Bahagia Tanpa Buasir

Tablet Hermos adalah penawar buasir dan sembelit yang dirumus dari bahan semula jadi (African mango

Photos from Bahagia Tanpa Buasir's post 12/05/2022

5 Pantang larang buasir

12/05/2022

TUJUAN PEMBEDAHAN BUASIR
Beberapa jenis pembedahan buasir termasuklah ligasi pita getah, pembekuan (coagulation), skleroterapi, ‘hemorrhoidectomy’ dan ‘hemorrhoid stapling’. Buasir atau ‘hemorrhoids’ (juga digelar sebagai ‘piles’).
Setiap pembedahan bergantung pada lokasi buasir tersebut samada ia adalah buasir luaran atau buasir dalaman.
Gejala buasir luaran adalah:
✅Gatal di sekitar dubur.
✅Rasa sakit di sekeliling dubur, terutamanya semasa duduk.
✅Terdapat benjolan di sekitar dubur.
Gejala buasir dalaman p**a termasuklah:
✅ Pendarahan semasa pergerakan usus (membuang air besar).
Buasir jatuh keluar dari dubur, yang dikenali sebagai ‘prolapse’.
Jenis Pembedahan Buasir
Terdapat beberapa jenis pembedahan buasir seperti yang dijelaskan di bawah:
🎯– Ligasi Pita Getah
Prosedur ini bertujuan untuk mengubati pendarahan atau ‘prolapse’ buasir dalaman. Ia melibatkan pakar bedah meletakkan pita getah di sekitar pangkal buasir anda. Keadaan ini akan menyekat bekalan darah ke buasir itu, dan akhirnya menyebabkan buasir itu jatuh.
Kesan sampingan jarang berlaku tetapi termasuklah:
- Pendarahan dari dubur.
- Ketidakupayaan untuk mengeluarkan air kencing (pembendungan air kencing).
Jangkitan di kawasan dubur.
Kesakitan teruk yang tidak bertindak balas terhadap sebarang rawatan untuk melegakan sakit. Keadaan ini mungkin disebabkan getah yang digunakan terlalu dekat dengan kawasan di ka**l dubur yang mengandungi rasa sakit.
🎯– Pembekuan (Coagulation)
Pembekuan boleh merawat pendarahan bagi buasir dalaman yang tidak menonjol. Doktor akan menggunakan aliran elektrik atau cahaya infrared untuk membentuk tisu parut pada buasir anda. Tisu ini kemudian akan menyekat bekalan darah ke buasir, seterusnya menyebabkannya jatuh.
Kesan sampingan yang anda mungkin alami termasuklah:
- Kesakitan yang teruk semasa prosedur dijalankan.
- Pendarahan dari dubur.
- Jangkitan di kawasan dubur.
- Ketidakupayaan untuk membuang air kencing (pembendungan air kencing) yang sementara.
🎯– Skleroterapi
Dalam prosedur ini, doktor akan menyuntik larutan kimia ke dalam buasir dalaman anda. Ia mematikan hujung saraf dan membantu melegakan kesakitan yang dialami pada buasir. Selain itu, ia juga akan membentuk tisu parut dan menyebabkan buasir jatuh.
Kesan sampingan yang mungkin anda alami adalah:
- Bengkak.
- Kemerahan.
- Rasa sakit pada kawasan berhampiran urat yang disuntik.
- Alahan terhadap larutan yang disuntik.
- Rasa terbakar pada urat yang disuntik.
- Kulit berubah warna.
🎯– ‘Hemorrhoidectomy’
Pembedahan ‘Hemorrhoidectomy’ bertujuan untuk mengeluarkan buasir. Pakar bedah melakukan prosedur pembedahan buasir ini di hospital yang mana anda akan menerima sekatan tulang belakang (spinal block) atau anestetik tempatan.
Pakar bedah akan membuka dubur anda dan memotong buasir dengan lembut. Pemotongan dilakukan menggunakan pelbagai instrumen pembedahan seperti gunting pembedahan atau laser. Namun, kedua-dua alat ini mempunyai tahap kesakitan yang sama sahaja. Selepas mengeluarkan buasir dari tubuh anda, pakar bedah akan menutup luka, membiarkan luka terbuka atau gabungan dua kaedah ini.
Mengapa luka dibiarkan terbuka? Ia boleh terjadi kerana dua sebab iaitu luka itu sukar ditutup disebabkan lokasinya atau anda mempunyai keadaan kesihatan lain.
Kesan sampingan yang anda mungkin alami adalah:
- Jangkitan.
- Pendarahan dari dubur.
- Pembocoran najis
- Masalah membuang air kecil akibat kesakitan.
🎯– ‘Hemorrhoid Stapling’
Pembedahan ini membantu merawat buasir dalaman yang telah berkembang pesat, atau menjadi ‘prolapse’. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh dilakukan untuk merawat buasir luar.
Kebiasaannya, pakar bedah akan menggunakan anestetik untuk menjalankan prosedur pembedahan buasir ini. Seterusnya, pakar bedah akan menggunakan alat khas untuk mengubah buasir tersebut kepada posisi normal dalam ka**l dubur, Bekalan darah akan berhenti disalurkan ke buasir dan menyebabkan saiznya berkurang secara perlahan.
Beberapa kajian telah menemui bahawa prosedur pembedahan buasir ini kurang menyakitkan berbanding pembedahan tradisional seperti ‘hemorrhoidectomy’. Malah, ia juga mungkin boleh pulih dalam masa yang singkat. Namun begitu, terdapat risiko yang tinggi bahawa keadaan tersebut akan berulang kembali.
Kesan sampingan yang anda mungkin alami:
- Pendarahan.
- Jangkitan.
- Rekahan dubur (a**l fissuring) – lap*san ka**l dubur terkoyak.
Penyempitan dubur atau dinding rektum disebabkan oleh parut.
Buasir berulang kembali.

