2RFC

2RFriedCrispyChicken Pekan Salak-2RFC membantu anda merasai kelainan rasa ayam yang sebenar dengan harga mampu beli RM1 je.

Diproses segar dan digoreng crispy dengan rasa perapan hebat hingga ke tulang nikmatnya.

Seluruh Selangor tiada ayam esok… 21/05/2022

Hmmm....

https://www.gemilangdaily.com/seluruh-selangor-tiada-ayam-esok/

Seluruh Selangor tiada ayam esok… Seluruh Selangor tiada ayam esok...Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang pada Sabtu.

01/05/2022

Salam 29 Ramadhan / 1 May 2022...

Selamat Hari Pekerja untuk semua pelanggan dr pelbagai bidang, rakan2 peniaga mahupun yg berkerja sendiri...apa pun usaha yg kita lakukan semoga beroleh rezeki dalam barokah.

27/04/2022

Salam 25 Ramadhan / 27 April 2022..
Hari terakhir 2RFC beroperasi sebelum cuti raya..Insha Allah lepas raya kita jumpa lagi dengan sesuatu yg lebih menarik...!!!

19/04/2022

Salam 17 Ramadhan 1443 / 19 April 2022...
Salam Nuzul Quran...
Bersama menghayati peristiwa turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dalam menyatukan kita semua...
Semoga kita beroleh keberkatan amalan di bulan Ramadhan ini dan murahnya rezeki untuk kita semua.

2RFC masih mengekalkan Ayam Singgit Crispy RM1 kami...rasa hebat dengan perapan istimewa.

Air Durian Belanda penyejuk badan...
Air Tembikai penyegar rasa...
Air JAGUNG Padu xtau nak habaq..cuba dulu baru tau...

Mai singgah...mai rasa...

Photos from Persatuan Penduduk Taman Desa Merpati's post 06/04/2022

2RFC juga beroperasi disini..mai singgah...
Pelbagai juadah lain dan minuman Jus Durian Belanda, Jus Delima Dan Jus Tembikai terdapat disini ..

03/04/2022

2RFC mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Kareem 1443H...
Semoga kita beroleh rahmat dan diberkati segala amalan di bulan mulia ini.

Kami beroperasi di tempat biasa bermula waktu operasi bulan Ramadhan jam 1500..
Kami juga beroperasi di SJR (SalakJijanRoad) Taman Desa Merpati...

17/03/2022

Salam Nisfu Syaaban..
17 Mac 2022/14 Syaaban 1443...

Semoga kita semua dimurahkan rezeki Dan beroleh rahmat dariNya...

Cara Buat Cendol Homemade, Resipi Dari Penjual Cendol Memang Confirm Sedap! 15/03/2022

Panas btul harini kan...pekena cendol pun sedap jugak ni..boleh la cuba resipi ini di rumah yer...

Kalau nak yg ready made boleh la dtg ke 2RFC Pekan Salak. Kami memudahkan anda menikmati Cendol Santan Sawit yang gerenti kaw punya..mesti cuba..!!!





Kredit:MyResipi

Cara Buat Cendol Homemade, Resipi Dari Penjual Cendol Memang Confirm Sedap! Setiap kali makan cendol kat kedai, semangkuk memang takkan puas makan. Lagi-lagi dalam cuaca panas macam sekarang. Haa, apa kata jom buat cendol homemade di rumah. Bahan-bahan yang digunakan juga memang sudah ada di rumah, tinggal nak beli cendol saja. Mudah sangat! Jom lihat cara membuat cendol ho...

14/03/2022

Kami beroperasi seperti biasa yer...
SABTU hingga KHAMIS 1200-1900
JUMAAT cuti..

Ayam memang mahal sekarang ni...
Macamana nak elak makan ayam kan sedangkan ayam ni boleh dikatakan hidangan utama selain ikan. Anak2 plak asyik minta ayam goreng KFC je...

Munculnya 2RFC diharap dapat membantu anda merasai kelainan rasa ayam goreng dengan harga mampu beli RM1 je. Diadun dengan perapan istimewa memberi rasa yang hebat hingga ke tulang nikmatnya.

"Harga marhaen, rasa kayangan"

“Buanglah minyak masak dengan betul!” – Netizen Puji Lelaki Bersihkan Sisa Minyak Dalam Pembentung 11/03/2022

RECYCLE Minyak Masak terpakai anda dengan wang.

