Cantikwall Design & Build
Cantikwall offers all round renovation solutions for residential and commercial premise from designing up to build phase.
Our services cover both interior and exterior elements. Knowing us by visit our website
www.thecantikwall.com
│SPC FLOORING│by Cantikwall│
Terkejut sangat bila terima banyak feedback positif mengenai SPC FLOORING ni! Jika kena dengan tema warna dinding rumah anda, memang lantai SPC akan memberikan rasa permandangan yang nampak simple, kemas dan juga mewah.
Sebab apa?
1) Boleh pasang terus atas lantai tiles
2) High end
3) Tahan calar
4) Bermacam design dan warna
5) Pemasangan yang cepat & jimat masa
Hidup ini tentang membuat pilihan. Pilihlah lantai terbaik untuk rumah anda.
Nak dapatkan SPC flooring di rumah anda? Boleh terus hubungi kami ditalian 011-63537033. Kami akan memberikan consultation dan penyampaian yang terbaik untuk anda.
RUANG DAPUR KECIL? NAK EXTEND SAMPAI KE BELAKANG?
Meh sini CANTIKWALL terangkan📢
Soalan tentang nak sambung dapur ni tak pernah lekang dari inquiry harian yang kami terima dari customer.
Dan sudah semestinya di CANTIKWALL ada buat servis ini, cuma kami ada minimum value projek dan kami juga ambil kira sejauh mana lokasi rumah dan juga keluasan yang nak buat extension tu.
Perkara paling penting adalah tentang PBT submission, haa ini ramai yang selalunya terlepas pandang kan..
Submission ni sangat penting jika ada berlaku perubahan struktur rumah anda kerana jika anda tidak submit kepada majlis, nilai rumah anda itu tidak akan termasuk dengan nilai struktur yang ditambah tadi kerana di majlis tiada submission dibuat mengenai perubahan struktur rumah ini. anda sudah rugi di situ sebenarnya.
Sebab itu, di CANTIKWALL, kami amat mementingkan submission ini untuk kami meneruskan kerja-kerja renovation. Perkara pertama kami akan buat adalah proses design dahulu sebelum ke fasa binaan.
Ada yang nak sambung dapur ke tu?? boleh tanya kami dahulu dan kami akan bantu pre-quote untuk anda.
Kami cover area KL, Selangor dan sekitar Seremban dan Sendayan N9.
Dari dinding yang kosong, anda decide nak deco apa?
Nak modern touch? Say YES to wainscoting.
Penggunaan wainscoting mampu menjadikan rumah nampak luxurious. Mesti anda bosan juga kan duduk rumah dah bertahun tahun hadap dinding kosong. Cuba beri kelainan dengan makeover ruangan rumah anda tu.
Perubahan ketara dapat anda rasakan hanya dengan install wainscoting. Wainscoting ni p**a ada banyak design yang anda boleh pilih ikut kesesuaian ruangan anda. Material premium solid nyatoh dengan finishing spray paint, fuhh memang memukau mata yang memandang.
Konsep dapur terbuka untuk para ibu yang sering memasak🤩
Dapur dan ruang makan sesebuah rumah itu merupakan salah satu tempat yang paling kerap dikunjungi. Jadi, rekabentuk di kawasan ini juga memainkan peranan penting dalam menyematkan bibit-bibit keharmonian sesebuah keluarga.
Suasana yang selesa, nyaman, dikelilingi dengan ruangan terbuka yang mampu memberikan kelebihan ruangan lebih terang dengan cahaya semula jadi serta pengudaraan yang baik.
Kabinet dapur yang bertemakan "minimalist", bermain dengan "clean look", dan dipadankan dengan lampu gantung, dinding yang dihiasi elemen deco p**a amat lah memberikan keselesaan kepada mata yang memandangnya.
Kami di Cantiwall bukan sahaja memberikan rekabentuk yang cantik dimata, malah kami juga menyediakan rekabentuk yang nyaman dihati. Macam mana, ada yang berminat nak buat konsep dapur terbuka juga?
From developer's standard ---> monochrome modern bathroom.
Keluasan bathroom ini dalam 4.5x10ft.
Anda ada wishlist tertentu untuk bathroom tapi bingung nak mula dari mana? Terkadang renovation ini boleh jadi satu proses yang memeningkan. Sebab itu penting untuk ada proper planning dan dapatkan bantuan pihak yang bertauliah.