12/05/2022

Faktor - faktor penyakit buasir mula menyerang anda. Dan ia akan melarat sekiranya tidak dirawat segera.
____________________________________
1. Kerap sembelit.
Gejala ini adalah potensi terbesar anda akan diserang penyakit buasir. Sembelit yang berlarutan amat bahaya untuk usus kita. Cara untuk atasinya adalah dengan menjaga pemakanan dani minum air secukupnya.
2. Posisi yang salah.
Mencangkung adalah posisi yang paling selamat jika anda ingin buang air besar. Jika anda menggunakan jamban duduk, kedudukan usus kita akan sedikit membengkuk dan akan menyebabkan najis kita keluar dengan tidak sempurna.
3. Terlalu meneran.
Anda dinasihatkan tidak terlalu menerang ketika membuang air besar kerana kelakuan ini akan menyebabkan usus kita akan menerima tekanan yang berlebihan. Ini akan mengakibatkan urat / pembuluh darah dalam usus kita membengkak.
4. Pemakanan yang tidak teratur.
Pemakan yang tinggi fiber / serat amatkah digalakkan sekiranya anda kena sembelit atau telah pun diserang penyakit buasir.
5. Tidak minum secukupnya.
Badan kita memerlukan 8 gelas setiap hari untuk stabil. Air yang cukup di dalam badan dapat membantu proses pencernaan berjalan lancar, suhu badan kita ideal, darah kita berjalan dengan stabil. dan banyak lagi kelebihan serti yang kita tahu.
6. Mengandung atau bersalin.
Ini adalah antara faktor terbesar buat wanita yang diserang buasir. Golongan yang ini haru mendapatkan rawatan segera. Perkara ini adalah normal bagi wanita yang hamil dan bersalin normal.
7. Duduk Tau berdiri terlalu lama.
Hal ini selalu dialami oleh driver2 lori atau bas, pekerja kilang, polis, askar serta guru. Pelbagaikan posisi senang diri anda supaya anda tidak berdiri atau duduk terlalu lama.
8. Kerap mengangkat benda2 berat.
Seperti yang kita ketahui. Apabila kita mengangkat beban yang berat, usus kita akan mengalami tekanan yang kuat. ianya sama dengan point ke 3 di atas.
9. Dubur tidak bersih.
Mencuci dubur dengan air adalah adalah cara yang paling sempurna. Ini bagi mengelakkan pengump**an bakteria yang banyak di dubur kita.
10. Usus terluka.
Ramai yang tidak tahu, Bahawa makan yang pedas dan kuat rempah atau herba-herba ini akan membuatkan badan kita akan menjadi panas. Secara tidak langsung mengakibatkan kita menjadi sembelit. Jika kerap terjadi sembelit, potensi kita terkena buasir amat -amatlah tinggi.