"JANGAN BUANG, KUMPUL DAPAT WANG"

Hubungi kami utk Recycle Minyak Masak terpakai anda dgn harga tinggi RM2.50/kg.

www.wasap.my/0173184166
www.wasap.my/0193811900

“Buanglah minyak masak dengan betul!” – Netizen Puji Lelaki Bersihkan Sisa Minyak Dalam Pembentung Setiap pemilik perniagaan makanan atau restoran mesti tahu apa itu grease trap kan?

11/03/2022

Mohon cuti 1 hari esok SABTU 12/3/22 yer..
Ahad 13/3/22 buka seperti biasa...
Terima Kasih!

11/03/2022

Salam Jumaat SaiyyidulAyyam 11 Mac 2022 / 8 Syaaban 1443...

Photos from 2RFC's post 10/03/2022

KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald's tak sedap.
McDonald's p**a tak pernah kata burger dia jauh lagi sedap dari KFC.

2RFC pun x pernah claim ayam kami sedap.
Cuma 2RFC mampu membantu anda utk menikmati kelainan rasa ayam goreng dgn harga mampu beli RM1 je...!

Masing-masing ada rezekinya, kita hanya wajib berusaha dan Allah lah yang menentukan segalanya.

Terima Kasih pelanggan-pelanggan yg selalu support kami dan yg x jemu walau tiap2 hari beli.

Jemput singgah...jangan pernah jemu yer...!!!

08/03/2022

Salam Selasa 8 Mac 2022/5 Syaaban 1443..

SELAMAT HARI WANITA
untuk semua Wanita Malaysia.

05/03/2022

"IF YOU REALLY WANT TO BE AN ENTREPRENEUR"

02/03/2022

Selamat menduduki SPM pada semua anak-anak calon SPM 2021. Semoga beroleh ketenangan dalam menjawab soalan peperiksaan.
Selamat Maju Jaya dari kami di 2RFC.

Israk Mikraj 27/02/2022

Salam Israk Mikraj 27 Rejab 1443 / 1 Mac 2022

Israk Mikraj Antara peristiwa yang mengangkat ‘status’ dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW berbanding nabi lain adalah Israk dan Mikraj.

21/02/2022

Kami beroperasi seperti biasa yer...
SABTU hingga KHAMIS 1200-1900
JUMAAT cuti..

Rasai kelainan rasa ayam goreng 2RFC mampu beli RM1 rasa hebat dengan perapan istimewa hingga ke tulang nikmatnya.

"Harga marhaen, rasa kayangan"

03/02/2022

Happy Chinese New Year 2022...
Happy holiday to all Malaysians..

together with Tiger spirit and more prosperous year ahead..

Photos from 2RFC's post 21/01/2022
21/01/2022

Salam Jumaat SaiyyidulAyyam 21 Jan 2022 / 18 JamadilAkhir 1443...

Kini kami kembali beroperasi bermula esok Sabtu 22012022..

01/01/2022

1 Jan 2022 / 27 Jamadilawal 1443..

Selamat Tahun Baru 2022, semoga beroleh lebih keberkatan dan pastinya lebih baik dari tahun yang berlalu...

Photos from 2RFC's post 30/12/2021

31 Dec 2021 / 26 Jamadilawal 1443
Salam penghujung tahun 2021 dan sebagai penutup tirai tahun bermulanya kami (ayam singgit crispy), segala kenangan pahit manis tersimpan rapi disini.
Semoga pintu rezeki akan terbuka luas di tahun baru 2022 untuk kita semua Insha Allah.

Nantikan kami dengan wajah baru di tahun baru ini.
Nantikan juga kemunculan produk terbaru kami ayam singgit crispy FROZEN hidangan mudah dengan harga mampu beli.

"harga marhaen, rasa kayangan"

Photos from 2RFC's post 30/12/2021

16 Dec 2021 / 11 Jamadilawal 1443
Buat julung kalinya kami telah memulakan program Infak bersama rakan sahabat dan kenalan yang bermurah hati menyantuni anak2 yatim dan Tahfiz sekitar Salak Tinggi. Hanya berkesempatan mengunjungi 4 pusat Tahfiz dan anak yatim buat kali ini. Insha Allah program seumpama ini akan kami teruskan setiap masa dengan lebih konsisten. Semoga permulaan tahun baru akan membawa lebih keberkatan untuk kita semua.
Insha Allah doakan segalanya dipermudahkan.