Selain itu, banyakkan buat research untuk konsep bathroom yang anda minat dan tetapkan juga bajet. Kos bahan, reka bentuk dan accessories akan mempengaruhi kos keseluruhan renovation bathroom.
Ada pelbagai elemen dan accessories anda boleh letak/pasang pada bathroom. Contohnya dengan memasang shower screen, bathroom akan jadi lebih exclusive selain lebih praktikal kerana air tak spread ke kesluruhan ruang bathroom. Custom cabinet sebagai ruang simpan untuk towel, toiletries ditambah dengan lighting. Terasa macam bathroom hotel kan?
RUMAH SUBSALE NAK BUAT INTERIOR DESIGN?
Rumah Subsale atau bahasa mudahnya rumah second hand bermaksud sesebuah rumah itu pernah ada pemilik sebelumnya. Sebelum nak pindah masuk, pastikan rumah yang anda beli itu BOLEH DIDUDUKI.
Jika anda tak pasti macam mana nak buat atau check, dapatkanlah khidmat yang lebih pakar/professional. Mereka akan conduct the inspection, berikan nasihat dan anggaran kos untuk kerja baikpulih. Kebiasaannya, inspection ini melibatkan:
Kerosakan akibat daripada air (pembiakan kulat, bakteria, karat, kayu kembang, etc.)
Kerosakan bumbung
Kerosakan sistem elektrikal/ wiring
Plumbing issue
Masalah struktur binaan
Serangan serangga/perosak
HVAC (ventilation) system issue/ Aircond
Setelah kerja baikpulih perkara/issue yang di atas, barulah anda boleh start renovation. Anda mesti tak mahu kerja-kerja interior design akan rosak setelah beberapa bulan akibat masalah dalaman yang tidak dibaiki dari awal lagi. Kan dah rugi, rumah dah cantik tetapi perlu baiki lagi disebabkan tak cegah dari akar/punca.
Semoga bermanfaat!
Sedang rancang nak buat renovasi rumah? Sini Cantikwall share beberapa tips penting sebelum engage dengan mana-mana pihak :
1. Hati-hati dengan Harga Terlalu Murah
Berhati-hati dengan harga terlalu murah. Ia mungkin menandakan penggunaan bahan tidak mengikut piawaian.
2.Semak Pendaftaran CIDB
Pastikan kontraktor berdaftar CIDB untuk memastikan pematuhan standard kualiti industri.
3. Semak Portfolio Projek
Semak portfolio projek lepas yang telah disiapkan untuk penilaian kualiti kerja. Elakkan pihak yang tiada portfolio yang sah.
Untuk renovasi tanpa kerisauan, hubungi Cantikwall - firma arkitek, reka bentuk dalaman dan kontraktor binaan berdaftar CIDB dengan rekod 100% Projek Selesai.
Pelik kan kenapa bila kita nak pasang cabinet dapur ada yang mahal ada yang murah, tapi nampak sama cantik je. Haa anda kena tahu nak buat kabinet sebenarnya ada banyak material yang boleh digunakan dan setiap material inilah antara perkara yang membezakan harga setiap kabinet tu. Belum lagi ambil kira kos untuk finishing nya lagi.
Ada 9 material pop**ar yang digunakan di Malaysia iaitu :
1. Aluminium
2. Melamine
3. Solid Wood
4. Medium-Density Fiberboard (MDF)
5. Stainless Steel
6. High Pressure Laminate (HPL)
7. Plywood (with laminate finishing)
8. Plywood (with veneer finishing)
9.Acrylic
Setiap material ni ada pro dan cons mereka yang tersendiri. Yang pastinya di Cantikwall, kami menawarkan material solid wood, MDF dan HPL sahaja. Contact kami sekiranya anda perlu consultant.
HOW MESSY THE SITE CAN BE ?
Generally, whenever you have a plan to do renovation work, remember this.
There are NO contractor can promise you
"no habuk, everything covered "
How awful the site, either you can still stay or should you move out?
Consider these :
▪︎Scopes of work and the working area.
▪︎Cleanliness - The site full of dust, wasted like bricks,sands ,cements , etc.
▪︎Major works - require longer duration to complete.
▪︎Safety - hazard caused by wasted, machinery should be counted into consideration.
______________________________
**picture for reference only.
New house , vacant and scheduled to be complete around Aug - Sept.
What's your ideal concept?
Dalam hiasan dalam, ada sesetengah orang s**akan
Glam style.