12/05/2022

KENAPA PERGERAKKAN YANG STATIK AKAN MEMBERI KESAN BURUK PADA BUASIR?
Buasir ini terjadi kerana pembengkakkan urat pada usus kita. Jadi, jika anda statik pada sesuatu posisi pada jangka masa yang lama. Urat yang bengkak tadi akan menerima tekanan yang banyak dan akan membuatkan Buasir menjadi lebih besar. Ini adalah faktor utama kenapa anda akan berasa berdenyut, rasa pedih, gatal pada dubur anda. AWAS!
ATURAN MAKANAN YANG CACA-MARBA.
Pemakanan yang tidak teratur adalah punca utama kenapa Buasir kita lambat pulih. Perut kita adalah organ yang akan menghadam apa jua yang masuk melalui mulut kita. Jika ia tidak dapat menghadam dengan betul akan anda akan mengalami masalah sembelit . Najis kita akan menjadi terlalu keras dan kering.
Selepas menghadam, najis kita akan melaui saluran usus kita dan akan berlanggar dengan urat yang bengkak tadi. (Buasir). Ini akan mengakibatkan anda akan merasa kesakitan yang amat sangat dan mungkin akan berlaku pendarahan. Jadi, polar pemakan juga sangat2 penting untuk kita jaga.

12/05/2022

hilangkan buasir dengan Lidah Buaya.
Menggunakan lidah buaya ialah salah satu penawar semula jadi di rumah yang ringkas untuk rawatan buasir dalaman dan luaran. Lidah buaya mempunyai sifat terapeutik dan antiradang yang boleh mengurangkan kegatalan , kerengsaan dan keradangan buasir.
Caranya:
Untuk buasir dalaman:
Ambil daun lidah buaya dan buang durinya
Potong daun menjadi kepingan . Letak kepingan ini di dalam mangkuk dan simpan di dalam peti sejuk untuk seketika
Kemudian , sapu kepingan lidah buaya yang sejuk ini pada tempat yang sakit untuk melegakan daripada rasa panas , gatal-gatal dan sakit.
Ulang proses ini selalu
Untuk buasir luaran:
Ekstrak gel daripada daun lidah buaya
Sapu gel ini pada dubur dan urut perlahan-lahan pada tempat yang sakit untuk beberapa minit.
Proses ini boleh membantu anda melegakan sakit dan rasa panas

Photos from Bahagia Tanpa Buasir's post 12/05/2022

Rasa seronok betul bila betul bila tiap2 hari ada customer share yg dh selesai masalah buasir🥰

12/05/2022

Hilangkan Buasir Dengan AIS
Ais membantu dalam menyempitkan saluran darah dan mengurangkan bengkak serta memberi kelegaan daripada sakit dengan cepat.
Caranya :
Ambil beberapa kiub ais dan
bungkus di dalam kain bersih
Sapu atau tuamkan terus pada
tempat yang sakit
Biarkan selama
10 minit.
Ulang proses ini beberapa kali
sehari hingga buasir hilang
Selain itu, anda boleh menggunakan
sebungkus sayur campur yang beku
seperti kacang p*s dan jagung dan
kemudian bungkuskannya di dalam
kain sapu pada tempat yang sakit
dan biarkan selama 20 minit
Lakukan proses ini 3 kali sehari
untuk menghilangkan simptom
buasir.