"Bagaimana aku akan takut pada kemiskinan, sedang aku adalah hamba dari Yang Maha Kaya."

02/12/2021

Saya tak nak salahkan sesiapa.

Saya bela ayam sendiri. Saya bela ayam kampung kacuk. Saya tak jual dengan pemborong.

Saya dah cakap hari tu. Sayur, ayam dan daging ni naik harga sebab pihak yang beruntungan nak desak kerajaan ambil ayam, sayur dan daging import.

Bila sayur naik harga
Bila ayam naik harga
Bila daging naik harga

Nanti adalah media, NGO, pembangkang bising sana sini. Semua tu konon-konon je jadi hero.

Nasib petani macam mana?
Nasib penternak macam mana?

Jangan harap ada yang tengok dan bela. Saya berkata benar. Saya bela ayam sendiri. Sepanjang tempoh harga ayam naik. Saya tak naik kan harga pon. Saya juga tahu kawan-kawan penternak tak dapat pun harga yang cantik dari pemborong. Banyak je ayam yang lebih hari dan tak terjual. Macam mana boleh kata bekalan tak cukup.

Siapa je yang naikan harga ni sebenarnya?

Bukan petani, pekebun atau penternak.

Katanya orang tengah. Mereka boleh je sesuka hati naikan harga. Tengah hari harga lain, petang harga lain, malam harga lain.

Kenapa saya tahu?

Sebab saya pergi pasar borong setiap hari untuk beli sayur. Harga hari ni dengan semalam tak sama.

Macam-macam taukey tu cakap. Sayur mahal sebab hujan. Ayam tak ada sebab banyak permintaan.

Janganlah nak bodohkan bang oi. Macam mana boleh mendadak naik. Sayur kita tanam hari ni bukan boleh terus petik esok. Kalau lada perlukan 2 bulan dari tanam baru berbuah itu belum boleh dipetik.

Ayam, boleh naik sampai RM5 sekilo dari harga asal. Mana boleh tak cukup. Ayam boleh masuk peti sejuk beku. Bukan busuk pun. Lepas tu boleh jual bila ayam tak cukup.

Saya nak ajar korang satu je kira-kira. Saya bela ayam 5000 ekor je satu pusingan. Ada syarikat besar bela ayam 5 juta keluar sebulan. Kalau ayam naik harga RM2 je sekilo. Sehari berapa deorang dapat untung.

Lama lah dulu.

Saya ada seorang kenalan. Bukanlah rapat sangat. Tapi kira mewahlah. Dia kata dia bisnes import export. Sekali saya tanya lah dia. Bisnes apa?. Dia kata dia bekalkan kepak ayam dari luar negara. Hantar pasar raya besar. Sekali lagi saya tanya soalan lurus bendul. Halal ke ayam tu. krik krik krik dia tak jawab terus cerita lain.

Ingat lagi setahun lepas. Satu syarikat yang dapat AP di dakwa kerana telah cuba menipu dengan mengatakan membekal daging lembu sedangkan daging yang dibekalkan adalah daging kuda dan daging kanggaro.

Boleh percaya ke lagi syarikat yang dapat AP ni?

Kekadang jadi penternak ni katanya kerjaya paling bawah. Nampak bersusah payah. Nampak baju koyak, murah dan nampak bodoh. Plot-plot drama pun tayang orang kampung ni selalu miskin.

Rakyat kita pun nak yang murah. Deorang kempen sendiri kata daging import, ayam import, sayur import jauh lebih murah. Orang kampung ada seorang dua tanam sayur, bela ayam susah nak beli. Baik beli kat pasar raya. Ada class gitu.

Pernah dulu kerja kat Jordan setahun. Sebelahnya negara Palestine. Yang korang beri derma selalu tu. Mereka pun makan nasi basmati. Mana ada makan beras hancur. Kita ni dari dulu tak berubah. Anak-anak kita beri makan beras hancur, ikan paling murah. Macam mana anak-anak kita nak membesar dengan sihat. Berfikir dengan cerdas.