Konsep yang asasnya gold metal frame , warm lighting (lampu kuning cerah / malap).
Industrial concept.
Asasnya metal black matt,warna yang kelam /redup sedikit sentuhan classy kombinasi kayu.
Moden.
Konsep yang simple, kemas tapi elegan.
Biasanya soft touch dengan sedikit hiasan tambahan yang besifat ceramic, glass, atau metal.
Selain itu, pemilihan jenis dan warna fabrik furniture juga main peranan.
Walau apapun pilihan anda, jangan lupa bahagian penataan yang perlukan sumber semulajadi.
Tak banyak, ruang yang sedikit tetap kita perlukan.
Cahaya & udara semulajadi penting untuk mengingatkan kita adalah manusia.
Perlukan attachment & engagement dengan alam.
Sentuhan tambahan pokok hidup memang sangat menyerlahkan ruang yang ada.
Konsep ni berikan rasa soothing , calming.
TIPS PEMILIHAN POKOK?
1- Perlu pilih ikut kedudukan ruang.
2- Size ruang VS Size pokok
3- Exposure pada sumber cahaya.
Ada banyak jenis pokok under shades tetapi pendedahan pada cahaya adalah pada tahap berbeza.
Semasa carian atau belian pokok, kenal pasti jenis sama ada
▪︎50% under shades
▪︎70% under shades
Jika betul pilihan pokok, kedudukan pokok, InsyaAllah pokok anda tahan hidup lama.
Ada yang s**a konsep ni?
Kenapa sebelum buat renovation, perlu ada design dahulu?
"Saya tengok orang lain buat, boleh je terus reno? Tak perlu drawing atau 3d ni, leceh!
Jawapannya, memang boleh.
Tapi anda pernah dengar projek reno yang terbengkalai?
Kerja reno belum siap, kontraktor lari?
Kerja dah siap, tengok-tengok tak seperti apa yang anda bayangkan?
Ada pernah dengar kes-kes seperti di atas?
Salah satu sebabnya ialah tak lalui proses design.
Bagaimana proses design ni boleh elakkan kes-kes seperti di atas tadi?
✅Architectural drawing akan dihantar ke majlis untuk mendapat kelulusan/permit
✅Interior designer akan advise sama ada apa yang anda mahu itu praktikal, 'functional' dan memenuhi nilai estetika
✅Segala lukisan/perbincangan mesti mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak untuk proceed ke next step
✅Segala lukisan akan menjadi hitam putih/bukti persetujuan dan boleh dirujuk oleh semua pihak : electrician, tukang kayu, owner, kontraktor
✅3d drawing akan membantu anda visualized apa yang akan dibina nanti
Setelah fasa design telah selesai, segala drawing tadi akan dirujuk semsa fasa pembinaan.
Jadi, di sinilah gunanya drawing yang lengkap dengan spesifikasi ukuran, warna kod cat, material, kuantiti dan sebagainya untuk mulakan kerja marking di site.
Segalanya telah dirancang dari awal lagi.
Tidak dinafikan, perbincangan melalui verbal memang boleh dilakukan. Namun, perspektif berbeza-beza pada setiap orang. Jika anda mulakan dengan proses design, apa yang anda bayangkan, akan divisualisasikan, jadi tiada salah faham/miscommunication di situ.
Semuanya terp**ang ke atas diri masing-masing. Jika anda berminat untuk lalui proses design itu adalah lebih baik untuk mengurangkan risiko-risiko yang tidak diingini semasa dalam proses pembinaan.
Setakat ini, kesemua projek reno delivered 100% tanpa gagal dengan cara ini.
RUMAH ANDA NAMPAK BOSAN?
Nak tambahkan karakter dalam rumah anda untuk lebih menarik?
Jom baca tips harini, ramai yang tak tahu tips terakhir.
1. DINDING TUMPU
Dinding tumpu atau 'feature wall' adalah satu dinding yang berbeza dengan dinding-dinding yang lain dalam sesebuah ruang. Kehadiran 'feature wall' boleh mewujudkan sebuah ruang yang menarik perhatian serta menjadi titik fokus bagi ruang tersebut.
Penggunaan warna/corak yang menonjol atau mempamerkan lukisan pemandangan yang indah sahaja sudah cukup untuk mencuri pandangan dan berfungsi sebagai dinding tumpu. Namun, sebuah dinding tumpu juga boleh menjadi 'functional' dengan menambahkan beberapa unit 'storage' sebagai rumag simpanan tambahan.