12/05/2022

Apa itu buasir? Mengapa buasir terjadi?
Perlukah saya berjumpa dengan doktor?
Buasir dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lap*san dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.
Buasir luaran
Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
Mengapa buasir terjadi?
Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit.
Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.
Perlukah saya berjumpa dengan doktor?
Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:
~Berumur 40 tahun ke atas.
~Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
~Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
~Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
~Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.
Apa yang boleh saya lakukan?
Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:
~Elakkan sembelit
~Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan
buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti
atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
~Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
~Lakukan senaman setiap hari.
~Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.
Mengurangkan kesakitan
~Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
~Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
~Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
~Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada
dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai
bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.
Bila saya perlu pembedahan/prosedur?
Selalunya buasir akan hilang/baik tanpa rawatan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan buasir seperti di atas. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berterusan dan mengganggu anda, dapatkan nasihat doktor.
Pembedahan/prosedur untuk rawatan buasir boleh dilakukan sama ada di klinik atau perlu kemasukan ke hospital:
Prosedur di klinik:
1. ‘Rubber band ligation’(lihat gambar 2), boleh dilakukan bagi rawatan buasir dalaman. Rawatan ini adalah sangat ringkas dimana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut.
'sclerotherapy’ di mana sejenis cecar contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.
Prosedur rawatan di hospital:
2. ‘Hemorrhoidectomy’ di mana pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan buasir tersebut. Pesakit yang menjalni prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
‘Doppler guided transa**l hemorrhoidal dearterialization’ di mana mesin ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
‘stappler hemmorhoidectomy’ merupakan pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.
Bolehkah masalah buasir ini berulang?
Ya, buasir boleh berulang walaupun pembedahan telah dilakukan. Oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengelakkan sembelit,tidak meneran semasa membuang air besar dan menggelakkan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan buasir seperti yang dibincangkan di atas.
Buasir bagi wanita mengandung
Buasir semasa mengandung sering bermula diperingkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. Masalah buasir dikalangan wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang. Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. In mungkin akan mengakibatkan masalah buasir. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.

