Bandar MPKu Bandar Putra Kulai. KELAB BELIA SENAI telah menyertai Pertandingan sepak Penalti.

07/08/2024

PERTANDINGAN BOLA SEPAK BWH 15THN
ANJURAN
*KELAB BELIA SENAI*

YURAN PENYERTAAN RM150.00

TARIKH : 24/8/2024(Sabtu)
PADANG: TMN MUHIBAH
SALENG,KULAI

Hadiah wang tunai $$$ Johan, N.Johan & Ke-3

Pertanyaan:
N. Siva 011 11481623
S.Kailash 014 6777902
Irwan 018 3535898

Bayaran ke acc:

*KELAB BELIA SENAI*
*RHB BANK*
*NO ACC : 25103000011556*

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 12/8/24

Photos from Wong Bor Yang ้ป„ๅ‹ƒๆ‰ฌ's post 28/07/2024
Photos from KELAB BELIA SENAI's post 27/07/2024

27/7/2024: Pada hari ini KELAB BELIA SENAI telah berjaya menganjurkan PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LELAKI TERBUKA. Sebanyak 14 pasukan telah menyertai dalam pertandingan ini. Yb Tn Wong Bor Yang Adun Senai telah merasmikan pertandingan ini dan telah memberi sumbangan sebanyak RM1000.00 kepada KELAB BELIA SENAI.Keputusan dan hadiah wang tunai pertandingan yang dimenangi seperti berikut:
JOHAN TEAM KASURA RM1300.00
N.JOHAN TEAM FYKULAI RM 800.00
KETIGA TEAM GGBOND RM 500.00

Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Daerah Kulai En Zulkifli Pilus telah menghadiri ke upacara penutupan dan telah memberi hadiah kepada pemenang2. Syabas dan Tahniah kepada semua pasukan yang telah menyertai pertandingan ini.

'YAKIN BOLEH'

Photos from KELAB BELIA SENAI's post 13/07/2024

LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH KULAI.
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN DAERAH KULAI telah melantik KELAB BELIA SENAI selaku teknikal bagi menjalankan kejohanan bola tampar wanita dan memilih pemenang yang akan mewakili daerah Kulai ke LIGA SUKAN PERINGKAT NEGERI JOHOR.
KELAB BELIA SENAI, mengucapkan ribuan terima kasih kepada KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN DAERAH KULAI yang menaruh kepercayaan terhadap KELAB BELIA SENAI. Kami menganggap peluang ini satu penghormatan yang tinggi kepada Kelab kami.
'Yakin Boleh'

Photos from KELAB BELIA SENAI's post 11/07/2024

KELAB BELIA SENAI telah menghadiri ke mesyuarat MAJLIS PERSIDANGAN BELIA NEGARA (MPBN)PERINGKAT DAERAH KULAI pada 10hb Julai 2024 di bilik gerakan Pejabat Daerah Kulai Bagi Sidang 1 Penggal ke 20 2024-2025. Pegawai Daerah Kulai,YBhg. Tuan Fizwan Bin Dato' Hj Mohd. Rashidi telah merasmikan persidangan ini. Turut hadir YDP MPKu, Tn Hj.Fahmi bin Salam, En Mohd Hail bin Sulaiman, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kulai, En. Zulkifli Bin Pilus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulai.
Beberapa usul yang bernas telah dibentangkan dan diambil maklum untuk tindakan seterusnya.
KELAB BELIA SENAI sentiasa berkomited dan sedia membantu agensi2 Kerajaan demi kemajuan belia2 dari segi Pendidikan, Sukan dan juga ekonomi.
En.S. Kailash Presaad telah mewakili KELAB BELIA SENAI dalam persidangan ini.Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat demi kemakmuran belia masa depan.
'Yakin Boleh'

Photos from KELAB BELIA SENAI's post 05/07/2024

KELAB BELIA SENAI mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kulai Yb Teo Nie Ching dan Dato' Sri Dr H. Sivadas yang telah memberi sumbangan untukkelab kami. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Bola Sepak IPD KULAI, Ketua Polis Daerah Kulai Ydh Supt Tn Tan Seng Lee dan OCS Tn Hairi yang sudi menyediakan hidangan untuk VIP-VIP yang hadir. Pertandingan Persahabatan Bolasepak ini dianjurkan oleh KELAB BELIA SENAI sempena HARI BELIA NEGARA 2024 yang membawa tema 'YAKIN BOLEH'
'YAKIN BOLEH'