2. LANTAI
Satu daripada langkah terbaik untuk menambahkan karakter dalam sesebuah ruang adalah dengan menggunakan material lantai yang sesuai. Contohnya, lantai kayu / 'wood flooring'. Corak semulajadi yang menunjukkan ira kayu menambahkan tekstur dan karakter dalam sesebuah ruang. Cara pemasangan juga memainkan peranan melalui penggunaan corak 'herringbone', 'chevron' dan banyak lagi yang anda boleh pilih mengikut cita rasa anda. Sekiranya anda inginkan pilihan dengan kos yang lebih rendah, anda juga boleh menggunakan material lain seperti lantai SPC yang turut menunjukkan rupa kayu.
3. PANEL DINDING
Penggunaan panel dinding juga boleh menambahkan personaliti dalam ruangan tempat tinggal anda dengan menambahkan perincian dari segi seni bina. Jenis-jenis panel dinding adalah termasuk dengan wainscoting, shiplap dan Laminate Panel. Pelbagai pilihan material seperti MDF dan Gypsum juga tersedia untuk anda dapatkan suasana dan tema yang diinginkan walaupun dalam lingkugan bajet anda.
Semoga bermanfaat!
Jika anda berminat nak buat interior design dengan Cantikwall,
boleh tekan link ini untuk sebarang pertanyaan atau quotation
http://Www.wasap.my/601165357033
Segala periuk kuali sumbat saja dalam kabinet?
Susah nak capai ke dalam kabinet?
Nak susun pun susah?
Sebelum tempah kitchen cabinet, kena plan awal-awal barulah praktikal😍
Tak thau bagaimana?
Halo-halo Cantikwall, kami sedia membantu😘
Design and build by Cantikwall.
Tekan saja link di bawah
📲https://bit.ly/3hmKlc4
/ 011 65357033
S**a tak macam ni? Cuba bagi jawapan di komen.
Segala kuali, periuk belanga tersusun elok dan kemas. Less mess less stress. Betul tak? Kitchen storage and organization ideas by Cantikwall.
Nak bina kitchen idaman anda? Tak pasti ruang penyimpanan macam mana? Designer kami boleh bantu consult dan designkan untuk anda. Anda tinggal masak sambil tersenyum lebar je nanti.
TIPS JIKA ANDA MEMILIH 2 TONA WARNA UNTUK DAPUR
Kenapa 2 warna?
Sebab kabinet dua tona boleh menjadikan dapur yang simple terasa elegan. Dua tona warna juga sesuai dengan reka bentuk dapur yang kecil. Selain itu, dapat memberikan kelainan pada dapur yang simple.
🛠PILIH FOCUS POINT🧐
Anda perlu tahu dimana titik fokus untuk dapur iaitu bahagian kabinet yang akan berbeza dari yang lain. Kebanyakkan pemilik dapur akan memilih untuk memilih island sebagai titik fokus. Jadi boleh pilih warna berlainan dengan cabinet lain.
🛠PILIH WARNA YANG SESUAI
Nampak mudah TAPI percayalah pilih warna ni sebernarnya rumit lagi-lagi terlalu banyak option warna.😵💫 Jika citarasa english style/simple pilih warna earthtone/pastel. Jika citarasa anda unik boleh gabungkan 1 warna bold dengan 1 warna pastel.
Pastikan jika anda memilih 2 warna yang kontra, pastikan warna gelap akan dibuat untuk cabinet base manakala warna pastel untuk wall cabinet.
🛠JANGAN LUPAKAN KEMASAN/BUTIRAN
Pastikan anda pilih handle yang bersesuai dengan warna dan design cabinet anda. Dari segi design/ warna handle. Tak lupa juga dari segi pemilihan appliances/accessories dapur anda seperti oven, microwave, fridge dan sebagainya. Adalah amat digalakkan jika perkakas/alatan boleh BLEND dengan warna, reka bentuk dan ruang dapur anda.
Jangan risau 2 tona warna lebih menarik jika anda tahu bagaimana mahu STYLE kannya😉😉 Takda idea nak pilih kombinasi warna apa?? Boleh lihat gambar disediakan. Dah tengok gambar, dah ada TIPS, tak tahu juga macam mana nak buat contact saja cantikwall.com 🥰🥰
Tekan saja link di bawah
📲https://bit.ly/3hmKlc4
/ 011 65357033
Dapur terasa semak?