12/05/2022

Alhamdulillah terima kasih kerana support business kami🥰

12/05/2022

MANUSIA kadangkala pelik...
sanggup meninggalkan cara lama
kerana difikirkan kolot dan mengguna pakai teknologi yang kononnya moden.
Ironinya, selepas tamadun
bertambah maju, baru tersedar
cara lama jauh lebih sempurna.
Contohnya, penggunaan tandas
cangkung yang tidak lagi banyak
digunakan kerana sebahagian besar
masyarakat moden dewasa ini memilih
memiliki tandas duduk.
Tandas duduk sebenarnya antara punca
utama buasir. Logiknya begini, usus
besar (kolon sigmoid) mereka yang
menggunakan tandas duduk ketika
membuang air besar tidak dapat
berfungsi secara normal.
“Penggunaan tandas duduk menyebabkan
najis tidak dapat keluar habis dan perlu
diteran untuk keluar.
“Tetapi, walau sekuat manapun meneran,
najis tidak dapat keluar habis dan tersimpan
di dalam kolon sigmoid sehingga
bertahun-tahun.
“Malah bila meneran, hanya 50 peratus
tekanan atau tenaga digunakan untuk
mengeluarkan najis manakala selebihnya
akan mengundur semula menyebabkan
komplikasi penyakit lain p**a.
“Ditambah dengan gaya hidup masyarakat
kurang makan buah, sayur dan minum air
menyebabkan najis jadi keras.
“Apabila najis keras ini sering dipaksa
keluar dengan meneran dan sering bergesel
pada dinding usus, maka lama-kelamaan
terjadilah buasir,” demikian penjelasan
pakar estetika, Kapten (B) Datuk
Dr Zulkafperi Hanapi.
,
Buasir atau hemoroid, terhasil daripada
regangan berulang kali ketika pergerakan
usus dan diburukkan lagi jika pesakit turut
mengalami masalah sembelit.
Ia terbahagi kepada dua jenis, iaitu di dalam
atau terkeluar daripada dubur. Buasir dalam
paling kerap terjadi iaitu meliputi 90 peratus
daripada pesakit.
“Buasir dalam mempunyai empat peringkat
yang mana selalunya peringkat satu dan dua
hanya memerlukan pesakit mengikut nasihat
doktor dan menukar corak pengambilan
makanan atau dirawat menggunakan
teknik ikatan getah pada buasir.
“Buasir luaran p**a adalah salur darah
vena di bahagian bawah kulit luar
daripada dubur.
“Ia lebih teruk kerana pesakit berasa
sakit, berdarah, gatal atau bengkak ketika
membuang air besar.
“Bagaimanapun, rasa sakit itu berbeza antara
setiap individu. Ada yang berasa tidak selesa
dan ada yang berasa panas atau amat pedih.
“Kesakitan teruk yang dirasai mungkin
disebabkan salur darah yang tersumbat
akibat darah beku.
“Pendarahan ketika membuang air besar adalah
gejala utama buasir yang mana sekitar 70 peratus
penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar,” katanya.Jelasnya.
‘ketagihan’ masyarakat moden terutama
anak muda terhadap permainantelefon
pintar pop**ar seperti Player
Unknown's Battle (PUBG),
Mobile Legend dan
Fortnite selain aktif
melayan media
sosial sehingga
ke dalam tandas, juga
menyumbang
kepada terhasilnya
buasir.
“Apabila menahan diri daripada membuang
air besar, rasa ingin 'melepas hajat'
itu akan hilang dengan sendiri sebelum
kembali lagi kemudian. “
Sekiranya kita masih lagi tidak
membuang najis, sekali lagi rasa
hendak buang air besar hilang dan
begitulah seterusnya.“Apa sebenarnya
terjadi ialah setiap kali keadaan itu berlaku,
usus besar akan menyerap air daripada najis
menjadikannya keras dan besar.
“Najis keras dan besar ini menyebabkan
berlakunya sembelit.
“Ini diburukkan lagi dengan cara hidup
terutama membabitkan makan dan
penggunaan tandas duduk.
"Lama-kelamaan akibat najis besar
dan keras ini sering bergesel pada dinding
usus, maka terhasillah buasir. “Selain itu, tabiat
membaca dalam bilik air terlalu lama boleh menyebabkan
buasir menjadi teruk.
“Pastikan juga anda tidak duduk dan berdiri
terlalu lama serta jangan mengangkat barang
berat,” ujarnya ketika ditemui di Klinik Keluarga
& Surgeri, Pusat Perdagangan Pelangi Damansara,
Petaling Jaya, Khamis lalu.
RAWATAN DAN PENCEGAHAN
Terdapat banyak kaedah untuk membuang buasir dicipta dan digunakan namun Dr Zulkafperi berkata, yang paling cepat, mudah dan selamat adalah dengan menerusi teknik ‘safute beim’.“Teknik ini mengurangkan risiko pendarahan iaitu cuma satu peratus sahaja, mengelakkan jangkitan kuman juga dengan risiko satu peratus dan pesakit tidak berasa sakit.
,
“Ia rawatan yang sangat menjimatkan masa hanya memerlukan antara lima hingga 15 minit sahaja.
"Pesakit juga pulih dengan cepat sekitar dua minggu,” jelasnya.
Sebagai langkah pencegahan, katanya, pengambilan serat adalah kaedah rawatan selamat, berkesan dan murah.
Kata Dr Zulkafperi, fokus pada permainan telefon atau media sosial ketika di dalam tandas boleh menyebabkan kita secara tanpa sedar menahan diri daripada membuang air besar.
“Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan dengan buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan bijirin bagi memastikan kelancaran proses pembuangan najis.
“Serat akan melembutkan dan meningkatkan saiz najis serta mengurangkan kebarangkalian pesakit untuk meneran semasa membuang air besar.
“Keadaan ini seterusnya dapat mengurangkan tekanan pada dubur dan kejadian buasir dapat dielakkan.
“Selain itu, pengubahsuaian gaya hidup yang boleh dilakukan bagi mencegah dan merawat buasir adalah pengambilan air yang banyak, kurangkan pengambilan lemak, kerap bersenam, menjaga kebersihan dubur dan kurangkan meneran semasa di dalam tandas,” katanya.
Harian Metro-
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 5:10 AM