Saya surah isteri saya tukar beras. Kalau boleh anak-anak beri makanan yang paling berkhasiat. Dah tahu sayur import pakai racun yang merbahaya. Tapi sayur kita yang baik-baik kita export ke Singapore. Rakyat kita makan sayur yang kurang berkualiti.

Tak payah nak fikirlah. Dunia ni medan tipu-tipu. Hanya ada 2 pilihan untuk dibuli atau membuli. Selagi ada yang berkepentingan dan beruntung pasti perkara ini akan terus menerus mengikut pusingannya.

Bila saya tulis macam ni, ada yang mesej " ko pandai sangat ko jadi lah YB, bertanding lah. Jangan panda cakap je? ". Apasal p**ak aku nak jadi YB, aku cuma pekebun cabuk je. Korang ni selalu cepat koyak le.

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Salam Ramadhan Kareem...
Jemput mai singgah...
2RFC
1 Jan 2022 / 27 Jamadilawal 1443..Selamat Tahun Baru 2022, semoga beroleh lebih keberkatan dan pastinya lebih baik dari ...
Salam Maulidurrasul 1443H/2021M
Salam Merdeka 64 tahun. Malaysia Prihatin!
tuu aarrr ayam singgit crispy.. mai la singgah..
cheezy ayam singgit crispy

Category

Telephone

Address


Pekan Salak, Salak Tinggi
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 12:00 - 19:00
Tuesday 12:00 - 19:00
Wednesday 12:00 - 19:00
Thursday 12:00 - 19:00
Saturday 12:00 - 19:00
Sunday 12:00 - 19:00

Other Food Stands in Sepang (show all)
Sepang Lok Lok Rm1 Per Stick Sepang Lok Lok Rm1 Per Stick
No 86 Jalan Airport City 2, Airport City Business Centre
Sepang, 43900

We are Lok Lok Stall located beside Xiamen University. Our Lok Lok is only RM1/stick . Comfortable and big space to sit and relax! Opening DATE 4 July 2022 Operation Hours 7.30...

Apam.balik.abak Apam.balik.abak
Kota Warisan
Sepang

SEPANG🇲🇾 📍KOTA WARISAN 🕰️12pm-7pm AHAD-KHAMIS

Nasi Kuning Kak Idah Nasi Kuning Kak Idah
Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang, 43900

The best nasi kuning in town �

Babah Frozen FoodMart Babah Frozen FoodMart
E091 Ground Floor, Jalan 6, Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang, 43900

Kami sudah buka kedai Sweetbox dan Babah Frozen yang baru di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi !! � Landmark: Selang 1 kedai daripada AgroBank

NASI AYAM GOLEK BOH NASI AYAM GOLEK BOH
Sepang, 43900

NASI AYAM GOLEK/ AYAM GOLEK / MEE CELUP.. UNTUK TEMPAHAN BOLEH CONTACT KAMI 0166094749@0139690494

Delima Satay Salak Delima Satay Salak
No 15, Jalan Pekan Salak
Sepang, 43900

Delima Satay Salak terkenal sejak 1996. Resepi warisan air tangan nenek moyang.

Apam Balik Bukit Changgang Apam Balik Bukit Changgang
Kip Sentral, Kota Warisan
Sepang, 43900

Kami menyediakan perkhidmatan katering untuk semua majlis seperti majlis perkahwinan, pertunabgan, akikah, birthday party, jamuan korporat dan sebagainya

Kunyahan_shop Kunyahan_shop
Kipmall, Kota Warisan
Sepang

Jom mengunyah! 💯authorised ds #kunyahan Click link to order : https://wa.link/ubi4hs

Lepak FC Lepak FC
Lot 19349, Jalan DaGang Mas 1, Taman Mas Sepang
Sepang, 43900

Cozy and welcoming food court with variety of food to satisfy ones cravings

DODOL SEDAP Sepang DODOL SEDAP Sepang
BANDAR BARU SALAK TINGGI
Sepang, 43900

*Menjual Dodol *Makanan tradisi orang Melayu *Menerima tempahan untuk majlis kenduri dan Hari Raya Diperbuat :- *Lemak Santan Segar *Secara Tradisional *Manis sesedap rasa *Bau h...

PakChaq Char Koay Teow PakChaq Char Koay Teow
Pakchaq Char Koay Teow, Berhadapan Casa Dahlia, Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang, 43900