Tak teratur?
Setiap kali masuk dapur rasa tak best?
Macam mana nak jadikan dapur kelihatan kemas dan teratur?
1. SOROKKAN BARANG-BATRANG DALAM KABINET YANG TERTUTUP.
Minimumkan barang-barang yang diletakkan di atas kaunter. Keep it clean and simple.
Jika boleh, hanya perhiasan atau deko sahaja yang diletakkan di atas kaunter, selebihnya biarkan appliances yang selalu digunakan dan memang diperlukan seperti rice cooker, water dispenser di atas kaunter.
2. MAKSIMUMKAN PENGGUNAAN RUANG KABINET TERUTAMA DI BAHAGIAN CORNER/PENJURU.
Bahagian corner kebiasaannya tidak dapat digunakan semaksimumkan mungkin. Sekarang sudah moden, teknologi sudah maju. Ada pelbagai aksesori dapur yang dapat selesaikan masalah anda.
Anda banyak periuk? Tapi susah nak capai dalam kabinet? Anda boleh gunakan 'pull-out blind corner accessories'.
✅penggunaan ruang yang maksimum
✅praktikal
✅teratur
3. KABINET BAWAH SINKI
Kebiasaannya, kabinet bawah sinki dibiarkan kosong tiada compartment. Apa kata jadikan ia sebagai drawer untuk letak barangan kecil.
Atau boleh juga letakkan 'pull-out trash bin' di bawah sinki.
Yang penting, anda mesti tahu appliances/brang-barang apa yang anda perlukan untuk diletakkan dalam kabinet. Kemudian, barulah anda dapat kenal pasti accessories apa yang sesuai diaplikasikan dalam kebinet supaya lebih tersusun dan praktikal.
Tak usah pening-pening lagi, kami boleh buatkan untuk anda🥰
FB page: cantikwall.com
Tekan saja link di bawah
📲https://bit.ly/3hmKlc4
/ 011 65357033
| TO EMPLOY |
Looking for someone who can fill the position expected this December.
Other requirements
•Positive attitude
•Good at critical thinking
•Able to travel
Email your CV & Portfolio (compulsory)
to : [email protected]
Office Loc : Seremban, NS.
| TO EMPLOY |
Looking for someone who can fill the position expected this December.
Other requirements :
•Positive attitude
•Good at critical thinking
•Can use power tools
•Prefer graduated in Teknologi Pembuatan (Perabot)
•Able to travel
Email your CV to : [email protected]
Office Loc : Seremban, NS.
TIPS CEILING NAMPAK TINGGI!
Macam mana nak buat? Pening!
Tips ini sesuai untuk sesiapa memiliki rumah yang ceilingnya rendah sahaja. Yang dah okay, boleh baca ambil ilmu🤗
1) LANGSIR PADA KETINGGIAN CEILING
Perhatikan langsir rumah anda. Railing curtain betul-betul di atas tingkap? Sebab itulah ceiling yang rendah, nampak bertambah rendah lagi. NO! NO! NO! kena tukar langsir dan juga tinggikan lagi railing curtain. Langsir jangan biar tergantung p**a🤭Yang lebih baik, tinggi langsir dari ceiling sehingga lantai. Bila pasang langsir begini, mata memandang secara keseluruhan hingga bahagian atas, memberi ilusi/visual ceiling nampak tinggi.
2) PERABOT MELINTANG/RENDAH
Gunakan perabot yang melintang atau yang rendah. Bila gunakan perabot ini, ruang dinding akan nampak lebih banyak. Bila semua perabot jenis melintang, mata akan tertumpu pada perabot, sekaligus anda mungkin tak terperasan bahawa ceiling rumah anda sebenarnya rendah. Lin p**a jika gunakan perabot yang tinggi. Otak akan berfikir jarak ruang atas perabot dengan ceiling terlalu dekat. Jadi, ceiling nampak rendah dan mungkin rasa lemas.
3) LETAKKAN CERMIN BESAR
Letakkan cermin besar yang boleh 'cover' sebahagian besar dinding. Ia beri efek luas pada ruangan rumah. Cermin memantulkan cahaya dan pastikan cermin cukup besar sehingga menampakkan 'view' ceiling. Jadi, ceiling anda juga kelihatan lebih tinggi.
4) TAMBAH FRAME/HIASAN/ART SECARA MENEGAK
Gantungkan perhiasan/artwork yang tinggi pada dinding. Mata akan tertumpu hingga ke atas menyebakan ceiling nampak tinggi.