12/05/2022

[ MARI KITA BONGKAR ] 𝐁𝐔𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐓𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓???
Anda ada masalah buasir yang dah lama
anda alami penderitaanya?
atau masih baru jadi?.
Jangan biarkan ia terus melarat.
Jom kita baca info mengenai buasir.
Tekan blog di bawah ⤵️
https://deritabuasir.blogspot.com/.../apa-itu-buasir

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


No 110 Jalan Lavender Height 1 Pusat Perniagaan L
Seremban
70420

Other Health/Beauty in Seremban (show all)
Emra Perfume HQ Emra Perfume HQ
566, Jalan TTJ1/11 Taman Tuanku Jaafar
Seremban, 71450

EMRA Perfume adalah buatan Swiss dan aroma yang sangat Premium, Classy, Sensuality dan Memorable bag

The Beauty Eiyzah The Beauty Eiyzah
Seremban, 70000

Aijuice Dossier Aijuice Dossier
Jalan Palas 1
Seremban, 70400

Aijuice Dossier Membantu mengurangkan berat badan Membantu mencerahkan kulit Membantu untuk untuk y

Viina Beauty, Health & Homemade products Viina Beauty, Health & Homemade products
Jalan Seremban
Seremban, 70300

Selling Cosmetics products ( Mary Kay ) & Homemade products.

Starworks Beauty Starworks Beauty
Seremban 2
Seremban, 70300

We are in the Green Beauty and Wellness Lines. We provide the services that are always go naturally healing.

Mairah Spa & Salon Muslimah Seremban 2 Mairah Spa & Salon Muslimah Seremban 2
146, Jalan S2 G2, Garden Avenue
Seremban, 70300

"Mairah Spa & Salon Muslimah Seremban 2 khas untuk wanita saja, penjagaan dan rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki..Mesra pelanggan dan ruang solat disediakn.."

safien&co official safien&co official
Nilai
Seremban, 71800

safien&co beauty and personal care for men & women

Madu ADFA Madu ADFA
Seremban

Madu Tualang Asli keluaran Adfa Beez Empire. Amalan pemakanan sunnah yang diyakini keberkesanannya. L

Kombucha排毒饮 Kombucha排毒饮
Seremban, 71600

以帮助超过1000个顾客改善便秘和大肚腩问题。

SUSU C2JOY Seremban SUSU C2JOY Seremban
Seremban, 71950

sihat dengan susu c2joy kerana mengandungi kalsium dan kolostrum....paling syok sihat akaun bank....

Krim awetmuda wd shah alam Krim awetmuda wd shah alam
Sendayan
Seremban

product

Jamu Tun Teja .Negeri Sembilan Jamu Tun Teja .Negeri Sembilan
Seremban, 70300

Ambassador of Jamu Tun Teja �Postage everyday exclude on Sunday �Cod Available -Seremban , Seremban 2, Senawang , Mambau ,Port Dickson �Fast Response within 24 hour —whatsapp 01...