Photos from KELAB BELIA SENAI's post 04/07/2024

KELAB BELIA SENAI telah menganjurkan satu Perlawanan Persahabatan Bolasepak Sempena Hari Belia 2024 dengan Pasukan KULAI COPS FC (IPD KULAI) pada 29/6/2024 di padang IPD Kulai. Kemenangan berpihak kepada pasukan KULAI COPS FC dengan jaringan 6-3.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kulai Yb Pn Teo Nie Ching yang telah menyalurkan sumbangan kewangan kepada Kelab Belia Senai dan juga kepada Dato' Sri Dr H.Sivadas yang telah menyalurkan sumbangan kewangan dan akhirnya kepada En Raj dari ISKON SENAI yang turut memberi sumbangan kewangan kepada kelab kami.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Kulai Ydh Supt Tn Tan Seng Lee dan juga kepada OCS Tn Hairi yang turut bersama dan menyaksikan Perlawanan Persahabatan ini. Kami sentiasa berhutang budi dan berterima kasih kepada Pengasas dan juga Penasihat Kelab kami En Sivapresaad Narayanan yang sentiasa membawa kearah yang cemerlang.
Hari Belia Negara 2024
'Yakin boleh '

Photos from KELAB BELIA SENAI's post 28/06/2024

KELAB BELIA SENAI telah menganjurkan Pertandingan Futsal bwh 18thn pada pagi ini di Gelenggang Futsal Senai. Sebanyak 11 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Pasukan dari Bkt Indah telah memenangi tempat pertama dan tempat kedua dan ketiga ttelah dimenangi pasukan dari Kelab Belia Senai.

21/08/2023

Ubahsuai(renovation) rumah, kedai, bina rumah Baru di lot anda, Pembinaan kilang, welding works, mosaic sila hubungi AJIT CONSTRUCTION & ENGINEERING 011-11481623. Seluruh Negeri Johor.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Senai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Konvoi kereta KELAB BELIA SENAI dengan Jalur Gemilang pada hari ini. Selepas Perbarisan & Perarakan KELAB BELIA SENAI te...

Category

Telephone

Website

Address


Senai
81400

Other Senai government services (show all)
Mohamad nurfahmi Mohamad nurfahmi
Senai, 81400

https://wa.me/message/REPSOLM6PJTAH1

JRtv faruk JRtv faruk
Senai, 81400

hi this is JRTV i am a Blogger plase i have follow me to get my videos everytime

Mtv sultanpur Mtv sultanpur
Senai

hi this is mtv i am a blogger plase i have follow me to get my videos everytime

FAHMI FAHMI
Senai
Senai, 81400

ASSALAMUALAIKUM KEPADA ANDA YANG SEDANG MENCARI KERETA BARU ATAU SECONDHAND BOLEH HUBUNGI SAYA ๐Ÿ™

The Power of COWAY The Power of COWAY
Senai, 81000

Saya adalah Health Planner berdaftar. COWAY mampu memberikan anda kehidupan yang Sihat dan selesa.

Koleksi video foto lucu Koleksi video foto lucu
Senai

https://youtu.be/pzMvig0KOcE

ๆŸ”ๅ—้ป„ๆฐๅ…ฌไผš ๆŸ”ๅ—้ป„ๆฐๅ…ฌไผš
No.7,Lorong Satu ,81400 Senai, Johor
Senai, 81400

Komuniti Kampung Sri Maju, Senai Johor. Komuniti Kampung Sri Maju, Senai Johor.
Kampung Sri Maju
Senai, 81400

My Sweet Home Iimuet PoEnya SisWanto Pholephell My Sweet Home Iimuet PoEnya SisWanto Pholephell
Jln. Jambu Batu 5
Senai, 84100

Pinjaman Peribadi Ukhuwah Pinjaman Peribadi Ukhuwah
No. 1377, Jalan Jambu 9, Taman Muhibbah Saleng
Senai, 81400

Pasukan Bomba Sukarela Senai Pasukan Bomba Sukarela Senai
Senai, 81400

ๆœฌ้šŠๆ˜ฏไธ€ๅ€‹ไธๅˆ†ๆ”ฟ้ปจ๏ผŒไธๅˆ†็จฎๆ—๏ผŒไธๅˆ†ๅฎ—ๆ•™็š„้žๆ”ฟๅบœ็ต„็น”๏ผŒไนŸๆ˜ฏๅ€‹็‚บๆฐ‘่ซ‹ๅ‘ฝ็š„ๅฟ—้ก˜ๅœ˜้ซ”ใ€‚