5) CAT YANG SAMA
Salah satu cara lagi ialah cat 'cornice' dan dinding dengan warna yang sama! Apabila semua benda warnanya sama, jadi anda tidak perasan garisan yang sepatutnya membezakan ruang dinding dan ceiling. Ini juga membantu beri efek tinggi pada ruang tersebut.
Semog bermanfaat!
Nak buat semua tips di atas tapi stuck? Nak jadikan rumah anda lebih estetik? Jangan malu jangan segan, jom halo-halo Cantikwall🤗 Nak buat interior design? Kami sedia bantu anda
FB page: cantikwall.com
Tekan saja link di bawah
📲https://bit.ly/3hmKlc4
/ 011 65357033
[ Design Phase ]
Design secara asasnya proses terjemahkan idea / angan angan kreatif anda atau designer kepada lukisan atau gambaran.
Terjemahan ni termasuklah drawing secara lakaran, susun atur alatan / perabot yang proper, 2D drawing hingga 3D drawing.
3D drawing contoh nya seperti gambar lampiran ni.
Sebelum nak capai final design as gambar ni, ada beberapa perkara yang perlu kita jelas di fasa awal.
Contoh diantaranya :
●Kenal pasti individu / pengguna (cth anak 6thn, perempuan)
●Konsep /idea
●Warna kegemaran
●Aktiviti kegemaran
●Bajet
Kemudian, ada la proses perancangan perbincangan 2 hala sehingga lah selesai.
Dan fasa akhir , anda akan terima "Design Proposal".
Yang ini lengkap segala maklumat berkaitan design tadi.
●3D view & gambar
●Maklumat material (jenis , color)
●Ukuran (kabinet, furniture layout plan, RCP*)
*RCP =reflected ceiling plan. Jika ada buat plaster ceiling, nak tambah lampu kipas , ini drawing yang diperlukan.
Costing? - Kita dah boleh clear dapatkan solid number.
Sebabnya dah ada design proposal yang lengkap, kita jelas dengan :
●Material , ukuran yang nak dibuat
●Skop kerja yang terlibat (hack / remove/relocate /revamp etc)
Nak tengok hasil Cantikwall, follow rapat Official page FB & IG Cantikwall
Untuk pertanyaan, tempahan ,
☎️+6011 6535 7033 (what's app & call)
📲+6018 466 7033 (what's app only)
JOM LIHAT PROSES SHIPLAP PANEL BERSAMA CANTIKWALL🤗
Shiplap panel? Jangan tak tahu, ada banyak feature wall yang anda boleh guna untuk 'SPICE UP' ruang kediaman anda🥰
Kali ini Cantikwall nak kongsi proses shiplap panel wall di ruang dapur salah seorang client kami. Untuk pengetahuan semua, shiplap panel ini ialah daripada kayu plank Medium Density Fibre (MDF) yang telah diselaputi satu bahan chemical supaya tahan air. Shiplap wall panel ini amat mudah 'blend in' dengan apa-apa 'interior scheme'🥰 Boleh digayakan secara 'horizontal/vertical' mengikut citarasa dan konsep yang anda mahu tampilkan.
1.DINDING TAK RATA? Jangan risau, pasti ada solusinya. Bina struktur rangka pada dinding. Kemudian, lapikkan kayu plywood di atasnya. Kini, permukaan dinding tadi sudah rata.
2. Tampal kepingan shiplap panel di atas plywood tadi. Anda boleh susun secara menegak atau melintang. Cuma kali ini Cantikwall tunjukkan untuk susunan secara melintang. Pastikan susunanannya lurus tau! Boleh gunakan mesin laser level supaya susunanannya lebih tepat, lurus dan sempurna. 'Gap' di antara shiplap panel tadi mesti konsisten!
3. Setelah selesai tampalkan shiplap panel, kini tibanya masa untuk treatment pada kayu shiplap. Segala lubang-lubang kesan paku tadi mesti ditutup dengan 'putty'.
4. Apabila sudah selesai tampal lubang, Cantikwall gosok shiplap panel supaya permukaannya menjadi licin. Guna mesin 'sanding' lebih mudah dan menjimatkan masa.
Kerja-kerja kemasan seperti tutup lubang dan 'sanding' ini amat penting supaya shiplap wall tampak kemas dan eksklusif.
5. Bahagian kemasan sudah,step seterusnya ialah spray 1 atau 2 lapis sealer ke atas permukaan kayu shiplap tadi. Apa tujuan sealer ini? Sealer ini ialah lapisan 'coating' sebelum cat. Bila terkena air, sealer inilah yang menghalang daripada air meresap masuk ke dalam kayu.
6. Setelah selesai seal, proses seterusnya ialah spray paint. Spray paint ini memerlukan skil yang bagus untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Tangan dan pergerakan haruslah konsisten supaya lapisan cat tadi tersebar rata. Mata spray, angle dan pressure mesin spray juga harus dikawal dengan dengan baik.
7. Berapa layer kesemuanya cat tu? Dalam video Cantikwall ini, total spray paint termasuk sealer ialah 7 lapis tau😊 Kami amat mementingkan kekemasan biar puas hati🥰
Tak nak susah-susah fikir macam mana nak cantikkan rumah?
Jom buat dengan Cantikwall🤗
Tekan link di bawah, team kami akan sedia membantu
http://Www.wasap.my/01165357033
Macam mana nak naikkan mood rumah?
Percaya tak, kalau ubah lighting, suasana dan mood akan berubah?😊
Lighting bukan sekadar downlight sahaja, ya. Ada banyak lagi jenis yang anda perlu cuba!
Cuma hari ini Cantikwall akan share bagaimana nak gayakan jenis lighting di dapur
1) Lampu T5
Apa itu lampu T5 ? Anda tahu lampu pendaflour ? Lampu T5 ialah versi pendaflour tetapi dengan saiz yang lebih kecil dan lebih jimat tenaga.
Cuba anda aplikasikan lampu T5 ini di bawah 'hanging cabinet' dapur anda seperti gambar di bawah. Cantik, kan? Nampak lebih estatik dan elegan. Nak buat kerja dapur pun senang hati, betul tak para wanita?🥰
2) Lampu gantung
Percaya atau tidak, jika anda gunakan lampu gantung di atas meja makan, pasti ruangan itu menjadi tumpuan😍
Namun harus diingat, pemilihan lampu gantung ini tidak boleh sembarangan. Pastikan pilih mengikut konsep dapur dan juga sesuai dengan saiz meja makan anda. Jika pilih terlalu besar dan terlalu banyak, ruang akan menjadi sarat. Jika anda lihat gambar kedua, lampu gantung yang digunakan walaupun banyak (5 lampu), tetapi lampu yang dipilih sepadan atau mengikut konsep ruangan. Walaupun ruangan menggunakan warna monokrom, tetapi meja makan tetap mengaji tumpuan dengan adanya lampu gantung😚
3) LAMPU CHANDELIER
Lampu chandelier adalah lampu yang tidak asing lagi diletakkan di dapur. Kebiasaannya diletakkan di atas counter bar, island table dan juga meja makan. Chandelier tak semestinya bulat. Sekarang ini terdapat pelbagai design yang trend dan terkini.Anda boleh try chandelier yang memanjang seperti dalam gambar di bawah.
Jika anda pandai menggayakan lampu-lampu ini, pasti ruangan dapur anda lebih berseri lagi-lagi jika dapur anda berkonsep.
Tak mahu pening kepala?
Cantikwall sedia membantu
Tekan link di bawah, team kami akan sedia membantu
http://Www.wasap.my/01165357033
FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQs)
1. MACAM MANA PROSES RENOVATION DI CANTIKWALL?
-Proses renovation di Cantikwall WAJIB bermula dengan DESIGN.
2. KENAPA LALU PROSES DESIGN DAHULU SEBELUM BUAT RENOVATION?
- Kami bina rumah atau buat renovasi berdasarkan drawing dan design kerana PLANNING adalah sangat penting. Dengan adanya design, semua kerja-kerja wetworks (pecah dinding, naik batu, simen), plumbing, wiring, cabinetry, ceiling dan flooring dapat dilakukan mengikut jadual dan design drawing tersebut akan menjadi rujukan electrician, plumber dan lain-lain. Jadi, tidaklah rumah anda direnovasi secara SEMBERONO. Kesemua 'details' seperti material, kuantiti, saiz, dan sebagainya telah dipersetujui semasa proses design lagi. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa renovation di site.
3. CANTIKWALL ADA BUAT SUBMISSION DRAWING?
Ya, kami ada sediakan servis untuk buat submission drawing dan endorsement ke PBT tempat masing-masing.
4. SAYA NAK UBAHSUAI SATU TANDAS SAHAJA. CANTIKWALL BOLEH BUATKAN?
Cantikwall terima projek berskala sederhana- besar. Jadi, ubahsuai 1 tandas, tukar tiles sahaja, kami tidak ambil.
Nak renovate rumah? Tekan link di bawah, team kami akan sedia membantu
http://Www.wasap.my/01165357033
"Wah, cantiklah lampu ni. Lampu itu pun cantik. Nak beli mana satu ni? Stress fikir, sesuai ke tak ni?"
Anda pernah mengalami situasi ini?
Jom lihat TIPS LIGHTING rumah baru
1. FAHAM KONSEP DAN JUGA UKURAN
Sebelum memilih lampu, pastikan anda faham konsep rumah terlebih dahulu. Gaya apa yang anda mahu tampilkan dalam ruangan tersebut.
Jika konsep ialah minimalis, pilih lampu yang bersesuaian yang dengan konsep iaitu simple tapi masih nampak elegan. Pastikan anda tahu juga luas kawasan atau ruangan tersebut supaya pencahayaan akan tersebar dengan sekata.
2. TAHU POSISI LAMPU DAN KEDUDUKAN
Mengapa kena tahu posisi lampu? Tak semua lampu sesuai pada posisi tertentu.
Seperti contoh, jika posisi lampu anda ada 1 yang betul-betul di bawah meja makan. Lampu yang paling sesuai ialah jenis chandelier. Pilih diameter yang bersesuaian. Tidak terlalu besar, terlalu kecil untuk meja makan. Dan tidak terlalu labuh.
3. WARNA SUHU LAMPU
Jangan ingat warna lampu tidak mempengaruhi susasana ya? Lampu kuning dan putih memberikan mood yang berbeza. Sekarang ini ada dijual di pasaran lampu yang boleh bertukar warna iaitu natural white, cool white, yellow. Jadi, dah tak perlu pening nak pilih warna lampu lagi.
Lampu kuning memberikan efek tenang, aman, dan romantik. Kebiasaannya sesuai digunakan di bilik tidur, ruang tamu atau ruang yang memerlukan suasana yang personal.
Natural white p**a warna yang universal dan 'friendly'. Seseuai digunakan di mana-mana. Bagus untuk dapur atau ruang kerja. Cool light juga sesuai untuk pejabat dan ruang kerja.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Telephone
Website
Address
43, Jalan Sinar Andalas 4, Kawasan Industri Sinar Andalas
Seremban
70450
Opening Hours
Monday | 08:30 - 17:30 |
Tuesday | 08:30 - 17:30 |
Wednesday | 08:30 - 17:30 |
Thursday | 08:30 - 17:30 |
Friday | 08:30 - 17:30 |
Saturday | 09:30 - 16:00 |
No. 3830, RJ 6/8, Taman Rasah Jaya
Seremban, 70300
Perkhidmatan Ubahsuaian Dan Bina Rumah Banglo Untuk Kakitangan Kerajaan dan Sektor Swasta (Tanpa Bayaran Dahulu)
1A, Wisma Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan Jalan Dato Bandar Tunggal Negeri, Bandar Seremban
Seremban, 70000
Saya Mohamad Shahril, Health Planner di Coway Malaysia. Bersedia membantu anda untuk memiliki pelbag
Seremban, 70450
Page COWAY Senawang khas untuk anda! Sebarang pertanyaan tentang produk COWAY, boleh terus DM inbox atau hubungi Maryam di 018-3113104! Sesuai diletakkan di rumah untuk menjamin...
35-1, Jalan Cempaka 28, Pusat Perdagangan Cempaka
Seremban, 70450
Kami berpengalaman luas menjalankan kerja-kerja pembinaan & ubahsuai rumah kediaman samada secara tunai ataupun pinjaman dari LPPSA / Bank.
Ampangan
Seremban, 70400
CHOOSE ANY DESIGN FOR FREE 🏘️ MiqaBina Ent 🏘️ 100% BUMIPUTERA 🏘️ SEREMBAN N9 WS/CALL - 018 8728841 (RAZIQ)
No. 9 & 9-1 & 9-2, 1st Floor, Jalan S2 B15 BIZ Avenue, Seremban 2, Seremban
Seremban, 70300
Coway Negeri Sembilan | Norfadilah - 0183809377 Pendaftaran & Penghantaran Percuma Servis & Warranti